Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Unknown | Posted on 3:52 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Pakar undang-undang macam ungka tidak sabar untuk ngilai

Posted: 12 Jan 2017 08:56 PM PST


Ungka atau Gibbon Malaysia lain sedikit bunyi tetapi gitulah lebih kurang perangai ungka yang suka menyanyi atau mengilai.

Itulah yang Husin nampak bila Prof (B) Aziz Bari tidak sabar untuk mengilai menuntut Sarawak segera lantik Ketua Menteri baru.

Aziz Bari sering menyuarakan pandangan mengenai perlembagaan ketika di penyarah undang-undang di UIA, tetapi pandangannya jauh dari boleh dianggap pakar.

Ia sering kali suatu pandangan yang tidak menyeluruh dan hanya menekankan satu aspek dengan tidak mempedulikan aspek yang lain. Pendik kata, ianya pandangan berat sebelah yang tidak ikhlas dan beragenda tertentu.

Tidaklah pakar perlembagaan atau kini digelar pakar undang-undang. hanya cikgu subjek undang-undang.




Tidak kisahlah dia dulu penyokong PAS dan kini sertai DAP setelah dijanji untuk jadi bakal Menteri Besar Selangor jika DAP kuasai DUN Selangor.

Cikgu tu kenalah perangai elok sikit.

Bila mayat masih sedang diuruskan, hotmatlah sedikit. Hanya binatang yang tidak sabar untuk berebut nak jadi ketua. Tidak sabar-sabar dan tidak kena gaya untuk main isu demikian. Kamu pun bukan orang Sarawak.

Pembangkang boleh beri penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dato Patinggi Adenan Satem. Orang bukan Islam pun boleh hormati untuk minta 7 hari berkabung dahulu sebelum diumumkan pengganti.

Ada pula sudah batu api cocok mahukan Douglas Unggah dan ada mahukan Abang Jo. Ingatkan Aziz Bari saja rupa macam ungka di zoo.

Wow! Adakah betul teori Darwin ada manusia berasal ungka?

Comments (0)