Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Unknown | Posted on 2:34 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! 10 Kesalahan RASUAH Oleh KSU KKLW Rupanya Pernah Didedahkan Sejak 2012 Lagi... Dan Ia Bermula Sejak Dalam Kerajaan Negeri Pimpinan AZMIN ALI... #SahabatSMB

Posted: 07 Jan 2017 09:45 AM PST

INI DIA SENARAI KESALAHAN YANG TELAH DAN PERNAH DILAKUKAN OLEH KSU KKLW, SEPERTI YANG PERNAH DIDEDAHKAN SEBELUM INI...


Terlebih dulu, aku nak ucap setinggi tahniah kepada SPRM kerana telah berjaya membongkar kegiatan penyelewengan dan salah laku rasuah, yg membawa kepada penahanan beberapa individu bertaraf 'ikan jaws'... antara yg ditahan termasuklah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan 2 orang anaknya...

Ketua Setiausaha (KSU) di dalam sesebuah kementerian merupakan satu jawatan yang tinggi, menghampiri taraf seorang menteri atau timbalan menteri... bidang kuasa seorang KSU biasanya melibatkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi atau kementerian...  pada keadaan tertentu, KSU boleh menjadi lebih berkuasa dan berpengaruh dari seorang Menteri. Cuma mungkin kita sebagai orang awam tidak tahu, tidak peka atau tidak faham dengan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab mereka.

Bukan mudah untuk SPRM menahan seorang KSU kerana KSU-KSU ini yang sebenar menguasai kerajaan melalui kementerian2 yg mereka duduki. Rakan-rakan KSU lain saling bantu membantu sesama kumpulan KSU-KSU yang lain, dan mereka ini sering digelar sebagai 'PTD Mafia'...


Perjawatan, gaji, bajet, dan pangkat dalam SPRM termasuk organisasi SPRM itu sendiri juga tertakluk bawah kuasa KSN/KSP/KP JPA/KSU.

Ahli politik dan Menteri yang rasuah tidak akan dapat menyamun mana-mana organisasi kerajaan jika KSU dan pegawai-pegawai kerajaan tidak mengetahuinya, dan biasanya mereka2 ini tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama terlibat dalam penyalahgunaan kuasa... Lazimnya, hanya sedikit manfaat yg boleh diterima oleh ahli2 politik yang melakukan aktiviti HARAM ini, itupun biasanya ia dilakukan bertujuan untuk membiayai aktiviti2 politik termasuk untuk menampung kos penganjuran program2 tertentu... yang beroleh banyak manfaat, mengaut keuntungan adalah dari kalangan pegawai2 kerajaan, termasuklah para2 KSU ini... mereka mmg sudah berada di post tersebut dan segala selok belok pentadbiran ada dlm kocek mereka... dan lebih CELAKA lagi, semua hasil yg diperolei drpd aktiviti penyelewengan dan rasuah ini semata-mata untuk kepentingan peribadi dan kaum keparat ahli keluarga mereka sahaja...

Untuk kes yg baru dibongkar oleh SPRM ini, KSU yang ditahan adalah Dato Arif Abdul Rahman. Dia baru dilantik sebagai KSU dan hanya menunggu lagi 3 bulan untuk bersara drpd perkhidmatan.


Sebenarnya penahanan Dato Mohd Arif ini bukan berlaku secara tiba2... pihak SPRM telah merancang dan menjalankan siasatan dengan begitu terperinci ke atas suspek... seperti kata pepatah, 'Jerat tidak pernah melupakan pelanduk', nama Dato Arif rupanya sudah lama ada dalam perhatian pihak SPRM... cuma pelanduk yg sudah kekenyangan biasanya mudah terlupa dan terlalai terhadap perangkap... dan hari ini, perangkap sudah mengena mangsanya... 





(IKLAN)

agoda.com INT

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
DUA INDIVIDU TERMASUK KSU KEMENTERIAN DITAHAN TERLIBAT RASUAH

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian bergelar Dato' kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.

KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Turut ditahan ialah seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Setakat ini, SPRM telah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

DATO' AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JANUARI 2017


Sebenarnya, nama Dato Mohd Arif ini bukanlah baru hari ini dikaitkan dengan kesalahan penyelewengan atau salah guna kuasa, rupa-rupanya beliau dahulunya pernah bersama dengan kerajaan Selangor, serta pernah dikaitkan dengan isu penganiayaan Yayasan Basmi Kemiskinan.


KESALAHAN DATO MOHD ARIF ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd.

(IKLAN)



5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah meluluskan pembelian Toyota Camry. Tetapi beliau tidak bersetuju sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam.

8. Memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu.

9. Meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd.

10. Beliau berpakat dengan YB Azmin untuk mengaut kekayaan Selangor bagi tujuan peribadi dan membantu mengumpul dana politik pilihanraya untuk PKR dan Pakatan.

Sumber The Unspinner

Berdasarkan senarai kesalahan yang tertera di atas, tentu ramai yg akan mempertikai, kenapa baru sekarang SPRM bertindak? Kenapa tiada tindakan diambil ke atas beliau jika benar beliau sudah melakukan penyelewengan sejak berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor lagi?



Sebenarnya inilah salah satu hasil atau kesan positif yg rakyat boleh lihat selepas kjaan melakukan transformasi drastik ke atas agensi SPRM itu sendiri... mungkin kita terlupa bahawa sebelum ini, agensi SPRM dipenuhi dan dikuasai oleh pegawai2 yang pro pembangkang dan berkongsi cita2 yg sama untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN...

Sehinggalah meletusnya isu 1MDB dan dana RM2.6bil yg memperlihatkan penglibatan beberapa individu2 penting di dalam SPRM, berkomplot dengan puak pengangkang dan menjadi tali barut Tun Mahathir, membentuk pakatan konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Perdana Menteri... dengan lindungan dari Allah, individu2 yg selama ini menjadi duri dalam daging akhirnya dapat dikenalpasti dan membolehkan kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pengkhianatan yg telah mereka lakukan...

Bukan saja melibatkan pegawai bawahan, malah turut membabitkan pegawai di peringkat tertinggi termasuk bekas bos no. 1 SPRM sendiri... hari ini, hampir semua pengkhianat2 ini sudah pun dihumban keluar dari SPRM... dan kesemua mereka telah digantikan dengan pegawai2 yg mempunyai intergriti yg tinggi serta kesungguhan untuk membanteras salah laku penyelewengan dan rasuah, walau di peringkat mana sekalipun...


Apapun, sekali lagi aku ingin mengucapkan syabas kepada SPRM di atas kejayaan besar ini... rakyat sentiasa menyokong apa juga usaha asalkan ia memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara Malaysia...

Comments (0)