Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


GARA-GARA SKANDAL 1MDB, PUTRAJAYA DIHERET BERTELAGAH DENGAN KERAJAAN ASING?

Posted: 01 Jan 2017 10:03 PM PST

"...kegagalan 1MDB membayar hutang dan faedah diramalkan oleh pakar kewangan dan perbankan antarabangsa akan mendatangkan kesan terhadap pasaran matawang dan saham di Malaysia, selain terpaksa membelanjakan berbilion dolar untuk menyelamatkan syarikat itu." 
Yang dijangka mulai berlaku...
Kerajaan Malaysia kini berdepan kritikan kerajaan asing dalam isu kleptokrasi, keengganan bekerjasama dengan peguam negara asing untuk mendakwa mereka yang disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram serta juga ENGGAN kerjasama mendakwa beberapa individu yang disabitkan dengan perbuatan 'mencuri dan merompak' dana rakyat.

Malah, Malaysia kini juga dilihat sebagai sebuah negara yang kerajaannya BERSEDIA menjadi penjamin kepada sebuah sayarikat dana yang berhutang tetapi enggan melunaskan hutang dan membayar faedah yang terbeban.

Kesemuanya ini ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bekas anak syarikatnya.
Media antarabangsa nampaknya sangat berminat dengan isu 1MDB dan memilih untuk mempersoalkan sikap Putrajaya dengan menganggap pelan penyusunan semula 1MDB kini 'terhincut-hincut' dan munkin terpaksa melalui jalan yang berduri.
Yang pasti media tempatan tidak akan memperkatakan perkara sebegini kerana mereka hanya akan memaparkan berita 'baik sahaja' mengenai mengenai 1MDB, walaupun hakikatnya pengurusan media berkenaan mengetahui bahawa ramai rakyat Malaysia sendiri mulai sedar tentang perkara sebenar.
Negara yang memberi perhatian terhadap isu 1MDB
Pada  2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tersangat yakin pelan pemulihan untuk mengurangkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan berhasil dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Katanya, langkah pemulihan boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan, katanya pada perhimpunan bulanan kementerian itu pada 19 Mei 2015.

 Namun kini?  
Pelan menyusun semula 1MDB dilihat berdepan masalah khususnya dalam isu melupuskan aset hartanah dan pertelagahan dengan Abu Dhabi mengenai pertikaian membabitkan lebih AS$6.5 billion (RM28,925 juta jika pada kadar AS$1 – RM4.45sekarang) dari segi obligasi hutang.
Menurut sumber pegawai dalam syarikat yang menjadi rakan projek 1MDB dan peguam yang terlibat dalam usaha melupuskan hartanah utama di Kuala Lumpur dan Pulau Penang untuk pembangunan bersama, masalah timbul apabila wujudnya pertelagahan mengenai penilaian.
Selain berbagai isu membabitkan pentadbiran, penilaian ini dikatakan ada kaitan dengan kejatuhan nilai ringgit.
Selain itu, hubungan tegang juga dikatakan  wujud antara kerajaan Abu Dhabi dan Putrajaya membabitkan hutang dan faedah bernilai berbilion dolar.
Menurut peguam, ia menjadi semakin buruk sejak akhir-akhir ini, selepas persetujuan awal dibuat apabila kerajaan Malaysia yang berjanji menyelesaikan masalah melalui perundingan , kini mula mengubah pendirian.
Untuk rekod, kerajaan melalui Kementerian Kewangan adalah penjamin kepada 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, yang bertanggungjawab menguruskan penyelesaian hutang 1MDB, dilaporkan memahami dengan jelas wujudnya jalan yang berliku dalam menjayakan pelan pemulihan itu.
Beliau sudah menyatakan kepada The Straits Times Singapura bahawa isu itu akan dapat diatasi. 1MDB sehingga kini enggan memberikan sebarang ulasan kepada akhbar brbahasa Inggeris itu.

Satu Pasukan Petugas dilaporkan ditubuhkan di bawah Johari, diberi nama Jawatankuasa Budiman untuk menguruskan penyusunan semula 1MDB. Bagi Johari,  memang banyak isu, namun perkara utama seperti penjualan aset janakuasa,  sudah pun dilaksanakan.
Langkah segera ialah merancakkan pembangunan hartanah di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX). Ia merujuk kepada projek mewujudkan 'wilayah kewangan' di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.
Juga penting ialah pertelingkahan 1MDB - International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dilihat akan berterusan untuk beberapa ketika walaupun ada usaha dilakukan bagi meredakkannya.
Pertelingkahan berlaku berikutan dana pelaburan negara Abu Dhabi itu meminta hutang kira-kira AS$6.5 bilion oleh 1MDB ditunaikan dan pemegang saham tunggalnya, Kementerian Kewangan Malaysia semestinya bertangggungjawab. IPIC mendakwa bahawa syarikat dana Malaysia itu memungkiri perjanjian penstrukturan semula hutang adengan  syarikat itu pada 2015.
Tahun lalu apabila 1MDB berdepan kekurangan tunai, IPIC bersetuju untuk memberikan pinjaman kecemasan AS$1 Bilion (RM4,450 juta) kepada syarikat itu dan mengambil alih pembayaran faedah bagi hutang AS$3.5 bilion yang ditanggung 1MDB.
Namun IPIC kemudian dilaporkan membatalkan persetujuan tersebut setelah menuduh 1MDB memungkiri syarat-syarat utama yang dipersetujui selain enggan membuat bayaran faedah yang perlu dilunaskan.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ kepada Annuar Musa: Jangan jolok sarang tebuan

Posted: 01 Jan 2017 10:02 PM PST

TMJ
KETIKA isu berkaitan bola sepak tanahair semakin hebat diperkatakan mutakhir ini, tulisan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan agak sinis.
Tulisan terbaharu itu dipercayai respons kepada kenyataan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di Facebook milik Ketua Penerangan Umno itu baru-baru ini.
"Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya.
"Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada rakyat," demikian teguran Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ.
Teguran itu rentetan daripada komentar mengenai isu fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Mengulas lanjut perihal itu, TMJ menjelaskan, kesemua  stadium di negeri Johor sememangnya milik Kerajaan Negeri Johor.
"Dan  kerajaan tersebut pula adalah milik Siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885. Itu bererti terpulanglah kepada DYMM Sultan Johor untuk bagaimana menggunakan semua milik kerajaan negeri.
"Jangan samakan negeri Johor dengan negeri lain. Johor sudah wujud sebelum kemerdekaan, dengan cara tersendiri, dan dengan sistem berpelembagaan tersendiri sejak 1885. Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang," tegas TMJ.
Beliau dalam nada sinis turut mengingatkan Annuar supaya bertanggungjawab di atas "atas kegagalan dan ketidak urus Kafa hari ini."
"Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan Kafa pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara," tambahnya lagi.
TMJ turut menjawab dakwaan kononnya JDT merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi.
"Sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga. Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan petrol, diesel kerajaan tidak jaga kebajikan rakyat

Posted: 01 Jan 2017 10:00 PM PST


Nazri AhmadNazri AhmadKenaikan harga petrol dan diesel ketika kebanyakan rakyat dibebani dengan kelengkapan penyediaan perayaan dan kelengkapan persekolahan di awal tahun baharu bukanlah untuk kebajikan rakyat.
"Menaikkan harga di saat rakyat bertungkus lumus menghadapi tekanan kos sara hidup, terutama bebanan persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak yang kian meningkat.
"Kadar kenaikan yang tidak seimbang dengan kadar penurunan. Turun 5 sen hari ini naik 20 sen," ujar Ketua Penerangan Pas Pahang Nazri Ahmad  dalam kenyataan di facebooknya hari ini.
Justeru beliau tidak melihat alasan kerajaan kononnya pengurangan subsidi adalah untuk kepentingan rakyat.
"Sedangkan tidak banyak yang digunakan untuk kebajikan rakyat. Terutama dalam sektor pendidikan apabila kos pengajian semakin meningkat.
"2017 tahun untuk rakyat melakukan perubahan," ujarnya.
Kerajaan pada 31 Disember mengumumkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala bagi RON97 naik 15 sen.
Kadar baharu itu berkuat kuasa 1 Januari 2017 bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember.
Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

