Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hutang Felda : Lantikan Shahrir bukan kerana masalah kewangan.......!!!

Posted: 09 Jan 2017 04:50 PM PST

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad.

Rafizi Dedahkan Salah Urus Felda
Beliau menjelaskan tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Disember lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
"Tidak timbul ada dakwaan bahawa ia merupakan satu hukuman (terhadap Isa) atau pengakuan bahawa Felda menghadapi masalah kewangan di bawah pentadbiran Isa," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Razali berkata beliau yakin pengalaman luas Shahrir dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dimanfaatkan sepanjang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.
Menurutnya beliau telah bertemu dengan Shahrir yang memberi banyak pandangan khususnya berkaitan soal kewangan dan pengauditan Felda serta pelaburan Felda.
Mengenai cadangan Shahrir untuk melaksanakan penstrukturan semula model perniagaan Felda, Razali berkata beliau menyokong penuh cadangan itu bagi memenuhi harapan para peneroka.
"Felda melakukan aktiviti yang bukan sahaja dalam sektor perladangan, tetapi juga soal pelaburan, pendidikan dan komuniti.
"Jadi sudah tentu perkara-perkara ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan rapi, malah beliau memberi penekanan kepada soal perumahan generasi baharu Felda," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir  yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru sebagai Pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas.

Hutang Mara: Bangga dapat jual hartanah di Australia.....!!!

Posted: 09 Jan 2017 04:37 PM PST

Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menjual satu daripada empat hartanahnya di Australia bagi menjelaskan hutang pinjaman yang digunakan untuk membeli aset berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata penjualan itu dilakukan secara tender terbuka dan diuruskan oleh firma antarabangsa.
Rafizi Dedah Salah Urus Hartanah Mara
"Dengan penjualan itu kita gunakan untuk bayar balik pinjaman kepada dua bank di Australia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini, hari ini.
Bagaimanapun Annuar tidak menyatakan harga penjualan hartanah tersebut.
Isu pembelian hartanah oleh MARA timbul apabila akhbar Australia, The Age, melaporkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di Melbourne pada 2013.
Mereka termasuk seorang pegawai 'atasan' MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik, yang dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk pembelian blok pangsapuri Dudley International House, dengan menawarkan hampir A$5 juta lebih tinggi daripada harga asalnya A$17.8 juta.
Read More / Baca Lagi >>

MP yang akan undi Akta 355 diparlimen, bukan 300 ribu peserta himpunan Pas

Posted: 09 Jan 2017 04:35 PM PST


Dr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah SyariahDr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah Syariah
Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka.
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas.
Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355.
"Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355.
"Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.
Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
Menurut Siti Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain.
"Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain," katanya.
RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas?

Posted: 09 Jan 2017 04:34 PM PST

Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai 'bermimpi di siang hari'.
Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar.
"Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya.
Pilihanraya "Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.
Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi.
"Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu.
Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL 1MDB: KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI?

Posted: 09 Jan 2017 04:32 PM PST

Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama.

Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.

Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut.
Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan mahu anjur himpunan rakyat marah rasuah

Posted: 09 Jan 2017 04:31 PM PST

Mohamad Sabu
Pakatan Harapan bercadang menganjurkan perhimpunan mega bagi menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu akan diadakan sebelum pilihan raya umum ke-14 di seluruh negara dan Kuala Lumpur untuk rakyat berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap rasuah, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh perhimpunan itu ditentukan kelak.
"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.
"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal," katanya ketika menyampaikan ceramah pada perhimpunan solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan lain.
Sementara itu, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah dilihat akan terus berlaku sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM2.6 billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ada kalanya bisnes lebih penting daripada sentimen kebangsaan sembang Salleh

Posted: 09 Jan 2017 04:30 PM PST

Realiti ekonomi dunia memerlu keputusan sukar seperti itu dibuat.
salleh
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sentimen dan kebanggaan nasional tidak harus mengganggu dalam membuat keputusan bisnes.
Dalam catatan di blognya malam ini, Salleh berkata: "Ini realiti dunia bisnes hari ini… Kadang kala keputusan yang sukar perlu dibuat agar bisnes kekal berdaya maju".
Beliau memberikan contoh statistik jualan kereta di United Kingdom tahun lalu yang mencapai rekod 2.7 juta.
"Ini adalah tahun terbaik bagi industri motor UK, Mini menyaksikan peningkatan jualan 8.5%, Land Rover 19.47% dan Jaguar 45.37%.
"Ironinya semua jenama British ini kini milik asing… Ini realiti dunia bisnes hari ini," kata beliau.
Malahan, kata beliau, Volvo mencapai prestasi lebih baik sejak China mengambil alih syarikat itu ketika sebelumnya ia hampir-hampir ditutup.

