Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SIAPA YANG UMNO LEBIH SAYANG?

Posted: 23 Jan 2017 10:33 PM PST

 
Menjelang pembentangan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dijangka Mac depan, Pas dan UMNO sehingga ini nampaknya selesa dalam menjalinkan kerjasama antara mereka.
Tidak saja Pas dan UMNO dijangka bersama dalam Himpunan Akta 355 pada 18 Februari ini, malah mengunjungi pejabat menteri dan mengembara hingga ke London juga tidak lagi kekok untuk dilakukan.
Apatah lagi  UMNO turut akan membincangkan penyertaan dalam himpunan itu dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada penghujung bulan ini. Jika Himpunan Akta 355 pada 18 Februari berjalan seperti yang dirancang, bermakna ia acara kedua selepas perhimpunan Rohingya,  di mana Pas dan UMNO saling bekerjasama.
Terlihat segala-galanya nampak lancar, senyum pemimpin UMNO dan Pas juga terserlah makin melebar.
Tetapi, di ketika DAP yang digembar-gemburkan anti Islam dan lain-lain dakwaan hanya berdiam diri, MCA ternyata makin garang memberi penentangan.
Read More / Baca Lagi >>

‘KALAU KAMI MASALAH, PASTI KAMI TERPINGGIR’ – KHALID SAMAD

Posted: 23 Jan 2017 10:29 PM PST


SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) pasti akan terpinggir sekiranya mereka mendatangkan kecelaruan kepada suasana politik negara.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata demikian ketika menjawab dakwaan Pas mengatakan partinya penyebab kekacauan kepada suasana politik dalam negara.
"Kalau benar tuduhan Pas (Amanah penyebab kekacauan), kenapa yang lain (parti pembangkang lain) boleh berkawan dengan Amanah?" katanya kepada Sinar Online.
Katanya lagi, selalunya parti yang bermasalah itu adalah parti yang ditinggalkan atau mengasingkan diri daripada yang lain.
"Parti yang bermasalah ini orang tak suka. Macam Pas, kita sentiasa buka pintu untuk Pas, tapi Pas yang tak mahu. Kita sedia untuk rundingan tapi Pas tetap menolak," katanya lagi.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menasihatkan Amanah supaya menumpukan perhatian terhadap isu dalaman parti dari terus memberi serangan kepada Pas.
Menurutnya, Amanah sepatutnya sedar yang merekalah penyebab timbulnya kecelaruan dalam suasana  politik negara.

KATA-KATA ISKANDAR TAK MEMBANTU

Posted: 23 Jan 2017 10:27 PM PST


Semalam PAS mencadangkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dibubar dan pemimpin serta ahlinya bergabung dengan DAP.
Hari ini Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof mengingatkan bekas rakan separtinya, Iskandar Abdul Samad, bahawa sekarang bukanlah masa untuk seseorang melepaskan dendam sesama pembangkang.
Sebaliknya, kata anggota parlimen Parit Buntar itu, Iskandar sepatutnya menunjukkan beliau memiliki jiwa yang besar untuk mengenal pasti siapakah sebenarnya musuh mereka dan seterusnya menyelamatkan Malaysia.
"Malang untuk kita melihat kenyataan sebegitu muncul ketika rakyat mahu melihat pembangkang bersatu," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam Malaysiakinimelaporkan, Iskandar berpendapat AMANAH wajar dibubarkan dan anggotanya menyertai DAP.
"Oleh itu, memang tepat saranan agar AMANAH bergabung dengan parti lain, tetapi bukan dengan PKR seperti yang disarankan.
"Saya mencadangkan agar AMANAH bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP.
"Jika ini berlaku maka pemimpin-pemimpin AMANAH boleh diperuntukkan kerusi-kerusi selamat DAP dan ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah," kata Iskandar yang juga naib presiden PAS.
Mujahid berkata kenyataan Iskandar jelas menunjukkan PAS tida mahu sebarang hubungan dengan AMANAH dan DAP, tetapi bersedia bekerjasama dengan PKR serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya jika PAS benar-benar serius mahu melawan Umno, parti itu perlu bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama PRU14 Pas, Bersatu belum tamat

Posted: 23 Jan 2017 10:22 PM PST

Pas, Bersatu
Pas mendakwa parti Islam itu masih meneruskan perbincangan dengan Bersatu berhubung kerjasama yang akan dibentuk bagi menghadapi PRU14. Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas hanya menolak DAP dan Amanah dalam membentuk kerjasama, namun masih menjalankan perbincangan dengan Bersatu serta PKR.
"Malah malam kelmarin (Sabtu) pun, saya menghadiri Ceramah Perdana Semarak Hijau 3.0 yang diadakan di Hulu Langat bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kami membincangkan isu bersama iaitu untuk menumbangkan BN pada PRU14 ini.
"Dengan PKR juga ia berjalan seperti biasa dan kami tidak putuskan apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tempoh untuk Pas berbincang dengan gabungan Pakatan Harapan sudah berakhir.
Menurut Mahathir, ini kerana pihaknya telah memberi banyak masa kepada Pas, namun masih tiada sebarang jawapan diterima berhubung kerjasama tersebut.
Menyentuh hal itu, Idris berkata, perbincangan mengenai kerjasama berkenaan masih berjalan sehingga kini namun tidak melibatkan DAP dan Amanah.
"Tun Mahathir bagi masa kepada kita, jadi dia mesti ikut kita," katanya.
Sementara itu, Idris turut memaklumkan bahawa Pas sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku bagi menghadapi PRU14, khususnya tanpa DAP dan juga Amanah.
Katanya, tindakan Pas menolak dua parti berke-naan adalah disebabkan oleh serangan dilakukan mereka terhadap parti Islam itu sebelum ini.

Ketika Harakah umpama kapal bocor, Pas lagi menyedihkan, kata bekas ketua pengarang