2016 tahun penuh krisis, kata Muhyiddin

Posted: 01 Jan 2017 09:59 PM PST

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tahun 2016 yang baharu sahaja berlalu merupakan tahun yang penuh dengan krisis.
Dakwanya antara krisis yang dimaksudkan termasuk krisis kepemimpinan, krisis keyakinan, krisis keruntuhan institusi negara dan krisis moral yang dialamioleh pimpinan negara.
"Rakyat menanggung kesan paling buruk. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos barangan import meningkat secara mendadak dan harga barangan keperluan harian semakin mahal. Rakyat semakin menderita akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Akibat kejatuhan harga minyak dunia, hasil negara juga berkurangan.
"Lebih mengecewakan, hasil negara yang berkurangan ini pun terpaksa digunakan untuk membayar hutang piutang dan tanggungan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai penyelewengan, ketirisan dan salah urus ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tahun 2016 juga menyaksikan peruntukan kerajaan untuk sektor-sektor utama yang menyentuh kebajikan rakyat seperti pendidikan dan kesihatan terpaksa dipotong.
Kataya, kerajaan juga sudah tidak mampu menyediakan biasiswa kepada pelajar seperti dahulu.
"Peruntukan kepada universiti-universiti awam juga dikurangkan. Malah peruntukan kepada hospital-hospital awam juga mengalami penurunan.
"Sehinggakan di sesetengah hospital awam, pesakit tidak lagi dapat menikmati perkhidmatan kesihatan percuma seperti sebelumnya. Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk membela kebajikan mereka.
Kata bekas Timbalan Perdana itu lagi, kerajaan juga sepatutnya tidak berkompromi hak negara untuk mendapatkan bantuan dari negara asing.
"Ia bukan isu ekonomi atau perniagaan tetapi menyentuh kedaulatan kita. Ianya berimplikasi besar kepada negara oleh kerana kebergantungan tinggi kepada negara luar dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

MAIN GOLF: PENGURUSAN TERTINGGI KENA MULA DULU

Posted: 01 Jan 2017 09:53 PM PST


SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad agar penjawat awam berhenti bermain golf di luar negara.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan tersebut perlu dimulakan dengan peringkat tertinggi sektor perkhidmatan awam.
"Kenyataan SPRM tersebut adalah untuk peringatan bersama. Boleh main golf, tetapi jangan libatkan dengan pihak lain.
"Kita harap semua pihak ambil pandangan ini sebagai sesuatu yang positif demi maruah penjawat awam. Pengurusan tertinggi perlu tunjuk contoh yang baik dahulu, barulah di bawah akan ikut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Semalam, Dzulkifli dilaporkan berkata, tindakan penjawat awam yang pergi ke luar negara untuk bermain golf akan cenderung kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Mengulas lanjut, Azih memuji usaha dilakukan SPRM bagi mencegah isu rasuah dan penyelewengan dalam kalangan penjawat awam.
"Tahun lalu, SPRM dah buktikan mereka laksanakan tugas dengan baik. Cuepacs amat memberi tumpuan soal integriti kerana penglibatan penjawat awam hanya akan memalukan sektor perkhidmatan ini," katanya.

2017 rasanya bukan tahun PRU ?

Posted: 01 Jan 2017 09:51 PM PST

Bajet 2017 yang menyaksikan pelbagai peruntukan dipotong tidak menampakkan ia sebagai satu bajet pilihan raya.
undi
Ringgit menutup 2016 pada kadar RM4.49 kepada AS$1.
Felda pula menutup tirai 2016 dengan keputusan penuh kontroversi membeli 37% kepentingan saham Eagle High Plantation pada harga AS$505.4 juta menggunakan FIC Properties Sdn Bhd.
Saham Felda Global Venture pula terus menjunam ke RM1.55, berbanding harga RM4.55 sesaham ketika ia disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bajet 2017 yang menyaksikan pelbagai peruntukan dipotong tidak menampakkan ia sebagai satu bajet pilihan raya.
Kerajaan pula tidak sengaja memberi isyarat 2017 merupakan tahun penuh cabaran dengan "hadiah" kenaikan 20 sen untuk harga diesel dan RON95.
Kebanyakan barangan dan makanan mentah negara diimport. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan inflasi terus kepada harga makanan dan kos sara hidup. Lihatlah betapa ramainya ibu bapa yang merana minggu terakhir sebelum sekolah bermula untuk menyediakan persediaan sekolah anak.
Nampaknya 2017 bukanlah tahun yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Terdapat 3 penentu bagi BN menentukan tarikh PRU14. Pertama ialah nilai ringgit.
Jika nilai ringgit tidak pulih ke tahap menghampiri RM4 kepada AS$1, malah terus jatuh menghampiri RM4.80 kepada AS$1, pilihan raya akan terus ditunda sehingga Parlimen terbubar secara tersendirinya pada 2018.
Kedua, ialah harga minyak sedunia. Sekiranya harga minyak terus naik, dividen Petronas kepada kerajaan akan pulih, maka ketika itu kerajaan berkemampuan untuk membuat bajet pilihan raya bagi 2018 tanpa perlu menaikkan kadar GST.
Dengan adanya dana yang mencukupi, maka penentu ketiga boleh dicipta iaitu "feel-good factor" atau mood positif di kalangan rakyat terhadap kerajaan.
Kejayaan melancarkan MRT bukanlah satu daripada "feel-good factor". Kesan positif MRT pada rakyat akan terbantut selagi rakyat Malaysia tidak dapat mengikis kebergantungan dan tabiat mereka menggunakan kenderaan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor mahu pimpinan negeri kerja keras 2017

Posted: 01 Jan 2017 09:50 PM PST


Datuk Seri Mohd Azmin AliDatuk Seri Mohd Azmin AliMenteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak pimpinan di negeri itu untuk bekerja lebih keras ke arah kerajaan bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik, sempena melangkah ke tahun baru 2017.
Dalam laman twitternya, Mohamed Azmin berkata semangat baru itu bagi menjadikan Malaysia lebih baik sekaligus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di negara ini.
"Mari kita bergerak ke hadapan ke dalam 2017 dengan semangat baru dan keyakinan untuk Malaysia yang lebih baik.
"Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik sekaligus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik," katanya.
Beliau berkata ia meliputi sebuah kerajaan yang membawa kestabilan, kemakmuran dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia.

Dewan Ulama: Amanah ‘meroyan’ bimbang imej PAS semakin baik

Posted: 01 Jan 2017 09:49 PM PST

Khairuddin mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air.
khairuddin-khalid-pas-amanah
PETALING JAYA: PAS menyifatkan sesetengah pemimpin Amanah "meroyan" kerana bimbang dengan kejayaan parti itu mendekati Umno untuk memperkasakan Islam dan seterusnya meningkatkan imejnya di mata rakyat, kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
Datuk Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menganggap penyertaan pemimpin PAS dalam program anjuran Umno di luar negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebagai usaha mambantu memulihkan tanggapan negatif terhadap Barisan Nasional (BN).
"Apabila orang seumpama Khalid meroyan dengan kehadiran pimpinan PAS di majlis penjelasan Islam anjuran Umno sendiri, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej PAS di mata rakyat," katanya kepada FMT.
Khairuddin turut mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara bersama rakyat Malaysia untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air.
Antaranya penjelasan mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Mei tahun lalu.
"Jika Umno bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan Umno semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS. PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli Umno.
"Amanah menjadi penyapu kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya. Khalid Samad sendiri menjadi hero yang membentengi segala macam agenda DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan RUU 355," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: ‘Protes tuala’ bukti Umno kehabisan modal serang Azmin

Posted: 01 Jan 2017 09:47 PM PST

Khairuddin berkata, tiada isu yang boleh digunakan Umno untuk menyerang kerajaan negeri Selangor kerana DEIG sudah diperbaiki bagi menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat.
Mohd-Khairuddin-Othman
PETALING JAYA: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) Selangor kehabisan modal dalam isu kontroversi membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) sehingga memaksa mereka menggunakan "protes tuala" untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengulas tindakan pemimpin Umno Selangor membisu dalam isu DEIG, terutamanya apabila pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengemukakan draf penambahbaikan enakmennya untuk disemak.
"Saya lihat Umno tidak ada isu yang dapat dimainkan untuk menyerang kerajaan Selangor. DEIG sudah diperbaiki untuk menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat Selangor.
"Umno sudah tidak relevan di Selangor sehingga memaksa mereka 'bertuala' di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) bagi mencari publisiti murah," kata Adun Paya Jaras itu kepada FMT sebagai mengulas perkembangan isu DEIG.
Pada 21 Disember lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjalan ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, dengan hanya bertuala dan membawa satu gayung berisi kelengkapan mandian bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang, mulai 19 Disember lalu.
Penyelaras Adun BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan bagaimanapun menolak dakwaan kononnya parti itu kehabisan modal untuk menyerang kerajaan negeri Selangor melibatkan isu DEIG.
"Saya kira BN mengambil langkah proaktif dalam mendedahkan rancangan licik kerajaan Selangor kepada rakyat sehinggakan kerajaan pimpinan Azmin terpaksa mengambil langkah mengkaji semula DEIG ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perang saraf, proses cari identiti Bersatu sedang bermula

