Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nasib ringgit tidak menentu, rakyat kian buntu

Posted: 05 Jan 2017 08:17 PM PST

Kejatuhan nilai ringgit dan ketibaan musim tengkujuh bulan ini menjadi penyebab berlakunya kenaikan harga bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging.
pasar-13Musim tengkujuh yang kebiasaannya berlaku sekitar November dan Disember saban tahun tiba lewat kali ini dan menyaksikan beberapa negeri sedang dilanda banjir selain laut bergelora.

Tinjauan SelangorKini selama tiga hari ke beberapa lokasi mendapati harga ikan kembung yang tular di laman sosial pada harga hingga mencecah RM17 sekilogram sejak seminggu ini sememangnya berlaku.
Secara purata harga ikan kembung dalam lingkungan RM15 hingga RM20 sekilogram di Pasar Borong Selangor dan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam.
Tinjauan terhadap harga ayam pula mendapati ia dijual pada harga RM6.50 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada sumber ayam diperolehi sama ada diternak sendiri atau diambil daripada pembekal.
Beberapa peniaga yang ditemui berkata, kenaikan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit mengakibatkan mereka terpaksa menjual barangan pada harga yang tinggi.
Pekerja gerai daging, Jamal Husin berkata, harga daging import melambung tinggi disebabkan kejatuhan matawang sementara daging tempatan turut merasai tempias sama ekoran harga lembu semasa yang mahal.
Pertemuan SelangorKini dengan beberapa pengunjung mendapati kebanyakan mereka meluahkan kebimbangan kenaikan harga barang yang dilihat semakin kerap berlaku kebelakangan ini selain disokong kenaikan harga minyak yang diumumkan awal Januari.
Read More / Baca Lagi >>

Ulamak Pas jangan 'lebih sudu dari kuah'

Posted: 05 Jan 2017 08:15 PM PST



Pas khususnya Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusatnya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dinasihati agar tidak menjadi 'lebih sudu dari kuah' apabila mengitar semula modal Umno dalam meletakkan kesalahan kepada DAP dalam apa juga isu membabitkan Islam dan orang Melayu.
Zulkefly Mohamad OmarPengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata, dakwaan Khairuddin kononnya Amanah menjadi 'penyapu' dalam membersihkan imej DAP yang didakwa menentang Rang Undang-undang 355 (RUU 355), dan pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad turut menentang RUU persendirian ahli parlimen Marang itu jelas berunsur fitnah.
Ini kerana RUU 355 belum dibahaskan di Dewan Rakyat ekoran permohonan ahli parlimen Marang untuk menangguhkan pembentangan walaupun setelah dua kali usul itu dibacakan.
Malah terkini, ujarnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan kesediaan kerajaan untuk membentangkan RUU 355 itu.
"Jadi apa sebenarnya peranan Pas selain menjadi tukang sorak dan tukang heboh?" soal beliau.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairuddin yang sanggup menjelaskan tentang RUU 355 bersama menteri Umno di Britain tetapi gagal melakukan kempen yang serupa kepada kumpulan sasar di negara ini.
Menurut Zulkefly, RUU 355 bukan sahaja dipertikaikan DAP malah parti-parti komponen BN termasuk Umno Sabah dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang memerintah Sarawak.
"Sepatutnya Khairuddin dan Pas menjelaskan tentang RUU 355 kepada kumpulan-kumpulan sasar di Malaysia khususnya anggota Parlimen dan bukan membuang masa menjelaskan tentang RUU 355 di luar negara," katanya.
Tindakan Khairuddin yang hanya menyalahkan DAP dalam isu ini, jelas beliau hanya mengulangi skrip lama Umno.
"Ketika Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, Umno menggelar Pas sebagai 'kuda tunggangan DAP'. Kini apabila Amanah bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, Pas pula mengulangi tuduhan Umno kononnya 'Amanah khadam DAP'.
"Memang sahlah Pas ganti Umno," katanya sinis.
Read More / Baca Lagi >>

Mohon maaf kepada Bahri, kata peguam Dr M kepada SPRM

Posted: 05 Jan 2017 08:10 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memohon maaf dengan segera kepada bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohamad Zin dan rakyat negara ini kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu.
Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla berkata, pihaknya turut kesal dengan apa yang didakwa beliau sebagai pendustaan terang-terangan oleh agensi kerajaan seperti suruhanjaya itu.
"Wahai rakyat yang prihatin, adalah jelas dinyatakan oleh Bahri bahawa unit media ataupun mana-mana pihak lain SPRM tidak pernah menghubungi beliau untuk penjelasan.
"SPRM telah sebenar-benarnya memberi kenyataan palsu dan menyeleweng bagi tujuan khusus untuk cuba secara jahat menidakkan impak kenyataan Bahri.
"Adalah amat dikesali dalam sebuah negara yang berteraskan konsep demokrasi berparlimen dan telah 60 tahun merdeka, masih terdapat agensi kerajaan seperti SPRM yang melakukan pendustaan terang-terangan," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.
Semalam, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan media yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.
Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya lagi.

Perbandingan nisbah hutang-KDNK:

Posted: 05 Jan 2017 08:01 PM PST

Maksud nisbah hutang-KDNK dalam bahasa biasa bermaksud hutang dibandingkan dengan output ekonomi.

Jika hutang meningkat dengan lebih mendadak berbanding jumlah output ekonomi negara, para pelabur dari luar negara akan risau dengan kemampuan negara membayar balik hutang.

Pada tahun 1991 sehingga 1997, nisbah hutang-KDNK turun setiap tahun. Ini bermaksud peningkatan jumlah output ekonomi negara melonjak dengan tinggi (negara semakin kaya), manakala hutang semakin berkurang (kebergantungan pada pihak luar semakin berkurang).

