Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Din Pagoh talkin diri sebelum sempat talkinkan UMNO

Posted: 17 Jan 2017 08:32 PM PST


Persoalannya sempatkah dia?


Syed Saifuddin Syed Harman berkata, parti serpihan Umno itu meneruskan survivalnya kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi serta sebilangan ahli tidak setuju Muhyiddin diangkat sebagai presiden. Seorang ahli Parti Pribumi memberitahu krisis yang berlaku dalam parti berpunca daripada kelemahan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selain daripada Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Mukhriz masih tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pemimpin.

http://mymassa.blogspot.my/2017/01/ts-muhyiddin-punca-parti-pribumi-kucar.html?m=1

Padanlah:
Konon aman damai
Lebih Separuh Stadium Angkat Punggung Sebelum Muhyiddin Berucap?
http://www.tv14.my/2017/01/15/lebih-separuh-stadium-angkat-punggung-sebelum-muhyiddin-berucap/

http://www.pru14.tv/2017/01/15/video-muhyiddin-berucap-ahli-parti-keluar-stadium/
Muhyiddin bercakap pada dewan kosong ke? Jika betul, sah kerja Mahathir dan penyokong-penyokongnya.

Nampaknya, tugas Muhyiddin memujuk PAS masih belum menjadi:




Menipu saja puak-puak ini





PAS sering atas pentas dengan PPBM dan PKR. Mereka percaya ke dengan Tok Wan ni ...




Din Pagoh dengan mahathir yang nak pancung kamu atau nak hormat Sultan?
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/01/bila-tuanku-murka-mencicit-ketua-armada.html

Anina pun tengah berdiam


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"Kami tetap guna 'kapcai' masuk KL"

Posted: 17 Jan 2017 04:10 PM PST

" Pembangunan J.B.”

Posted: 17 Jan 2017 04:04 PM PST

Oleh Dr Mahathir bin Mohamad
1. Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.
2. Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.
3. Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar. 4. Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya.
5. Apakah yang telah diperkatakan oleh saya? Tidak lebih daripada apa yang dilaporkan Bloomberg di dalam akhbar. Tetapi saya boleh terima kenapa laporan Bloomberg tidak akan dicabar atau dinafikan.
6. Apakah yang diperkata oleh Bloomberg di dalam laporannya pada 22hb November lepas? Ia mengatakan yang sebuah syarikat dari China akan membangunkan Forest City yang akan memuatkan 700,000 penduduk. Ianya juga melapor bahawa orang Cina dari China diterbangkan untuk melihat pameran model sebesar manusia (bergambar) dan mereka ini sudah, malahan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.
7. Saya tidak fikir ramai Melayu atau Cina Johor telah beli atau akan beli apartment ini. Malaysia tidak mempunyai penduduk yang begitu ramai untuk membeli kesemua hartanah ini.
8. Bloomberg, di dalam laporan yang sama turut menyatakan tentang 60 pembangunan lain yang mirip Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada rakyat tanah besar China.
9. Melihat kembali pada tahun 1819, apabila Sutan Johor, Sultan Ali tidak mahu memajak Singapura kepada British, Temenggung telah menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini adalah negara asing – memanglah ia dibangun dengan mudah, tetapi ia tetap negara asing.
10. Lebih sejuta rakyat asing akan tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan lain disekitarnya. Semua tempat baru ini tidak akan menjadi negara asing tetapi akan mengandungi peratus orang asing yang tinggi. Jika mereka tinggal untuk satu tempoh yang lama yang ditetapkan, mereka layak untuk menjadi rakyat Malaysia.
11. Ya, saya yang mempromosi Pelaburan Langsung Asing (FDI – Foreign Direct Investment). Tetapi ianya bukan bertujuan membeli tanah di Malaysia, membangunkannya dan menjualnya kepada rakyat asing, yang akan tinggal di sana.
12. FDI ialah berkenaan pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat akan bekerja di dalam industri-industri tersebut. Mereka akan mempelajari kemahiran dan akan memulakan perniagaan pengeluaran barangan mereka sendiri.
13. Kontraktor Malaysia berkebolehan membina pelbagai jenis bangunan dan memajukan tanah. Kita tidak perlu orang asing untuk ini. Lihatlah Malaysia hari ini. Sembilan puluh peratus atau lebih daripada bangunan baru ini dan pembangunan lain dibuat oleh syarikat Malaysia. Majoriti pembeli juga rakyat Malaysia dan mereka juga bermastautin di situ.
14. Tetapi apabila rakyat asing beli tanah, tidak terdapat aliran masuk wang pun. Kebanyakan sumber kewangan dipinjam dari dalam negara. Dan mereka juga boleh berniaga dengan menggunakan bank mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Apa alternatif lebih baik daripada "GST" untuk selamatkan ekonomi negara ?

Posted: 17 Jan 2017 03:40 PM PST

Najib berkata, sudah sampai masanya mereka yang menentang GST 'berehat'.
najib-razak-gst
KUALA KETIL: Datuk Seri Najib Razak bertegas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadikan Malaysia "lebih sihat" dari segi kewangan, beberapa hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menghapuskan cukai kontroversi itu jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang menyifatkan GST sebagai ubat pahit tetapi berkesan untuk ekonomi negara, menggesa penentang cukai 6% itu berhenti membantahnya kerana ia menyumbang RM40 bilion kepada pendapatan kerajaan.
"Ia adalah okey untuk mempunyai perbezaan pendapat, tetapi sila beri kami alternatif lebih baik daripada apa yang kami lakukan hari ini.
"Apakah alternatif lebih baik? Cukai jualan dan perkhidmatan? Itu tidak mencukupi.
"Apabila mencadangkan sesuatu, ia perlu berdasarkan realiti. Jika tidak, kita akan menipu rakyat," katanya pada majlis "Sepetang Bersama PM" anjuran Umno Bahagian Baling di Padang Awam Kuala Ketil, hari ini.
Perdana menteri berkata, tanpa GST, kerajaan akan menghadapi masalah membayar gaji dan pencen penjawat awam.
Katanya, rakyat Malaysia sepatutnya menganggap diri bertuah kerana India bercadang memperkenalkan cukai penggunaan yang boleh mencecah 23%.
Ahad lalu, Dr Mahathir berjanji akan menghapuskan GST yang didakwa ramai sebagai punca kenaikan kos sara hidup.
Bekas perdana menteri itu berkata, GST akan dihapuskan beransur-ansur dengan cukai jualan.
GST diperkenalkan pada April 2015 bagi menggantikan cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6%.

Taja Kelantan tingkat imej UniKL, untung Mara naik 60%..??

