Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:59 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dr Mahathir kata ‘tidak’ kepada jawatan PM

Posted: 07 Jan 2017 07:42 AM PST

Dr Mahathir berkata, soal siapa akan menjadi perdana menteri tidak timbul dan tidak akan timbul, sehingga mereka memenangi PRU akan datang.
mahathir-pru14SHAH ALAM: "Tidak, tidak, tidak," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan mengambil jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Soalan ini didorong tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) bulan lalu yang menunjukkan Dr Mahathir adalah calon pilihan untuk jawatan tertinggi negara itu, sekurang-kurangnya di kalangan pengundi Melayu.
Beliau malah mengalahkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan yang dijalankan ke atas 1,761 pengundi berdaftar.
"Saya sudah kata tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang," kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.
"Dan kami tidak bincang pun jawatan perdana menteri. Kini hanya mengenai (cara) memenangi pilihan raya.
"Soal siapa akan menjadi perdana menteri (seterusnya) tidak timbul dan tidak akan timbul, sehingga kita menang."
Bekas perdana menteri itu turut mentertawakan cadangan wujud 2 puak dalam PPBM yang masing-masing menyokong beliau dan Muhyiddin.
"Ada pihak tertentu nak lihat (kami) bergaduh kerana rasa tertinggal dengan kehadiran kami," kata Muhyiddin.
"Tetapi, kami sama sekali tidak mempunyai masalah antara satu sama lain. Malah, kami bekerjasama rapat hampir setiap hari, berbincang tentang masalah negara dan masa depan parti.
"Semalam, saya bersama beliau (Dr Mahathir) sehingga 2 pagi. Ini menunjukkan kami ada kerjasama kukuh."
Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah yang berniat jahat.
Sementara itu, ditanya jika persaraan awal bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain ada kaitan dengannya, Dr Mahathir berkata: "Tak kenal Bahri."
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir beri amaran bahaya jual tanah kepada orang asing

Posted: 07 Jan 2017 07:06 AM PST

Dr Mahathir menjelaskan perbezaan FDI pada zamannya dan apa yang difahami kerajaan sekarang.
mahathir-fdiKUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negeri asing.
Bekas perdana menteri itu memberi amaran rakyat Malaysia boleh menjangkakan sejumlah kawasan besar akan menjadi enklaf orang asing.
Beliau juga mendakwa kehadiran warga asing itu akan membawa kesan besar ke atas landskap politik negara pada masa depan.
Beliau mengecam tindakan kerajaan "menjual sejumlah besar tanah" kepada firma asing dengan berkata, Najib memberikan takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).
"Beliau menganggap warga asing membawa masuk wang untuk membeli tanah dan membangunkan bandar di mana rakyat mereka akan datang dan tinggal sebagai pelaburan langsung asing.
"Hasil itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah paling berharga kini dimiliki dan diduduki orang asing. Hakikatnya, ia akan jadi negeri asing."
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, dahulu, FDI bermaksud mempelawa pelabur asing membuka kilang mengeluarkan produk untuk dieksport, di mana kerajaan akan menyediakan tanah dan infrastruktur serta pengecualian cukai.
Dr Mahathir berkata, sejumlah besar tanah di sekitar Johor Bahru dijual dan sebaik sahaja tanah itu dibangunkan menjadi perumahan dan hartanah, ia akan membawa kepada "penghijrahan besar-besaran warga asing" yang akan tinggal di bandar baharu itu.
Memetik laporan Malaysia berjaya meraih FDI sebanyak RM150 bilion ketika lawatan rasmi Datuk Seri Najib Razak ke China 2 bulan lalu, Dr Mahathir berkata, tiada maklumat terperinci diberikan mengenai perjanjian dimeterai.
"Kita hanya akan nampak sejumlah besar tanah di negara kita sedang dibangunkan pembeli asing dan diduduki mereka. Akhirnya, mereka akan menuntut taraf kewarganegaraan dan menyertai politik Malaysia, termasuk dalam pilihan raya.
"Apa sahaja ideologi mereka yang percaya mungkin menukar warna politik Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa 700,000 warga asing akan diberikan kerakyatan di Johor supaya mereka boleh mengundi pada pilihan raya umum akan datang, namun Kementerian Dalam Negeri menafikannya.
Beliau berkata, sesetengah warga asing itu hanya akan tinggal di Malaysia pada musim sejuk dan tidak menetap di sini secara kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Iskandar diingatkan, yang tolak kerjasama dengan AMANAH serta Pakatan Harapan ialah Pas