Hanya pada tahun 1998 semasa krisis ekonomi, hutang naik dengan lebih cepat berbanding kenaikan KDNK.

Pada tahun 2009, sejurus selepas Najib Razak menjadi Menteri Kewangan, nisbah hutang-KDNK terus melonjak dua kali ganda. Mungkin Najib berjaya meningkatkan output ekonomi negara, tapi pada masa yang sama, kadar hutang kerajaan persekutuan meningkat dengan lebih mendadak.

Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa

Posted: 05 Jan 2017 07:21 PM PST

Pujian Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani terhadap  Autoriti Kewangan Singapura (MAS) kerana mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam jenayah pensonglapan dan aktiviti penggubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya mengaibkan pemimpin negara.
Ini kerana ketika mereka yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB itu telah diambil tindakan di beberapa negara, namun pihak berkuasa Malaysia masih gagal melakukan sebarang pendakwaan walaupun jenayah itu berpunca daripada negara ini, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Beliau (Johari) dilaporkan menyebut Malaysia sedang dalam proses menyiasat. Sangat baik Menteri, tetapi lama mana lagi ya?
"Tahun 2016 telah pun menutup tirainya. Sementara enam negara atau jurisdiksi asing sedang menjalani pendakwaan, setelah selesai siasatan dijalankan dan kini ada yang dijatuhkan hukuman. Di negara kita sendiri di mana jenayah ini berlaku, belum ada seorang pun didakwa dan kita masih menyiasat," soalnya sinis.
Dr Dzulkefly Ahmad2Dr Dzulkefly Ahmad2Menurut Dr Dzulkefly, Singapura telah mendahului negara-negara lain dalam mensabitkan kesalahan pelaku apabila tiga pegawai bank dan pengurus bahagian kekayaan di Bank BSI telah disabit kesalahan bersabitan urusniaga dengan 1MDB.
Malah Singapura telah menutup dua bank swasta di Singapura iaitu BSI dan Falcon, serta mengenakan penalti kewangan yang berat ke atas DBS Group, UBS dan Standard Chartered Bank kerana terlibatkan dengan kegiatan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
"Terkini Hakim Persekutuan Amerika Syarikat, Dale  Fischer, menolak permohonan keluarga Jho Low untuk menangguhkan pendengaran kes merampas kembali (forfeiture of assets) harta dan aset yang dirompak dari 1MDB, yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai 2016.
"Abu Dhabi pula telah menahan Khadem Al-Qubaishi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat minyak milik kerajaan Emirate yakni lnternational Petroleum Investment Company (IPIC) dan Mohamed Badawy al-Huseiny, Pengarah Urusan Aabar Investments PJS.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM Pantau FB Penjawat Awam, Isteri Menunjuk-Nunjuk Kemewahan

Posted: 05 Jan 2017 07:20 PM PST

PETALING JAYA: Penjawat awam dan isteri yang gemar menunjuk-nunjuk dengan memuatnaik gambar barangan mewah yang dimiliki seperti beg dan jam tangan, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang perlu berwaspada kerana mereka sedang diperhatikan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mengikuti status di laman media sosial terutama Facebook dan Instagram.
Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.
The Star dimaklumkan, ada kes di Sabah di mana sekumpulan penjawat awam yang bercuti ke London dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan ramai.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya memantau laman sosial penjawat awam yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.
"Kami bergantung kepada maklumat awam dan bukti yang dikumpul pegawai risikan bagi menyiasat kegiatan yang dikesan," katanya sambil menambah ia tugasan mencabar kerana melibatkan 1.6 juta penjawat awam.
Katanya, tidak salah bagi penjawat awam dan ahli keluarga untuk memiliki beg tangan dan jam tangan mewah.
"Tetapi memiliki lebih daripada satu beg tangan mewah jenama Hermes, Chanel or Louis Vuitto boleh menimbulkan keraguan dan rasa syak mengenai dari mana datangnya sumber kewangan itu.
"Jika penjawat awam atau ahli keluarga mereka memiliki banyak beg tangan mewah dan menunjuk-nunjuk pula, kami mahu tahu dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli barangan mewah itu," katanya.
Azam diminta mengulas siasatan terkini berkaitan dakwaan rasuah melibatkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian apabila sejumlah barangan mewah termasuk 150 beg tangan dan jam dirampas dan disita dalam operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak benar masyarakat Cina mula beralih arah sokong BN

