Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERANGAI PESARA SPRM

Posted: 04 Jan 2017 07:00 AM PST

dt


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa Dato' Bahri Mohammad Zin telah memohon kepada kerajaan untuk persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri enam bulan yang lalu.
Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh persaraan.
Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Dato' Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Dato' Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.
Beliau yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014 telah bersara berkuat kuasa 30 Disember 2016.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 JANUARI 2017

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tahniah SPRM tahan KSU

Posted: 04 Jan 2017 07:36 PM PST


Tahniah SPRM!


Tahniah kerana berani dan berjaya menangkap seorang berpangkat sangat tinggi dalam kerajaan. KSU adalah lebih berkuasa dan berpengruh dari Menteri. Cuma orang ramai saja tidak tahu dan faham akan kuasa-kuassa mereka.

Bukan mudah untuk SPRM tangkap seorang KSU.. Rakan-rakan KSU lain boleh bantu membantu sahabat PTD Mafia. Perjawatan, gaji, bajet, pangkat dan organisasi SPRM itu juga tertakluk bawah kuasa KSN/KSP/KP JPA/KSU.

Ahli politik dan Menteri yang rasuah tidak boleh dapat menyamun jika KSU dan pegawai kerajaan tak turut sama.. Sering kali, ahli politik dapat sikit dan ini pun untuk urusan politik dan rakyat. Pegawai kerajaan dapat lebih dan selalu.

KSU yang ditangkap adalah Dato Arif ABdul Rahman dari KKLW. Dia baru naik jadi KSU dan menunggu 3 bulan untuk pencen. Nasiblah jika bersalah lalu habis harta dirampas dan masa pencen dalam penjara.


Dialah yang dahulunya bersama dalama kerajaan Selangor menganiaya Yayasan Basmi Kemiskinan.


http://skandalselangor.blogspot.my/2012/04/kesalahan-dato-mohd-arif-abdul-rahman.html
Disahkan dalam kenyataan Dato Azam Baki:
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
DUA INDIVIDU TERMASUK KSU KEMENTERIAN DITAHAN TERLIBAT  RASUAH


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian bergelar Dato' kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.

KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Turut ditahan ialah seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Setakat ini, SPRM telah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

DATO' AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JANUARI 2017

Tahniah dato Dzul dan dato azam



Ada pulak Malaysiakini haramjadah Soros nak pedajal orang pulak ...
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/01/soroskini-pedajal-sprm-sebab-bahri.html

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ringgit jatuh: PM dan menteri mungkin tak rasa susah tapi rakyat tanggung beban

Posted: 04 Jan 2017 09:42 PM PST

Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan tanpa dibendung akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
Malah kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kesan itu tentunya lebih besar kepada mereka yang meraih pendapatan kecil.
"Barangkali PM dan para menteri beliau tidak merasai kesusahan sebagai mana yang rakyat rasa.
"Hakikatnya, kejatuhan nilai mata wang memberi impak kesan buruk melebihi kesan baik.

 Wan Azizah Wan Ismail "Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah," tulis Wan Azizah di laman sosial Facebook miliknya.
Mata wang Ringgit Malaysia semalam jatuh ke paras terendah iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Ringgit pernah mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding satu dolar Amerika pada Januari 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.

Skandal 1MDB: Pengurus Falcon Private Bank AG berdepan 16 pertuduhan

Posted: 04 Jan 2017 09:40 PM PST

Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.
Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.

Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.

Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.

1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tak bayar dedak RM50 untuk sokong Anwar

Posted: 04 Jan 2017 09:38 PM PST

DAP menafikan dakwaan parti itu akan memberi RM50 kepada mereka yang hadir pada Himpunan Solidariti sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang pada minggu depan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid berkata, laporan yang disiarkan oleh portal berita pro-BN bertajuk 'Hadir Himpunan Solidariti, DAP Beri dedak RM50' itu dibuat berdasarkan andaian.
"Laporan yang berat sebelah itu adalah mengelirukan, berunsur penipuan dan mampu mewujudkan gangguan sosial yang tidak sepatutnya," kata beliau dalam sidang akhbar hari ini.
Menurut portal berita berkenaan, Selain pemberian dedak RM50, DAP juga akan menaja pengangkutan bas dan makan minum kepada mereka yang hadir pada hari tersebut.
Turut disertakan dalam laporan itu adalah kandungan mesej yang disebarkan menerusi aplikasi whatsapp yang meminta penyokong pembangkang supaya hadir di mahkamah pada hari tersebut:
"Selamat pagi. Datuk Seri Anwar akan berada di Mahkamah Tinggi George Town pada hari Isnin ini 9/1/17, jam pukul 8.30 am. anggota parti dan sukarelawan diminta tunjukkan sokongan dgn menyertai perhimpunan di situ. Adakah saudara boleh turut serta? Perkhidmatan bas dan makanan disediakan. Masa 8.30 am hingga 12 tengah Hari. Sila respon. Thanks"
Anwar akan dibawa ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes mahkamah mulai 9 hingga 11 Januari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membabitkan saman beliau ke atas akhbar The New Straits Times.
Read More / Baca Lagi >>