Posted: 07 Jan 2017 07:04 AM PST

SHAH ALAM: Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abd Samad diingatkan supaya segera sedar yang menolak rundingan kerjasama ialah Pas, bukannya AMANAH dan tidak juga Pakatan Harapan, tegas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani.
"Pihak yang tolak kerjasama ialah Pas, bukan AMANAH dan tidak juga Pakatan Harapan. Yang menubuhkan Blok Ketiga ialah Pas, bukannya AMANAH dan bukan juga Pakatan Harapan," kata beliau kepada Amanahdaily.
Pada 2 Januari lalu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberi amaran kepada parti-parti pembangkang lain untuk sama-sama berbincang mengenai kerusi dalam menghadapi PRU14.
Katanya, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju dua penjuru, Pas sedia untuk menghormatinya tetapi sekiranya ia tidak berlaku, Pas seakan memberi amaran bahawa "sama-sama kita menanggungnya".
Iskandar berkata, jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", Pas bersedia bertandibg tiga penjuru dan menerokai kawasan-kawasan baru.
Mengulas lanjut, Jamzuri berkata sekarang ini, Iskandar mahu mengugut pula sekiranya tiada rundingan kerusi untuk pertandingan dua penjuru, maka Pas sanggup "meneroka kawasan-kawasan baru" dengan maksud bertanding di kawasan yang bukan kawasan yang mereka bertanding dalam PRU13.
Sikap Iskandar ini sangat memalukan, tegas Jamzuri, ia ibarat menepuk air di dulang, memercik kemuka sendiri.
Pas katanya, tidak ada banyak pilihan, samada membuang sifat kebencian dan permusuhan terhadap Pakatan Harapan serta berunding dengan baik, atau akan terus sahaja bersama BN.
Read More / Baca Lagi >>

Muhkriz dipelawa berucap di roadshow RUU 355 PAS

Posted: 07 Jan 2017 07:01 AM PST

Mukhriz berkata, beliau akan bercakap mengenai isu semasa menjelajah Malaysia, jika beliau menghadiri acara itu.
mukriz-ruu35PETALING JAYA: Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin menghadiri sebuah acara kecil "roadshow" anjuran PAS berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Bercakap selepas sebuah majlis PPBM hari ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedang mempertimbangkan menghadiri acara itu dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi akan bercakap mengenai isu semasa menjelajah negara ini, jika beliau memutuskan untuk pergi.
Mengenai himpunan solidariti RUU 355 pada 18 Februari ini, Mukhriz berkata, PPBM belum menerima sebarang jemputan dan tidak boleh mengesahkan penyertaan partinya.
Petang tadi, Tuan Ibrahim mengumumkan himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka membabitkan lebih 200 NGO dan lebih 300,000 peserta dijangka menyertainya.
Jemputan turut akan dihantar kepada semua pihak, termasuk parti serpihannya Amanah dan seterunya DAP yang menentang RUU 355.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, PAS tidak akan dibenar mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
Katanya, Padang Merbok juga dilarang, tetapi memberi lampu hijau kepada parti itu menggunakan Stadium Titiwangsa, di mana Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang dizalimi Myanmar diadakan baru-baru ini.
Perhimpunan terdahulu anjuran parti politik dan NGO itu juga gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa, tetapi Tuan Ibrahim yakin pihak berkuasa akan memberi lampu hijau kepada partinya kali ini.

