Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Ayam simbol kebangkitan, fajar menyinsing' - Kak Wan

Posted: 27 Jan 2017 08:10 PM PST

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat negara ini menguatkan semangat dan terus gigih membina "Malaysia baru" yang lebih adil, makmur dan sejahtera sempena kedatangan Tahun Baru Cina.
Ketua pembangkang itu membayangkan, orang ramai boleh belajar daripada sifat sabar, disiplin dan teratur pada ayam jantan untuk mencipta kejayaan.
"Ayam adalah lambang kebangkitan, fajar yang menyinsing.
"Kejayaan pada tahun ini hanya akan diperolehi melalui kegigihan dan kesungguhan.
"Oleh kerana unsur api mengusai tahun ini, ayam yang dilihat penuh kesabaran, disiplin dan teratur ini juga mempunyai semangat yang membara pada tahun ini," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Mengikut kalendar Cina, tahun ini adalah tahun ayam.
Dr Wan Azizah juga menjangkakan 2017 ini "amat getir".
Justeru, kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, orang ramai perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mengharunginya.
"Namun demikian, jangan sesekali kita terlupa (isu) salah guna kuasa dan penyelewengan para kleptokrat yang mengakibatkan kita terpaksa menempuh cabaran-cabaran ini.
"Kesan kleptokrasi menyebabkan matawang kita menjadi lemah dan mengakibatkan kelesuan ekonomi. Lalu, yang menanggung beban adalah rakyat yang hilang pekerjaan dan dihimpit kos sara hidup yang makin meninggi," katanya.
Namun kata beliau, walau apa pun rintangan mendatang, masyarakat jangan sesekali patah semangat.
"Bulatkan tekad dan kuatkan semangat dalam menempuh segala cabaran.
"Kegigihan dan kesungguhan ditagih dalam perjuangan panjang kita memperbaiki keadaan sedia ada serta membina Malaysia baru yang lebih adil, makmur dan sejahtera," katanya.

‘KERUGIAN ATAU PENCURIAN’ RM 44 BILLION FOREX

Posted: 27 Jan 2017 07:58 PM PST


Berbagai-bagai kelemahan,penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan  kesilapan dalam pengurusan ekonomi negara oleh Tun Mahathir  telah dibongkar dan didedahkan oleh media  pro BN untuk melindungi "Dosa" PM Najib.
Terkini ialah pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid tentang Bank Negara kerugian AS10 billion (RM 44 billion) kerana terlibat dengan kegiatan Perdagangan mata wang di era Mahathir. Bunyinya mesti billion untuk menutup RM 2.6 Billion.
Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Tan Sri Mohd Nor Yaacob yang juga bekas Menteri Kewangan boleh memberikan pencerahan dalam perkara ini kerana beliau sendiri terlibat dengan perdagangan mata wang itu sehingga  tersingkir dari Bank Negara bersama gabenornya.
Selain dari itu beliau pernah menjadi Penasihat Khas  kepada Tun Mahathir semasa Tun menjadi Perdana  Menteri dan beliaulah dicari oleh Tun Mahathir ketika negara menghadapi serangan luar yang mahu melumpuhkan mata wang dan ekonomi negara.
Mengapa Mahathir mencarinya walaupun mengetahui "kesilapan" besarnya dan beliau telah memberikan sumbangan besar dalam membantu Mahathir menjadikan negara kebal dalam menghadapi serangan.
Hanya dengan pencerahan oleh Tan Sri Nor Yaacob akan dapat mendedahkan kepada rakyat samaada Datuk Abdul Murad Khalid membuat kenyataan yang menjejaskan nama Bank Negara dan memburukkan Mahathir adalah untuk membalas dendam atau untuk membersihkan namanya yang telah pernah tercalar teruk.
Sungguh malang bagi Najib, orang-orang yang tampil kehadapan untuk membelanya terdiri dari mereka yang diragui reliability dan credibilitymereka.

RUNDINGAN YANG MEMBUANG MASA

Posted: 27 Jan 2017 07:56 PM PST

Rundingan bagi mewujudkan kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia  atau Bersatu dengan Pas yang sepatutnya sudah tamat, akhirnya diberi lanjutan masa lagi sehingga 2 Februari depan untuk dimuktamadkan.

