Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PANAS: BIRAS EX-SPRM BUAT LAPORAN POLIS, ADAKAH EX-SPRM TERLIBAT MENDESAK ISTERINYA DALAM PEREBUTAN HARTA BERNILAI RM100JUTA ?

Posted: 20 Jan 2017 05:01 AM PST



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain pada tahun lepas.
Beliau berkata, siasatan sudah dibuat dan dibawa ke Jabatan Peguam Negara.
"Laporan terhadap Bahri kita terima di Kelantan.
"Seperti biasa, kita akan jalankan siasatan kerana ada laporan dan apa jua penemuan akan kemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Persada PLUS, Subang hari ini.
Bahri sebelum ini telah mengambil keputusan untuk bersara awal kerana didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat keluarga.
Isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist).

Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist)  Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)
Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist) Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)

Semenatara itu, Pengarah Kist, Noraihan Che Ali mendakwa, Bahri yang merupakan birasnya telah mengarahkan sepasukan anggota SPRM Putrajaya menggeledah rumahnya dan merampas sejumlah dokumen berkaitan perniagaan kolejnya beserta dokumen-dokumen perniagaan lain.
"Suami saya telah pulang ke rahmatullah pada September 2015 dan telah meninggalkan harta berjumlah sekitar RM100 juta dan hutang piutang bernilai RM85 juta.
"Kemudian berlaku perebutan harta pusaka peninggalan suami saya diantara adik beradik Allahyarham dengan saya dan anak saya," katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pertikaian harta berkenaan, Noraihan menjelaskan, adik kepada suaminya yang juga isteri kepada Bahri, Datin Norhaslina Abdullah memintanya menandatangani surat penolakan harta yang ditinggalkan suaminya.
Katanya, satu surat peguam turut diserahkan bagi tujuan berkenaan di samping meminta anaknya untuk menurunkan cap jari bagi tujuan menolak harta yang ditinggalkan bapanya.
"Mereka mendesak saya supaya menandatangani surat penolakan harta, malah cuba mendapatkan cap jari anak saya yang merupakan anak yatim dan baru berusia 9 tahun.
"Yang mendesak saya ialah Datin Norhaslina Abdullah dan suami beliau, Datuk Bahri Mohd Zain.
"Selepas keengganan kami anak beranak untuk menandatangani surat penolakan harta tersebut, sepasukan Unit Khas SPRM Putrajaya telah datang ke rumah saya pada 16 Januari 2016 untuk menggeledah dan menyita kediaman saya dan mengambil semua dokumen berkaitan Allahyarham suami saya terutama berhubung Kolej Islam Sains dan Teknologi," katanya sambil mendakwa operasi tersebut didalangi oleh Bahri.
Bimbang akan ancaman yang dihadapinya, satu laporan polis telah dibuat pada 19 Februari 2016 bagi membuat aduan terhadap salah guna kuasa Bahri dalam usaha merebut harta pusaka, namun kata Noraihan, tiada tindakan diambil pihak polis.
"Saya tekad untuk membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada 1 Mac 2016. Malangnya sehingga hari ini, tiada tindakan yang dilakukan," katanya.
Tambah Noraihan, beliau mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meakukan siasatan terhadap aduan berkenaan sambil meminta SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung salah guna kuasa oleh Bahri.
Sementara itu, peguam Noraihan, Ahmad Zaharil mempersoalkan mengapa isu berkaitan anak guamnya masih belum selesai selepas lebih setahun aduan kepada pihak polis dibuat.
"Mengapa pula isu berkaitan wasiat dan harta pusaka mendapat campurtangan pihak SPRM dan bukannya polis?" soal Zaharil

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Jaminan Ku Nan Kepada Pengguna Kapcai

Posted: 19 Jan 2017 11:30 PM PST


ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:23 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


‘Keadilan, tauliah dan budaya takfiri’

Posted: 20 Jan 2017 03:09 AM PST

 Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Klang yang memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersalah kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011 adalah mengejutkan.

 Dalam penghakimannya, semalam Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

 Hakikatnya, Khalid dijemput oleh ahli surau untuk menceritakan pengalaman lawatan beliau ke Gaza dan bukan berkuliah agama.

 Bukankah Islam menuntut kita berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman?9 Tindakan sebeginilah yang membuat orang ramai hilang keyakinan ke atas kebijaksanaan mahkamah syariah dan majlis agama hari ini.

 Adakah tindakan ini kerana beliau tidak "bertauliah" walaupun apa yang disampaikan bukan ajaran salah atau kuliah àgama sekalipun?

 Berapa kali telah kita menyaksikan ahli jemaah dijemput imam masjid memberi ucapan berkongsi pengalaman mereka tanpa didakwa?

  Halal darah

Bagaimana pula dengan imam dan penceramah bertauliah yang menyampaikan ajaran yang salah dan menyesatkan?