Faiz Subri juara Puskas 2016, catat sejarah bolasepak negara

Posted: 09 Jan 2017 04:29 PM PST


Faiz Subri menerima anugerah Puskas 2016 dari Ronaldo.Faiz Subri menerima anugerah Puskas 2016 dari Ronaldo.

Bolasepak Malaysia mencatatkan sejarah di arena antarabangsa malam tadi apabila Faiz Subri dinobatkan sebagai penerima Anugerah Puskas Fifa 2016 malam tadi di Zurich.
Sepakan pemain Pulau Pinang itu diundi sebagai jaringan terbaik dunia yang dihasilkan sepanjang tahun 2016 di arena bola sepak antarabangsa.
Faiz menerima anugerah Puskas 2016 di depan tetamu dari seluruh dunia.Faiz menerima anugerah Puskas 2016 di depan tetamu dari seluruh dunia.Kemenangan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo dalam majlis gilang gemilang tepat jam 2.37 pagi Selasa 10 Januari 2017.
Faiz menewaskan dua pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Sebaik saja namanya diumumkan sebagai pemenang, Faiz memeluk Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang turut menemaninya ke anugerah tersebut.
"Sejujurnya tidak terlintas di fikiran saya untuk berada pada tahap ini bersama bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia di pentas yang luar biasa.
"Di sini saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan keluarga," kata Faiz yang membacakan ucapan dalam bahasa Inggeris melalui telefon pintarnya.
Berdasarkan undian, Faiz menerima sebanyak 59.46 peratus berbanding Marlone (22.86 peratus), Daniuska Rodriguez (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).
Undi ini dicampur dari pusingan pertama dan kedua.
Ketiga-tiga mereka terpilih ke pusingan kedua dari 10 pemain yang dicalonkan dari seluruh dunia termasuk pemain Argentina, Lionel Messi dan Neymar dari Brazil.
Jaringan itu dilakukan ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super.
Video jaringan yang dimuat naik oleh FifaTV di laman YouTube pada 21 November lepas telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh dunia.

RAI KEJAYAAN
Kejayaan Faiz disambut di seluruh negara khasnya di kampung halaman beliau, Pida 6, Jerlun, Kedah.
Kejayaan Faiz Subri diraikan di Pida 6, kampung beliau, bersama keluarganya. Turut serta Datuk Mahfuz dan Dr Ismail. Gambar FB Dr Ismail Salleh.Kejayaan Faiz Subri diraikan di Pida 6, kampung beliau, bersama keluarganya. Turut serta Datuk Mahfuz dan Dr Ismail. Gambar FB Dr Ismail Salleh.
Orang kampung menonton siaran langsung anugerah yang diterima Faiz melalui layar beaar yang dipasang. Gambar FB Dr Ismail Salleh.Orang kampung menonton siaran langsung anugerah yang diterima Faiz melalui layar beaar yang dipasang. Gambar FB Dr Ismail Salleh.
Penduduk kampung dan keluarga beliau menonton secara langsung anugerah itu.
Turut serta adalah Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh dan ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016- MOHD FAIZ SUBRI LAKAR SEJARAH

Posted: 09 Jan 2017 04:23 PM PST

Ku Nan nafi ada kerjasama Umno-Amanah mahu jatuhkan PAS di Kelantan

Posted: 09 Jan 2017 07:32 AM PST

Annuar akui jawatan Pengerusi MARA tiada kuasa tentukan projek tender

Posted: 09 Jan 2017 07:31 AM PST

"Selepas 22 tahun memerintah, Tun M gagal bela Melayu," kata Annuar

Posted: 09 Jan 2017 07:31 AM PST

"Siapa berani kata kemiskinan beres zaman Anwar," soal Annuar Musa

Posted: 09 Jan 2017 07:31 AM PST

NSTP mohon maaf sebar fitnah terhadap Anwar

Posted: 09 Jan 2017 07:26 AM PST

anwar-nstPeguam mewakili The New Straits Times Press (NSTP), Ranjit Singh Dhillon memohon maaf daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Rundingan antara Anwar dan kesemua defendan iaitu NSTP, Ranjit dan dua individu lain selesai pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah itu, hari ini.

NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar.
Selain itu, defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.
Pernyataan maaf Ranjit akan dikeluarkan tidak lama lagi.
SelangorKini difahamkan Anwar dibawa kembali ke Penjara Seberang Perai, Jawi untuk bermalam di sana sebelum dibawa pulang ke Penjara Sungai Buloh, pagi esok.
Sebelum ini, Anwar memfailkan saman fitnah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga individu itu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.
sokong-anwarAnwar memfailkan tuntutan itu berdasarkan satu artikel bertajuk "Declare your assets, if you have nothing to hide" yang disiarkan pada 6 Ogos 2013 menerusi akhbar NST edisi cetakan.
Terdahulu, bekas Ketua Pembangkang itu memohon perintah mahkamah supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan menarik balik dakwaan dibuat selain memohon ganti rugi yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, ratusan penyokong hadir di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sejak awal pagi sebagai sokongan kepada Anwar.

Anwar rindu 'nasi kandar dan pasembor'

Posted: 09 Jan 2017 07:25 AM PST

Walaupun masa yang singkat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bermesra bersama penyokongnya di galeri awam.
"Saya rindukan Pulau Pinang terutama nasi kandar dan pasembor," katanya kepada orang ramai yang berkumpul di Bilik Mahkamah 4.
Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah turut hadir di mahkamah.
Wartawan diberi amaran agar tidak bertanya soalan selain kes mahkamah, tetapi Anwar menjawab "Teruskan, tanya. Tak ada undang-undang mengenai bertanya soalan,".
"Namun saya tak dapat jamin apa yang berlaku pada kamu kemudian lepas tanya soalan," katanya secara berseloroh.
Anwar tetap kelihatan bersemangat dengan memakai sut hitam dan kemeja putih tetapi kelihatan kurus.
"Lihat berapa banyak berat badan saya telah hilang," katanya berseloroh sambil menunjuk ke arah perutnya.
'Agenda yang penting'
Ditanya mengenai kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan responden lebih memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Anwar seolah-olah tidak merasa terganggu.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz : Orang muda selesa dengan Bersatu

Posted: 09 Jan 2017 07:23 AM PST

KUALA LUMPUR - Orang muda dilihat lebih selesa untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding Umno/BN.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, 45 peratus ahli parti tersebut adalah berumur 40 tahun ke bawah dan ia juga menunjukkan bahawa Bersatu lebih dimonopoli oleh golongan muda.
Orang muda selesa dengan Bersatu "Boleh saya katakan di sini bahawa Bersatu ini adalah parti orang muda kerana ramai golongan ini merasa selesa untuk bersama dengan parti ini.
"Malahan dalam perbincangan bersama orang-orang muda ini ramai di antara mereka yang mengakui bahawa tidak pernah terlintas di fikiran untuk menyertai Umno namun perasaan itu berbeza dengan Bersatu," katanya ketika ditemui di Pejabat Bersatu, Bukit Damansara, hari ini.
Semalam, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), mengesahkan setakat ini sebanyak 41 peratus pendaftar parti Bersatu adalah terdiri daripada golongan anak muda dalam lingkungan had umur antara 18 hingga 35 tahun.
Catatan tersebut membuktikan Armada adalah merupakan tunjang terpenting dalam parti tersebut dalam mengetengahkan suara anak muda.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan mendapatkan undian anak muda ini dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam menentukan kemenangan parti tersebut.
"Jika lihat beberapa PRU sebelum ini, undian anak muda adalah sebagai penentu kemenangan, sebab itulah, kehadiran ramai penyokong anak muda di dalam Bersatu dianggap sebagai satu kelebihan.
"Oleh sebab itu jugalah, Bersatu memberi banyak tumpuan dan usaha untuk penuhi cita rasa dan inspirasi anak muda ini," katanya lagi.