Posted: 23 Jan 2017 10:21 PM PST

Harakah umpama kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam, kata Ahmad Lutfi.Harakah umpama kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam, kata Ahmad Lutfi.
Bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan akhbar milik Pas itu kini umpama 'kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam' manakala nasib partinya pula, Pas, lagi menyedihkan.
Dalam tulisan pertamanya selepas 26 bulan tidak menulis, Lutfi dalam tulisan pertamanya di Malaysia Dateline berkata, "Gugatan media baru memang satu faktor besar tetapi kurangnya persiapan untuk mencabar ancaman baru itu, bagi saya, lebih berperanan untuk menjatuhkan lagi jumlah cetakan akhbar."
Lutfi yang tidak sihat sejak beberapa tahun lalu tamat perkhidmatannya secara rasmi dengan Harakah akhir Disember tahun 2016 lalu.
Kini beliau menyertai akhbar mingguan Amanah yang dimiliki oleh parti pecahan dari Pas itu sebagai Penasihat Editorial mula menulis dengan Malaysia Dateline mulai hari ini.
Ahmad Lutfi menjadi ketua pengarang Harakah yang ketiga di kalangan kakitangan akhbar itu selepas Zulkifli Sulong dan Suhaimi Mokhtar. Sebelum itu, Ketua Pengarang Harakah adalah pemimpin politik Pas.
Harakah mencapai puncak kegemilangannya pada tahun 1998 - 2000 apabila edaran Harakah ketika itu adalah antara 300,000 hingga 380,000 setiap keluaran.
Dalam tulisan ini, Lutfi berkata, ketika sedih dengan apa yang berlaku kepada Harakah, beliau lagi sedih dengan apa yang berlaku kepada Pas.
"Dari jauh saya mengikuti perkembangan dalaman Pas yang cukup menyedihkan. Saya masih sempat mengheret kaki ke muktamar Pas di Batu Pahat pada 2014. Beriyani gam tidak lagi dapat memikat selera.
"Suasana perbahasan tawar dan ada kalanya menjengkelkan. Saya terasa kehilangan yang amat sangat sepanjang hadir di situ," tulis Lutfi.
Menurut Lutfi yang kini menjalani hemodilisis tiga kali seminggu, beliau pulang lebih awal dari muktamar 2014 itu.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, yang diiringi hujan lebat, beliau mencuri dengar ucapan pimpinan Pas melalui radio internet.
"Harapan saya, biduk lalu kiambang bertaut. Pembahas boleh menimbulkan apa saja yang terbuku di dada, termasuk membacakan "doa yang pelik-pelik" untuk diaminkan, tetapi keadaan diharap menjadi reda dengan ucapan penutup pimpinan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, Umno ‘menderita’ dalam pertandingan 3 penjuru di Kedah, kata PKR

Posted: 23 Jan 2017 10:20 PM PST

Ia berkata politik PAS dan Umno masih berdasarkan agama dan bangsa, menyebabkan kedua-dua parti bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama.
pas-umno
GEORGE TOWN: PKR Kedah tidak melihat masalah sekiranya belaku pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya, Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan dan "PAS dan Umno yang akan menderita", katanya kepada FMT.
Ini kerana, kata Azman, Umno Kedah berdepan masalah dalaman sejak Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) ditubuhkan, sementara PAS Kedah tidak lagi sekuat dulu.
Azman berkata ramalannya berdasarkan keputusan simulasi dan kajian senario berbeza pilihan raya dan sentimen pengundi di Kedah.
Penganalisis politik berkata, lebih separuh daripada 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen boleh menyaksikan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Barisan Nasional (BN) Kedah baru-baru ini berkata ia tidak bimbang dengan PPBM dan akan menang di negeri itu dengan majoriti 2/3.
Umno kini memegang 18 kerusi negeri, dan MCA 2. PAS mempunyai 8, PKR 4, DAP 2, manakala PPBM dan Amanah masing-masing 1.
"Daripada kaji selidik kami, tidak mungkin ada kerusi selamat untuk PAS lagi, walaupun ia mungkin mempunyai kubu kuat di Tokai dan Sungai Limau.
"Politik PAS dan politik Umno masih berdasarkan agama dan bangsa. Mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama," kata Azman.
Beliau berkata PAS sama ada harus sedar dan melihat risiko bertanding sendirian atau ia boleh terus berjuang seperti tidak tahu apa-apa.
"Terpulang kepada Hadi untuk membuat keputusan," katanya, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Dalam 2 bulan atau lebih, PPBM akan menjadi lebih kuat dan pertandingan 3 penjuru ini akan berpihak kepada Pakatan dan PPBM."
Beliau berkata BN mungkin berharap PAS akan memecahkan undi pembangkang seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lepas.
Bagaimanapun, Azman berkata ia harapan palsu, dan menambah BN perlu mengambil kira populariti PPBM dan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Terdapat kemarahan orang Melayu semasa pilihan raya kecil, tetapi ia tidak terlalu jelas. Suara Dr Mahathir tidak begitu lantang ketika itu dan belum ada PPBM lagi."
Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew bersetuju pertandingan 3 penjuru boleh menguntungkan pakatan pembangkang.
Adun Derga itu berkata Pakatan ditolak sebelum ini apabila mula berganding dengan PPBM.
"Kini kami boleh pergi ke mana-mana sahaja kubu kuat Umno," katanya.
"Pertandingan 3 penjuru akan menguntungkan kami, dan itu penyebab Umno merasa terancam.
"BN bimbang. Jika tidak, ia tidak akan memberi tumpuan begitu banyak untuk menyerang Dr Mahathir dan DAP, sebaliknya menumpukan ekonomi dan pembangunan."
Penyelaras PPBM negeri, Anuar Abdul Hamid berkata parti itu diterima baik rakyat Kedah semua peringkat umur kerana menghormati Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar.
Anuar mendakwa PPBM paling berjaya di Kedah dalam kempen menambah keahliannya.
Menurutnya, sentimen pengundi terjejas disebabkan pergolakan politik di Kedah yang mengakibatkan penyingkiran Mukhriz.
Read More / Baca Lagi >>

‘PAS RASA TERLALU HEBAT’

Posted: 23 Jan 2017 10:18 PM PST

Pas disifatkan sebagai 'berasa parti mereka terlalu hebat' berikutan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan pihak lain.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, 'kebersamaan' itu penting dalam usaha mencapai muafakat dan persetujuan bersama.
"Kalau nak berkawan dengan orang, mana ada cara kita semua orang kena ikut? Apabila nak muafakat, kita kena cari benda yang boleh dijadikan asas untuk kebersamaan. Apa-apa keputusan nak capai, mesti keputusan bersama.
"Kalau ikut cara kita semua, tak adalah muafakat dan tak jadilah pakatan. Ini masalah Pas, mereka tak boleh nak kerjasama dengan orang lain. Rasa dah terlalu hebat dan besar, jadi orang lain kena ikut dia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan untuk 'ikut cara Pas' kepada mana-mana parti sekiranya mahu bekerjasama dengan Pas.
Katanya, adalah satu kerugian jika Pas berterusan enggan menjalinkan kerjasama berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya sebelumnya pernah dicatatkan.
"Kalau tak nak apa boleh buat. Tak tahulah Pas ini nak apa. Di Malaysia ni tak boleh ada satu parti saja kalau nak menang. Umno pun tahu sebab tu dia ada 13 lagi parti komponen.
"Rugi begitu kerana 2008 dan 2013 dulu kita menang besar kerana muafakat. Jadi sekarang ni Pas nampaknya tak minat nak menang. Kalau nak cari keredaan Allah, tak payah masuk politik pun boleh," katanya.

