Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 1:53 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Umno tunggu masa untuk 'ditalkinkan' - Muhyiddin

Posted: 16 Jan 2017 07:18 AM PST

"Umno hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," demikian ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, budaya politik dalam parti itulah yang merosakkan parti rumpun Melayu itu.

"Sebenarnya, Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh dan jiwa perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.

"Yang ada hanyalah jasad Umno yang layu, lemah dan longlai. Umno takkan pulih lagi dari sakitnya yang tenat. Hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Berbeza dengan Umno, menurutnya lagi, perjuangan Bersatu adalah bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.

Jelasnya, Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.

"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.

"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan. Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan parti kita," katanya lagi

Katanya, Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti dan perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.

"Masih banyak ranjau, duri dan liku yang mesti kita tempuh. Akan ada ribut, taufan, ombak dan gelombang besar yang perlu kita redah.

"Tak kurang juga fitnah dan adu domba yang cuba memecahkan kesatuan kita. Yang irihati dengan pencapaian kita," katanya.

Kit Siang tak saman Tunku Aziz kerana bimbang banyak 'rahsia' terbongkar

Posted: 16 Jan 2017 06:08 AM PST

Penganalisis politik berpandangan keengganan Lim Kit Siang menyaman Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah disebabkan bimbang akan lebih banyak lagi pendedahan yang bakal dibongkar bekas naib pengerusi DAP itu.

Sehubungan itu, Dr Baharuddin Aziz tidak menolak tindakan Penasihat DAP itu adalah satu perkara yang 'cerdik' dengan hanya menyaman akhbar yang melaporkannya.

"Kalau Lim Kit Siang ambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Aziz maka akan terbongkar lagi cerita DAP (pakatan sulit).

"Sebab itu Kit Siang takut untuk saman (Tunku Aziz). Dari sudut ini, Kit Siang (nampak) cerdiklah," katanya sinis.

Tambah Baharuddin, pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin tinggi DAP itu bukanlah perkara yang asing dalam politik tempatan.

Menurutnya, umum mengetahui, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang pakar strategi.

Ujar Baharuddin lagi, merujuk kepada cara politik Mahathir selama ini, beliau secara secara terbuka dilihat mahu anaknya, Datuk Mukhriz menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.

"Apa yang diketahui (pendedahan) Tunku Aziz, bukanlah perkara yang menghairankan. Umum juga mengetahui, Mahathir seorang pakar strategi.

"Dari perspektif itu, maka dia tidak masuk (blok pembangkang) secara suka-suka. Dia pasti ada strategi. Salah satu strateginya ialah kesinambungan pemerintahannya (Mukhriz).

"Apabila (perkara) ini dibongkar oleh Tunku Aziz, maka ia bukanlah satu perkara (yang) menghairankan," katanya.

Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan Tunku Aziz.

Tunku Aziz seterusnya mempersoalkan tindakan Penasihat DAP itu, yang enggan mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya sebaliknya menyaman akhbar yang melapor pendedahan tersebut.

antarapos

Portal Free Malaysia Today mengadu domba, fitnah PJ Selangor

Posted: 16 Jan 2017 05:32 AM PST

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Di dalam laporannya yang terbaru, FMT mendakwa bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program Parti Pribumi semalam.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya. Pesuruhjaya PAS Selangor menghadiri program parti sepanjang hari semalam dalam program bertemu rakyat.

FMT, dalam laporan-laporannya sebelum ini juga, banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba. FMT mungkin menjalankan tugas sebagai lidah bagi pihak-pihak tertentu untuk menyerang Pesuruhjaya PAS dan PAS Selangor.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor yang dipimpin YB Iskandar Samad, selaku Pesuruhjaya, akan terus fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak.

Bakti Untuk Semua

Mohd Prasad Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor

Abang Johari Ketua Menteri baru Sarawak

Posted: 13 Jan 2017 03:52 AM PST

Datuk Amar Abang Johari Abang Openg hari ini dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Portal Berita Harian Online melaporkan timbalan ketua menteri itu akan mengangkat sumpah di Astana Negeri, di Kuching, sebentar lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengangkat sumpah jawatan ketua menteri keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri.

Beliau menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

Comments (0)