Posted: 17 Jan 2017 03:38 PM PST

UniKL dan Mara berkata, penajaan skuad Kelantan dibuat secara pentadbiran amalan biasa dan menggunakan dana khusus untuk promosi tanpa melibatkan peruntukan bagi tajaan pelajar.
mara_kafa_600
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mempertahankan tindakan menaja skuad bola sepak Kelantan yang disifatkan berjaya meningkatkan imej 2 entiti itu.
"Penajaan pasukan bola sepak adalah kaedah pemasaran sama seperti melalui media cetak, elektronik dan kaedah lain. Ia bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum.
"Keputusan penajaan TRW (The Red Warriors) dibuat secara pentadbiran amalan biasa…dan atas dasar komersil," kata Pelaburan Mara Berhad (PMB) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, keuntungan PMB mencatat kenaikan hampir 300% pada 2016 berbanding tahun sebelumnya dan menjadi penyumbang utama keuntungan Mara pada tahun sama, iaitu sebanyak 60%.
Isu penajaan Mara dan UniKL dibangkitkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menggunakan "wang rakyat" melalui 2 entiti itu untuk menaja TRW.
Annuar yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada mulanya menafikan dakwaan itu, sebelum mengubah nadanya keesokannya.
Dalam pada itu, UniKL berkata, ia menaja skuad Kelantan pada 2013 yang merupakan pasukan paling berjaya dan mempunyai ramai penyokong ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa hanya larang kapcai, soal penunggang motosikal

Posted: 17 Jan 2017 03:36 PM PST

Penunggang motosikal melahirkan kekesalan dengan cadangan Tengku Adnan yang disifatkan tidak logik dan praktikal.
bikers-1
KUALA LUMPUR: Penunggang jalan raya membantah cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kenderaan berkapasiti enjin kecil atau "kapcai" memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan pencemaran.
Mohd Nazri Amri, 38, berkata cadangan dibuat menteri Wilayah Persekutuan itu tidak logik dan praktikal.
"Semua kenderaan ada pelepasan karbon. Kalau macam itu, larang semua kenderaan masuk ke Kuala Lumpur.
"Beliau ada guna kenderaan awam? Tak ada. Rakyat bukan kaya sangat. Sehari guna pengangkutan awam berapa pula kosnya?" katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Tengku Adnan menyatakan motosikal berkapasiti enjin kecil atau "kapcai" mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.
Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.
Mengulas lanjut, Nazri yang menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja tidak dapat menerima cadangan itu.
"Majoriti rakyat menggunakan motosikal. Kami tak berkemampuan. Ini sahaja yang mampu," katanya.
Seorang lagi penunggang motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Shazri, 30, turut melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan saranan menteri itu.
"Mengapa hanya motosikal kapcai sahaja yang kena? Kenapa kereta, motosikal berkuasa tinggi dan lain-lain kenderaan tidak dilarang?
Read More / Baca Lagi >>

‘Kapcai Rakyat Miskin’ dibenarkan sehingga projek pengangkutan siap

Posted: 17 Jan 2017 03:35 PM PST

Datuk bandar KL berkata, larangan kenderaan berat memasuki ibu kota tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Amin-Nordin_kapcai_600
KUALA LUMPUR: Datuk bandar Kuala Lumpur memberi jaminan tidak akan melarang motosikal berkuasa rendah atau "kapcai" memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, buat masa ini.
Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, cadangan melarang "kapcai" memasuki Kuala Lumpur hanya akan dikaji semula selepas semua projek pengangkutan awam di ibu negara siap.
"Buat masa ini, ia tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan perbincangan dengan pelbagai pihak dan satu kajian sama ada ia sesuai mengharamkan 'kapcai'," katanya di ibu pejabat DBKL, hari ini.
Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak berhasrat melaksanakan larangan penuh ke atas kenderaan berat memasuki ibu kota kerana larangan separa sudah dilaksanakan sekarang.
"Kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki ibu kota ketika waktu puncak dari 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan 4.30 petang sehingga 7.30 malam," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, kenderaan besar lebih banyak daripada "kapcai" atau motosikal kecil di Kuala Lumpur.
"Jadi, kenapa melarang kenderaan kecil dan bukannya kenderaan besar?" soalnya mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kemasukan motosikal kecil ke Kuala Lumpur bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Read More / Baca Lagi >>

KATA UNTUNG BESAR !! JUAL SAHAM TANGANI KETIRISAN...???

Posted: 17 Jan 2017 03:33 PM PST

Dah pokai ke..
Sampai nak cairkan aset....

KATA UNTUNG BESAR !!
KATA KERAjaan PALING TELUS & ADIL !!!
KATA DIIKTIRAF BADAN PEMBANGUNAN PALING BERJAYA DI DUNIA !!

Inilah bahana & hasilnya jika lantik org2 AMENO & yang bukan dari keluarga FELDA utk tadbir urus FELDA..

UMNO dan BOHONG Berpisah Tiada..

"One of the largest money laundering fraud in the world" - Malaysiaku

Posted: 17 Jan 2017 03:30 PM PST

New York Post, Sunday 28 Feb 2016
"One of the largest money laundering fraud in the world"..
http://nypost.com/2016/02/28/malaysia-goldman-sachs-and-mystery-millionaire-probed-in-one-of-worlds-largest-frauds/

Kesian RAKYAT MALAYSIA..
Kita patut punya maruah dn harga diri

Melayu yg makan dedak & walaun boleh ambil kamus dn kanta.. baca...
Jangan sampai ada yg meroyan atau sawan sudah.
Gambar ada berita pun ada.. jelas

Orang #SARAWAK.. org #FELDA.. org #KAMPUNG jangan sampai tertipu lagi.. yg lepas tu jadikan pengalaman & pengajaran.

Kaji semula usul larang "kapcai orang miskin" masuk KL

Posted: 17 Jan 2017 06:00 AM PST

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan melarang motosikal berkuasa kecil atau 'kapcai' daripada memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon dan jenayah ragut.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Rusli Ahmad berkata pihak berkuasa perlu mengambil kira faktor lain, terutamanya keperluan pengguna motosikal daripada golongan berpendapatan rendah.
"Dari segi keselamatan, kita tidak menafikan larangan itu dapat mengurangkan jenayah ragut kerana kajian terdahulu mendapati ia kebanyakannya dilakukan pengguna motosikal kapcai," katanya.
Rusli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sistem Komunikasi Walkie-Talkie Rondaan Sukarela Community Policing di Puchong hari ini.
Beliau bagaimanapun berpandangan larangan yang dicadangkan itu mungkin sesuai dilaksanakan hanya di tempat tertentu, misalnya di kawasan sesak dengan orang ramai seperti di pasar malam dan di majlis keramaian kerana tempat-tempat itu boleh memberi peluang kepada penjenayah ragut yang menunggang kapcai.
"Pihak berkuasa mungkin boleh melarang motosikal kapcai ini daripada memasuki kawasan orang ramai pada waktu tertentu sahaja dan bukannya melarang kemasukan motosikal itu di pusat bandar," kata Rusli.
Terdahulu, Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia menerima 100 unit walkie talkie, 20 motosikal rondaan dan tiga ambulans bagi tujuan operasi cegah jenayah di beberapa lokasi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Turut hadir Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia Kuan Chee Heng dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari.
Kuan berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin dengan bayaran sebanyak 10 sen sahaja bagi bantuan kecemasan untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal jual beli tanah MP Umno

Posted: 17 Jan 2017 05:50 AM PST

Adun Semambu Lee Chean Chung (tengah) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.Adun Semambu Lee Chean Chung (tengah) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.

Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran – Tanah Tersebut Disahkan Status Sebagai Rezab Melayu & Dibatalkan Statusnya Sebelum Pindah Milik Kepada Hasan Arifin!
Kronologi Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran:
17 Febuari 1997 - Syarikat Pasdec Corporation Sdn. Bhd telah membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang bagi tanah di Medan Tok Sira bagi Maksud Bangunan sebanyak empat belas (14) permohonan
2 April 1997 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah meluluskan permohonan tersebut
31 Mei 1997 – Pejabat Tanah Kuantan telah memaklumkan syarikat Pasdec Corporation Sdn Bhd melalui surat Bil. (8)dlm.PTK. 3/3/23287
03 Ogos 2000 – Pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira bagi hakmilik HS(D) 16495, Lot 51703 melalui Warta Kerajaan Pahang No. 558
24 Januari 2002 – Tanah PT 51703 telah dipindah milik daripada syarikat PASDEC Corporation SDN Bhd kepada Hasan Bin Arifin. Harga jualan kepada Hasan Arifin adalah RM76,499 sedangkan Anggaran Nilai tanah tersebut jika merujuk kepada Notis Taksiran Pejabat Duti Setem adalah RM213,000. Hasan Arifin telah membeli tanah tersebut 61% lebih murah daripada harga pasaran.
2 Disember 2004 – Hasan Arifin telah menjual tanah tersebut kepada seorang individu bernama Ti Lian Yeah pada harga RM397,683.02. Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah sejumlah RM321,184.02! Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima (5) kali ganda lebih tinggi daripada harga Hasan Arifin membeli tanah tersebut!
Saya ingin merujuk kepada skandal jual beli tanah yang melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merangkap Ahli Parlimen Rompin Dato Hasan Arifin yang telah saya dedahkan pada bulan Jun tahun lepas. Hasan Arifin telah membeli satu lot tanah daripada PASDEC Corporation Sdn Bhd dengan harga RM76,499 dan telah meraih untung sejumlah RM321 ribu dengan menjual tanah tersebut dua tahun kemudian.
Saya turut telah mendedahkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Pahang kepada PASDEC pada tahun 1997 ketika Hasan Arifin masih memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) dalam jual beli tanah ini & status "Tanah Rezab Melayu" tanah tersebut telah dibatalkan sebelum dijual kepada Hasan Arifin.
Read More / Baca Lagi >>

'PERIGI BUTA' : DATUK ISKANDAR PUN NAK TERJUN MASUK JUGA?

Posted: 17 Jan 2017 05:36 AM PST


1.Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad,Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.
"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai ketidakhadiran PASpada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM",kata Datuk Iskandar.

2. Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH. Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah".
Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL MARA: MAKIN KANTOI...!!!

Posted: 17 Jan 2017 05:30 AM PST

Apa lagi menteri 'Porsche Panamera' nak spin !!!

Tak kan Annuar Musa #TSAM masih buta fakta Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL adalah anak syarikat milik penuh 100% MARA.

SIAPA PENGERUSI MARA?
SIAPA PENGERUSI PMB?
..kalau bukan Annuar Musa..

TIBA-TIBA masih bertegas tawarkan diri nak jadi presiden FAM.

KENAPA TSAM masih terus membisu isu kereta mewah Porsch

SIAPAKAH PEMBUNUH..??

Posted: 17 Jan 2017 05:28 AM PST

Persoalan (1)..
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB?

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Persoalan (2)..
Adakah #MO1 & Perdana Menteri itu orang yang sama?

SKANDAL 1MDB: KENAPA JADI BEGINI ??!!

Posted: 17 Jan 2017 05:26 AM PST

Patutler... S'pore di ranking ke-8 terbaik dunia dlm tangani rasuah.. sedangkan M'sia di ranking ke-54.

Patutler... S'pore TIDAK ADA UMNO.. #MO1 & Jho Lo masih bebas..

HEBAT SUNGGUH MO1..!!!

Posted: 17 Jan 2017 05:22 AM PST

Akhbar di Singapura melaporkan 'Kerajaan M'sia secara rasmi sahkan MO1 adalah PM Najib'..

Hingga skrg KERAjaan Malaysia mahupun Perdana Menteri Najib Razak LANGSUNG TIDAK PERNAH MENAFIKANNYA ataupun ambil tindakan saman terhadap berita dari seberang ini.. kenapa ??!!

Jika tidak menafikannya, ini bermakna.... #MO1 adalah..

UTUSAN RUGI 5 TAHUN BERTURUT-TURUT

Posted: 17 Jan 2017 05:20 AM PST


MARA OH MARA....

Posted: 17 Jan 2017 05:18 AM PST


Byk kali Annuar Musa dituduh dgn pelbagai dakwaan 'rasuah' berserta dgn bukti2 sekali tetapi hinggi kini SPRM lembap & tak berani nak sentuh Ketua Penerangan UMNO, KENAPA??!

TAHUKAH ANDA..
TSAM sendiri kata, MARA telah bekerjasama dengan SPRM sejak 2012 lagi..

NAMPAK TAK !!

MASIH ANDA INGAT..

Posted: 17 Jan 2017 05:15 AM PST

"Saya Tengku dari Acheh, pejuang bangsa dan pejuang Islam" -Adnan Mansor (13/3/2016)

Inilah satu-satunya PEJUANG ISLAM ACEH-UMNO yg memartabatkan kelab2 malam & maksiat ke tahap yg tertinggi..

Agaknya klu tak lanjutkan sampai 5 pagi mereka tak dapat menikmati xtvt malam dengan ceria..

Persetan UMNO !!!

Jual saham Maybank untuk selesai ketirisan Felda, sembang Shahrir

Posted: 17 Jan 2017 05:12 AM PST

Shahrir berkata, Felda memerlukan wang untuk menangani ketirisan dalam Felda dan antara caranya ialah menjual saham Maybank.
Shahrir-Samad_felda_maybank_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui banyak ketirisan berlaku dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Pengerusi Felda baharu itu berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut menyatakan perkara sama yang menyebabkan Felda perlu mencari sumber kewangan lain bagi menampung kerugian itu.
"Saya tidak menafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan tidak menguntungkan. Dalam laporan PAC juga menunjukkan ketirisan dan projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian.
"Ketika ini, kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang berlaku, sebab itu kita jual saham Maybank," katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa Felda akan menjual pegangannya dalam Maybank untuk membeli 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) daripada Rajawali Group.
Naib presiden PKR itu berkata, tindakan menjual saham Maybank bagi membeli saham EHP pada harga lebih mahal daripada pasaran adalah tidak betul.
Shahrir bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi itu.
"Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP.
"Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan Felda dan anak syarikat," katanya sambil menambah Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) dan Felda mempunyai peranan tersendiri dalam pentadbirannya.
"FGV ada fokus tersendiri, manakala Felda akan memberi tumpuan menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara."
Read More / Baca Lagi >>

FELDA JUAL SAHAM DALAM MAYBANK UNTUK BELI SYARIKAT MILIK SAHABAT BAIK DATO’ SERI NAJIB, RM1 BILION DARI TABUNG HAJI, KWAP