Posted: 01 Jan 2017 09:46 PM PST


Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanPerang saraf dan mencari identiti sedang bermula dan berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijangka menggerakkan perubahan besar dalam Pilihan Raya akan datang,kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Kamarulazman Habibur Rahman.
"Perang saraf dan mencari identiti sedang bermula dan berlaku.
"Ramai sedang memerhati dan menilai parti ini yang  dijangka akan membawa perubahan besar dalam PRU akan datang.
"Saya ada menyebut bahawa kualiti sangat penting dalam diri dan parti sebaliknya ia disalahertikan di kalangan ahli.
"Tiba tiba sesetengah pihak begitu seronok mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa saya menyebut bahawa ahli parti ini tidak berkualiti. Sungguh tidak masuk akal.
"Jika kita menyertai parti untuk bertelingkah dan berebut jawatan dan seterusnya mengheret parti dalam situasi yang amat negatif, pasti kita tidak mempunyai kualiti yang diharapkan untuk membantu parti," dedahnya  kepada Malaysia Dateline.
Kamarulazman yang juga Setiausaha Kerja parti berkata, beliau amat menekankan kualiti dalam diri ahli dan parti untuk memastikan kekuatan parti itu.
"Ramai yang telah masuk menjadi ahli dan tidak kurang juga yang telah bertungkus lumus menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menentukan perjalanan parti berlaku dalam keadaan yang licin dan sempurna.
Read More / Baca Lagi >>

Tunjuk bukti saya rasis, Kit Siang cabar Umno

Posted: 01 Jan 2017 09:45 PM PST

Ketua Ahli-ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan ejen mereka untuk meneliti ucapan dan kenyataan yang dibuat dalam tempoh 51 tahun yang lalu dan kemukakan bukti beliau 'anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu'.
Berucap di Raub malam tadi, Lim berkata, semua kenyataan dan ucapan beliau menjadi tatapan awam dan tidak pernah disembunyikan.
"Saya tidak fikir ada lagi pemimpin politik di Malaysia yang telah dituduh selama separuh abad yang lalu, dihina dan difitnah sebagai anti-raja Melayu, anti-Melayu dan anti-Islam.
"Saya menulis dan bercakap hampir setiap hari selama 51 tahun yang lalu dalam perjuangan politik untuk perpaduan, demokratik dan keadilan Malaysia, dan setiap perkataan dituturkan secara terbuka," kata Lim.
Sehubungan dengan itu, Lim yang menganggarkan beliau pernah menutur atau menulis kira-kira 10 juta perkataan dalam kerjaya politiknya dan tiada seorang pun di kalangan pengkritik dapat menemui bukti beliau sebagai 'anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu".
"Cabaran saya kepada para pemimpin Umno, ejen propaganda dan panglima perang siber untuk kemukakan bukti daripada lebih 10 juta perkataan yang saya telah tuturkan atau ditulis dalam 51 tahun yang lalu untuk buktikan saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu.
"Mereka dialu-alukan untuk teliti apa yang saya katakan atau tulis dalam 51 tahun yang lalu termasuk merekod kenyataan, buku, kaset dan video dengan Cawangan Khas untuk membuktikannya," ujar beliau.
Lim menambah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dakwaan paling biasa yang dilemparkan kepadanya adalah beliau menjadi punca rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur dan seorang 'komunis'.

CABARAN MUKHRIZ YANG MESTI DISAMBUT OLEH PENGAMPU NAJIB YANG SEORANG INI

Posted: 01 Jan 2017 09:44 PM PST

Mukhriz Mahathir secara terbuka mencabar Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang dimilikinya berhubung dakwaan beliau adalah calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14 akan datang.

Sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, jelas Mukhriz, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman berhubung dakwaan mengenai dirinya yang dianggap fitnah dan palsu.

Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP yang kini beralih menjadi penyokong dan pengampu Najib Razak, pada 30 Disember lalu membuat dakwaan bahawa Mukhriz adalah calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14.
Kata beliau, persetujuan memilih Mukhriz itu dicapai dalam satu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang pada 3 Disember lalu.

Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan Pakatan Harapan yang sudah menjalin kerjasama dengan PPBM, sedar bahawa calon Perdana Menteri belum lagi diputuskan secara muktamad meskipun gabungan itu semakin menjadi pilihan rakyat serta kian hampir untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Bagi Pakatan Harapan, persoalan siapa Perdana Menteri tidak perlu keputusan yang tergesa-gesa kerana keutamaan mereka  ialah mengukuhkan kerjasama untuk mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib yang dianggap beban terbesar dalam sejarah negara.

Kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM mengenainya boleh "digoogle" dengan mudah untuk membuktikan hakikat itu. Pokoknya, belum ada persetujuan yang muktamad.

Lantaran itu, adalah menghairankan bagaimana Tunku Aziz yang bibirnya beratib memuji Najib sepanjang masa lebih mengetahui siapa calon Perdana Menteri berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

CERITA LELAKI BANYAK HUTANG HANTAR ORANG TUNAI HAJI KE MEKAH

Posted: 01 Jan 2017 09:43 PM PST

Ini adalah cerita yang pernah berlaku di zaman dahulukala. Ia tdak ada kena-mengena dengan sesiapa atau mana-mana pihak, sama ada yang masih hidup, sedang mati atau sudah meninggal dunia.

Di sebuah pekan, tinggal seorang lelaki yang tidak menentu dan tidak berapa ketahuan kehidupannya. Beliau bekerja di sebuah kasino dan dalam masa yang sama mempunyai hobi berjudi, minum arak dan berhutang di sana-sana untuk membiayai kehidupannya.

Hidupnya kelihatan agak kaya dan bergaya. Kereta mewah dan rumahnya nampak besar-besar belaka. Tetapi, beliau bukanlah berasal daripada keturunan yang kaya-raya dan mempunyai banyak harta.

Kepada rakan-rakan rapatnya, beliau ada bercerita mengenai hutangnya yang banyak dengan ceti dan harta-harta miliknya dijadikan cagaran untuk mendapatkan wang bagi membiayai gaya hidupnya.

Jumlah bayaran bunga hutang-hutangnya kepada ceti itu tentulah amat tinggi dan boleh membuatkan orang-orang yang mendengarnya geleng kepala. Tetapi, beliau selalu senyum dan relaks saja dalam hidupnya.

Tiba-tiba, lelaki itu membuat keputusan untuk menghantar beberapa adik-beradiknya menunaikan haji ke Mekah.

Hebohlah orang-orang di pekan itu bercerita mengenai kemurahan hati lelaki yang bekerja di kasino dan suka berjudi, minum arak dan banyak berhutang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kelakar! Rakyat malaysia buat ini apabila petrol naik!

Posted: 01 Jan 2017 07:56 PM PST

BR1M Itu Rasuah Kerana Diagihkan Melalui UMNO

Posted: 01 Jan 2017 07:14 AM PST

Air percuma Selangor bukan rasuah - Abdullah Sani

Posted: 01 Jan 2017 07:14 AM PST

Orang Gila Pun Tak Pakai Tuala Siang Hari Ke SUK

Posted: 01 Jan 2017 07:13 AM PST

PEDAS TEPAT ke MUKA!! Negara Bukan DIPERINTAH Oleh Najib TAPI Rosmah!!!