'Jika nak ikut rentak sendiri saja, itu kuku besi' - Azmin

Posted: 23 Jan 2017 10:16 PM PST

Kerjasama politik yang cuba diusahakan antara Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS setakat ini masih belum jelas titik temunya.
Mengulas gesaan PAS untuk mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata gesaan tidak demokratik, tetapi "kuku besi".
"(Bekas presiden Amerika Syarikat Barack) Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.
"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.
Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.
Beliau ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat untuk itu perlu rentak mereka.
Ini kerana, hujah Hadi, PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain.
PAS setakat ini tidak menolak kerjasama dengan PKR tetapi menentang keras kerjasama dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

'Strategi tak boleh didedah'
Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata pembangkang mempunyai strategi yang tidak boleh dihebahkan kepada media.
"Kita tak tahu tarikh pilihan raya. Ini kan strategi. Ia tak boleh cerita dengan media," kata Azmin.
Azmin bagaimanapun berkata menegaskan pihaknya akan terus berbincang meskipun rumit.
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan Amanah-DAP gabung: Sediakah Pas bersama lawan BN?

Posted: 23 Jan 2017 10:13 PM PST



Pas mesti menyatakan pendirian sama ada parti itu bersedia atau tidak untuk berkongsi komitmen dengan Pakatan Harapan bagi membanteras kleptokrasi, kata ahli parlimen DAP, Lim Lip Eng.
Beliau berkata, Pas mesti menyatakan sama ada bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, termasuk DAP dan Amanah untuk menentang Umno atau sebaliknya bersedia bekerjasama dengan Umno bagi menghancurkan DAP dan Amanah.
Lim Lip Eng"Adakah Pas akan berdamai dengan Amanah dan kembali ke pangkuan Pakatan Harapan untuk menentang Malaysian Malaysian Official 1 (MO1) dan Umno-Barisan Nasional? soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas cadangan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Samad semalam supaya Amanah bergabung dengan DAP bagi menyelesaikan masalah parti-parti pembangkang berkenaan peruntukan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Lim berkata, Pas perlu menjawab beberapa persoalan sebelum menuduh pembangkang sedang berhadapan masalah kerana parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan lantaran kehadiran Amanah dan DAP.
"Adakah Pas akan berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin hasil gabungan DAP-Amanah itu yang akan dilihat lebih Islami?

"Adakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berkempen untuk calon-calon DAP-Amanah, melawan Umno dalam pilihan raya, sekiranya Amanah bergabung dengan DAP?

"Adakah Pas akan menjamin tidak akan ada satu pun pertandingan tiga penjuru daripada PAS di kerusi-kerusi Pakatan Harapan melawan BN sekiranya DAP dan Amanah bergabung dan Pas kembali ke pangkuan Pakatan?

"Apa yang lebih penting, adakah Pas akan menarik balik RUU355, atau mengundi menolaknya di Parlimen atas dasar ia bertentangan dengan Perlembagaan, sekiranya Amanah bergabung dengan DAP, dan Pas kembali ke pangkuan Pakatan Harapan?" soalnya.

Lim berkata, Iskandar dan kepimpinan Pas sepatututnya menyoal diri sendiri, kenapa bekas Mursyidul Am Pas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama-sama kepimpinban Pas dahulu memilih untuk tetap bersama PKR dan DAP menentang kerajaan Umno pada PRU 2013.

Read More / Baca Lagi >>

Dulu Pas dakwa DAP, kini Tun Mahathir pula kuasai Pakatan Harapan

Posted: 23 Jan 2017 10:12 PM PST


Mahfuz dakwa Dr Zuhdi sudah buat pusingan, dari DAP kepada Tun Mahathir yang kuasai Pakatan Harapan.Mahfuz dakwa Dr Zuhdi sudah buat pusingan, dari DAP kepada Tun Mahathir yang kuasai Pakatan Harapan.Kalau sebelum ini pakar strategi Pas mendakwa Pakatan Harapan dikuasai oleh DAP, kini ia telah berubah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pula yang menguasai Pakatan Harapan, dakwa ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Dalam satu kenyataannya hari ini, bekas naib presiden Pas itu berkata, dalam beberapa hari kebelakangan ini muncul seorang cendekiawan hebat kelahiran Perak dan pernah berkhidmat dengan Universiti Malaya yang bernama Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Tun Mahathir seorang diktator dan Tun Mahathir juga mahu kuasai Pakatan Harapan.
"Cendekiawan hebat ini mendakwa Tun Mahathir telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM dan Pakatan Harapan.
"Mungkin Dr Mohd Zuhdi terlupa atau buat-buat lupa bahawa sebelum ini beliau juga pernah berkata bahawa DAP yang kuasai Pakatan Harapan.
"Kini Tun Mahathir pula didendangkannya telah kuasai PPBM dan Pakatan Harapan.
"Oleh itu jikalau ikut hujah Dr Mohd Zuhdi, maka bukan Cina DAP bernama Lim Kit Siang yang kuasai Pakatan Harapan dan PPBM," kata Mahfuz yang masih kekal dalam Pas itu.
Mahfuz mengulas kenyataan Zuhdi, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) yang mendakwa Tun Mahathir adalah seorang diktator politik.
Rakan beliau, Nasruddin Hassan pula menyifatkan Tun Mahathir sebagai angkuh.
"Pas tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan Pas tetapi gerun dengan keupayaan Pas," kata Nasrudin sebagaimana dilaporkan oleh media rasmi Pas, Harakahdaily mengulas ura-ura kerjasama antara Pas dan Bersatu.
Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata, Malaysia dilanda keserabutan politik pemimpin Umno yang begitu takut kehilangan kuasa yang dimiliki selama lebih 60 tahun serta kecelaruan pemikiran mereka sehingga menjadi 'hantu' mengusik kehidupan rakyat supaya lari meninggalkan khazanah kekayaan untuk diambil mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Terserah pada PAS, PKR tetap mahu teruskan tahaluf siyasi - Xavier

Posted: 23 Jan 2017 09:55 PM PST

Selangor mahu didik rakyat supaya bawa beg sendiri, kata Exco

Posted: 23 Jan 2017 09:54 PM PST

Mukhriz jawab dakwaan liar jadi PM

Posted: 23 Jan 2017 09:53 PM PST

"Rakyat 'sakit', kita perlukan doktor," kata Azmin

Posted: 23 Jan 2017 09:52 PM PST

DAP buat 'U-turn', Umno yakin PAS tak terima - Ab Aziz

Posted: 23 Jan 2017 09:52 PM PST

RUU355: Kalau dulu MCA sokong kenapa sekarang tak sokong, soal MT Umno

Posted: 23 Jan 2017 09:51 PM PST

Saya mohon maaf, Tok Guru: Suhaizan

Posted: 23 Jan 2017 06:37 AM PST

"Saya mohon maaf Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," demikian ujar Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.
Suhaizan berkata, beliau memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana gagal sependapat dengan pemimpin itu berhubung kenyataan Pas yang mahu pembangkang yang lain mengikut rentak Pas sekiranya mahu bekerjasama dengan parti itu.
"Saya berbeza pendapat dengan Tok Guru. Kita tidak boleh paksa orang lain menerima cara kita. Kita hanya boleh beri pilihan pada mereka.
"Terpulang pada mereka untuk menerima atau menolaknya. Dari segi menilai pula, biarlah orang lain menilai parti kita dan tidak perlu kita menilai parti kita sendiri bagi pihak mereka," katanya kepada Sinar Online.
Abdul Hadi sebelum ini berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Pemimpin nombor satu Pas itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