Diberitakan masih ada segelintir pemimpin Bersatu yang percaya hubungan dengan Pas masih boleh diwujudkan, meskipun dalam masa yang sama mereka juga sedar ada pemimpin Pas yang masih melakukan serangan berterusan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Tarikh 2 Februari bakal menjadi perbincangan terakhir antara Bersatu dengan Pas. Selepas tarikh itu, tiada lagi perbincangan lain dan masa serta tempat pertemuan sehingga ini belum lagi diputuskan.

Tetapi, sementara Presiden Pas, Hadi Awang kelihatan seperti mempunyai banyak masa untuk menghadiri beberapa majlis dengan Presiden UMNO, Najib Razak, beliau sebaliknya hanya menghantar Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berunding dengan delegasi Bersatu yang diketuai Presidennya, Muhyiddin Yassin dalam pertemuan sebelum ini.
Untuk itu, dalam pertemuan pada 2 Februari nanti, Bersatu memutuskan hanya Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden Bersatu yang akan mengetuai delegasi perundingan, sesuai dengan Pas yang masih mengekalkan Tuan Ibrahim sebagai ketua delegasi.

Muhyiddin hanya akan dikembalikan untuk mengetuai delegasi rundingan sekiranya Pas juga menukar Tuan Ibrahim kepada Hadi Awang.

Bagaimanapun,  sehingga ini rundingan pada 2 Februari kekal diketuai akan oleh timbalan presiden kedua-dua parti tersebut.

Apa harapan kepada rundingan itu nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Terima sumbangan banjir Amanah, guru besar dikenakan tindakan

Posted: 27 Jan 2017 07:54 PM PST

Hazmi HassanHazmi Hassan
Pemuda Amanah Kelantan mendedahkan kerajaan negeri telah mengambil tindakan keterlaluan terhadap seorang guru besar gara-gara menerima sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir inisiatif parti itu.
Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, tindakan kerajaan diterajui Pas menurunkan pangkat guru besar itu sama seperti sikap kerajaan Umno selama ini terhadap golongan guru yang dianggap memihak kepada parti lawan.
"Hanya kerana menerima sumbangan banjir daripada Pemuda Amanah, seorang mudir (Guru Besar) ditukarkan kepada guru biasa. Dulu kata Umno zalim.
"Nah, sekarang kerajaan Pas Kelantan pula menzalimi seorang mudir hanya sebab menerima kedatangan Pemuda Amanah untuk menyerahkan sumbangan banjir kepada pelajar," ujarnya seperti dipetik di akaun status Facebook beliau.
Mengulas lanjut, beliau turut membidas gejala politik kepartian melampau itu sekaligus menyeru supaya pengundi 'mengajar' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Politik apakah ini? Parti ini perlu diajar pada PRU 14," tegas Hazmi lagi.
Malaysia Dateline difahamkan Amanah menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Rantau Panjang di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 15 Januari lalu selepas kawasan itu terputus hubungan ketika banjir.
Hazmi Hassan kiri sekali bersama Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus tengah ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang baru baru iniHazmi Hassan kiri sekali bersama Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus tengah ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang baru baru ini

'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan atas alasan 1MDB' sembang Menteri Umno

Posted: 27 Jan 2017 07:52 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang yang cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan menggunakan alasan 1MDB, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak
"Skandal BMF dan Forex membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan alasan 1MDB," kata Salleh dalam blognya malam tadi.
Beliau merujuk kepada kemunculan semula isu skandal kewangan itu semasa zaman Mahathir sebagai perdana menteri.
Pada hari Selasa, laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menyarankan kerajaan Mahathir sedar urusan meragukan BMF pada 1980-an yang mengakibatkan kerugian AS$1 bilion.
Sementara itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid semalam mendakwa bahawa bank pusat kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing pada era Mahathir.
Murad berkata walaupun mengakibatkan kerugian besar, tetapi tidak ada siasatan berhubung perkara itu.
Mahathir dalam responsnya berhubung dakwaan berkaitan BMF itu dengan menuduh CIA berkonspirasi terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tugu Banjir: Mengapa tidak guna agensi kerajaan, soal Amanah