Jet k'jaan tak lagi boleh dikesan lepas terbang ke Australia

Posted: 04 Jan 2017 09:37 PM PST

Pesawat Airbus 319 milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA tidak lagi boleh dikesan pada flightaware.com.
Laman web itu berkata, data itu tidak boleh didapati kerana 'permintaan pemilik/pengendalinya'.
Permintaan bagi mengalih keluar akses awam kepada data itu berlaku tidak lama selepas Malaysiakini melaporkan perjalanan 9M-NAA di seluruh Australia yang bertepatan dengan percutian keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu.
Kali terakhir data pengesanan itu boleh didapati adalah pada hari Selasa, yang menunjukkan 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada pukul 10.17 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 4.56 petang waktu tempatan.
Data tersebut telah dikeluarkan dari laman web itu hari ini.
Ketika dihubungi, FlightAware berkata ia menawarkan khidmat sekatan dengan syarat bahawa permintaan itu disertakan dengan salinan pendaftaran pesawat.
Ia menambah bahawa perkhidmatan pengesanan penerbangan juga hanya membenarkan pengesanan oleh pemilik pesawat.
"Ini akan membolehkan hanya pengguna yang dibenarkan dalam akaun anda untuk melihat aktiviti penerbangan. Ia masih akan disekat kepada orang awam," katanya.
Sebelum ini, data dari flightradar24.com, laman web pengesanan yang lain, juga telah dibuang.
Selain 9M-NAA, jet Airbus 320 dengan nombor pendaftaran 9M-NAB yang digunakan perdana menteri sebelum ini juga telah dikeluarkan dari laman web pengesanan.

Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid

Posted: 04 Jan 2017 08:29 PM PST


Datuk Zaid Ibrahim
Orang Melayu tidak memusuhi dan takut kepada DAP kerana mereka tidak mengenali parti itu sebagaimana yang dimomokkan oleh bekas naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan pemimpin Umno bahawa parti itu anti Melayu dan Islam.
Dakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memperalatkan Umno dengan melabelkan DAP anti Melayu dan anti Islam.
"Malah ramai yang percaya bahawa ini akan menjadi isu utama dalam pilihan raya akan datang.
"Pandangan saya orang Melayu tidak memusuhi dan tidak takut kepada DAP.
" Mereka tidak mengenali lebih dekat tentang parti itu selain daripada apa yang diberitahu oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan Umno.
"Melayu umumnya malu dan tidak ekspresif dalam pemikiran mereka.
"Mereka tidak akan mengangkat tangan untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka, sebaliknya akan menolak untuk mengundi Umno," ujar Zaid dalam kenyataan di blognya hari ini.
Zaid yang juga bekas Senator berkata, walaupun orang Melayu tidak dilihat keluar beramai-ramai mendengar ceramah atau menyertai DAP tetapi mereka ujarnya, penyokong senyap kepada peti undi.
"Mereka telah melihat sumbangan parti itu dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.
"Sebab mengapa Umno bimbang adalah semata-mata kerana taktik mereka menimbulkan ketakutan bahawa DAP anti-Melayu tidak berfungsi.
"Parti itu menang pilihan raya lalu kerana sokongan pengundi Melayu di banyak kerusi separa bandar.
"DAP dan pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam kategori ini jika orang Melayu benar-benar menentang DAP.
"Tetapi mereka pasti akan menyokong calon pembangkang dengan cara mereka sendiri, secara senyap di pusat mengundi," ujarnya.
Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan ini juga berkata, jika pembangkang benar-benar mahu memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu mempunyai semangat kerjasama rapat dengan DAP yang  akan memaksimumkan peluang untuk membentuk kerajaan baharu kelak.
"Jika sesetengah daripada pemimpin masih tidak selesa dengan DAP termasuk segelintir  orang Melayu yang masih lagi tidak selesa atau takut kepada DAP inilah masanya mereka perlu sedar untuk bangkit bersama rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Najib bercuti sakan tanpa hirau sensitiviti rakyat

Posted: 04 Jan 2017 08:28 PM PST

Percutian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekeluarga di Australia menunjukkan mereka terpisah daripada realiti sebenar kehidupan rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Katanya, ketika rakyat biasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan banjir yang melanda, Najib dan keluarganya pula bercuti dengan menggunakan jet kerajaan.
"Sementara rakyat muram dan berjimat cermat dengan naiknya harga petrol di ambang tahun baru, perdana menteri diberitakan terbang dengan keluarga bercuti menaiki jet mewah kerajaan menjelajah Australia.
"Tanpa menghayati sensitiviti rakyat, gambar-gambar bermain golf dan beriadah mewah sekeluarga disebarkan di Facebook oleh ahli keluarganya," kata Raja Kamarul dalam kenyataan media.
Pada masa sama Raja Kamarul berkata beliau mendengar aduan daripada penguatkuasa yang tidak dibayar kerja lebih masa selama tiga bulan sehingga menyukarkan persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Katanya, ketua kampung yang ditemui di sebuah pusat pemindahan banjir juga menyuarakan rasa tidak senang dengan perbelanjaan kerajaan menyambut tahun baru terutama pertunjukan bunga api yang mahal.
Read More / Baca Lagi >>

2017 tahun penuh 'seksa' ibu bapa..pemerintah terus bermewah..!!!

