Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mahfuz Omar 2017-Terkilan Bila PAS Berkecuali Di Saat Najib Razak Menyusahkan Rakyat

Posted: 26 Jan 2017 08:20 PM PST

Gong Xi Fa Chai to all Malaysians!

Posted: 26 Jan 2017 08:10 PM PST

‘Majlis suai kenal’ universiti bertukar jadi medan hentam Anis?

Posted: 26 Jan 2017 06:12 PM PST

Gambar di muat naik di Facebook menunjukkan peserta antara lain ditunjukkan gambar aktivis mahasiswa Anis Syafiqah.
anis-suraya
PETALING JAYA: Program orientasi pelajar baharu sebuah universiti tempatan didakwa menyelitkan "propaganda berbaur politik" dalam salah satu acaranya baru-baru ini.
Gambar tersebar di Facebook menunjukkan slaid memaparkan aktivis mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah Md Yusof, diiringi ayat seperti "kami mengaku akademik kami tidak bagus" dan "salahkah kami bersama pembangkang?".
Selain itu, ada juga slaid gambar demonstrasi dengan kata-kata "cetus huru-hara".
Program itu dipercayai sesi penerangan bersama pihak berkuasa sempena "minggu taaruf" (Suai Kenal) bagi pelajar baharu universiti itu di kampusnya di Selangor.
FMT masih berusaha menghubungi pihak berkuasa dan universiti berkenaan mendapatkan komen mereka.
Di minta mengulas, Anis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Tidak ada video yang dapat membuktikan saya mengeluarkan kata-kata itu. Saya terkilan apabila poster itu digunakan sebagai bahan 'brainwash' kepada mahasiswa baru," katanya menerusi FB.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Perak Howard Lee dalam kenyataannya berkata minggu orientasi sepatutnya menjadi medium memperkenalkan kehidupan universiti kepada pelajar baharu, tetapi disalahguna untuk kepentingan politik.

SPRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!

Posted: 26 Jan 2017 06:10 PM PST

Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini

Jamil Khir, Asyraf Wajdi dinasihati berhenti tutup penyelewengan Tabung Haji

Posted: 26 Jan 2017 06:09 PM PST


Asyraf Wajdi dan Jamil Khir sering menafikan berlaku penyelewengan dalam pengurusan pelaburan Tabung Haji dan menyifatkannya sebagai 'fitnah pembangkang'.Asyraf Wajdi dan Jamil Khir sering menafikan berlaku penyelewengan dalam pengurusan pelaburan Tabung Haji dan menyifatkannya sebagai 'fitnah pembangkang'.
Menteri-menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji,  Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki dinasihati tidak terus mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya Tabung Haji menjadi mangsa fitnah ahli politik pembangkang ekoran tindakan mahkamah yang dihadapi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat Tabung Haji, Dato' Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti semalam.
Malah pendakwaan terhadap Nor Badli memberikan isyarat bahawa pengurusan 'pembangunan perniagaan dan pelaburan strategik' Tabung Haji perlu dirombak, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Nor Badli dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah semasa menerajui pengurusan TH Heavy Engineering Berhad (THHE), anak syarikat Tabung Haji yang kerap dikritik Rafizi.
"Sejak tahun lalu, saya secara berterusan menumpukan perhatian kepada kes-kes penyelewengan dan kerugian yang berlaku di Tabung Haji kerana saya berasa terpanggil untuk membela pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah.
"Salah satu kes yang saya paling lantang mengkritik ialah pelaburan Tabung Haji di dalam Ramunia Holdings Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai THHE.
"Maka, pendakwaan ke atas Dato' Nor Badli membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya," tegas Rafizi dalam satu kenyataan semalam.
Naib Presiden PKR itu menambah, sejak setahun lalu beliau telah membuktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu.
Sehubungan itu, beliau secara berterusan menyuarakan keperluan merombak pengurusan fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan (business development and investment) Tabung Haji kerana ternyata pelbagai bidang perniagaan baru yang diceburi merugikan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap pimpinan dan pengurusan kanan Tabung Haji yang bertanggungjawab menyemak dan meluluskan keputusan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat bermasalah seperti TH Heavy Engineering sehingga mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit wang pendeposit.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Pengerusi Tabung Haji, Dato' Seri Azeez Abdul Rahim menjawab soalan-soalan berikut:
1. Siapa yang bertanggungjawab membawa cadangan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat ini atau sektor tertentu (yang Tabung Haji tidak ada kepakaran dan pengetahuan perniagaan yang kukuh) sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta?
2.  Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji? Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?
Read More / Baca Lagi >>