Umno akan pecahkan BN jika Akta 355 dibentang - MCA

Posted: 23 Jan 2017 06:28 AM PST

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran Umno berisiko memecahkan BN jika parti dominan gabungan pemerintah itu dengan sengaja membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Ini bakal terjadi jika kerajaan membentangkan rang undang-undang seumpama itu atau sama dengan usul Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya.
"Walaupun (kita) hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, kita akan mengundi menentangnya," katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sin Chew.
Jika Umno tidak mempedulikan suara yang tidak sehaluan daripada parti komponen BN, Liow berkata, maka ia akan menjadi dalang yang memecahkan BN.
"Parti yang mendukung rang undang-undang yang tidak berperlembagaan ini serta mereka yang mengundi untuk menyokongnya adalah dalangnya.
"Umno yang mengkhianati semangat BN, bukan MCA," katanya.
Liow turut mempersoalkan adakah BN mampu terus wujud tanpa imejnya terjejas.
Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Mengulas lanjut, Liow berkata dua sistem undang-undang akan hanya memecah-belahkan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat, terutamanya masyarakat Cina, supaya tampil bagi menghalang pindaan itu daripada diluluskan di Parlimen.

APA SUSAH JADI DENGAN NAJIB?

Posted: 23 Jan 2017 05:55 AM PST

Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun  dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.

Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah. 
Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.

Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.
MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa"  yang sebenar dalam negara ini.

Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya Terbongkar: TPM II cadangan peribadi saya, kata bekas setiausaha MCA

Posted: 23 Jan 2017 05:53 AM PST

Bekas Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow hari ini mengesahkan bahawa pada tahun 2009, pernah mencadangkan jawatan timbalan perdana menteri kedua diberikan kepada wakil MCA.
Walau bagaimanapun, Loke berkata, beliau membuat cadangan itu dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan edisi petang akhbar Sin Chew hari ini, Loke dipetik sebagai berkata pelantikan seorang timbalan perdana menteri Cina kedua akan memberi petunjuk bahawa MCA dihormati dan membolehkan parti itu untuk menjalankan fungsinya dengan lebih cekap.
Beliau berkata tindakan itu juga akan membantu MCA menarik lebih ramai sokongan kaum Cina.
Minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan polemik apabila beliau memberitahu satu forum di Putrajaya bahawa DAP sedang mengintai jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Penyokong Umno tanpa berlenggah, menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu manakala DAP menafikan pernah membuat tuntutan sedemikian.
Mahathir kemudian menjelaskan bahawa beliau tersilap berhubung apa yang dikatakan oleh Loke dengan DAP.
Hari ini, Loke bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Mahathir itu kerana dirinya bukan lagi pemimpin MCA.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Posted: 23 Jan 2017 05:48 AM PST

Mahathir SOUND DIRECT ATAS MUKA Pas Yang Ikut Telunjuk UMNO NAJIB !!!

Posted: 23 Jan 2017 05:46 AM PST

FELDA Bakal KUBUR UMNO!!! Mahathir akan TURUN Ke PELUSUK FELDA BONGKAR Setiap SALAH LAKU Najib!

Posted: 23 Jan 2017 05:44 AM PST

Najib SEMAKIN CEMAS!! Muhyiddin Mula DEDAH Salah Laku Najib kepada Orang FELDA!

Posted: 23 Jan 2017 05:43 AM PST

Najib TAK BOLEH MENIPU LAGI!!! 7 Negara SIASAT 1MDB!!!

Posted: 23 Jan 2017 05:42 AM PST

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:07 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


PAN Serang PAS, Tuduh Blok Ketiga Bertaraf Sampah !

Posted: 23 Jan 2017 05:52 AM PST

 
 
 
salahuddin

 Parti Amanah Negara (PAN) meningkatkan serangan terhadap PAS dengan menuduh blok ketiga yakni Gagasan Sejahtera bertaraf sampah.


Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan menegaskan, mengundi blok ketiga Gagasan Sejahtera seumpama membuang undi ke tong sampah kerana ia tidak mampu mendapatkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

"Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa," katanya dalam satu kenyataan, lapor portal portal pro PAN, Malaysia Dateline.

Gagasan Sejahtera adalah gabungan politik blok ketiga yang diketuai PAS dengan kerjasama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

"Pemimpin PAS ketika ini menolak secara total Amanah dan DAP, sementara pengikut parti itu di peringkat bawahan menolak UMNO sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap UMNO.

"Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut PAS ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian," katanya.

Menurut Sany, PAS terpaksa bergantung kepada 'pengundi keliru' iaitu pengundi yang kurang terdedah dengan perkembangan politik dan menganggap bahawa PAS masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.

Bagaimanapun katanya, pengundi keliru ini dijangka akan berkurangan menjelang PRU14 apabila Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penerangan ke seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara.

"Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub pula mendakwa blok ketiga Gagasan Sejahtera sebagai alat Barisan Nasional (BN).

"Amanah dan parti rakan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN," katanya dalam satu kenyataan.

Salahuddin mendakwa blok ketiga Gagasan Sejahtera terhasil daripada suatu perancangan sulit dan rapi pihak yang berkenaan selepas Pakatan Harapan kian mendapat sambutan daripada rakyat.

"Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi 'king maker' dan kelihatan pro-BN.

"Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang," tegasnya.

Iskandar mahu beritahu Azmin, tidak akan hadir mesyuarat Exco Selangor

Posted: 23 Jan 2017 04:33 AM PST

BORHAN AHMAD
 
 
Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad bahawa tindakan parti itu tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini kerana adanya DAP dan Amanah di situ membayangkan beliau dan Exco kerajaan negeri Selangor dari Pas tidak akan hadir dalam mesyuarat Exco Selangor akan datang.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Iskandar itu seolah-olah memberikan makluman awal kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, beliau dan Exco dari Pas yang lain tidak akan hadir dalam mesyuarat exco akan datang jika Exco dari DAP turut serta dalam mesyuarat itu.