Posted: 04 Jan 2017 08:26 PM PST

WangTahun 2017 adalah tahun di mana ibu bapa terbeban dengan peningkatan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam Amanah, Mariam Abdul Rashid berkata, keperitan itu lebih dirasai oleh ibu bapa yang berpendapatan rendah dan pada tahap miskin yang mempunyai ramai tanggungan anak bersekolah.
"Kenaikan kos adalah dari pakaian, beg, kasut sekolah sehinggalah kepada kenaikan yuran dan tambang bas sekolah.
"Ini adalah kerana kesan daripada kejatuhan ekonomi negara dan kenaikan kos kehidupan pada tahun ini dalam masa yang sama cukai GST yang dikenakan di samping kenaikan harga barang-barang keperluan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, ada juga ibu bapa yang terpaksa membuat pinjaman peribadi bagi menampung kehidupan dan pembelajaran anak-anak.
"Apa yang menyedihkan, pemerintah langsung tidak menghiraukan derita rakyat malah mereka terus menerus dengan kehidupan mewah membelanjakan harta negara dan rakyat demi kepentingan peribadi.
"Keadaan menjadi lebih gawat ditambah dengan kejatuhan ringgit yang terlalu rendah merudum.
Justeru itu, katanya lagi, rakyat perlu bangkit dan wajib berubah untuk memilih pemimpin lebih telus, berintegriti dan beramanah serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
"Rakyat sudah cukup-cukup derita. PRU14 adalah masa terbaik kepada rakyat menggunakan kuasa mereka," katanya lagi.

FELDA - 1956-2012?

Posted: 04 Jan 2017 08:20 PM PST

Siapa yang mahukan FELDA membeli Eagle High Plantations? Jawapan nya ialah Najib. Ertinya, sama seperti penyenaraian FGV dahulu, sekali lagi najib sudah screw FELDA.
Dan bersama dengan nya, peneroka yang bernaung dibawah panji2 FELDA sejak 1956 sehingga lah 2012, peneroka juga digerudi dan disula oleh Najib. Tahun 2012, FELDA seperti yang kita ketahui, berhenti ujud.Tahun itu, FGV ambil alih Felda.
Nasib peneroka FELDA sama seperti katak yang direbus perlahan lahan- tidak merasa bahaya air yang akan menggelegak sehinggalah ianya direbus hidup2. Anak2 peneroka yang doctor, jurutera, lawyer, akauntan, ekonomis dan lain2- tolong sedarkan peneroka mengenai hal ini.
Yang disebut sebagai lumpenproletariat- yakni jenerasi ke2 dan ke3 yang tidak ada pelajaran tinggi sangat, mundar serta mandir tapi ada kapasiti penalaran( reasoning capacity) berdasarkan common sense, tolong ubah minda orang FELDA.
Tun Razak sebut tulong. Tulong.Tulong selamatkan FELDA.
Ini ada betul2 jembalang yang mahu menghancurkan FELDA. Nama dia najib tun Razak. Dia disokong oleh perompak dan penyamun.
FGV tidak mahu beli, sekarang FELDA yang konon nya mempuyai puluhan tahun pengalaman dalam perniagaan yang ia tahu lebih dari orang lain, mahu membeli Eagle High pada harga RM2.3 bilion.Apa bezanya Felda atau FGV atau FIC? Semua nya milik kerajaan dan Najib merasakan kerajaan ini milik keluarga nya.Felda kata mereka guna kaedah enterprise value per hectare, suatu cara meletak harga secara rasa rasa.
Banyak pulak duit FELDA? Jika banyak, lebih baik write off sebahagian hutang peneroka yang keseluruhan nya berjumlah RM5 billion. Atau restructure hutang peneroka- segala hutang dipotong maksima RM150 sebulan. Jangan potong semua, nanti peneroka FELDA ingat hutang tidak perlu dibayar.
Orang Melayu ini, seperti yang pernah dikatakan kepada saya oleh PM hari ini- tidak ada yang lebih menyukakan hati mereka, selain mendapat sesuatu dengan percuma. Jika suatu saham felcra layak diberi untuk suatu ketua keluarga, mereka mahukan setiap anggota keluarga- yang duduk diluar kawasan pun, mesti diberikan saham. Sebab ianya free. Mak, ayah, atuk, 7 anak mesti diberi setiap satu.Dan najib tahu hal ini. Dekat pilihanraya, dia akan menurunkan durian runtuh kepada peneroka. Beres semua.
Apa kah perkiraan yang najib lakukan untuk membeli 37% ekwiti dari Peter Sondakh? Tidak ada economic sense kecuali Peter Sondakh kawan dia dan Rosmah. Atau , mohon dijauhkan Allah, Peter Sondakh hanya front untuk Najib untuk mencedok sebahagian wang untuk selesaikan 1MDB.
Apa yang istimewa tentang Eagle High sehingga kita hendak beli? Dari kawasan tanah 300,000 lebih hektar hanya 125,000 hektar ditanam. Dan kenapa kos membangunkan satu hektar mengikut pengalaman FELDA sendiri ialah RM7-8 ribu per hektar sehingga boleh dituai, tapi dalam tangan penganalis, kos nya sekitar RM15,000 sehektar? Ini pun mahu kebas?
Bayangkan 175,000 boleh dibangunkan dengan kos RM1.4 bilion menjadi RM2.62 billion atau lebih. Ertinya, yang membuat keputusan membangunkan kawasan belum tanam, boleh membuat RM1.22 billion! Tamak nya mereka ini! Kos ini akan ditanggung bersama oleh FELDA pada tahap 37%. Awak ada share 37%, maka tanggung juga kos2 nya sebanyak 37%.
Siapa yang otak siuman mereka mahu membayar RM2.3 billion untuk 37% tanpa kuasa penentu?
Mengapa kita tidak ada dengar syarikat ladang gergasi yang lain, berburu buru mahu membeli tawaran yang bak ini?
Read More / Baca Lagi >>