Posted: 05 Jan 2017 07:18 PM PST


Read More / Baca Lagi >>

Kemiskinan disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan

Posted: 05 Jan 2017 07:07 PM PST

Berita viral mengenai kemuliaan hati seorang individu sanggup mengorbankan RM44,500 wang deposit rumah yang dilelongkan untuk dikembalikan kepada pemilik rumah asal adalah satu tindakan yang perlu dipuji. Walaupun berlainan bangsa tetapi kemanusiaan yang ditunjukkan merupakan satu langkah yang melangkaui sempadan kehidupan.
Kisah ini merupakan satu dimensi kemiskinan baharu di bandar. Sejak kebelakangan ini, kehidupan di bandar semakin sukar disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
Kenaikan harga minyak masak dan beberapa keperluan lain telah menyebabkan peningkatan harga makanan di pasaran, walaupun kemiskinan berjaya dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2007 kepada kurang dari 1 peratus tahun 2016.
Tetapi golongan miskin bandar semakin meningkat jika diukur dengan garis pendapatan kemiskinan pada RM3,000 ke bawah dan bukannya berdasarkan pada pendapatan RM920 pada 2012.
Kemiskinan hidup di bandar lebih besar impaknya ke atas kehidupan rakyat marhaen. Ini disebabkan kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan sumber-sumber kebendaan untuk memenuhi kesejahteraan ekonomi. Ekonomi dimaksudkan adalah memenuhi asas kehidupan seseorang manusia dari segi material dan keperluan hidup.
Data yang diperoleh pada tahun 2014, 74.3 peratus penduduk bandar mempunyai nisbah tanggungan 44.5 peratus bagi setiap keluarga.
Perlu disedari, daripada kumpulan 74.3 peratus isi rumah di bandar, 51.4 peratus mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Kumpulan 51.4 peratus berpendapatan purata RM1,800 pada tahun 2014.
Purata saiz isi rumah ialah 4.4 orang. Ini bermaksud untuk setiap individu dalam isi rumah, peruntukan selama satu bulan ialah sekitar RM409 atau RM13.60 sehari.
Bagi yang berpendapatan lebih rendah daripada kadar purata ini, di mana 1.7 peratus dikelaskan sebagai miskin dan 0.2 peratus sebagai miskin tegar (2012), pendapatan mereka jauh lebih rendah.
Berdasarkan data awalan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, pekali Gini terus berkurangan kepada 0.421 pada 2016.
Walaupun begitu, jurang ekonomi di bandar antara tahun 1997 dan 2012 tidak menyusut, berada pada 0.427 mata indeks Gini sementara jurang ekonomi di luar bandar pula menyusut dari 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada 2012.
Sementara itu, pendapatan median mengikut negeri dan wilayah persekutuan nampak tidak begitu menggalakkan, di mana tiga yang tertinggi ialah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu RM2,495, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM2,095) dan Selangor (RM1,980) sementara tiga yang terendah ialah di Sabah iaitu RM910, Perlis dan Kelantan (RM1,000) dan Terengganu (RM1,100) pada tahun 2012. Sarawak, Perak dan Kedah pula mempunyai pendapatan median sebanyak RM1,200.
Realiti dan cabaran kemiskinan hari ini adalah disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh. Ini disebabkan kos kehidupan yang meningkat, walaupun kita berjaya mengurangkan kemiskinan pada garis pendapatan RM920 yang ditetapkan pada tahun 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Peratus gaji dibelanjakan untuk yuran universiti di Malaysia adalah 55 peratus

Posted: 05 Jan 2017 07:05 PM PST

Keadaan pendidikan tinggi Malaysia pada hari ini banyak berpunca daripada penswastaan sektor tersebut. Ini bermula pada 1996 ketika Najib Abdul Razak merupakan Menteri Pendidikan dan Akta Pendidikan serta Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta diperkenalkan.
Setahun kemudian, PTPTN ditubuhkan. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan pelajar dana bagi melanjutkan pengajian. Ini membolehkan IPTS tumbuh seperti cendawan. Pada 2007, jumlah peruntukan PTPTN yang diagihkan kepada IPTS mengatasi IPTA buat pertama kali dan trend ini kekal hingga hari ini.
Pada 2015, RM2.5 bilion diagihkan kepada IPTS berbanding RM1.7 bilion untuk IPTA.
Expert Market, sebuah laman web perniagaan mengumpulkan data yuran universiti daripada senarai Quacquarelli Symonds' Top Universities bagi tahun akademik 2014/2015 dengan laporan Gallup Median Self-Reported Income tahun 2013. Purata yuran universiti di Malaysia menurut laporan mereka adalah AS$18,000.
Peratus gaji dibelanjakan untuk yuran universiti di Malaysia adalah 55 peratus. Sebagai perbandingan, peratusnya adalah Chile 73 peratus, Amerika Syarikat 53 peratus, United Kingdom 42 peratus, Singapura 36 peratus dan Jepun 18 peratus.
Kerajaan Malaysia memberi respons bahawa ini tidak menggambarkan yuran IPTA, tetapi jika dibandingkan yuran IPTS angka ini masuk akal.
Pada masa sama, kerajaan memotong perbelanjaan untuk IPTA dengan drastik. Pada 2016, peruntukan IPTA dipotong RM1.4 bilion, 27 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Peruntukan bagi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran dipotong RM812 juta (23 peratus). Justeru, pelajar miskin yang bergantung kepada bantuan ini menjadi mangsa utama.
Bagi tahun berikutnya, peruntukan bagi 20 IPTA dikurangkan dari RM7.57 bilion kepada RM6.12 bilion (19.23 peratus). Maka tidak mengejutkan bahawa tempat yang ditawarkan di IPTA menjadi lebih sedikit.
Panel Penasihat Pendidikan Tinggi Parti Keadilan Rakyat – yang saya anggotai – menerima banyak aduan pelajar cemerlang tidak mendapat tempat atau luar bidang yang mereka pohon akibat trend ini.
Maka, pelajar yang menuntut peluang pendidikan tinggi di Malaysia mendapati jalan yang ada hanyalah di IPTS yang lebih mahal. IPTS juga menganggap PTPTN sebagai peluang mereka mendapat wang dengan mudah, sedangkan PTPTN menanggung risiko mengutip hutang daripada mahasiswa apabila mereka tamat belajar.
Read More / Baca Lagi >>

