Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:05 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA?

Posted: 08 Jan 2017 09:59 PM PST


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mensifatkan Tun Mahathir " Gila" kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.
Siapakah sebenarnya yang gila?
Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar- bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai bandar China.
Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang -wenang kepada orang orang asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan Melayu.
Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku dan Tun Abdul Razak barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya diatas kertas.
Oleh kerana adanya kesedaran nasionalisme yang tinggi di bawah kepimpinan Tun Razak dan mahukan orang Melayu berada di bandar-bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi orang China maka Tun Razak telah menginisiatifkan penubuhan UDA untuk membina kedai- kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu.
Tun Mahathir menerusi PNB telah berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang dimiliki oleh British ( Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exhchange pada 7 septmber 1981
Maka itu sudah lah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme Najib &Nazri, kita hapuskan Tanah Simpanan Melayu kerana tanah-tanah itu menurut peguam UMNO yang tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke nagara China.
Malaysia boleh jadi negara China tanpa orang China membawa balik tanah negara ini ke negara China.
Hidup Nazri! Hidup Najib! Hidup UMNO!

Persempadanan semula SPR berat sebelah, ‘khianati’ Perlembagaan Persekutuan

Posted: 08 Jan 2017 09:57 PM PST

Adakah persempadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersifat neutral dan masih menepati prinsip-prinsip selaras Perlembagaan Persekutuan?
Persoalan itu diutarakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar yang mendapati persempadanan semula SPR berat sebelah dengan mengutamakan kepentingan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Keadaan yang berlaku ini, kata Ahli Parlimen Batu Gajah itu telah melanggar empat syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang iaitu:
  • Kemudahan untuk pemilih-pemilih semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri
  • Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam pilihan raya itu
  • Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri
  • Memelihara hubungan tempatan
"Semua ini membuktikan bahawa syarat-syarat yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara tidak dihormati oleh SPR, malah badan yang kononnya bebas itu menggunakan pelbagai manipulasi bagi membolehkan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," katanya.
Sebelum ini, SPR didakwa memindahkan sejumlah besar bilangan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sehingga mendapat bantahan besar-besaran daripada Pakatan Harapan di hampir setiap negeri.
Pakatan Harapan Perak, misalnya, menyatakan terdapat lebih 16 kawasan DUN di negeri itu mempunyai bilangan pengundi melebihi kawasan Parlimen, iaitu sesuatu yang tidak logik.
Malah, wujud perbezaan jumlah pengundi yang terlalu besar antara bahagian-bahagian mengundi, sebagai contoh kerusi DUN Manjoi yang mempunyai 50,812 pengundi, sebaliknya DUN Kota Tampan dan Trong hanya mempunyai kurang 13,000 pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Selamat tinggal Najib, kata Fahmi Reza

Posted: 08 Jan 2017 09:52 PM PST

Aktivis yang dikenakan sekatan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen itu berkata beliau berjaya membatalkan larangan itu dan kini dalam perjalanan ke Taiwan.
bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-Fahmi-Reza,-imigresen,-badut,-najibPETALING JAYA: Selepas bersusah payah berjuang tanpa henti untuk menentang larangan ke luar negara yang dikenakan kepadanya, aktivis Fahmi Reza akhirnya berjaya ke Taiwan hari ini.
"Atas usaha aku tak henti-henti cuba lawan 'travel ban' yang dikenakan ke atas aku dengan bermacam-macam cara sejak Khamis lalu, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.
"Sukses! Bye bye Najib, I'm flying to Taiwan. Nanti aku cerita. Sekarang nak naik pesawat," tulisnya di akaun Facebook hari ini.
Fahmi berkata beliau menemui maklumat di laman web Jabatan Imigresen, di mana dia boleh ke pejabat imigresen terdekat iaitu di UTC Pudu untuk meminta namanya dikeluarkan daripada senarai hitam.
Seorang pegawai imigresen kemudian meminta nombor kad pengenalannya dan berkata namanya disenaraihitamkan.
Bagaimanapun, pegawai itu tidak pasti sama ada namanya dilarang ke beberapa negeri di Malaysia atau ke luar negara.
Fahmi, yang diisytiharkan tidak boleh masuk Sarawak pada 2010, berkata menerusi panggilan telefon ke imigresen Putrajaya, beliau dimaklumkan namanya tidak lagi diharamkan masuk ke negeri itu, tetapi kini tidak dibenarkan meninggalkan negara.
Katanya, polis meletakkan namanya dalam senarai "dikehendaki", dan larangan ke luar negara berkuat kuasa sejak 31 Mac tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Harga minyak jatuh susulan Iran tambah eksport

