Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:08 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Isu golf: Menteri Umno@Bn perlu kena tindakan sama

Posted: 03 Jan 2017 08:34 PM PST

SELAIN penjawat awam peringkat pengurusan tertinggi, semua menteri Kabinet juga harus berhenti bermain golf di luar negara.
Demikian saranan dibuat oleh Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan sebagai mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad Dzulkifli bahawa mereka yang pergi ke luar negara untuk bermain golf  mempunyai kecenderungan kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Shamsuddin, larangan agar menteri Kabinet bermain golf di luar negara adalah untuk mengelakkan gambaran bahawa mereka melakukan pembaziran wang rakyat.
"Bagi golongan swasta yang bermain golf di luar negara, mereka biasanya menggunakan wang mereka sendiri.
"Berbeza dengan penjawat awam yang biasanya dibayar atau ditaja oleh pihak ketiga. Jadi di sinilah berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Sebelum ini, Dzulkifli mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.
"Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.
"Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini," kata beliau dalam wawancara baru-baru ini.

Tindakan tegas terhadap kakitangan, pesara yang fitnah k'jaan sembang Menteri Umno

Posted: 03 Jan 2017 08:29 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, mahu tindakan tegas diambil terhadap penjawat awam atau bekas kakitangan awam yang mengeluarkan fitnah dan menyebabkan persepsi buruk kepada kerajaan.
Azalina yang juga ahli parlimen Penggerang, berkata ini bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsir dari sumber yang tidak disahkan.
"Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangan fitnah sekaligus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan hari ini," kata kenyataan yang dimuat naik di Twitter beliau.
Bagaimanapun, Azalina tidak menamakan atau merujuk kepada sesiapa.
Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin mengesahkan laporan bahawa beliau memilih bersara awal kerana kecewa apabila kes SRC International tidak dibawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, SPRM kemudian menafikan Bahri membuat kenyataan sedemikian.
Bahri ketika dihubungi malam tadi oleh Malaysiakini berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.
"Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat 'judgement syok' sendiri. Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri," katanya.

Prestasi ringgit terus catat penurunan

Posted: 03 Jan 2017 08:24 PM PST

KUALA LUMPUR 4 JAN: Ringgit meneruskan penurunannya ke paras terendah baharu berbanding semalam pagi ini ditekan pengukuhan Dolar AS.
Pada jam 9 pagi ringgit didagangkan pada 4.4930/4980 berbanding 4.4900/4950 pada Selasa, lapor BERNAMA.
Peniaga berkata, Dolar AS rali ke paras tertingginya sejak 2002 selepas data pertumbuhan kukuh sektor pengilangan negara itu diumumkan.

Katanya, harga minyak yang turut terhenti pendakiannya ke paras tertinggi 18-bulan semakin lemah dengan kekurangan dua peratus hanya dalam tempoh semalaman memburukkan lagi selera pelabur mengambil risiko bagi ringgit dalam dagangan awal.
Mata wang utama lain turut menyaksikan prestasi bercampur-campur ringgit.
Ia jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.0969/1023 daripada 3.0951/0991 pada Selasa dan menurun berbanding yen kepada 3.8063/8122 daripada 3.7990/7058 sebelumnya.
Bagaimanapun ia naik berbanding British pound kepada 5.4918/5006 daripada prestasinya semalam pada 5.5169/5248 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6678/6748 daripada 4.6700/6761 semalam.

MP cadang tutup lampu, berhimpun di rumah Bahri

Posted: 03 Jan 2017 08:21 PM PST

Parti-parti politik dan NGO dicadang menggerakkan kempen kesedaran rakyat susulan persaraan awal pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan, paling tidak haruslah diadakan kempen mematikan lampu di malam hari untuk beberapa minit pada tarikh ditetapkan.
Ini, kata wakil rakyat PAS itu lagi, "sebagai tanda keluhan dan keresahan masa depan rakyat dan negara yang gelap akibat rasuah yang menjijikkan".
Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.

Bahri semalam berkata beliau meninggalkan badan itu kerana 'kecewa' dengan pengendalian kes berprofil tinggi SRC International.

Bagaimanapun, versi SPRM berkata mereka telah menghubungi Bahri yang didakwa menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Dalam kenyataan malam tadi, Mahfuz juga berkata perjuangan Bahri dalam perang menentang rasuah berprofil tinggi tidak harus berakhir dengan persaraan awalnya.
"Diharap dapat bersama memimpin rakyat untuk memerangi rasuah berprofil tinggi melalui proses demokrasi untuk menghapuskan undang-undang sarang labah-labah demi agama, bangsa dan negara.
"Ayuh Bahri! Rakyat sedang menantimu dan rakan-rakan untuk bebaskan Malaysia tanah air kita dari rasuah dan perasuah yang menjijikkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah bukan diperguna DAP - Anuar Tahir

Posted: 03 Jan 2017 08:17 PM PST

Parti Amanah Negara (Amanah)  merupakan  sebuah parti Islam dan tidak pernah menjadi alat serta dipergunakan oleh mana-mana parti politik di negara ini.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, dakwaan yang mengatakan Amanah merupakan alat kepada DAP adalah berniat jahat dan fitnah semata-mata malah ia turut dianggap sebagai tuduhan tanpa fakta.
"Kami adalah parti Islam yang tak mungkin diperalatkan oleh mana-mana pihak.
"DAP merupakan sebuah parti demokratik yang memperjuangkan nasib rakyat malah mereka juga telah menjadi mangsa tohmahan rasis sejak dari dulul lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Amanah diibaratkan seperti 'penyapu' berikutan kesungguhan mereka mempertahankan DAP khususnya dalam agenda memperkasakan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Menyentuh mengenai dakwaan itu, Anuar berkata, Amanah telahpun memberi pandangan  di Parlimen  berhubung pendirian mereka  terhadap   RUU355  dan segala tuduhan yang dilemparkan tersebut adalah palsu.
"Bila masa kita tentang RUU355?
"RUU355 belum dibentangkan malah hanya baru dibaca di Parlimen dan saya mempersoalkan dakwaan fitnah tanpa bukti tersebut," katanya.

"PEMAKAN DEDAK ADA DI MANA-MANA" DAN MENYANGGAH HUJAH PENGARAH KOMUNIKASI BN

Posted: 03 Jan 2017 08:11 PM PST

Tidak dinafikan bahawa tindakan bekas Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin bersara awal adalah disebabkan terlalu kecewa dan tidak ingin terus menanggung dosa, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki kira-kira dua tahun lagi.

Kecewanya beliau bukan atas sebab-sebab peribadi, tetapi kerana keinginan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seolah-olah telah dihalang oleh pihak lain yang lebih tinggi berbanding dirinya.

Sebagaimana dipetik daripada portal FMT, Bahri berkata, "Saya kecewa kerana kes siasatan SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak menghadapi sebarang masalah.

"Bukan saja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia."

Kepada Sinar Online pula, Bahri memberitahu, "Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan. Tindakan ini diambil kerana saya kecewa dan berdosa sangat kepada 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat."

Lebih dari itu, sebagaimana yang dilaporkan media dua tiga hari yang lalu, Bahagian Operasi Khas SPRM juga sekarang ini semakin dikecilkan saiznya dengan beberapa pegawainya dipindahkan ke bahagian-bahagian lain.

Maka, di mana seriusnya SPRM di bawah kendalian Dzulkifli Ahmad selaku Ketua Pesuruhjaya yang baru mahu membanteras aktiviti jerung-jerung besar yang masih bebas berkeliaran dengan tindakan terbaru itu?
Masihkah Dzulkifli ingat dan berpegang kepada warkah terbukanya sempena 100 hari menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilafazkan dengan penuh semangat pada 8 November 2016 lalu?

