Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


LANCAU DAP! Jangan hina mangsa banjir jika kamu penyebab banjir!!!!

Posted: 06 Jan 2017 08:23 PM PST






Penang tak pernah banjir bawah BN.

Bawah Guan Eng jadi teruk tapi dia tak selesaikan tapi berdalih dan biarkan

Dahlah tak tolong, kini pemimpin DAP kata mcm berikut:



Lancaulah LGE, LKS dan DAP!

Raja Bahrin pun sama lancau


http://snapshot2016.blogspot.my/2017/01/lancau-lu-panteqlah-raja-bahrin.html

Masa banjir ketepikan politiklah LANCAU! Tolong rakyat babi pukimak ...









RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KEADILAN kecewa 11 “billboard” diroboh

Posted: 06 Jan 2017 09:25 PM PST

Keadilan Pulau Pinang kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak berkuasa apabila mereka merobohkan 11 "billboard" Solidariti Bersama Anwar Ibrahim sekitar Pulau Pinang sempena kes beliau di Mahkamah Georgtown Pulau Pinang pada 9 januari 2017.
Sebelum ini sudah ada kejadian sebegini, namun atas nasihat pihak berkuasa, pihak Keadilan Pulau Pinang sudah mengikut kehendak dan kemahuan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sepatutnya bertindak berlandaskan undang-undang, bukan menjadi alat kebencian pemerintah iaitu UMNO BN terhadap musuh politik mereka. Hal ini juga menunjukkan betapa polis masih gagal memahami hak kebebasan bersuara dan berekspresi setiap rakyat.
Tindakan ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Anwar Ibrahim masih digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara.
Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan tidak bertamadun ini hanya akan menimbulkan rasa jelek rakyat terhadap UMNO BN dan pihak berkuasa yang sanggup menjadi alat politik.
Keadilan Pulau Pinang percaya rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi ini. Rakyat Malaysia sudah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik UMNO BN
Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuh sokongan rakyat terhadap PH, sekaligus mempercepat pereputan UMNO BN.
Justeru, pihak Keadilan Pulau Pinang menyeru rakyat untuk terus berani dan bersolidariti dalam himpunan "Solidariti Bersama Anwar Ibrahim" di hadapan mahkamah tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 9 januari 2017, iaitu pada hari isnin jam 8.30 pagi

Apa Salahnya Mukhriz Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Posted: 06 Jan 2017 09:07 PM PST

Oleh Zainudin Maidin
Momokan terhadap Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah memberikan impression seolah-olah Mukhriz tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada hakikatnya apa salahnya Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia atas kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan menghadapi berbagai tekanan.Ia tidak sahaja hasrat bapanya(jika benar) tetapi juga hasrat ahli UMNO,generasi baru dan rakyat.

Apakah hanya Hishamuddin Hussein Onn atau Khairy Jamaluddin sahaja yang layak  berada dalam barisan mewakili pucuk kepimpinan negara?

Hishamuddin dan Khairy yang merasakan diri mereka sebagai generasi  "English Educated" (bukan English Intelligentsia) sedang berkonspirasi untuk menyekat Zahid Hamid ke puncak maka itu saya tidak sebutkan Zahid dalam perhetongan untuk PM kerana pada akhirnya  beliau pasti akan dikalahkan oleh Hishamuddin seperti kejayaan Hishamuddin  mengenepikan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO menerusi pintu belakang.

Saya tidak mahu melayan  dakwaan" tikus-tikus UMNO " mengatakan Mahathir  mahu Mukhriz menjadi  Perdana Menteri kerana tidak berasaskan pada fakta benar tetapi umum mengetahui Mahathir menyekat anaknya Mukhzani untuk bertanding Ketua UMNO bahagian Merbok dan tidak pula membantu Mukhriz untuk menang dalam Pilihanraya Negeri Kedah. Dengan itu sahaja ,cukuplah untuk kita  menciumi hancingnya kencing tikus-tikus UMNO yang tidak pernah diterima oleh orang-orang  UMNO sendiri.

Mereka ini tampil kehadapan menggambarkan seolah-olah  orangUMMO sendiri tidak mampu untuk mempertahankan Najib  sehingga terlihat seperti hidung tak mancong pipi tersurong-surong.Read More / Baca Lagi >>

Singapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB

Posted: 06 Jan 2017 09:06 PM PST

DALAM bahasa yang mudah, cara Singapura bicarakan kes-kes tipu yang libatkan duit 1MDB samalah dengan kita cungkil ulat daripada kaki yang reput.
Satu demi satu Singapura tarik keluar dan ditunjukkan kepada dunia sebagai bukti yang kaki 1MDB memang reput (septic) akibat telur lalat jenis langau yang menetas jadi ulat.
Orang sekarang tak tahu lah. Tapi zaman saya budak-budak di kampung pada tahun 1940-an dan 50-an, kes kaki buruk perkara biasa. Tahap kebersihan teruk dan penyakit kulit berleluasa.
Saya ingat lagi kami budak-budak beramai-ramai tolong Tok Tosa, nenek salah seorang kawan kami, korek keluar ulat daripada luka di kakinya.
Gambar hiasan: Ulat di luka badan manusia
Banyak tak ada, tapi sepuluh, dua puluh ekor ada. Bau memanglah busuk.
Cara elak dan ubati luka daripada dihinggapi lalat adalah dengan menutupnya menggunakan sejenis ubat kapur yang orang kampung panggil MB.
Yang sebenarnya, MB itu adalah singkatan nama pembuat ubat antiseptik tersebut iaitu May & Baker. Syarikat Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1839 itu masih ada sampai hari ini.
Itulah yang sedang berlaku di Singapura dengan ulat-ulat (dalam bahasa Inggeris "maggots") yang menetas di betis reput 1MDB.
Kerajaan Singapura, melalui mahkamahnya, sedang bedah dan tarik keluar satu demi satu ulat itu untuk buktikan betapa buruk dan busuknya skandal 1MDB.
Sehingga ini ia telah bicarakan lima orang dan jatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas tiga daripada mereka. Ia juga tutup dua buah bank yang terlibat mengubah duit haram hasil penyelewengan 1MDB.
Dalam semua kes ini, duit haram yang mereka ubah itu adalah sama atau kena mengena dengan duit "derma Arab" yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, ketika Pilihan Raya Umum 2013.
Ulat paling besar dan busuk sedang dicungkil sekarang adalah perbicaraan bekas pengurus Falcon Private Bank AG cawangan Singapura, Jens Sturzenegger. Eksekutif berbangsa Swiss itu hadapi 16 tuduhan.
Pendakwa telah pun kemukakan fakta-fakta yang kaitkan Sturzenegger dengan kegiatan pengubahan haram duit yang dicuri daripada 1MDB dan menghantarnya balik ke Malaysia untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Falcon Bank juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland.
Sebab itulah kita susah nak bezakan mana duit 1MDB yang bersih dan mana yang kotor. Lalat bila ia hinggap, makanan bersih pun jadi kotor. Dalam Islam benda kotor haram.
Tapi yang kita tahu, 1MDB bagi duit untuk orang pergi ke Makkah buat haji. Macam mana tu?
Read More / Baca Lagi >>

Demi solidariti RUU 355, PAS anjur himpunan mega di Datarann

Posted: 06 Jan 2017 09:04 PM PST

PAS berkata jemputan untuk himpunan yang akan diadakan pada Februari itu akan dihantar kepada semua pihak dalam tempoh terdekat termasuk pada Amanah dan DAP.
pas_ruu
SHAH ALAM: PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
"Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
"Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya," katanya pada sidang media di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.
Tuan Ibrahim berkata penganjur yakin pihak berkuasa akan memberikan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.
Sebaik selepas menangguhkan pembentangan RUU 355 kali kedua pada 24 November lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan raksasa akan diadakan untuk menunjukkan langkah itu mendapat sokongan pelbagai pihak.
Pada masa itu, Hadi berkata pembentangan ditangguhkan bagi mengadakan proses penerangan kerana masih ramai yang tidak memahami perkara itu.
Mengulas hal itu, Tuan Ibrahim berkata proses penerangan yang dilakukan PAS dan NGO lain kepada masyarakat berlangsung dengan baik.
Read More / Baca Lagi >>

Felda: Pas jangka pertembungan Shahrir dan Isa

Posted: 06 Jan 2017 09:02 PM PST



Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, punca masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa justeru mengekalkan Isa di FGV akan menyebabkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda menggantikan Isa yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Tan Sri ISa Samad kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd"Adakah Shahrir mampu melaksanakan agenda pemulihan Felda yang melibatkan pembatalan keputusan-keputusan yang dibuat Isa sebelum ini terutamanya urusan yang melibatkan FGV tanpa sebarang gangguan daripada Isa?
"Bagaimana pula dengan pembelian Eagle High Plantation? Adakah Shahrir dapat melakukan apa yang betul untuk menyemak semula pembelian ini yang turut dikritik adik PM, Datuk Nazir Razak sendiri tanpa perlu bertembung dengan Isa?" soalnya dalam kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, isu pembelian EHP akan memberi petanda yang jelas sama ada Shahrir bebas mentadbir Felda ataupun penyusunan ini hanya wayang untuk mengalihkan kemarahan para peneroka daripada Isa.
Menurut beliau juga, Pas menjangkakan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.
Read More / Baca Lagi >>