Posted: 08 Jan 2017 09:51 PM PST

Harga minyak mentah global hari ini menyusut setelah Iran bertindak meningkatkan eksportnya, demikian menurut laporan Reuters.
Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global, didagangkan pada harga AS$56.97 iaitu 13 peratus lebih rendah berbanding harga penutup sebelum ini.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$53.79 setong setelah mengalami penurunan 20 sen.
Menurut laporan yang sama, tindakan tersebut telah menjejaskan segala usaha oleh pengeluar minyak yang lain untuk mengekang masalah bekalan bahan api global.
Iran menjual lebih 13 juta tong minyak dari kapal tangki di laut bagi mengambil kesempatan atas urusniaga pengurangan bekalan oleh OPEC yang menyebabkannya terkecuali dari mendapatkan semula bahagian pasarannya dan pembeli baru, menurut sumber industri dan data.
Paras harga minyak mentah global mempunyai kesan yang sangat beerti ke atas ekonomi Malaysia kerana selain menjadi tulang belakang ekonomi negara, kenaikan atau penurunannya atas mempunyai tempias ke atas harga barangan, prestasi ringgit dan bursa, antaranya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib jamin ringgit lebih stabil tahun ini..??

Posted: 08 Jan 2017 09:45 PM PST

Najib yang juga menteri kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.
najib-bnm
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin langkah yang diambil Bank Negara akan dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini.
Najib yang juga menteri kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.
Beliau berkata daripada 149 mata wang dunia, 123 nilai mata wang menghadapi penyusutan berbanding dolar Amerika, dan Malaysia tidak terkecuali, dan bukan satu-satu negara yang terkesan.
Katanya, 3 faktor luar kawalan yang mempengaruhi nilai ringgit ialah "spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir", kejatuhan harga minyak dan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat pada Disember lalu.
"Dengan langkah yang diambil Bank Negara, pihak pasaran yakin ringgit akan lebih stabil, dan mereka percaya keadaan tidak menentu ini dapat dibendung ke tahap normal dalam tempoh terdekat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi 2017 di sini hari ini.
Najib berkata terdapat petanda dan bibit harapan dan keyakinan keadaan ekonomi akan pulih secara lebih positif pada tahun ini setelah berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada 2016.
Antaranya, harga minyak yang kini berada pada paras AS$54 setong selepas Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), berbanding AS$44 pada tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat sembang Najib

Posted: 08 Jan 2017 09:41 PM PST

Siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

"Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

"Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

"Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu," kata Najib seperti dilaporkan The Star Online.
SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha kementerian, dua anaknya dan ketua pegawai eksekutif satu agensi kerajaan dalam siasatan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.
Suruhanjaya itu juga merampas jongkong emas, wang tunai dan barang berharga bernilai sekurang-kurangnya RM5.6 juta daripada KSU yang dijangka dituduh di mahkamah hari ini.

MANA SATU PEMBOHONG..!!!

Posted: 08 Jan 2017 09:34 PM PST

Bila ringgit jatuh..
SALAHKAN faktor luar kawalan.
SALAHKAN Amerika.
SALAHKAN pembangkang.

Bila ringgit stabil kukuh..
MENGAKU punca pentadbiran BN.
MENGAKU Menteri Kewangan lebih baik drpd Anwar.

HAKIKATNYA, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kata.. "Selesaikan skandal 1MDB dahulu untuk pulihkan ringgit" -21/9/2015.

Inilah Malaysia ku..

Posted: 08 Jan 2017 09:33 PM PST

FAKTA:
Bekas Menteri Besar N9 yg juga Pengerusi Felda, ISA SAMAD katanya.. beliau didapati bersalah bukan kerana rasuah TETAPI 'POLITIK WANG'..

Utk Umno = POLITIK WANG
Bukan Umno = RASUAH

"Bye bye Najib, I'm flying to Taiwan!” luah Fahmi Reza

Posted: 08 Jan 2017 09:29 PM PST

2017, harga barang mentah kian parah!