Posted: 01 Jan 2017 07:13 AM PST

Harapan rakyat marhaen 2017

Posted: 01 Jan 2017 07:12 AM PST

'Dedah bukti atau berdepan tindakan saman’ - Mukhriz Mahathir

Posted: 01 Jan 2017 06:02 AM PST

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar supaya bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.
Menurut beliau, sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut.
Mukhriz Mahathir "Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Abdul Aziz) perlu mendedahkan siapakan pemberi maklumat tersebut.
"Kalau beliau tidak dedahkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.
Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan berkenaan adalah tidak berasas malah ia hanya berunsur fitnah semata-mata.
"Saya hairan macam mana seorang yang kita kenali sebagai orang yang hebat boleh keluarkan kenyataan tak masuk akal dan berunsur fitnah sebegitu.
"Saya sendiri terkejut yang beliau boleh percaya kepada dakyah-dakyah sebegini sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

FAS harap Azmin tidak lari daripada melangsaikan hutang

Posted: 01 Jan 2017 05:59 AM PST

Setiausaha Agung Rosman Ibrahim berkata menteri besar Selangor dijemput menghadiri mesyuarat exco FAS sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan
rosma-mohd-ibrahim_azmin-ali__selangor_60021
KUALA LUMPUR: "Jangan lari daripada tanggungjawab melangsaikan gaji dan bonus pemain walaupun selepas melepaskan jawatan."
Itu harapan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016.
Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.
Rosman turut menjelaskan FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama 2 hari lalu.
"FAS hanya akan mengadakan mesyuarat exco khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan.
Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan exco, turut dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan.
Rosman berkata FAS kecewa dengan tindakan Mohamed Azmin dan Amirudin, yang sering menegaskan jalan penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi skuad Gergasi Merah itu, adalah dengan mengadakan pertemuan antara FAS dan mereka.
"FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat exco sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS.
"FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Makkal Sakti mahu tanding PRU14

Posted: 01 Jan 2017 04:12 AM PST

Parti Makkal Sakti Malaysia berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan sama ada parti itu akan diberi peluang bertanding pada PRU14.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang.
"Kalau diberi peluang kepada Makkal Sakti kami akan menerimanya tetapi jika tidak diberi kerusi pun kami tetap akan menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 parti itu di Ipoh hari ini yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Thanenthiran berkata setakat ini parti itu mempunyai 123,000 anggota di
seluruh negara dan 75 peratus daripadanya adalah golongan belia.
Katanya 4,000 anggota parti itu yang terdiri daripada pemuda dan wanita
telah menggerakkan jentera pilihan raya di seluruh negara demi memastikan BN mampu menang majoriti dua pertiga dalam PRU14.
"Kami tetap menyokong penuh gandingan pemimpin BN, walaupun sering dihimpit tohmahan dan fitnah, ia tidak mampu menggugat keyakinan masyarakat India," katanya.
Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Kami bukan proksi Dr M, kata Warisan

Posted: 01 Jan 2017 04:11 AM PST

Setiausaha agung Parti Warisan Sabah berkata khabar angin yang menjadi viral itu fantasi pasukan siber.
Loretto_warisan_600
PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menepis dakwaan yang mengatakan parti itu proksi parti politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Tidak betul sama sekali. Barangkali ini khabar angin yang diviralkan oleh teori konspirasi pasukan siber yang tidak bertanggungjawab," kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. dalam satu kenyataan hari ini.
Padua menjawab artikel "Orang Asal dismiss Shafie as Dr M's proxy" yang disiarkan FMT pada 27 September oleh Joe Fernandez. Menurut artikel itu, beberapa orang dalam kalangan Orang Asal di Sabah melihat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai proksi Dr Mahathir.
Padua berkata sebelum penubuhan Warisan, sebahagian besar pemimpinnya berjuang bermati-matian untuk Sabah dan kawasan masing-masing tanpa bantuan Dr Mahathir.
Bagaimanapun, beliau menambah tidak pernah gerakan "besar-besaran" untuk menewaskan Umno Sabah sejak 1994, seperti yang digerakkan Warisan.
"Kita saksikan gerakan ini sesuatu yang dinantikan rakyat Sabah, sejak sekian lama, iaitu kebangkitan sebuah parti tempatan yang boleh merampas 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipegang Umno Sabah dan kerusi lain.
"Tidak hairanlah mengapa usaha digerakkan untuk mencemar nama baik pemimpin muda Warisan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat Sabah agar kita lupa matlamat asal menewaskan Umno Sabah."
Bagi tahun 2017, Warisan merancang untuk menghidupkan sokongan akar umbi dan memperkukuh parti, tambahnya.

Halalkah pergi haji guna wang 1MDB dari Pulau Cayman?

Posted: 01 Jan 2017 04:09 AM PST

Tun Mahathir Mohamad tidak salah mempersoalkan sumber dana Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sama ada wajar ia digunakan untuk menaja jemaah haji di Makkah, kata ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Raja Kamarul berkata perkara itu juga dibangkitkan beliau di Parlimen dua tahun lalu, selepas pendedahan bahawa 1MDB melabur dana di kepulauan Cayman.
"Saya sendiri sudah berkali kali bertanya di Parlimen sejak dua tahun lepas mengapa wang 1 MDB telah dilaburkan di sistem kewangan kepulauan Cayman, iaitu pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap terkenal dunia, dan adakah sumber wang ini digunakan untuk membiayai haji oleh 1MDB ?
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain dari menyatakan "ia adalah pelaburan jangka masa pendek".
"Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Selain itu, katanya, banyak rahsia mengenai pelaburan 1MDB di tempat haram terbongkar seperti pelaburan dalam kelab malam terkenal di Las Vegas berjumlah ratusan juta dollar dan penerbitan filem berunsur lucah, Wolf Of Wall Street.
"Selebriti Hollywood Leonardo DeCaprio yang menjadi pelakon utama memberi kesanggupan memulangkan wang diterima beliau kepada rakyat Malaysia jika ia merupakan wang diperolehi dengan tidak sah," kata Raja Kamarul.

Terdahulu Mahathir mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Susulan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.
'Ulama cari makan'
Pada masa sama, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilapor berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak.
"Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji," katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.
Read More / Baca Lagi >>

Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Posted: 01 Jan 2017 12:23 AM PST

Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.
Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian.
"Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.
"Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri.
Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:12 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Felda rugi: Najib, Umno kena tarik balik ucapan dasar PAU

Posted: 31 Dec 2016 10:37 PM PST


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika Umno BN kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.
"Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan ditutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.
"Ternyata ucapan tersebut adalah satu 'kurafat' yang ditanam untuk memperbodohkan bangsa Melayu khususnya ahli Umno sedangkan apa yang berlaku kini terhadap Felda adalah kerana ketidakcekapan mengurus," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Felda yang berada dalam keadaan tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh ke paras rendah menimbulkan kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.
Ini katanya, ditambah lagi dengan pembelian 37 peratus saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) yang dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga dua hingga tiga kali ganda melebihi harga pasaran.
Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).
"Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.
Mahfuz mempersoal jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda apabila pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dalam kalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan.
"Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja. Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion, lebih dari harga sebenar.
"Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?
"Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini skandal 1MDB part 2 yang akan meranap ekonomi Malaysia".
"Di samping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012," jelasnya.
Justeru kata Mahfuz, tindakan menyalahkan bangsa Cina dan DAP atas perbuatan jenayah yang dilakukan pimpinan Umno adalah satu perbuatan yang memalukan bangsa Melayu dan umat Islam.
"Adakah Najib sedar bahawa reputasi beliau sebagai perdana menteri akan rosak, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam saham FGVH?
"Tindakan perwakilan Umno bersama ahli Majlis Tertinggi meluluskan dan menerima ucapan dasar Najib dengan tepukan gemuruh suatu tindakan yang bodoh dan merelakan diri diperbodohkan oleh Najib.
"Ternyata sebelum Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN tumbang pada PRU14 nanti, Felda yang menjadi tulang belakang 'institusi kebanggaan bangsa Melayu' terlebih dahulu sedang dirobohkan oleh Umno bersama Najib," katanya.
Beliau mencadangkan Umno mengadakan sidang khas untuk membawa usul bagi menarik balik kelulusan dan penerimaan ucapan dasar dan membawa usul baharu menolak ucapan dasar tersebut.
"Apa yang sedang berlaku pada Felda pada hari ini mewajar dan mewajibkan untuk seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu menolak Umno BN pada PRU14 demi menyelamatkan kelangsungan kuasa politik Melayu yang bermaruah, beretika dan beramanah bagi menegakkan kerajaan 'Malaysia Baru' tanpa Umno BN," katanya.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Kamu suka dengan terong.....?

Posted: 01 Jan 2017 10:27 AM PST

LIA IZHMA
Terong dengan beragam jenis yang ada, entah terong belanda, terong ungu, hijau maupun panjang merupakan salah satu menu favorite oleh beragam kalangan. Rasanya yang khas serta lezat untuk beraneka masakan menjadikan terong selalu hadir di berbagai menu kuliner.