Posted: 17 Jan 2017 04:30 AM PST


Saya mengikuti reaksi dari Tan Sri Shahrir Samad mengenai isu-isu yang saya timbulkan setakat ini. Beliau terus mengelak dengan memperlekehkan angka-angka yang saya kemukakan sedangkan angka-angka itu datang dari laporan rasmi. Beliau juga menuduh bahawa penyahsenaraian FGV dari bursa saham adalah spekulasi yang saya timbulkan, sedangkan beliau yang pandai-pandai mengemukakan empat tumpuan beliau sebagai Pengerusi Felda yang disiarkan di muka depan Berita Harian. Salah satu dari tumpuan itu adalah penyahsenaraian Felda.
Kalau itu beliau sifatkan spekulasi dan enggan mengulas mengenai kerugian RM7.8 bilion yang akan ditanggung rakyat akibat penyenaraian dan kemudiannya dinyahsenaraikan, beliau tidak boleh mengelak mengenai dua tindakan Felda yang dilaporkan menjual harta serta akan mengambil wang dari Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) semata-mata ingin meneruskan pembelian saham-saham di dalam Eagle High Plantations milik sahabat baik Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya sertakan laporan dari Wall Street Journal semalam mengenai tindakan Felda mahu menjual sebahagian sahamnya di dalam Maybank untuk mengumpul sejumlah sekitar RM284 juta (bersamaan USD63.1 juta) seperti yang dilaporkan di bawah:
"KUALA LUMPUR, Malaysia--A Malaysian government agency, Federal Land Development Authority, or Felda, is seeking to raise up to $63.1 million by selling part of its stake in Malayan Banking Bhd. (1155.KU), or Maybank, according to a term sheet seen by The Wall Street Journal on Monday."
"Maybank is the country's largest bank by assets."
"The share sale comes more than three weeks after Felda said it had agreed to acquire a 37% stake in Indonesian palm oil company Eagle High Plantations Tbk PT (BWPT.JK) for $505.4 million. Critics, including Malaysian lawmakers and Nazir Razak--chairman of Malaysia's second-largest bank by assets, CIMB Group Holdings Bhd (1023.KU), and the youngest brother of Malaysian Prime Minister Najib Razak--have said the deal for the Eagle High stake is overpriced."
"Felda is offering the Maybank shares in a price range of 8.00 ringgit-MYR8.05 ($1.79-$1.80), according to the term sheet. Maybank shares Monday ended 3.3% lower at MYR8.05, their lowest level since Jan. 4. The stock was biggest decliner in the FTSE Bursa Malaysia KLCI, which closed the day down 0.82%, its lowest since Jan. 6."
"Felda--which controls Felda Global Ventures Holdings Bhd. (5222.KU), the world's third-largest palm oil plantation operator--is currently Maybank's fourth-largest shareholder, holding a 1.82% stake, or 185.15 million shares. Felda's sale represents 0.34% of Maybank's issued shares."
"Officials at Maybank and Felda weren't immediately available to comment."
Read More / Baca Lagi >>

ISKANDAR, BERHENTILAH JADI EXCO SELANGOR ATAU #SILAMENINGGAL?

Posted: 17 Jan 2017 04:27 AM PST

Naib Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad yang namanya diberitakan hadir semasa majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabtu lalu, tetapi sebenarnya tidak hadir, akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai ketidakhadiran di majlis itu.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, keputusan tidak menghadiri majlis tersebut ialah kerana adanya DAP dan Amanah di majlis tersebut.

"Pas tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengan kedua-dua parti itu menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak menghadirkan diri," katanya.

Logik atau tidak alasan Iskandar itu?
Kalau hubungan politik menjadi alasan, mengapa pula Pas boleh menghadiri pelbagai program, sedondon dan berpimpin tangan dengan pemimpin-pemimpin UMNO?

Di mana wujudnya hubungan politik antara UMNO dengan Pas?

Kenapa dengan DAP dan Amanah, hubungan politik menjadi alasan, tetapi bila dengan UMNO bukan main gembira dapat duduk bersama sambil menyatakan ia tidak salah apa-apa?

Selain itu, jika alasan hubungan politik juga menjadi sandaran yang seolah-olah Pas tidak boleh berada semajlis dengan DAP dan Amanah, bagaimana pula dengan kedudukan beliau sebagai Exco Selangor yang turut ada DAP di dalamnya?

Bagaimana dengan mesyuarat Exco Selangor yang ada DAP di dalamnya, adakah selama ini hadir atau tidak?

Begitu juga dengan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Selangor yang dihadiri oleh Adun-Adun DAP dan Amanah, adakah selama ini Pas hadir atau sebaliknya?

Jika sentiasa hadir, apa pula alasannya?
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh GST? Tidak mustahil jika..

Posted: 17 Jan 2017 04:24 AM PST

Penghapusan GST sepenuhnya seperti yang dinyatakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil kerana pembangkang mempunyai beberapa pilihan.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, dua kaedah boleh digunakan pembangkang antaranya mengurangkan perbelanjaan negara atau membuat pinjaman untuk menggantikan sumber kewangan melalui GST.
GST "Perbelanjaan negara boleh dikurangkan dengan mengehadkan sektor pembangunan negara selain mengehadkan jumlah penjawat awam," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan langkah itu, pembangkang perlu mengumumkan mekanisme menggantikan GST kerana ia bukanlah satu kerja mudah.
"Rakyat perlu tahu apa kaedah yang mereka mahu gunakan. Adakah ia akan memberi manfaat atau sebaliknya kerana impaknya amat besar kepada mereka," katanya.
Ahad lalu, Tun Mahathir mengumumkan penghapusan GST sepenuhnya, jika sokongan serta peluang diberikan kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan selepas PRU14.
Md Shukri berkata, pembangkang terutamanya Tun Mahathir tidak boleh berpuas hati dengan cadangan mereka kerana setiap langkah yang diambil memiliki risiko yang akhirnya akan memburukkan lagi keadaan negara.
"Sama ada mereka berpatah balik ke perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atau memperkenalkan kaedah baharu, setiap satunya bakal memberi kesan kepada negara secara keseluruhannya.
"Ia mungkin mendatangkan ketidakstabilan pasaran dan keyakinan pelabur serta peniaga terhadap sistem itu sendiri. Kalau satu sistem ini dipolitikkan, maka negara akan menghadapi satu ketidakstabilan dari sudut persepsi ekonomi," katanya.

Imam Za’aba kecewa selepas ikut arahan parti, Pas enggan jelaskan kos mahkamah

Posted: 17 Jan 2017 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli Pas yang tewas dalam petisyen mencabar keputusan PRU13 terharu dengan sokongan masyarakat pelbagai latar belakang yang membantunya mengumpul wang bagi menampung kos mahkamah.
Bagaimanapun, Za'aba Ibrahim terkilan dengan sikap bekas partinya Pas yang langsung tidak menyatakan sokongan walaupun petisyen itu dibuatnya atas arahan parti.
"Sebagai ahli, saya taat dengan arahan itu. Malah pemimpin sendiri berkata parti akan membayar setiap petisyen yang kalah," kata Za'aba yang kini ahli AMANAH.
Pada 24 Januari 2014, mahkamah rayuan mengarahkan Za'aba membayar kos guaman sejumlah RM50,000 selepas petisyen mencabar keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Pulai, yang dimenangi Datuk Nur Jazlan Ahmad dari Barisan Nasional, ditolak. Tarikh akhir bagi pembayaran itu adalah 17 Januari 2017.
Nur Jazlan memenangi kerusi itu mengalahkan calon Pas, Salahuddin Ayub yang kini Timbalan Presiden AMANAH, dengan perbezaan 3,226 undi.
"Saya terima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, menyatakan sokongan dan ingin menyumbang wang," kata Za'aba mengenai sokongan yang diterimanya.
"Ada seorang Punjabi yang menelefon lewat malam, kata ingin pindahkan wang esok pagi sebab bank sudah tutup," katanya dalam wawancara bersama portal FMT baru-baru ini.
Za'aba, yang bekerja sebagai jurukimpal, berkata antara yang banyak membantu adalah wakil rakyat pembangkang terutama Amanah dan DAP negeri, selain gabungan Bersih 2.0 yang menurutnya antara yang memberikan sumbangan terbesar.
"Malah orang Umno dan kariah surau di sini juga ada yang menghulurkan wang, setakat termampu. Saya hargai semuanya.
"Saya doakan Allah memberikan rahmat dan kesihatan yang baik kepada mereka semua," kata Za'aba yang juga imam sebuah surau di Perling, Johor Bahru.
Pada 10 Januari lalu, Za'aba terselamat daripada diisytiharkan muflis selepas kempen mengumpul dana oleh AMANAH berjaya mengumpul RM54,431.76.
"Terima kasih kepada masyarakat yang membantu. Semoga semangat tersebut menjadi petanda kita sudah bersedia membuat perubahan pada pilihan raya akan datang," katanya.
'Tiada seorang pun dari Pas menyumbang'
Za'aba berkata beliau terkejut apabila diarahkan ke mahkamah November lalu untuk kes tersebut, kerana selama ini menyangka Pas sudah membayarnya.
"Ketika mendapat surat arahan membayar dari mahkamah pada 2014, saya terus menghantarnya kepada Pas kawasan untuk disampaikan kepada peringkat negeri. Kepimpinan negeri kata, akan menyampaikannya ke peringkat Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Rakyat dihimpit beban