Posted: 08 Jan 2017 09:04 PM PST

PRU14 - Bertekad Tumbangkan BN

Posted: 08 Jan 2017 09:04 PM PST

RUU355: PAS Wilayah berhimpun dulu Sabtu ini

Posted: 08 Jan 2017 08:57 PM PST

Laungan "Reformasi" bergema sambut ketibaan Anwar di luar mahkamah Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2017 08:56 PM PST

UMNO TAJA CALON AMANAH - MELAWAK KE APA PAS NI?

Posted: 08 Jan 2017 05:00 PM PST

Kata Pas, parti Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah memberitahu, kemunculan Amanah di kawasan marginal Pas sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha parti itu mempertahankan kerusi-kerusi tersebut.

"Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kelantan seperti yang pernah dilakukan oleh Berjasa pada 1978 dahulu, 

"Kemungkinan itu tidak boleh ditolak, boleh jadi UMNO taja calon-calon Amanah di kawasan-kawasan yang mereka anggap boleh menang," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Melawak ke apa Pas ini?

Macam mana UMNO boleh menaja calon-calon Amanah sedangkan Amanah adalah komponen rasmi Pakatan Harapan?

Amanah tidak berunding dengan UMNO untuk memutuskan kawasan mana yang akan ditandinginya, sebaliknya akan berbuat demikian bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan juga Bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

Kapal selam tempur China ‘berehat’ di Sabah cetus tanda tanya

Posted: 08 Jan 2017 04:55 PM PST

Kehadiran itu di sebalik pengaruh dan kuasa ekonomi Beijing yang semakin berkembang di Asia Tenggara.
visit-kapal-selam
Ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian, dengan pihak berkuasa India mempersoalkan alasan kapal itu berlabuh bagi "berehat dan mendapat bekalan" selepas memantau aktiviti lanun di perairan Somalia.
Tentera India dipetik badan penyiaran New Delhi Television (NDTV) sebagai mempertikaikan tujuan kapal selam itu berlabuh. Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan "pertempuran kecil".
Sebaliknya, NDTV melaporkan pihak India bimbang ia merupakan sebahagian usaha perisikan Beijing terhadap kapal selam milik India di Lautan Hindi.
Gambar kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng milik Tentera Pembebasan Rakyat China itu turut dimuat naik dalam akaun Twitter Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyifatkan ketibaan mereka pada 3 Januari itu sebagai "lawatan diplomasi".
kapal-selam-cina
Ia turut dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) 3 hari lalu yang mengaitkan ketibaan kapal selam itu dengan perubahan kuasa serantau di Asia Tenggara, dipercayai merujuk kebangkitan pengaruh China di sebalik dasar negara seperti Malaysia dan Filipina yang semakin rapat dengan Beijing.
Walaupun ia bukan kali pertama aset ketenteraan China berlabuh di perairan Malaysia, bagaimanapun ia merupakan pertama kali melibatkan aset canggih seperti kapal selam yang mempunyai kebolehan mengumpul maklumat tanpa dikesan.
"Ia menunjukkan kepercayaan lebih tinggi di pihak negara tuan rumah, kerana operasi kapal selam adalah sensitif dan boleh digunakan untuk tujuan bertempur atau membuat tinjauan tanpa dikesan," penganalisis pertahanan, Euan Graham, yang mengetuai Program Keselamatan Antarabangsa di Institut Lowy, Sydney, memberitahu WSJ.
Read More / Baca Lagi >>