Dibalik kelezatannya, sayur (disebut juga buah) terong ini memiliki banyak faedah serta manfaat untuk kesehatan. Kaya kandungan mineral (kasium, besi) dan vitamin dan senyawa antioksidan aktif yang berperan untuk meningkatkan sistem metabolisme tubuh sampai mencegah pertumbuhan sel kanker.

Akan tetapi...

Tak semua orang tahu serta memahami bagaimana caranya memasak yang direferensikan oleh pakar nutrisi supaya kandungan gizi didalamnya tak hilang. Dan tak menyebabkan efek samping yang sangat membahayakan untuk tubuh dalam jangka panjang.

Menurut Shubhra Krishan, seorang pakar gizi dan ahli herbal terkemuka, juga penulis buku laris dengan tema pengobatan tradisional mengatakan bahwa ada 2 hal penting yang perlu di perhatikan dalam memasak terong.

Berikut hal penting yang perlu di perhatikan dalam memasak terong, antara lain :

1. Kulit terong kaya nutrisi

Memasak terong sangat dianjurkan untuk tidak mengupas atau membuang kulitnya. Lantaran konsentrasi kandungan " phytonutrients " (nutrisi yang bermanfaat untuk meningkatkan sirkulasi darah serta menyehatkan otak) ada pada bagian kulitnya.

2. Jangan masak dengan digoreng

Menurut Shubhra, terong adalah bahan yang memiliki karakter menyerap banyak lemak. Begitupula saat terong dimasak dengan memakai minyak goreng, jadi akan menyerap banyak lemak. Dimana serapan lemak dalam jumlah banyak itu justru merugikan kesehatan. Dianjurkan dimasak lewat cara dipanggang.

Menurut Dr. Waluyo Soerjodibroto, Ph. D., DSG, ahfi gizi dari UI. Terong mempunyai zat tertentu, bisa menurunkan cholesterol. Artinya, mengonsumsi terong secara bersamaan dengan makanan berkolesterol, malah membuat cholesterol pada makanan itu menurun. Namun, itupun apabila terong di sajikan dengan cara di rebus atau kukus. Karena terong yang di beri bumbu yang dimasak dengan menggoreng, terlebih dimasak dengan santan, maka hilang semua khasiatnya, Yang ada hanya rasa nikmat di lidah.

Memang benar, segala sesuatu pasti ada ilmunya. Bila kita meremehkan dua hal di atas, tentu tujuan untuk mendapatkan manfaat kesehatan dari konsumsi terong tidak akan terwujud.

Mudah-mudahan dengan cara tepat untuk mengolah serta memasak terong menjadikan tubuh kita lebih sehat jauh dari bermacam penyakit setelah teratur mengonsumsinya. Aamiin, inshaAllah.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:12 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Felda rugi: Najib, Umno kena tarik balik ucapan dasar PAU

Posted: 01 Jan 2017 05:39 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mahfuz OmarMahfuz Omar

Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika Umno BN kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.

"Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan ditutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.

"Ternyata ucapan tersebut adalah satu 'kurafat' yang ditanam untuk memperbodohkan bangsa Melayu khususnya ahli Umno sedangkan apa yang berlaku kini terhadap Felda adalah kerana ketidakcekapan mengurus," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Felda yang berada dalam keadaan tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh ke paras rendah menimbulkan kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.

Ini katanya, ditambah lagi dengan pembelian 37 peratus saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) yang dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga dua hingga tiga kali ganda melebihi harga pasaran.
Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).

"Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.

Mahfuz mempersoal jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda apabila pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dalam kalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan.

"Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja. Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion, lebih dari harga sebenar.

"Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?

"Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini skandal 1MDB part 2 yang akan meranap ekonomi Malaysia".

"Di samping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012," jelasnya.

Justeru kata Mahfuz, tindakan menyalahkan bangsa Cina dan DAP atas perbuatan jenayah yang dilakukan pimpinan Umno adalah satu perbuatan yang memalukan bangsa Melayu dan umat Islam.

"Adakah Najib sedar bahawa reputasi beliau sebagai perdana menteri akan rosak, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam saham FGVH?

"Tindakan perwakilan Umno bersama ahli Majlis Tertinggi meluluskan dan menerima ucapan dasar Najib dengan tepukan gemuruh suatu tindakan yang bodoh dan merelakan diri diperbodohkan oleh Najib.

"Ternyata sebelum Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN tumbang pada PRU14 nanti, Felda yang menjadi tulang belakang 'institusi kebanggaan bangsa Melayu' terlebih dahulu sedang dirobohkan oleh Umno bersama Najib," katanya.

Beliau mencadangkan Umno mengadakan sidang khas untuk membawa usul bagi menarik balik kelulusan dan penerimaan ucapan dasar dan membawa usul baharu menolak ucapan dasar tersebut.

"Apa yang sedang berlaku pada Felda pada hari ini mewajar dan mewajibkan untuk seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu menolak Umno BN pada PRU14 demi menyelamatkan kelangsungan kuasa politik Melayu yang bermaruah, beretika dan beramanah bagi menegakkan kerajaan 'Malaysia Baru' tanpa Umno BN," katanya.

Mukhriz cabar Tunku Aziz dedah bukti wujud pakatan sulit

Posted: 01 Jan 2017 03:58 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk mendedahkan bukti dan sumber berhubung dakwaan wujud pakatan sulit untuk 'menaikkannya' sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya akan datang. 
 
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian. 
 
"Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Aziz) perlu mendedahkan siapakah pemberi maklumat tersebut.
 
"Kalau beliau tidak dedahkan saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini," katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Tunku Aziz pada Jumaat lalu mendakwa wujud pakatan sulit antara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu. 
 
Dedah Tunku Aziz, perjanjian itu menetapkan Mukhriz dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan 'political red herring' (politik mengalih tumpuan).
 
Mengulas lanjut, Mukhriz bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah.
 
Katanya kenyataan Tunku Aziz itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar PPBM dan PH.
 
Katanya, PPBM hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul.
 
"Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.
 
"Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha PPBM yang ingin menyelamatkan Malaysia,"katanya lagi.  
 
 

HIPOKRASI NAJIB?

Posted: 01 Jan 2017 03:55 AM PST

shahbudindotcom

Antara intipati atau mesej dalam perutusan Tahun Baru 2017 oleh Najib Razak ialah beirkrar akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan serta kebajikan rakyat.

Mesej beliau itu disebarkan melalui media pada petang semalam.
 
 
 
Tetapi, hanya beberapa jam kemudian iaitu pada sebelah malamnya sudah diumumkan kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen.

Kenaikan yang merupakan "hadiah Tahun Baru paling bernilai"  itu lantas menyebabkan stesen-stesen minyak di seluruh negara sesak dengan pengguna kenderaan yang beratur panjang untuk mengisi petrol dan diesel sebelum harganya dinaikkan menjelang jam 12 malam.
 
 
 
 
Lalu, di mana janji menjaga kebajikan rakyat?

Kemudian terdedah pula percutian Najib bersama keluarganya di beberapa lokasi percutian di Australia.
 
 
 
 
Sejak menjadi Perdana Menteri, bercuti di hujung tahun dan seterusnya menyambut Tahun Baru di luar negara seperti sudah menjadi "amalan wajib"  bagi Najib, tidak kira apa pun kemelut atau kekalutan yang sedang berlaku dalam negara.
 
 
 
 
Banjir, ribut taupan, hutang negara mencanak, saham Felda merudum, ringgit jatuh, rakyat dibebani kesusahan, harga minyak naik dan apa juga keperitan yang berlaku dalam negara..."coti tetapi coti" bagi Najib yang sentiasa basah dengan perkataan wassatiyah di bibirnya.

Cuba lihat di mana Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di ketika Tahun Baru 2017 menjelma. 
 
 


Tanpa kerap menyebut perkataan wassatiyah, Jokowi tidak hipokrasi antara kelakuan dan kata-katanya yang diucapkannya


Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti

Posted: 01 Jan 2017 03:23 AM PST

MALAYSIAKINI



Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.

Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.

Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.
Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.
Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.
Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.
Hari ini, Norashman kembali berbasikal apabila dia memuat naik gambar bersama Najib.

"Kayuhan terakhir tahun ini dengan bapa saya yang paling akrab. Selamat Tahun Baru terlebih dahulu kepada semua dan harap 2017 bagi setiap orang diberkati dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan gelak ketawa," katanya dengan menandakan 'Perth' pada catatan tersebut.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Kronologi
Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.
24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.

29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.
30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.

Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.

Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporan New Straits Times kemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam.

Beliau berada di Kuching untuk melancarkan projek jambatan Batang Sadong pada hari berikutnya.