Pantau gaya hidup mewah penjawat awam

Posted: 05 Jan 2017 06:55 PM PST

Pihak berkuasa perlu memberikan perhatian terhadap pegawai kerajaan dan penjawat awam yang mengamalkan gaya hidup mewah melangkaui pendapatan bulanan mereka.
Peguam, Syahredzan Johan, langkah berkenaan dapat menjadi isyarat buat pihak berkuasa dalam mengenal pasti mana-mana penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi mereka.
SYAHREDZAN JOHAN "Bukan sahaja penjawat awam, malah ahli keluarga mereka juga perlu diberikan perhatian yang sama dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Selain itu, Syahredzan berkata langkah tersebut juga tidak terhad kepada penjawat awam sahaja malah turut melibatkan menteri, ketua menteri, menteri besar, exco serta ahli parlimen.
Namun begitu, pihak berkuasa seharusnya mengamalkan dan mendukung prinsip tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah dalam siasatan mereka.
"Tidak semestinya kalau seseorang itu hidup mewah bermakna dia adalah korup namun sekurang-kurangnya pemantauan wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa," katanya.
Dalam pada itu, Syahredzan turut mencadangkan supaya pegawai tinggi kerajaan, menteri dan exco mengisytiharkan harta mereka sebagai salah satu usaha bagi mengekang tindakan penyalahgunaan kuasa.
Beliau berkata, sekiranya pihak terlibat enggan mengisytiharkan harta secara terbuka, mereka boleh berbuat demikian melalui pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Pada pandangan saya, pengisytiharan harta adalah langkah terbaik sebagai usaha untuk menggelakkan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi.
"Dan, jika disabitkan kesalahan, kes sebegini kebiasaannya akan melibatkan hukuman penjara," katanya.

Semuanya kerusi PAS, bukan Amanah punya - Tuan Ibrahim

Posted: 05 Jan 2017 06:53 PM PST

Timbalan presiden PAS berkata Amanah tidak wujud pada PRU13 dan kerusi yang mereka duduki sekarang dimenangi atas tiket PAS.
Tuan-Ibrahim Amanah tidak pernah ada kerusi kerana ia sebenarnya milik PAS apabila parti Islam itu memenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata parti itu tidak pernah berniat untuk memecahbelahkan pembangkang, tetapi kritikannya terhadap Amanah hanya demi mempertahankan kerusi dimenangi PAS sebelum ini.
Beliau berkata PAS tidak akan masuk campur urusan parti lain atau pembangkang tetapi terpaksa terus mempertahankan kerusinya daripada dirampas Amanah.
"Amanah perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang milik PAS. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi Amanah. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah PAS. Masa itu, Amanah pun tidak wujud lagi," katanya dipetik daripada Sinar Online.
Tuan Ibrahim berkata Amanah perlu belajar menyelesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh PAS membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.
"Saya tengok Amanah ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.
"Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang meminta PAS berhenti memecahbelahkan rundingan antara pembangkang bagi menghadapi pilihan raya.

Lidah rasmi PAS bidas pelantikan Saifuddin sebagai ‘dedak DAP’

Posted: 05 Jan 2017 06:50 PM PST

Ia usaha DAP menggunakan kuasanya untuk menjauhkan PKR daripada PAS.
Harakahdaily_saifuddin-nasution_pas_600
Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang, sebagai "dedak" oleh DAP bagi mengikat PKR.
"Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya.
"Itulah 'dedak' yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat," menurut komen yang diterbitkan akhbar berkenaan semalam.
Ia menganggap keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.
Menurutnya, pelantikan "orang penting PKR" dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR "masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku".
"Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan 'strategik' mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR.
"Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai 'penimbang tara' terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu," menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Read More / Baca Lagi >>

Kes rasuah KSU: Kini lebih RM5 juta tunai & jongkong emas dirampas

Posted: 05 Jan 2017 06:49 PM PST


Jumlah wang tunai yang dirampas dalam kes dakwaan rasuah membabitkan KSU sebuah kementerian meningkat. Jumlah wang tunai yang dirampas dalam kes dakwaan rasuah membabitkan KSU sebuah kementerian meningkat.
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.
Dalam penemuan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai RM2.6 juta daripada peti simpanan beberapa bank.
Menurut sumber SPRM, rampasan terbaharu itu dilakukan setelah SPRM membuka peti simpanan emas di sebuah bank dan merampas jongkong emas seberat lapan kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
"SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD80,000," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Kelmarin, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta selepas menahan KSU yang bergelar 'Datuk' dan berusia 59 tahun bersama dua anak lelakinya yang berumur 29 tahun dan 34 tahun di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, dekat sini.
Selain itu, sumber itu berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya di USJ, Subang Jaya, semalam.
Sumber itu turut memberitahu, suspek-suspek berkenaan dipercayai mempunyai lebih 10 lot tanah di atas nama anggota keluarganya di sekitar Lembah Klang, namun SPRM masih sedang melakukan pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

KETIKA KSU DITAHAN SPRM, NAJIB HANYA MAMPU MENGULAS TENTANG KUCING...

Posted: 05 Jan 2017 06:47 PM PST

Meskipun SPRM sejak kebelakangan ini sudah melakukan beberapa tangkapan di kalangan penjawat awam dalam usaha membanteras gejala rasuah yang kian membarah, termasuk yang terbaru seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian telah ditahan, malangnya tidak kedengaran lagi sebarang reaksi atau ulasan mengenainya daripada Najib Razak.

Berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi sebelum ini, jika ada tangkapan serupa itu, kita pasti akan mendengar reaksi positif atau mengalu-alukan usaha agensi itu daripada mulut seorang Perdana Menteri yang sedang mengetuai kerajaan.

Sememangnya, di ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh SPRM dan seluruh rakyat juga memperkatakannya, terutama berkaitan begitu banyak wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan simpanan haram ditemui di bank-bank dalam jumlah yang agak mengejutkan, reaksi positif daripada Perdana Menteri adalah amat penting sebagai gambaran kepada rakyat beliau menyokong sepenuhnya tindakan pembanterasan itu.
Tambahan lagi, Najib dikenali sebagai antara pemimpin yang pantas memberi reaksi atau komen terhadap hampir semua perkara, sehingga mengenai gerhana dan perlawanan bolasepan Manchester United pun beliau tidak melepaskan peluang menulis di Facebook atau Twitter mengenainya.