RUU 355: Datuk Bandar KL tak layan permintaan PAS

Posted: 07 Jan 2017 06:50 AM PST

Walaupun PAS berharap untuk bertemu dengannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan Dataran Merdeka tidak akan dibenarkan sebagai tempat perhimpunan untuk menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.
"Tidak Dataran, tiada rundingan," katanya kepada Malaysiakini.
Amin sebaliknya berkata perhimpunan tersebut hanya perlu diadakan di Stadium Titiwangsa.
"Hanya ikut seperti perhimpunan Rohingya," katanya merujuk kepada perhimpunan yang diadakan pada 4 Disember tahun lalu.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terdahulu berkata penganjur perhimpunan itu akan membuat permohonan rasmi untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan berharap untuk bertemu Datuk Bandar.
"Kami berharap permohonan kami akan diterima," kata Tuan Ibrahim kepada Malaysiakini.
Dalam satu sidang media pagi ini, Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut yang mensasarkan kehadiran 300,000 orang, akan diadakan di pada 18 Februari.
Perhimpunan itu, katanya adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Beliau mendakwa mereka sedang menunggu kelulusan untuk perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka.
Hadi sebelum ini membacakan usul rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta 355 pada hari terakhir Parlimen November lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian berkata kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO, GERAKAN dinasihat kritik cara Najib urus kewangan negara

Posted: 07 Jan 2017 06:49 AM PST


GEORGE TOWN, 7 JAN: Daripada berterusan mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara melulu, lebih baik UMNO dan GERAKAN menegur cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengurus negara.
Jika Pulau Pinang yang dari tahun ke tahun mencatatkan lebihan belanjawan, Kerajaan Persekutuan di bawah Najib pula mencatatkan belanjawan defisit saban tahun, malah, nilai matawang ringgit terus menjunam ke paras terburuk sejak krisis ekonomi 1998.
"Saya rasa adalah jelas bahawa UMNO dan Gerakan tidak biasa dengan urus tadbir yang baik dan kerajaan yang mencatatkan lebihan belanjawan," ujar Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam kenyataan, hari ini.
"Itu sebabnya, kedua-dua pemimpin parti tersebut yang berterusan mencari salah Pulau Pinang untuk tujuan politik itu tidak pernah buat bising dengan Najib ekoran perbelanjaan besar dalam belanjawan, selain belanjawan defisit dan skandal kewangan 1MDB".
Sebelum ini Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendakwa kononnya kerajaan negeri memperoleh belanjawan tambahan bukan daripada urus tadbir yang baik tetapi melalui penjualan tanah.
Adun UMNO dari Pulau Betong, Muhammad Faris Saad pula mendakwa kononnya belanjawan tambahan itu terhasil daripada anggaran awal belanjawan yang tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR

Posted: 07 Jan 2017 06:11 AM PST


Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang datang secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab angka-angka yang saya utarakan.

Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.

Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Dato' Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya. Di dalam Jemaah Menteri Malaysia iaitu badan eksekutif tertinggi di negara ini, tanggungjawab menyelia dan memajukan Felda terletak di bawah portfolio Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau perlu turut sama meletakkan jawatan atas kegagalan memajukan Felda dan masyarakat peneroka.

Sedang saya mengalu-alukan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan iaitu:

Keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan di dalam syarikat perladangan Indonesia (Eagle High Plantations) yang dimiliki sahabat baik Perdana Menteri pada harga yang 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)
Prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang yang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang susut dari berbilion ringgit sebelum itu kepada RM291 juta sahaja (tahun kewangan 2014)
Kemampuan Felda untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian yang dicatatkan)
Kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Najib sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014
Read More / Baca Lagi >>