Data penerbangan juga menunjukkan 9M-NAA berada di Tawau pada 19 Disember, yang hampir sama dengan jadual Najib di sana di mana beliau melancarkan Lebuhraya Pan-Borneo.

Keluarga perdana menteri biasanya pergi bercuti di luar negara pada akhir tahun.


SPRM minta penjawat awam henti main golf di luar negara

Posted: 01 Jan 2017 03:04 AM PST

MALAYSIAKINI



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Katanya, SPRM sentiasa melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penjawat awam.

"Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.

"Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya.

Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.

"They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dzulkifli turut berkata rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam dilihat semakin membimbangkan dan beliau mengingatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

"Segelintir penjawat awam kadang kala lupa mereka seharusnya berkhidmat untuk rakyat dan menjadi pelindung kepada hasil dan kepentingan negara.

"Sekiranya jenayah rasuah dan penyelewengan ini tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat tetapi juga akan mengakibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat terjejas," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Nafi teragak-agak

Sementara itu beliau menafikan pihaknya teragak-agak untuk melakukan siasatan melibatkan ahli politik.

Sebaliknya katanya ia hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda masing-masing.

"Ia hanyalah persepsi semata-mata. Sebenarnya dakwaan itu sering dimainkan dan dikitar semula oleh mereka yang tidak ikhlas serta mempunyai agenda tertentu.

"Ia bukanlah satu perkara atau isu baru kerana telah pun diutarakan berulang kali sebelum saya menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya lagi," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata SPRM sentiasa bersedia menerima sebarang maklumat atau laporan berhubung kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan 'tanpa memilih bulu'.

Tiada istilah ikan bilis, jerung

Katanya, setiap maklumat atau laporan akan disiasat serta diteliti kesahihannya bagi menentukan sama ada ia mempunyai asas dan elemen rasuah sebelum SPRM membuka kertas siasatan.

"Jika hasil siasatan mendapati mana-mana individu terlibat dalam perbuatan rasuah dan ada bukti-bukti yang mencukupi, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengira jawatan, ideologi politik dan kedudukan orang yang disiasat itu," kata beliau.

Tambahnya, dalam memerangi rasuah, tidak wujud istilah 'ikan bilis' ,'jerung', 'anai-anai' atau 'nyamuk' kerana sekiranya mereka tidak dibasmi ia akan membawa kemudaratan besar kepada masyarakat.

"Justeru saya akan memastikan jentera SPRM dilancarkan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira personaliti atau jumlah terlibat.

"Rasuah tetapi rasuah dan ia satu jenayah keji yang harus diperangi habis-habisan," katanya.


2017: Selamatkan negara daripada pemimpin kleptokrat

Posted: 01 Jan 2017 02:58 AM PST

 MALAYSIA DATELINE

Mohd Sany HamzanMohd Sany Hamzan 
ULASAN Negara sedang menghadapi bencana yang sangat kritikal terutama pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai skandal yang melanda negara masih menjadi persoalan rakyat dan mendapat perhatian seluruh dunia. Kini Malaysia dikenali sebagai negara korup yang dipimpin oleh seorang pemimpin kleptokrat.

Ekonomi negara juga semakin merudum dan kehidupan masyarakat terus menekan disebabkan kegagalan pemerintah mengamalkan sikap beramanah dalam pemerintahannya. Rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan tanpa mampu dikawal, ditambah lagi jerutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat sama ada miskin mahupun yang kaya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS Ar-Ra'd [13]: 11)

Keadaan negara yang semakin tenat ini menuntut kepada perubahan rakyat secara total terutama golongan muda yang menjadi faktor serta penentu kepada kuasa pemerintahan negara.

Islam sendiri mengajar kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan menjatuhkan kebathilan yang berlaku.

Tidak ada cara lain selain mengubah pemerintah dengan sebuah kerajaan yang baru dari kalangan pemimpin yang beramanah dan bertanggungjawab.

Kerajaan yang ada pada hari ini sejak turun temurun telah gagal untuk membawa aspirasi rakyat dan keadaanya semakin hari semakin membimbangkan.

Kami mengajak seluruh rakyat mengambil semangat tahun baru ini dengan berazam serta beriltizam untuk membuat perubahan untuk menyelamatkan negara daripada cengkaman pemerintah yang bobrok. Letakkan azam yang membara dalam diri kita untuk melihat negara yang lebih baik.

Selamat menyambut tahun baru 2017.

*  MOHD SANY HAMZAN, Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Jika BR1M bukan rasuah jangan minta penerima undi BN

Posted: 01 Jan 2017 02:53 AM PST

 MOHD ALI HASHIM
 
 
BR1MBR1M


Usaha bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya mahu menutup isu besar yang sedang dipertikaikan rakyat.
Mahfuz OmarMahfuz Omar
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kemungkinan besar kerajaan berharap BR1M dapat membuatkan rakyat lupa terhadap isu 1MDB mahupun rasuah RM2.6 bilion.

"Isu saham Felda Global Ventures Holdings yang merudum teruk masih lagi menjadi masalah yang hangat diperkatakan.

"Pembelian Eagle High Plantations oleh Felda dengan kadar yang lebih tinggi dari harga pasaran amat mencurigakan.

"Begitu juga dengan isu projek Mass Rapid Transit (MRT) serta BR1M yang diberikan pada kadar RM3.28 sehari, " katanya.

Tegasnya lagi, isu membabitkan kepimpinan Najib seperti RM2.6 bilion masih lagi mempunyai seribu satu persoalan yang belum terungkai.

"Isu membabitkan Malaysian Official 1 masih lagi belum diselesaikan sehingga menjelang tahun 2017.

"BRIM untuk tahun 2017 telah dinaikkan sehingga mencecah RM1200.

"Ia juga bersamaan dengan RM100 setiap bulan serta RM3.28 sehari.

"Manakala pemberian ini akan dibuat sebanyak tiga kali bayaran serta ada yang menyatakan bahawa ia berbentuk rasuah dan sebaliknya, " jelasnya lagi.

Namun katanya, bukan hanya isu BR1M yang didakwa sebagai rasuah tetapi banyak lagi skandal rasuah melibatkan kepimpinan Najib perlu dipersoalkan.

"Seandainya BRIM bukan suatu rasuah, adalah wajar bagi kerajaan pimpinan Najib tidak mengharapkan sokongan undian dari penerima BRIM dalam PRU 14 yang akan datang.

"Maka penerima BRIM juga tidak perlu memberi sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Sehubungan itu BN juga tidak perlu mengharapkan sokongan penerima BR1M untuk menyokong mereka dalam PRU yang akan datang, sekiranya ia telus dan bukan bersifat rasuah, " tambahnya lagi.

Katanya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN kini adalah menyemarakkan unsur rasuah kepada rakyat dengan memberi bantuan bagi mengharapkan undi dan sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Pas Kelantan dan Terengganu tak perlukan Pakatan Harapan

Posted: 01 Jan 2017 02:49 AM PST

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas dicadang ketuai pembangkang di Kelantan dan Terengganu jika sertai Pakatan Harapan  Pas dicadang ketuai pembangkang di Kelantan dan Terengganu jika sertai Pakatan Harapan


Pas Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) membenarkan parti itu "mengetuai" pembangkang di dua negeri terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) tidak perlu memberi nasihat atau cadangan kepada Pas kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.

"Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN (Amanah) selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today kelmarin.

Selasa lalu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, jika Pas mahu turut serta dalam pakatan bagi menghadapi PRU14, PH akan membenarkan parti itu "mengetuai" pembangkang di Kelantan dan Terengganu.

"Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka "mengetuai" Kelantan dan Terengganu.

"Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS "mengetuai" di Kelantan and Terengganu," kata Khalid.

Bagaimanapun Che Abdullah mengingatkan Amanah untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan parti itu dibubarkan.

"Di peringkat pusat sendiri ada cadangan daripada pemimpin PKR supaya PAN ini dibubarkan dan bergabung dengan PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama PAN pun sedar tidak ada sebab untuk PAN ini wujud.

"PKR sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan Pas, tetapi tidak pernah lagi mereka beri cadangan supaya Pas dibubar dan bergabung dengan PKR. Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri," katanya.

Katanya, Pas Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi arahan Pas Pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan PH, termasuk Amanah berhubung soal pembahagian kerusi.

"Pas Terengganu sedia berdepan pertandingan tiga penjuru, Pas mempunyai kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah memerintah dua kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.