Buat apa tunggu Pas, soal ahli akademik

Posted: 26 Jan 2017 05:00 PM PST

Ahli akademik mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat masih menanti Pas untuk bekerjasama dengan mereka.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Aizuddin Mohd Sani dilapor berkata, tiada guna Pakatan Harapan dan PPBM menunggu Pas jika parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak sudi bekerjasama.
"Buat apa tunggu lagi? Setiap parti mempunyai matlamat perjuangan masing-masing. Pembangkang (Pakatan Harapan-PPBM) boleh 'move on'," ujarnya dipetik dari Sinar Harian semalam.
Menurut penganalisis politik itu, gabungan Pakatan Harapan dan PPBM harus meneruskan perjuangan mereka tanpa penglibatan Pas walaupun kesepakatan semua parti pembangkang dianggap lebih baik.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada Bersatu dan Pakatan Harapan untuk membentuk serta menentukan gabungan tersebut," ujarnya sambil menegaskan tidak perlu bergantung kepada Pas.
Walau bagaimanapun, Aizuddin mengakui masalah pecahan undi akan berlaku jika wujud pertembungan kerusi tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Taubat dan tinggalkan DAP, kata PAS kepada Dr M

Posted: 26 Jan 2017 04:58 PM PST

Parti seperti DAP menghalang usaha PAS menyelamatkan Malaysia, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.
zuhdi-mahathir-dap-aps
PETALING JAYA: PAS akan memaafkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, lapor The Star Online.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki berkata partinya menjadi "mangsa" Dr Mahathir semasa beliau berkuasa.
Menurut beliau, peristiwa Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan dan penentangan terhadap Kanun Jenayah Syariah antara perkara yang digunakan Dr Mahathir untuk menekan PAS sebelum ini.
Katanya Dr Mahathir perlu bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, yang mensabotaj hubungan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Zuhdi berkata ketika Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyatukan hubungan antara kedua parti, Pengerusi PPBM pula terjerumus dalam cara DAP.
"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua orang supaya menyelamatkan Malaysia melalui cara PAS – dengan kembali kepada cara Islam," katanya, menurut laporan itu.
Tetapi DAP dan parti sepertinya menjadi penghalang kepada usaha PAS menyelamatkan Malaysia, katanya.
"Usaha untuk menebus Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya sekiranya DAP terlibat."
Laporan itu mengatakan Dr Mahathir berkata PPBM terbuka kepada idea PAS menyertai pakatan pembangkang, walaupun beliau sebelum itu berkata partinya tidak perlu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

SPRM akan bertindak terhadap ahli politik rasuah, tunggulah... penyamun negara masih tidur lena...!!!

Posted: 26 Jan 2017 04:57 PM PST


Ahli politik tidak terlepas daripada 'radar' SPRM dalam usaha membanteras rasuah.Ahli politik tidak terlepas daripada 'radar' SPRM dalam usaha membanteras rasuah.
Dalam siri tindakannya bagi memerangi gejala rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengetepikan perhatiannya terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan.
"SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah...saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggulah," katanya ketika ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani malam tadi.
Sambil berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.
Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan - sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun penjawat awam.
Dzulkifli memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dalam usahanya memastikan negara tidak dibelenggui masalah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz Tun Mahathir(Tun M) 2017-6 bulan isu 1MDB Selesai.Najib Razak Penipu Besar