Asal-usul fitnah kaitkan DAP dengan komunis

Posted: 06 Jan 2017 08:22 PM PST


Penipuan yang diulang-ulang mampu menjadikan ia diterima sebagai kebenaran. Keadaan ini dikenali sebagai 'illusory truth effect' yang mula mendapat perhatian pakar-pakar psikologi pada tahun 1977. Mungkin lebih mudah difahami jika saya katakan, teori itu wujud sejurus Amerika Syarikat tewas dalam perang di Vietnam yang berakhir pada 1975.
Tujuh tahun kemudian iaitu pada 1982, filem First Blood-Rambo muncul. Siri-siri Rambo, selain hiburan seisi keluarga, ia dilihat sebagai langkah menangani persepsi negatif dunia ke atas Amerika yang tewas kepada angkatan bersenjata rakyat Vietnam.
Kejayaan palsu Amerika di Vietnam itu diulang-ulang, afirmasi dalam bentuk filem dan laporan berat sebelah media antarabangsa sehingga kita percaya bahawa Amerika telah menang perang di Vietnam dan dia adalah hero dunia dari komunisme. Inilah auta terpimpin.
Teori ini berkembang dan boleh saya sifatkan sebagai contoh klasik yang telah menjadi nadi kepada asas pengiklanan produk atau perkhidmatan dalam ekonomi pasaran bebas.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa pembohongan yang diulang-ulang mampu mengubah tanggap dan kepercayaan tetapi tetap tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar.
Komunis oh komunis
Perkara yang sama berlaku dalam senario politik tanah air. Suka saya sebut mengenai nasib malang yang menimpa DAP, khususnya orang lamanya, pakcik Lim Kit Siang.
Baru-baru ini isu basi mengaitkan DAP dan komunis dijelmakan semula. Dalam satu perkongsian seorang peguam di twitter, belliau mendakwa ada individu memuat naik poster dalam aplikasi Whatsapp mengaitkan Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Selain Kit Siang, pemimpin lain yang dikaitkan mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendahari, Nga Kor Ming dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Apapun dakwaan itu, BN sudahpun menggunakan perkataan 'komunis' untuk mengaitkan mana-mana gerakan kiri yang dilihat sebagai 'ancaman' sejak sekian lama. Manakala DAP yang tertubuh sejak 1966 dengan memperjuangkan kesaksamaan seiring dengan slogan Malaysia Untuk Rakyat Malaysia dimomok sebagai 'rasis'. Namun momokan rasis itu semakin kurang mendapat sambutan kerana DAP konsisten dengan perjuangannya yang tidak mengira warna kulit. Hanya selepas 2008, DAP dilabel sebagai komunis untuk menakut-nakutkan rakyat.
Ini bukanlah perkara baharu dan ini adalah contoh klasik bagaimana sesebuah pembohongan diulang-ulang. Ia adalah 'pengiklanan ilusi' besar-besaran jentera propaganda Umno-BN.
Apapun pembohongan yang dilontar, Lim Kit Siang tetap bukan sepupu Chin Peng. Ini fakta sebenar!
"Chin Peng atau nama lainnya Ong Boon Hua berketurunan Hockchia dan dilahirkan di Sitiawan pada 21 Oktober 1924.
"Lee Kuan Yew adalah seorang bersuku Hakka dan dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923.
"Saya pula berketurunan Hokkien dan lahir di Batu Pahat pada 20 Februari 1941! Bagaimana mungkin boleh kami jadi sepupu!" katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Kenangan Rosmah Mansor cerita pasal Jet

Posted: 06 Jan 2017 07:56 PM PST

'Duit BR1M diguna bayar hutang, beli barang keperluan harian'

Posted: 06 Jan 2017 07:55 PM PST

"Dedak": Saifuddin jawab lidah rasmi Pas, dulu beliau pun pernah dilantik oleh Tok Guru Nik Aziz

Posted: 06 Jan 2017 07:49 PM PST

Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak seharusnya menjadi pertikaian seperti yang dibangkitkan oleh lidah rasmi Pas, Harakah Daily.
Mengulas mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, beliau pernah dilantik oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai Ketua Tabung Amanah Tok Kenali sebelum ini.
Namun katanya, ketika itu tiada sebarang pertikaian daripada ahli Pas walaupun beliau daripada parti lain.
"Allahyarham Nik Aziz sangat maklum saya pemimpin PKR, tetapi melantik saya sebagai ketua GLC tersebut. Beliau melantik saya kerana berasakan saya ada pengalaman, boleh membantu GLC Kelantan dan memberi kepercayaan kepada saya.
"Jadi apa yang Guan Eng buat dengan melantik saya (Penasihat Strategik Ketua Menteri) itu adalah perkara yang telah pun Pas buat ketika melantik saya menyandang jawatan itu selama tiga tahun dari 2004 hingga 2007.
"Adakah ketika Guan Eng melantik saya, itu dikatakan 'dedak' dan waktu Pas pula bukan dedak. Itu tidak betul," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi Pas itu, menyifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak' oleh DAP bagi mengikat PKR.
Keputusan melantik Saifuddin juga dikatakan sebagai usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan Pas.
Saifuddin dilantik secara rasmi pada Rabu lalu dan pelantikannya itu mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat bagi mengukuhkan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Menurut Saifuddin, jika isu melantik bukan dalam kalangan ahli parti itu dianggap sebagai salah, dedak atau sebagainya, maka amalan itu telah dibuat oleh Pas terlebih dahulu.