"Setakat ini, kerusi yang kita bertanding pada PRU lepas kita kekal bertanding dan kita juga putuskan bertanding di semua kerusi di Terengganu melibatkan lapan Parlimen dan 32 Dun. Soal pembahagian kerusi dengan PKR, kita tunggu bagaimana keputusan PAS pusat," katanya.

Fomca jangka kos sara hidup 2017 terus naik

Posted: 01 Jan 2017 02:46 AM PST

MALAYSIAKINI



Tahun baru 2017 memulakan hari pertamanya dengan jangkaan kos sara hidup akan terus meningkat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd yusof Abdul Rahman
menjangkakan perkara itu berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan.

Katanya, rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian.

"Selain isu peningkatan harga barangan dan nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.

"Apatah lagi, sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia," Mohd Yusof seperti dilapor Sinar Harian.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.


Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Mohd Yusof berkata, bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan.

"Biasanya apa yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup adalah dari segi peningkatan harga, tidak kiralah barangan atau perkhidmatan.

"Pada 2016, keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang meleset, jadi kita harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan isu-isu yang sedang berlaku sekarang seperti nilai mata wang negara yang masih rendah.

"Jika masalah ini dapat diatasi ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kepada rakyat," katanya.
Mohd Yusof turut menasihatkan rakyat di negara ini supaya menguruskan kewangan mereka dengan cara berhemah.

"Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu sahaja dan selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang," beliau dilaporkan sebagai berkata.


Liow akan bincang dengan PM isu peruntukan sekolah Cina

Posted: 01 Jan 2017 02:43 AM PST

 
 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan membawa isuperuntukan untuk sekolah-sekolah rendah Cina kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dari masa ke semasa, dan akan membuat susulan tidak lama lagi untuk memastikan RM50 juta yang diperuntukkan untuk sekolah Cina akan dikeluarkan.

"Dari masa ke semasa, kami telah berbincang dengan perdana menteri. Kami akan terus membuat susulan dengan perdana menteri mengenai isu ini,"katanya kepada pemberita di Rawang hari ini ketika ditanya bila perbincangan itu akan diadakan.

Dua minggu lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan laporan media bahawa kementeriannya telah mengehadkan akses peruntukan tahunan RM50 juta disebabkan kekurangan dana.
Wang itu bertujuan bagi penyenggaraan dan pembangunan sekolah-sekolah Cina.

China Press memetik Mahdzi sebagair berkata perkara itu boleh diselesaikan dalam minggu terakhir 2016. Jika tidak, sekolah perlu "mengambil apa yang ada".

Menurut Timbalan Mahdzir, Chong Sin Woon minggu lalu, MCA menegaskan bahawa kerajaan perlu membuat pembayaran penuh RM50 juta yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah berkenaan, dan parti itu telah menolak pembayaran separuh daripada dana berkenaan.

Haji tak mabrur jika guna duit 1MDB, kata Mahathir

Posted: 01 Jan 2017 02:40 AM PST

MALAYSIAKINI



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.

Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?

"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://www.azmykelanajaya.com/

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.

Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.

Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.

Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai program ini.

Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.

"Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.

Felda lengahkan bantu peneroka, beli saham Eagle High boleh pula

Posted: 01 Jan 2017 02:28 AM PST



Oleh Datuk Mohd Ariff Sabri


Banyak isu Felda dan peneroka kita dengar hari ini. Felda Global Ventures (FGV) rugi dan terus rugi. Ada pihak yang berasa bangga dengan mengatakan kerugian suku tahun ini kurang dari kerugian suku tahun dahulu. Memang begitulah rasionalisasi orang kecundang.

Mereka mengaitkan prestasi ini dengan kelembapan ekonomi di seluruh dunia. Tetapi, ada beberapa perniagaan perladangan lain yang berdepan dengan iklim ekonomi yang sama, tidak pula mengalami kerugian seperti FGV. Maka janganlah FGV mempersendakan kepintaran kita, orang Malaysia.

Saya tidak mahu memukul keliling semak – apa yang berlaku kepada Felda atau FGV ialah dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 90 peratus FGV dikuasai oleh kerajaan.

Orang lupa bahawa Felda itu 100 peratus milik kerajaan. Kerajaan, melalui semua pemegang saham FGV, menguasainya sebanyak 90 peratus. Jadi bolehkah apa-apa yang dilaksanakan oleh FGV dilakukan tanpa kebenaran Najib?

Kerugian FGV ialah kerana mutu pengurusannya; pelaburan yang merugikan serta penyelewengan yang berlaku ke atas rizab tunai. Ia mempunyai pelaburan yang merugikan, melakukan pembelian perniagaan dan hartanah yang menyebabkan rizab tunai semakin menurun.

Garis pemisah antara Felda dan FGV sangat nipis. Felda dan FGV hampir 90 peratus milik kerajaan Malaysia. 10 peratus sahaja dimiliki oleh warga asing. Tidak berguna kita bercakap mengenai Felda dan FGV seolah-olah ia dua entiti yang berlainan. Kesemua keputusan dibuat oleh kerajaan Malaysia dan apabila disebut kerajaan Malaysia, keputusan tentunya dibuat oleh Perdana Menteri.

Maka janganlah kita menipu diri sendiri. Apabila Felda dan bukan FGV yang mahu beli 37 peratus saham dalam syarikat Peter Sondakh, ia berlaku kerana Perdana Menteri mahukan ia sedemikian.
Di sinilah akan bermulanya masalah kepada kita. Kita sudah tahu model perniagaan Najib. Ianya 1MDB sekali lagi.

Felda pula mengisytiharkan akan membeli 37 peratus dari Eagle High Plantations dengan harga RM2.3 billion. Ini satu camera trick sahaja. Selepas FGV batalkan pembelian, Felda pula yang akan mengambil alih.

Mengapakah ladang Peter Sondakh ini terlalu penting dan mesti dibeli seolah-olah kalau tidak dibeli, dunia akan kiamat?

Memang benar pembelian ini akan memberi akses kepada Felda untuk tanah yang belum ditanam dan akan membaiki profil umur pokok sawit yang mereka ada, tetapi pembukaan ladang baru akan menelan belanja yang banyak juga.

Jadi saya tidak fikir Felda akan pinjam RM2.3 billion sahaja. Mereka mesti pinjam lebih. Kita berputar kembali kepada model yang melibatkan pembangunan perniagaan dengan menerbitkan instrumen hutang.

Felda menyatakan ia tidak menggunakan wang Felda. Ia tidak ada duit, jadi bagaimana boleh membiayai pembelian Eagle High? Apakah maksud sebenarnya? Adakah Felda akan berhutang dan membuat pinjaman? Kita sudah pun ada satu contoh perniagaan yang dibangunkan di atas hutang. Ia telah gagal dan hanya memberi peluang kepada beberapa individu merompak wang dari 1MDB.

Jadi bagaimana Felda membiayai pembelian ini? Bukankah ia memperolehi hampir RM10 billion pada tahun 2012? Dan sudah tentu ia mendapat pulangan dari pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh pengurus-pengurus Felda yang bergeliga otak mereka itu.

Tetapi kita juga tahu, Felda berhutang dengan EPF sebanyak RM6.5 billion. Kos faedah bayaran hutang Felda akan bertambah, seterusnya akan mengurangkan rizab tunainya.

Setakat ini kita tahu sumber pendapatan Felda ialah pelaburannya. Ia tidak lagi meraih pulangan dari ladang kerana ladang seluas 360,000 hektar tersebut sudah pun dipajak kepada FGV selama 99 tahun dengan bayaran pajak RM250,000 setahun. Jadi, sumber pendapatannya sebanyak RM250 juta setahun dan 15 peratus kongsian untung operasi dari bisnes ladang FGV. Pulangan dari pelaburan lain pula semuanya teruk belaka.

Obligasi ke atas peneroka Felda masih tinggi. Dengan memindahkan sebahagian tanggungjawab mengendalikan perniagaan kepada FGV, mungkin Felda hanya memerlukan RM1 billion setahun untuk mengurus peneroka dan perniagaannya sendiri. Sebelum ini, ia memerlukan secara purata RM1.7 billion setahun.

Dengan pendapatan sekitar RM500 ke 600 juta, setiap tahun wujud defisit. FGV mengambil alih 30 hingga 40 peratus kos perniagaan Felda. Jadi, jika dahulu Felda memerlukan dana sebanyak RM1.7 hingga RM2 bilion untuk proses mentadbir dan mengurus, kali ini mereka dapat jimat hampir RM680 hingga 800 juta setahun. Namun, ia masih memerlukan sekitar RM1 bilion setahun dan dengan pendapatan RM500 hingga 600 juta setahun, masih ada defisit sekitar RM400 juta setahun.

