Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Liga Perdana 2017 bermula, Negeri Sembilan langkah kanan

Posted: 20 Jan 2017 10:40 AM PST

Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kuala Lumpur memulakan aksi sulung Liga Perdana 2017 dengan langkah kanan selepas masing-masing mencatat kemenangan, awal malam tadi.

Beraksi di laman sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menang 3-0 ke atas Sabah menerusi gol pemain import dari Brazil yang dibesarkan di Jepun, Suzuki Castanheira yang melakar jaringan hatrik pada minit ke-15, 25 dan 39.

Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, PDRM turut mengutip tiga mata selepas menang 3-1 ke atas pendatang baharu, MISC-MIFA.

Tiga gol skuad 'The Cops' dijaringkan Dao Bakary pada minit pertama dan minit ke-48 serta Shahurain Abu Samah pada minit ke-25 sebelum pelawat mengurangkan defisit menerusi gol pemain import dari Cameroon, Tagne Foguieng Bodric Dimitri pada minit ke-52.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, skuad Kuala Lumpur menang tipis 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim II pada aksi yang diselangi hujan pada awal babak kedua perlawanan.

Penyerang import dari Argentina, Nicholas Fernandez Alberto meletakkan JDT II di hadapan pada minit keempat sebelum Kuala Lumpur bangkit menjaringkan dua gol menerusi Bobirjon Akbarov pada minit ke-20 dan Ibrahim Syaihul, 11 minit selepas itu.

Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula terikat 1-1 pada aksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Mohd Rafizol Roslan meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-36 sebelum Muhd Zafuan Azeman menyelamatkan maruah tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-88.

Dalam pada itu, dua perlawanan di Pantai Timur terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu selepas padang perlawanan digenangi air susulan hujan lebat pada awal babak perlawanan.

Dua perlawanan berkenaan adalah antara Terengganu dan PKNP FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak serta perlawanan melibatkan Kuantan FA dan UiTM FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

berita bernama foto bharian

Comments (0)