MENTERI INTEGRITI?

Posted: 04 Jan 2017 08:19 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said menasihatkan para penjawat awam agar menjaga integriti dan akauantabilti.

Beliau memberi peringatan itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Bagaimana untuk menjaga integriti?

Adakah bergambar seperti ini dapat menjaga integriti?
Oppps...kenyataan media itu dikeluarkan ketika beliau berada di Malaysia atau masih di Las Vegas?

‘KITA PERLUKAN BARISAN BARU BUKAN LANUN’

Posted: 04 Jan 2017 08:17 PM PST


Itu lah tanggal 14/1/76 .. hari yg aku lihat pertama kali bapa ku nitis beberapa titik airmata. Hari pertama kali aku perasan, ayah aku beli buku .. buku perihal Razak karangan Subki Latif.
Kalu Rahman dilihat berjaya menanggalkan saka yg boleh mendatang musibat masa akan datang.
Maka Razak pula telah mengolah DEB,iaitu ramuan yg diambil drp Sosialis Komunis Russia .. sebagai penawar penyakit umat Melayu.
Usaha Razak dgn DEB tampak lancar .. masa tu kerajaan beri rm55 sebulan utk aku ambil HSC .. rm55 tu nilai 40 tahun dulu .. roti canai masa tu 20 sen je, kasut Trovolta baru rm18, Jeans Levis ori. rm37.
Bila aku masuk ITM, aku di bagi 3 kali mkn percuma, tmpt tinggal percuma, peralatan pon free .. daftar pulak setelah dirunding bayar rm10 je .. aku nasib baik kursus aku tiap sem ada kerja luar dpt lah aku rm800 satu sem .. aku ckp kat ayah aku tak yah hantar duit .. camne ayah aku tak nanggis bila Razak meninggal.
Era Usin dia hanya nyambung apa yg Razak buat dia tak mahu memandai-mandai. Lagi pun dia sibuk nepis geletek drp Chedet.
Era Chedet harga petrol sgt tinggi hasil drp Perang Irak .. Malaysia jadi kaya. DEB era Chedet tidak lagi seperti era Razak .. lebih lagi bila Chedet berpasangan dgn Sudara Nuar yg berbatik disiang hari, berjubah pada senja dan malam bersinglit.
DEB dah jadi biznis anak-beranak, ipar-duai .. aku ingat sebaris kata hikmat Chedet masa tu "kalu tak bagi projek ini pada depa ini .. sapa lagi Melayu yg mampu buat"
Era Dolah .. Dolah telah memilih cara Chedet utk kendali projek yang melibatkan anak-beranak dan ipar-duai.
Read More / Baca Lagi >>

WARGA SWITZERLAND INDIVIDU KELIMA DIDAKWA ATAS SKANDAL 1MDB DI SINGAPURA

Posted: 04 Jan 2017 08:16 PM PST


Seperti yang dimaklumkan jam 8.55 pagi tadi, pengurus Falcon Bank di Singapura akhirnya didakwa sebentar tadi di mahkamah republik itu.
Jens Sturzenegger, 42 tahun didakwa atas 16 kesalahan membabitkan pengubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana penasihatnya ialah PM Malaysia, NajibRazak.
Warganegara Switzerland itu ditahan pada 5 Oktober tahun lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis republik itu dan beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak SGD80,000 (RM248,000) oleh mahkamah daerah jam 10.45 pagi tadi.
Keputusan kesnya akan diketahui pada 11 Januari ini dan Jens dijangka akan mengaku bersalah atas semua pertuduhan pada hari tersebut menurut peguamnya, Tan Hee Joek.
Pendakwaan ke atas Jens menjadikan LIMA individu didakwa setakat ini atas skandal kewangan terbesar di dunia itu menyebabkan Malaysia kini tersenarai negara kedua paling korup (rasuah) di dunia.
Pejabat bank cawangan republik itu di Temasek Avenue diarah TUTUP pada 11 Oktober tahun lalu oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) atas kesalahan di bawah akta pengubahan wang haram (AML).