Selain Iskandar, Exco Selangor dari Pas adalah Datuk Yunus Hairi dan Zaidy Talib. Di samping mereka ada 3 exco dari DAP dan empat lagi dari PKR.

"Saya memohon penjelasan dari Iskandar, apakah ini yang Iskandar maksudkan ketika berkata, wakil Pas tak hadir dalam majlis pelancaran Bersatu kerana adanya wakil DAP dan Amanah di situ," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.

Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.Begitu juga di peringkat kerajaan tempatan, kata Mahfuz.

Selaku Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar seolah-olah memberikan arahan terbuka kepada ahli-ahli majlis dari Pas bahawa mereka tidak perlu hadir dalam mesyuarat majlis kerajaan tempatan selepas ini jika wakil DAP dan Amanah turut hadir.

Ini berdasarkan kenyataan beliau, wakil Pas tidak hadir ke majlis Bersatu itu kerana adanya wakil DAP dan Amanah dalam majlis itu dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh Pas.

"Adakah itu yang dimaksudkan oleh Iskandar ketika membuat kenyataan itu," tanya ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sinar Harian melaporkan, Pas membuat keputusan untuk tidak hadir di Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Sabtu lalu kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Keputusan itu dipercayai dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang diadakan beberapa jam sebelum majlis pelancaran Bersatu itu.

Ketika memberikan ucapan perasmian di majlis pelancaran tu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke majlis itu.

Turut diumumkan adalah kedatangan Iskandar. Namun sehingga majlis berakhir, kerusi yang diperuntukkan oleh pihak penganjur untuk Iskandar kekal kosong dan berisi hanya dengan sebotol air mineral.

Ekoran itu, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, tindakan Pas seolah-olah menipu Bersatu apabila berjanji mahu datang tetapi tidak datang sehingga menyusahkan dan memalukan pihak penganjur.

Beliau mendakwa tindakan Pas itu bukan saja memalukan Tun Mahathir tetapi juga pembangkang secara keseluruhannya

CYBERTROOPER SOKONG KERAJAAN TINGGAL 6.6 PERATUS, ZAHID CUBA AIBKAN NAJIB?

Posted: 23 Jan 2017 04:11 AM PST

shahbudindotcom


Alamak...kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini?

Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah "cybertrooper"  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus.

Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sejaligus menyebabkan persepsi negatif berterusan terhadap UMNO, kerajaan dan para pemimpinnya.

Bagaimana boleh hanya tinggal 6.6 peratus saja lagi "cybertrooper" yang ada untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak sedangkan "dedak"  tanpa had bersama mereka?

Adakah "dedak", walau sebanyak mana ditabur sekali pun, sudah tidak mampu membuatkan "cybertrooper" itu kembali bersemangat untuk terus mempertahankan UMNO, kerajaan dan Najib?

Kurrr...kurrr...kurrrr....apakah "dedak" perlu ditambah lagi?
Apa yang jelas, pengakuan Zahid itu secara langsung dan tidak langsung menunjukkan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan amat lemah, tidak bermaya dan hampir lumpuh sekarang ini.

Dengan perbezaan amat ketara 6.6 peratus berbanding 93.4 peratus, Najib sekarang ini umpama pasukan perang yang sudah tiada lagi bala tentera untuk berjuang.

6.6 peratus yang tinggal itu pula bukanlah bala tentera yang sedia berjuang dan berperang, tetapi hanyalah kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas semata-mata.

"Cybertrooper"  UMNO dan kerajaan kebelakangan ini jika diperhatikan, ramai yang tiba-tiba senyap, hilang atau mendiamkan diri seolah-olah kecewa dengan tindakan Najib yang didapati terus menerus melakukan perkara-perkara tidak wajar yang menyusahkan rakyat.

Daripada bermewah, membazir, berjoli, "ber1MDB", "berJho Low" dan kini bergadai pula dengan China, hakikatnya "cybertrooper" UMNO dan kerajaan jadi lemah semangat dan tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana semua yang berlaku itu akhirnya jelas tidak memihak kepada rakyat.

Lama kelamaan, mereka jadi lesu, tiada upaya lagi menyusun ayat  dan hanya mampu menulis seminggu sekali saja. Sebab itulah kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini, Najib sendiri yang terkial-kial mempertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan daripada jentera maya.

Berbeza dengan "cybertrooper" menentang kerajaan, perjuangan mereka adalah jelas kerana kebenaran dan untuk menyelamatkan negara, meskipun rata-rata adalah sukarela dan tidak menerima "dedak" walau sebutir sekali pun.

Secara tersiratnya juga melalui apa yang didedahkan Zahid itu, beliau cuba memberitahu bahawa lumpuhnya "cybertrooper" itu adalah disebabkan kepimpinan Najib yang terus-menerus ditolak oleh rakyat.

Penurunan dengan hanya tinggal 6.6 peratus itu  tidak lain berpunca daripada Najib dan tidak mungkin juga ia mampu ditingkatkan selagi "ibu masalah" kepada UMNO dan kerajaan itu iaitu Najib sendiri,  tidak diketepikan dengan segera.

Masihkah kita ingat apabila dua hari lalu Zahid ada mendedahkan bahawa sudah wujud gerakan mahu menumbangkannya di Bagan Datuk?

Siapakah yang berani dan mahu menumbangkan Zahid sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, jika bukan oleh orang yang berada diatas daripadanya atau setidak-tidaknya mendapat restu daripada orang nombor satu?

Melalui pengakuan memalukan bahawa cybertrooper UMNO dan kerajaan hanya tinggal 6.6 peratus saja, Zahid bukan saja cuba merendah dan memperlihatkan kepimpinan Perdana Menteri dalam keadaan yang amat lemah dan hanya menunggu masa untuk rebah, malah seperti sudah mengorak langkah untuk mula melawan.

Apabila "nombor satu" dan "nombor dua" sudah ada tanda-tanda berbalah, maka peluang Pakatan Harapan dan Bersatu mengambil alih kerajaan turut semakin cerah.


Hanez Suraya fail permohonan cerai

Posted: 23 Jan 2017 03:54 AM PST

Hanez Suraya
Hanez Suraya - Foto Instagram Mummy to Putri Aleesya
 
PELAKON Hanez Suraya hari ini memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Menurut portal tempatan, sumber berkongsi maklumat mengatakan pelakon berusia 32 tahun itu hanya diwakili oleh peguamnya di mahkamah pagi tadi.

Berita pergolakan rumah tangga Hanez atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz sudah lama menjadi perhatian umum bagaimanapun ia reda apabila pasangan tersebut sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan bercuti ke luar negara baru-baru ini.