"Jubah saja cantik tapi hati busuk"

Posted: 06 Jan 2017 07:44 PM PST


Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat.
Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat."
Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk."
"Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya.
Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh.
"Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN.
"Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.
"Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Read More / Baca Lagi >>

DAP, AMANAH turut dijemput hadir Himpunan Akta 355 kata PAS

Posted: 06 Jan 2017 07:43 PM PST

Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.
"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.
"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.

PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb di Dataran Merdeka

Posted: 06 Jan 2017 07:42 PM PST

PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.
Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.
"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.
"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.
"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

‘TSUNAMI MELAYU’ DALAM PRU14

Posted: 06 Jan 2017 07:34 PM PST


DALAM PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon pembangkang.
Istilah 'Tsunami Cina' lalu digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa pemerintahan di beberapa negeri.
Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula meramalkan 'Tsunami Melayu' bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina dalam dua PRU lalu.
"Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu. Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin," kata Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.
Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.
Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.
Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.
Calon Gerakan tanding Dun Ketari
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Dun Ketari akan ditandingi calon Gerakan sebagai wakil calon untuk BN pada PRU14.
Dun Ketari di bawah kawasan Parlimen Bentong. Pada PRU13, Dun Ketari ditandingi oleh calon MCA.
Menurut Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Ketari pada asalnya adalah kawasan milik Gerakan, namun demi mengutamakan peluang kemenangan, MCA telah melakukan pertukaran dengan Gerakan atas semangat permuafakatan BN.
Read More / Baca Lagi >>

ANGKARA DURJANA NAJIB: DARI 1MDB KE FGV

Posted: 06 Jan 2017 07:26 PM PST


Ada berita Najib sebut dia akan pulangkan RM2.6 billion kalau dia menang PRU14.
??? ertinya, dia mengaku dia ambil RM2.6 billion. Dengan wang siapa dia akan pulangkan? Tentu bukan dengan duit sendiri. Dengan memalsukan harga2 projek yang diberi kerajaan? Itu maknanya, curi duit dol beri kepada samdol.
Rakyat yang cerdik sudah tahu cara Najib dan menteri2 nya curi duit. Mana2 projek akan ditambah dengan komisyen yang diidamkan. Contoh: jika kos ERL ialah RM46 billion, tapi dia mahukan RM9 billion- kos itu ditambah menjadi RM55 billion. RM9 billion boleh bayar RM2.6 billion dan ada lebih untuk membiayai pilihanraya.
Kemudian beri cerita bohong kepada rakyat- RM46 bilion kos pembinaan sahaja- tidak termasuk kos pengambilan tanah dan lain2.
Mustahil angka RM46 billion iti disebut tanpa melakukan costing dan memasukkan perkara2 seperti kos tanah dan kos pelbagai yang lain.
Benar, ianya jumlah yang dipinjamkan oleh China, tapi keajaan akan bayar bagi pihak rakyat. Ini mungkin dicapai dengan menjual asset negara- tanah, sumber2 asli. Adakah Najib peduli hal ini? Dia tidak peduli kerana sekarang, dia terdesak membayar kembali wang yang dicuri melalui 1MDB, SRC dan entah mana lagi, termasuk Felda.
Najib rasuah. Najib mencuri duit 1MDB. Curi duit SRC. Duit Felda duit GLC2 lain. Najib bohong berulang kali. Najib tidak boleh di beri amanah.
Diberi kepercayaan, dia menipu kita. Diberi kuasa dia guna kuasa untuk menindas diberi kekebasan, dia bebas mencuri dan melakukan apa sahaja.
Jika Najib mewakili bangsa Melayu- maka bangsa Melayui itu kaki bohong, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, suka berbohong dan menekan orang lain.
Inikah bangsa Melayu yang lemah lembut dan berbudi perkerti dan beragama Islam? Jika demikian, semua pujian kepada bangsa kita ialah pujian pada diri sendiri dan fantasi.
Maka jangan kita biarkan Najib dan UMNO mewakili bangsa Melayu. Bahkan tidak ada parti pun yang boleh mewaikili kita. Kita mesti tegaskan kermerdekaan minda kita dan memandangkan kerajaan hanya sebagai suatu wadah mencapai matlamat masyarakat yang tidak boleh dicapai secara sendirian.
Ingat tak bila FGV dicadang disenaraikan- PM kata, FGV akan mempunyai rakan kongsi pelabur asing yang mempunyai strong global presence? Well, kata orang putih- itu semua bullshit. Hari ini, hampir 90% saham FGV dimiliki oleh pelabur tempatan yang tidak ada nama lansung dalam dunia. Jadi pelabur asing yang ada global presence hanya kelentongan Najib.
Akhir tahun,2016, dividen ialah 2 sen. Jika peneroka masih simpan 800 unit saham FGV, dia dapat dividen RM16. Dia bayar pinjaman ke Felda pada kadar RM50 sebulan iaitu RM600 setahun. Masuk RM16, keluar RM 600. Inilah pelaburan yang baik yang dijanjikan oleh Najib.
Harga runcit saham ketika diapung ialah RM4.55. pada kemuncak nya, saham melonjak naik hingga RM5.30. pemain2 yang memegang jutaan saham sudah pun menjual saham mereka dan meraih jutaan Ringgit untung dari bermain saham. Inilah pulangan atas pelaburan asal sebanyak RM3600.
Tapi mereka yang pegang saham tersebut , tersadai dengan saham yang berharga RM1.50—RM1.60. Felda sendiri ada 730 juta saham. Jika dividen 2 sen, pulangan pelaburan kepada Felda ialah RM14.58 juta. Dicampur dengan RM585 juta( yakni hasil kongsian bersama, felda ada 599 juta. campur dengan RM250 juta, Felda dapat 849 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Pas perincikan tahaluf siyasi, kata Mursyidul Am