Mereka yang jujur, ikhlas dan benar-benar berkhidmat untuk negara serta tiada kepentingan peribadi atau terghairah dengan dedak, jika berada di kedudukan Bahri, pasti akan turut merasa kecewa.

Ia seolah-olah memperlihatkan usaha gigih dan kejujuran mereka terhadap negara langsung tidak diambil kira.

Sudahlah  sebelum ini, ketika melakukan penyiasatan, tugas mereka diganggu dengan serbuan dan rampasan komputer oleh pihak berkuasa yang lain, hasil penyiasatan terhadap kes yang dianggap "straightforward" juga menjadi sia-sia akhirnya.

Hanya pemakan dedak yang tidak berasa apa-apa jika mereka diperlakukan seperti Bahri.

Yang lebih menarik, UMNO dan BN melalui Pengarah Komunikasi Strategiknya, Abdul Rahman Dahlan bukan saja pantas menjawab, bahkan secara terbuka menyangggah apa yang diluahkan oleh Bahri itu.

Ia dengan sendirinya menggambarkan Abdul Rahman yang mewakili UMNO dan BN seolah-olah tidak sealiran dengan pegawai kerajaan yang jujur, amanah dan benar-benar mahu berkhidmat untuk kebaikan negara.

Antaranya Abdul Rahman cuba menggambarkan SPRM hanya berperanan menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan pengasingan kuasa itu bertujuan mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka.

Kata beliau, "Tujuannya ialah untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi jangka perumahan warga Felda alami kerugian RM193 juta

Posted: 03 Jan 2017 08:09 PM PST


Rafizi Ramli Rafizi Ramli Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didesak mendedahkan secara terperinci semua kontraktor yang telah dianugerahkan kontrak untuk pembinaan perumahan warga Felda di seluruh negara yang bernilai RM193 juta.
Naib Presiden PKR Rafizi berkata, ia bertujuan agar rakyat mendapat maklumat tepat  mengenai kontraktor terbabit.
"Saya telah berhubung dengan aktivis Felda di seluruh negara untuk menunjukkan satu persatu bagaimana beberapa projek perumahan Felda hanya tinggal papan tanda dan ada juga yang terbengkalai.
"Saya rujuk kepada mukasurat 204 dari Penyata Kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan jawapan parlimen yang diberikan oleh menteri berkenaan soalan saya mengenai perumahan Felda pada 2 Disember 2015, yang saya sertakan bersama.

"Saya ingin menyampaikan kepada warga Felda bahawa kerugian sebanyak RM193 juta telah pun dicatatkan di dalam Penyata Kewangan Felda," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa nafi kenyataan Bahri, peguam soal SPRM

Posted: 03 Jan 2017 08:08 PM PST

Seorang peguam hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan dibuat bekas pengarah bahagian Operasi khasnya, Datuk Basri Mohd Zin yang bersara awal.
Adalah pelik dan janggal apabila SPRM menghubungi Bakri untuk menafikan kenyataan terhadap agensi itu, kata Mohd Haniff Khatri Abdulla yang pernah mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes.
"Persoalannya, jika benar-benar Bahri menafikan kandungan laporan itu, mengapa SPRM cuba menafikan bagi pihaknya? Apa kata SPRM minta Bahri mengeluarkan penafian itu sendiri?
"Hakikatnya sehingga Bahri mengeluarkan kenyataan peribadi menafikan laporan itu, laporan sedia ada (Mengenai sebab bersara awal) adalah sah, betul dan tepat dari segi undang-undang," kata Haniff di Facebook.
Haniff berkata, sekiranya SPRM dan kerajaan tidak berpuas hati dengan Bahri, mereka tidak boleh memutarbelitkan fakta.
Justeru itu, peguam itu mengulangi gesaannya supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Dzulkifli Ahmad menjelaskan secara telus siasatan SRC International - atau meletakkan jawatan serta-merta.
Haniff semalam mencabar Apandi dan Dzulkifli menjelaskan mengapa kes SRC International tidak pernah dibawa ke mahkamah.
Bahri turut mengesahkan beliau memilih bersara daripada jawatannya dua tahun lebih awal kerana kecewa dengan cara siasatan SPRM terhadap SRC International.
Bagaimanapun, pada sebelah petang, SPRM mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Bahri 'kecewa' dengan kes SRC International.
Dalam perkembangan berkaitan, anggota parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, jika persaraan Bahri disebabkan siasatan SRC International maka ia tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat, terutama kakitangan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Apandi, SPRM perlu jelaskan ‘rasa berdosa’ Bahri, kata peguam Dr M

Posted: 03 Jan 2017 08:07 PM PST

Seolah-olah menunjukkan ada usaha menyembunyikan kebenaran berkaitan kes siasatan SRC.
Mohamed-Haniff-Khatri-Abdulla_Bahri-Mohamad_600
PETALING JAYA: Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut peguam negara dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penjelasan mengenai kenyataan Datuk Bahri Mohamad Zain, hari ini.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kenyataan bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) itu seolah-olah menunjukkan ada usaha menyembunyikan kebenaran berkaitan kes siasatan SRC International (SRC).
"Apa yang jelas dan tepat di tahap ini adalah (Tan Sri) Apandi Ali dan (Datuk) Dzulkifli Ahmad wajib bertanggungjawab secara serta merta untuk memberi penjelasan benar dan telus kepada keseluruhan rakyat Malaysia berkaitan kenyataan Bahri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Bahri sewaktu bercakap kepada FMT mengakui beliau memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Selain itu, Bahri turut berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.
Kata Haniff, sekiranya peguam negara dan ketua pesuruhjaya SPRM tidak memberikan penjelasan, mereka perlu meletakkan jawatan serta merta kerana terlibat dalam konspirasi berkaitan SRC.
"Bahri bukannya pegawai biasa dalam SPRM, tetapi merupakan pengarah BOK dan juga memainkan peranan penting menyiasat SRC berkaitan alegasi jenayah Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

NOW: Beri perlindungan pada Bahri

Posted: 03 Jan 2017 08:06 PM PST

Kerajaan digesa mengambil beberapa tindakan - termasuk memberi perlindungan - kepada bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain.
Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Akmal Nasir, berkata Bahri wajar mendapat perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012 bagi membolehkan beliau mendedahkan nama-nama pemberi serta penerima rasuah.
Langkah itu, katanya, boleh diambil dengan mengiktiraf Bahri sebagai pemberi maklumat kerajaan.
Namun kata Akmal untuk membolehkan maklumat berkaitan didedahkan Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan dokumen yang terlibat tidak lagi diletakkan di bawah kekangan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Invididu yang dinamakan Datuk Bahri sebagai pemberi atau penerima rasuah wajar dipanggil dan diberi ruang untuk membela diri secara terbuka.
"Ini boleh dilakukan dengan merujuk mereka kepada jawatankuasa khas parlimen atau membentuk suruhanjaya khas bagi menyiasat maklumat yang didedahkan," katanya melalui kenyataan media hari ini.
Semalam Bahri yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah Bahagian Operasi Khas mengesahkan beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan cara dan hasil siasatan dijalankan SPRM.
Bahri yang sebelum ini mengetuai siasatan terhadap syarikat berkaitan 1MDB - SRC International - berkata beliau tidak rela berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".
Beliau yang menyatakan "pantang" dengan kerenah orang yang melakukan "pukul curi" juga mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mencabarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri MCA jangan jadi cauvinis, pentingkan satu kelompok sahaja