 Saya sendiri telah melaporkan di Parlimen dan juga orang lain yang dilaporkan oleh media, tentang ucapan di masjid dan surau tertentu di mana penceramah mengistiharkan 'halal darah' dan boleh 'menghapuskan nyawa orang tertentu.

 Kenapa tiada tindakan sehingga hari ini?

 Adakah kerana mereka ini bertauliah, mereka berhak membuat pengistiharan bunuh sedemikian rupa - iaitu tauliah "with license to kill"?

 Mufti Pahang pula mengistiharkan ahli parti DAP sebagai kafir harbi yang boleh dihapuskan tanpa apa-apa tindakan. Adakah mereka mereka yang bertauliah ini boleh mengistiharkan apa sahaja dan memiliki kekebalan?

 Ada juga yang mengistihar sesama Islam kafir dan terkeluar akidah dengan sewenang-wenangnya. Adakah mereka ini kebal dan juga maksum?

 Budaya dan gejala takfiri sudah lama bersama kita dan kerajaan sengaja memekakan telinga atas kepentingan dan kesefahaman politik.

 Kami sudah lama membahaskan isu ini di Parlimen dengan kerajaan membisu seribu bahasa.

  Hukum mengkafiri 

 Budaya takfiri tidak perlu dibawa masuk dari luar oleh ISIS atau DAESH, ia sudahpun bersama kita. 

 Khalid Samad dihukum kerana bercakap tentang pengalaman di Gaza tanpa tauliah.

 Bagaimana pula mereka yang mengamalkan budaya takfiri menghukum kafir sesama Islam dan halal darah dengan memiliki tauliah oleh pihak berkuasa? Kebal kah mereka?

 Islam menuntut keadilan untuk semua dan pihak majlis agama serta mahkamah syariah perlu bertindak adil kepada semua tidak kira fahaman ideologi atau politik.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Aku diutus bukan untuk melaknat, tetapi untuk membawa rahmat."

 Oleh itu siapakah kita, walaupun kononnya bertauliah, untuk melaknat sesama Islam?

 Kami sedang mengkaji merujuk ketidak-adilan ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya kesucian agama Islam dan nama baik Majlis Raja Raja terpelihara.

 Kepada Allah yang maha besar dan adil kami berserah.

 Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu. ~ sumber

kedudukan Khalid sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas oleh kesalahan '

Posted: 19 Jan 2017 09:19 PM PST


 PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang didenda kerana mengajar Islam tanpa tauliah, boleh bertanding untuk jawatan awam lagi kerana dia hanya melakukan kesalahan agama, kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan bersara. 

 Gopal Sri Ram berkata kesalahan Khalid bukan satu kesalahan keseksaan seperti yang diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan melalui mahkamah undang-undang yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 Beliau berkata kuasa untuk mewujudkan kesalahan dan menetapkan hukuman adalah terletak pada Parlimen di bawah Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perlembagaan.

 "Mahkamah sekarang (syariah mahkamah rendah Selangor) juga bukan mahkamah undang-undang yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan," katanya kepada FMT.

 Mahkamah tiga peringkat yang disebut dalam Perlembagaan adalah Mahkamah Tinggi (Malaya dan Sabah dan Sarawak), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

 "Pada pandangan saya, sabitan Khalid tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen," katanya. Di bawah Senarai 11 Perlembagaan, Dewan Undangan Negeri boleh meluluskan undang-undang dan menetapkan hukuman terhadap umat Islam yang menentang "ajaran Islam".

 Sri Ram berkata demikian sebagai respons kepada sabitan Khalid oleh mahkamah rendah syariah Klang hari ini. 

 Khalid didenda penjara RM2,900 atau tiga bulan. Dia membayar denda itu tetapi berkata beliau akan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

 Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang, tanpa tauliah sah enam tahun lalu. Dia didapati telah melanggar Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor. 

 Khalid menegaskan beliau telah dijemput ke surau untuk bercakap mengenai lawatannya ke Palestin dan tidak memberi ceramah agama. Yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau telah pulang dari Gaza dan telah dijemput untuk bercakap mengenai pengalaman beliau. 

 Perkara 48 Perlembagaan menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh "mahkamah undang-undang" dalam Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2 , 000.

 Sri Ram berkata, apabila disabitkan oleh mahkamah undang-undang, seperti yang dinyatakan dalam Perkara 48, mestilah merujuk kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121.~ sumber

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kaji selidik Rafizi tampak cantik untuk HARAPAN tetapi...

Posted: 20 Jan 2017 06:32 AM PST

 
 

Kaji selidik yang dijalankan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerusi Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) memberikan gambaran positif bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi meminggirkan realiti tertentu, menurut pengendali pungutan suara Ibrahim Suffian.