Saya dipecat Umno tetapi masih jadi PM, kata Dr M kepada Anina

Posted: 07 Jan 2017 05:07 AM PST

Dr Mahathir menasihatkan Anina tidak meninggalkan perjuangan demi perkara kecil, sementara Muhyiddin menjelaskan Anina tidak dilantik ketua wanita PPBM kerana prestasinya tidak memenuhi jangkaan.
nina-mahathirSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tidak terlalu emosi kerana tidak dilantik sebagai ketua sayap wanita.
Bekas perdana menteri itu berkata, perselisihan kecil berhubung keputusan PPBM tidak melantiknya sebagai ketua wanita (Srikandi), tidak harus dijadikan alasan untuk beliau meninggalkan perjuangan utama parti bagi menyelamatkan negara.
"Jangan kecewa dan lupa perjuangan kita hanya kerana perkara kecil yang berlaku kepada anda.
"Saya sendiri dipecat daripada parti (Umno), tetapi kemudian saya masih menjadi perdana menteri," kata pengerusi PPBM itu pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.
Dr Mahathir mengulas konflik dalaman PPBM yang menyaksikan Anina menyerang pucuk pimpinan parti itu selepas mendakwa dirinya dilucutkan jawatan ketua wanita pada 25 Disember lalu.
Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir petang tadi menafikan wujud sebarang konflik dan mendakwa keadaan itu hanyalah salah faham.
Beliau berkata, keputusan itu tidak bersifat peribadi dan ia dibuat selepas mendapati prestasi Anina tidak memenuhi jangkaan.
"Apabila kami tubuhkan parti ini, kami meminta beliau memimpin dan meletakkan Srikandi dalam usul. Tetapi, tiada keputusan rasmi mengenai jawatan ketua Srikandi.
"Apa yang berlaku mungkin atas sebab tertentu, Anina tidak mencapai sasaran. Jadi, parti memutuskan tidak melantik beliau memegang jawatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti pengampu kerajaan, tak bebas bersuara, bidas Dr M

Posted: 07 Jan 2017 04:45 AM PST

Dr Mahathir berkata, jika jemaah menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, tetapi mereka memakannya juga.
mahathir-1mdbSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas mufti yang menyangkal dakwaannya berhubung jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur sebagai "pengampu kerajaan".
Bekas perdana menteri itu terus mempertahankan kenyataannya yang dilaporkan minggu lalu dan enggan memohon maaf seperti diminta seorang ahli politik Umno.
"Kenapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang kata saya salah, dibayar berbuat demikian. Mereka perlu ampu, mereka perlu bodek. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kenalah puji kerajaan," katanya pada sidang media di Komplkes PKNS hari ini.
Pada 1 Januari lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MBD, tidak akan mendapat haji mabrur.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak itu, beliau dikritik beberapa mufti termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang dilaporkan berkata, hanya Allah yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak dan mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah, tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
Dr Mahathir berkata: "Jika anda pergi dan menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, anda makan juga."
Read More / Baca Lagi >>

'Haji guna duit curi macam tahu makanan haram tapi makan juga'

Posted: 07 Jan 2017 04:39 AM PST

Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.
Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.
"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.
Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.
DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya.

Isu balak: Siapa luluskan aktiviti pembalakan di Perak?

Posted: 07 Jan 2017 04:36 AM PST

KSU Rasuah: SPRM rampas lagi wang tunai RM550,000

Posted: 07 Jan 2017 04:35 AM PST

Guan Eng salah guna kuasa lantik Saifuddin Nasution - BN P Pinang

Posted: 07 Jan 2017 04:33 AM PST

Rombakan dijangka berlaku dalam sistem pentadbiran FELDA

Posted: 07 Jan 2017 04:33 AM PST

Anina tidak dilantik Ketua Srikandi kerana prestasi kata Muhyiddin

Posted: 07 Jan 2017 04:29 AM PST

Mahathir tolak jadi PM walaupun lebih popular dari Anwar

Posted: 07 Jan 2017 04:29 AM PST

Bahri ni siapa? soal Mahathir

Posted: 07 Jan 2017 04:29 AM PST

Tun M: Kenapa nak minta maaf? Memang haji tak mabrur guna dana 1MDB

Posted: 07 Jan 2017 04:28 AM PST

Perinci tahaluf siyasi kata PKR Kelantan

Posted: 07 Jan 2017 04:21 AM PST


Ab Aziz Ab Kadir
Ads by Kiosked

KOTA BHARU - PKR Kelantan menghormati keputusan Pas untuk memperincikan kandungan tahaluf siyasi antara parti itu dan jemaah lain malah akan menerima apa sahaja keputusan dibuat selagi ia boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Pas bebas membuat apa saja keputusan yang difikirkan baik sekaligus dapat menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang.
"Umum mengetahui, sebagai sebuah parti, kemenangan dalam pilihan raya menjadi matlamat utama.
"Kami akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dimuktamadkan Pas," katanya kepada Sinar Harian.
Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa parti itu akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pertengahan bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

ADAKAH PERLANTIKAN SHAHRIR BUKTI GAGALNYA ISA MENJAGA PENEROKA?