Posted: 03 Jan 2017 08:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 4 JAN: Kepentingan semua kaum dalam aspek pendidikan harus disuarakan secara sama rata dan tidak tertumpu terhadap kepentingan sesuatu kaum sahaja, ujar Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai harus memastikan peruntukan RM50 juta yang dijanjikan dalam belanjawan terdahulu disalurkan kepada semua jenis sekolah tanpa menyentuh secara spesifik satu-satu jenis sekolah sahaja.
"Sebagai seorang menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan, Liow tidak hanya patut membangkitkan masalah peruntukan sekolah Cina sahaja dengan perdana menteri.
"Kecualilah jika beliau memang seorang ahli politik cauvinis yang hanya mementingkan faedah satu kelompok sahaja," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Lip Eng berkata demikian mengulas kenyataan Liow seperti yang dilaporkan media semalam bahawa akan berjumpa dengan perdana menteri bagi membincangkan peruntukan RM50 juta untuk sekolah Cina. Liow bagaimanapun tidak menyatakan mengenai peruntukan sekolah lain.
Ia susulan, dua minggu lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan laporan bahawa kementeriannya telah mengehadkan akses peruntukan tahunan RM50 juta ekoran kekurangan dana bagi tujuan penyelanggaraan dan pembangunan sekolah Cina.
Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata, Liow yang juga Menteri Pengangkutan harus memaklumkan bilakah tarikh beliau akan bertemu dengan perdana menteri bagi membincangkan isu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

TangkapMO1, BERSIH5: Pelajar UiTM dapat 'surat cinta'

Posted: 03 Jan 2017 07:34 PM PST

Seorang pelajar diploma seni bina diploma dari kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar telah diminta menghadiri pendengaran siasatan disiplin kerana didakwa terlibat dalam jelajah "TangkapMO1" dan perhimpunan BERSIH 5.
Pelajar tersebut, Ahmad Arifin Shakimin, memuat naik salinan surat rasmi bertarikh 3 Januari itu di akaun Facebooknya dengan mesej "surat cinta di awal 2017".
Ketika dihubungi, Ahmad Arifin berkata pendengaran kes itu akan diadakan pada 17 Januari dan dia berdepan dengan dua pertuduhan di bawah Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.
"Adalah pelik kerana saya tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum surat ini memanggil saya untuk pendengaran disiplin.
Tetapi, tambahnya, perkara-perkara pelik itu seolah-olah menjadi satu amalan biasa oleh pentadbiran UiTM.
Ahmad Arifin juga mengesahkan bahawa dia akan menghadiri pendengaran itu.
Katanya, pertuduhan pertama berhubung kehadirannya semasa jelajah "TangkapMO1" di luar kampus UiTM Seri Iskandar, Perak pada 20 Ogos tahun lepas.
Jelajah itu, yang diadakan menjelang perhimpunan 'TangkapMO1' pada 27 Ogos di Kuala Lumpur, telah dianggap sebagai perhimpunan haram oleh pentadbiran UiTM, katanya.
Pertuduhan kedua adalah berhubung penyertaannya dalam perhimpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada 19 November tahun lepas.
"Jika didapati bersalah, saya boleh dikenakan denda, digantung pengajian atau dipecat," kata Ahmad Arifin, yang menambah bahawa dia bersedia hadapi sebarang kemungkinan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah sedia beri ruang kepada Bahri

Posted: 03 Jan 2017 07:30 PM PST

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi ruang kepada Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin untuk terus berperanan menangani rasuah dalam negara.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tindakan Bahri bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak dibawa ke mahkamah membenarkan kebimbangan Amanah selama ini.
"Tindakan ini membenarkan segala kebimbangan Amanah betapa perlunya hak pendakwaan diberikan kepada SPRM dan perjuangan ini perlu diteruskan atas nama negara.
"Peranan Datuk Bahri kepada negara tidak semestinya berhenti selepas beliau bersara dari SPRM.
"Amanah ingin menyatakan bahawa kami bersedia memberi ruang kepada Datuk untuk terus berperanan memandangkan kita mempunyai matlamat sama demi negara yang tercinta," katanya dalam satu kenyataan.
Bahri, 58, yang merupakan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM bersara mulai Jumaat lalu selepas berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu sejak lebih 30 tahun lalu.
Bahri menjelaskan kepada media, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid mahu bertanding PRU14 guna tiket pembangkang

Posted: 03 Jan 2017 07:28 PM PST

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bercadang bertanding di bawah tiket pembangkang, tetapi bukannya PAS.
zaid-ibrahim_undi_600
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk bertanding di bawah tiket pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
The Star memetik Zaid sebagai berkata, beliau mungkin bertanding di Johor Bahru atau kampung halamannya Kota Bharu, atau kerusi lain yang sesuai.
Bekas menteri itu juga bercadang bertanding atas tiket pembangkang, tetapi bukannya PAS.
The Star melaporkan wujud spekulasi DAP berminat merekrut Zaid bagi meningkatkan sokongan di kalangan pengundi Melayu di Johor.
Sabtu ini, Zaid akan memberi ceramah di Skudai, bertempat di kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini dipegang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Zaid yang dipetik The Star berkata, beliau akan mengumumkan parti yang bakal disertainya tidak lama lagi.
"Ia (PRU14) akan menjadi pilihan raya tidak pernah dilihat mana-mana rakyat malaysia dan pengundi perlu menggunakan hak dan kebijaksanaan mereka ketika mengundi," katanya.
Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu di bawah tiket Barisan Nasional pada PRU 2004 dan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008, sebelum beliau meletak jawatan pada 2009 untuk menyertai PKR.
Read More / Baca Lagi >>

'PAS paksa lawan tiga penjuru jika terus ugut sekutu AMANAH'

Posted: 03 Jan 2017 07:27 PM PST


Amanah harap Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan Pakatan Harapan
Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad atas kesedarannya mengenai perlunya rundingan antara parti-parti pembangkang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sejak awal lagi menyarankan rundingan diadakan tetapi ditolak oleh Pas.
Sebaliknya Pas katanya, terus dengan usaha memecahbelahkan kesatuan pembangkang dan menggagalkan rundingan dengan menolak untuk berunding dengan PH.
"Sebaliknya Pas hanya sanggup berunding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PPBM. Usaha pecah belah oleh Pas perlu dihentikan jika ingin mengelak dari berlakunya tiga penjuru," katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, Iskandar dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa parti-parti pembangkang akan sama-sama menanggung akibat jika tidak bersetuju dengan pertandingan dua penjuru.
"Jika ada persetujuan untuk dua penjuru, Pas boleh menghormatinya.
"Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", Pas bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru.
"Jentera Pas berupaya dikerah menghadapi kemungkinan tersebut. Sama-sama kita menanggung akibatnya," katanya.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Amanah mengambil maklum pandangan Iskandar bahawa Amanah sendiri perlu melawan Pas jika mahu meggantikan parti itu, bukan menghantar PKR atau PPBM.
"Amanah cukup bersetuju supaya Keadilan dan PPBM jangan dikaitkan dalam persoalan persaingan antara Pas dan Amanah," katanya.
Justeru beliau meminta Pas berhenti mengugut PKR dan PPBM untuk bertanding di kerusi mereka sekiranya mereka berkerjasama dengan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Jokowi Jawab Sindiran Najib

