Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DEBAT HUSAM-NASSURUDDIN, SIAPA TIADA TELOR ?

Posted: 12 Jan 2017 03:39 PM PST


PADA awalnya, saya tidak ingin mengulas berkenaan hal berkaitan dengan debat. Namun, oleh kerana Pengarah Debat bagi pihak Dato' Husam telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat negatif, maka akan saya jelaskan di sini beberapa hal dan fakta yang berkaitan bagi memurnikan kembali situasi.

Untuk pengetahuan semua, pihak saya dan YB Dato' Husam telah melantik beberapa orang wakil sebagai orang tengah bagi memudahkan proses debat dilaksanakan. Oleh itu, beberapa siri perjumpaan telah dilakukan iaitu pada tarikh:

- 14/12/2016
- 27/12/2016
- 10/1/2017

Walau bagaimanapun, dalam ketiga-tiga pertemuan yang diadakan, wakil saya telah minta ditentukan tarikh, tetapi sentiasa dielak oleh wakil Dato' Husam dengan pelbagai alasan.

Harus diingatkan bahawa, sebelum ini surat YB Dato' Husam bertarikh 21 November 2016 mencadangkan tarikh debat sebaiknya pada akhir januari 2017. Rentetan itu, saya mencadangkan tempoh dua minggu daripada tarikh surat dihantar, namun tarikh tersebut tidak menjadi kenyataan.

Selepas itu, pihak Dato' Husam telah menghantar surat bertarikh 22 Disember 2016 untuk memohon pengesahan terjemahan isi kandungan baiah. Surat tersebut dihantar ke pejabat saya pada 28 Disember 2016. Saya sedikit pelik kerana di dalam kandungan tersebut dinyatakan bahawa teks terjemahan akan dihantar kepada ulama seluruh dunia, seterusnya menjemput saya untuk bersemuka dengan Fadilatul Sheikh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

Maka, pada tarikh 29 Disember 2016 surat respon dihantar kepada pihak YB Dato' Husam mengingatkan kembali, bahawa beliau yang mencabar saya berdebat dalam isu Bai'ah ini, tiada kena mengena dengan pihak lain termasuk Fadilatul Shiekh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

Sekali lagi saya ingin mohon kepada YB Dato' usah membuang masa dengan pelbagai helah dan alasan. Ayuh kita tentukan masa dan tempat dengan segera supaya hasrat Dato', saya serta masyarakat seluruhnya dapat direalisasikan.

Dilampirkan bersama surat untuk tontonan dan rujukan semua pihak. Semoga Allah kurniakan taufiq dan inayah serta memudahkan urusan ini.

USTAZ HJ MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD
ADUN MERANTI – HARAKAHDAILY 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Buktikanlah SPR benar-benar bebas

Posted: 12 Jan 2017 08:14 PM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuktikan bahawa organisasi itu benar-benar bebas daripada menyebelahi mana-mana pihak untuk dihormati oleh rakyat di negara ini.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat berkata, persepsi bukanlah masalah utama kerana beberapa tindakan SPR itu sendiri telah mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap organisasi itu.
"Saya berikan contoh mengenai proses persempadanan semula yang dilakukan bermula tahun lalu.
"Beberapa kawasan digabungkan di bawah satu parlimen yang mana akan menyebabkan pembangkang menang besar di satu parlimen dan pada masa sama kalah di parlimen lain.
"Ia berlaku di kebanyakan tempat dan itu tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan apatah lagi ia hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak sahaja. Bagaimana mereka perlu dihormati," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin,  Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah membuat kenyataan bahawa persepsi  timbul dalam kalangan masyarakat menggambarkan seolah-olah SPR hanya ingin memenangkan satu pihak sahaja dalam sesebuah pilihan raya.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, SPR boleh memberikan pelbagai alasan, namun hakikatnya tindakan mereka sendiri yang memberikan gambaran buruk terhadap organisasi itu.
"Tindakan mereka terlalu ketara, seperti apa yang berlaku di Selangor, bantahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap persempadanan semula itu semuanya ada asas," jelasnya.
Jelasnya, usaha SPR untuk menghasilkan video-video berhubung kaedah dan proses dalam pilihan raya untuk memberi kefahaman kepada semua pihak tidak akan berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat.
"Apa yang mereka lakukan itu hanyalah kaedah-kaedah yang melibatkan proses pilihan raya semata-mata dan itu bukanlah puncanya.
"Apa yang mereka perlu lakukan adalah memberi keadilan terhadap kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang untuk mendapat hak-hak yang sama," katanya lagi.

Abang Johari mungkin jadi ketua menteri Sarawak baharu..?

Posted: 12 Jan 2017 08:10 PM PST

Nama 3 pemimpin PBB disebut-sebut akan menjadi pengganti Adenan Satem, tetapi keputusan muktamad terletak di tangan Taib Mahmud.
abang-johari
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg mungkin menjadi ketua menteri Sarawak yang baharu.
Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Taib Mahmud.
Lazimnya, ketua menteri dipilih daripada parti terbesar di negeri itu, PBB.
Menurut laporan The Star, walaupun beberapa pemimpin dalam hierarki parti itu disebut-sebut sebagai pengganti Tan Sri Adenan Satem, Abang Johari dilihat sebagai pilihan ketara.
Beliau adalah timbalan ketua menteri II merangkap timbalan presiden PBB.
Pemerhati politik berkata, kemungkinan lain ialah Naib Presiden PBB, Datuk Seri Douglas Uggah Embas (timbalan ketua menteri I) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Jeniri Amir memberitahu The Star, Abang Johari adalah pemimpin nombor 2 dalam parti itu, mempunyai pengalaman luas dan dihormati parti komponen Barisan Nasional lain di Sarawak.
Prof Stanley Bye Kadam Kiai daripada Unimas juga sependapat Abang Johari adalah pilihan utama.
Sementara itu, The Borneo Post melaporkan ketua menteri Sarawak yang baharu dijangka mengangkat sumpah esok.
Menurutnya, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Sarawak untuk melantik pemangku ketua menteri.
Laporan itu memetik "sumber boleh dipercayai yang tahu undang-undang dan sistem negeri itu" berkata, apabila ketua menteri meninggal dunia atau melepaskan jawatan, Kabinet negeri juga perlu meletak jawatan atau dianggap sudah meletak jawatan.
Susulan pemergian Adenan kelmarin, Sarawak secara teknikalnya ditadbir kerajaan sementara, jadi ketua menteri baharu perlu dilantik segera.
"Pelantikan ketua menteri adalah budi bicara mutlak ketua negeri. Budi bicaranya tidak boleh dicabar di mahkamah. Ini bermakna, Tun (Taib) adalah orang yang akan membuat keputusan itu," kata sumber itu kepada The Borneo Post.
Sumber itu berkata, apabila Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meletak jawatan pada 1994, seluruh Kabinetnya terpaksa meletak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