Ringgit makin lesu, akan jatuh lagi

Posted: 04 Jan 2017 08:04 PM PST

Ringgit yang menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu dijangka akan menurun lagi, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.
BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.
"Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.
"Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing," kata firma berkenaan, memetik laporan Bloomberg.
Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Air banjir naik, begitu juga harga ikan dan sayur

Posted: 04 Jan 2017 08:04 PM PST

Begitu juga dengan harga daging yang lebih mahal sekarang kerana diimport.
harga-ikan
KUALA LUMPUR: Musim tengkujuh yang melanda negara terutama beberapa negeri di pantai timur kini dipercayai menyebabkan kekurangan bekalan barang keperluan di pasaran, sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga.
Tinjauan Bernama ke beberapa pasar di sekitar Kuala Lumpur mendapati harga barang keperluan seperti ikan dan sayur-sayuran meningkat dipercayai akibat kekurangan bekalan.
Harga barang basah terutama ikan, sotong dan udang mengalami kenaikan harga antara RM2 dan RM4 sekilogram.
Peniaga ikan di Pasar Chow Kit, Chia Kar Peng, 26, berkata ikan kembung, ikan merah, sotong dan udang mengalami kenaikan sekitar RM3 sekilogram berikutan cuaca tidak menentu sejak akhir tahun lepas.
"Sebelum ini harga ikan kembung RM12 sekilogram, kini menjadi RM15, manakala sotong besar sebelum ini berharga RM10 sekilogram, sekarang menjadi RM12 sekilogram," katanya.
Peniaga daging, Asyraf Mohidin, 29, pula berkata harga daging terpaksa dinaikkan berikutan kurang bekalan daging tempatan dan terpaksa bergantung daging yang diimport dari India.
"Sebelum ini, daging biasa berharga RM20 sekilogram namun kini menjadi RM23. Kenaikan ini disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit," katanya ketika ditemui Bernama.
Bagi harga sayur-sayuran, seorang peniaga Lim Gaik Lean, 37, berkata ia meningkat berikutan bekalan sayur-sayuran dari Cameron Highlands berkurangan secara drastik disebabkan musim hujan lebat.
"Kebanyakan peniaga bergantung bekalan dari Cameron Highlands, apabila musim hujan, bekalan jadi kurang dan harga terpaksa dinaikkan sekitar RM2 hingga RM5 sekilogram.
"Kobis dulu harga RM2.50 sekilogram, sekarang menjadi RM5 sekilogram, bendi pula dari RM2 sekilogram menjadi RM4 sekilogram dan bawang putih mengalami kenaikan ketara dari RM15 sekilogram kepada RM20 sekilogram," katanya.
Bagi Mohd Sharif Yusof, 60, dari Kampung Baru ketika ditemui di Pasar Keramat mengeluh dengan kenaikan harga barangan basah seperti ikan, sotong dan udang serta sayur-sayuran.
Katanya, harga bagi sekilo ikan merah sekarang mencecah RM40 sekilogram berbanding hanya RM36 sekilogram sebelum musim tengkujuh.
"Harga bagi udang besar juga meningkat naik daripada RM36 kepada RM38 sekilogram," katanya, menambah dia rasa terbeban kesan kenaikan harga berkenaan.
Hajariah Ibrahin, 43, dari Putrajaya yang kebetulan singgah di pasar berkenaan berkata harga ikan di pasar itu masih bersesuaian berbanding di pasar Putrajaya.
"Biasanya saya beli di pasar Putrajaya ikan kembung harga RM19 sekilo, dekat sini (pasar Keramat) harganya RM16.50 sekilo, manakala harga udang di pasar Putrajaya naik sehingga RM40 sekilo berbanding RM36 sekilo sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama, mengakui kenaikan harga barangan keperluan itu berikutan berlaku kekurangan bekalan di pasaran sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ringgit menjunam paras terendah

Posted: 04 Jan 2017 08:03 PM PST

Mata wang ringgit menjunam ke paras terendah  iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
ringgit Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.
Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.
Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .
Pada kemuncaknya, ringgit mencapai purata bulanan RM2.987 berbanding dolar pada Ogos 2012.
Bagaimanapun, prestasi ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80.

Skandal 1MDB: Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas

Posted: 04 Jan 2017 08:01 PM PST

Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin sewajarnya tampil memberikan penjelasan terperinci akan keputusannya memilih untuk bersara awal kerana ia melibatkan kepentingan wang pembayar cukai dan rakyat Negara ini.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, keputusan dibuat Bahri adalah wajar dipuji dan diterima dengan baik semua pihak.
"Sebagai individu yang bertanggungjawab menjalankan dan mengetuai siasatan dalam kes SRC International pastinya kekecewaan beliau tidak terbendung apabila kes ini tidak didakwa di mahkamah.
"Kes ini semestinya bukan kes biasa apabila dilaporkan seramai enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes yang sama dilaporkan telah dipindahkan ke bahagian lain atau bertugas di peringkat negeri.
"Kenyataan beliau yang mengesahkan bahawa beliau "kecewa" dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap pesalah kecil ini tidak boleh dipandang sebelah mata.
"Laporan awal juga menunjukkan beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia "kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah"," ujarnya dalama satu kenyataan.
Justeru Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai akses kepada siasatan dan bukti-bukti, Bahri tidak wajar hanya menyatakan kekecewaannya semata-mata.
"Beliau cuma berundur diri dari jawatannya dan berdiam diri. Beliau sewajarnya tampil memberikan penjelasan terperinci akan tindakan yang diambilnya itu kerana ia melibatkan kepentingan wang pembayar cukai dan rakyat Negara ini.
"Beliau wajib menjalankan amanah sebagai seorang muslim yang baik, iaitu dengan menyatakan kebenaran tanpa perlu takut dengan ugutan mahupun ancaman yang dilemparkan terhadap beliau," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