Posted: 06 Jan 2017 07:24 PM PST


Hashim Jasin

KUALA KANGSAR – Pas akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pada pertengahan bulan ini.
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, secara dasarnya Pas telah meletakkan agama di kedudukan pertama sebagai syarat untuk bekerjasama menghadapi PRU14.
Menurutnya, pintu kerjasama itu dibuka kepada mana-mana pihak termasuk yang pernah memusuhi parti berkenaan, dengan syarat ia perlu dipimpin oleh Islam.
"Kita dah ada banyak pengalaman bertahaluf sebelum ini, jadi kali ini dengan sesiapa pun boleh, tapi mesti letakkan agama di tempat pertama. Syaratnya mesti dipimpin oleh Islam. Jadi siapa yang nak ikut...mailah dan pada sapa (siapa) yang tak mau... tak apa.
"Kepada sahabat kita yang pernah atau sedang atau akan datang yang mahu memusuhi kita dengan apa cara sekalipun, pintu Pas terbuka untuk mereka kembali. Kembalilah dengan nawaitu yang betul, kita sedia maafkan dan terima," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas Kuala Kangsar, kelmarin.
Hashim berkata, pihaknya tidak pernah mengambil serius sindiran dan kritikan parti lain apabila memilih menjadi blok ketiga dalam landskap politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

RM1 JUTA: MENGAPA JAMAL TAK LAPOR POLIS?

Posted: 06 Jan 2017 07:22 PM PST

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus yang sebelum ini menjadi bahan ketawa kerana aksinya bertuala ketika pergi ke pejabat SUK Selangor di Shah Alam, kini membuat satu lagi kejutan.

Jamal yang selepas itu menyerbu beberapa pusat judi di sekitar Ampang dengan memakai jubah pula, kali ini mendakwa beliau telah dicampakkan dengan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta.

Menurut Jamal, beliau percaya perbuatan itu adalah percubaan untuk membelinya berikutan tindakannya menyerbut pusat-pusat judi sebelum ini.
Bagaimanapun, Jamal dilaporkan mencampakkan kembali beg tersebut kepada orang yang mencampakkannya itu.

Wowwww....hebatnya...campak dibalas dengan campak.

Tetapi, kenapa tiada sekeping gambar atau video pun berkaitan aksi campak-mencampak beg itu?

Mencampak air kepada seorang perempuan yang mahu menghantar air ke rumahnya pun bersepah-sepah pengikut Jamal merakam gambarnya, kenapa aksi dicampak dan mencampak beg berisi wang RM1 juta langsung tidak dirakam?

Gambar begnya pun takkan tiada juga?
Selain itu, kenapa Jamal tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya hanya memilih untuk menulisnya di Facebook?

Sebelum ini, sikit-sikit buat laporan polis, tetapi kenapa kali ini Jamal atau kawan-kawannya tidak membuat laporan polis tentang perbuatan yang terang-terang suatu kesalahan dan cuba merasuahnya?

Sudah tiba masanya SPRM bebas

Posted: 06 Jan 2017 07:19 PM PST

Dzulkefly Ahmad berkata keberkesanan agensi anti rasuah itu hanya boleh berlaku jika ia melaporkan terus kepada Parlimen.
Dzulkefly-Ahmad_sprm_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menjadi entiti bebas yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen, bukannya seperti amalan sekarang melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad berkata penahanan eksekutif kanan Jabatan Air Sabah dan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah menunjukkan agensi anti rasuah itu seperti bangkit semula.
"Penahanan pegawai kanan Jabatan Air Sabah pada awal Oktober kerana didakwa menyeleweng lebih RM115 juta dan KSU kementerian awal tahun ini kerana disyaki rasuah bernilai jutaan ringgit, perlu dipuji," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, katanya harapan sebenar supaya agensi itu berubah sepenuhnya dan menangkap ikan besar tidak akan tercapai dalam tempoh terdekat.
Dzulkefly berkata apa yang menghalang perubahan SPRM ialah mereka tidak bebas.
Di sebalik banyak gesaan untuk SPRM berubah, yang menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Januari 2009, Dzulkefly berkata cadangan itu tidak diendahkan.
"Sudah berulang kali dicadangkan tetapi Putrajaya tidak mendengar. Cadangan Aliran, contohnya amat berbaloi untuk dipertimbangkan secara serius.
"Seksyen 14 Akta SPRM 2009 (Akta 694) perlu dipinda untuk menyusun semula Jawatankuasa Khas Rasuah di bawah Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Anti Rasuah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Dzulkefly berkata peranan jawatankuasa pemilih itu juga perlu diluaskan daripada hanya memberi nasihat dan memeriksa, kepada mengkritik aktiviti pengurusan dan operasi suruhanjaya itu.
"Dalam kata lain, jawatankuasa pemilih perlu bertindak sebagai mekanisme periksa dan imbang untuk memastikan SPRM mematuhi standard prosedur operasi yang ditetapkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’