JUALAN HARAKAH JATUH MERUDUM, PEJABAT PINDAH, AKIBNAT HADAPI KEKANGAN KEWANGAN DAKWA MSO

Posted: 12 Jan 2017 07:54 PM PST


Maaflah kerana sentuh mengenai perihal parti agama (Pas). Ada maklumat mengatakan Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar parti itu Harakah telah mengambil keputusan drastik untuk mengosongkan bangunan yang menjadi ibu pejabat akhbar itu sekarang ini.
Semua unit penerbitan akhbar itu, editorial, iklan dan pemasaran dipindah ke bangunan lain yang juga milik Pas berhampiran restoran Yusuf Haslam. Kalau tidak silap ruang pejabat ini pernah menjadi pejabat akhbar gemulah Siasah.
Tindakan itu dibuat adalah kerana kengkangan kewangan. Edaran Harakah kini jatuh merudum sama teruk dengan akhbar rakannya Utusan Malaysia. Jadi untuk mengatasi kengkangan itu maka pejabat terpaksa dipinda.
Manakala pejabat Harakah empat tingkat itu akan disewakan untuk mendapat sumber kewangan. Tidak dinafikan kemelesetan ekonomi negara kini turut sama mencengkam Harakah.
Ia bukan salah Harakah tetapi salah kepada suasana kemuraman ekonomi hari ini. Yang berhadapan dengan masalah kewangan bukan sahaja akhbar itu tetapi akhbar lain juga.
Mungkin langkah memimdahkan operasi akhbar itu ke ruang pejabat yang lain satu langkah bijak. Begitulah strategi dalam perniagaan. Ia bukan sesuatu yang mengaibkan.
Demi survive akhbar berkenaan dan untuk menjamin penerusan penerbitan Harakah demi maruah parti maka ia patut dilakukan apa sahaja. Harakah satu masa dulu organ parti yang memberi sumbangan kewangan kepada parti.
Malahan kehebatan Pas daripada segi memiliki aset ialah menerus Harakah. Sesetengah perbelanjaan pilihan raya juga disumbang oleh Harakah.
Zaman kegemilangannya sehinggakan dapat membeli dua bangunan, termasuk yang menjadi pejabatnya yang kini hendak disewakan itu.
Kalau kewangan Harakah diurus dengan baik dan telus mungkin ia tidak berhadapan dengan keruncingan yang dahsyat seperti hari ini.
Begitu juga dengan nasib dan kedudukan kakitangannya pasti terbela. Tetapi kerana pengurusan kewangannya tidak diodit, menyebabkan ia bertaburan dan kemewahan yang pernah dirasai dahulu hilang begitu sahaja. Seorang demi seorang kakitangannya berkualiti telah meninggalkan akhbar berkenaan.
Saya membuat catatan ini adalah dengan niat hendak membantu Harakah dengan apa yang diketahui.
Mudah-mudahan dengan apa yang dinyatakan ini ia dapat digunakan untuk selamatkan Harakah. Harakah sebenarnya tidak berkedudukan sepapa hari ini kerana ia ada pelaburan.
Banyak wang Harakah digunakan oleh pihak tertentu dalam Pas untuk melabur. Perlaburan itu ada yang boleh mendatangkan keutungan dan ada yang hilang begitu sahaja, macam buih-buih di lautan.
Salah satu ialah, wang Harakah pernah digunakan untuk membeli hartanah di Kelantan. Mungkin perkara ini ramai yang tidak mengetahuinya. Nilainya kini cecah jutaan ringgit.
Ahli-ahli Pas tidak mengetahui perkara ini. Mungkin juga bekas-bekas ahli lembaga pengarah Harakah sendiri ada yang tidak mengetahui akan perkara ini. Mungkin ia tidak dibentang walaupun secara tertutup.
Read More / Baca Lagi >>

'Nafi saja tak cukup, Annuar mesti disiasat'

Posted: 12 Jan 2017 07:49 PM PST

Penafian Tan Sri Annuar Musa terhadap dakwaan penggunaan wang MARA untuk menaja skuad bola sepak Kelantan tidak memadai untuk menolak tuduhan berkenaan.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla, berkata ada beberapa dokumen dikemukakan bersama tuduhan ke atas Annuar bagi mengaitkan MARA dengan pasukan The Red Warriors (TRW)
Justeru, katanya, tuduhan mengenai salah guna kuasa dan dan wang oleh Annuar - atas kapasitinya sebagai pengerusi MARA - mesti disiasat segera oleh polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Annuar juga wajib dipanggil untuk memberi keterangan dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan kepada media semalam.
Annuar yang juga ketua penerangan Umno semalam disebut secara tidak langsung oleh Tengku Mahkota Johor dalam kenyataan umumnya.
Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar perlu memberi kenyataan mengenai tajaan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) "yang dipaksa untuk menaja" pasukan TRW.
"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan TRW yang mana Tan Sri sendiri merupakan pengerusi MARA.
"Tidak cukup dengan pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa," katanya.
Tunku Ismail memang tidak menyebut secara khusus nama Annuar dalam kenyataannya, namun ia jelas ditujukan kepada anggota parlimen Ketereh itu.
Annuar dalam reaksinya selepas itu bagaimanapun menjelaskan, MARA tidak pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan "walau satu sen" pun.
Malah kata Annuar, logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW dipamerkan secara percuma, walaupun ia sebenarnya bernilai RM250,000.
"Ia satu penghormatan kepada MARA daripada TRW. UniKL pula sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa.
"Sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan mereka mempunyai bajet khusus untuk itu," katanya di Facebook.
Selain jawatannya dalam Umno Annuar juga berkhidmat sebagai procanselor UniKL dan institusi pendidikan itu dimiliki sepenuhnya oleh MARA.

Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Malaysia?

Posted: 12 Jan 2017 07:31 PM PST

Seorang penganalisis pertahanan berkata banyak negara masih belum selesa dengan kuasa China, tidak seperti kuasa barat yang hegemoninya sudah biasa dilihat.
lam-choong-wa_china_kapal-selam_600
PETALING JAYA: Atur gerak kapal selam adalah perkara biasa dan pernah dilakukan beberapa kuasa barat, kata pakar pertahanan, mengulas 2 kapal selam tempur dari China yang "berehat" di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Lam Choong Wah, penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa) berkata, perkara sama pernah dilakukan kuasa barat lain, contohnya Britain dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Lam berkata kapal selam China di Lautan Hindi lebih mudah mencetuskan kebimbangan, tidak seperti kapal selam kuasa barat.
Menurutnya, ini kerana negara serantau seperti India, yang bimbang dengan kebangkitan China, sudah lama menerima hakikat hegemoni dan monopoli kuasa barat di rantau tersebut.
"Tetapi mereka belum menyesuaikan diri untuk menerima pemain baru iaitu China."
Minggu lalu, beberapa media antarabangsa melaporkan ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, mengaitkannya dengan peluasan kuasa China di rantau ini.
Ia berlaku di sebalik ketegangan di Laut China Selatan melibatkan tuntutan ke atas kepulauan Spratly.
Menurut Tentera Laut Diraja Malaysia, lawatan kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng itu merupakan "lawatan diplomasi" tentera China, yang berehat di Sabah selepas melakukan pemantauan lanun di perairan Somalia.
Bagaimanapun, New Delhi Television (NDTV) memetik pihak tentera India yang mempersoalkan alasan kapal selam itu berlabuh bagi "berehat dan mendapat bekalan".
Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia, yang biasanya hanya melibatkan "pertempuran kecil".
Intip mengintip perkara biasa
Lam berkata sebuah kapal selam digunakan bagi mengumpul maklumat hidrografi (pemetaan laut), dan bukan mengintip kapal selam milik India.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng menang RM300,000 saman fitnah Berita Harian

Posted: 12 Jan 2017 07:29 PM PST

Mahkamah memutuskan laporan akhbar itu mengenai penghakiman persetujuan antara Lim Guan Eng dan bekas ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin, tidak tepat.
lim-guan-eng-wins
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap akhbar New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan wartawannya berhubung satu artikel mengenai prosiding mahkamah tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop berkata mahkamah mendapati laporan dalam Berita Harian (BH) itu diputarbelitkan dan berunsur fitnah.
Sehubungan itu, Rosiah dalam keputusannya memerintahkan NSTP membayar RM300,000 ganti rugi kepada Lim dengan faedah 5% setahun bermula hari ini dan RM35,000 bagi kos.
"Plaintif berjaya membuktikan imbangan kemungkinan kes itu terhadap defendan.
"Wartawan berkenaan tahu mengenai penghakiman persetujuan yang dicapai di mahkamah. Pembelaan perlindungan bersyarat tidak diguna pakai kerana ia laporan prosiding kehakiman yang tidak adil dan tidak tepat," katanya ketika membacakan keputusannya hari ini.
Rosilah berkata ralat yang disiarkan BH susulan surat guaman Lim juga "tidak memuaskan hati secara keseluruhannya".
"Mahkamah juga melihat kenyataan yang tertaksir oleh akhbar itu sebagai sangat serius," katanya.
Guan Eng menyaman NSTP, penerbit BH, susulan terbitan laporan bertajuk "Guan Eng tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Negeri" dalam edisi cetakan akhbar itu pada 20 Ogos 2015.
Shaik ialah ketua Pemuda Umno Pulau Pinang ketika membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim.
Lim dalam tuntutannya meminta supaya permohonan maaf terhadapnya disiarkan dalam BH di halaman "paling mudah dilihat" dalam akhbar itu, dan jumlah ganti rugi yang ditentukan mahkamah.
Dalam penyata tuntutannya, Lim berkata artikel itu tidak melaporkan prosiding di Mahkamah Tinggi secara adil dan tepat.
Tindakan terhadap BH itu diambil selepas Lim mencapai penyelesaian penghakiman persetujuan dengan Shaik berhubung 2 kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Shaik pada 5 Oktober 2012, dalam artikel yang disiarkan di portal berita Malaysiakini.
Menurut keterangan saksi Lim, laporan BH menunjukkan seperti Lim menggugurkan tuntutan itu tanpa sebarang syarat dikenakan kepada Shaik.
Lim berkata artikel itu antara lain menunjukkan seperti beliau mengaku kalah, dan secara tersirat mengaku yang beliau tidak ada kes terhadap penentangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: Dr Mahathir patut bertanding PRU14

Posted: 12 Jan 2017 07:25 PM PST

Bekas menteri itu juga berharap bekas pegawai kanan SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain yang bersara awal akan menyertai politik untuk membantu mengubah sistem dalam negara.
Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi meningkatkan peluang pembangkang untuk menang, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang itu berkata memandangkan pembangkang akan berdepan dengan gergasi iaitu Barisan Nasional (BN), kemenangan atau kekalahan pembangkang mungkin hanya dengan 1 kerusi.
"Beliau (Dr Mahathir) patut bertanding. Kerana ia mungkin 1 kerusi itu yang amat kita perlukan. Bayangkan jika kita kalah hanya dengan 1 kerusi.
"Kemudian kita akan kata 'kalaulah Tun bertanding, tentu dah menang'. Kerana kita bukannya berada pada kedudukan selesa di mana kita boleh menang dengan majoriti 20 kerusi.
"Kita di kedudukan 50-50. Dan Mahathir boleh menang di mana-mana," katanya kepada FMT.
Dr Mahathir yang kembali ke arena politik tahun lalu dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk "menyelamatkan" negara daripada BN yang dikatakan menyalahgunakan pengurusan negara, akan mencecah usia 92 ketika PRU14 diadakan kelak.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu sering berkata umurnya menjadi sebab beliau tidak mahu menyertai PRU, kecuali hanya berkempen untuk calon yang diletakkan oleh pembangkang.
Bagaimanapun, Zaid berkata bekas perdana menteri itu masih sihat berbanding umurnya, dan berkata populariti Dr Mahathir masih utuh.
"Beliau lebih muda daripada saya (secara fizikal). Bila saya berjalan dengannya, beliau selalu lebih cepat, dan umur saya 65. Beliau sihat orangnya. Jadi jangan risau dengan umurnya.
"Tidak mengapa jika beliau 92 tahun dan masih jadi ahli Parlimen," katanya.
Zaid berkata dengan Dr Mahathir bertanding, PPBM akan menjadi aset kepada pembangkang, "terutama sekali dengan penerimaan ahli Umno kepada parti itu yang agak baik".
Read More / Baca Lagi >>

Bersedia untuk PRU14 mulai sekarang, Zaid nasihat pembangkang

Posted: 12 Jan 2017 07:23 PM PST

Zaid berkata, Pakatan Harapan dan PPBM perlu melupakan PAS dan meneruskan rundingan pembahagian kerusi secepat mungkin.
zaid-ibrahim_undi_600PETALING JAYA: Pakatan pembangkang perlu menganggap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi dan persiapan harus dimulakan segera, kata Datuk Zaid Ibrahim.
"Media antarabangsa meramalkan PRU14 akan diadakan pada suku ke-3 tahun ini. Jadi, pembahagian kerusi perlu diselesaikan tidak lama lagi.
"Jika ini tidak dilakukan, maka ia bukan petanda baik. Selepas pembahagian kerusi selesai, anda masih perlu mencari calon sesuai," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada FMT.
Zaid berkata, kemampuan calon memenangi kerusi ditandingi mereka perlu diutamakan.
"Tiada parti harus kata ini adalah kerusi mereka dan itu adalah kerusi anda. Sesiapa sahaja yang boleh memenangi kerusi itu dan mempunyai peluang terbaik, itu patut dijadikan kriteria," katanya.
Soal pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang menjadi rumit ekoran ketidakpastian mengenai pendirian politik PAS.
Seperti penyokong pembangkang lain, Zaid percaya PAS menyokogn Barisan Nasional dalam diam.
Beliau berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memberi tarikh akhir kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada ia akan bekerja dengan Pakatan Harapan dan PPBM.
"Tetapi, saya rasa PAS sudah buat keputusan. PAS bersama (Datuk Seri) Najib Razak. Ia amat jelas. Anda tak perlu tunggu lagi.
"Jika PPBM mahu menyokong PAS, maka ia akan kelihatan seolah-olah PPBM turut menyokong Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Situasi hak asasi manusia di M'sia 'merosot dengan ketara'

Posted: 12 Jan 2017 07:22 PM PST

Situasi hak asasi manusia di Malaysia "merosot dengan ketara" sepanjang tahun lalu, demikian menurut Laporan Human Rights Watch (HRW) 2017.
Menurutnya, kemerosotan dalam perlindungan hak bermula selepas pilihan raya 2013 dan meningkat pada tahun lepas apabila bilangan soalan yang sukar meningkat mengenai dakwaan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.
Timbalan Pengarah HRW bagi wilayah Asia, Phil Robertson berkata, dengan tindakan mendakwa mereka yang menyuarakan pandangan berbeza atau membantah secara aman, maka kerajaan telah dengan serius melemahkan institusi demokrasi dan hak-hak semua rakyat Malaysia,
Laporan setebal 687 halaman itu yang menyemak amalan hak asasi manusia di lebih 90 buah negara, dikeluarkan malam tadi.
Menurut laporan itu, di tengah-tengah kemerosotan hak asasi manusia di Malaysia, mereka yang mengkritik kerajaan perdana menteri Najib atau pengendalian skandal 1MDB telah "menjadi sasaran khusus".
'Tuduhan bermotif politik'
Ia juga berkata sekurang-kurangnya sedozen pendakwaan jenayah terhadap posting media sosial yang didakwa menghina kerabat diraja Johor, termasuk kes Amirul Azwan Mohammad Shakri, yang dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan menghina Sultan Johor di Facebook.
Menurutnya, aktivis Khalid Ismath juga dikenakan 11 tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana komen di Facebook menyokong Kamal Hisham Jaafar, bekas penasihat undang-undang kepada kerabat diraja Johor.
Antara pendakwaan lain yang disifatkannya sebagai "bermotifkan politik" termasuk:
- Naib ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menggesa kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim;

- Aktivis Haris Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana ucapan mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13;
- Artis grafik Fahmi Reza didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyiarkan dalam talian imej wajah badut perdana menteri; dan
- Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan bahagian laporan Audit Negara mengenai 1MDB.
Penapisan Internet
Laporan itu juga menyatakan peningkatan penapisan internet di negara ini, termasuk menyekat Sarawak Report, Medium, Malaysia Chronicle, Asia Sentinel dan sekurang-kurangnya empat blog politik.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah anjur seminar pembangunan Kelantan esok

Posted: 12 Jan 2017 07:22 PM PST


Husam dan Amanah Kelantan bersiap untuk tadbir dan bangunkan Kelantan dalam bidang ekotourisme.Husam dan Amanah Kelantan bersiap untuk tadbir dan bangunkan Kelantan dalam bidang ekotourisme.

Bagi membuat persiapan untuk membangunkan Kelantan sebagai pusat pelancongan, Amanah Kelantan akan menganjurkan seminar mengenai sejarah, ekotourism dan budaya negeri itu Sabtu 14 Januari esok.
Lima kertas kerja yang berkaitan dengannya akan dibentangkan oleh pakar sejarah, pelancongan dan juga budaya Kelantan dalam seminar sehari bermula pagi hingga petang esok di Tunjong Banquet itu.
"Sasarannya adalah untuk dijadikan asas pembinaan Muzium Perang Jepun di Pantai Kundor dan pembinaan Taman Ekotourisme di kawasan delta Kelantan," kata Dr Haron Daud pengerusi Seminar Sejarah, Ekotourisme dan Budaya Kelantan itu.
Seminar yang akan dirasmikan oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ini terbuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang caj penyertaan.
Lima tokoh yang akan membentangkan kertas di seminar itu termasuklah pakar budaya Kelantan dari Universiti Indonesia, Prof Dr Pudentia MPSS.
Beliau akan membentangkan kertas bertajuk "Pemulihan dan Pembangunan Budaya Kelantan".
Selain beliau, ahli akademik yang akan membentangkan kertas kerja adalah Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria (UM) yang akan membentangkan kertas bertajuk "Pembangunan Kelantan Berdasarkan Sumber Sejarah".
Dr Azhar Mat Aros pula akan membentangkan kertas bertajuk "Pembangunan Kelantan Berasakan Sejarah Pendudukan Jepun" yang dipercayai akan mensasarkan pelancong dari Jepun untuk datang ke negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Gaji pengasuh setaraf graduan?

Posted: 12 Jan 2017 02:57 PM PST

SETIAP hari bekerja, melakukan perkara yang sama sampai satu tahap kita akan rasa bosan. Kalau orang perempuan mulalah fikir nak berhenti kerja duduk rumah, jaga anak.
Vanila Kismis (VK) sendiri pun pernah berperasaan macam ni. Tapi bila fikir balik sanggup ke nanti duduk rumah tapi tiada gaji hanya harap pemberian suami ?
Bagi yang dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri memang tak sanggup rasanya. Jadi alternatifnya kenalah kerja juga, tapi kerja dari rumah. Paling mudah yang terlintas di fikiran selalunya jadi pengasuh.
Nampak sangat tak kelas kan. Tapi jangan pandang leceh pada kerjaya pengasuh ni tau. Sebabnya dari pemerhatian VK permintaan untuk khidmat ini memang tinggi. Ada saja ibu bapa yang mencari pengasuh terutamanya bayi.
Percaya tak gaji pengasuh setaraf graduan? Kalau nak tahu gaji pengasuh ini ada yang mencecah ribuan ringgit sama dengan taraf pekerja eksekutif  di pejabat ya. Ini berdasarkan pengalaman  pengasuh anak VK sendiri.
Dia mengasuh tiga bayi kembar (mulanya hanya berhasrat menjaga seorang bayi  tapi kerana kasihan kembar ni terpisah maka dia sanggup, maklumlah pengasuh VK ni ada anak kembar juga).
Selain itu dia menjaga lagi tiga orang kanak-kanak berusia tiga hingga enam  tahun, dan seorang budak sekolah (transit).
Mari kita kira pendapatan dia. Upah mengasuh untuk seorang bayi adalah RM350, untuk budak-budak lebih dua tahun upahnya RM300 seorang dan caj transit RM130 seorang.
Bila dijumlahkan semua, pengasuh VK ni punya pendapatan sebulan dalam RM2,080. Tak macam gaji graduan? Walhal  duduk rumah saja.
Modalnya cuma tenaga dan kos penyediaan makanan anak-anak. Kadar upah ini juga berbeza mengikut tempat.  Kawasan perumahan di bandar misalnya, upah mengasuh bayi ini lebih tinggi. Boleh mencecah RM 400 seorang.
Read More / Baca Lagi >>

PENCURI HARTA RAKYAT..!!

Posted: 12 Jan 2017 02:54 PM PST

Kami 'percaya' Najib satu2nya pemimpin melayu-UMNO yg tak curi harta rakyat. Najib kaya hidup mewah, Rosmah pon hidup senang lenang penuh kemewahan lagi boros BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...

Mereka hidup mewah kerana pandai menabung sejak dari kecik lagi...

Selagi nyawa kamu dikandung badan, tipu & perbodohkanlah kami.. Satu hari nanti pasti kamu di bawah jua..

'Hujah-hujah bodoh'

Posted: 12 Jan 2017 02:51 PM PST

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO hanya beri jawapan ringkas;
"Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?" katanya.
Kalau ia hujah2 bodoh atau pun fitnah, bila nak saman TMJ?..
Kalau tak berani saman, maknanya....

Felda Gunakan Putra Star Investments Sebagai Orang Tengah Untuk Dapat Dana Dari China?

Posted: 12 Jan 2017 02:16 PM PST



Saya telah tunjukkan semalam bahawa Felda telah menandatangani satu perjanjian pendanaan dengan sebuah syarikat Singapura yang tidak mempunyai rekod dalam bidang kewangan. Syarikat bernama Putra Star Investments Holdings Pte Ltd ini dilaporkan akan memberi dana melebihi RM1 bilion untuk membolehkan Felda membina rumah-rumah generasi baru Felda seperti yang dijanjikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Walaupun Felda belum memberi sebarang maklumbalas, Malaysiakini semalam memetik wakil dari Putra Star Investments Holdings Pte Ltd mengesahkan perkara itu dan memaklumkan sebarang reaksi kepada pendedahan saya diserahkan kepada Felda.
Sudah tentu persoalan yang paling besar ialah: siapa sebenarnya Putra Star Investments Holdings Pte Ltd ini dan kenapa syarikat yang tiada rekod kukuh di dalam industri kewangan ini yang memeterai perjanjian pendanaan dengan Felda?
Saya telah menunjukkan semalam bahawa individu utama di belakang syarikat ini ialah seorang warga negara Singapura bernama Ng Peter Titan. Beliau adalah pemegang saham dan juga pengarah di dalam syarikat ini. Pemegang saham lain dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan beliau.
Oleh itu, mengetahui latar belakang perniagaan dan rangkaian perniagaan Ng Peter Titan akan memberi gambaran mengenai urusniaga pendanaan yang dimeterai oleh Felda dan syarikat milik Ng Peter Titan ini.
Saya akan tunjukkan bagaimana saya menyelidik menggunakan Google dan memaparkan setiap bukti yang saya perolehi di skrin agar senang diikuti oleh orang ramai, seperti berikut:
1. Semakan mudah dengan menaip "ng peter titan" menunjukkan dua carian teratas.

2. Seterusnya saya melawat capaian di laman www.zpec.com yang memberikan laporan berikut. Walaupun keseluruhan berita di dalam bahasa Cina, nama "NG Peter Titan" dieja dengan jelas.

3. Saya menggunakan Google Translate untuk menterjemah berita ini. Ia melaporkan lawatan oleh Ng Peter Titan, pengerusi Titan Petrotrade dari Singapura, dengan disertai pegawai-pegawai di China Everbright Bank, yang melawat kilang syarikat itu di Manchukun.
Berita itu juga memberi gambaran mengenai perniagaan Ng Peter Titan: syarikat pertamanya ditubuhkan dalam tahun 1978, banyak terlibat di dalam pelaburan bermodal besar, dan mengenali beberapa syarikat pembuat besi dan peralatan China yang terkenal.
Berita ini membayangkan bahawa Ng Peter Titan adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai jaringan perniagaan ("networking") yang luas dengan industri berat dan perbankan China.


4. Dari senarai carian Google bagi nama "ng peter titan" tadi, carian kedua tertinggi ialah dari satu blog pelancongan yang memuatkan satu komen dari seorang bernama "Pok Jak" berkenaan perkara berikut: Ng Peter Titan (dari Singapura, yang dianggap sebagai mentor oleh penulis) mengenali seorang wanita bernama Michelle Liu (digambarkan sebagai "teman tapi mesra"). Michelle Liu adalah pengurus perhubungan pelanggan ("relationship manager") di China Construction Bank (atau Bank Pembinaan China).
Komen-komen sebegini selalunya bersifat benar kerana ia melibatkan testimoni peribadi seseorang yang mengenali seorang yang lain. Semasa saya membongkar skandal NFC, saya mengumpul banyak maklumat dari komen-komen di "Notice Board" di internet seperti ini.
Dari dua carian ini, ia memberi gambaran bahawa Ng Peter Titan mempunyai jaringan perniagaan yang luas dengan bank dan industri di China.

5. Saya seterusnya menyemak laman rasmi pihak berkuasa pendaftar syarikat di Singapura (Accounting and Regulatory Authority atau ACRA) untuk mengetahui perniagaan lain yang dimiliki oleh Ng Peter Titan. Carian tersebut menunjukkan Titan Petrotrade (2007) Pte Ltd, mengesahkan bahawa Ng Peter Titan dan Titan Petrotrade benar-benar wujud.

6. Saya juga menyemak carian di Google untuk mengetahui apa sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh Titan Petrotrade ini. Secara umumnya, Titan Petrotrade memasarkan syarikat itu sebagai syarikat yang menjual beli bahan mineral, minyak dan produk-produk lain. Satu carian memberi gambaran yang lebih jelas: "our company acts as agent and commission agent for the supply of minerals, clean petroleum product….."
Ia mengesahkan tekaan saya bahawa Ng Peter Titan adalah seorang jurujual yang menjadi orang tengah kepada urusan jual beli pelbagai produk di rantau Asia ini.

7. Saya seterusnya menyemak secara keseluruhan semua syarikat-syarikat yang pernah ditubuhkan atau terlibat dengan Ng Peter Titan. Saya juga menyemak pemegang saham Titan Petrotrade (2007) Pte Ltd, pengarah-pengarahnya serta rekod pemfailan laporan-laporan wajib kepada ACRA untuk mengenalpasti sama ada ia masih lagi aktif dalam perniagaan.
Rujuk laporan-laporan berikut yang saya edarkan kepada wartawan dan akan paparkan ke blog saya di rafiziramli.com: "People Profile", "Business Profile" dan "Register of Company Documents".
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Perumahan FELDA Diswastakan Kepada Syarikat Asing Yang Tidak Dikenali?

Posted: 12 Jan 2017 02:15 PM PST

Seperti yang saya sebut sebelum ini, salah satu dari fokus utama saya dalam meneliti kelemahan pengurusan Felda (dan anak syarikatnya) serta kesannya kepada rakyat ialah projek-projek dan perbelanjaan yang bersabit dengan perumahan Felda. Ini juga salah satu dari bidang tumpuan utama Tan Sri Shahrir Samad, Pengerusi Felda yang baru seperti yang beliau umumkan dan dilaporkan dua hari lepas.
Sebab itu hari ini, saya akan mendedahkan bagaimana projek perumahan Felda yang dijadikan umpan politik oleh Dato' Seri Najib Tun Razak selama ini kepada warga Felda berkemungkinan akan terus bermasalah, malah mencetuskan satu lagi skandal besar yang memalukan Dato' Seri Najib. Justeru, saya percaya permasalahan perumahan Felda adalah antara krisis pertama yang perlu ditangani oleh Tan Sri Shahrir Samad yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Felda.
Saya telah menyemak pelbagai kenyataan dan temuramah dengan Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan secara meluas oleh pihak media. Saya sertakan tiga keratan akhbar dari sumber Bernama dan Utusan Malaysia yang memberi gambaran betapa tenatnya kedudukan projek perumahan Felda sekarang:
1. Keratan akhbar bertarikh 16 Ogos 2016 bertajuk "Sebanyak 8,400 unit rumah generasi kedua Felda siap tahun hadapan" yang dipetik dari Bernama. Tan Sri Isa Samad mengaku bahawa Felda ketika itu sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman bank sebanyak RM2 bilion bagi membiayai projek ini, tetapi menghadapi kesukaran kerana bank yang dirundingi sebelum itu telah mengurangkan pinjaman.

2. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Oktober 2016 bertajuk "11,400 unit PGBF mula dibina awal tahun depan". Sekali lagi Tan Sri Isa Samad mengesahkan Felda telah menggunakan sehingga RM400 juta tetapi memerlukan RM1 bilion lagi bagi tujuan perumahan warga Felda.

3. Keratan berita dari Bernama bertarikh 6 September 2016 bertajuk "Perumahan Felda Dijangka Bermula Dalam Tempoh Sehingga Dua Bulan Lagi". Berita ini melaporkan bagaimana Felda telah menandatangani satu perjanjian pendanaan swasta bagi projek yang jumlah pembangunan kasarnya adalah RM1 bilion, dengan sebuah syarikat dari Singapura bernama Putra Star Investment Holdings Pte Ltd

Berita ini berlalu begitu sahaja tanpa menimbulkan sebarang kontroversi. Akibatnya, orang ramai terutamanya peneroka Felda dan generasi baru Felda tidak tahu bahawa rumah-rumah yang dijanjikan kepada mereka itu bergantung kepada pembiayaan dari sebuah syarikat Singapura yang tidak diketahui asal usulnya. Bukan sahaja persoalan projek perumahan rakyat mengambil wang sebuah syarikat asing itu sudah cukup kontroversi kerana ia seolah-olah warga Felda berhutang dengan syarikat asing di atas rumah yang mereka miliki, malah syarikat yang dipilih itu juga menimbulkan tanda tanya.
Read More / Baca Lagi >>

PH-Bersatu lancar Jelajah #FeldaTergadai selami masalah peneroka

Posted: 12 Jan 2017 02:10 PM PST

saifuddin-1Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan siri jelajah di seluruh Malaysia untuk menyelami masalah peneroka Felda.
Jelajah dengan tema #FeldaTergadai itu akan dilancarkan di Felda Bilut, Bentong pada 25 Januari, jam 8 malam dan dibarisi pimpinan kanan kedua-dua parti itu.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, jelajah ini merupakan perhatian serius terhadap nasib peneroka dalam mendepani masalah berpanjangan seperti hutang, hak milik tanah, perumahan, pekerjaan untuk penduduk, dan tanah rancangan, selain isu sekitarnya yang akan turut dikaji dengan teliti.
"Mengambil kira pelbagai isu pengurusan dan kewangan Felda serta anak-anak syarikatnya yang kian meruncing, Pakatan Harapan dan Bersatu mengambil tindakan bersama untuk memastikan maklumat sampai kepada peneroka.
"Sehubungan itu, sepanjang siri jelajah ini nanti, kami akan mengedarkan 200,000 risalah menerangkan kedudukan kewangan Felda kepada peneroka di seluruh negara.
"Kita akan turun seberapa banyak tanah rancangan Felda, menyampaikan maklumat melalui ceramah dan dialog," katanya pada sidang media di pejabat Invoke, Sungai Besi, hari ini.
Saifuddin berkata, jelajah ini juga peluang terbaik tatkala para peneroka memberi perhatian serius terhadap isu tatakelola Felda yang dibawa pihak Pembangkang.
"Kita akan gunakan kesempatan yang ada sekarang untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak berkaitan dengan Felda, iaitu peneroka, kakitangan Felda, generasi kedua dan industri kelapa sawit untuk merangka pelan baru.
"Termasuk menjaga kepentingan strategik Felda di dalam ekonomi negara tanpa mengorbankan kebajikan peneroka.
"Saya dan rakan-rakan yang lain akan membawa perkara ini ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Jawatankuasa Penyelenggaraan Pakatan Harapan-Bersatu dalam masa terdekat," ujarnya.

Nasib pendidikan tinggi: Mana moral kerajaan?

Posted: 12 Jan 2017 02:04 PM PST

 Nurul Izzah sangat beratkan pendidikan tinggi.Nurul Izzah sangat beratkan pendidikan tinggi.
NURUL IZZAH ANWAR

Saya terkesan dengan respon mempertahan hak Perdana Menteri ke luar negara bercuti bersama anak-anak meskipun menggunakan jet peribadi.
Ternyata, kita memahami sudut manusiawi dan ruang bersama kekeluarga buat Perdana Menteri kita. Persoalannya, di manakah sudut manusiawi Perdana Menteri dalam memacu kebajikan rakyat apabila belanjawan pendidikan dan kesihatan rakyat dipotong?
Manusiawikah Perdana Menteri apabila memutuskan Universiti ulung kita, Universiti Malaya menanggung potongan hampir 60 peratus belanjawan kajian dan pembangunan?
Potongan ini sampai mengakibatkan penjawat awam UM yang melahirkan kenyataan bahawa mustahil buat mereka mengekalkan kecemerlangan penyelidikan apabila belanjawan dipotong.
Bayangkan sahaja apabila RM 100 juta belanjawan untuk tahun 2015 dipotong ke RM 40 juta pada tahun 2016.
Nasib Universiti Malaya berlatarbelakangkan belanjawan universiti-universiti Malaysia yang hampir kesemuanya dipotong secara keterlaluan.
Universiti Malaya yang telah diperuntukkan RM638.1 juta bagi tahun 2015, telah dikurangkan peruntukannya sebanyak 27 peratus kepada RM463.9 juta pada tahun 2016 -- selaras dengan potongan 40 peratus untuk penyelidikan tahun lepas.
Bukankah penulisan dan hasil dapatan kajian itu adalah merupakan input/keperluan yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat secara umum?
Sekarang, peruntukan keseluruhan Universiti Malaya hanya bernilai RM370 juta bagi tahun 2017, iaitu 20 peratus kurang dari peruntukan pada tahun 2016, dan 42 peratus kurang dari peruntukan pada tahun 2015.
Tanpa pelan jangka masa panjang yang bersifat berkala dan mapan, universiti tidak wajar dibebankan dengan dasar kementerian untuk menjana pendapatan dan menanggung urusan-urusan teknikal hanya kerana kegagalan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.
Lebih malang lagi, buat universiti-universiti lainnya seperti Universiti Malaya yang mempunyai hospital pengajar (teaching hospital) seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Maksudnya kesemua pelajar jurusan perubatan dan hospital terkait turut terkesan akibat pemotongan ke atas universiti.
Para pesakit terpaksa dikenakan caj yang tinggi apabila hospital tidak lagi mampu menampal kemerosotan dana dalam rawatan dan ubat-ubatan. Sewajibnya menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga status serta kualiti khidmat hospital pengajar.
Para pesakit dan hospital jangan dijadikan mangsa kebobrokan salah urus tadbir negara akibat kemelut rasuah dan pembaziran.
Tuntutan agar universiti menjana 30 peratus pendapatan sendiri melalui produk penyelidikan adalah desakan yang mendadak dan tidak mengambil kira kesulitan universiti. Pendidikan bukan untuk diniagakan. Malangnya, yuran kekal sama walau kualiti penyelidikan dan pengajar semakin menurun dengan keputusan Perdana Menteri yang anti pendidikan dan kesihatan.
Cadangan Penyelesaian:
Read More / Baca Lagi >>

Harga barang keperluan naik mendadak bukti GST gagal kawal kenaikan

Posted: 12 Jan 2017 02:01 PM PST

Walaupun kerajaan BN mendakwa tujuan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk mengawal harga, hakikatnya harga barangan keperluan rakyat semakin meningkat.
Situasi ini kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar menunjukkan kerajaan telah gagal dalam melaksanakan dasar itu.
"Kerajaan yang sebelum ini memberi jaminan harga, tidak dapat mengawal keadaan sekarang.
"Kerajaan gagal mengawal penularan inflasi sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015," katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan laporan kewangan kerajaan katanya, hasil kutipan GST bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27 bilion.
Manakala pada tahun 2016 pula, kerajaan telah berjaya mengutip sebanyak RM38.5 bilion dengan sasaran kutipan bagi tahun 2017 sebanyak RM40 bilion.
"Selepas setahun setengah pelaksanaan GST, rakyat telah merasakan cubitan yang cukup pedih. Hari ini, kenaikan harga menjadi rungutan utama di mana-mana jua," ujarnya.
Dalam keadaan membebankan ini kata Siva, rakyat turut menyaksikan pemimpin-pemimpin BN berbelanja mewah di dalam dan luar negara.
"Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan rintihan rakyat.
"Beliau dan keluarganya masih berbelanja mewah di dalam dan di luar negara. Pemimpin BN yang lain juga turut mencontohi jejak langkah pemimpin utama mereka," katanya lagi.

APA MAKNA BILA JHO LOW DAN ERIC TAN KINI DIKENALPASTI ORANG YANG SAMA?

Posted: 12 Jan 2017 01:54 PM PST

Najib Razak sebelum ini mendakwa wang AS$681  juta atau kira-kira RM2,600 juta yang diterimanya melalui akaun peribadi di Ambank adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

WSJ dalam pendedahannya, bagaimanapun membuktikan bahawa wang itu disalurkan daripada akaun Tanore Finance, sebuah syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island dan dipunyai oleh Eric Tan.

Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Najib menerima wang itu pada Mac 2013, kira-kira dua bulan sebelum pilihanraya umum 2013 diadakan.
Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkaitan penerimaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kemudian mengatakan sebahagian besar wang itu iaitu AS$620 juta telah dipulangkan kembali kepada pendermanya kerana ia tidak digunapakai.

Baiknya hati Najib...barangkali hanya beliau seorang di dunia ini yang pernah diberikan wang AS681 juta, tetapi kemudian memulangkannya kembali sebanyak AS$620 juta kerana ia tidak digunakan!!

Pengembalian wang itu berlaku pada 30 Ogos 2013, sama tarikh dengan akaun Najib di Ambank ditutup.

Sarawak Report dalam butirannya mendedahkan, wang itu sebenarnya dikembalikan kepada Tanore Finance iaitu syarikat yang sama yang memasukkan AS$681 juta kepada Najib sebelum itu.

Mudah kata, Najib dapat AS$681 juta daripada Tanore Finance dan AS$620 juta kemudian dikembalikan kepada Tanore Finance juga.

Itu cerita yang mula heboh sejak 2015 dahulu dan masih menjadi bualan hingga sekarang.

Dua hari lalu di mahkamah Singapura iaitu pada 11 Januari 2017, dalam kes perbicaraan bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank negara itu, Jens Sturzenegger atas kesalahan berkaitan penggubahan wang haram, telah didedahkan bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama.

Sturzenegger kini dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000 atas kesalahan yang dilakukannya.

Menurut Channel News Asia yang mendedahkan maklumat  perbicaraan itu, Jho Low turut memberitahu Sturzenegger bahawa beliau sesekali menggunakan nama Eric Tan untuk tujuan keselamatan.

Sturzenegger juga menyedari nama Eric Tan itu bukan sekadar nama samaran atau nama kedua, tetapi merupakan nama sebenar yang terdapat dalam pasport dengan beliau melihatnya sendiri ketika proses membuka akaun di Falcon Private Bank.

Bermakna, Jho Low paling mungkin mempunyai dua pasport, satu atas nama Jho Low dan satu lagi dengan nama Eric Tan.

Empat akaun dilaporkan telah dibuka di Falcon Private Bank atas pelbagai entiti korporat dengan Eric Tan dikenalpasti sebagai benefisiarinya atau pihak yang berhak terhadapnya.

Dua daripada akaun berkenaan, Tanore Finance dan Granton, telah menerima kemasukan wang sebanyak AS$1.265 juta pada Mac 2012.

Apakah yang paling mudah untuk difahami berkaitan maklumat ini yang kini merupakan dokumen mahkamah di Singapura?
Read More / Baca Lagi >>

Ada apa dengan firma audit baru syarikat bermasalah 1MDB?

Posted: 12 Jan 2017 01:52 PM PST

Belum pun sebulan menjalankan tugas, kredibiliti firma audit antarabangsa, Parkel Randall sudah dipersoal beberapa pihak.
Ia merupakan firma kelima yang dilantik 1MDB bagi menjalankan kerja-kerja mengaudit selepas dua daripada empat firma sebelum ini dipecat oleh syarikat bermasalah negara berkenaan dengan satu daripadanya menarik diri.
Ernst & Young merupakan firma pertama yang dilantik 1MDB namun dipecat sebelum laporan audit kewangan pada 2010 disiapkan. Ia kemudiannya diganti KPMG yang turut dipecat ekoran enggan mengesahkan akaun kewangan bernilai AS$2.3 bilion.
Manakala, Deloitte yang menarik diri daripada terlibat dengan akaun 1MDB turut mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan syarikat berkenaan yang dikeluarkan firma audit itu bagi 2013 dan 2014 tidak boleh lagi digunakan.
Keputusan itu diambil firma audit tersebut selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan saman sivil bagi menyita aset bernilai hampir AS$1 bilion yang diseleweng daripada syarikat hasil buah fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit.
Menurut artikel portal Cilisos yang diterbitkan hari ini, Parkel Randall bukanlah nama besar berbanding empat firma atau 'Big 4' yang dilantik 1MDB sebelum ini.
Malah, dua juruaudit yang ditemuramah portal berkenaan turut tidak mengenali firma terbabit.
"Tidak pernah dengar langsung mengenai mereka," kata seorang juruaudit yang enggan namanya dikenali.
Menurut artikel bertajuk 'OMG, 1MDB HAS NEW AUDITORS! BUT THEY…. CANNOT GRAMMAR PROPERLY' itu, laman web firma audit yang berpangkalan di United Kingdom berkenaan juga didapati mempunyai beberapa kesalahan tatabahasa.
Pemilihan firma audit yang baru oleh 1MDB dinanti-nantikan banyak pihak khususnya pembangkang bagi merungkai kemelut skandal kewangan yang telah mengakibatkan negara digelar sebagai 'kleptokrasi global'.
Read More / Baca Lagi >>

Persatuan peneroka mahu jumpa Shahrir, bincang masalah Felda

Posted: 12 Jan 2017 01:50 PM PST

Mazlan Aliman sedia kerjasama dengan Shahrir bagi menyelesaikan masalah dihadapi peneroka
Mazlan-Aliman-shahrir-samad-felda-1
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berhasrat menemui pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi membincangkan masalah peneroka.
Presiden Mazlan Aliman berharap Anak, antara pengkritik lantang agensi persekutuan itu, dan Felda dapat bekerjasama demi kebaikan peneroka.
"Saya tidak ada masalah untuk kerjasama dengan Shahrir Samad. Kita pun akan buat satu surat kepada Shahrir untuk berjumpa dalam masa terdekat ini.
"Kita mahu jumpa Shahrir sebab nak mengetahui apa misi dan visi dia sebagai pengerusi Felda baru. Masa perjumpaan itu kita akan maklumkan," katanya kepada FMT.
Pada 6 Januari lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru dilantik menjadi pengerusi Felda baharu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang tamat tempoh perkhidmatan.
Bagaimanapun Isa Samad kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Shahrir membayangkan rombakan pengurusan agensi bagi meningkatkan penyelesaian permasalahan warga Felda masa kini.
Mazlan melihat pelantikan Shahrir bertujuan untuk meredakan kemarahan peneroka berikutan pilihan raya yang dijangka akan diadakan tahun ini.
"Jadi tugasnya hanya untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan warga Felda. Jadi apabila pilihanraya nanti, peneroka akan terperangkap dengan apa yang disebut Tan Sri Shahrir sebagai orang baru, ini akan menjadi benteng terakhir untuk BN meneruskan pengaruh mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Felda guna 'orang tengah' dapat dana dari China biayai projek perumahan