"Beliau (Rafizi) bercakap mengenai apa yang mereka (HARAPAN) perlukan untuk menang, namun bukan perkara-perkara yang tidak diperkatakan adalah status quo.

"Ia meminggirkan realiti besar bahawa HARAPAN tidak boleh menang undi Melayu untuk mengalahkan BN," Ibrahim memberitahu Malaysiakini hari ini.

Hakikat tersebut telah terpapar semasa dua pilihan raya kecil tahun lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, katanya, dan hasil kajian I-CPI mencerminkan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.

Ibrahim yang merupakan pengarah program Merdeka Center berkata, andaian I-CPI telah meletakkan HARAPAN dalam tugasan yang berat untuk menang tanpa keterlibatan PAS.

"Terlalu banyak 'jika' perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat.

"Dengan kekangan masa, sumber, kepimpinan yang ada, apakah termampu untuk menggerakkan sebilangan besar rakyat untuk beralih ke pihak mereka,

"Jika mereka tidak dapat berbuat demikian dengan kemungkinan untuk berlaku seperti itu agak tinggi, mengapa mereka tidak boleh kompromi dalam isu yang boleh menjurus kepada kerjasama bersama PAS?," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa pengundi mempunyai hubungan politik yang telah terbina dengan parti yang dipilih mereka.

Bomba 'bebaskan' kemaluan lelaki tersangkut dalam botol mineral

Posted: 20 Jan 2017 06:15 AM PST

ASTRO AWANI


Bomba 'bebaskan' kemaluan lelaki tersangkut dalam botol mineral
Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral. - Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral sebelum "dibebaskan" anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi tadi.

"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.

Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.-- BERNAMA 
 
 

KPN sahkan laporan polis dibuat ke atas Bahri

Posted: 20 Jan 2017 06:10 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa perkhidmatannya.
 
Khalid hari ini mengesahkan bahawa laporan itu dibuat beberapa kali pada tahun lalu di Kelantan.
 
"Kami menerima laporan polis pada tahun lalu jika tidak silap saya. Siasatan telah dijalankan dan kami menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
 
"Seperti biasa, kita perlu menyiasat kerana terdapat laporan dibuat dan apa sahaja penemuan akan diserahkan kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 10/2017 di Persada PLUS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.
 
Terdahulu, biras Bahri, Noraihan Che Ali mendakwa, semasa Bahri masih pengarah bahagian operasi khas, beliau mengarahkan satu pasukan dari bahagiannya untuk menggeledah rumah di Kota Baru pada Januari tahun lepas.
 
Noraihan, Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) mendakwa dokumen yang berkaitan dengan kolejnya dan perniagaan lain telah dirampas.
 
Menurut Noraihan, arwah suaminya Muhamad Zamly Abdullah yang merupakan pemilik Kist dan abang kepada isteri Bahri, Noor Haslina Abdullah telah meninggal dunia pada bulan September 2015 dengan meninggalkan aset bernilai RM100 juta dan hutang RM85 juta.
 
Ekoran itu, Noraihan mendakwa pertikaian meletus antara adik beradiknya arwah suaminya dengan beliau dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.
 
 

H355: Rayuan untuk tetap di Dataran Merdeka

Posted: 20 Jan 2017 06:03 AM PST


 

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

SEKRETARIAT Himpunan RUU355 telah menerima surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 13hb Januari 2017 yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak.

Pihak kami akan membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Bagi kami, himpunan ini perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang.

Untuk makluman pihak DBKL, kami akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang.

Salam takzim dari kami.

* Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Himpunan RUU355

Mahkamah tangguh prosiding cabaran persempadan semula Selangor

Posted: 20 Jan 2017 05:59 AM PST


OLEH ERMIZI MUHAMAD


IMG_5389


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan permohonan Kerajaaan Negeri mengenepikan cadangan proses persempadan semula Selangor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 24 Januari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan berkata, penangguhan dibuat bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat pihak mahkamah.

Untuk tempoh itu juga, mahkamah menetapkan larangan kepada SPR untuk meneruskan proses 'inquiry' sepanjang prosiding perbicaraan berjalan.

MB SPR

Terdahulu, Kerajaan Negeri memohon kepada pihak mahkamah membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadan semula SPR.

Tindakan itu dibuat susulan pencabulan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan apabila wujunya penafian komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

Permohonan semakan itu juga menyaksikan Selangor sebagai negeri pertama mencabar proses persempadanan semula SPR, September lalu.

Kerajaan Negeri sebelum ini menamakan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Sementara itu, Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Latheefa Koya mewakili Kerajaan Negeri mencabar cadangan persempadan SPR.

Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

Posted: 20 Jan 2017 04:30 AM PST

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menaikkan hukuman penjara 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.