Tetapi, kenapa Najib memilih tidak memberi reaksi mengenai tangkapan demi tangkapan oleh SPRM, terutama yang terbaru melibatkan seorang Ketua Setiausaha yang merupakan penjawat awam tertinggi ditahan setakat ini berkaitan rasuah?

Sejak dua hari lalu, saya mencari-cari di pelbagai sumber media sosial dan portal untuk melihat jika ada sebarang reaksi daripada Najib mengenai tangkapan terbaru SPRM itu, namun tidak terjumpa langsung mengenainya.

Di Facebook atau Twitternya, yang ada hanyalah tulisan mengenai banjir, pertemuan dengan Panglima ATM yang baru, tentang MRT dan serangan di Turki.
Read More / Baca Lagi >>

SIAPA KAH ITU ??

Posted: 05 Jan 2017 06:52 AM PST


"SPRM Tak Pernah Hubungi Saya", Kata Datuk Bahri

Posted: 05 Jan 2017 06:51 AM PST

SEBAB ITULAH adalah pelik dan janggal apabila SPRM menghubungi Bakri untuk menafikan kenyataan terhadap agensinya sendiri.

PUTAR JANGAN TAK PUTAR... Umpama Najib & Rosmah Putar Keliling Satu Dunia Joli Bercuti Anak-beranak Guna Jet Kerajaan.

LAWAK SEORANG KSU

Posted: 05 Jan 2017 06:12 AM PST

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Irwan Siregar Abdullah mengumumkan penerima BR1M yang tidak memiliki kereta akan diberi kemudahan untuk menggunakan bantuan berkenaan bagi membeli kereta Proton Iriz.

Ia akan dilaksanakan tahun ini, katanya.

Kata Irwan Siregar lagi, dengan pembelian kereta itu, mereka kemudian boleh menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber atau Grabcar.

Selain itu, Irwan Siregar juga memberitahu, pihaknya akan menstruktur semula  BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan melalui wang tersebut.

Kita juga sedang mengkaji bagaimana BR1M  boleh digunakan untuk latihan untuk memulakan perniagaan.
Perghhh....banyaknya kegunaan BR1M.

Untuk beli kereta,  beli makanan, beli barangan keperluan dan untuk latihan sebagai persediaan memulakan perniagaan.

Sudah tentu, penerima BR1M juga akan menggunakannya untuk membayar bil utiliti, tambah nilai telefon, mengisi minyak kenderaan dan macam-macam lagi.

Pendeknya, wang BR1M boleh digunakan untuk pelbagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Tetapi, berapa bantuan BR1M yang rakyat dapat?

Jumlahnya ialah antara RM450 hingga RM1200.

Soalnya, bolehkah dengan jumlah bantuan sebegitu kecil, BR1M digunakan untuk macam-macam tujuan seperti yang disebut oleh Irwan Siregar itu?

Bagaimana juga untuk membeli Proton Iriz dengan wang BR1M itu? Bolehkah juga dengan jumlah antara RM450 hingga RM1,200, ia dijadikan bayaran pendahuluan membeli Iriz?

Lagi pula, baru minggu lalu Najib berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi negara yang antara 4.3 hingga 4.4 peratus adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.
Read More / Baca Lagi >>

Pelukis Najib bermuka ‘badut’ tak dibenar ke luar negara

Posted: 05 Jan 2017 05:23 AM PST

Pelukis, Fahmi Reza, yang mencipta nama dengan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka 'badut' kini disenarai-hitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Beliau mengetahui perkara itu selepas membuat pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen apabila membuat persediaan sebelum perjalanannya ke Taiwan minggu depan.
Aktivis itu dijadualkan berucap berhubung 'protes seni' pada satu majlis anjuran Green Citizens' Action Alliance.
Katanya, Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa beliau dihalang daripada ke luar negara sejak 31 Mac 2016.
"Aku fikir ini mesti sebab lukisan muka badut lah, takde kes lain.
"Aku post gambar tu pada 31 Januari 2016, aku kena siasat dan kena bagi keterangan pada polis pada 28 Februari 2016. Memang takde kes lain lah," tulisnya di Facebook.
Menurutnya, beliau kemudian menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan di Bukit Aman dan dimaklumkan dirinya disenarai hitam kerana kesnya kini di bawah siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi atas sebab sebuah posting Twitter yang didakwa mengaibkan Najib.
"Aku tak faham kenapa dia buat macam tu. Setiap kali polis panggil aku untuk bagi keterangan, aku bagi kerjasama.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB DAN RM2.6 BILION - APA KENA MENGENA DENGAN HIDUP KITA?