Posted: 27 Jan 2017 06:49 AM PST

Amanah Kelantan mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menggunakan yayasan untuk membeli tanah tugu peringatan banjir di Kuala Krai
Che-Ibrahim-Mohamed_pas_tugu_600
PETALING JAYA: Amanah Kelantan mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menggunakan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) untuk membeli tanah tugu peringatan banjir di Kuala Krai.
Naib Pengerusi Che Ibrahim Mohamed berkata kerajaan negeri mempunyai agensi yang boleh digerakkan untuk projek itu.
"Objektif penubuhan YTK ialah bagi tujuan mengadakan kursus pembinaan umat, membantu pendidikan pelajar cemerlang dan pembangunan insan. Maka sebab itu kita katakan pembelian ini satu pembaziran.
"Kerajaan negeri ada agensi lain yang lebih releven untuk membeli tanah itu," katanya.
Menurut Che Ibrahim, kawasan itu meliputi 3 lot tanah yang secara keseluruhan berkeluasan 0.956 ekar.
"Dalam 3 lot itu PAS telah membina beberapa bangunan lain yang terdiri daripada surau, bilik gerakan PAS Kuala Krai dan dalam pada masa sama, Majlis Daerah Kuala Krai membina 5 buah gerai di atas tanah itu.
"Sepatutnya kerajaan menggunakan agensi lain, sebagai contoh Majlis Daerah Kuala Krai yang boleh membayar pembinaan tugu dan membina gerai atas tanah itu," kata kepada FMT.
YTK ditubuhkan melalui Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi tujuan "program bina ummah".
Sebelum ini, Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa dilaporkan mempertikaikan kewajaran RM300,000 dibelanjakan untuk projek tugu tersebut.
Kerajaan negeri tahun lalu membina Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai bagi memperingati 170,000 orang dan 36,000 buah
keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir pada Disember 2014, Bah (banjir) Merah 1927 dan Bah Besar 1967.
Pemuda PAS Kelantan dalam satu kenyataan semalam menjelaskan tindakan kerajaan negeri sebenarnya menyelamatkan tanah tersebut.
Ketua Penerangan Nazman Che Iberahim berkata keluasan sebenar tanah adalah 1.1 ekar dan menjadi tapak Masjid al-Jauhar "yang telah berada lebih puluhan tahun di sana".
Read More / Baca Lagi >>

Jabatan Perhutanan Kelantan petik angka dari langit, kata pusat Orang Asli

Posted: 27 Jan 2017 06:29 AM PST

Penyelaras COAC, Colin Nicholas berkata kumpulan kecil yang menyokong pembalakan itu kroni kerajaan negeri
orangasli
PETALING JAYA: Dakwaan Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) mengatakan hanya 20% Orang Asli Temiar membantah aktiviti pembalakan tidak betul sama sekali, kata Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).
"Jabatan memberikan maklumat yang salah dan cuba melakukan perdayaan melalui kenyataan itu," kata penyelaras COAC, Colin Nicholas kepada FMT.
"Walaupun satu orang menentang pembalakan, orang itu mempunyai asas dan justifikasi untuk berbuat demikian. Anda tidak perlu majoriti."
Colin menjawab kenyataan Pengarah JPNK Zahari Ibrahim yang mengatakan majoriti masyarakat Orang Asli menyokong pendirian jabatan dan kerajaan negeri berkenaan pembalakan. Zahari berkata demikian berdasarkan maklum balas dari ketua kampung suku Temiar.
Colin menyamakan kenyataan Zahari kepada dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengatakan 1.5 juta rakyat AS menghadiri upacara pertabalan presiden walaupun laporan media menganggarkan sekitar 250,000 orang sahaja.
"Saya rasa dia mengambil petunjuk daripada isu sekitar pertabalan Trump. Mereka hanya memetik angka dari langit tanpa asas."
Pada Isnin lepas, 16 Orang Asli ditahan JPNK berhubung sekatan yang didirikan bagi menghalang pembalak memasuki kawasan hutan simpan di Gua Musang.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan Orang Asal di seluruh negara, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan mereka.
Colin akui ada kumpulan minoriti Orang Asli Temiar menyokong aktiviti pembalakan. Menurut beliau, kumpulan itu kroni kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Bangkitkan isu skandal BMF, Pakatan sulit Umno-CIA untuk kekalkan Umno dan Najib berkuasa?