Tambahan hukuman ke atas pasangan itu kerana tempoh dua minggu tidak mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kesalahan terbabit.

mbsapukul-transformed

" Mereka akui halang pegawai MBSA itu daripada menjalankan tugasnya dan bersikap agresif terhadapnya," katanya.

Beliau berkata pasangan itu tidak sepatutnya bertindak sewenangnya dengan menggunakan kekerasan terhadap seorang pegawai penguatkuasa kerajaan.

"Mereka sepatutnya bertenang dan membayar denda saman itu," katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili S Gabriel.

Mahkamah perlu mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan seperti ini, kerana hukuman ringan akan menyebabkan masyarakat diluar-kawalan.

Mereka dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini tahun lalu selepas mengaku bersalah atas tuduhan pada menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai penguatkuasa MBSA Nurul Ain Isa, 23 daripada menjalankan tugasnya.

mbsa-saman

Peguam Negara, Apandi Ali dalam satu kenyataan pada 27 November berkata hukuman penjara dua minggu itu 'jelas tidak memadai' dan memfailkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.-nR-

Izzah: Analisis pembangkang tak mampu tawan Putrajaya dangkal

Posted: 20 Jan 2017 04:26 AM PST

IZZAH RAKYAT
OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM : Dakwaan kononnya komponen Pembangkang tidak berupaya menawan Putrajaya disifatkan dangkal tanpa merujuk situasi politik dan sokongan rakyat terhadap pentadbir Kerajaan kini.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kejayaan besar sokongan rakyat pada pilihan raya lalu menjadi manifestasi sebenar ke arah kejayaan komponen pembangkang.

Beliau percaya, keadaan sama dibuktikan menerusi tuntutan rakyat kini secara jelas mahukan pimpinan adil dan tampil dengan pelaksanaan dasar berkebajikan.

izzah

"Saya terpanggil memberi respon terhadap tulisan salah satu penganalisis politik yang menjangkakan ajaiblah jika pembangkang boleh memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Pasca PRU13 menyaksikan bahawa pimpinan negara kini adalah mereka yang mempunyai peratusan sokongan paling tipis.

"Bahkan kemenangan 47 peratus menjadi manifestasi dan unjuran kepada penyalahgunaan segala ruang yang sedia ada untuk memenangi pilihan raya akan datang.

"Arakian, menyorot kembali setiap desakan berkali-kali diangkat rakyat jelas mahukan pemimpin wibawa dan tampil dengan dasar-dasar sempurna dengan keperluan rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam kenyataannya berkata, pembinaan dasar lebih berkebajikan juga mampu menjana kepada pembinaan negara yang lebih holisitik.

"Dasar negara mampu berubah. Sekiranya mandat dipegang oleh kerajaan prihatin, maka keutamaannya mengurangkan jurang miskin kaya dan mengawal inflasi yang menekan ekonomi rakyat.

"Bahkan, tuntutannya untukmelawan gejala rasuah dan salah guna kuasa dan menjaga kebajikan rakyat menerusi pentadbiran yang anti ketirisan, pro kesihatan dan pendidikan.

"Namun, sekiranya negara dipegang perompak, makanya dasar tentu akan pro-inflasi, rasuah berleluasa," katanya.-nR-

Perjuangan ini bukan sekadar buka pintu di Putrajaya

Posted: 20 Jan 2017 04:16 AM PST




 
Oleh ROSLAN SMS


RAMAI dah sahabat-sahabat beri ulasan darihal kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI).Sahabat saya MSO dalam postingnya terus menghukum PAS berdasar bacaan politik bergeliga Rafizi itu.

Itu hak masing-masing dan saya yakin PAS sedikit pun tidak terusik dengan dapatan yang "super" hebat itu.

PH dan Bersatu menang dan masuk Putrajaya. PAS kalah besar dan tersingkir dari Dewan Rakyat.

Apapun sentimen anda pagi Jumaat ini saya mahu berkongsi satu pengalaman.

Sebelum PRU 2008 dulu saya ketika itu bertugas sebagai SU Akhbar Presiden PAS. Ketika itu fokus seluruh pimpinan dan ahli PAS adalah untuk mempertahankan negeri Kelantan yang kita menang dalam PRU 2004 dengan majoriti tipis.

Datanglah "pakar" PAS yang hari ni telah melompat ke PAN. Beliau ketika itu kira level separas Rafizi hari ini. Ber"geliga" dan pakar serba-serbi.

Beliau mohon untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden bagi membentangkan angka-angka dan bacaan politiknya mengenai PAS buat PRU 2008.

Tuan Guru setuju dan saya diajak bersama.

Lalu dibentangkannyalah hujah-hujah dan bacaannya. Berhelai-helai kertas diulasnya satu persatu di hadapan Tuan Guru. Dan Tuan Guru saya perhati tekun mendengar tidak langsung mengganggu. Itulah Presiden kita "a good listener".