Posted: 05 Jan 2017 05:14 AM PST

Kita diceritakan pelbagai masalah berkaitan 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion. Kita diceritakan bahawa 1MDB telah menanggung beban hutang lebih kurang RM42 bilion dengan pelbagai agensi perbankan. Kita diceritakan tentang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Cerita berkaitan kedua-dua isu ini iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion setiap hari kita dengar, ada pendedahan dan ada jawapan daripada Najib dan Kerajaan serta 1MDB sendiri. Persoalannya ialah apa kena mengena dengan kita sebagai individu rakyat Malaysia?? Kenapa ada di antara kita hanya dengar, angguk kepala kemudian hilang. Macam tak ada apa-apa bersangkut dengan diri kita.
Inilah masalah kebanyakan orang kita, selagi tidak kena batang hidung sendiri secara langsung, kita tak rasa apa. Perangai kebanyakkan kita mesti isu itu kena secara langsung pada dia. Contohnya kita kata harga barang naik sebab GST. Dia kata aku rasa biasa ja. Tapi bila dia ke kedai beli barang, dia sendiri kena bayar mahal, baru dia tau, rasa dan faham.
Apa kena mengena 1MDB dan RM2.6 bilion dengan kita? Kita tak terkena secara langsung ka?? Kita kena cuma kita tak sedar sebab tak keluar duit dari poket kita, tapi sebenarnya duit kita yang banyak keluar dan hilang disebabkan 1MDB dan RM2.6 bilion ni. Macamana boleh jadi macam tu?? Macam ni....
1MDB ditubuhkan sebagai agensi pelaburan strategik negara. Tugas utama 1MDB ialah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Maknanya 1MDB bertujuan menjana ekonomi dengan mencari pelabur asing melabur di Malaysia. Dengan itu ekonomi Malaysia akan meningkat maju. 1MDB diberikan aset-aset penting negara seperti mendapat hartanah bernilai tinggi contohnya Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi (Bandar Malaysia). Aset-aset ini bernilai tinggi tetapi dijual kepada 1MDB dgn harga murah di bawah harga pasaran. Sepatutnya 1MDB boleh menjana pendapatan amat tinggi jika menjual hartanah tersebut dgn harga pasaran kepada pelabur asing dan dalam. Dengan pendapatan tinggi itu, 1MDB mendapat keuntungan dan Kerajaan Malaysia juga mendapat keuntungan. Sebaliknya 1MDB telah menggadai hartanah tersebut kepada agensi perbankan untuk mendapatkan pinjaman. Dengan pinjaman tersebut 1MDB membeli aset2 lain yang telah merugikan. Pinjaman 1MDB pulak dijamin oleh Kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Hentikan pencerobohan tanah adat Orang Asli, gesa Pemuda Amanah Johor

Posted: 05 Jan 2017 05:10 AM PST

Asim Abdullah Ainullotfi
Pemuda Amanah Negeri Johor menuntut penjelasan daripada Perbadanan Taman Negara Johor berhubung pemasangan pagar di sekeliling tiga perkampungan Orang Asli serta pembinaan parit sempadan sepanjang 4 kilometer di Ledang.
Naib Ketuanya,'Asim 'Abdullah Ainullotfi berkata, projek tersebut menjejaskan lebih 700 masyarakat suku Temuan yang menghuni perkampungan Orang Asli di Air Tawas, Tanah Gembur dan Sungai Mering.
Menurutnya, lebih mendukacitakan projek tersebut telah dilaksanakan tanpa konsultasi daripada Tok Batin ketiga-tiga kampung terbabit dan tanpa papan tanda projek dinaikkan.
"Tiada dokumen lengkap daripada Majlis Daerah Tangkak mengesahkan kebenaran kontraktor untuk melakukan kerja-kerja bahkan notis yang diberikan pun hanyalah surat pemakluman kontraktor kepada Perbadanan Taman Negara Johor yang di 'S.K (Salinan Kepada)' kepada Tok Batin sahaja.
"Kenapa tiada konsultasi dengan penduduk kampung Orang Asli sebelum diluluskan projek pembangunan ini? Kenapa tanah adat Orang Asli boleh terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam projek ini? Kenapa tidak dinaikkan papan tanda yang menunjukkan projek ini benar-benar mendapat kelulusan daripada pihak perbadanan?" soalnya dalam satu kenyataan.
'Asim menyifatkan projek tersebut sebagai pencerobohan tanah adat Orang Asli serta satu bentuk penindasan ke atas penduduk tempatan apabila laluan utama mereka ke kebun dan hutan telah dikorek, kebun-kebun telah dibersihkan bahkan tanah perkuburan warisan juga telah terjejas.
"Bagaimana mereka dapat menjalankan kerja seharian mereka kiranya mereka disekat daripada masuk ke kebun dan hutan yang sememangnya tempat mereka membesar sejak turun-menurun?" soalnya lagi.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah Negeri Johor, tegasnya lagi, bersama penduduk ketiga-tiga perkampungan Orang Asli di kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang berkenaan menuntut pencerobohan dan penindasan hak mereka dihentikan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Imam’ Za'aba masih masih gagal kumpul RM50,000

Posted: 05 Jan 2017 05:04 AM PST

Bekas ahli PAS Za'aba Ibrahim hanya mampu mengumpul separuh daripada kos guaman yang diperintahkan oleh mahkamah selepas gagal dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan parlimen Pulai.
Ketika berita ini ditulis, Za'aba berkata, beliau hanya berjaya mengumpul RM27,300 daripada RM50,000 yang diperintahkan oleh mahkamah dan mempunyai sehingga 17 Januari ini sebelum berdepan diisytihar muflis.
Za'baa memfailkan petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Pulai. Pertandingan tersebut dimenangi oleh calon BN Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang menewaskan calon PAS Salahuddin Ayub.
Pada masa itu, PAS bersetuju untuk membantu Za'aba dengan kos guaman selepas namanya digunakan parti berkenaan.
Walau bagaimanapun, PAS membiarkannya keseorangan apabila Za'aba mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH.
Za'aba, 43, bekerja sebagai seorang pengimpal.
Menurut Salahuddin, yang kini Timbalan Presiden AMANAH, berkata parti serpihan itu telah melancarkan kempen derma di seluruh negara untuk membantu Za'aba.
"Jawatankuasa kebangsaan AMANAH juga dalam mesyuarat terakhir memutuskan untuk membantunya.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA ENGGAN AKUI FAKTOR DALAMAN, 1MDB PENGARUHI NILAI RINGGIT?