Posted: 07 Jan 2017 03:32 AM PST

Mungkin secara kebetulan, Felda kini diterajui oleh dua anak "Pak Samad" secara serentak. Dalam rombakan yang diumumkan semalam, Isa Samad dikekalkan sebagai Pengerusi Felda Global Venture Bhd atau FGV dan Shahrir Samad pula dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Dalam pengumuman yang dibuat Najib Razak, dilaporkan bahawa dengan perlantikan Shahrir itu bermakna terdapat pembahagian tanggungjawab antara menjaga kebajikan dan sosio ekonomi peneroka (kini akan dikemudi oleh Shahrir) dengan menguruskan perniagaan yang akan dijaga sepenuhnya oleh Isa.

Difahamkan juga, Isa dan Shahrir akan duduk di pejabat yang bersebelahan di Menara Felda, tetapi kedua-duanya akan berada di bawah pengawasan Najib.

Ramai yang keliru dengan perlantikan itu kerana sesuaikah Shahrir untuk menguruskan hal ehwal peneroka Felda berdasarkan karektornya yang agak "urban", manakala Isa yang lebih "kampung" pula menguruskan entiti perniagaan FGV yang bertaburan di seluruh dunia?

Mereka lebih bersetuju, jika pun pengasingan mahu dilakukan, Shahrir yang seharusnya menjaga FGV dan Isa menguruskan Felda. Cara bercakap dan bahasa Isa dikatakan lebih sesuai difahami oleh peneroka.

Tetapi, apakah dengan memberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal peneroka kepada Shahrir, ia bermakna Isa telah gagal dalam tanggungjawabnya kepada peneroka Felda sebelum ini, terutama berkaitan perumahan generasi kedua yang banyak menimbulkan rungutan?

Apakah pengasingan ini ada kaitan dengan kedudukan kritikal
kawasan Felda yang menguasai atau menjadi penentu kemenangan di 54 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang PRU 14 akan datang?

Apakah juga perlantikan Shahrir ada kaitan dengan usaha untuk meyakinkan peneroka dan rakyat seluruhnya berkaitan pembelian saham ladang Eagle High di Indonesia yang menjadi pertikaian ramai sekarang ini?

Untuk sementara, mari kita teliti ulasan Rafizi Ramli mengenainya.

PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR SAMAD: PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR

Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang datang secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab angka-angka yang saya utarakan.

Read More / Baca Lagi >>

Dr M tak faham FDI, maksud kedaulatan sembang Salleh Said..!!!

Posted: 07 Jan 2017 03:20 AM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami konsep Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan maksud kedaulatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Posting blog terkini Mahathir menunjukkan beliau tidak konsisten dan kurang pemahaman mengenai makna FDI. Beliau juga tidak memahami kedaulatan," tulis menteri itu di blognya.
Beliau merujuk catatan bekas presiden Umno itu semalam, yang mendakwa langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik FDI dengan menjual tanah Malaysia, adalah serupa dengan menjual Singapura kepada British semasa era penjajahan.
"Keputusan itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah yang paling berharga akan dimiliki dan diduduki oleh orang asing. Ia akan menjadi negara asing," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.
Salleh yang menafikan dakwaan itu berkata 'negara asing' yang diperkatakan Mahathir bagi merujuk kepada kedaulatan adalah jauh tersasar.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

Posted: 07 Jan 2017 03:18 AM PST

Rafizi berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk mengalu-alukan pelantikan Shahrir.
feldaPETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan Kertas Putih mengenai prestasi kewangan dan masa depan Felda di persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula Mac nanti.
Naib Presiden PKR itu menerusi kenyataan hari ini berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk "mengalu-alukan" pelantikan Shahrir.
"Sedang saya mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang sudah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan," katanya.
Rafizi berkata, isi itu meliputi pembelian 37% pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk pada harga 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dalam syarikat baharu itu, walaupun merupakan pemegang saham terbesar.
Bukan itu sahaja, katanya, prestasi kewangan Felda merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab tunai susut daripada berbilion ringgit kepada RM291 juta sahaja pada tahun kewangan 2014.
"Kemampuan Felda menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda, apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian dicatatkan).
"Kegagalan projek perumahan Felda yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan pada 2014," kata Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah AG ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