Ringkas cerita sama macam bacaan Rafizi PAS akan kalah teruk. Kalah semua kerusi atas pelbagai alasan termasuk kerana kononnya pendekatan yang terlalu keras, terlalu inklusif, tidak mesra pengundi dan berjela-jela lagi alasan yang disokong dengan angka-angka.

Saya yang mendengar turut gelisah.

Allah bayangkan kita kalah termasuk di Negeri Serambi Mekah yang  ketika itu Almarhum Tok Guru MBnya.

Apa reaksi Tuan Guru Presiden?

Beliau ucap terima kasih kepada doktor PhD berkenaan dan ambil maklum semua "poin" nya. Namun kata Tuan Guru, satu faktor penting yang beliau tersangat yakin yang malangnya tiada tempat dalam ulasan berjela-jela tadi adalah "bantuan Allah SWT"!

Saya pula yang terpegun. Mana mungkin kita Gerakan Islam boleh menidakkan elemen bantuan Allah SWT ini.

Akhirnya sebagaimana anda semua maklum, apakah prestasi PAS pada PRU 2008 itu?

Kita bertahan lebih kemas di Kelantan, menang dan membentuk kerajaan campuran di Kedah, Perak dan Selangor.

Malam keputusan PRU itu saya bertugas 24/7 di Pejabat Agung PAS. Satu demi satu keputusan diterima, meleleh air mata saya mengingatkan faktor penting yang dipegang kuat oleh Tuan Guru Presiden PAS, subhanallah.

Lalu tinggalah kajian "pakar" tadi atas kertasnya.

Kesimpulannya, PAS tidak boleh berdiam diri. Programnya perlu dipertingkatkan. Bagi kita, perjuangan ini bukan sekadar untuk buka pintu di Putrajaya tetapi lebih besar lagi untuk membuka pintu syurga Allah SWT.

Biarlah Rafizi dan PAN seronok dengan kajian mereka. Kita pun sebenanya ada kajian kita yang jauh berbeza dari dapatannya itu tetapi tidak perlu dikeluarkan jika semata-mata untuk berseronok-seronok.

Bahtera PAS  insya-Allah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita.

Anak Sungai Derhaka

0

Posted by Unknown | Posted on 10:14 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Beli Rumah Pada Masa Ini Umpama “Bunuh Diri” ?

Posted: 19 Jan 2017 07:38 PM PST


Perunding hartanah veteran berkata membeli rumah pada masa ini umpama tindakan "bunuh diri" dan lebih baik menunggu sehingga harga hartanah jatuh.

Perunding hartanah dan juruukur bertauliah berpengalaman selama 40 tahun, Ernest Cheong berkata pasaran hartanah tidak wujud secara berasingan dan orang ramai perlu memberi perhatian kepada situasi ekonomi global dan tempatan.

Beliau berkata ramai percaya yang membeli hartanah perlu menjadi keutamaan dalam sesebuah keluarga kerana ia memberi perlindungan kepada orang tersayang, tetapi ia salah kerana keluarga masih boleh menyewa rumah.

"Lebih teruk lagi, apabila ada golongan yang kononnya guru hartanah menggalakkan keluarga membeli rumah yang mereka mungkin tidak mampu membayarnya dalam tempoh panjang dengan mendakwa ia sejenis pelaburan kerana harga hartanah akan naik.

"Apa akan berlaku bila anda tidak mampu membayar ansuran dan ia tidak boleh dijual, atau jika nilai sewaan tidak dapat menampung bayaran bulanan? Anda akan tersekat," katanya kepada FMT.

Cheong berkata demikian ketika mengulas kaji selidik dijalankan by PropertyGuru.com.my baru-baru ini yang mendakwa kira-kira 58% pembeli Malaysia akan membeli rumah dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Sedangkan, sektor hartanah dilaporkan agak lembap pada masa ini.

Katanya, membeli hartanah ialah komitmen besar dan itu sebabnya apabila ekonomi perlahan dan kos sara hidup meningkat, lebih wajar untuk menyewa rumah.

"Bila menyewa, anda ada fleksibiliti untuk terus hidup.

"Katakan anda sewa rumah RM2,000 dan kehilangan kerja atau isteri hilang kerja, anda masih boleh menyewa di tempat yang lebih murah.

"Tetapi anda tidak boleh berbuat demikian jika ansuran bayaran bulanan rumah anda kepada bank ialah RM2,000 sebulan.

"Betul, anda boleh sewakan rumah yang anda beli dan kemudian menyewa di tempat lebih murah, tetapi soalannya ialah dapatkah anda cari penyewa yang mahu membayar RM2,000 atau boleh atau tidak anda sewakan ia pada kadar itu sedangkan terdapat banyak rumah lain untuk disewa," katanya.

Cheong mencadangkan bakal pembeli hanya membeli rumah jika mereka rasa cukup selesa dengan bayaran bulanan itu bagi sepanjang tempoh pembiayaan, atau jika harga rumah jatuh.

"Bayaran balik bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 25% pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.

"Lebihan 75% sepatutnya disimpan untuk kegunaan perbelanjaan kehidupan dan jika boleh, sebagai simpanan.

"Orang ramai mesti ingat tempoh bayaran balik pinjaman rumah biasanya 30 tahun. Dalam tempoh 30 tahun itu, kos sara hidup boleh meningkat tetapi gaji mereka mungkin bertambah tidak sebanyak mana pun," katanya.

Cheong berkata pada masa ini, pemaju dan penjual rumah nampaknya tidak mahu menurunkan harga mereka dan orang ramai perlu mengambil kesempatan terhadap pasaran sewaan rumah di mana harga sewa jatuh susulan bekalan rumah sewa berlebihan.

Tahun lalu, dilaporkan 18,908 daripada 81,894 unit hartanah perumahan dan komersial dilancarkan pada suku pertama 2016, belum dapat terjual.

Nilai unit yang masih belum dijual itu ialah RM9.4 bilion.



MEDIA Rakyat MALAYSIA

0

Posted by Unknown | Posted on 4:14 PG | Posted in

sumber :-

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SERTAI SEMINAR FOOD TRUCK 2017

Posted: 19 Jan 2017 08:29 PM PST

MARA bersedia bantu usahawan bumiputera membiayai food truck...

Posted: 19 Jan 2017 08:03 PM PST

SEMINAR USAHAWAN FOOD TRUCK 2017.. WASAPP/ TEL 0193291967

Posted: 19 Jan 2017 07:53 PM PST

The Antics of Husin Lempoyang

0

Posted by Unknown | Posted on 4:01 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Ma-yu-teng cakap tak selupa bikin

Posted: 19 Jan 2017 05:34 PM PST


Sedang minum di kedai kopi 434 yang terkenal di bandar Maharani, Muar, terdengar perbualan di meja sebelah.

Ali: Lim .... saya dengar itu Tan Sri Muhyiddin akan lari dari Pagoh dan tanding Muar sini. Tiap-tiap minggu ada saja Cap Bunga dan kawan-kawan turun sini.

Lim: Apa pasal Ma-Yu-Teng mau sini mali? Sulah wakil Pagoh tutuk tiam-tiam sampai pencen loh.

Ali: Entah Lim. Ada kata takut kalah. Ada kata Chap Bunga mahu menang dua - Pagoh sama Muar sekali.

Lim: Wa tanya sama lu, Ali. Dia bole lagi ka jadi wakil lakyat.

Ali: Orang kata dia banyak keluarga di Muar. Arwah bapak dia ada ampat bini. Adik beradik berpuluh. Boleh menang ...

China tak suka, Singapore dia kasi 53,000 hektar

Lim: Wa tak undi sama dia. Cina pun tak mau kasi undi.

Ali: Apa pasal? Sudah kerjasama dengan DAP pun, awak tak suka ka?

Lim: Ma-Yu-Teng cakap tak selupa bikin. Dulu cakap lain, sikalang cakap lain.

Ali: Hmmm .....

Lim: Sikalang, dia kata tak mau China masuk. Tapi dia sindili masuk sama cina ...

Ali: (terdiam)

Lim: Itu macam ka mahu dapat undi cina?

Wow! Apek ini cerita pelaburan atau apa?

Kelab Greenboc

0

Posted by Unknown | Posted on 2:18 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Pelaburan Dari China, Satu Bentuk Penjajahan Baharu?

Posted: 20 Jan 2017 01:47 AM PST

Johor akan dipenuhi warga China?

Sehingga 2008, Putrajaya dibangunkan dengan kos sekitar RM12 bilion. Kota pentadbiran baru kerajaan persekutuan itu pernah mendatangkan polemik politik pada 1998 yang dikatakan sebagai projek yang membazir.

Projek itu dikatakan membazir kerana dibangunkan ketika ekonomi Malaysia dalam keadaan tidak stabil dengan ringgit jatuh sehingga ke paras lebih RM3.50 berbanding AS$1 sehingga memaksa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menambat nilai ringgit.

Dr Mahathir akan dikenang sebagai perdana menteri yang membangunkan Putrajaya. Rumah rasmi perdana menteri yang kini didiami oleh Najib Razak dahulunya juga dituduh dibuat untuk memenuhi nafsu Dr Mahathir.


Rumah rasmi kerajaan itu khabarnya ada enam bilik. Ia pernah menimbulkan keraguan mengapa ada keperluan begitu sedangkan Dr Mahathir tidak memiliki sehingga enam orang anak.

Apabila melepaskan jawatannya kediaman itu digunakan oleh PM seterusnya.