Namun begitu, percutian itu nyata gagal untuk menyelamatkan rumah tangga pelakon tersebut serta masih tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Sementara itu, Hanez juga pernah menyuarakan hasrat untuk kembali aktif berlakon walaupun suaminya, Romie tidak memberi keizinan kepada beliau untuk kembali ke dunia seni.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya berusia 13 bulan.


Kain kapan masih elok selepas 16 tahun dikebumikan

Posted: 23 Jan 2017 03:29 AM PST

Kain kafan masih elok selepas 16 tahun dikebumikan
Penduduk bersama-sama memperbaiki kawasan tanah perkuburan yang rosak akibat dibawa air deras.

TUMPAT - Kebesaran ALLAH disebalik musibah kubur rosak apabila pasir pusara dibawa arus deras air hujan, ada tiga pusara yang masih elok kain kafannya di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu di sini.

Kejadian itu berlaku ketika penduduk kampung bergotong-royong menimbus kembali pusara yang berubah tempat, batu nisan tercabut dan belindan pecah sejak semalam lagi.

Imam Masjid Ismaili Tumpat, Mazlan Besar berkata, apa yang berlaku adalah kuasa Allah memperlihatkan kain kafan yang masih elok sedangkan jasad itu dikebumikan 16 tahun lalu.

"Tapi sebelum diperlihat oleh orang ramai saya tutup (kambus) cepat-cepat kain kafan itu.

"Itu semua kuasa Allah, di sini tanah perkuburan yang jenazahnya ditanam hanya tiga hingga empat kaki kerana faktor tanah," katanya.

Kelmarin dilaporkan arus deras air hujan yang bertakung memasuki Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100  kubur rosak.

Kaum Cina tubuh cawangan Amanah di Kelantan

Posted: 23 Jan 2017 03:19 AM PST

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Bapa saudara Yang Dipertuan Agong Yang Mulia Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra turut hadir ke program Amanah Kelantan baru baru iniBapa saudara Yang Dipertuan Agong Yang Mulia Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra turut hadir ke program Amanah Kelantan baru baru ini

Kejayaan kaum Cina dalam perniagaan adalah hasil pengurusan beramanah yang menjadi amalan mereka dan bukan semata-mata kerana pengaruh bangsa.

"Orang Cina pun yang tidak mengamalkan pengurusan beramanah akan gagal dalam urusan mereka sebagaimana terjadi pada kebanyakan orang Melayu yang gagal hasil perlakuan serupa," kata penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis dialog bersama kaum tionghua di Lemal, Pasir Mas kelmarin.

Beliau mengulangi kata-kata bekas menteri besar Kelantan, almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa semua kaum adalah dari dua ibu bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa dan tidak perlu menghina antara satu sama lain.

"Perlakuan baik dan buruk seseorang tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan sesuatu kaum kerana semua kaum ada golongan yang baik dan golongan yang jahat.

"Dalam konteks politik negara kita, kumpulan yang menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa akan berkumpul dalam satu pasukan walaupun berlainan bangsa dan agama," katanya.

Menurutnya golongan yang cuba melindungi kerja-kerja korupsi selalunya menggunakan perisai perkauman bagi mengaburi mata rakyat.

"Kaum Cina terus menerus cuba digambarkan sebagai golongan yang jahat semata-mata kerana mereka berlainan bangsa dan agama dengan kaum majoriri Melayu di negara ini.

"Amanah berjanji perkara ini akan jadi teras utama jika diberi peluang memerintah sehingga tiada lagi pandangan serong terhadap seseorang dibuat semata-mata kerana mereka dari kaum tertentu," katanya.

Di Kelantan kata beliau, almarhum Nik Aziz telah memperkenalkan pelbagai polisi supaya hubungan kaum di negeri ini diperbaiki dan dilayan secara adil.

"Lantikan-lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis daerah dan pegawai-pegawai di pelbagai agensi di peringkat negeri diberi peluang untuk dilantik dari kalangan orang-orang bukan Melayu.

"Ini tidak pernah berlaku di negeri Kelantan dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum itu," katanya.

Tok Guru juga katanya memecahkan tembok perkauman di Kelantan apabila beliau menziarahi kematian-kematian pemimpin agama bukan Islam.

"Ini perkara taboo dalam masyarakat Kelantan dulu.

"Kini amalan ini sudah menjadi kebiasaan di mana amalan saling menziarahi kematian antara kaum tidak lagi dilihat janggal," katanya.

Beliau yang menyeru Cina di Kelantan supaya menukar kerajaan negeri dan persekutuan dalam pilihan raya akan datang berkata tindakan ini perlu dibuat kerana kerajaan-kerajaan ini melakukan perkara tidak baik.

"Kita mengambil tindakan ini bukan asas perkauman.

"Kerajaan pusat kini menekan rakyat dengan pelbagai jenis cukai dan pemotongan kemudahan untuk rakyat yang kini menjadi ikutan kerajaan negeri pula.

"Mereka harus ditolak dan diganti dengan pasukan yang pro-rakyat dan menjana ekonomi negara dengan memanfaatkan kekayaan semulajadi pemberian tuhan," katanya.

Pada majlis itu, Husam menerima kemasukan 25 orang ahli Amanah dari kalangan kaum Cina untuk menubuhkan sebuah cawangan.

Seramai 25 orang dari kaum Cina menyerahkan borang menyertai Amanah kepada penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam MusaSeramai 25 orang dari kaum Cina menyerahkan borang menyertai Amanah kepada penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa

Turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis itu ialah bapa saudara Yang diPertuan Agong Yang Mulia Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra.

Menteri mahu tindakan tegas ke atas peganjur motivasi bogel

Posted: 23 Jan 2017 03:16 AM PST

 

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap syarikat penganjur program motivasi yang melakukan aktiviti sambil berbogel di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang, semalam.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata modul motivasi itu tidak sepatutnya diwujudkan kerana perbuatan terbabit mencemar budaya bangsa dan melanggar adat resam serta tatasusila rakyat negara ini.

"Saya rasa mereka ini 'sakit otak'. Kita marah pada pelancong luar yang datang ke negara kita seperti kejadian yang berlaku di kawasan South Peak Gunung Kinabalu, Sabah pada dua tahun lepas. 
Kini rakyat kita pula yang lakukan perbuatan itu.

"Ini bukan budaya kita. Ini gila punya kerja. Kalau mahu ikut cara barat pun, carilah yang munasabah...ini bukan tamadun kita, sebaliknya kembali semula ke zaman batu," katanya.

Tengah malam semalam, polis menahan 39 peserta lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel ketika menyertai program motivasi di sebuah pusat peranginan di Bentong pada petangnya.

