Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Unknown | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Asal-usul fitnah kaitkan DAP dengan komunis

Posted: 06 Jan 2017 06:27 PM PST





Penipuan yang diulang-ulang mampu menjadikan ia diterima sebagai kebenaran. Keadaan ini dikenali sebagai 'illusory truth effect' yang mula mendapat perhatian pakar-pakar psikologi pada tahun 1977 seiring munculnya Pink Floyd, Johnny Deep, Ramones, Santana dan banyak lagi-anda namakannya sendiri.
Mungkin akan lebih difahami jika saya katakan, teori itu wujud sejurus Amerika Syarikat tewas dalam perang di Vietnam yang berakhir pada 1975.
Tujuh tahun kemudian iaitu pada 1982, filem First Blood-Rambo muncul. Siri-siri Rambo, selain hiburan seisi keluarga, ia dilihat sebagai langkah menangani persepsi negatif dunia ke atas Amerika yang tewas kepada angkatan bersenjata rakyat Vietnam.
Kejayaan palsu Amerika di Vietnam itu diulang-ulang, afirmasi dalam bentuk filem dan laporan berat sebelah media antarabangsa sehingga kita percaya bahawa Amerika telah menang perang di Vietnam dan dia adalah hero dunia dari komunisme. Inilah auta terpimpin.
Teori ini berkembang dan boleh saya sifatkan sebagai contoh klasik yang telah menjadi nadi kepada asas pengiklanan produk atau perkhidmatan dalam ekonomi pasaran bebas.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa pembohongan yang diulang-ulang mampu mengubah tanggap dan kepercayaan tetapi tetap tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar.
Komunis oh komunis
Perkara yang sama berlaku dalam senario politik tanah air. Suka saya sebut mengenai nasib malang yang menimpa DAP, khususnya orang lamanya, pakcik Lim Kit Siang.
Baru-baru ini isu basi mengaitkan DAP dan komunis dijelmakan semula. Dalam satu perkongsian seorang peguam di twitter, belliau mendakwa ada individu memuat naik poster dalam aplikasi Whatsapp mengaitkan Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Selain Kit Siang, pemimpin lain yang dikaitkan mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendahari, Nga Kor Ming dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Apapun dakwaan itu, sejak tertubuh pada tahun 1966, DAP sudahpun digambarkan sebagai 'komunis' oleh musuh politiknya.
Ini bukanlah perkara baharu dan ini adalah contoh klasik bagaimana sesebuah pembohongan diulang-ulang. Ia adalah 'pengiklanan ilusi' besar-besaran jentera propaganda Umno-BN.
Apapun pembohongan yang dilontar, Lim Kit Siang tetap bukan sepupu Chin Peng. Ini fakta sebenar!
"Chin Peng atau nama lainnya Ong Boon Hua berketurunan Hockchia dan dilahirkan di Sitiawan pada 21 Oktober 1924.
"Lee Kuan Yew adalah seorang bersuku Hakka dan dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923.
"Saya pula berketurunan Hokkien dan lahir di Batu Pahat pada 20 Februari 1941! Bagaimana mungkin boleh kami jadi sepupu!" katanya dalam satu kenyataan.
Fitnah besar yang berlaku ke atas DAP dan pemimpinnya bukanlah sesuatu yang asing memandangkan imiginasi palsu itu sengaja diulang-ulang untuk memberi gambaran buruk kepada DAP.
Meski dihujani tuduhan jahat, DAP tetap sebuah parti yang sah di sisi undang-undnag negara dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
DAP dituduh komunis, BN pula bagaimana?
DAP dituduh komunis, ironinya, kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan baiknya dengan negara China yang berfahaman komunis.
Kemesraan hubungan kerajaan BN yang diterajui UMNO bersama Parti Komunis China (CCP-China Communist Party) membuahkan hasil apabila semakin banyak tanah dan kepentingan negara 'diusahakan' oleh syarikat-syarikat gergasi China.
Ini bukan satu lagi rahsia. Ia dapat dilihat apabila Perdana MEnteri Datuk Seri Najib Razak  mengumumkan penjualan 486 ekar bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang diketuai sebuah syarikat China pada harga RM12.35 bilion.
Malaysia juga telah menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion meliputi ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.
Penglibatan besar China juga dapat dilihat dalam pembangunan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion!
Anehnya, sewaktu semua keadaan ini berlaku, DAP dituduh komunis…
BN tidak berani nafi kepayahan rakyat
Apapun dakwaan dan pengulangan fitnah ke atas DAP, realiti sebenar yang tidak dapat dinafikan sesiapa; rakyat semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Daripada menaiki kereta, rakyat memilih menaiki motorsikal malah berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam lain demi secalit rasa bahagia menjelang hujung bulan.
Semakin ramai juga kalangan kita melakukan dua pekerjaan bagi menampung kenaikan petrol, ikan, sayur, keperluan harian dan GST!
Selain itu, media mendedahkan wujudnya semakin banyak pusat-pusat judi haram dan penipuan pelaburan seperti skim cepat kaya. Ini semua menifestasi kedudukan ekonomi negara yang lemah.
BN tidak akan berani menafikan bahawa rakyat, anak-anak muda negara ini sedang bertarung untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, malah semakin ramai golongan muda terpaksa berhijrah ke negara lain demi kehidupan yang lebih terjamin.
Namun, di sebalik cabaran dan rintangan yang terpaksa ditanggung. Kita tetap menaruh walau setitis harapan supaya Malaysia kembali pulih. –Roketkini.com

ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, SIAPA MAKAN DEDAK?

Posted: 06 Jan 2017 06:11 PM PST


Bukannya apa..setelah gaduh dengan DAP, ramai yang tersingkir dari pelbagai jawatan walau pun menang hanya 1 kerusi..tetapi kerana pakatan rakyat, kerajaan negeri mengambil banyak ahli Pas menjadi JKKK..bila disebut bab Nasaruddin, sehingga kini tidak ada tindakan diambil sedangkan ianya jelas apa yang diterangkan Nasaruddin penyatuan Melayu...lihat video ini walau berulangkali walaun tetap menyatakan Amanah makan dedak DAP....





PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu adalah dedak yang bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Lebih dari itu, dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, wakil PKR sudah pun diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan beberapa Exco sejak 2008 lagi.

Yang demikian, apa peliknya jika seorang lagi wakil PKR diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat? SH 06/01/2017).

Comments (0)