Posted: 04 Jan 2017 07:59 PM PST

Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.
"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah'," kata Tuan Ibrahim.
Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.
Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.
"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?" tambahnya.
SPRM semalam menahan seorang KSU dan seorang lelaki berusia 29 tahun atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah.
Tangkapan itu dibuat sehari selepas Bahri mendedahkan dia telah memilih untuk bersara awal kerana kekecewaan berkaitan kes SRC.

Rasuah: KSU bergelar 'Datuk', 2 anak lelaki direman 7 hari

Posted: 04 Jan 2017 07:49 PM PST



Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap ketua setiausaha sebuah kementerian berusia 59 tahun dan dua anak lelakinya selama tujuh hari.
KSU tersebut tiba kira-kira jam 9.38 pagi bersama dua anaknya itu yang berusia 34 dan 29 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu pemberita bahawa mereka telah memohon untuk tempoh maksimum 14 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun, Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluar perintah ketiga-tiganya ditahan reman sehingga 11 Januari.
Difahamkan, KSU itu yang ditahan di rumahnya semalam, disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Sementara anak-anaknya disiasat sebagai bersubahat.
Pegawai itu dikatakan dijadualkan bersara dalam beberapa bulan lagi.

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

Posted: 04 Jan 2017 05:45 AM PST

Menteri kewangan pertama mula sebut berkenaan GST adalah Tun Daim Zainuddin pada tahun 1988 dalam ucapan Bajet 1989, BUKANNYA ANWAR IBRAHIM..

ADAKAH NAJIB BUTA SEJARAH atau memang KAKI PEMBOHONG ??!!

Tukar kerajaan dalam PRU14 selamatkan Felda

Posted: 04 Jan 2017 04:26 AM PST

Generasi muda Felda mesti memastikan saudara mara dan rakan-rakan mereka mendaftar sebagai pemilih bagi melayakkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) seterusnya menumbangkan Umno-BN.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, berikutan krisis Felda yang semakin meruncing ketika ini, anak-anak Felda perlu berterusan berkempen bagi menyedarkan generasi muda dan golongan lama peneroka mengenai pentingnya mengubah pemimpin kerajaan dalam PRU14.
"Pemimpin Umno hari ini tidak boleh lagi diharapkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan Felda dan penerokanya. Jika perubahan gagal dilakukan, maka hutang dan kerugian Felda akan terus menjerut generasi muda Felda.
"Generasi muda Felda perlu sedar dan mengambil serius penyelewengan dan ketirisan wang Felda yang merupakan harta warisan mereka yang seharusnya mereka nikmati hasil keringat orang tua mereka.
"Generasi muda Felda sama ada yang masih tinggal di Felda atau di bandar hasil kejayaan dalam pelajaran, harus bangkit untuk menyelamatkan hak mereka daripada terus diseleweng. Tidak ada jalan lain bagi mencapai tujuan suci ini selain daripada membuat perubahan dalam PRU ke-14 nanti," katanya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, Felda yang ditubuhkan sejak tahun 1956 telah banyak membantu pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya orang Melayu.
Namun katanya, hasil keringat dan pengorbanan peneroka Felda puluhan tahun ini yang telah memberikan keuntungan berbilion ringgit kepada Felda telah diseleweng dengan begitu mudah tanpa rasa bersalah oleh pihak pengurusan Felda, anak-anak syarikatnya serta FGV.
"Kini, pelbagai penyelewengan telah didedahkan termasuk pembelian kondominium mewah bernilai RM 8.4 juta, lebihan pembelian 37% saham Eagle High Plantation sebanyak RM1.43 bilion dan kerugian projek ternakan ikan sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen sebanyak RM73.63 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat

Posted: 04 Jan 2017 04:25 AM PST


Ammar Atan Ammar Atan Tindakan kerajaan memperkenalkan skim pembiayaan akhir (end-financing) bagi pembelian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan memberi risiko dan meletakkan masa depan rakyat pada hujung tanduk.
Exco Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan berkata, pihaknya khuatir apabila skim ini diperkenalkan apabila memikirkan kesan negatif yang bakal dihadapi oleh rakyat.
"Kerajaan terlalu fokus kepada meningkatkan pemilikan rumah bukannya 'pemilikan berhemah'.
"Ini kerana sekiranya pembelian rumah ini diikat dengan wang simpanan KWSP, ia bakal menjejaskan rakyat sewaktu persaraan kelak sekiranya ketidakmampuan mereka untuk membayar.
"Realitinya, rakyat sudah terbeban dengan beban perbelanjaan seharian yang sentiasa meningkat dan tanggungan hutang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, skim yang diperkenalkan kerajaan ini akan mewujudkan tiga implikasi ekonomi kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Ia akan mengakibatkan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat terkunci secara terus, mewujudkan 'sub-prime' loan dan mengakibatkan tanggungan bebanan hutang yang tinggi bagi rakyat.
Sebaliknya beliau berkata, isu utama dalam industri perumahan negara yang perlu diselesaikan adalah dengan menawarkan lebih banyak rumah yang benar-benar mampu milik setara dengan 50 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan RM4,585 ke bawah.
Gaji yang tidak berkembang dan peningkatan kos sara hidup serta kos-kos perbelanjaan lain menyebabkan rakyat terus tersepit dengan keadaan seperti ini.
"Justeru, Pemuda Amanah Nasional menggesa kerajaan untuk menghentikan skim pembiayaan akhir yang akan menjerut rakyat kelak dan menfokuskan kepada isu utama dalam hal pemilikan perumahan rakyat," katanya.