Posted: 26 Jan 2017 04:50 PM PST

Salahuddin Ayub AMANAH-Pakatan Harapan Beri Jaminan Kedaulatan Negara Tetap Terjaga

Posted: 26 Jan 2017 04:49 PM PST

Tony Pua DAP-Kejatuhan RInggit Kerana Negara Diperintah Oleh Perompak(Najib Razak 1MDB)

Posted: 26 Jan 2017 04:49 PM PST

Mazlan Aliman ANAK-Najib Razak & Isa Samad Telah Menjahanamkan FELDA

Posted: 26 Jan 2017 04:48 PM PST

Muhyiddin Yassin 2017-Bukan Setakat FOREST CITY Sahaja Najib Razak Dah Jual Kepasa CHINA

Posted: 26 Jan 2017 04:48 PM PST

Rafizi Ramli,Dr. Dzulkefly Ahmad,Hisommudin Bakar 2017-Diskusi Hasil Kaji Selidik PRU 14

Posted: 26 Jan 2017 04:29 PM PST

Malaysia kini di ambang perang?

Posted: 26 Jan 2017 07:00 AM PST

SIK- Implikasi daripada pelaburan di antara Malaysia dan China didakwa bakal mengheret negara ini dalam konflik peperangan yang sama seperti di Timur Tengah.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, China menggunakan pelaburan sebagai satu bentuk penjajahan alaf baru.
Malaysia kini di ambang perang? "Negara seperti Sri Lanka, Pakistan dan Afrika yang terhimpit dengan konflik perang, keadaannya sebelum itu sama dengan Malaysia ketika ini. China membina pelabuhan ataupun lapangan kapal terbang dengan kos besar hingga tanggungan hutang itu tidak terbayar oleh sesebuah negara.
"Akhirnya diambil alih dan kemudian dituntut macam-macam. Pelabuhan yang sepatutnya untuk perdagangan tiba-tiba kapal tentera yang melabuh," katanya kepada Sinar Harian selepas tamat program Dialog 'Nasib Peneroka' di Felda Teloi Timur, semalam.
Tambahnya, China juga didakwa menjadikan pelaburan di negara ini untuk menguasai Selat Melaka.
"Selat Melaka sangat penting, niat negara China sebenarnya adalah untuk mengawal dan kuasainya dan Malaysia hanya menjadi kuda tunggangan," katanya.
Menurutnya, tindakan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah peribadi dengan membawa masuk pelaburan dari China mendedahkan negara kepada perebutan kuasa -kuasa besar.
"Dasar kerajaan Malaysia daripada dahulu adalah berkecuali, kita adalah anggota aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan tidak memihak kepada Barat, China atau Rusia.
"Sebelum ini Malaysia berada di tengah-tengah yang boleh berurusan dengan semua pihak, tetapi sekarang ini kita terang-terang cenderung kepada China dan itu mengundang bahaya,"katanya.
Mukhriz berkata, Libya antara contoh mangsa perang disebabab perebutan kuasa besar.
"Contohnya Libya yang banyak menerima pelaburan dari China dalam loji minyak contohnya, akhirnya terjebak dalam kancah peperangan.
"Perkara pertama Amerika lakukan apabila masuk ke Libya adalah bom semua loji-loji minyak dibina China, lebih daripada 40, 000 pekerja China dihantar pulang. Bayangkan jika perkara sama berlaku di Malaysia dan situasi itu bagi saya tidak mustahil berlaku," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak kira kerajaan atau pembangkang, semua harus lawan kleptokrasi