Posted: 05 Jan 2017 03:59 AM PST

Robert Rennie...isu politik dalaman menjadi punca.
Penganalisis kewangan luar negara  berpendapat 'isu politik dalaman Malaysia' serta skandal 1MDB mengganggu nilai Ringgit sejak 2015 tetapi kenapa kita menolaknya pada hal ia penting bagi memperbaiki dan memperteguhkan nilai Ringgit?
Ada perbezaan pendapat antara penganalisis tempatan dengan antarabangsa dalam isu kejatuhan nilai Ringgit.

Pada ketika penganalisis dalaman bersikap positif penganalisis antarabangsa memberi amaran jika keadaan politik dan persepsi tidak berubah, kedudukan Ringgit dijangka didagangkan 4.52 pada akhir suku pertama dan berada pada  tahap 4.66 dalam tempoh 12 bulan akan datang.
   
Biarpun wujud perbezaan, secara umumnya mereka bersetuju, untuk tempoh suku pertama 2017, Ringgit akan terus berada dalam kedudukan yang lebih lemah berbanding akhir Disember lalu.
Kedudukan pada hari kedua dagangan semalam mengesahkan pendapat itu apabila nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) terus berdepan tekanan yang  menyaksikan mata wang tempatan itu susut melepasi paras RM4.500 bagi satu Dolar pada jam 11.42 pagi.
Kedudukan paling lemah Ringgit sejak negara dilanda krisis kewangan Asia 1998 itu terus terbabas untuk 40 minit seterusnya mencecah paras RM4.5002 seDolar pada jam 12.22 tengahari, sekali gus menjadi tular dalam kalangan rakyat negara ini yang berkongsi mesej ringkas dalam media sosial.
Bagaimanapun, Ringgit kembali ke bawah paras 4.4998 dalam dagangan sekitar 1.54 tengah hari dan ditutup pada paras 4.4975 pada jam 6 petang semalam, berbanding ditutup 4.4938 kelmarin.
Kelmarin,  Ringgit dibuka pada  4.48 sementara bulan lalu Ringgit jatuh ke tahap yang paling rendah sejak Krisis Kewangan Asia 1998 dan sepanjang tahun lalu, Ringgit dalam keadaan lemah berbanding Dolar Amerika iaitu kejatuhan purata 4.24 peratus.
Pada ketika penganalisis tempatan hanya menumpukan kepada sebab-sebab luaran, penganalisis luar mengatakan secara 'totok' mengenai isu dalaman yang terus menjadi ancaman kepada pemulihan nilai Ringgit.
Kenapa penganalisis dalaman tidak berani menyebut isu dalaman sebaliknya hanya melihat faktor luaran?

Kenapa tidak terus sahaja atau 'straight to the point' kepada punca sebenarnya?
Yang sering disebut ialah Ringgit menjejaki corak pergerakan mata wang serantau yang turut terkesan pengukuhan luar biasa Dolar AS atau '...unit tempatan serta mata wang lain di Asia susut apabila pulangan bon AS dan Dolar AS meningkat disebabkan faktor cadangan dasar ekonomi dan perdagangan negara itu oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih'.
Menurut penganalisis tempatan, kemungkinan akan ada sedikit cahaya di hujung terowong bagi nilai Ringgit melalui dasar baru Trump yang akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Presiden AS dijangkakan pada 20 Januari depan.
Selain itu harapan positif turut diletakkan kepada langkah kerajaan melalui Bank Negara untuk memulih dan memperkukuhkan semula nilai Ringgit.
Berbeza dengan penganalisis luar, mereka menyatakan satu lagi alasan, iaitu 'isu politik dalaman Malaysia', termasuk isu 1Malaysia Development Bank (1MDB) yang turut penting mengganggu nilai Ringgit.
Apakah dengan menyebut sebegini mereka cuba menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, menganggu sistem politik Malaysia atau cuba menggugat kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini?
Bukankah apa yang diperkatakan itu semata-mata dalam konteks kewangan, perbankan, pertukaran asing dan kedudukan ekonomi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kenapa kita tidak mahu menerima kelemahan untuk memperbaiki nilai Ringgit yang banyak menyusahkan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan, barangan import untuk makanan dan industry dan berbagai lagi?
Persoalan juga kenapa prestasi Ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80?
Apapun antara penganalisis dalam negara dan luar negara, mereka tetap bersetuju mengenai satu perkara - bahawa prestasi Ringgit akan terus lemah dan dijangka berterusan sehingga suku pertama 2017.


Ketua Ahli Ekonomi Jabatan Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, semalam meramalkan demikian walaupun optimis Ringgit akan mula kembali ke paras yang lebih baik berbanding Dolar AS selepas Trump memulakan tugas rasminya.
Menurutnya pasaran akan dapat menilai dasar yang akan dibentangkan Oleh Trump. "Kami masih mengekalkan unjuran Ringgit akan berada pada paras purata 4.20 berbanding Dolar AS bagi 2017," katanya.
Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berpendapat, dalam  tempoh terdekat, nilai Ringgit berbanding Dolar dijangka berlegar pada paras sekitar 4.45 hingga 4.5.
Beliau turut  optimis bahawa Ringgit akan menunjukkan corak aliran mengukuh setelah ketidakpastian terhadap kadar faedah di AS dan dasar ekonomi Trump akan menjadi lebih jelas apabila melangkah dalam tempoh seterusnya pada tahun ini.
Justeru, beliau berkata pihaknya mengunjurkan nilai Ringgit akan mengukuh sekitar 4.1 dan 4.2 pada separuh kedua 2017.
Kamaruddin melihat langkah yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menyediakan pasaran mata wang domestik yang lebih cekap,  akan dapat membantu menstabilkan nilai Ringgit.