Jangan bermain permainan yang kabur dengan PAS

Posted: 04 Jan 2017 04:18 AM PST


Jangan bermain permainan yang kabur dengan PAS
PADA minggu lepas, pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata Pas akan memutuskan sama ada akan membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyarankan agar Pas kekal neutral dan bertanding sendiri pada PRU14.

Kenyataan Iskandar itu munasabah namun selepas difikir secara mendalam, pandangan beliau itu boleh dilihat sebagai menyebelahi satu pihak dan telah terlalu condong terhadap pengaruh parti tersebut di Selangor.

Dalam PRU11 pada 2004, Pas telah bertanding di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mereka telah ditewaskan dengan mudah.

Tahun pilihanraya seterusnya iaitu 2008, pada PRU12, Pas, DAP dan PKR telah bergabung menentang Barisan Nasional. Mereka menawan Selangor dan Pas telah menang lapan kerusi DUN dalam pilihanraya yang digelar tsunami politik ketika itu.

Dalam PRU13 pada 2013, Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihanraya 2008 telah berjaya kekal membentuk kerajaan di Selangor. Pas memenangi 15 kerusi dan secara tidak langsung menubuhkan kerajaan campuran bersama DAP (15 kerusi) dan PKR (13 kerusi).

Namun nasib tidak selamanya menyebelahi pihak mereka apabila Pakatan Rakyat berpisah setahun selepas PRU13 dan kerajaan negeri Selangor telah mengalami kecacatan politik. Pas dan DAP berentap secara politik namun masih bergerak bersama dibawah kerajaan negeri.

Keadaan ini memberi bukti kukuh bahawa parti pembangkang berkerjasama hanya untuk memiliki kuasa untuk memerintah.

Secara jujurnya, pemerhati politik melihat bahawa DAP merupakan penyumbang terbesar bagi kemenangan berulang Pas di Selangor. Tanpa penyokong DAP, pengundi dari kalangan kaum cina tidak akan sewenang-wenangnya mengundi Pas, parti yang memperjuangkan agama.

Ini bermakna, penyokong-penyokong cina menyokong Pas kerana DAP. Ini juga bermakna bahawa Pas tidak mempunyai apa-apa erti dalam hati mereka, terutama apabila Pas mula berpaling menentang DAP. Tanpa sokongan DAP, bagaimanakah nasib Pas di Selangor?
Read More / Baca Lagi >>

Lebihan belanjawan Pulau Pinang hasil pentadbiran telus, Guan Eng jawab tohmahan Gerakan

Posted: 04 Jan 2017 04:09 AM PST

GEORGE TOWN, 4 JAN: Dakwaan parti Gerakan kononnya penjualan tanah di Pulau Pinang menyumbang kepada lebihan belanjawan tahunan negeri sejak lapan tahun lalu tersasar dari fakta sebenar.
Hakikatnya, lonjakan belanjawan kerajaan negeri itu adalah hasil dari pentadbiran dan perakaunan yang bersih, jujur selaras dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau membidas dakwaan Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng yang kehairanan mempersoalkan bagaimana belanjawan kerajaan negeri mencatatkan lebihan.
"Tidak wujud pengiraan yang tak kena' seperti yang didakwa. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri cumalah perakaunan yang bersih dan jujur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng berkata pemimpin Gerakan itu tidak boleh secara membabi buta menganggap penjualan aset yang dimiliki Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) adalah sebahagian dari pendapatan negeri, kerana aset-aset berkenaan bukan milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Ia diuruskan secara berasingan, sama seperti akaun Kerajaan Persekutuan yang berasingan dari TNB, PNB, atau Tabung Haji.
"Liang keliru dengan perbezaan akaun antara Kerajaan Negeri, PDC, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai," jelas Guan Eng.
Tegasnya, semua badan tersebut mempunyai akaun berasingan serta tidak boleh dianggap sebagai satu.
"Tetapi Liang mencampurkannya dan cuba menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri menjual lebih banyak tanah daripada RM658 juta yang direkodkan sejak 2008," jelas beliau.
Liang dalam status di laman Facebook nya semalam mendakwa kerajaan negeri memperoleh RM1.07 billion untuk penjualan tanah dan hak tebus guna tanah Bayan Mutiara pada 2011, namun hanya merekodkan RM658 juta dalam tempoh 2008 hingga 2015.
Menjelaskan, Guan Eng berkata, bayaran penuh bagi tanah itu tidak dibayar pada 2011 tetapi pembayarannya dibuat secara beransur bagi tempoh enam tahun.
"Bayaran terakhir akan dibuat pada 10 November tahun ini. Jelas sekali bahawa Liang tidak faham perbezaan antara tunai dan sistem perakaunan akruan," tegasnya.
Menjawab persoalan mengapa kerajaan negeri Pakatan masih mencatatkan lebihan walaupun kos operasi meningkat, Guan Eng berkata ia adalah hasil pentadbiran kerajaan Pakatan yang berlandaskan prinsip CAT.
"Kita dapat menjimatkan kos melalui tender terbuka yang mampu memberikan harga yang terbaik, simpanan yang efisyen dan kepimpinan yang bersih dimana dana awam tidak dirompak melalui skandal rasuah seperti BN," kata beliau.
Perbezaan jualan tanah di Bayan Mutiara dan Tanjung Pinang
Liang turut mendakwa kerajaan BN lalu menjual 36 kali ganda tanah (3,661) ekar dengan pendapatan yang lebih sedikit iaitu sebanyak RM1,058 juta berbanding kerajaan Pakatan dengan perolehan RM1,110 juta kerana kerajaan BN menjual tanah dan hak menebus tanah manakala kerajaan Pakatan hanya menjual tanah.
Read More / Baca Lagi >>