Posted: 27 Jan 2017 06:10 AM PST

Politik Umno Najib makin menggila apabila ternyata gagal pertahankan diri atas pelbagai kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.
Dari isu skandal besar negara 1MDB, Tabung Haji, Felda dan kedaulatan negara tergadai hinggalah kepada isu yang menyentuh beban kos sara hidup rakyat seperti GST,kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga barang.
Bagi menutup kegagalan dan kelemahan kerajaan ini maka dinyanyikan kepada rakyat isu kononnya Tun Dr Mahathir terlibat dalam isu BMF dengan media milik Umno pun mendedahkan kononnya maklumat dokumen CIA mendapati Tun M terlibat.Demikianlah laporan 'tiga suku' oleh berita TV3 yang makin teruk sawan gila seperti dirasuk hantu.
Tidak mungkin rakyat nak pertahankan Tun Dr Mahathir jika benar beliau dikatakan terlibat tetapi perlu diingat bahawa hari ini yang berkuasa di Malaysia ialah Najib.
Bagi saya tidak sukar untuk Najib dan pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir bagi mengheretnya ke muka pengadilan dan rakyat yakin beliau sendiri tidak takut dan gentar untuk ditangkap dan diheret ke mahkamah.
Persoalan kini yang berlegar di minda rakyat ialah kenapa segala dakwaan dan tuduhan pada Tun Dr Mahathir hanya berlegar di 'mahkamah media' sahaja.
Apakah ini satu konspirasi politik jahat antara Umno dan CIA untuk mengekalkan Umno Najib terus berkuasa selepas PRU14 walaupun 'belemoih' dengan berbagai skandal besar khususnya 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan kompromi dengan rasuah, hanya pilih yang bersih dan berani lawan korupsi sebagai pemimpin

Posted: 27 Jan 2017 06:09 AM PST

Penurunan kedudukan Malaysia ke tangga ke-55 dalam Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016 seperti yang diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-M) semalam adalah dijangka.
Datuk Akhbar Satar, Presiden TI-M memperjelaskan bahawa penurunan ini adalah akibat daripada kekurangan kesungguhan pemimpin politik dalam menangani rasuah dengan hanya memberi janji kosong tetapi tidak memperjuangkannya.
Ini terbukti apabila pentadbiran Dato' Seri Najib Razak dilihat masih gagal untuk membendung gejala rasuah dalam negara yang semakin parah dan malangnya beliau sendiri memungkiri janji untuk menangani isu skandal 1MDB.
Lebih memalukan lagi apabila negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Singapura telah mengambil tindakan yang serius dimana pesalah-pesalah yang berkaitan dengan 1MDB telah dibawa ke mula pengadilan dan dihukum.
Malah lebih menjengkelkan lagi, ahli-ahli politik di Malaysia secara amnya dianggap mengamalkan rasuah manakala rakyat tiada pilihan melainkan untuk memilih pemimpin yang kurang rasuah pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.
Maka, bagi membolehkan pilihan yang lebih jelas dalam menentukan kepimpinan negara yang bersih dan berani melawan rasuah, rakyat sewajarnya mendesak pemimpin-pemimpin politik yang akan bertanding pada PRU-14 membuat pendirian yang berikut:
1. Komited untuk perjuangkan reformasi institusi yang melibatkan soal ketirisan, keterbukaan dan rasuah. Ianya boleh bermula dengan mengkaji semula akta-akta yang memberi ruang kepada salah guna kuasa termasuklah dengan komitmen untuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
2. Komited untuk bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah. Ianya boleh bermula dengan memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan tanpa pengecualian walaupun ini mungkin mengaitkan ahli politik itu sendiri. Langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat dalam usaha memerangi rasuah.
Sebagai contoh, negara Singapura terus meningkat ke kedudukan tangga ke-7 bagi Indeks Persepsi Rasuah 2016 dalam keadaan dimana institusi perbankan di Singapura yang terlibat dalam skandal 1MDB telah diarahkan ditutup dan mereka yang terlibat disabitkan hukuman penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Umno perlu halusi RUU 355 sebelum sertai demo PAS sembang Najib