HAK RAKYAT: NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......

Posted: 09 Jan 2017 07:11 AM PST

Najib Razak akhirnya tidak mampu lagi terus berdiam diri berhubung tangkapan demi tangkapan oleh SPRM sejak kebelakangan ini dengan mengingatkan penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat serta menjauhi gejala rasuah.

"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Itu rakyat yang punya.

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," kata Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan JPM pagi tadi.

Hehehehe...macam-macam tafsiran kedengaran bila Najib berkata demikian. 

Daripada orang besar-besar hingga penyepak kertas di kaki lima, semuanya hanya mampu senyum-senyum sambil mencebikkan bibir saja mendengarnya.

Ada yang memberi dua kerat pantun, "Mengata dulang paku serpih, diri sendiri lagi lebih" sebagai respon kepada kata-kata Najib itu.

Ada pula yang mengatakan Najib "telah menepuk dulang air sehingga basah memercik ke mukanya sendiri" bila mengingatkan penjawat awam menjauhi rasuah dan jangan mengambil hak rakyat.

Siapa penjawat awam?
Bukankah anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada ahli kabinet juga merupakan mereka yang bertanggungjawab dan berperanan kepada orang awam?

Bahkan oleh kerana kuasa yang lebih besar yang ada pada anggota pentadbitan kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam  perkara-perkara tertentu yang melibatkan dasar, program dan tender-tender besar, keutamaan menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat itu sebenarnya jauh lebih mustahak lagi bagi mereka.

Penjawat awam pula hanyalah menjadi penyampai atau pelaksana kepada dasar-dasar  yang dilaksanakan itu.

Bermakna, dari segi tanggungjawab kepada orang awam atau rakyat dalam menjauhi rasuah serta tidak mengambil hak rakyat, kedua-duanya iaitu anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan biasa yang di bawah JPA, mempunyai tanggungjawab dan keutamaan yang sama untuk sama-sama mengelakkan diri daripada rasuah dan mengambil hak rakyat.

Kenapa hanya penjawat awam saja yang diberi ingatan, tetapi tidak kepada orang-orang politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan?

Apakah orang politik begitu suci dan bersih?

Dalam kes SRC International yang melibatkan mengalirnya wang RM42 juga ke akaun peribadi Najib misalnya, di mana beliau sendiri mengaku menerimanya tetapi mengatakan tidak tahu ia datang daripada syarikat tersebut, di mana hak rakyat telah diambil dalam perkara tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion kata Timbalan Menteri Umno@BN

Posted: 09 Jan 2017 07:09 AM PST

Sasaran itu RM1 bilion lebih tinggi daripada RM41 bilion tahun lepas, kata timbalan menteri kewangan
othman-aziz-1
KOTA KINABALU: Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
"Melihat suasana persekitaran ekonomi pada hari ini, kita menjangka sedikit peningkatan (GST) iaitu RM42 bilion berbanding pada 2016.
"Ini juga satu bebanan kepada Jabatan Kastam untuk memastikan sasaran itu dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Kastam Sepanggar di sini hari ini.
Projek perumahan yang bernilai RM54 juta itu melibatkan pembinaan 3 blok bangunan dengan 120 unit rumah dan berjaya disiapkan mengikut jadual dengan penjimatan kos sebanyak RM6 juta.
Othman berkata walaupun masih terdapat syarikat yang gagal mematuhi arahan pembayaran GST, bilangannya kecil iaitu sekitar 5% dan tindakan susulan diambil termasuk mengenakan kompaun.
Mengenai Kedai Bebas Cukai (KBC) bagi penjualan rokok dan minuman keras di 3 buah pulau bebas cukai, Langkawi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tioman, katanya pelaksanaannya memberi impak yang positif dan menggalakkan dalam usaha kerajaan meminimumkan ketirisan pendapatan cukai barangan itu.
Beliau berkata pada masa ini, jumlah KBC di Langkawi ialah 56 buah, manakala Labuan (21) dan Tioman (3).
Read More / Baca Lagi >>