Posted: 26 Jan 2017 06:59 AM PST

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan semalam menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh pula ke tangga-54 dengan catatan skor hanya 49.
Ia bermakna hasrat Malaysia untuk menjadi antara 30 negara dengan indeks paling bersih menjelang 2020 semakin jauh untuk dicapai.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata atas sebab itulah beliau sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak tidak kira PAS, MCA, Gerakan atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri untuk membebaskan negara ini daripada kleptokrasi global.
"Tidak ada masa yang lebih sesuai dari sekarang untuk semua pemimpin politik, tak kiralah dari kerajaan atau pembangkang untuk menunjukkan cinta mereka kepada negara untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi global.
"Lagi-lagi selepas laporan CPI yang dikeluarkan semalam.
"Namun, tawaran yang dibuat kepada Presiden MCA dan Presiden Gerakan untuk berbincang cara membebaskan Malaysia dari cengkaman kleptokrasi masih tiada respon," ujarnya.
"Saya juga belum mendapat respon dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada beliau mahu bekerjasama dalam soal itu."
Kit Siang pada Rabu lalu berkata beliau bersedia berjumpa MCA dam Gerakan bagi membincangkan kerjasama membebaskan Malaysia dari kleptokrasi global selepas menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS.
Beliau mengharapkan Presiden kepada kedua-dua parti itu, Datuk Seri Liow Tong Lai dan Datuk Seri Mah Siew Kong akan memberi respon dalam tempoh 72 jam, namun hingga kini tiada sebarang balasan.
"Seolah-olah ada perjanjian tidak bertulis antara Liow, Mah dan Hadi untuk tidak melemparkan batu ke kapal Perdana Menteri serta tidak akan timbulkan sebarang isu mengenai skandal 1MDB.
"Adakah saya salah? Kita akan tahu apabila tawaran 72 jam saya kepada Liow dan Mah tamat tengah hari esok," ujarnya.

Pendakwaan Terhadap Bekas CEO Anak Syarikat Tabung Haji Bukti Pengurusan “Pembangunan Perniagaan Dan Pelaburan Strategik” Tabung Haji Perlu Rombakan

Posted: 26 Jan 2017 06:50 AM PST

Hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) beberapa buah anak syarikat Tabung Haji, Dato' Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah semasa beliau mengetuai pengurusan TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Saya berharap dengan pendakwaan yang dibawa oleh beliau, menteri-menteri yang bertanggungjawab iaitu Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengulangi permainan politik kononnya Tabung Haji menjadi mangsa fitnah ahli politik seperti saya.
Sejak tahun lalu, saya secara berterusan menumpukan perhatian kepada kes-kes penyelewengan dan kerugian yang berlaku di Tabung Haji kerana saya berasa terpanggil untuk membela pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Salah satu kes yang saya paling lantang mengkritik ialah pelaburan Tabung Haji di dalam Ramunia Holdings Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai THHE.
Maka, pendakwaan ke atas Dato' Nor Badli hari ini membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya.
Malah, sejak setahun lalu saya juga telah buktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE, tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu (yang diceburi oleh Tabung Haji sebagai pelaburan strategik, bukannya pelaburan biasa) yang lebih banyak rugi dari untung.
Oleh sebab itulah saya secara berterusan menyuarakan keperluan merombak pengurusan fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan ("business development and investment") di Tabung Haji kerana ternyata pelbagai bidang perniagaan baru yang diceburi oleh Tabung Haji lebih banyak merugikan dari menguntungkan.
Sementara Dato' Nor Badli akan melalui proses undang-undang yang seadanya, bagaimana pula dengan pimpinan dan pengurusan kanan Tabung Haji yang bertanggungjawab menyemak dan meluluskan keputusan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat bermasalah seperti TH Heavy Engineering (dulunya Ramunia Holdings Berhad) sehingga rugi beratus juta wang pendeposit?
Justeru, saya menyeru supaya menteri bertangungjawab dan Pengerusi Tabung Haji, Dato' Seri Azeez Abdul Rahim berdepan dengan rakyat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1. Siapa yang bertanggungjawab membawa cadangan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat ini atau sektor tertentu (yang Tabung Haji tidak ada kepakaran dan pengetahuan perniagaan yang kukuh) sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta?
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang negarawan, tak kemaruk jawatan