Posted: 06 Jan 2017 07:18 PM PST

Peneroka berkata kebajikan masyarakat di Felda semakin dipinggirkan dan hasil jualan Felda juga merudum.
felda kelapa sawit
KUALA LUMPUR: Pengurusan Felda sepatutnya memberi tumpuan kepada pembinaan rumah untuk generasi kedua peneroka sebelum sibuk hendak membeli saham yang merugikan, kata peneroka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jengka Pahang Razali Isnin berkata kebajikan warga Felda juga semakin dipinggirkan dan tambah menyakitkan apabila hasil jualan bertambah merudum.
"Jika dulu hasil jual buah boleh dibayar seminggu sekali, tetapi sekarang bayaran dibuat sebulan sekali.
"Kita nampak tindakan pembelian saham terbaru PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia hanya memberi mudarat kepada kita.
"Sepatutnya Felda lebih menumpukan kepada penyiapan rumah generasi kedua yang masa ini sudah terbengkalai," katanya.
Razali ialah antara 50 peneroka dari Pahang yang mengadakan protes di Menara Felda semalam sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham RM2.26 bilion daripada EHP.
Peneroka Felda Jengka, Mustafa Sarip, 63, berkata banyakan tindakan Felda yang tidak memuaskan hati dan antaranya ialah kerugian Felda Global Ventures (FGV) dan terbaru ialah pembelian saham EHP.
"Kami masuk saham FGV tetapi penyudah saham 50 sen pun tidak menguntungkan. Malah duit poket kena bayar lagi.
"Felda berani beli saham dengan guna duit orang. Pentadbiran Felda ibarat pergi sekolah dia pergi universiti dapat sijil terus balik," katanya yang sudah 40 tahun menjadi peneroka.
Rafidin Kasmawi, 64, yang sudah 31 tahun menjadi peneroka di Keratong berkata beliau kesal dengan tindakan pengurusan tertinggi Felda yang membeli saham EHP kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai warga Felda hebat, kenapa tak pilih, soal Anak

Posted: 06 Jan 2017 07:17 PM PST

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata jika mahu mengambil orang politik sebagai pengerusi baharu sekalipun, ramai individu atau tokoh politik dalam kalangan warga Felda.
Mazlan-Aliman_felda_600
PETALING JAYA : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata individu dalam kalangan warga Felda sendirilah yang sebenarnya lebih layak menjadi pengerusi Felda.
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata jika mahu mengambil orang politik sebagai pengerusi baharu sekalipun, ramai individu atau tokoh politik dalam kalangan warga Felda.
"Kenapa mereka tak pilih di kalangan warga Felda, anak peneroka yang berjaya, bahkan anak peneroka yang jadi ahli politik pun ramai.
"Kenapa mereka tak pilih? Pelantikan itu kena ada roh kehidupan. Jadi kalau diambil di kalangan anak peneroka yang memahami suara rakyat khususnya warga Felda, saya fikir itu lebih mudah," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharu Felda.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Shahrir bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya.
Bagaimanapun Isa kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Najib berkata, di bawah penstrukturan semula itu, terdapat pembahagian tanggungjawab menjaga kebajikan dan status sosioekonomi peneroka serta perniagaan Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Pelantikan Shahrir sebagai pengerusi Felda petanda PRU14 makin hampir