Hari ini, kita saksikan sebuah projek yang berkali-kali ganda besarnya berbanding Putrajaya. Projek pembinaan empat pulau buatan manusia di Johor itu dinamakan Forest City.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dan peminat bola sepak mungkin tersedar nama "Forest City" hanya pada jersi pasukan bolasepak JDT sahaja.

Projek berkenaan menjadi sebutan hangat kebelakangan ini apabila dikatakan akan menempatkan lebih 1.5 juta orang luar, khususnya dari China. Angka itu dipetik oleh Dr Mahathir sendiri, termasuk ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Shah Alam tempoh hari.

Mungkin orang Johor sendiri belum begitu jelas, di manakah Forest City itu. Dua projek mega di Johor sebelum ini - Iskandar Malaysia dan projek Rapid di Pengerang - sudah berjalan dan sebahagiannya sudah siap.

Dengan dua projek itulah menjadikan Johor sebagai negeri tertinggi mendapat pelaburan asing di Malaysia.

Pasaran bukan untuk Melayu

Forest City bukanlah sebuah projek atas tanah negeri yang sedia ada. Bandar baru itu dibangunkan di kawasan laut wilayah Johor dengan empat pulau baru akan dibina hasil daripada tambakan laut.

Media luar melaporkan, projek berkenaan akan melibatkan kos sebanyak RM100 bilion, atau dengan mudah bolehlah dikira hampir 20 kali ganda daripada kos pembinaan Putrajaya.

Tentunya jumlah itu bukanlah kecil. Dalam pertumbuhan negara yang tidak begitu baik, hampir mustahil ada sebuah syarikat pembangun harta tanah mempunyai wang sebanyak itu untuk membangunkan projek yang 20 kali ganda berbanding pembinaan Putrajaya dahulu.

Oleh itu, projek berkenaan dilaporkan dibangunkan dengan wang dari luar, khususnya China. Di dalamnya juga dilaporkan akan dibina 700,000 kediaman yang harganya juga bukan kepalang tinggi dan mahal-mahal belaka.

Seperti persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir, siapakah antara rakyat Johor yang akan membeli unit-unit rumah di Forest City?

Nama Forest City itu saja sudah begitu "komersial" untuk pasaran luar, kerana ia tidak dinamakan dengan bahasa Melayu. Dari situ terhidu bahawa pasaran Forest City bukanlah untuk orang Melayu, dan bukan pula khususnya untuk orang Johor.

Populasi rakyat Johor hari ini adalah sekitar 3.5 juta orang, atau kira-kira 40 peratus lebih rendah daripada keseluruhan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Mungkin munasabah untuk Dr Mahathir berasa bimbang mengenai siapa yang akan mengisi unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di Forest City itu kelak, yang dilihat tidaklah seimbang dengan jumlah populasi rakyat Johor.

Inilah asas kebimbangan ke atas sebuah projek mega yang tidak pernah wujud bukan sahaja dalam sejarah Johor, tetapi juga dalam sejarah Malaysia.

Pada masa sama, projek tambakan laut dan pembinaan unit kediaman mewah bukan saja menimbulkan keresahan di negara kita, tetapi juga di beberapa kota dan negara lain di dunia.

Sebagai contoh, di Jakarta bantahan terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, bukan sahaja pada isu agama, tetapi kemasukan sejumlah besar orang China yang tidak terkawal dan membeli unit-unit kondominum mewah di kota raya itu.

Wajib jadi hebat semula

Kaum Tionghua Indonesia sendiri tidak begitu selesa dan tidak menyenangi orang Tionghua dari Tanah Besar China. Walaupun ciri-ciri kebudayaan mereka masih ada kesamaan, tetapi yang paling dibenci adalah aspek bahasa yang berbeza.

Masyarakat Cina Indonesia masih kental dengan semangat nasionalismenya dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa harian, sedangkan orang Tionghua dari China tetap bercakap bahasa Cina sama ada di pusat beli-belah sehinggalah ketika menaiki teksi.

Apakah keadaan yang menimpa dan mulai mendatangkan masalah kepada warga Jakarta sekarang, akan berlaku pula di Johor?

Begitulah peringatan Dr Mahathir mengenai jumlah penduduk bukan pribumi yang ramai dan menguasai Singapura satu ketika dahulu akhirnya menjadi antara punca sebuah pulau milik Johor terlepas daripada kekuasaan penduduk asal, khususnya orang Melayu.

Semua itu berlaku apabila Temenggung menandatangani perjanjian dengan British. Keadaan bertambah parah dengan kelekaan penguasa Melayu yang mabuk dengan kemewahan sementara.