Posted: 27 Jan 2017 05:42 AM PST

PAS merancang mengadakan Himpunan 355 pada 18 Februari nanti bagi menggembleng sokongan orang Islam kepada cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
najib_ru335_600pas
KUALA LUMPUR: Umno hanya akan menyertai Himpunan 355 anjuran PAS selepas memperhalusi aspek berkaitan rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355).
Presiden Datuk Seri Najib Razak berkata oleh itu parti belum boleh mengesahkan penyertaan dalam tunjuk perasaan menyokong pindaan meningkatkan hukuman syariah pada 18 Februari nanti.
Najib mengesahkan Himpunan 355 antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
"Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek RUU 355. Bagi saya tempoh sikitlah," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat hari ini.
PAS merancang mengadakan Himpunan 355 bagi mengembleng sokongan orang Islam kepada cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tunjuk perasaan itu bagaimanapun dibantah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz serta beberapa parti komponen Barisan Nasional.
Malah, pada tarikh yang sama, media melaporkan sebuah badan kerajaan merancang mengadakan himpunan balas di Padang Merbok bagi membantah pindaan.
Sementara itu, Najib berkata Umno dan PAS mungkin berkongsi pentas pada 3 Februari depan untuk program pelancaran pelayaran misi kemanusiaan "Flotila ke Myanmar".
"InsyaAllah, PAS juga akan hadir bersama untuk majlis pelancaran pelayaran tersebut. Kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, Islam dan sebagainya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya awal di Sabah cuma spekulasi, kata Najib

Posted: 27 Jan 2017 05:30 AM PST

Perdana menteri berkata kerajaan tidak membuat sebarang keputusan mengenai pilihan raya kilat di Sabah.
najib_sabah_undi_600
KUALA LUMPUR: Perdana menteri hari ini menepis semua laporan mengatakan pilihan raya kilat akan diadakan di Sabah.
"Kita tidak ada keputusan malah belum ada keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri awal akan dibuat di Sabah atau tidak.
"Jadi, pada kedudukannnya ia masih spekulasi setakat ini," kata Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Najib mengulas laporan media semalam mengatakan pilihan raya negeri (PRN( mungkin diadakan di Sabah seawal April tahun ini.
Sabah mengadakan PRN berlainan sebelum pilihan raya umum 2004.
Sebelum ini, media melaporkan sumber sebagai berkata Najib membenarkan cadangan itu tetapi meminta laporan penilaian ke atas semua 60 kerusi DUN sebelum memberi kata putus.
Penganalisis percaya BN berpeluang memenangi lebih banyak kerusi sekiranya PRN diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum (PRU).
Ditanya mengenai maklum balas daripada BN negeri, Najib berkata: "Kita akan tengok segala aspek tapi setakat ini ia hanya spekulasi."
Najib turut menepis spekulasi yang mengatakan mesyuarat BN di peringkat bahagian dan cawangan sedang berlangsung petunjuk PRU ke-14 akan diadakan pada akhir tahun ini.
"Ini (spekulasi) bukan-bukan. Mesyuarat biasa sahaja. Tahun ini 'tahun biasa' jadi kita buat (mesyuarat) mengikut masa kita yang sesuai."
Read More / Baca Lagi >>

Tekanan Pembangkang: Jentera sedia hadapi pilihan raya kilat kata BN Sabah

Posted: 27 Jan 2017 04:59 AM PST

Pilihan raya negeri secara berasingan membolehkan rakan dari Semenanjung turun membantu jentera BN Sabah, kata Rahman Dahlan
Rahman-Dahlan_sabah_bn_600
PUTRAJAYA: Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Pilihan raya negeri awal atau tidak, jentera telah siap sedia," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu ketika ditanya mengenai laporan media yang Sabah mungkin mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang pilihan raya umum pada 2018.
Abdul Rahman yang juga pengarah komunikasi strategik BN berkata pada pandangannya, pilihan raya negeri yang diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum adalah lebih 'meriah'.
"Pilihan raya negeri Sabah secara berasingan membolehkan rakan-rakan dari Semenanjung turun membantu jentera BN Sabah," katanya sambil menambah 20 tahun dulu pilihan raya negeri Sabah sememangnya diadakan secara berasingan dengan pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan agensi di bawah JPM di sini, hari ini.