Menjelang penghujung tahun minggu lalu (28 Disember 2016), dilaporkan gangguan daripada pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) sudah  mula reda. Ia seiring dengan peningkatan mudah tunai dalam pasaran pertukaran asing (FX) tempatan pada hujung tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Dato’ Seri Najib Perlu Naikkan Bantuan BR1M Kepada RM40,000

Posted: 05 Jan 2017 03:11 AM PST

Saya tertarik dengan idea Tan Sri Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB yang dipetik dalam satu laporan mencadangkan penerima BR1M yang tidak mempunyai kereta menggunakan BR1M untuk membeli kereta Proton Iriz supaya mereka boleh menjadi pemandu Uber atau Grabcar. Dengan cara ini, menurut laporan Malaysiakini itu http://www.malaysiakini.com/news/368232 , mereka boleh menjana pendapatan.
Cadangan itu boleh dilaksanakan dan sudah tentu akan berjaya sekiranya Dato' Seri Najib Tun Razak menaikkan bayaran BR1M daripada RM1,200 (penerima e-Kasih atau pendapatan isirumah bawah RM1,200), RM1,000 (orang tua), RM900 (pendapatan isirumah antara RM3,000 dan RM4,000) atau RM450 (orang bujang berpendapatan bawah RM2,000) kepada RM40,000 setiap penerima BR1M.
Saya telah menyemak harga Proton Iriz dan mendapati ia berharga RM40,000 sebuah (lihat iklan harga di bawah).


Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.
Peruntukan untuk BR1M juga perlu ditambah dari RM5.3 bilion setahun (angka 2015) untuk 7.4 juta penerima kepada RM 296 bilion setahun (7.4 juta penerima X RM40,000).
Saya yakin cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini akan berjaya menjadikan Malaysia mencatat rekod baru sebagai negara paling ramai pemandu Uber dan Grabcar.
Saya memilih untuk menjawab cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini secara sinis dan menyindir kerana beliau juga dipetik berkata bahawa ekonomi negara adalah kukuh tetapi dipengaruhi oleh pandangan negatif. Saya ingin memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa cadangan-cadangan seperti "orang miskin boleh buat dua kerja dengan menjadi pemandu Uber" (Dato' Seri Najib) dan "guna BR1M untuk beli kereta Proton Iriz jadi pemandu Uber" yang menyebabkan pelabur dan orang ramai hilang keyakinan dengan pengurusan ekonomi negara.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Rafizi yakin Pakatan mampu menang PRU14

Posted: 05 Jan 2017 03:05 AM PST

Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan kaji selidik itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar negara.
Rafizi-Ramli_ftt_undi_600
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan hasil kajian Financial Times yang meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menang pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun dicemari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, kaji selidik mengenai sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar.
Justeru, beliau menggesa Pakatan Harapan (PH) kekal fokus dan mengelakkan pertengkaran di hadapan masyarakat umum seperti yang berlaku ketika kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
"PH perlu ada serampang 2 mata dan perlu serang serta tumpu isu rakyat dan tunjukkan beban dan kelemahan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Ke-2, mesti percepatkan mengupas, mencadangkan dasar penyelesaian masalah. Kalau PH boleh tumpukan ini, daripada berangan siapa jadi perdana menteri dan wujudkan Kabinet bayangan, peluang kita cerah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Invoke.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penyelidikan Financial Times semalam yang meramalkan ketidaktentuan tarikh PRU akan datang boleh menyumbang kepada prospek suram negara.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan Najib memenangi pilihan raya walaupun dicemari skandal 1MDB.
"Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang berpecah bermakna peluang perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia," katanya dalam satu kertas penyelidikan.
Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga berpeluang mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara PH dan PAS.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan itu yakin jika PRU ke-14 diadakan selepas Mei, peluang PH untuk menang sangat cerah.
Read More / Baca Lagi >>

EAIC batal hasrat letak SPRM bawah seliaannya

Posted: 05 Jan 2017 02:56 AM PST

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membatalkan hasrat untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah seliaannya bagi membolehkan agensi itu kekal berstatus bebas, kata Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam.

Beliau berkata suruhanjaya itu berpendapat SPRM perlu kekal sebagai sebuah agensi 'betul-betul bebas' tanpa dikawal selia mana-mana agensi kerajaan.

"Sekiranya ia di bawah seliaan, ini akan menimbulkan persepsi ia dikawal pihak lain dan hilang elemen kebebasan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kini terdapat tujuh jawatankuasa atau panel bebas yang terdiri daripada tokoh-tokoh profesional yang memantau gerak kerja dan disiplin SPRM.

Selain itu, katanya, EAIC mengambil maklum bahawa SPRM merupakan antara badan penyiasatan yang boleh bekerjasama dengan suruhanjaya itu di mana kerjasama tersebut tidak boleh dilaksanakan sekiranya ia diletakkan di bawah seliaan EAIC.

Mengenai kerjasama bersama SPRM, Yaacob berkata pasukan siasatan bersama EAIC dan SPRM ditubuhkan untuk menyiasat pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam kes salah laku dan rasuah.

"Dengan kerjasama ini, EAIC akan fokus elemen salah laku manakala SPRM elemen rasuah. EAIC dan SPRM akan mempergiatkan kerjasama ini agar siasatan bersama ini akan memberi kesan lebih efektif," katanya.

Mengenai cadangan menjadian EAIC sebagai pusat sehenti pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), Yaacob berkata EAIC mengalu-alukan cadangan tersebut dalam memantapkan pelaksanaan skim perlindungan pemberi maklumat.

Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)