Posted: 26 Jan 2017 06:46 AM PST



Apa sebenarnya permainan di sebalik mesej propaganda kononnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila kerajaan pimpinan United Malays National Organisation melingkup dan tewas dalam pilihan raya akan datang?
Tujuannya tidak lain adalah untuk kembali memperingatkan orang Melayu terhadap propaganda yang lagi satu, bahawa Partai Tindakan Demokratik itu adalah parti cauvinis Cina, pro-Singapura, diberi makan oleh Israel dan mahu membangun daulah Nasrani. 'Parti Cina' itu tidak boleh diberi peluang duduk di jawatan kedua paling penting dalam negara.
Ya, itulah dia. Habislah orang Melayu semuanya jahanam sekiranya parti Cina itu diberi peluang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Apatah lagi dengan membingkai DAP sebagai parti Lim Kit Siang, dan Lim Kit Siang lah yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Habislah Melayu, habislah agama Islam, habislah Tabung Haji, Felda, JAKIM dan segala yang Melayu dan Islam.
Kah kah kah kah.
Mudah sekali Melayu kena tipu dengan UMNO.
Padahal hakikatnya yang menjahanam Tabung Haji itu pun orang UMNO, meski mukanya tidak begitu Melayu. Yang melingkup Felda sampai rugi berbilion duit peneroka juga muka orang UMNO, sedikit renek orangnya sekarang diam-diam duduk di Negeri Sembilan sana.
Bapak segala skandal, 1Malaysia Development Berhad, yang banyak cerita aneh itu juga dikelola seluruhnya oleh orang UMNO. Dengan kes seleweng dana berbilion untuk buat filem lucah dan bayar hutang judi, semuanya itu melibatkan orang UMNO. Belum ada mana-mana muka DAP yang muncul dalam siasatan pihak-pihak berkuasa antarabangsa.
Cukai Barang dan Perkhidmatan, pemotongan peruntukan hospital, universiti dan segala yang penting perlu itu juga semuanya angkara Melayu UMNO. Kita yang jenuh mencarut hari demi hari sambil membeli barang keperluan harian dan mengisi minyak kenderaan ini tidak pernah sekali pun memaki hamun DAP atas kesengsaraan yang kita tanggung itu.
Kita hanya maki UMNO – parti yang sudah hampir 60 tahun mentadbir hal ehwal negara dengan begitu 'cemerlang' sekali.
Namun apabila UMNO menyuap kita dengan propaganda kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, kita pun melompat memasang kuda-kuda. Cis.. pantang hak Melayu cuba digoyang-goyang.
Nyanyukkah kita ini sebenarnya?
Tidak kebulur jawatan
Sepanjang satu minggu lalu, hangat orang berkata tentang kerelaan Kit Siang menghulurkan 'ranting zaitun' kepada PAS, parti yang sudah dua kali berpatah arang dengan DAP, untuk kembali bersama menentang kleptokrasi dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrir Samad hanya ‘penenang’ kemarahan peneroka FELDA

Posted: 26 Jan 2017 06:43 AM PST

izzahLantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA hanya menjadi penenang kemarahan peneroka yang mahukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, reformasi FELDA secara struktural perlu dilaksanakan segera dengan menekankan integiriti dan ketelusan sebagai asas perubahan yang baik.

"Namun, apa yang pasti, saya masih menitipkan kesangsian ke atas cara lama perdana menteri melantik seorang ahli politik ketika FELDA memerlukan seorang pakar dalam merawat krisis ini.
"Justeru, jika beliau tidak proaktif dan berdedikasi memimpin FELDA, maka saya mendesak Tan Sri Shahrir meletakkan jawatan itu demi kepentingan peneroka dan masa hadapan FELDA," katanya dalam kenyataan.
Izzah turut mendesak supaya sebuah blueprint buat dikeluarkan FELDA dalam penstrukturan semula di bawah pengerusi baru bagi memacu dasar-warsanya.
Katanya, laporan itu perlu dibentangkan menteri pada sidang Parlimen akan datang supaya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan FELDA.
"FELDA perlu memecat mereka yang mempunyai salah laku bagi memulihkan ketelusan organisasi daripada pihak yang tiada integriti.
"Saya masih mempersoalkan kedudukan Tan Sri Isa Samad yang masih berada dalam FGV, walhal beliau gagal dalam mengurus FELDA sehingga membabitkan kerugian pada skala besar. Apakah kesinambungan FELDA mengekalkan orang politik berpangkat yang gagal?," soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ingin cepat kaya, rasuah lebih serius di kalangan muda