Sekatan, kekangan buat Zunar terus rancak

Posted: 08 Jan 2017 04:53 PM PST

Pada masa itu kartun yang dilukis Zunar bukanlah bersifat politik sebaliknya menyajikan humor biasa.
Antara tajuk kartun yang masih diingatinya ialah "Ali, Siapa Namamu?".
Tidak lama kemudian, Zunar cuba menambah 'perisa' dalam kartunnya. Untuk itu dia gigih mencari majalah yang boleh dijadikan rujukan walaupun hakikatnya tidak banyak bahan bacaan politik pada zaman itu.
Untuk memenuhi keperluan berkenaan, Zunar mengaku dia pernah "mencuri" senaskhah majalah Time dari hospital.
Ketika itu, kata Zunar, dia menghantar kawannya ke hospital dan ternampak majalah Time terbiar di atas meja pelawat, lalu teruja melihatnya kerana mengandungi kartun politik.
"Saya curi majalah itu kerana saya memang memerlukannya sebagai rujukan. Saya tidak mampu membeli Time pada masa itu kerana ia sangat mahal dan susah ditemui," katanya.
Mengimbas kembali peristiwa yang tidak diketahui orang itu, Zunar sekali lagi tersenyum.
Dia berharap hospital berkenaan dapat memaafkan tindakannya, sambil mengingatkan, perbuatan itu hanya sekali dilakukannya.
Salleh Abbas punya pasal
Pada 1985, bermulalah detik Zunar - ketika itu berusia 28 tahun - menjadi pelukis kartun sepenuh masa. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja menjadi perdana menteri.
Mengikut ingatan Zunar, pada zaman itu kebanyakan orang memuji Dr Mahathir.
"Boleh dikatakan kira-kira 90 peratus rakyat suka dia, tetapi saya rasa ada banyak perkara yang tidak kena.
"Contohnya dasar Pandang ke Timur yang saya rasa tidak memberi faedah kepada rakyat, sebaliknya hanya memanfaatkan Dr Mahathir seorang," jelasnya.
Insiden yang benar-benar membuat darah Zunar 'menggelegak' ialah kes pemecatan ketua hakim negara, Tun Salleh Abbas.
Nadanya tegas apabila menyentuh kejadian itu.
"Mana boleh memecat seorang hakim!" katanya.
Untuk mengetahui apa sebenarnya terjadi pada sistem kehakiman negara, Zunar mula menempah majalah bulanan Majlis Peguam Malaysia - Insan - pada masa itu.
Dia juga mula membaca majalah Aliran dan aktif menghadiri pelbagai forum dan ceramah.
Suatu hari ketika menghadiri forum anjuran Majlis Peguam dan menyertai sesi soal jawab, tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri: "Aku seorang kartunis, boleh lukis semua ini dalam kartun. Mengapa perlu tunggu sampai sesi soal jawab?"
Selebihnya adalah sejarah. Zunar mula melukis kartun politik pada usia 30 tahun.
Ketika itu, Zunar masih menyumbang kartunnya kepada majalah Gila-Gila. Majalah itu dirasakannya kurang sesuai untuk kartun politik. Justeru Zunar mula mencari wadah lain.
Dia menyertai akhbar Berita Harian yang difikirkannya suatu medan baru untuk dia bebas menterjemah fikirannya menggunakan dakwat. Namun enam bulan kemudian, dia meninggalkan tempat itu dengan rasa kecewa.
"Ada banyak sekatan. Kamu tidak boleh melukis dengan bebas. Saya sangkakan itu tempat untuk saya siarkan kartun politik tetapi hakikatnya, mereka dimiliki oleh parti dan saya tidak boleh lukis apa yang saya ingin lukis," katanya.
Harakah tempat bermula
Read More / Baca Lagi >>

Zunar - Budak sains yang tak suka sains

Posted: 08 Jan 2017 04:51 PM PST

Suatu hari pada 1974 - seorang budak lelaki kelihatan berlari-lari di sebuah kampung kecil di Pendang, Kedah.
Di tangan budak itu senaskhah majalan kanak-kanak, Bambino, yang memang popular pada zaman itu.
Tidak ada apa-apa yang membuat rasa gembiranya membuak-buak kecuali lakaran kartunnya disiarkan dalam majalah berkenaan. Dan dia - si Zunar itu - memperoleh naskhah berkenaan secara percuma sebagai imbuhan kartunnya disiarkan.
Pada zaman itu biasanya penduduk Kampung Padang Durian perlu ke bandar untuk membeli majalah yang terhad jualannya. Perjalanan untuk sampai ke pekan Pendang biasanya mengambil masa sehingga empat jam.
Namun, Bambino itu diperoleh Zunar tanpa perlu mengorbankan begitu banyak masa ke bandar. Lebih penting, ia adalah kartun pertama Zunar diterima untuk disiarkan sesebuah majalah.
Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque - memang terkenal sebagai pelukis kartun satira politik yang banyak menyentuh salah laku pemerintah, terutama berkaitan isu rasuah dan penyelewengan.
Pilihannya itu menjadikan Zunar, 54, musuh di mata pemerintah.
Dia tidak ingat dengan tepat pada usia berapakah dia mula memegang berus lukisan, namun kenangan berlari-lari di kampung itu menjadi detik paling tidak dapat dilupakannya sepanjang kerjaya sebagai pelukis kartun.
Persimpangan dilema
Baru-baru ini Zunar berkongsi kenangannya dengan Malaysiakini. Melalui pertemuan di studio sempitnya di Fraser Business Park di Pudu, Kuala Lumpur, Zunar hadir dengan bersahaja. Pada baju T putihnya tertera kata-kata "Membela Hak Kartunis". Dia berseluar panjang hitam dan berselipar.
Kata Zunar, minat melukisnya tidak datang daripada mana-mana rangsangan sebaliknya bakat semula jadi.
"Saya suka melukis, ia datang secara semula jadi dan tidak dapat dijelaskan. Saya masih ingat semasa kartun pertama saya diterbitkan, saya dapat satu majalah percuma dan di dalamnya tertera satu setem getah.
"Saya tunjukkan majalah itu kepada seluruh orang kampung dan berkata kepada mereka: Kamu tengok, kamu perlu beli majalah tetapi majalah kamu ada setem getah tak? Saya ada! Kerana kartun saya diterbitkan," kata Zunar dengan senyuman lebar dan seperti biasa membuat matanya mengecil.
Apabila masuk sekolah menengah, sama macam pelajar lain, Zunar perlu berdepan dengan sistem pendidikan kerajaan Malaysia yang lazim. Dia perlu memilih sama ada mengikuti aliran sains atau sastera.
Read More / Baca Lagi >>