Hanya ‘kaki bodek’ halalkan wang dicuri kerajaan, kata Dr Mahathir

Posted: 09 Jan 2017 07:05 AM PST

Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan adakah duit haram boleh dihalalkan oleh individu bergelar mufti.
mahathir-haji
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hanya golongan membodek sahaja akan menghalalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.
"Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.
"Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri," katanya menerusi posting terbarunya di blog Chedet.cc, hari ini.
Beliau berkata demikian menegaskan pendirian berhubung kenyataannya yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.
Sebelum ini, Dr Mahathir turut menolak pandangan pelbagai pihak termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta mufti lain yang tidak bersetuju dengan pandangan disuarakannya ketika berceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah bulan lalu.
Pada masa sama, Dr Mahathir turut mempersoalkan adakah duit haram itu boleh dihalalkan individu bergelar mufti.
Tegasnya, duit haram tetap menjadi haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk melakukan ibadat.
"Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak.
"Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain? Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata terpulang kepada mereka untuk menerima duit berkenaan untuk menunaikan haji.
Read More / Baca Lagi >>

Tak berbaloi amal rasuah, kata Annuar pada pegawai MARA !!!

Posted: 09 Jan 2017 07:02 AM PST

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengingatkan kakitangan badan berkanun itu supaya tidak terjerumus dalam perangkap rasuah.
Merujuk siri tangkapan berprofil tinggi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, Annuar berkata adalah tidak berbaloi untuk terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.
"Saya sentiasa memberitahu kalau meeting, nasihat saya, tak berbaloi buat kerja menyalahi undang-undang.
"Kita rasa boleh lepas, tapi orang kata tak mungkin kita boleh lepas sepanjang masa.
"Jadi ringkasnya tak berbaloi buat benda bersalahan dengan undang-undang. Tak berbaloi amalkan rasuah. Tak berbaloi abaikan amanah," tegas beliau dalam majlis bersama pegawai-pegawai MARA di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar juga berkata beliau berulangkali memberikan nasihat berdasarkan pengalaman peribadi disiasat atas dakwaan rasuah oleh badan antirasuah.
Pada tahun 2002, semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Annuar dilapor disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan melibatkan lebih RM30 juta yang diperuntukkan untuk Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Seorang lagi penjawat awam ditahan terima rasuah

Posted: 09 Jan 2017 07:01 AM PST


Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di Johor ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000 Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di Johor ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000
Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di sebuah daerah di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini kerana disyaki menerima rasuah.
Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000 dalam urus niaga jual beli tanah.
"Urus niaga itu adalah daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya berkaitan dengan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.
"Suspek juga telah menjalankan urus niaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut difahamkan, beliau telah menerima keuntungan kira-kira RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tangkapan itu dan berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Johor Baharu untuk pertuduhan esok.
Dalam siasatan pada 29 November lepas, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Mara jual aset di Australia untuk kurangkan hutang

Posted: 09 Jan 2017 07:00 AM PST

Mara mengambil keputusan menjual 1 daripada 4 hartanah di Australia bagi membayar hutang kepada 2 bank di sana, kata pengerusinya.
annuar-musa-mara
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak menjual satu daripada hartanahnya di Australia bagi menampung hutang kewangan agensi kerajaan itu, kata Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Mara berkata, penjualan hartanah melalui tender terbuka itu membolehkan Mara menguruskan hutang sedia ada dengan lebih mudah.
"Saya berbangga maklumkan kami memutuskan menjual satu daripada hartanah yang ada kerana mahu bebas hutang.
"Saya tidak mahu mereka (Mara) terus melakukan penyelarasan, jadi kami memutuskan mencairkan aset dengan menjual 1 daripada 4 hartanah yang kami ada," katanya pada sidang media di Preimera Hotel, hari ini.
Pada 2015, anak syarikat Mara iaitu Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) terkait dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri 5tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pula mendakwa Mara terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian 4 aset di Melbourne yang semuannya didakwa dibayar lebih tinggi berbanding harga sepatutnya mengikut pasaran semasa.
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
Setakat ini, 4 hartanah milik Mara yang dibeli di Australia adalah The Dudley House, 333 Exhibition Street, 51 Queen Street dan 746 Swanston Street.
Tambah Annuar, penjualan hartanah itu membolehkan Mara membayar pinjaman yang dibuat di bank Australia.
"Kami gunakan segala pendapatan membayar semula pinjaman dengan 2 bank di Australia. Walaupun masih ada hutang, tapi hutang itu lebih mudah untuk diuruskan," katanya.
Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan secara terperinci maklumat dan harga penjualan hartanah tersebut, sebaliknya sewaktu dihubungi FMT, menyatakan akan menjelaskan perkara itu esok pagi.
Sementara itu, Annuar turut menasihatkan kakitangan Mara agar tidak terlibat dalam jenayah salah guna kuasa dan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

UNDILAH, PANGKAHLAH BN LAGI !!!