Posted: 17 Jan 2017 04:21 AM PST

KUANTAN – Pas Pahang menyokong sepenuhnya gesaan untuk memansuhkan GST yang dianggap memberi beban kepada rakyat di negeri ini.
gst Timbalan Pesuruhjayanya, Andansura Rabu berkata, parti Islam itu sememangnya menentang pelaksanaan GST sejak dari awal pelaksanaannya.
Menurutnya, sekiranya ada pihak yang mahu hapuskan cukai tersebut, pihaknya amat bersetuju dengan tindakan itu.
"Kita setuju sebab isu kepentingan rakyat. Kita semua tahu rakyat kini dihimpit dengan kos hidup tinggi termasuk kenaikan harga barang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, tindakan pihak tertentu yang ingin memansuhkan GST seperti mendengar suara dan kemarahan rakyat  di negeri ini.
Dalam pada itu, Andansura berkata, Pas Pahang tiada sebarang perbincangan mengenai manifesto atau corak kerjasama dengan Bersatu Pahang.
"Itu hak bersatu hendak umumkan manifesto mereka," katanya.

PAC siasat skandal projek bekalan air RM100 juta di Sabah

Posted: 17 Jan 2017 04:20 AM PST

Dr Tan Seng Giaw berkata, peruntukan yang diberikan pada 2011 adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.
pac
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah.
Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.
"PAC pergi ke KK (Kota Kinabalu) untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.
"Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan," katanya kepada FMT hari ini.
Dr Tan berkata, peruntukan itu diberikan pada 26 Disember 2011 dan projek itu sepatutnya siap menjelang September 2015.
Katanya, PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.
Semalam, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, adalah penting untuk PAC turun padang dan memeriksa sendiri kemajuan projek bagi mengesan jika timbul sebarang masalah.
Katanya, adalah penting untuk PAC mengaudit projek dan jabatan kerajaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan ketua audit negara supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:08 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Didik anak mengenali wajah 'penjenayah' disebalik skandal 1MDB, kata Salahuddin

Posted: 17 Jan 2017 06:49 AM PST

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Salahudin Ayub Salahudin Ayub


Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa seluruh keluarga di negara ini mendidik anak-anak mereka supaya mengenali wajah-wajah 'penjenayah' di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, anak-anak perlu diberi kefahaman bahawa skandal 1MDB ini telah mambawa malapetaka yang merosakkan negara sekaligus meletakkan kehidupan mereka akan datang dalam keadaan tidak menentu.

"Dengan kesannya yang tidak sedikit kepada negara, saya menggesa supaya ibu bapa mengisi masa lapang untuk mengajar anak-anak di rumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1MDB.

"Oleh kerana isu 1MDB ini berkepentingan ramai dan lebih RM40 bilion wang negara diselewengkan, maka menjadi kewajipan untuk rakyat tahu dan bertindak bagi menghukum mereka yang terlibat dengan skandal ini melalui proses perundangan atau selebihnya melalui peti undi pada PRU14 akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sejak skandal ini dibongkar, imej negara tercemar di mata dunia malah keadaan negara menjadi rosak kerananya.

Penyiasatan kes ini menyebabkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ada yang 'ditamatkan' dan ditukar.

"Di negara lain yang berkait 1MDB, penjenayah-penjenayah ini diburu dan diambil tindakan sedangkan di negara kita siasan kes ini ditutup walaupun skandal ini berpunca secara langsung di Malaysia.

"Oleh itu didikan ibu bapa menjadi elemen paling berkesan untuk memastikan kesedaran lebih cepat di kalangan rakyat agar mereka dapat bertindak untuk menyelamatkan negara daripada penjenayah-penjenayah ini," katanya.

Setakat ini, beberapa negara yang terlibat sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan Singapura
menjadi negara terpantas bertindak dalam memburu penjenayah itu, dengan menutup BSI Bank dan Falcon Private Bank serta mendakwa bekas kakitangan bank-bank tersebut yang didakwa terlibat dalam skandal itu.

Ia diikuti kerajaan Australia apabila Polis Persekutuan negara itu menyiasat sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia terlibat dalam skandal 1MDB.

Berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di sana.

China Bantu Kita Kawal Sempadan?

Posted: 17 Jan 2017 06:34 AM PST



BERNAMA melaporkan daripada Kunming, China, pada 14 Januari lepas yang China menyuarakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadan kepada Malaysia.

Agensi berita itu memetik Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai berkata, banyak yang boleh dipelajari China mengenai pengawasan sempadan.

Beliau memberi contoh di wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060km.

Beliau berkata, Malaysia akan menghantar 10 orang pegawai dari pelbagai agensi, seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dua bulan lagi bagi mendalami prosedur operasi kawalan sempadan China. (Baca di sini).


Soalan yang saya hendak tanya Zahid ialah China nak kawal sempadannya daripada siapa?
Zahid: China tawar teknologi kawalan sempadan
Sepanjang yang kita tahu, selain rakyat Korea Utara, tak ramai orang luar yang hendak menyeludup masuk ke China. Bagi negara yang berpenduduk 1.4 bilion, 100,000 pendatang haram Afrika dan Arab tidaklah ramai.

Sebaliknya, kalau ada peluang, ramai orang China yang hendak keluar daripada China. Kini ada kira-kira 50 juta orang China dan orang keturunan di luar benua China.
Chinatown New York

Kalau tak percaya, Zahid boleh bagi tahu bilangan orang China yang masuk secara haram ke negara kita atau yang masuk sebagai pelancong dan penuntut tapi tak keluar. Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri tentu sangat faham mengenai masalah masuk tapi tak keluar ini. Bikin kepala pusing.

Sekarang China kawal sempadan bukan macam dulu lagi iaitu dengan dirikan Tembok Besar tapi dengan menjadikan negara-negara yang berjiran dengannya sebagai negara satelit (satelite states) melalui kuasa tentera dan ekonomi.

Kecuali Vietnam yang mempunyai sejarah permusuhan turun-temurun dengan China, boleh dikatakan semua negara lain yang bersempadan dengannya sudah pun mengakui dan menerima kekuasaannya sebagai "super power" tentera dan ekonomi.

Operasi Barisan Kedua

Setelah berjaya menjinakkan negara-negara yang bersempadan dengannya melalui kuasa tentera dan ekonomi, kini China berusaha menjinakkan pula negara-negara barisan kedua seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

China masih waswas terhadap Filipina kerana sejarah kerjasama ketenteraannya yang panjang dengan Amerika Syarikat. Walaupun Presiden Rodrigo Duterte cuba menampakkan sikap berkecuali, tetapi dasar Filipina mudah berubah.