Posted: 03 Jan 2017 07:18 PM PST

'Haji mabrur atau tidak bukan kuasa Tun M' - Menteri Umno

Posted: 03 Jan 2017 07:18 PM PST

Menteri Umno tak tahu jet kerajaan ke Australia

Posted: 03 Jan 2017 07:17 PM PST

"Main golf, simpan perempuan antara ciri perasuah," kata SPRM

Posted: 03 Jan 2017 07:16 PM PST

Bagaimana Prasarana mahu biayai projek MRT, soal Rafizi

Posted: 03 Jan 2017 07:16 PM PST

BR1M hanya ambil kira pendapatan isi rumah, tidak teliti jumlah anak - Rafizi

Posted: 03 Jan 2017 07:14 PM PST

Banjir bertambah teruk, ribuan berpindah di Kelantan, Terengganu

Posted: 03 Jan 2017 09:04 AM PST

Di Kelantan, lebih 7,000 orang berjaya diselamatkan tetapi masih ada penduduk yang berdegil tidak mahu berpindah, kata penyelamat
banjir-2
PETALING JAYA: Lebih 13,000 terpaksa berpindah bagi menyelamatkan diri daripada banjir yang meruncing di pantai timur Malaysia Barat.
Menurut aplikasi Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, 13,221 berjaya dipindahkan iaitu 7,701 di Kelantan dan 5,520 di Terengganu setakat 10.07 malam tadi.
Mangsa yang terselamat termasuk 2,655 kanak-kanak dan 218 bayi di Kelantan, dan 1,822 kanak-kanak dan 42 bayi di Terengganu.
Pada ketika ini, 73 pusat mangsa banjir beroperasi di Kelantan dan 88 di Terengganu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Hussin Ab Rahman memberitahu FMT hujan turun dengan lebat sekitar jam 6 petang tadi, tetapi cuaca semakin reda sekarang ini.
"Kami masih menjalankan misi menyelamat. Cabaran paling sukar adalah meyakinkan penduduk yang berdegil tidak mahu berpindah.
"Mereka mula panik bila keadaan bertukar gelap kerana bekalan elektrik terganggu. Ketika itulah mereka panggil minta bantuan dan kami pergi selamatkan mereka."
Hussin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu tidak dapat dihubungi ketika berita ini ditulis.
Read More / Baca Lagi >>

Felda rugi RM193 juta, PKR desak dedah senarai kontraktor

Posted: 03 Jan 2017 09:01 AM PST

Rafizi Ramli mendesak pengerusi Felda menyiarkan secara terperinci senarai kontraktor yang terlibat dalam projek perumahan tersebut.
felda
KUALA LUMPUR: Naib presiden PKR mendesak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendedahkan senarai kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan untuk warganya.
Rafizi Ramli memetik Penyata Kewangan Felda setakat 31 Disember 2014 yang menunjukkan ia menanggung kerugian berjumlah RM193 juta bagi projek Perumahan Warga Felda (PWF).
Selain PWF, Felda turut melaksanakan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Program Sentuhan Kasih Felda.
"Penyata kewangan menunjukkan perbelanjaan yang dibuat tidak sepadan dengan kemajuan pembinaan rumah.
"Sejumlah RM193 juta yang sepatutnya boleh membina sekitar 4,800 rumah kos rendah hangus begitu sahaja," katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Menurut Rafizi, soalannya di Parlimen pada 2 Disember 2015 berhubung jumlah unit, lokasi, harga dan kontraktor terlibat tidak mendapat jawapan memuaskan.
Beliau turut memetik jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Parlimen pada yang menurutnya hanya menyatakan syarikat berjaya menyiapkan projek.
Jawapan itu menyenaraikan jumlah kontraktor bagi 3 projek tersebut iaitu PWF, PGBF dan Program Sentuhan Kasih Felda setakat Oktober 2015.
Menurut jawapan itu, sejumlah 3,426 rumah berjaya disiapkan di bawah projek PWF oleh 11 syarikat, dengan harga jualan minimum RM42,000 bagi kos rendah dan RM92,000 bagi kos sederhana rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi ragui kemampuan Prasarana bayar hutang MRT

Posted: 03 Jan 2017 09:00 AM PST

Rafizi mendakwa rakyat yang terpaksa menanggung hutang MRT itu melalui beberapa cara, seperti kenaikan cukai GST, tiket serta pemotongan peruntukan untuk perkhidmatan rakyat.
Rafizi-Ramli_mrt_6001
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini meneruskan serangan terhadap MRT dengan mempersoalkan kemampuan Prasarana Malaysia Berhad menanggung hutang Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), selepas projek itu siap sepenuhnya dan diambil alih firma itu.
Ini kerana, katanya, syarikat milik kerajaan itu sudah mempunyai hutang besar dan mendakwa pengambilalihan itu bakal menjadikan kewangan Prasarana semakin parah dan mungkin mencecah anggaran kasar RM70 bilion dengan bayaran faedah RM2 bilion setahun, pada 2022 (tahun projek MRT disiapkan).
Naib presiden PKR itu merujuk maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan RAM Holdings Berhad, di mana kos operasi Prasarana pada 2014 dan 2015 lebih tinggi daripada jualan tiket serta hasil lain, iaitu masing-masing 13% dan 30%.
"Jumlah hutang (Prasarana) 2015 ialah RM18 bilion dan dijangka terus meningkat pada 2016 kerana ia perlu menerbitkan sukuk untuk menampung kos," katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini mendakwa kos keseluruhan projek MRT melebihi RM100 bilion dan tidak mampu ditanggung negara.
Bagaimanapun, Rafizi berkata, DanaInfra Nasional Berhad yang ditubuhkan akan menerbitkan sukuk bagi membiayai projek MRT itu.
DanaInfra pada 26 Oktober 2015 mengesahkan akan memulakan program pembiayaan sehingga RM50 bilion bagi MRT1 (Sungai Buloh-Kajang) dan MRT2 (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya).
Read More / Baca Lagi >>

Iskandar pertaruh Dun Chempaka bila ugut Amanah

Posted: 03 Jan 2017 08:58 AM PST

Amanah akan memikirkan secara serius untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Chempaka yang diwakili Datuk Iskandar Abdul Samad memandangkan Naib Presiden Pas itu semalam memberitahu pihaknya 'menunggu' untuk dicabar.
 Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Iskandar harus menerima akibat selepas mengamalkan politik 'mengugut' semata-mata mahu mempertahankan kerusi tradisi Pas.
"Kalau itu sikap Datuk Iskandar maka Dun Chempaka boleh menjadi satu eksperimen yang baik (untuk Amanah dan PAS bertembung).

"Selagi mana Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan bersikap mengugut begitu dan mengancam parti lain maka kita tidak ada jalan lain dan Dun Chempaka adalah merupakan satu contoh yang mana Datuk Iskandar boleh terima akibat daripada politik ugut mengugut ini," katanya seperti dilapor Antarapos hari ini.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Iskandar bahawa kedua-dua parti itu perlu menanggung akibat jika Amanah tetap mahu meletakkan calon di kerusi tradisi milik Pas pada PRU14.

Malah tambah Iskandar, Pas sedia untuk meneroka kawasan baru jika Amanah membuat langkah pertama dengan mengusik kerusinya.

Iskandar berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa partinya berminat untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya akan datang termasuk milik PKR dan Pas.
Read More / Baca Lagi >>

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:43 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Sejahat-jahat zionis Israel, jahat lagi rejim Kleptokrasi Malaysia!

Posted: 03 Jan 2017 08:00 AM PST

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu Israel pada hari Isnin.
 Negara Israel yang dianggap sebagai negara penjahat kemanusiaan yang pernah ada di dunia, tapi bila Perdana Menterinya sendiri menerima hadiah tanpa izin, polis tidak teragak-agak untuk menyoal siasatnya!

 Tetapi Malaysia yang selama ini dikenali sebagai negara ummat Islam yang sangat anti terhadap zionis Israel, tapi bila Perdana Menterinya mengaku terima hadiah RM2.6 billion masuk kedalam akaun peribadinya dari seorang Pak Arab, sampai sekarang polis tak berani nak soalsiasal Najib....

  Nampaknya, sejahat-jahat zionis Israel, jahat lagi rejim Kleptokrasi Malaysia! 

 Dilaporkan bahawa polis Israel telah menyoalsiasat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di rumahnya petang ini atas dakwaan bahawa beliau menerima hadiah tanpa izin dari eksekutif perniagaan.

 Menurut New York Times , Netanyahu disiasat dalam dua kes berasingan, dan dia telah menafikan sebarang salah laku.

 Netanyahu telah disoalsiasat "di bawah berhati-hati," kata polis dalam satu kenyataan, membayangkan bahawa terdapat alasan untuk mengesyaki bahawa Netanyahu mungkin telah melakukan satu kesalahan jenayah.