Posted: 26 Jan 2017 06:42 AM PST

Lebih separuh mereka yang ditahan atas jenayah rasuah adalah di bawah umur 40 tahun, kata SPRM.
Shamshun-Baharin-Mohd-Jamil
KUALA LUMPUR: Keinginan menjadi kaya cepat dan menikmati gaya hidup lebih mewah mendorong generasi muda mencari cara mudah mendapat wang dan terlibat dalam gejala rasuah, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM berkata lebih separuh mereka yang ditahan atas jenayah rasuah adalah di bawah umur 40 tahun, atau generasi yang kadang-kadang dirujuk sebagai "Gen Y".
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata, daripada 2,329 orang yang ditahan agensi anti-rasuah dalam tempoh 3 tahun lepas, 1,267 adalah berumur di bawah 40 tahun.
"Ia bukan kerana kekurangan kesedaran di kalangan belia, tetapi alam sekitar juga adalah satu faktor. Kita boleh nampak Gen Y sentiasa ingin cara yang mudah.
spr
"Itulah sebabnya kita perlu memupuk kesedaran dari usia muda dari sekolah. Ini adalah supaya mereka akan lebih bersedia menghadapi isu-isu berkaitan rasuah, apabila mereka mula bekerja," kata Shamsun pada forum "Menyokong SPRM dalam memerangi rasuah di Malaysia", hari ini.
Turut hadir di forum itu ialah Ketua Institut Demokrasi dan Hal ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan, Presiden Transparency-International Malaysia Datuk Akhbar Satar dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Cynthia Gabriel.

Sembang depan VVIP dan tetamu memang lah handal..

Posted: 26 Jan 2017 06:40 AM PST

HAKIKATNYA satu dunia tahu perangai bini Najib..