Forex: Bekas pegawai kanan BNM gesa buka siasatan,sedia bagi keterangan

Posted: 27 Jan 2017 04:58 AM PST


Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan membabitkan kerugian USD10 bilion (RM44bilion) melalui kegiatan matawang antara tahun 1991 hingga 1993 oleh bank pusat itu.
Abdul Murad berkata, beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.
Beliau mendedahkan bank pusat itu mencatatkan kerugian sebanyak USD10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan sebelum ini.
Dalam temubual eksklusif Abdul Murad dengan beberapa media arus perdana itu dipetik berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh lebih besar.
Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.
"Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ," katanya seperti yang dipetik.
Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.
Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang berisiko tinggi untuk mengalami kerugian.
Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdagangan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewangan negara.
Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Umno-Pas libatkan ummah dan Islam, kata Najib

Posted: 27 Jan 2017 03:49 AM PST

(dari kiri) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengadakan  perhimpunan selamatkan Rohingya di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.(dari kiri) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengadakan perhimpunan selamatkan Rohingya di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan soal kerjasama Umno dengan Pas adalah melibatkan kepentingan ummah dan juga perkara-perkara yang membabitkan soal Islam.
Beliau mengambil contoh isu Rohingya, Najib yang juga Presiden UMNO menambah kedua-dua parti berkenaan dapat duduk bersama di atas satu pentas berhubung perkara terbabit.
"Dalam soal ini, atas isu kepentingan ummah seperti isu Rohingya kita dapat berada di atas pentas yang sama dan saya diberitahu pelancaran pelayaran kapal Food Flotilla For Myanmar pada 3 Febuari ini insya Allah Pas juga akan hadir bersama.
"Jadi maknanya kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam," katanya menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis tertinggi Umno, hari ini.
Sebelum itu beliau hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Beliau mengumumkan tarikh persidangan peringkat Cawangan Umno akan bermula pada 17 Mac hingga April depan sementara mesyuarat Bahagian pula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017.

HABIS, SIAPA YANG RASUAH?

Posted: 27 Jan 2017 03:48 AM PST

Di ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang korup bahawa masa untuk mereka ditangkap semakin dekat, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah terdiri daripada kalangan yang mengamalkan rasuah.

UMNO tidak mengamalkan rasuah, kata Ku Nan lagi.

Beliau bagaimanapun menerima amaran SPRM itu sebagai langkah untuk lebih berjaga-jaga.
Rasuah selalunya dikaitkan dengan kuasa dan di negara kita UMNO adalah parti yang paling lama berkuasa berbanding parti-parti yang lain.

Oleh itu, bolehkah diterima kata-kata Ku Nan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mengamalkan rasuah?

Kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang paling terpalit dengan amalan rasuah kerana kuasa paling dekat dengan mereka, siapakah lagi yang boleh dikaitkan dengan gejala buruk itu?

Atau mungkinkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan itu tidak lebih hanya memberi gambaran bahawa tidak mungkin walau seorang pun pemimpin UMNO yang ada dalam senarai untuk ditangkap SPRM?

Adakah kita hanya akan melihat ahli-ahli politik selain UMNO saja yang bakal ditangkap dan didakwa berkaitan rasuah?
Bagaimana pula dengan Malaysian Official 1?

Ada benarnya juga kenyataan DAP berhubung peringatan Dzulkifli yang mahu menangkap ahli-ahli politik yang korup bahawa amaran itu langsung tidak memberi makna selagi tidak ditujukan kepada Malaysian Official 1.

Ohhh SPRM...

PAS tidak akan terima DAP, kata Hadi

Posted: 27 Jan 2017 03:26 AM PST

Umno-PAS akan kongsi pentas lagi di acara Flotilla

Posted: 27 Jan 2017 03:25 AM PST

Agenda perjuangan berbeza: Pas tutup rundingan dengan DAP

Posted: 27 Jan 2017 12:38 AM PST



Pas sudah menutup pintu rundingan dengan DAP kerana agenda perjuangan yang berbeza, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 New Straits Times melaporkan, Abdul Hadi berkata Pas bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.
"Kami (Pas) bukan hanya bercakap tentang memenangi pilihanraya tetapi kami mahu membawa perubahan. Agenda kami berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.
Ditanya tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas sedia mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama.
"Kita boleh bincang. Ini negara demokrasi," katanya.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob pada petang Khamis.
Lidah rasmi Pas itu melaporkan pertemuan hampir dua jam itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10.
Laporan itu menyebut pertemuan antara perkara yang dibincangkan oleh Muhyiddin dan Ahmad itu termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga penjuru pada PRU14 paling wajar, Pas sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati

Posted: 27 Jan 2017 12:27 AM PST

Saya melihat politik Malaysia yang semakin menghampiri PRU14 ini memerlukan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu memuktamadkan pembentukan kolisi alternatif rakyat kepada BN yang merupakan kolisi gabungan lebih kurang 14 buah parti yang diketuai Umno.
Mutakhir ini, Pas beberapa kali telah menjelaskan pendirian tegasnya bahawa mereka sama sekali tidak akan menyertai Pakatan Harapan.
Dan pendirian tegas Pas ini seharusnya memberi kesedaran yang sebenar-benarnya kepada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih lagi mengharapkan komitmen Pas, bahawa sehingga "kucing bertanduk" sekalipun Pas akan tetap tidak akan bekerjasama dengan pembangkang utama kerana faktor wujudnya AMANAH dalam pentas politik Malaysia dan penglibatan DAP sebagai komponen utama dalam Pakatan Harapan.
Berundinglah lagi walau 48 jam tanpa henti sekalipun, selagi adanya AMANAH dan DAP, Pas tetap tidak akan berganjak untuk daripada mengorbankan pendirian atau menjilat kembali ludah mereka.
Jadi, biarlah noktahnya di sini sahaja. Tiada lagi perbincangan dan rundingan. Masa sudah terlalu suntuk bagi Pakatan Harapan dan Bersatu untuk memikirkan sebuah parti Sang Kelembai yang "sepak dok reboh, gocoh dok sakit" ini.
Biarlah Pas dengan cara politik mereka, ijtihad dan istiqamah mereka walaupun pada hakikatnya dalam sistem politik demokrasi Malaysia, parti Sang Kelembai itu sebenarnya sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati.
Dan seperti yang disebut oleh Datuk Husam Musa dan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa tiga penjuru adalah pilihan yang wajar masa kini, dan berdasarkan senario politik semasa, peluang Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti politik utama iaitu Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP tetap mempunyai peluang besar untuk mengalahkan BN.
Justeru dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Dapatan kajian Invoke bahawa 24 peratus pengundi Pas akan menyokong Pakatan Harapan;
2. Bersatu akan mengalihkan (swing) undi (Melayu) BN dalam PRU13 kepada Pakatan Harapan sekurang-kurangnya 13 peratus;
3. Sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan kekal 85-90 peratus;
4. Trend pengundi muda dan pengundi atas pagar memihak Pakatan Harapan ekoran terkesan dengan kos kehidupan dari kegagalan dasar-dasar ekonomi kerajaan serta skandal-skandal besar seperti 1MDB dan lain-lain;
Read More / Baca Lagi >>

Ku Nan sembang Umno tak rasuah

Posted: 27 Jan 2017 12:22 AM PST

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima amaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam tadi untuk lebih berjaga-jaga.
Bagaimanapun, katanya, Umno tidak mengamalkan rasuah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, hari ini, selepas melepaskan misi bantuan banjir Pemuda BN.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad Dzulkifli malam tadi memberi amaran tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai GLC yang korup.

Sementara itu, konvoi Pemuda BN itu bertujuan menyampaikan bantuan asas kepada kira-kira 500 keluarga di Pasir Putih, Kelantan.
"Selain itu kita juga akan cuba melihat sendiri, kalau perlu tenaga untuk membuat pembersihan kawasan-kawasan banjir ini, kita akan bantulah," kata Tengku Adnan.
Katanya, lebih banyak lagi konvoi akan dihantar untuk membantu mangsa bencana alam itu.

NASIB ANWAR SAMA SEPERTI NABI YUSUF – NURUL IZZAH

Posted: 27 Jan 2017 12:20 AM PST


Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah menyifatkan nasib bapanya sama dengan kisah fitnah yang menimpa Nabi Yusuf seperti disebutkan dalam al-Quran.
Beliau berkata demikian merujuk dakwaan terbaru pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam yang mendakwa didatangi kenalan rapat bekas ketua pembangkang itu.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu lagi fitnah, Izzah yang juga naib presiden PKR berkata keluarganya telah banyak menderita kerana kes tersebut.
"Jelas Saiful memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga menderita dengan fitnah ini.
"Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir sama dengan nasib Nabi Yusuf. Kisah al-Quran menggambarkan Nabi Yusuf minta dia dibersihkan dari fitnah," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Semalam Saiful mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Anwar yang meminta beliau memohon pengampunan diraja bagi pihak bekas majikannya itu tanpa menukar pengakuan diliwat.
Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang dikatakan kini 'mungkin sudah insaf atas perbuatannya'.
Saiful juga mendakwa individu itu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam tulisan itu, Saiful bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.
"Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti," kata Saiful.
Anwar, 70, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Pulau Pinang kecualikan cukai pintu, bayar GST untuk rakyat