"GILA", "SEWEL", "BENGONG" ATAU....?

Posted: 04 Jan 2017 04:07 AM PST

Sebenarnya saya amat jarang sekali membaca berita Utusan secara online. Dalam bentuk akhbar pula, yang sahnya sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri, saya tidak pernah lagi membeli akhbar berkenaan.

Di kedai pun, selalunya bertimbun-timbun tidak disentuh orang meskipun waktu sudah menjelang malam.

Tetapi kali ini, berita mengenai "pendedak" yang seorang ini hanya ada dalam Utusan dan Malay Mail online saja. Portal lain nampaknya tidak berminat lagi memberi ruang kepadanya.

Urutan beritanya begini...

Mula-mula dia mendedahkan kononnya sudah ada persetujuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU 14 akan datang.

Kononnya, pertemuan dan perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang itu berlangsung pada 3 Disember lalu.

Kemudian Mukhriz menafikan perkara itu sambil mencabar orang yang membuat tuduhan itu agar mengemukakan bukti dan mendedahkan sumber maklumat yang diperolehinya.

Jika gagal, tegas Mukhriz, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman kerana membuat fitnah dan tuduhan palsu terhadap dirinya.
Setelah dicabar, sepatutnya orang itu tidak berlengah-lengah lagi menunjukkan bukti bagi mengesahkan segala dakwaannya. Maklumlah, dakwaannya bukan perkara main-main.

Sebaliknya, orang tua itu tampil bersuara dengan meminta Mukhriz membuat akuan bersumpah bagi menafikan beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia juga menggesa Lim Kit Siang membuat akuan bersumpah yang sama bagi mengisytiharkan tidak pernah berhasrat untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM tahan KSU, rampas RM3 juta jongkong emas, wang tunai

Posted: 04 Jan 2017 03:57 AM PST

Lelaki bergelar 'Datuk' bersama pembantunya disyaki menerima rasuah daripada kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan kementerian dipegang beliau.
macc-arrest-1
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata individu bergelar "Datuk" yang berusia 59 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat.
"Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.
Bagaimanapun, Azam tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai identiti KSU berkenaan.

Tiada tindakan lanjut kes zakar putus semasa berkhatan, kata polis

Posted: 04 Jan 2017 03:55 AM PST

Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada tindakan jenayah perlu diambil terhadap doktor terbabit kerana kekurangan bukti.
13
PETALING JAYA: Tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam "kegagalan" prosuder berkhatan terhadap budak lelaki berusia 9 tahun yang menyebabkan kes itu kini diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".
Jabatan Peguam Negara juga berkata tiada bukti kukuh terhadap doktor yang menjalankan prosedur tersebut di sebuah klinik di Kuala Lumpur bulan lepas. Justeru, beliau tidak berhadapan sebarang dakwaan.
Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy memberitahu FMT kes itu kini ditutup, sambil menambah ibu bapa kanak-kanak itu sudah dimaklumkan mengenai keputusan Pejabat Peguam Negara semalam.
Kes ini pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah melalui tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Munusamy memberitahu FMT, surat daripada Pejabat Peguam Negara berkata tiada kesalahan jenayah dilakukan dan tiada bukti kukuh untuk mendakwa doktor itu.
Dalam reaksinya, peguam keluarga itu, P Uthayakumar berkata anak guamnya mengarahkan beliau menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula kertas siasatan.
"Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan itu," kata Uthayakumar, sambil menambah keluarga juga akan menulis kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk bertanya tindakan yang diambil terhadap doktor berkenaan.
Dilaporkan doktor secara tidak sengaja memotong kepala zakar kanak-kanak malang itu menggunakan gunting semasa prosedur berkhatan pada 15 Disember 2016.
Read More / Baca Lagi >>