Posted: 06 Jan 2017 07:16 PM PST



Pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi Felda yang baharu adalah petanda pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semakin hampir, kata Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Presidennya Mazlan Aliman berkata, BN begitu terdesak untuk pertahankan sokongan undi warga felda di 54 Parlimen dan 92 Dun.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda "Mengikut perhitungan BN, barangkali perlantikan Tan Sri Shahrir adalah langkah terbaik menyelamatkan undi warga Felda.
"Akan ada 'gula-gula' diumumkan, seperti durian runtuh sebelum PRU13 dulu. Moga warga Felda tidak terperangkap dengan taktik seperti ini pada setiap kali menghampiri pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.
Shahrir Abdul Samad yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan lembaga tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, jika Shahrir benar-benar mahu membawa perubahan dalam Felda, beliau mesti menggesa kerajaan membatalkan pembelian Ladang Pt Eagle High Plantation yang akan merugikan Felda.
"Dari zaman Tan Sri Raja Alias, Tan Sri Yusof Nor dan Tan Sri Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda, adalah jelas kegagalan Tan Sri Isa Samad yang menimbulkan amarah warga Felda. Bagaimana Shahrir Samad bertanggungjawab untuk mencuci ' najis' yang ditinggalkan merata tempat?
"Ia misi sukar, apatah lagi jika Shahrir meneruskan dasar Kerajaan di bawah Najib yang tidak membawa manfaat kepada warga Felda.
"Justeru, sebagai langkah pertama, beliau harus kemukakan kepada Kerajaan, agar pembelian Ladang Pt Eagle High Plantation yang dibuat di hujung era TS Isa Samad mestilah dibatalkan. Ia isyarat kesungguhan awal beliau untuk membawa pembaharuan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Papan iklan, kain rentang solidariti Anwar hilang

Posted: 06 Jan 2017 07:14 PM PST

Sebelas papan iklan dan 20 kain rentang yang dipasang oleh PKR di Pulau Pinang untuk menjemput orang ramai menghadiri satu ceramah dan satu kes mahkamah di George Town yang melibatkan pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati telah hilang.
Timbalan Ketua PKR Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, berkata ia didapati hilang awal pagi semalam.
Oleh kerana polis melarang perkataan 'Bebas Anwar' pada kain rentang itu, maka bahan yang hilang itu hanya menggesa penyokong Anwar menghadiri dua acara tersebut, kata Azrizal.
"Kami percaya ia dibuang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Azrizal (gambar) dalam sidang akhbar di Bayan Baru malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya tidak fikir ia dilakukan oleh pihak polis kerana menurut beliau, biasanya apabila ia menurunkan barangan seumpama itu, semuanya akan dimuatkan ke dalam lori mereka.
Bagaimanapun, katanya, kali ini pihaknya dapati bingkai papan iklan itu ditinggalkan.
"Kami tidak mahu membuat spekulasi atau menamakan sesiapa, tetapi orang akan fikir ini telah dilakukan oleh pesaing politik kami."
Tiga lelaki ditahan untuk siasatan di bawah Akta Hasutan Jumaat lalu apabila mereka meletakkan kain rentang untuk mempromosikan perhimpunan itu di Seberang Jaya untuk menyokong pemimpin de facto PKR itu, yang akan diadakan pada 9 Januari.
Perhimpunan itu kebetulan sama dengan tarikh kes di mahkamah sivil dari 9 hingga 12 Januari di Pulau Pinang, di mana Anwar perlu hadir.
Anwar akan dipindahkan sementara dari Penjara Sungai Buloh di Selangor ke penjara di George Town untuk menghadiri perbicaraan itu.
Read More / Baca Lagi >>

KSU Rasuah: SPRM temui dokumen, akan panggil kontraktor terlibat

Posted: 06 Jan 2017 06:23 AM PST

SPRM akan memanggil kontraktor dan vendor dipercayai terlibat ketika suspek memegang jawatan KSU, sebaik sahaja semua dokumen selesai diteliti.
azam-baki2
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen disyaki mempunyai maklumat penglibatan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian kerana penyelewengan dan rasuah, hari ini.
Menurut sumber, SPRM akan memanggil kontraktor dan vendor dipercayai terlibat ketika suspek memegang jawatan tersebut, sebaik sahaja semua dokumen selesai diteliti.
"Beberapa pegawai dan kakitangan kementerian dijangka dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.
"SPRM juga menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan sama di kementerian lain sebelum dilantik sebagai KSU kementerian terbabit," kata sumber itu.
Perkara ini disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi dan menjelaskan siasatan masih di peringkat awal.
Beliau turut memaklumkan lebih banyak dokumen berhubung siasatan itu akan dirampas.
"Setakat ini tidak ada tangkapan baru namun tidak menolak akan ada tangkapan pada masa akan datang."
Semalam, SPRM turut menemui 8kg emas dianggarkan bernilai RM1.6 juta dan menemui peti simpanan milik suspek di beberapa bank.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang kukuh dengan ekonomi Malaysia, Irwan?