Kejadian serupa sebelum ini di Gunung Kinabalu pada 30 Mei 2015, melibatkan sekumpulan pelancong asing yang bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Pada 12 Jun tahun yang sama, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap empat pelancong asing itu dan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara kerana melakukan perbuatan lucah di Gunung Kinabalu.- Bernama


Tiada kerjasama politik jika PPBM sertai PH - PAS

Posted: 23 Jan 2017 02:56 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu nekad menyertai Pakatan Harapan (PH).
 
Demikian penegasan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad mengulas kenyataan Dr Mahathir pada dua hari lalu yang memberitahu partinya akan menjadi ahli komponen penuh PH.
 
Pengerusi PPBM itu berkata tindakan berkenaan akan diambil sekiranya PAS berterusan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
 
"Dengan komen daripada Dr Mahathir untuk bersama dengan PH, mungkin agak menyukarkan PAS untuk bersama-sama dalam PH. Sebab kita sudah tekankan kita tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah. 
 
"Jadi, jika PPBM bersama-sama mereka (PH) bermakna mungkin kita tidak akan bersama mereka. Mereka (PPBM) pun tahu, jika mahu bersama PAS mereka tidak bersama (bekerjasama) DAP dan Amanah," ujar Mahfodz kepada Antarapos.
 
Sebagaimana pimpinan PAS yang lain, Mahfodz juga memaklumkan tiada kata sepakat lagi diambil partinya dalam soal kerjasama dengan PPBM.
 
Sebaliknya mereka mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung perkembangan semasa yang membabitkan sikap 'parti bunga raya' itu.
 
Dr Mahathir pada kelmarin memberitahu PPBM kini sudah mempunyai keputusan bersabit kemungkinan parti itu menyertai PH secara rasmi, dan bukannya sekadar menjalin kerjasama politik.
 
PAS sebelum ini berkali-kali menyatakan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan parti serpihannya Amanah.
 
Bagaimanapun perkara itu menurut Dr Mahathir, menyukarkan penggabungan lima parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dalam usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Dalam pada itu ketika ditanya huluran salam DAP kepada PAS untuk bekerjasama menangani kleptokrasi, ujar Mahfodz, parti dominasi Cina itu perlu memberi jaminan bahawa dasar PAS tidak akan diusik.   
 
Beliau bagaimanapun gusar dengan niat sebenar DAP itu, sambil menambah PAS pernah melalui sejarah hitam bersama DAP, merujuk kepada tentangan parti itu bersabit hasrat PAS memperjuangkan hukum hudud. 
 
"Sesiapa pun yang hendak (kerjasama) dengan PAS, maka dasar Islam PAS jangan diganggu-gugat. Dahulu kita dah kena dengan DAP, jadi walaupun mereka menghulurkan tangan (salam), tapi PAS tetap teruskan dasar Islam itu. 
 
"Dalam kenyataannya (Kit Siang) pun tidak sebut tentang dasar PAS. Ia sebut tentang selamatkan Malaysia. Saya pun 'berat' lah jika mereka tidak jelaskan sikap mereka tentang perjuangan PAS yang mahu mengetengahkan Islam," tegas Mahfodz.
 
Kit Siang pada hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura dengan menambah keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi. 
 
 

K’jaan tutup semua pejabat Tourism Malaysia

Posted: 23 Jan 2017 02:51 AM PST

Bernama



Semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.

Semasa mengumumkan perkara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penutupan kesemua 14 pejabat pelancongan itu tidak melibatkan pemberhentian kakitangan sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.

Beliau berkata langkah itu dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun, yang boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.

"Setiap negeri mempunyai exco pelancongan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing, jadi kita tidak mahu tugas agensi itu dengan pihak berkuasa pelancongan negeri bertindih,"kataya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Pertama Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi serta Pengarah Urusan Kumpulan A'Famosa Datuk Alex Lau.

Mohamed Nazri berkata walaupun semua pejabat Tourism Malaysia negeri ditutup, kementerian akan menyediakan lima pejabat informasi di beberapa negeri.

Pejabat berkenaan akan disediakan di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu bagi kawasan timur, Johor bagi kawasan selatan serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi Sarawak.

Pada 14 Jan lepas, kementerian mengumumkan bahawa empat pejabat Tourism Malaysia di luar negara iaitu New York di Amerika Syarikat, Perth di Australia, Stockholm di Sweden dan Johannesburg di Afrika Selatan ditutup serta merta tahun ini.

Ini berikutan pemberhentian perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan menyasarkan seramai 30.5 juta pelancong mengunjungi Malaysia tahun ini berbanding 27 juta pelancong pada tahun lepas.

"Tahun lepas, kita lihat ada cabaran ekonomi namun, tahun ini saya yakin sasaran ini mampu dicapai," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia berpotensi meraih pendapatan sebanyak RM105 bilion tahun ini hasil perbelanjaan para pelancong.- Bernama


BN jangan hanya tabur janji manis di Bagan Datuk

Posted: 23 Jan 2017 02:45 AM PST

 MOHD ALI HASHIM
 
 
Asmuni AwiAsmuni Awi
Parti Amanah Negeri Perak mengingatkan semua pihak agar tidak menabur janji-janji manis semata-mata berkaitan pembangunan di Daerah Bagan Datuk hanya kerana ahli parlimennya adalah juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama dari Perak.

Pengerusi Amanah Negeri Perak Asmuni Awi berkata kebimbangan tersebut adalah kerana banyak projek yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan BN yang memerintah.

"Dalam masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan bahawa Daerah Bagan Datuk akan dijadikan sebagai Hub Pendidikan, termasuklah pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.

"Kerajaan juga menjanjikan pembinaan Politeknik Bagan Datuk yang bernilai RM220 juta serta Pusat MARA yang bernilai sebanyak RM6.5 juta.

"Selain itu mereka juga berjanji akan membangunkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menelan kos sebanyak RM150 juta," jelasnya lagi.

Kata Asmuni lagi, selain dari itu bilangan projek yang telah dijanjikan di bawah Kerajaan Persekutuan yang akan dibina termasuklah jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dan Bagan Datuk yang berharga RM350 juta.

"Parti Amanah Negeri Perak juga menuntut kerajaan menunaikan janji mereka iaitu membina laluan dua hala Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang akan dinak taraf dengan kos RM90 juta.

"Begitu juga dengan apa yang telah mereka laung-laungkan selama ini untuk membina Kompleks Sukan berharga RM31 juta mesti ditunaikan.

"Janji kerajaan negeri Perak dalam pembentangan bajet 2017 akan membangunkan Bagan Datoh Water City dalam daerah Bagan Datuk mesti juga mereka laksanakan tanpa membiarkan ia hanya menjadi janji-janji kosong semata-mata," tegasnya lagi.

Beliau juga berkata, Amanah Negeri Perak tidak menafikan keperluan pembangunan yang ingin dibuat, walau bagaimana pun adalah diharapkan semua projek-projek yang dijanjikan benar-benar dapat dilaksanakan.