Negara sebelah sini yang paling dicurigai dan masih ditakuti China adalah Indonesia. Tangan China terbakar teruk akibat kegagalan pemberontakan Partai Komunis Indonesia (PKI) tahun 1965. PKI diketahui terletak di bawah kawalan ideologi CPC dan mendapat bantuan daripadanya.

Sejak kebelakangan ini China amat selesa dengan Malaysia dan mula akrab dengan Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew pada tahun 2015.
Bandar Malaysia pemilik utamanya China
Tidak hairanlah kalau Malaysia dan Singapura sedang digula-gulakannya seperti hulubalang (warlords) China zaman silam mengkhayalkan Maharaja China dengan gundik-gudik dan candu.

China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada "wilayahnya" di bawah projek "one belt one road" atau singkatannya Obor. 

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya.

Kalau pada zaman silam semua laluan dikatakan berakhir di Rom, di bawah Obor, semua laluan, khususnya kereta api, berakhir di Beijing.

Bagi Najib yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama pucuk dicita ulam mendatang.

Beliau mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB.

Dan apa yang Ahmad Zahid lakukan dalam lawatan ke Yunnan itu umpama menyorong bantal kepada orang mengantuk. China sedang mencari jalan memperluaskan hegemoninya dan Ahmad Zahid menawarkan satu lagi peluang melalui perkongsian kawalan sempadan.

Spektar Penjajahan Baru

Kalau lebih 500 lalu, korupsi harta benda dan minda di kalangan pembesar empayar Melayu membuka jalan kepada penaklukan Eropah, hari ini kita mungkin berdepan dengan fenomena yang sama.

Cuma kali ini penjajah bukan dari Barat tetapi dari Utara dan kaedahnya bukan penaklukan wilayah secara rasmi tetapi melalui intimidasi tentera dan penguasaan ekonomi.

Namun apa yang Ahmad Zahid lakukan bukanlah langkah pemula. Najib telah mendahuluinya. Dalam lawatan ke China November lalu, Najib bersetuju membeli empat buah kapal peronda persisiran pantai (littoral mission ships) dan memberi kontrak projek landasan kereta api Pantai Timur berharga RM55 bilion kepada China.

Kesemuanya, pemberian projek, pembelian dan hutang yang dimeterai ketika lawatan Najib ke China tahun lalu berjumlah RM143.64 bilion.

Senjata dan latihan yang dibekalkan oleh CPC kepada PKM itulah yang membunuh ribuan askar, polis, home guard dan orang awam di Malaysia sehinggalah PKM dibubarkan melalui rundingan pada tahun 1989.

Kini Najib membeli senjata dari China dan Persatuan China Malaysia (MCA) – parti rakan Umno dalam Barisan Nasional - menjalin kerjasama parti ke parti dengan CPC untuk "bekerja sebagai satu." (Baca di sini).

Soalnya apakah lagi konsesi, tolak ansur dan layanan istimewa yang kerajaan BN pimpinan Najib-Zahid akan berikan kepada China tanpa memburukkan lagi potensi ancaman kepada kemerdekaan, kedaulatan dan keharmonian kaum?
Kawal persisiran pantai kita daripada siapa? Dari lanun Filipina dan pendatang haram negara-negara jiran?

Ancaman Sudah Bermula

Pada 15 Januari, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Shahidan Kassim sebagai berkata laporan media yang mengatakan nelayan sebuah negara asing yang menceroboh perairan negara tahun lepas mendapat latihan separa tentera ada kebenarannya.

Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat cara kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabkan mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.

"Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita peroleh, nelayan asing ini dilatih tentera," kata Shahidan.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana negara jiran, kita wajib tahu dan ambil ingatan bahawa negara yang paling aktif memberi latihan tentera kepada rakyat jelata adalah China dan mempunyai anggota tentera paling ramai di dunia. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mempunyai seramai 2,285,000 anggota.

Pada 30 Mac 2016, BeritaHarian.Sg (Singapura) melaporkan walaupun tentera laut Malaysia menegaskan tidak ada kapal nelayan asing dikesan di perairan negara itu di Laut China Selatan minggu lalu, pihak berkuasa maritim berkeras menyatakan sehingga 100 bot China memasuki perairan Sarawak sejak 24 Mac sebelum meninggalkannya pada Ahad (27 Mac).

Ratusan kapal nelayan China masuk perairan kita
Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, mengadakan satu sidang akhbar pada Selasa di mana beliau secara khusus menegaskan "bot nelayan asing China" itu telah belayar ke arah barat sejak dikesan, dan jumlah kapal yang dikesan berkurangan kepada sekitar 85 pada Isnin.

Dasar hegemoni China di Laut China Selatan sekarang pasti memberi semangat dan keberanian kepada nelayan negara itu untuk masuk menangkap ikan di kawasan yang dipertikai dan dalam wilayah negara-negara jiran.

Sekarang mereka hanya takut kepada Indonesia yang merampas dan meletupkan kapal nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairannya.

Indonesia bakar kapal nelayan asing yang masuk secara haram
Apakah Najib dan Zahid berani menggunakan kapal yang dibeli dari China untuk bertindak tegas terhadap pencerobohan nelayan asing seperti yang Indonesia lakukan apatah lagi jika mereka dari China?

Kita wajib bersahabat dengan semua negara di dunia dan mengalu-alukan pelaburan terus mereka tetapi ini tidak bermakna kita harus menggadai kedaulatan negara dan menjual tanah kepada mereka.

Wallahuaklam

Haramkan lori, bukan ‘kapcai’, kata Wan Junaidi

Posted: 17 Jan 2017 06:30 AM PST

 
 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak bersetuju dengan cadangan supaya motosikal atau 'kapcai' (50 hingga 150cc) diharamkan daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur untuk mengurangkan pelepasan karbon.

"Pencemaran udara (dari motorsikal) yang kecil itu tak banyak sangat, motor besar itu yang cemar...

"Saya pun tak tau, kenapa (mahu haramkan) motosikal kecil, patut lori besar jangan masuk," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu pagi ini.

Wan Junaidi mengulas saranan rakan kabinetnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencadangkan mahu mengharamkan 'kapcai' daripada memasuki pusat bandar.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu penyelidikan saintifik perlu dijalankan sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Semua perkara macam ini sepatutnya ada kajian saintifik sebelum kta buat keputusan yang terbaik.

"Sebenarnya siapa penyumbang pencemaran yang besar? Lori, bas, kereta atau motorsikal yang pyumbang emmission besar?

"Kalau ini boleh dikenalpasti, kita boleh putuskan siapa yang boleh masuk bandar," katanya.

Derita seorang bekas pemimpin Umno

Posted: 17 Jan 2017 06:26 AM PST

Derita seorang bekas pemimpin Umno
Sabariah kini menderita barah gusi dan dijaga oleh anak saudaranya di Kampung Pekan Baru.

TASEK GELUGOR - Dahulunya, wanita ini merupakan antara pimpinan kawasan yang aktif dalam menabur bakti kepada masyarakat sekitar.

Terlibat hampir 20 tahun dalam dunia politik menjadikan Sabariah Ramli dikenali masyarakat baik golongan muda mahupun tua.

Kini Sabariah tidak lagi sekuat dan seaktif dahulu sejak dirinya menderita sakit barah gusi.

Dia hanya mampu bergantung dengan pertolongan anak saudara yang menjaga di rumah keluarganya di Kampung Pekan Baru.

Adik Sabariah, Shamsiah Ramli, 55, berkata, semasa sihat bergiat aktif dalam Wanita Umno Cawangan Pekan Baru dan memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Cawangan.