Posted: 06 Jan 2017 06:22 AM PST

Bagi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah ekonomi negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kukuh.
Dalilnya, menurut beliau, pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam, setiap kali beliau ke restoran dan pasar raya, rakyat sibuk membeli-belah dan melancong.
Sebaliknya, bagi Mohd Irwan, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta oleh sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.
Kata beliau yang juga pengerusi 1MDB, isu seperti skandal firma pelaburan negara itu dan dakwaan pentadbiran Najib, punca kemerosotan mata wang negara hanya semata-mata tanggapan.
Jika benar kata Mohd Irwan, semua itu sekadar tanggapan, rakyat negara ini mampu menarik nafas lega setiap kali membuka dompet.
Ini kerana harga barangan atau perkhidmatan sama ada kekal atau tidak naik.
Rakyat negara ini juga tidak akan mengeluh ketika berbelanja bagi membeli peralatan dan baju sekolah anak-anak dan ketika mengisi petrol mulai 1 Januari lalu.
Jika benar apa yang berlaku hari ini hanya tanggapan, rakyat juga tidak perlu risau mengenai jangkaan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bahawa 45,000 hingga 50,000 pekerja akan kehilangan punca pendapatan tahun ini!
Mampukah rakyat senyum?
Mengapa rakyat tidak mampu tersenyum sedangkan apa yang berlaku itu hanya sekadar tanggapan.
Di sebalik semua 'tanggapan' Mohd Irwan ini, denyut nadi rakyat merasai, mengalami, menempuhi serta menyaksikan sebaliknya.
Tiga hari lalu, rakyat dikejutkan dengan nilai ringgit yang menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Dengan mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998, BMI Research mengeluarkan amaran bahawa matawang tempatan itu diramalkan jatuh lagi.
Malah ini diperakui oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz yang berkata ringgit hanya akan pulih dalam suku ketiga tahun ini.
Kesan kejatuhan nilai ringgit yang terus merudum turut memberi kesan ke atas harga emas di peringkat tempatan walaupun harga komoditi tersebut di pasaran antarabangsa menurun.
Akibat kejatuhan nilai ringgit, kebanyakan kedai emas di peringkat tempatan tidak dapat menurunkan harga kerana menggunakan dollar Amerika dalam urusan jual beli.
Justeru, jualan komoditi tersebut sebagai barang kemas bakal terjejas sehingga 20 peratus meskipun perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.
Rakyat terus derita
Jualan barang-barang kemas juga dikatakan akan merosot kerana ramai orang tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan serta musim sesi persekolahan baharu.
Tempias kejatuhan matawang tempatan juga menyebabkan rizab antarabangsa Bank Negara merosot sekitar RM8 bilion setelah kini berlegar-legar di tahap AS$94.6 bilion (RM423.3 bilion) pada 30 Disember yang lalu.
Pada pertengahan bulan lalu, ia berada pada paras AS$96.4 bilion (RM431.4 bilion).
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Najib beri 'makna baru' FDI

Posted: 06 Jan 2017 04:07 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, strategi perdana menteri menarik pelaburan langsung asing (FDI) melalui penjualan tanah negara sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.
Kata Dr Mahathir, tindakan itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"Kebanyakan tanah paling bernilai kini dimiliki dan diduduki orang asing. Malah ia akan menjadi tanah asing.
"Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara asing," katanya melalui kemas kini terbaru blog beliau hari ini.
Menurut bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, pendekatan Malaysia menarik FDI pada masa lalu sangat berbeza kerana tumpuan dibuat dengan menarik pengeluar asing mencipta pekerjaan dan produk di negara ini untuk dieksport.
Katanya, FDI menyelesaikan hampir semua masalah pengangguran dan memperkaya negara melalui dasar perindustrian dan aliran modal.
Sejumlah besar modal itu, kata Dr Mahathir, dikumpulkan di peringkat domestik.
Tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak, kata Dr Mahathir, memberikan takrif baru untuk FDI.
"Dia menganggap orang asing yang membawa wang membeli tanah dan membangunkan bandar dan rakyat mereka akan datang dan tinggal (di negara ini) sebagai pelaburan langsung asing," katanya.
Satu daripada contoh dimaksudkan, menurut Dr Mahathir, ialah Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China.
"Sudah beribu-ribu unit disiapkan dan dijual ke China. Laporan Bloomberg menyatakan 700,000 orang dari China akan tinggal di situ," katanya.
Bagaimanapun untuk rekod, laporan Bloomberg itu tidak menyatakan secara jelas 700,000 kediaman baru itu akan didiami rakyat China, namun menyatakan mereka adalah sasaran jualan pemaju terbabit.
Susahkan PBT, pusat
Tambah Dr Mahathir, ada kira-kira 60 projek lain seumpama itu di kawasan Iskandar Malaysia yang akan menyediakan 500,000 lagi kediaman.
"Kontraktor China lebih suka membawa pekerja, arkitek dan jurutera mereka sendiri.
"Beberapa rakyat Malaysia akan diambil bekerja dalam projek-projek ini dan sedikit orang Malaysia akan mampu membeli rumah-rumah pangsa yang akan dibina," katanya.
Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, di kebanyakan negara lain orang asing dilarang membeli tanah dan hanya diberikan kontrak bagi melaksanakan pembangunan.
"Sudah tentu kebanyakan apa yang mereka bina bukan untuk orang asing mendudukinya hampir secara eksklusif," kata Dr Mahathir.
Namun, katanya, keadaan itu tidak berlaku di Malaysia - negara yang dianggapnya sebagai "pemurah".
"Kita mendakwa - orang asing ini tidak akan kekal selama-lamanya di tempat yang mereka bangunkan.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, SIAPA MAKAN DEDAK?

Posted: 06 Jan 2017 03:59 AM PST

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat?