Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Unknown | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Mahathir Mula Ketakutan Bila Isu BMF Timbul Semula

Posted: 25 Jan 2017 11:09 PM PST



Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang sibuk melakukan serangan demi serangan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba-tiba Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah menerbitkan laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal kewangan Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) pada 1983.

Dokumen bertajuk 'The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir' yang boleh didapati di laman web agensi tersebut mendedahkan bahawa negara terjebak ke dalam skandal membabitkan BMF yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Bumiputra, bank milik kerajaan ketika itu.

Skandal itu tercetus di antara 1979 hingga 1983 apabila didapati BMF yang berpangkalan di Hong Kong terlibat secara terus dalam urusan pemberian pinjaman dengan nilai dipercayai mencecah bilion ringgit kepada tiga spekulator hartanah negara itu termasuk Carrian Investment Limited (Carrian Group).

Sudah tentu ia mengejutkan ramai terutama mereka yang mungkin tidak mengetahui langsung mengenai isu tersebut ataupun yang telah melupakannya.

Maka ramailah penyokong bekas Perdana Menteri itu tampil membela beliau, dengan alasan kononnya duit berkenaan tidak masuk ke dalam akaun Mahathir. Mereka kemudiannya membandingkan ia dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka mungkin sekali lagi terlupa atau buat-buat lupa bahawa skandal BMF telah menyebabkan juruaudit BMF, Jalil Ibrahim, yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat kes berkenaan telah dibunuh pada Julai 1983.

Berbanding dalam kes 1MDB pula, tiada siapa yang dibunuh, hanya imej negara yang terjejas disebabkan oleh pembangkang yang telah memburukkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, media asing turut digunakan untuk menyerang Perdana Menteri.

Sementara bagi Mahathir pula, seperti yang dijangkakan Mahathir menganggap laporan CIA itu bermotifkan politik dan bertujuan untuk memburuk-burukkan beliau.

"Mereka serang saya sebab saya tak pernah berhenti daripada kritik mereka kalau mereka buat salah. Jadi mereka mesti demonise me (memburuk-burukkan saya). Benda yang buat tu, dia (cuma) tuduhlah," katanya kepada media ketika mengulas mengenai isu tersebut di Putrajaya semalam.

Memang melucukan apabila Mahathir membuat tuduhan berkenaan seolah-olah CIA hanya menjadikan beliau sebagai sasaran semata-mata walaupun hakikatnya CIA turut mendedahkan salah laku pemimpin dunia yang lain.

Kenapa perlu CIA menunggu sehingga 34 tahun untuk mereka memburuk-burukkan Mahathir jika hanya kerana Mahathir tidak pernah berhenti daripada mengkritik Amerika Syarikat? Kenapa perlu mereka melakukan sekarang ketika Mahathir sudah tidak punya jawatan lagi?

Tidak masuk akalkan? Apabila terkena batang hidung sendiri, Mahathir seperti biasa akan menyatakan bahawa ia hanya bermotifkan politik tetapi apabila ia melibatkan Najib, beliau telah menanam persepsi buruk di kalangan penyokongnya bahawa Najib terlibat dalam salah laku.

Sudah tiba masanya kerajaan membuka semula kes ini bagi mencari kebenaran dan pada masa sama membela kematian Jalil Ibrahim. Mahathir dan penyokongnya sekarang kalut bila isu BMF ini timbul semula. 


Comments (0)