"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan", JAWA POS, 1 Apr. 2016

Ahli politik bukan pegawai kebajikan

Posted: 26 Jan 2017 06:22 AM PST

Mengharap bantuan kewangan daripada ahli-ahli politik boleh menjadi faktor penyumbang rasuah, kata Wan Saiful Wan Jan.
wan-saiful-112
KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu mengubah persepsi terhadap ahli politik dengan melihat mereka sebagai penggubal undang-undang, bukan pegawai kebajikan.
Ketua Eksekufit Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata persepsi salah ini meletakkan ahli politik dalam keadaan rumit.
"Beberapa tempat di Malaysia menghadapi banjir dan pada masa yang sama, mereka juga mengalami 'kebanjiran' ahli politik melawat mereka," katanya dalam forum bertajuk, 'Menyokong SPRM dalam memerangi rasuah di Malaysia' hari ini.
"Adakah ini peranan sebenar ahli politik? Ini sesuatu yang agak mengelirukan di Malaysia.
"Di satu pihak, kita mengharapkan ahli politik mentadbir dan menggubal undang-undang. Namun lagi satu pihak pula mengharapkan mereka melawat mangsa banjir, membantu membayar yuran pengajian sekolah, menderma dan sebagainya."
Kebergantungan dan mengharap bantuan kewangan daripada ahli politik boleh menjadi faktor penyumbang kepada rasuah, katanya.
"Jika mereka (ahli politik) tidak 'membantu' (menyediakan bantuan kewangan kepada orang ramai), mereka akan kerugian kerana terdapat risiko mereka mungkin tidak dipilih pengundi akan datang.
"Tekanan sebegini boleh mendorong ahli politik untuk terlibat dalam rasuah."
Wan Saiful berkata pemikiran masyarakat perlu diubah supaya rasuah boleh dihapuskan.
Beliau juga menjelaskan bahawa ahli politik mungkin tidak berniat mengamalkan rasuah, tetapi disebabkan tuntutan kewangan daripada pengundi memaksa mereka mula mencari cara lain untuk mendapatkan wang.
Lebih-lebih lagi kerana gaji mereka mungkin tidak cukup untuk memenuhi permintaan, katanya.
"Saya rasa ini adalah masalah utama dalam masyarakat kita, di mana kita mempunyai harapan yang berbeza dan salah terhadap peranan ahli politik kita. Apabila mereka dilantik, peranan sebenar adalah sebagai penggubal undang-undang.
"Mengapa banjir terus berlaku? Sudah tentu sesuatu mengenai infrastruktur perlu ditambahbaik? Itulah tanggungjawab ahli politik yang dilantik tetapi masyarakat kita mengharapkan mereka melakukan perkara lain.
"Jika mereka (ahli politik) tidak datang dan menghulurkan semua bantuan kebajikan ini, maka mereka akan menghadapi kesan dalam pilihan raya akan datang."
Forum itu diadakan sehari selepas pengumuman kedudukan Malaysia pada 2016 Indeks Persepsi Rasuah (CPI), yang menunjukkan negara kurang 1 mata dari tahun sebelum dan kini mempunyai 49 mata.
Malaysia mendapat 50 mata pada 2015, dan keputusan tahun ini menyaksikan negara jatuh belakang negara Asean lain seperti Brunei sebanyak 58 mata dan Singapura 84 mata.
Untuk menunjukkan sokongan kepada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah, Ideas melancarkan kempen tandatangan atas talian #NyahKorupsi, untuk menggalakkan sokongan orang ramai terhadap SPRM.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Saya tidak anti-Cina

Posted: 26 Jan 2017 06:20 AM PST

Bekas perdana menteri dalam ucapan Tahun Baru Cina berkata beliau pro-Malaysia yang berbilang kaum
mahathir_chines-newyear_600
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil mengucapkan "Kong Hee Fatt Choy", berkata beliau bukan anti-Cina.
Bekas perdana menteri dalam catatan blog terbaharu berkata ada usaha "pihak tertentu" yang mempunyai agenda politik mahu melabel beliau seorang anti-Cina.
Beliau berkata: "Saya tidak anti-Cina. Saya pro-rakyat dan Malaysia yang berbilang kaum."
Dr Mahathir berkata pihak yang cuba menggambarkan beliau sebagai anti-Cina itu sebenarnya mahu orang Cina tidak menyokong DAP.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihak itu lupa beliau juga tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
"Saya menentang penghijrahan besar-besaran dari mana-mana negara. Mana ada negara yang benarkan penghijrahan besar-besaran. Menjual tanah kepada orang asing supaya mereka boleh bina bandar untuk orang asing bukan FDI."
Bekas perdana menteri menambah: "Rekod menunjukkan semua bangsa makmur semasa saya menjadi perdana menteri. Malah, Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia.
"Saya dan isteri mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua kawan berbangsa Cina, termasuklah mereka yang menegur kami di pusat beli belah dan majlis keramaian."
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih di atas sokongan kawan dan penyokong berbangsa Cina semasa dan selepas tempoh beliau sebagai perdana menteri.