"Sebut sahaja apa aktiviti, pastinya dia akan turut serta, begitu juga dengan kerja kemasyarakatan yang melibatkan kenduri kendara dan sebagainya, pastinya dia akan sampai.

"Tapi itu dululah, sewaktu dia sihat, kini dia menderita akibat sakit barah gusi dan lama kelamaan keadaannya tidak sedaya dahulu lagi," katanya.

Katanya, kakaknya disahkan menghidap barah gusi tahap tiga pada September tahun lepas.

"Pada mulanya gusinya terasa sakit dan dia pun sekadar makan ubat seperti biasa, tak dapatkan rawatan yang selanjutnya lagi.

"Lama-kelamaan keadaannya mula menjadi teruk dan bimbang dengan keadaannya itu, kami membawanya ke hospital, dan ketika itu dia disahkan menghidap barah gusi tahap tiga," katanya.

Menurutnya, Sabariah kini tidak dapat makan seperti biasa dan hanya boleh minum susu dengan protein sahaja.

"Buat masa sekarang dia tak boleh makan lagi sebab masih dalam rawatan lanjut, sekarang dia dijaga oleh anak serta adik saya.

"Kalau nak diikutkan kos barangan keperluannya mencecah ratusan ringgit, buat masa ini kami masih belum membuat permohonan untuk mana-mana bantuan," katanya.

Nasib Sabariah kemudiannya mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang hadir menziarahinya bersama kepimpinan Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya berkata, program ziarah yang diadakan kali ini memfokuskan kepada lawatan dan penyampaian sumbangan kepada pesakit di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan di Dun Teluk Air Tawar.

"Untuk program ini, kita bersama-sama jawatankuasa dan kepimpinan peringkat bahagian menziarahi beberapa pesakit di kawasan ini.

"Dalam lawatan ini juga ia secara langsung dapat mendekati rakyat dan memahami keadaan serta situasi yang dialami mereka, pada masa sama memberikan semangat serta sokongan kepada pesakit-pesakit ini," katanya.

Turut hadir sama dalam sesi ziarah ini, Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.


Tempah surah Yasin sebelum meninggal dunia

Posted: 17 Jan 2017 06:23 AM PST

Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia
Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia

SHAH ALAM - "Baru semalam saya berjumpa Allahyarham di pejabatnya, Sungai Tawar, bagi membincangkan sebut harga untuk 500 Yasin, hari ini sudah dapat khabar beliau meninggal dunia. Salam takziah."

Demikian tutur, Eksekutif Bahagian Jualan Kumpulan Media Karangkraf, Sity Normala Salim, tatkala mendapat perkhabaran berita kematian Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik pagi ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia]

Menceritakan mengenai pertemuan semalam, Sity berkata Allahyarham berhajat mahu menyedekahkan Yasin itu ke surau di Dun beliau.

"Saya bertemu Allahyarham di pejabatnya, semalam kami berdua sembang OK sahaja. Beliau pun tidak ada nampak tanda-tanda sakit atau apa," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Terdahulu pagi tadi, Allahyarham Kamarol dilaporkan telah meninggal dunia di ruang rehat kediamannya di Jalan Haji Jabar, Sungai Air Tawar.


Shahrir akui ketirisan dalam Felda

Posted: 17 Jan 2017 06:14 AM PST


Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui berlaku ketirisan dalam badan itu, termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Katanya, Jawatankuasa Kira-kira (PAC) turut mengatakan perkara itu menyebabkan pihaknya perlu mencari sumber kewangan bagi menampung kerugian tersebut.

"Memang Felda banyak ketirisannya, laporan PAC dah berlaku ketirisan dan projek-projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian dan itu ketirisan…

"Yang masanya adalah ketika ini yang kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang telah berlaku.
"Saya tak nafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan yang tak menguntungkan.

"Jadi kesannya kepada kewangan kita, sebab itu kita jual saham Maybank," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda.

Hari ini Shahril mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletakkan jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.

FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.

Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan besar-besarannya.

Peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.

Sementara itu Shahril menafikan dakwaan bahawa penjualan pegangan saham Maybank adalah untuk menampung pembiayaan untuk membeli 37 peratus ekuiti firma Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).

"Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP.

"Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan Felda dan anak syarikat," katanya.

Beliau ketika ditanya mengenai hala tuju Felda Global Ventures (FGV) pula berkata, anak syarikatnya itu akan dinilai semula secepat mungkin dan proses berkenaan dijangka mengambil tempoh antara enam hingga lapan bulan.

"FGV ada fokus tersendiri, manakala Felda akan memberi tumpuan kepada menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara," katanya

MP mohon mahkamah isytihar Najib salah guna kuasa

Posted: 17 Jan 2017 06:08 AM PST

MALAYSIAKINI


Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua memfailkan saman misfeasans dalam pentadbiran awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dalam isu 1MDB.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh tetuan Messrs Thomas Philip dan salinan 110 halaman itu dilihat oleh Malaysiakini hari ini.

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP menuntut pengisytiharan bahawa defendan telah melakukan kesalahan misfeasance dalam pentadbiran awam.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah menyalah guna kedudukannya terhadap dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Pua menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dinilai oleh mahkamah.


Antara China komunis dan Cina Malaysia

Posted: 17 Jan 2017 06:06 AM PST

Raja Bahrin Shah




ULASAN-l Amat menghairankan apabila sesuatu isu sengaja dikelirukan apabila kita semua sedar sebenarnya adalah isu monopoli ekonomi dan kebergantungan melibatkan kedaulatan negara.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Razak menyatakan "kita boleh menerima pelaburan dari negara orang berkulit putih tetapi apabila dari negara China mereka menyatakan kita mahu menjual kedaulatan negara."

Orang buta pun boleh melihat yang perbuatan penjualan aset-aset harta strategik negara adalah untuk menyelamatkan kedudukan seseorang tertentu walaupun ia mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Sedarkah kita bahawa pelabuhan Kuantan, Melaka dan Bagan Datok akan diserahkan kepada pihak dari negara China sementara dipercayai pelabuhan di Johor Bharu, Kelang dan Pulau Pinang juga akan mengalami nasib yang sama.

Ini adalah monopoli dan kebergantungan yang amat besar kepada negara republik komunis China.

Projek keretapi Pantai Timur secara runding terus dengan kos RM55 billion, projek 1MDB - strategik Lapangan Terbang Tentera - Bandar Tun Razak dan beberapa projek janakuasa penting negara juga diberi kepada syarikat negara Cina.

Sebelum ini keputusan tuntutan kawasan perairan di Laut China Selatan oleh negara China yang ditolak oleh Tribunal Antarabangsa disambut dingin oleh Malaysia. Malahan penerimaan baik keputusan tersebut oleh rakan negara ASEAN lain tidak disokong oleh Malaysia.

Jawapan tak jelas

Sedarkah kita implikasi simpanan rizab minyak dan gas amat besar berada di Laut China Selatan dan ini akan menjejaskan tuntutan kita? Minyak Malaysia di laut makin berkurangan.

Soalan kehadiran kapal perang China di perairan Malaysia timur di Parlimen tahun lepas tidak diberi jawapan yang jelas.

Tahun ini lawatan kapal selam China di Kota Kinabalu menimbulkan lebih banyak tanda tanya dan negara India menyatakan kebimbangan mereka tentang perkembangan ini.

Sikap menerima apa saja dari negara China tanpa pertimbangan sewajarnya amat membimbangkan kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara. Tiada isu perkauman di sini tetapi isu kedaulatan.