Posted: 12 Jan 2017 01:48 PM PST


Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?
Carian dan semakan yang dilakukan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di beberapa sumber mendapati syarikat yang bakal mendanai projek perumahan Felda bernilai RM1 bilion tidak mempunyai rekod dalam bidang kewangan dan dipercayai hanya menjadi pihak ketiga bagi mendapatkan dana daripada China.
Syarikat bernama Putra Star Investments Holdings Pte Ltd itu, ujar Rafizi akan memberi dana melebihi RM1 bilion untuk membolehkan Felda membina rumah-rumah generasi baru Felda seperti dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Walaupun Felda belum memberi sebarang maklumbalas, Malaysiakini semalam memetik wakil dari Putra Star Investments Holdings Pte Ltd mengesahkan perkara itu dan memaklumkan sebarang reaksi kepada pendedahan saya diserahkan kepada Felda.
"Sudah tentu persoalan yang paling besar adalah siapa sebenarnya Putra Star Investments Holdings Pte Ltd ini dan kenapa syarikat yang tiada rekod kukuh di dalam industri kewangan ini yang memeterai perjanjian pendanaan dengan Felda?" soal Rafizi yang juga Naib Presiden PKR.
Rafizi menambah, individu utama di belakang syarikat tersebut ialah warga negara Singapura, Ng Peter Titan yang menjadi pemegang saham dan juga pengarah syarikat manakala pemegang saham lain dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan beliau.
Carian yang dibuat oleh beliau mendapati Ng Peter Titan mempunyai jaringan perniagaan yang luas dengan bank dan industri di China manakala syarikat yang dimilikinya, Titan Petrotrade (2007) Pte Ltd menjalankan perniagaan menjual beli bahan mineral, minyak dan produk-produk lain.
Ng Peter Titan, ujarnya ialah jurujual yang menjadi orang tengah kepada urusan jual beli pelbagai produk di rantau Asia.
Carian beliau juga mendapati Ng Peter Titan mempunyai (atau terlibat) dengan 11 syarikat sejak tahun 1977 yang kebanyakannya telah ditutup atau tidak aktif.
"Secara umumnya syarikat-syarikat beliau terlibat di dalam urusan jual beli sebagai ejen. Beliau juga pernah mempunyai syarikat yang menjalankan aktiviti kewangan tetapi tidak diketahui statusnya sama ada masih lagi aktif (iaitu Putra Star Credit), sementara dua lagi perniagaan kewangannya telah ditutup (iaitu Crown Credit Entreprise ditutup tahun 1982 dan Japan Trade-Link ditutup tahun 2008).
"Beliau juga mempunyai syarikat yang menganjurkan konsert dan mengendalikan acara bernama Love Entertainment Group," jelasnya.
Rafizi  juga mendedahkan bahawa Titan Petrotrade tidak aktif selama 6 tahun sebelum dihidupkan semula pada 22 Ogos 2016; sebulan sebelum perjanjian pendanaan dengan Felda ditandatangani.
Beliau turut menyemak nama syarikat Titan Petrotrade di pangkalan data syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang didedahkan oleh Panama Papers dan mendapati kewujudan sebuah syarikat bernama Titan Petrotrade International Pte Ltd yang sahamnya dimiliki Sino Swiss Energy Ltd.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat makin tak mampu nak beli rumah..pemimpin terus bermewah..!!!

Posted: 12 Jan 2017 01:46 PM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyenaraikan beberapa faktor yang menjurus kepada kemerosotan pasaran perumahan Malaysia pada masa ini, kata exco sayap pemudanya, Mohd Ammar Atan.
Jelas beliau, antara faktor tersebut ialah produk perumahan yang ditawarkan adalah di luar kemampuan majoriti rakyat Malaysia dan pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan perkembangan harga rumah dan keperluan lain.
"Faktor lain pula ialah lebih banyak rumah berharga RM400,000 keatas dibina oleh pemaju dalam majoriti rakyat bergaji di bawah RM4,000 sebulan selain pinjaman bank tidak lagi layak kerana bebanan sedia ada sudah terlalu tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, institusi perbankan bukanlah punca pasaran perumahan yang kian merudum.
"Meletakkan kesalahan hanya kepada bank adalah tidak tepat kerana piawaian pinjaman adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengatasi muflis dan mengelakkan 'sub-prime loan'," katanya.
Pada bulan September yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Datuk Seri FD Iskandar berkata, jualan hartanah di Malaysia susut 39 peratus pada separuh pertama 2016 berbanding 52 peratus setahun lalu.
Ini berlaku, kata FD Iskandar, berikutan permintaan yang lebih lembab serta isu berkaitan pembiayaan akhir dengan pembeli pertama kali merosot 13 peratus dalam tempoh itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ajaiblah kalau boleh kalahkan Najib, kata penganalisis

Posted: 12 Jan 2017 01:42 PM PST

Walau gandingan, yang tidak pernah diramalkan penganalisis, antara dua musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun tidak akan dapat menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang.
Demikian hujah seorang penganalisis politik menerusi artikel yang tersiar dalam jurnal politik The Diplomat.
Ooi Kok Hin dari Institut Pulau Pinang menggariskan empat sebab kepada kebuntuan politik Malaysia iaitu penyelewengan pilihan raya, kegagalan institusi, perpecahan politik dan garis kesalahan masyarakat.
"Sehingga dan melainkan ia berubah, pembaharuan akan menjadi rapuh di masa yang terbaik dan kosmetik di kala paling teruk," katanya.
Berhubung penyelewengan pilihan raya, Ooi berkata, jika cadangan persempadanan semula terkini berkuat kuasa sebelum pilihan raya, maka hasilnya adalah ketidakseimbangan bilangan pengundi bagi kawasan yang berlainan atau 'malapportionment'.
"Malapportionment adalah perbezaan saiz kawasan pilihan raya yang disebabkan oleh persempadanan semula. Ia menyebabkan perwakilan tidak saksama kerana ia memberikan nilai undi yang tidak sama rata.
"Sebagai contoh, seorang pengundi di Putrajaya mempunyai nilai bersamaan seorang pengundi di Kapar kerana kedua-dua kawasan pilihan raya mempunyai satu kerusi - walaupun Putrajaya mempunyai kira-kira 15,991 pengundi dan Kapar pula 144,159 pengundi.
"Malah dalam negeri yang sama, perbezaan saiz kawasan pilihan raya adalah menarik. Di negeri Selangor, Damansara adalah empat kali lebih besar daripada Sabak Bernam.
"Mana-mana tiga kawasan Parlimen yang sangat kurang diwakili di Selangor adalah lebih besar daripada tiga kawasan pilihan raya kecil yang digabungkan.
"Ia bukan satu perbezaan matematik saiz kawasan pilihan raya. Ia adalah pembungkusan secara sengaja penyokong pembangkang ke dalam kawasan bersaiz mega, melemahkan keupayaan untuk menang kerusi lain dan menyebabkan kerusi marginal lebih mampu dimenangi parti pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Tak salah selamatkan TRW, usah gadai pendidikan - Syed Saddiq

Posted: 12 Jan 2017 01:33 PM PST