Posted: 27 Jan 2017 12:00 AM PST

GEORGE TOWN, 27 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung serta penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Katanya, pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.
"Kami (kerajaan Pakatan Harapan) tahu bahawa ekonomi di tahap yang teruk, rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB. Nilai matawang jatuh. Kerajaan Persekutuan tidak ada duit dan terpaksa melaksanakan GST yang membebankan rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, langkah ini adalah berbeza dengan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memungut enam peratus cukai daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka.

Siapa nak bersama Pakatan, tinggal 2 minggu, kata Amanah

Posted: 26 Jan 2017 11:58 PM PST

Salahuddin berkata pembangkang tidak boleh berlengah merangka strategi menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang
Salahuddin-Ayub_pakatan_600PETALING JAYA: Amanah memberikan tempoh sehingga pertengahan Februari untuk Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan parti lain.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata gabungan pembangkang tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam apa kemungkinan sekalipun.
"Amanah berpandangan bahawa kita (PH dan PPBM) cukup terbuka dan menunaikan tanggungjawab besar bagi menyatukan parti pembangkang.
"Masa telah tamat dan pertengahan Februari adalah garis penamat untuk PH dan PPBM membuat keputusan muktamad," katanya dalam satu kenyataan.
Ia dilihat kata dua kepada PAS yang masih tidak memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan pembangkang lain.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar PAS kerana masih tidak memberikan kata putus.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR masih meneruskan rundingan dengan PAS.
Azmin berkata PKR yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS.
PH disertai PKR, DAP dan Amanah, dan mengadakan kerjasama dengan PPBM. PAS bagaimanapun enggan menyertai PH kerana tidak bersetuju dengan penyertaan DAP dan Amanah.

Hadi: DAP tidak, BERSATU mungkin

Posted: 26 Jan 2017 11:57 PM PST

PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi "menyelamatkan" Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.
Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.
Berkenaan BERSATU pula, pintu rundingan masih terbuka, walaupun pengerusinyaTun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh untuk PAS berbincang sudah berakhir.
"Kita boleh bincang. Ini negara demokratik," kata Hadi.
Muhyiddin jumpa timbalan mursyidul Am PAS

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam berjumpa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bahru.
Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut membincangkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

"Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar," beliau dipetik sebagai berkata.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: SPRM tuju amaran kepada “ikan jerung” atau sekadar “ikan bilis”?

Posted: 26 Jan 2017 11:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Adakah amaran "tunggu" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang terlibat rasuah itu ditujukan khas kepada "Malaysia Official 1" ("MO1") yang dirujuk secara meluas sebagai perdana menteri?
Atau ia sekadar peringatan keras kepada "ikan bilis" sambil membiarkan "ikan jerung" dilepaskan begitu sahaja?
Demikian yang dipersoalkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberi peringatan terhadap ahli politik yang melakukan rasuah bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi.
"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja – tunggu. Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini," kata Dzulkifli dalam temubual bersama Astro Awani malam semalam.
Mengulas lanjut kenyataan itu, menurut Kit Siang, rakyat negara ini sudah muak dengan pelbagai alasan SPRM apabila "rasuah besar-besaran" melibatkan pemimpin politik dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mereka satu "spesis" yang harus dilindungi.
Alasan kekurangan peruntukan untuk mengaji kakitangan antaranya, kata beliau, adalah tidak boleh diterima kerana SPRM menerima RM250 juta peruntukan pada 2016 iaitu bersamaan enam kali ganda peruntukan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2000.
"Bolehkah Dzulkifli keluarkan laporan yang menunjukkan bahawa SPRM enam kali ganda lebih efektif daripada BPR pada 2000 dalam membasmi gejala rasuah, menahan dan menghukum sekecil-kecil dan sebesar-besar pesalah rasuah?" soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)