"Tiada maklumat lanjut boleh diberikan pada peringkat ini," kata kenyataan polis.

 Netanyahu, yang pernah  disiasat polis pada masa lalu yang berakhir tanpa caj, telah dengan tegas menafikan sebarang salah laku.

"Ini semua hanya sia-sia, kerana tidak ada apa-apa," dia berkata berkali-kali menafikan tuduhan terkini.

 Melaporkan mengenai cerita tersebut, CNN berkata Netanyahu adalah "secara rasmi suspek dalam siasatan jenayah. "Ia juga menyatakan bahawa Perdana Menteri telah disoal selama tiga jam.

Semasa penggal pertama pada 1990-an, beliau juga telah disiasat dalam kes jenayah.~ sumber 

Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur jika gagal jawab Datuk Bahri Mohamad Zin

Posted: 03 Jan 2017 04:00 AM PST


Mohamed Haniff Khatri Abdulla menuntut penjelasan berhubung kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini.

 Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad itu mahu peguam negara dan ketua pesuruhjaya SPRM menjawab Bahri, 58, mengenai pengendalian kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

 Haniff Khatri berkata Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur serta-merta jika gagal berbuat demikian.

 "Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Bahri, atas keberanian dalam perlaksanaan tanggungjawab beliau untuk mendedahkan perkara ini, kepada khalayak ramai.

 "Semoga usaha dan jasa baik Datuk Bahri dirahmati dan dibalas sebaiknya oleh Allah SWT hendaknya, Insya-Allah," katanya.


 Sumber yang rapat dengan Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa Bahri kecewa dengan apa yang berlaku dalam kes itu dan rasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana sebelum ini kes sebegitu akan disabitkan di mahkamah.

 "Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan.

 "Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah," Bahri dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

 Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi. 

 Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

 Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama. ~ sumber

RAYUAN BANTUAN BANJIR RANTAU PANJANG 2017

Posted: 03 Jan 2017 02:15 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


 Parti Amanah Negara Kawasan Rantau Panjang Kelantan (AMANAH RP) menyeru dengan rendah dirinya kepada seluruh rakyat Malaysia amnya supaya dapat memberi bantuan tak kira dari sudut kewangan, makanan asasi, barang2 keperluan, perubatan, kelengkapan dapur atau apa2 bantuan kemanusian yang lain bagi meringankan mangsa banjir di Rantau Panjang Kelantan.

 Semua bantuan boleh disalurkan ke akaun seperti berikut:
 ANAK MUDA HB ENTERPRISE
No akaun : 553056410158 (Maybank) 
 Sila berhubung dengan pihak kami ditalian seperti berikut :
 AquJijy: +60179126069
Dr. Yodi: +60139825127
Wan Bj: +60199372567
Loyar Wan: +60179558685 
Atau Atau dapatkan info di page PEMUDAAMANAHKELANTAN.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan semua pihak setakat ini. Semoga dengan sumbangan yang disalurkan, akan digandakan segala pahala dan kebajikan daripada Allah SWT. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

 Sekian, Terima kasih.
 AMANAH. PROGRESIF. PEDULI

Dr. Wan Shahjihan Bin Wan Din
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Rantau Panjang,
Kelantan. 2hb Januari 2017.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:15 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Tawaran Khalid kepada Pas anti klimeks

Posted: 03 Jan 2017 03:51 AM PST

MSO

Khalid Samad
Tampaknya pemimpin Amanah masih menaruh hati dan harapan dengan parti agama (Pas) untuk berbaik-baik dan bekerjasama bagi menentang UBN satu lawan satu dalam Piraum akan datang. Keinginan itu mengiktiraf bahawa Pas masih ada kekuatan walaupun kini sudah berpecah.

Walaupun parti agama itu sudah menunjukkan belang dan ketegasannya menolak sebarang kerjasama di kalangan pembangkang membabitkan Amanah dan DAP, tetapi masih ada pemimpin Amanah terliur dan pelahap untuk mengajak sama Pas.

Apakah pemimpin itu masih terkenang-kenang wangi kentut sesetengah pemimpin Pas semasa berada dalam parti itu dulu? Hanya lidah dapat merasa pahit, kelat, manis, masam dan masin.

Apakah juga dia menaruh harapan kepada Pas kerana sudah menyedari dan bimbang dengan kedudukan dan harapannya untuk mempertahankan status sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya akan datang, bahawa tanpa sokongan Pas dia akan kalah? Kalau begitu caranya maka pemimpin ini mementingkan diri sendiri.

Pemimpin Amanah yang dimaksudkan menunjukkan understanding politik dengan Pas itu ialah Ketua Komunikasi nya, Abdul Khalid Samad. 

Dalam satu kenyataan Khalid telah menyatakan kesediaan Amanah untuk memberi laluan kepada Pas mengepalai di negeri Kelantan dan Terengganu tanpa Amanah dikecualikan ikut sama bertanding di negeri-negeri berkenaan. Bagi saya apa dinyatakan Khalid itu suatu tawaran yang cukup baik tetapi ia menjadi anti klimeks setelah beberapa ketetapan sudah diambil pemimpin Amanah lain berkaitan kerjasama dengan Pas.

Tawaran dan kesediaan Amanah itu sesuatu yang praktikal dan sikap politik liberal diamalkan Amanah. Ia juga tindakan waras memandangkan senario dan pengaruh parti agama di kedua-dua buah negeri itu. Ia juga ditambah dengan sikap fanatik penyokong parti itu di kedua-dua buah negeri itu.

Justeru saya sendiri pernah mencadangkan agar Pas di kedua-dua negeri ini diberi kuasa veto, mentadbir dan menyediakan strategi politik mengikut kehendaknya sendiri tanpa mempedulikan keadaan politik di negeri-negeri lain, khasnya di Pantai Barat yang mana geografi pengundiannya berbeza dan sikap berpolitik rakyatnya juga berlainan.

Bagaimana pun dari satu segi tawaran dan idea Khalid itu sebagai anti klimeks kerana ia telah menentang apa yang sudah dicanaikan oleh pemimpin Amanah lain khasnya di Kelantan, di mana Husam Musa sudah menegaskan bahawa Amanah Kelantan sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja di Kelantan termasuk Amanah.

Setelah Pas Kelantan menunjukkan sikal "babilnya" untuk tidak bersama Amanah menyebabkan Penasihat Amanah Kelantan itu mengambil pendirian Amanah sedia maju untuk berhadapan dengan Umno meskipun tanpa Pas. Bahkan kata Husam Amanah akan berlawan dengan Pas kalaupun parti itu berkolaborasi dengan Umno. Tiga penjuru bagi Husam bukan sesuatu yang menakutkannya.

Apabila Khalid lewat menawarkan idea itu, sesudah Husam membuat komitmen dan rakyat Kelantan yang muak dengan Pas selesa, ia dilihat bercanggah dan tidak ada keputusan konkrit dari Amanah. Kenyataan tawaran Khalid itu juga bersifat nafsu nafsi yang tidak patut berlaku dalam Amanah. Dalam saat di ambang pilihan raya seharusnya tidak ada kenyataan bercelaru di antara pemimpin Amanah.

Tawaran Kahlid itu juga menyebabkan kita bertanya apakah ahli Parlimen Shah Alam itu tidak mengerti dan faham-faham dengan sikap parti agama itu. Apakah beliau masih belum serit atau tidak terhidu apa yang sedang berlaku dan dilakukan Pas waktu ini?

Khalid seharusnya sedar tangan Pas kini telah terikat dengan tali rahsia oleh Umno menyebabkan ada sebahagian pemimpin tertinggi parti agama itu untuk menggaru gatal dan mengibas lalat yang hinggap di pipinya pun tidak dapat dilakukan lagi kerana kedua-dua belah tangan sudah terikat kejap. Isu RM90 juta serta beberapa kes salah laku pemimpinnya sangat menekan mereka dan ia bukan perkara kecil. Khalid dan Amanah sendiri tidak mampu melunasi hutang "gade" itu.