Posted: 07 Jan 2017 03:15 AM PST

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kuasa melindungi sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.
Ini berikutan kenyataan menteri undang-undang pada 2011, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberitahu parlimen bahawa peguam negara tidak mempunyai kusa melindungi mana-mana individu yang melakukan tindakan jenayah berdasarkan pertimbangan politik.
Justeru itu, Mat Zain mempersoalkan bagaimana Apandi boleh membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan kes 1MDB dan SRC International pada Januari tahun lepas.
"Isu di sini ialah jika pada tahun 2011 Nazri yang bercakap sebagai menteri dalam kabinet Najib mengesahkan bahawa peguam negara tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sesiapa sahaja atas alasan politik, di mana Apandi mendapatkan hak atau kuasa melindungi Najib daripada sebarang salah laku mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC," katanya.
Nazri ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung surat terbuka Mat Zain berkenaan wang RM40 juta yang dijumpai dalam beberapa akaun bank bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Ia didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kemudian disiasat badan pencegah rasuah.
Mat Zain berkata negara menghadapi keadaan yang sama apabila wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ditemui dalam akaun peribadi Najib.
Apandi, katanya, kemudian mengisytiharkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah.

SPRM membisu dakwaan Bahri tiada siapa hubunginya

Posted: 07 Jan 2017 03:14 AM PST

Tiada sebarang jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penafian bekas pengarahnya, Datuk Bahri Mohd Zin bahawa unit media agensi itu menghubunginya berikutan kenyataan mengenai siasatan SRC International Bhd.
Panggilan dan mesej kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki kekal tidak berjawab.
Bahri, Selasa lalu menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
"Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya, dipetik Sinar Online.
Bekas pengarah bahagian operasi khas SPRM itu sebelum ini menafikan SPRM ada menghubungi beliau.
Suruhanjaya itu juga menafikan kenyataan Bahri bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC.
Azam ketika dihubungi juga mendakwa Bahri menafikan berkata beliau merasakan seolah-olah berdosa terhadap 30 juta rakyat Malaysia seperti dilaporkan.
Terdahulu, beberapa agensi media, termasuk Malaysiakini, memetik Bahri sebagai berkata beliau kecewa apabila kes SRC tidak dibawa ke mahkamah.
SRC, yang sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB dan kini di bawah kementerian kewangan, mencuri perhatian selepas RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wang SRC didepositkan dalam akaun Najib dalam dua transaksi - pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas melalui dua syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Najib dilapor mendakwa tidak sedar mengenai wang SRC dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan dirinya daripada sebarang salah laku.

PKR saran bos baharu Felda dengar suara peneroka

Posted: 07 Jan 2017 03:12 AM PST

Fahmi berkata, Felda perlu kembali kepada perniagaan terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang serta kadar perahan minyak daripada purata 17 hingga 18% kepada 20%.
felda-fahmiPETALING JAYA: PKR menyarankan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengadakan road show bagi menemui peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendengar kebimbangan mereka berhubung hala tuju agensi itu, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Baru-baru ini, Felda dilaporkan membeli 37% pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk daripada Rajawali Group, sebuah daripada syarikat minyak sawit terbesar di Indonesia, pada harga AS$505.4 juta.
Pengambilalihan itu dibuat setahun selepas Felda Global Ventures Holdings Bhd membatalkan rancangan membeli kepentingan sama di Eagle High pada harga AS$680 juta. Ahli politik dan pelabur mengkritik perjanjian itu terlalu mahal.
Fahmi berkata, Felda perlu kembali kepada perniagaan terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang serta kadar perahan minyak daripada purata 17 hingga 18% kepada 20%.
"Saya percaya dengan usaha bersepadu semua pihak, Shahrir boleh mengembalikan maruah dan fokus Felda."
Semalam, Shahrir diumumkan sebagai pengerusi baharu Felda bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.
Isa akan kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Baru-baru ini, Isa dipersalahkan untuk prestasi kewangan lemah FGV.

Comments (0)