Posted: 09 Jan 2017 06:59 AM PST

DULU menteri suruh rakyat buat #2kerja untuk cari pendapatan tambahan gara2 penangan cukai lahanat-GST..

SEKARANG PULA bila dah buat #2kerja dia sebat pula hasil peluh kita dgn dikenakan cukai lain pula..

SKANDAL 1MDB: MALAYSIA MAKIN FEMES

Posted: 09 Jan 2017 06:23 AM PST

Kini pihak polis Australia pula siasat skandal kewangan terbesar dunia #1MDB.

MANA NAK LARI NAJIB..
Ada harapankah Najib nak terbang bercuti meluangkan masa berkualiti dgn keluarga ke Australia lps ini !!!

TAHUKAH ANDA..
Sbb itulah Najib telah berpaling arah pro kpd negara komunis-China sbg sekutu antarabangsanya, apabila Amerika Syarikat (DoJ) lancar siasatan terhadap skandal 1MDB itu...

KESIPUAN NAJIB BERTERUSAN, AUSTRALIA DESTINASI TERBARU SIASATAN 1MDB...

Posted: 09 Jan 2017 06:17 AM PST

"Ironinya, berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti,  di negara itu."
Nama dan imej buruk yang sedang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kesannya melimpah kepada negara Malaysia dan pemimpin kerajaannya,  kini menular pula ke Australia.
Dengan siasatan yang sudah berlaku di lebih lapan negara di dunia, kenyataan agensi berita dan akhbar utama negera itu  akan membawa berita buruk kepada 1MDB seterusnya.
Yang nyata, kesipuan pemimpin Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan bertambah-tambah, apa lagi Australia kini sudah menganggap dakwaan terhadap Najib sebagai sesuatu yang 'serius'.
Sebelum ini The Australian turut membuat laporan mengenai skandal 1MDB dan kaitannya dengan isteri Perdana Menteri.
Apakah The Australian pula akan menjadi 'punching bag' dan akan  'dibelasah' habis-habisan oleh penyokong Perdana Menteri Malaysia seperti yang terjadi kepada The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini kerana pendedahan berkiatan 1MDB?
Polis Persekutuan Australia (AFP) dilaporkan sedang menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan pihak-pihak tertentu negara itu.
Menurut The Australian hari ini, polis sedang menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar undang-undang negara itu.
"AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada The Australian.
Isu 1MDB di Australia sebenarnya sudah menjadi pengetahuan umum rakyat negara itu apabila pada  4 April  2016, seorang eksekutif di salah sebuah bank terkemuka di Australia, Bank ANZ telah disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu s, berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.
Timbalan Ketua Eksekutif bank berkenaan, Graham Hodges disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1 bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.

ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal menjadi ahli lembaga AmBank.
Sydney Morning Herald melaporkan Hodges sebagai  berkata, ANZ adalah terhad dalam apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya pemegang saham minoriti.
Sehingga kini tiada berita susulan mengenai siasatan berkenaan.
Apapun, terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang datang ke Australia kononnya mahu memperjelaskan isu 1MDB kepada pelajar da masyarakat Malaysia pada November lalu tetapi ia mendatangkan kesan boomerang.
Kempen di  Melbourne, Sydney dan Brisbane, tidak diberikan laporan sewajarnya oleh media tempatan namun akhbar negara kangaroo itu, The Australian Business Review yang wartawan mereka dilarang memasuki majlis penerangan JASA itu hairan bagaimana penerangan oleh 1MDB termasuk oleh Ketua Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy tidak mahu dihebahkan.
Laporan meluas akhbar itu mendapat perhatian banyak pihak dan kesannya semakin buruk kepada 1MDB apabila ia menjadi satu syarikat kerajaan Malaysia yang dilihat dengan penuh curiga.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)