"Kita tidak mahu apa yang dijanjikan di Bagan Datuk umpama janji kosong sepertimana yang telah terjadi kepada projek MRSM dimana sebelum ini telah dijanjikan pada tahun 2010, malangnya hingga kini masih belum nampak bayangnya.

"Apa pula nasib cadangan pembinaan UiTM sebelum ini yang telah berkali-kali diumumkan, tetapi tidak pula dimasukkan dalam RMK11.

"Jangan hanya pandai membuat janji untuk meraih sokongan, sebaliknya lemah dan gagal dalam pelaksanaan," tambahnya lagi.

'Kit Siang tak perlu bermadah mahu selamatkan Malaysia'

Posted: 23 Jan 2017 02:36 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Khairuddin Aman Razali Khairuddin Aman Razali

Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu 'bermadah' mahu menyelamatkan Malaysia kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas ketika dalam Pakatan Rakyat adalah isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agenda anti-Islam DAP tidak mungkin dapat diterima Pas kerana akan merosakkan kerangka bernegara Malaysia.

Sebaliknya beliau menasihatkan DAP untuk mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik parti itu, khasnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang setia kepada DAP.

"DAP boleh mengajak mana-mana parti yang boleh berkompromi dengan dasar sosialisdan pragmatik DAP khususnya PAN (Amanah) yang merupakan serpihan Pas yang setia kepada DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat peribadi Lim semalam bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Menurut Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, Pas akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN.

Mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa masa untuk berunding dengan Pas sudah tamat, Khairuddin berkata, Pas tidak memerlukan bekas perdana menteri itu kerana dasar pemerintahannya yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak.

"Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi Pas nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara," tegasnya.

Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat

Posted: 23 Jan 2017 02:29 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP pernah menuntut diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mengesahkan dakwaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini. 
 
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pendedahan itu sekali gus membongkar agenda dan matlamat sebenar DAP yang mahu mengetuai Pakatan Harapan (PH) serta mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya. 
 
"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebenarnya pertandingan antara dua kuasa besar politik di Malaysia iaitu Umno dan DAP. 
 
"Jika Barisan Nasional (BN) menang, Umno akan terus mentadbir Putrajaya dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir Putrajaya. 
 
"Ternyata PRU14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi hanya alat untuk mereka menguasai politik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.
 
Manakala pada minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu program mendedahkan, DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi (PRU14).
 
Beliau berkata DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.
 
Bagaimanapun mantan Perdana Menteri itu mendakwa media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai isu berkenaan. 
 
Dr Mahathir sebaliknya berkata, beliau hanya 'pernah mendengar' cadangan sedemikian

Kit Siang: Salam perdamaian kepada PAS bukan pura-pura

Posted: 23 Jan 2017 02:23 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura.
 
Memetik portal Malaysiakini, Kit siang berkata, keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi. 
 
"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.
 
"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.
 
"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.
 
Kit Siang pada semalam memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia. 
 
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam reaksinya berkata, PAS tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam 'permainan' politik DAP.
 
Ujarnya, huluran salam Kit Siang dengan 'kata-kata' mahu menyelamatkan Malaysia hanya sekadar menabur janji.
 
Hubungan PAS-DAP terputus selepas parti dominasi Cina itu berulang kali menyerang hasrat PAS bersabit pelaksanaan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015.
 
Ia membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) pada 2015. Namun kemudian Pakatan Harapan (PH) dibentuk pada 2016 lalu dengan dianggotai PKR, DAP dan Amanah, parti serpihan PAS.
 
PH kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN. 
 
 

Tiada keperluan benar lulusan UEC belajar di UniKL - pengerusi

Posted: 23 Jan 2017 02:21 AM PST

MALAYSIAKINI


Tiada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mengikuti pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) setakat ini, kata Pengerusinya Datuk Adham Baba.

Beliau berkata pada masa ini tidak terdapat keperluan untuk memberi laluan kepada lulusan UEC mengikuti pengajian di institusi milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

"Walaupun sesebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diberi kebenaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menerima UEC sebagai kelayakan masuk, pada masa ini UEC tidak menjadi sebahagian daripada syarat kemasukan ke UniKL," katanya selepas merasmikan majlis taklimat dan penyerahan surat pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau sesi 2017-2019, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata UniKL tidak berhasrat untuk mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke universiti itu setakat ini.

Ismail Sabri berkata ini kerana sijil itu tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam.

Kenyataan Ismail Sabri itu menyusuli kenyataan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa pada Sabtu yang dilapor berkata UniKL mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan universiti tersebut berdasarkan polisi UniKL sendiri.

Mengulas lanjut, Adham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Raja berkata bagaimanapun UniKL turut menjadi pilihan pelajar bukan bumiputera dan luar negara kerana institusi itu menawarkan program-program yang mendapat pengiktirafan dan akreditasi daripada badan-badan akreditasi dan profesional.

Sijil UEC merupakan peperiksaan yang dikendalikan badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina.
- Bernama


Pakatan bakal lancar kempen tolak parti ‘kingmaker’ bantu BN

Posted: 22 Jan 2017 04:16 PM PST

 
Ini selepas PAS mendakwa gabungannya dengan sebuah parti kecil boleh bertindak sebagai kingmaker yang boleh mempengaruhi keputusan PRU14 nanti.


salahuddin-1


PETALING JAYA: Amanah berkata mana-mana gabungan pembangkang selain Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti perlu ditolak kerana ia bukan bertujuan untuk membantu pembangkang sebaliknya menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga ini adalah satu perancangan sulit dan rapi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang yang semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat dewasa ini," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Tambahnya, Pakatan Harapan akan melancarkan "kempen besar-besaran ke seluruh negara" bagi menyedarkan orang ramai pakatan pembangkang selain Pakatan Harapan "adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN".

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, Salahuddin dipercayai merujuk kepada apa yang dipanggil PAS sebagai Gagasan Sejahtera, iaitu kerjasamanya dengan sebuah parti kecil bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

PAS sebelum ini berkata ia merupakan "kingmaker" pada PRU14 kerana dapat menentukan pemenang.

Salahuddin bagaimanapun berkata parti yang membuat dakwaan itu tidak boleh dipercayai.

"Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi 'king maker' dan kelihatan pro-BN. Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang," katanya.

Salahuddin memuji Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana tidak berlengah menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.

PAS bertindak tidak menyertai gabungan antara PKR, Amanah dan DAP itu, yang turut menyaksikan kerjasama dengan PPBM.

Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata partinya tidak akan lagi berunding dengan PAS kerana tempoh yang diberikan kepada parti Islam itu sudah tamat.

"Kalau boleh, kita mahu semua 5 parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan," beliau dilaporkan berkata