Selain itu sudah beberapa kali juga sesetengah pemimpin Pas menyatakan sikap berpatah arang berkerat rotan mereka tidak akan berkerjasama dengan Amanah dan DAP. Apakah Khalid tidak faham. Bagi saya usaha memujuk Pas adalah sia-sia sahaja. Selagi parti itu pimpinan Ustaz yang kini bertarag Guru Hadi, ia tidak akan berubah ketetapan yang telah diambil walaupun setapak. Beliau sangat istiqamah dengan ijtihadnya.

Sudah acap kali saya sebut perkara ini, cemar mulut untuk mengulanginya lagi.

Daripada terus mendekati dan mengharapkan Pas yang kelihatan seperti "meroyan" lebih baik Khalid dan Amanah berfikir untuk perkuatkan Amanah di negeri berkenaan. Cari apa juga jalan atau mekanisme untuk menyedarkan sebulangan rakyat supaya tidak terus terbelenggu dengan dogma politik Pas. Perkara paling menebal dalam kepada masyarakat kini ada masih beranggapan Pas sebagai sebuah agama yang mana jika mereka tinggal menyebabkan akan berdosa. Masalah atau pegangan ini patut direlaikan dahulu.

Rakyat bukan sahaja perlu dimerdekakan dengan masalah kos sara hidup yang terdesak, tetapi mereka juga perlu dibebaskan dari menerima dan mengamalkan fahaman kosevetif berlandaskan dogama agama yang salah dibawa Pas. Khalid perlu banyak membaca hadith dan sirah mengenai kebejatan ini kemudian mencari solusinya daripada cuba mendempek Pas.

Selain itu gerakan memadukan kerjasama sesama pembangkang, PPBM, PKR dan Warisan di Sabah lebih penting dan utama daripada terus mengajak dan menawarkan peluang politik kepada Pas. Tawaran itu bukan sahaja anti klimeks tetapi sekaligus meletakkan bahawa Amanah seakan memaparkan kelemahannya.

Strategi halus Khalid tidak dapat diintip oleh rakyat, sebaliknya akan dipergunakan Pas untuk menempelak Amanah dan menjadikan ia semakin besar kepala dan tinggi hidung.

Sikap dan pendirian Pas dalam memutuskan hubungan dan pendirian politiknya dengan Amanah dan DAP tidak akan berdegis lagi. Pas tidak makan nasihat. Keadaan Pas dalam konteks ini samalah seperti penagih dadah tegar sukar untuk dipulihkan.

Penagih kalau tidak dapat dadah, mereka sanggup mengambil apa sahaja benda bukan sahaja daun ketum bagi melepaskan gian, tetapi tahi lembu juga sebagai alternatif. Nah, begitulah Pas dalam berhadapan dengan Amanah. Bagi saya kalau boleh dikonotasikan ketegangan Pas dengan Amanah dewasa ini ianya sama seperti ketegangan Syiah dengan Sunni. Parah.

Yang terbaik Amanah perlu mengambil sikap seperti Pas juga. Kalau Pas tegas dan berani serta yakin dengan strategi politiknya bersendirian atau berpakat dengan Umno, maka Amanah juga harus begitu. Khalid tidak perlu terkenang laman permainan lamanya.

Berterusan bermain tarik tali dengan Pas sekali tegang sekali kendur ia boleh memening dan mengelirukan penyokong bawahan. Politik kena berani dan sedia menanggung risiko. Kepentingan peribadi harus dilupakan. Kalau Amanah tertakdir kalah dalam Piraum akan datang disebabkan sikap Pas, ia perlu ditanggung. Kalau kita berani keluar parti dan menubuhkan Amanah kenapa kita harus membinag kekalahan bakal menjemput kita. Sebab itu orang tua-tua ada memberi ingatan supaya berhati-hati dalam seganap tindakan.

Tawaran Khalid itu adalah sikap memberi muka kepada Pas. Ia bukan sahaja menjatuhkan maruah Amanah sebaliknya menambah nilai kepada Pas. Percayalah diplomasi dengan Pas selagi ianya dipimpin Guru Hadi tidak ada guna lagi. Masa untuk itu lebih baik dimanfaatkan untuk memperkuatkan Pakatan Harapan dan mengemaskan jentera pilihan raya Amanah.

Isu BR1M: Tun M dicabar lapor kepada SPRM

Posted: 03 Jan 2017 03:12 AM PST

BR1M


SEPANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat sebagai rasuah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melemparkan cabaran itu berkata, berbanding kenyataan terbuka, laporan rasmi kepada SPRM akan membolehkan suruhanjaya itu membuka kertas siasatan, menangkap dan mendakwa penerima bantuan berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, dalam kes rasuah, pemberi dan penerima merupakan mereka yang berada di pihak yang salah dan boleh dikenakan hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang.

"Pada saya apa juga pemberian kerajaan untuk membantu rakyat tidak boleh dianggap rasuah dan atas sebab itulah, saya cabar Dr Mahathir kemukakan laporan rasmi kepada SPRM, minta mereka lakukan siasatan.

"Saya bagi contoh, Tabika Kemas, jika tidak ada bantuan kerajaan, ibu bapa perlu membayar sekurang-kurangnya RM200 untuk seorang murid, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi wang tunai kepada Orang Kurang Upaya, warga emas dan golongan sasar... adakah ini juga dikira rasuah?" katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Tabika Kemas Sri Siantan di sini, hari ini bersempena hari pertama sesi persekolahan 2017, Ismail Sabri berkata tindakan Dr Mahathir itu tidak lebih daripada sekadar melepaskan rasa sakit hati terhadap kerajaan, khususnya Umno yang dianggap gagal memberikan tempat kepada anaknya bekas Menteri Besar Kedah  Datuk Seri Muhkriz.

Mengenai dakwaan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bahawa jemaah yang menunaikan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak mabrur, beliau berkata Dr Mahathir tidak berhak menentukan perkara tersebut.

"Dalam hal ini, saya rasa Dr Mahathir tidak ada hak, malah bukan sahaja Dr Mahathir, mufti atau sesiapa sahaja tidak boleh untuk menentukan haji seseorang itu mabrur atau sebagainya kerana setiap ibadah, pahalanya ditentukan oleh ALLAH SWT," katanya.

Dakwaan tersebut dibuat Dr Mahathir sewaktu berceramah di Taman Wira Mergong di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. – Bernama


'Papa dan mama yang buat'

Posted: 03 Jan 2017 03:05 AM PST


'Papa dan mama yang buat'
Ketua Puteri Umno Bahagian, Nor Fadzlete Aryani Mohd Rosli (tiga, kanan) turut melawat Addin di kediamannya.
 
GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kesan cedera hampir seluruh anggota badan ketika dihantar bapa ke pangkuan ibunya di Felda Chiku 1, di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 Disember lalu.

Menurut ibu mangsa, Musliharni Hussin, 33, semasa mengambil anaknya, Nik Addin Haikal Nik Abidin di simpang utama Felda Chiku 2, keadaan anaknya sangat lemah dan terdapat kesan lebam di mata kanannya.

"Saya bercerai dengan suami pada 15 Mei lalu dan penghujung Julai, dia datang menemui anak dan meminta izin untuk bawa Addin bersamanya ke ibu kota.

"Saya izinkan sebab Addin nak ikut dia. Setiap kali saya hubungi dan bercakap dengan Addin, tak ada yang mencurigakan sehinggalah saya desak dia hantar Addin balik sini untuk daftar sekolah.