Dari mana Felda mahu menampung defisit ini? Jika sekarang ia pemilik 37 peratus Eagle High, pulangannya setakat 37 peratus keuntungan. Malah, ia masih bergantung kepada kecekapan menjalankan perniagaan oleh Eagle High kerana tidak mempunyai kuasa ke atas pengurusan syarikat itu. Bolehkah 37 peratus pegangan dalam Eagle High memberi pendapatan paling kurang RM500 juta setahun?

Dengan penuh harapan menggunung, pengurusan Felda dengan segera menyatakan, pembelian ini akan meletakkan Felda di tempat yang strategik. Mengapakah kita tidak yakin dengan kenyataan ini?

Kehidupan di bawah sinar FGV selama ini tidaklah sebagus mana. Peneroka yang menghantar BTB (buat tandan baru) ke kilang-kilang FGV lambat mendapat pembayaran; kontraktor pengangkutan pula tidak dibayar segera. Peneroka mendapat pendahuluan sara hidup (secara hutang) sekitar RM1500 sebulan. Ini bukanlah durian runtuh kepada peneroka. Wang durian runtuh RM15,000 kepada satu keluarga dahulu sudah habis. Wang untuk tanam semula pula tidak mencukupi.

Mengapa Felda memilih untuk membeli ladang Peter Sondakh kawan Najib tetapi tidak mahu membantu peneroka? Felda masih bertanggungjawab ke atas golongan peneroka kerana mereka mendapat sewa berjumlah RM250 juta setahun dan 15 peratus dari untung operasi melalui perniagaan perladangan FGV. 

Jika mereka ada wang sebanyak RM2.3 billion, mereka harus selamatkan peneroka dahulu dan beri mereka sara hidup lebih dari RM1500 sebulan. – Roketkini.com

*Datuk Mohd Ariff Sabri merupakan Ahli Parlimen Raub mewakili parti DAP


Rakyat perlukan reformasi ekonomi dalam perumahan, pengangkutan dan kesihatan, bukan hanya BR1M

Posted: 01 Jan 2017 02:22 AM PST


Roketkini.com

KLUANG: Langkah terbaik bagi meningkatkan pendapatan 60 peratus golongan berpendapatan terendah adalah dengan membuat reformasi ekonomi, terutamanya melibatkan tiga sektor, iaitu perumahan, pengangkutan awam dan kesihatan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, sebahagian besar 60 peratus golongan berpendapatan terendah membelanjakan wang pendapatan untuk ketiga-tiga urusan tersebut.

Oleh itu, jelasnya, jika kesemua perbelanjaan itu dapat dikurangkan, golongan tersebut mampu mengecapi kualiti kehidupan yang lebih baik. Malah, pendapatan boleh guna mereka dapat ditingkatkan.

"Hal ini akan memberi kesan positif terhadap perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Pengerusi DAP Johor itu menegaskan bahawa kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak wajar bersikap buas menjual rumah kepada rakyat terbanyak atas dasar keuntungan semata-mata.

"Sebaliknya mereka harus bertindak dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab untuk menyediakan perumahan yang mampu dan selesa.

"Ironinya, antara pemaju yang berada pada 'ranking' tertinggi membuat keuntungan menerusi projek hartanah adalah syarikat berkaitan kerajaan!" ujarnya.

Bagi sektor pengangkutan awam pula, katanya, kerajaan mesti memastikan bahawa kemudahan pengangkutan awam yang disediakan benar-benar memanfatkan rakyat, dan bukannya demi faedah kontraktor.

Caranya adalah dengan menyediakan tambang yang berpatutan di samping servis yang cekap agar rakyat tidak lagi dibebani lambakan hutang akibat kos penyelenggaraan kereta dan petrol.

"Jika pengangkutan awam cukup efisyen, ia dapat menjadi alternatif utama kepada rakyat dan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah," jelasnya.

Chin Tong menambah, perkara sama turut berlaku dalam sektor kesihatan apabila banyak hospital swasta di Malaysia dimiliki GLC seperti Khazanah dan Sime Darby.

"Dwi sistem dalam aspek kesihatan ini telah menyebabkan rakyat terbanyak turut memilih perkhidmatan serta kepakaran ditawarkan di hospital swasta sekalipun terpaksa membayar kos yang tinggi.

"Meskipun pahit, kita terpaksa menelan hakikat terdapat rakyat berpendapatan rendah yang terpaksa membuat pinjaman untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Kesannya, komitmen bayaran balik pinjaman tersebut sudah pasti memakan tahun. Hal ini memberi kesan penyusutan kepada pendapatan boleh guna isi rumah," ujarnya.

Sehubungan itu, Chin Tong menegaskan bahawa pemberian saguhati seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian ampuh kepada kemelut kewangan yang menimpa 60 peratus golongan berpendapatan terendah seperti yang diwar-warkan kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat pada 2011 tampil dengan pakej reformasi ekonomi yang mahu menjaga kebajikan sosial rakyat terbawah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi respon dengan melancarkan BR1M.

"Dari konteks pilihan raya, saya terpaksa akui bahawa BR1M dan pendekatan 'cash is king' sangat berkesan untuk UMNO – Barisan Nasional berhadapan PRU 2013.

"Pun begitu, dalam keadaan di mana peluang pekerjaan yang baik dan berbaloi amat sukar didapati, peningkatan kos sara hidup yang amat tinggi, cukai GST yang menjerut dan pelbagai lagi kelemahan urustadbir yang wujud hari ini, BR1M tidak lagi mampu menjadi senjata Najib memenangi hati dan memenuhi keperluan rakyat," tegasnya. – Roketkini.com


MPK tak mohon permit pertunjukan bunga api - Polis

Posted: 01 Jan 2017 02:14 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 KLANG: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini, malam tadi.
 
Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu. 
 
"Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember hingga Ahad.
 
Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.
 
Alzafny berkata, MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.
 
Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.
 
Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara. 
 
Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.
 
Mohamad Yasid berkata, langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang.
 
 

Terlalu awal label PPBM parti bermasalah - penganalisis

Posted: 01 Jan 2017 02:11 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terlalu awal untuk melabelkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan dengan kemelut, kata penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain.
 
Atory berkata demikian sebagai mengulas pendedahan yang dibuat bekas ahli parti itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa PPBM kini dilanda kemelut ekoran rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan presidennya, Tan Sru Muhyiddin Yassin.
 
"Saya rasa masa ini tidak boleh katakan kemelut dalaman, (saya) tidak fikir begitu. Kita kena sabar jangan ikut budaya Umno. Dia (Khairuddin) sukalah budaya ini. (Budaya) mengada-adakan cerita. 
 
"Kita tidak boleh buat satu kesimpulan bahawa ini kemelut dalaman, belum masanya lagi," katanya kepada Antarapos.
 
Muhyiddin kini dipercayai sedang bercuti di Eropah.
 
Khairuddin yang juga, bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu mendakwa tindakan presiden PPBM itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.
 
Merujuk kepada kenyataan itu, Ahmad Atory berkata sebagai orang luar Khairuddin tidak sepatutnya masuk sudahpun 'angkat kaki' pada 28 Oktober lalu.
 
"Datuk Khairuddin tidak sepatutnya membuat teguran itu sebab dia bukan lagi ahli BERSATU (PPBM), apa yang dia nak ceritakan. Kalau betul dia nak kritik, kena berhubung dengan Tan Sri (Muhyiddin) dulu dimana dia berada sekarang," katanya.
 
Lebih lanjut, Khairuddin hanya akan mengeruhkan keadaan dan kepercayaan ahli kepada Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengepalai parti itu dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak, ujar Atory.
 
"Yang dia (Datuk Khairuddin) kritik sana sini tu buat apa? Mengeruhkan keadaan. Adakah dia sudah menghubungi Tan Sri. Kena cakap terang-terang suruh Muhyiddin balik, buat apa lama sangat diluar negeri. Kalau dia tidak mahu balik itu barulah kritik," ujarnya lagi.
 
PPBM juga dipalit kontroversi berhubung isu 'pengguguran' Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi selain pengumuman bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang bertindak keluar dari parti berkenaan.
 
Ezam hanya menyertai PPBM selama hampir tiga bulan sahaja, selepas keluar daripada Umno pada 2 Oktober 2016.