Jika tak mampu beli sayur .. makan rumput - Menteri Ameno..

Posted: 08 Jan 2017 05:00 AM PST

Spt biasa alasan menteri.. "walapun naik harga masih terkawal..."

Kenyataan Irwan bukti ekonomi Malaysia tenat

Posted: 08 Jan 2017 04:25 AM PST


Rafizi
Ads by Kiosked

BENTONG - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai rakyat boleh guna BR1M beli Proton Iriz untuk menjadi pemandu Uber dan orang miskin tidak dikenakan GST menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan yang tenat.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, berdasarkan kenyataan itu membayangkan dan menyakinkan rakyat dan pelabur satu dunia bahawa ekonomi Malaysia berkedudukan dalam keadaan yang rapuh.
Malah katanya, apabila kenyataan itu datang daripada ketua setiausaha perbendaharaan, kenyataan itu lebih teruk dan memalukan daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh timbalan menteri.
"Apabila orang nombor satu dalam pentadbiran ekonomi negara kita yang bukan dari kalangan ahli politik bagi kenyataan yang lebih teruk, sebab itulah semua pelabur lari dan pelabur baru tidak masuk.
"Akibat daripada pelabur asing lari sebab itu nilai mata wang jatuh dan apabila nilai mata wang jatuh maka ekonomi pun jadi tidak baik yang menyebabkan harga barang pun naik,"katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sertai Invoke Jumpa Rafizi di Pusat Khidmat Keadilan Bentong di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas CEO Tekun Nasional didakwa esok kerana rasuah RM36,000

Posted: 08 Jan 2017 04:22 AM PST

Menurut sumber, SPRM sedang menyiasat sama ada bekas CEO Tekun Nasional itu dan KSU kementerian yang ditahan Rabu lalu ada hubung kait dalam kes rasuah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ceo-dakwa
PETALING JAYA: Seorang bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas dakwaan meminta suapan sebanyak RM36,000.
Menurut sumber, suspek bergelar Datuk berusia 62 tahun itu yang baru kembali daripada menunaikan umrah semalam, ditahan di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, pada jam 5.15 petang tadi.
Suspek itu dipercayai menerima wang suapan itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang sebanyak RM360,009.08 pada 15 Januari 2015.
Sumber itu berkata, suspek pernah ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang suapan RM36,000 iaitu 10% daripada hasil kutipan "hutang lapuk Tekun Nasional" bagi November 2014, daripada pemilik syarikat pemungut hutang itu pada 15 Januari 2015.
Menurutnya, suspek yang memegang jawatan itu sejak 2008 hingga 2014 melantik syarikat pemungut hutang itu kononnya bagi memungut hutang tidak dilangsaikan peminjam melebihi 2 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan

Posted: 08 Jan 2017 04:16 AM PST

"Mahathir 'gila' kata Malaysia akan jadi negara asing" - Nazri

Posted: 08 Jan 2017 04:11 AM PST

ARMADA sasar 30 peratus calon anak muda PRU 14

Posted: 08 Jan 2017 04:11 AM PST

Syed Saddiq sedia gerakkan 'armadanya' dalam politik

Posted: 08 Jan 2017 04:10 AM PST

"Menteri Mat Rempit" dilantik Exco Armada ingin ubah ekonomi mat motor

Posted: 08 Jan 2017 04:09 AM PST

Comments (0)