"Dia beritahu kesan lebam di mata Addin sebab terjatuh dalam bilik air, tapi bila saya mandikan Addin, baru saya lihat banyak kecederaan lain di badannya," katanya.

Katanya, hasil laporan pemeriksaan dan imbasan x-ray, anaknya itu bukan sahaja mengalami kecederaan luaran seperti kesan luka di kepala, gigitan di tangan, kesan puntung rokok, lebam di seluruh badan, bahkan tulang belakangnya juga bengkok.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, anak keduanya itu juga tidak dapat berjalan hampir seminggu kerana terlalu lemah dan ketakutan sekiranya melihat orang datang melawat.

"Bila saya tanya, dia kata 'papa dan mama yang buat'. Malah, dia sangat fobia lihat pinggan. Saya tak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada anak saya sepanjang lima bulan bersama bapanya.

"Saya dah buat laporan polis Khamis lalu, hari sama Addin dihantar pulang kerana bapanya tak beri penjelasan munasabah. Malah dia suruh saya tarik balik laporan polis itu," katanya.

Menek mangsa, Siti Rahnor Ramli, 50, memberitahu, sepanjang cucunya tinggal bersama bekas menantu, dua kali dia bermimpi Addin mengalami luka di bahagian belakang dan terdapat banyak jahitan.

"Paling saya terkilan bila suami saya (Hussin Yaakob, 60) meninggal dunia September lalu, namun Addin tak dibawa pulang untuk lihat jenazah datuknya buat kali terakhir.

"Dua tiga hari lalu, Addin ada tanya mengenai datuknya, bila saya jelaskan, dia hanya diam. Sehingga kini tidurnya sering terganggu dan tersentak," katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, sehingga kini, pihaknya masih dalam usaha menjejaki bapa mangsa bagi mendapatkan keterangan berhubung kes terbabit.


Hanya dua murid tahun satu mendaftar

Posted: 03 Jan 2017 02:57 AM PST

Hanya dua murid tahun satu mendaftar
Nurul Husna mengajar dua murid tahun satu yang mendaftar di sekolah itu, pagi tadi.

SABAK BERNAM - Hanya dua murid tahun satu mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Jawa yang memulakan sesi pembelajaran tahun ini di sekolah itu, pagi tadi.

Dua murid itu, Siti Nurul Aina Syafiqa Bahari dan Nabil Rifqi Nezri yang juga saudara sepupu itu masing-masing berusia tujuh tahun.

SK Tanjong Jawa yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) mempunyai seramai 16 murid tahun satu hingga enam sekali gus antara sekolah yang mempunyai bilangan murid terendah pada tahun ini di Selangor.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya, Farrus Wahi Anuar berkata, di daerah Sabak Bernam terdapat empat SK yang dikategorikan sebagai SKM.

"Tiga SKM lain ialah SK Kampung Baru, SK Lubuk Pusing dan SK Seri Cempaka," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun Farrus berkata, SK Tanjong Jawa merupakan SKM yang mempunyai bilangan murid paling sedikit di daerah itu berbanding tiga sekolah itu.

"Sekolah yang diketegorikan sebagai SKM ini ialah bilangannya kurang daripada 150 murid," katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, meskipun sekolah itu dikategorikan sebagai SKM, namun Kementerian Pendidikan tetap menyalurkan segala bentuk bantuan sama seperti sekolah-sekolah lain di negara ini.

"Kami juga menerima bantuan awal persekolahan,  Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan juga bantuan susu sekolah serta bantuan-bantuan lain," katanya.

Guru Penolong Kanan Pentadbirannya,  Khairunnajat Mustajid berkata, terdapat kemerosotan jumlah keseluruhan murid tahun ini berbanding tahun lalu.

"Sekolah ini mempunyai seramai 16 murid berbanding tahun lepas iaitu seramai 21 murid.

"Kita ada enam murid tahun enam dan seorang anak yatim yang bersekolah di sini pada tahun lepas.

"Namun pada tahun ini, anak yatim terbabit  memohon tinggal di asrama di Sungai Besar dan enam lagi bekas murid kami melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan satu.

"Untuk tahun ini, kita ada dua murid tahun satu menjadikan bilangan keseluruhan murid merosot seramai lima murid berbanding tahun lepas," katanya.

Ujar beliau, mengikut pecahan murid mengikut tahun pula, seramai dua murid tahun satu, manakala empat murid tahun dua sementara tiga murid lagi tahun tiga.

"Empat murid tahun empat, manakala hanya seorang murid tahun lima dan dua murid tahun enam," katanya.

Guru Kelas Tahun Satu SK Tanjong Jawa, Nurul Husna Abu Naim berkata, pengalamannya mengajar di sekolah itu amat berharga, apatah lagi menjadi guru kelas tahun satu sejak dua tahun lalu.

"Tahun ini hanya dua murid sahaja yang mendaftar berbanding tahun lepas kita ada empat murid tahun satu.

"Ini secara tidak langsung memudahkan lagi urusan pengajaran dan pembelajaran kerana saya boleh memberi tumpuan yang lebih kepada dua murid ini.

" Saya rasa seronok mengajar, apatah lagi mereka (dua murid ini) sudah boleh mengenali huruf dan nombor," katanya.

MP: Kerajaan perlu jelaskan status halal-haram wang 1MDB guna pergi haji

Posted: 03 Jan 2017 02:53 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Raja Kamarul Bahrin ShahRaja Kamarul Bahrin Shah

Kerajaan harus segera memberikan penjelasan segera berhubung wang Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaburkan di Pulau Cayman dan digunakan untuk menaja jemaah haji.

Ahli parlimen Kuala Terengganu dari Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ini kerana semakin banyak timbul pertikaian khususnya daripada golongan agamawan mengenai status halal haram wang tersebut.

"Selepas isu kontroversi pengunaan wang 1MDB untuk ibadah haji tercetus, banyak pandangan serta pendapat telah diberi. Rata rata pendapat umum - "Wang ibadah haji perlu dari hasil yang halal"

"Ramai para agamawan termasuk Timbalan Mufti Kedah mempunyai pendapat yang sama. Oleh kerana itu saya di sini menuntut kerajaan segera memberi penjelasan tentang apa yang telah saya bertanya di Parlimen tentang pelaburan 1MDB di kepulauan Cayman.

"Kenapakah kerajaan memilih untuk melabur di kepulauan Cayman sebuah pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap. Saya juga bertanya dari manakah sumber wang 1MDB untuk menaja jemaah haji?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selain terbongkarnya pelaburan wang 1MDB di Pulau cayman, lebih banyak aktiviti pelaburan 1MDB terdedah antaranya wang 1MDB dilaburkan dalam filem "Wolf Of Wall Street" yang berunsur lucah yang melibatkan kerajaan Amerika merampas harta serta menjalankan dakwaan ke atas aktiviti penggubalan wang haram oleh 1MDB.

"Beberapa pegawai bank ditahan oleh kerajaan Singapura kerana terlibat dengan aktiviti penggubalan wang haram oleh 1MDB.

"Kerajaan Abu Dhabi membekukan harta serta wang syarikat rakan niaga 1MDB yang juga melibatkan aktiviti pelaburan besar Kelab kelab Malam di Amerika.

"Selain itu siasatan aktiviti penggubalan wang haram ke atas 1MDB juga sedang berjalan di Switzerland dan Hong Kong.

"Apa yang jelas di kesemua tempat pelaburan 1MDB tersebut aktiviti penggubalan wang haram berlaku dan disiasat. Oleh itu amat kritikal kerajaan memberi penjelasan terperinci sumber pendapatan 1MDB kerana mereka telah pun menghantar lebih dari satu ribu jemaah haji ke Mekah," tegasnya yang juga Ketua Biro Antarabangsa Amanah.