Kalau isu perkauman yang Najib ingin timbulkan, kenapa rakyat China dari negara komunis itu diberikan begitu banyak keistimewaan sementara rakyat Cina Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini didiskriminasikan dan dipandang serong oleh pihak kerajaan dan Umno?

Bukankah melalui Biro Tata Negara (BTN), kerajaan telah berpuluh-puluh tahun menanam dan menyebarkan kepercayaan perkauman betapa bahayanya Cina di Malaysia dan ancaman mereka bakal mengusai negara?

Kalau ini benar mengapa lebih ramai China negara komunis pula hendak dibawa masuk?

Tidak mungkin rakyat China negara komunis lebih setia dan boleh dipercayai berbanding rakyat Cina kelahiran Malaysia.

Ini lah propoganda rasis oleh kerajaan sendiri kepada rakyat Cina di Malaysia sementara China negara komunis boleh diterima begitu senang tanpa soal siasat.

Kerajaan di tuntut menarik balik segala propoganda BTN terhadap masyarakat Cina di Malaysia dan mengaku kepincangan sikap rasis terhadap mereka sebelum menerima negara China yang berpegang kukuh kepada doktrin komunis!

Jadi hiprokit

Mereka telah menganiayai berjuta-juta rakyat China etnik Islam di bahagian barat republik berkenaan kerana kepercayaan agama mereka.

Malaysia perlu bertegas dan meletak syarat umat Islam China mesti diberi keadilan sama seperti tuntutan kerajaan kepada Myanmar atas nasib orang Rohingya.

Jangan kita jadi hipokrit dengan BTN yang meracun fikiran orang Melayu bagi membenci kaum Cina di Malaysia sendiri kononnya mereka hendak memerintah Malaysia sementara kerajaan tunduk dan akur permintaan China yang menyeksa orang Islam di Provinsi Xiang.

Jangan kita menuntut Myanmar berlaku adil ke atas Rohingya sementara republik China Komunis yang menyeksa rakyat etnik Uighur beratus-ratus tahun tidak ditegur langsung.

Kita mesti belajar dari sejarah negara komunis Russia yang telah mengambil sebahagian dari Ukraine dan campur tangan isu dalaman Syria.

Russia juga telah mempengaruhi perpecahan Kesatuan Eropah – EU, dan juga keputusan pilihan raya Amerika Syarikat.

Negara Komunis China pula telah menguasai negara Tibet secara haram sejak 1950 dan sedang menjajah melalui ekonomi beberapa negara Afrika untuk simpanan minyaknya.

Negara China juga sedang menjejas perpaduan Asean apabila mempengaruhi Malaysia tidak menyokong keputusan Tribunal Antarabangsa yang menolak tuntutan kawasan Laut China Selatan oleh China.

Pengaruhi PRU14

Tidak mustahil China akan mempengaruhi "PRU14" untuk memenangkan Najib seperti Russia memenangkan Trump!

Kami menganggap isu negara China isu kebergantunggan dan monopoli keterlaluan yang merbahaya dan bukan isu perkauman. Tetapi jika Najib masih menganggap ia isu perkauman, beliau perlu menjawap beberapa soalan penting tentang peranan kerajaan serta program BTN selama ini.

Soalan pertama, jika dakwaan Umno dan BTN yang mendakwa selama ini bahawa masyarakat Cina tempatan adalah ancaman utama kepada pemerintahan Melayu benar, mengapakah kerajaan hari ini membuka pintu begitu luas dan mudah kepada negara China dan rakyatnya untuk monopoli perniagaan serta memasuki serta menduduki Malaysia?

Bukankah ini akan menambah lagi "ancaman" ke atas "ketuanan Melayu"?

Soalan kedua, atau adakah dakwaan Umno dan BTN selama ini yang ancaman rakyat Cina tempatan terhadap "ketuanan Melayu" tidak benar? Kerana itulah kemasukan perniagaan dan rakyat negara China dengan begitu banyak tidak merupakan ancaman kepada pemerintahan Melayu.

Kedua-dua senario tersebut di atas memerlukan kerajaan dan Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Dalam senario pertama kerana "mengugat" kedudukan "ketuanan Melayu" dengan menambah ancaman keatas orang Melayu. Dalam senario kedua pula, kerana menipu orang Melayu selama ini dengan ugutan ancaman orang China yang kononnya berkomplot akan mengambil kuasa Melayu.

Saya mohon Najib memilih manakah jawapan yang betul. Dalam kedua-dua senario, beliau perlu mohon maaf kepada rakyat , terutamanya kepada orang Melayu. Rakyat menuggu jawapan Najib.


Raja Bahrin Shah adalah ahli parlimen Kuala Terengganu dan pemimpin AMANAH

SPR tunggu makluman rasmi Speaker DUN Selangor

Posted: 17 Jan 2017 05:56 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor mengenai kematian dan kekosongan luar jangka kerusi DUN N.01 Sungai Air Tawar berikutan kematian penyandangnya, Kamarol Zaki Abdul Malik hari ini.
 
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tarikh hari pertama sesi persidangan DUN Selangor adalah pada 21 Jun 2013 iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013.
 
"Berkaitan keperluan mengadakan PRK bagi kerusi DUN itu ia akan dimaklumkan kelak oleh SPR selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri berkenaan," katanya.
 
 

Kabinet Sarawak angkat sumpah Khamis ini

Posted: 17 Jan 2017 05:54 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING: Majlis angkat sumpah bagi timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri Sarawak di bawah Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan diadakan Khamis ini.
 
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan pada Selasa, majlis akan berlangsung pada 10.30 pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Petrajaya.
 
Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari.
 
Abang Johari adalah antara tiga timbalan ketua menteri di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
 
Dua lagi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.
 
Desas-desus menyatakan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mengisi kekosongan itu memandangkan beliau pemimpin paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak kerajaan Barisan Nasional Sarawak.
 
Awang Tengah juga merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri.
 
Selain itu, seorang pemimpin kanan PBB dijangka mengisi kekosongan jawatan menteri perumahan dan urbanisasi serta menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, dua portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Abang Johari.
 
Abang Johari, 67, anak lelaki bongsu Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lepas di Astana.

Polis jawab tuduhan Khalid Samad

Posted: 17 Jan 2017 05:53 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa suspek utama dalam kejadian rusuhan di luar lobi Parlimen pada 24 November lalu tiada dalam sesi kawad cam yang diadakan polis pada 10 Januari lalu.
 
Rasa tidak puas hati Ahli Parlimen itu dilaporkan sebuah portal media, semalam. Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, melalui satu kenyataan media hari ini, menjelaskan dua kawad cam diadakan berhubung kes itu iaitu pada 13 Disember 2016 dan 10 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul.
 
"Khalid hadir dalam sesi kawad cam yang diadakan pada 10 Januari dan dalam sesi kawad cam itu, dua suspek dicam daripada 11 orang yang mengambil bahagian termasuk anak kepada Timbalan Menteri melainkan seorang lagi suspek yang belum dikenal pasti," katanya.
 
Sesi kawad cam itu dilakukan dengan sempurna mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan serta turut dihadiri oleh peguam kedua-dua pihak.
 
Justeru, katanya pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai kenyataan itu dan tidak membuat spekulasi hingga siasatan selesai.
 
Pada 24 November lalu satu kejadian merusuh berlaku di luar Parlimen membabitkan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan Ahli Parlimen Shah Alam.
 
Susulan itu, lapan lelaki dan tiga wanita berumur antara 28 dan 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.