Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Unknown | Posted on 2:19 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Md Said Yang Mula Membuka Pekung... Meletakkan Dosa PENGKHIANATAN Sendiri, Ke Bahu 1MDB... #SahabatSMB

Posted: 14 Jan 2017 07:12 PM PST

SIAPA SEBENARNYA YANG MAHU MENCAGAR HASIL MINYAK DAN GAS TERENGGANU... 1MDB ATAU MD SAID SENDIRI...


1MDB vs TERENGGANU INVESTMENT AUTHORITY

SEJARAH

1MDB bermula sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (Terengganu Investment Authority), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) yang bertujuan untuk memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat Terengganu secara amnya.


Terengganu Investment Authority telah ditubuhkan pada 2008, dan kemudianya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Januari 2009. Dalam pemberitahuannya pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata keputusan untuk membesarkan peranan Terengganu Investment Authority kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri

SIAPA YANG MEMULAKAN TERENGGANU INVESTMENT.

Penubuhan Terengganu Investment Authority diusulkan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai satu usaha untuk menyalurkan royalti minyak ke dalam dana kekayaan asing yang akanr dikendalikan oleh sekumpulan profesional dan akan diselia oleh pelabur asing. Tuanku Mizan akan menjadi pengerusi lembaga penasihat Terengganu Investment Authority manakala Menteri Besar akan turut berada di dalam lembaga penasihat tersebut.

PENDEDAHAN AHMAD SAID SEMASA SIDANG DUN TERENGGANU PADA BULAN MEI 2015

'KUALA TERENGGANU – Sidang Dun Terengganu dikejutkan dengan pendedahan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu, dan rentetan sehingga beliau dimarahi Perdana Menteri. 
Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008...'
(IKLAN)

  agoda.com INT

Keraguan timb dengan pendedahan Ahmad Said itu kerana :

*1) Terengganu Investment Authority di tubuhkan pada tahun 2008 sedangkan 1MDB pula ditubuhkan pada tahun 2009. Jadi bagaimana 1MDB hendak cagarkan telaga minyak pada tahun 2008 sedangkan pada ketika itu 1MDB MASIH BELUM LAGI DILAHIRKAN.*

*2) Dakwaan Ahmad Said bahawa pada tahun 2008, Najib hendak mecagarkan telaga minyak dan Gas Asli Terengganu adalah SATU FITNAH yang dilemparkan terhadap Najib kerana Najib hanyalah DILANTIK KE JAWATAN PERDANA MENTERI pada 3hb April 2009*


KESIMPULAN:

Memandangkan insiden nak mencagarkan minyak dan gas asli BERLAKU DALAM TAHUN 2008, maka pada pandangan saya orang yang nak mencagarkannya ialah AHMAD SAID dan bukannya Najib. Ini adalah berdasar kepada fakta2 seperti berikut:-

i) Pada tahun 2008, Najib masih lagi menjawat jawatan TIMBALAN PERDANA MENTERI. Dia hanya dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3hb April 2009.

ii) Pada tahun 2008, 1MDB masih belum ditubuhkan lagi. Pada masa itu Syarikat itu masih lagi dikenali sebagai Terengganu Investment Authority iaitu sebuah institusi dibawah Kerajaan Negeri Terengganu. Ia hanya ditukarkan kepada 1MDB dan dikendalikan oleh Kerajaan Federal dibawah Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

iii) Ahli2 lembaga penasihat Terengganu Investment Authority terdiri daripada DYMM Sultan Terengganu sebagai pengerusi lembaga penasihat, Menteri Besar Terengganu dan beberapa ahli professional. Maka jelas sekali Najib tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam pentadbiran Teremgganu Investment Authority.


(IKLAN)



*Malaysiakini juga melapurkan isu ini dibawah tajuk :

"1MDB 'Gadai telaga minyak cuma cerita Ahmad Said'"* 

Ahmad Jumaat lalu tampil secara terbuka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi dialog bersama perdana menteri, yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak tidak hadir atas alasan keselamatan. 
*Ahmad menyertai sidang media bersama Mahathir, yang antaranya mendakwa TIA pernah cuba mencagarkan telaga minyak Terengganu untuk berhutang.* 
*Tindakan itu bagaimanapun, kata Mahathir lagi, mendapat tentangan pihak istana.*


Akhir sekali, ada kemungkinan itu adalah sebab utamanya mengapa Ahmad Said digugurkan dari jawatan Menteri Besar Terengganu

Sumber  : Ariff Ahmad

Comments (0)