Bagaimana pesat, bersih dan hebatnya Singapura pada hari ini, pulau itu bukan lagi di bawah kuasa Melayu dan sudah pun terlepas daripada Malaysia. Pulau itu membentuk identitinya sendiri di tengah-tengah Nusantara yang dikuasa oleh pribumi sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Menangis air mata darah pun, pulau atau wilayah yang sudah hilang akan tetap hilang. Persoalan hari ini adalah, apakah yang akan terjadi di sebuah lagi wilayah di dalam negara ini apabila begitu ramai pendatang dari luar - khususnya dari China - akan memilik unit kediaman di Johor?

Kesannya mungkin bukanlah dalam tempoh singkat, tetapi yang harus difikirkan untuk 20, 30, 50 atau 100 tahun akan datang.

Kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, seperti lirik lagu Anak Kecil Main Api.

Mungkin benar, kuasa itu masih ada di tangan orang Melayu, iaitu kuasa mengundi untuk menggantikan sebuah kerajaan yang mengizinkan semua ini terjadi kepada kerajaan baru yang akan kembali membela nasib rakyat tempatan.

Selain diselamatkan, Malaysia wajib kembali menjadi hebat. Wajib!

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi


Ini apa yang kami jumpa dilaman sosial. 

"Aku anak Johor. Selalu ke Forest City. Harga rumah memang mahal. 1 juta ke atas. Selalu bawa member. Pemandangan memang la cantik. Tapi sayang nak bergambar langsung tak dibenarkan. Terasa hinanya diri bila warga asing yang melarang.." - Anak Johor.


Dan apabila kami scroll di ruangan komen, kami jumpa ini.

"Walaupun kebenaran memang pahit, ya 100% benar kenyataan itu" - Naqim.


"Memang ramai warga China yang beli. Setiap minggu ada je yang datang tengok by bas" - Terumbu Karang, Hafiz Awang.



"Aku setuju sebab aku pun pernah kena, tapi aku tak berdiam diri, aku balas balik kata-kata pak guard warga asing tu" - Al Grasso Zeed.



Dalam pada itu, kami juga ternampak sebaran Lina Ina.



Menurut individu yang berkongsikan gambar tersebut di laman sosial, di Forest City, pembeli boleh melakukan urusniaga jual-beli dengan menggunakan matawang Yuan (China). Mungkin kerana terdapat ramai pelancong dan pekerja dari China di sana agaknya yang membuatkan matawang tersebut diterima secara meluas di kawasan Forest City. 

Namun ada juga pihak yang menafikan sebaran gambar tersebut. Menurut pihak yang menafikan, Forest City masih lagi dalam frasa pembangunan. Belum disiapkan lagi sepenuhnya mana mungkin wujudnya kedai yang telah beroperasi. Oleh itu, haruslah netizens menghentikan sebaran gambar-gambar yang mendorong ke arah fitnah.

Mana satu yang betul agaknya?

Kita tunggu jawapan dari orang-orang Johor sendiri.


Ini apa yang kami jumpa dilaman sosial. 

"Aku anak Johor. Selalu ke Forest City. Harga rumah memang mahal. 1 juta ke atas. Selalu bawa member. Pemandangan memang la cantik. Tapi sayang nak bergambar langsung tak dibenarkan. Terasa hinanya diri bila warga asing yang melarang.." - Anak Johor.


Dan apabila kami scroll di ruangan komen, kami jumpa ini.

"Walaupun kebenaran memang pahit, ya 100% benar kenyataan itu" - Naqim.


"Memang ramai warga China yang beli. Setiap minggu ada je yang datang tengok by bas" - Terumbu Karang, Hafiz Awang.



"Aku setuju sebab aku pun pernah kena, tapi aku tak berdiam diri, aku balas balik kata-kata pak guard warga asing tu" - Al Grasso Zeed.



Dalam pada itu, kami juga ternampak sebaran Lina Ina.



Menurut individu yang berkongsikan gambar tersebut di laman sosial, di Forest City, pembeli boleh melakukan urusniaga jual-beli dengan menggunakan matawang Yuan (China). Mungkin kerana terdapat ramai pelancong dan pekerja dari China di sana agaknya yang membuatkan matawang tersebut diterima secara meluas di kawasan Forest City. 

Namun ada juga pihak yang menafikan sebaran gambar tersebut. Menurut pihak yang menafikan, Forest City masih lagi dalam frasa pembangunan. Belum disiapkan lagi sepenuhnya mana mungkin wujudnya kedai yang telah beroperasi. Oleh itu, haruslah netizens menghentikan sebaran gambar-gambar yang mendorong ke arah fitnah.

Mana satu yang betul agaknya?

Kita tunggu jawapan dari orang-orang Johor sendiri.

-Dari Amenoworld



ULASAN GB

Nampaknya kebimbangan yang dicetuskan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir di dalam ucapan pelancaran partinya beberapa malam lalu ada asasnya.


Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dengan menyifatkan fenomena ini sebagai satu bentuk PENJAJAHAN BAHARU,

VIDEO BERKAITAN



FEATURED ADS