Terdahulu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Raja Bahrin juga mencabar dan menuntut kerajaan membebaskan sekatan ke atas dokumen Laporan Ketua Audit Negara Malaysia ke atas 1MDB yang telah diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kami ahli Parlimen pun dinafikan hak kami membaca dokumen tersebut.

"Dengan membaca dan menyelidiki dokumen tersebut kami berharap dapat mengetahui sumber pendapatan dan perbelanjaan jemaah haji tajaan 1MDB," katanya.

Menurut beliau juga, segala gimik kerajaan selama ini mengenai indeks syariah, dan sebagainya tidak bermakna tanpa penjelasan terperinci mengenai sumber pendapatan dan perbelanjaan untuk jemaah haji tajaan 1MDB.

"Bagaimana mereka yang berkenaan boleh mengetahui keadaan yang sebenarnya kalau maklumat ini semua di rahsiakan?" katanya selain mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Dusuki dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyatakan sama ada pelaburan 1MDB di luar negara tersebut mematuhi panduan syariah yang di war-warkan kerajaan Malaysia.

Asyraf baru-baru ini mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadah haji orang lain.

Abdul Rahman pula berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak.

Amanah jadi "penyapu" bersih imej DAP, bidas Ulamak Pas

Posted: 03 Jan 2017 02:48 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Khairuddin Aman RazaliDr Khairuddin Aman Razali


Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi "penyapu" membersihkan imej DAP yang anti-Islam, bidas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Datuk Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad bahawa penyertaan pemimpin Pas dalam program anjuran Kelab Umno Luar Negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai usaha mambantu memulihkan tanggapan negatif terhadap Barisan Nasional (BN).

"Pan (Amanah) telah menjadi penyapu kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya.

"Khalid sendiri menjadi hero yang mempertahan segala agenda DAP termasuk dalam menentang Rang Undang-undang (RUU) 355 bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)," katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin sebaliknya menjelaskan tindakan pemimpin Pas menyertai program anjuran Umno di London itu sebagai satu daripada beberapa acara untuk menjelaskan pelbagai isu politik di tanah air kepada warganegara Malaysia yang berada di perantauan.

"Kehadiran Pas dalam program penjelasan RUU355 anjuran Kelab Umno adalah siri penerangan bagi menjelaskan bahawa Pas sentiasa konsisten memperjuangkan Islam," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.

Beliau berkata, Pas sudah berjaya berdakwah kepada Umno sehingga parti itu menerima kepentingan untuk bersama memperkasakan Islam.

"Jika Umno bersedia membantu Pas dalam usaha RUU 355 menunjukkan bahawa Umno semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam.

"Itulah kejayaan dakwah Pas. Pas akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli-ahli Umno," katanya.

Beliau juga menambah, sikap tidak senang duduk Khalid apabila Pas hadir ke majlis penjelasan mengenai Islam anjuran Umno, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej Pas di mata rakyat.

"Apabila orang seumpama Khalid meroyan dengan kehadiran pimpinan Pas di majlis penjelasan Islam anjuran Umno sendiri, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej Pas di mata rakyat," katanya.

Program anjuran Umno itu disertai Khairudin bersama pemimpin Pas lain, termasuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Izani Husin, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Muhtar Suhaili dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di Australia

Posted: 03 Jan 2017 02:46 AM PST

ARIF ATAN
 
 
Gambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di AustraliaGambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di Australia

Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.

Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.

Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings".

Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya.

Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PMPesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PM

Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib.

Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.

Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.

Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast.

Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi.

Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.

Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth.

Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari.

Deretan #20sen membanjiri ruangan komentar pada Facebook Najib yang dilihat sebagai menyindir kenaikan harga bahan api itu selain sindiran netizen antaranya Bi Isma menulis, "Selamat tahun baru Najib.

Terima kasih hadiah tahun baru ini. Naik 20 sen seliter apalah sangat pada kita, kan?"

Turut membidas Hemaraj Balachandran, "Happy New Year. Thanks for the 20 sen"; Simon Riley pula secara sinis menyebut, "Salam 20 sen" manakala Gn Winnie mengucapkan, "Selamat menyambut tahun barang naik tanpa gaji naik."

Namun, pada masa sama #RespectMyPM turut memenuhi ruangan berkenaan yang sebahagian besarnya datang daripada akaun palsu seperti lazim berlaku sebelum ini.

Rafizi jangka perumahan Warga Felda alami kerugian RM193juta

Posted: 03 Jan 2017 02:37 AM PST

 MALAYSIA DATELINE
Rafizi Ramli Rafizi Ramli Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didesak mendedahkan secara terperinci semua kontraktor yang telah dianugerahkan kontrak untuk pembinaan perumahan warga Felda di seluruh negara yang bernilai RM193 juta.

Naib Presiden PKR Rafizi berkata, ia bertujuan agar rakyat mendapat maklumat tepat  mengenai kontraktor terbabit.

"Saya telah berhubung dengan aktivis Felda di seluruh negara untuk menunjukkan satu persatu bagaimana beberapa projek perumahan Felda hanya tinggal papan tanda dan ada juga yang terbengkalai.

"Saya rujuk kepada mukasurat 204 dari Penyata Kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan jawapan parlimen yang diberikan oleh menteri berkenaan soalan saya mengenai perumahan Felda pada 2 Disember 2015, yang saya sertakan bersama.

"Saya ingin menyampaikan kepada warga Felda bahawa kerugian sebanyak RM193 juta telah pun dicatatkan di dalam Penyata Kewangan Felda," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


Kata Rafizi lagi perbelanjaan yang telah dibuat tidak sepadan dengan kemajuan pembinaan rumah warga Felda.

Selain perbelanjaan itu telah diperuntukkan sebagai kerugian

Dan sejumlah RM193 juta yang sepatutnya boleh membina sekitar 4,800 rumah kos rendah untuk warga Felda juga hangus begitu sahaja, dakwa Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

'Main golf: Sampai satu pejabat pergi'

Posted: 03 Jan 2017 02:33 AM PST

Azam Baki
Azam Baki


SHAH ALAM - Main golf tidak salah, tetapi yang pergi dan bermain bersama adalah kontraktor dan pembekal yang menjadi masalah...

Demikian komentar Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengenai krtitikan sesetengah pihak mengenai cadangan bosnya Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Azam berkata, teguran itu bukan 'syok sendiri' sebaliknya beliau mendapat maklumat yang konkrit mengenai senario itu.

"Kadang-kadang dibawanya satu pejabat pergi main golf diluar negara...kita beri cadangan ini berdasarkan risikan, baru kita berani buat teguran," ujarnya dalam wawancara khas bersamanya menerusi MACC.Fm pagi ini.

Ulasnya lagi, oleh itu beliau menyeru supaya  perkara ini dihentikan serta-merta.

"Pada kami (SPRM) perkara ini perlu dihentikan, ia akan menjejaskan imej," katanya lagi.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

"Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.

"Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya.

Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.

"They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf," kata beliau dalam wawancara baru-baru ini.


Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB

Posted: 03 Jan 2017 02:22 AM PST

TNB


SHAH ALAM - Dakwaan di media sosial berlaku limpahan air takungan dari Empangan Hidroelektrik Pergau adalah tidak benar.

Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, sebaliknya empangan itu hanya menerima peningkatan paras air.

"Kami ingin menjelaskan bahawa walaupun paras air di empangan tersebut meningkat akibat taburan hujan yang tinggi di negeri Kelantan sekarang ianya masih belum mencecah tahap limpahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sehingga jam 3.00 petang ini, air di empangan berkenaan keluar secara terkawal seperti kebiasaannya untuk tujuan penjanaan.

"Empangan Pergau juga tiada perkaitan dengan Empangan di Sukirin, Narathiwat Thailand seperti yang diviralkan di media sosial," katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum disebarkan

Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol

Posted: 03 Jan 2017 02:13 AM PST

Datuk Bahri Mohamad Zin
Datuk Bahri Mohamad Zin


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.