Melayu PH, PPBM lebih layak gantikan Melayu Umno yang rosak

Posted: 26 Jan 2017 06:19 AM PST

Zulhazmi ShariffZulhazmi Shariff
Tampil memberi reaksi terhadap artikelnya yang didakwa telah diputar belit oleh Utusan Malaysia, peguam Zulhazmi Shariff memberi jaminan bahawa kejatuhan pemimpin Melayu Umno akan diganti dengan Melayu daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih baik. 
"Rakyat Malaysia tidak perlu risau dan takut, jika Melayu Umno itu jatuh selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti, Melayu lain akan mengantikan mereka. Kami Melayu dalam DAP akan menggantikan Melayu Umno. Rakan-rakan di dalam AMANAH, KeADILan dan PPBM juga Melayu yang boleh malah lebih layak menggantikan Melayu Umno yang sudah rosak. Melayu bukan hanya Umno.
"Yang akan mentadbir negara selepas PRU14 akan datang bukan Melayu rosak Umno tetapi Melayu dan rakan-rakan bangsa lain yang lebih baik dari yang sudah rosak. Kerajaan Malaysia Baru selepas PRU14 akan lebih menjamin keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada Malaysia. Yakinlah bahawa Malaysia lebih baik tanpa Melayu Umno," tegasnya dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata, masa depan negara ini adalah lebih baik tanpa terus memberi kuasa kepada Melayu Umno yang terbukti gagal memartabatkan Melayu dalam erti kata sebenar bahkan sebaliknya diselubungi korupsi daripada pelbagai peringkat. 
"Apa guna berperdanamenterikan seorang Melayu jika Melayu tidak dimartabatkan. Apa guna Timbalan Perdana Menteri Melayu jika Melayu merempat di sana sini mengharapkan ehsan. Perdana Menteri Melayu itulah yang menerima "derma" kononnya ke dalam akaun peribadi.
"Perdana Menteri Melayu itulah yang mencipta hutang dan membebankan Melayu dan seluruh warga negara dengan hutang. Apa guna menteri-menteri Melayu jika kementerian-kementerian di bawah jagaan mereka beratus juta wang negara disonglap dan diseleweng? Apa guna pegawai-pegawai tinggi kerajaan Melayu jika mereka mengamalkan rasuah dan menyeleweng dana negara kepunyaan seluruh warga negara?" bidas Zulhazmi.
Mengulas "putar belit Utusan yang sememangnya telah terkenal sejak sekian lama", beliau menyifatkan isu DAP dan Lim Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri sengaja dihebohkan bagi menutup segala isu luar biasa yang melingkari para pimpinan Melayu Umno yang sedang menerajui negara dan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Read More / Baca Lagi >>

Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn' lapor Harakah

Posted: 26 Jan 2017 06:16 AM PST

Pas yakin masyarakat Cina akan mengundi parti itu.Pas yakin masyarakat Cina akan mengundi parti itu.
Pas yakin masyarakat Cina kini beralih menyokong parti itu sehingga mendorong pemimpin DAP menghulurkan salam perdamaian.
Muka depan keluaran terbaru akhbar rasmi parti itu, Harakah memaparkan poster penuh ucapan Selamat Tahun Baru Cina berserta ungkapan, "Kaum Cina menyokong Pas memperjuangkan negara yang aman dan makmur" dengan di atasnya terpampang logo parti itu.
Semakan Malaysia Dateline juga mendapati nada sama disampaikan melalui laporan bergambar, "Pas tetap di hati non Muslim" di halaman N21 merujuk kepada agihan buah limau mandarin kepada masyarakat Cina oleh enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Selangor.
Pemimpin yang terlibat Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad; Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mokhyi; Adun Serdang, Noor Hanim Ismail serta Adun Bangi, Shafie Ngah.
Selang dua halaman selepas itu, tertera berita, "Pas semakin diterima kaum Tionghoa" yang merupakan reaksi pemimpin Dewan Pemuda Pas, Mohammad Ibrahim dengan menggelarkan DAP sebagai 'DAP U-Turn'.
"Kini DAP U-Turn mengharapkan sokongan Pas. Jadi kaum Cina sudah faham dan dapat lihat sikap DAP ini," ujarnya seperti dipetik.
Sambutan masyarakat Cina kepada Pas dapat diukur daripada program agihan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.Sambutan masyarakat Cina kepada Pas dapat diukur daripada program agihan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.
Sementara itu, dalam halaman sama di N23 memuatkan berita, "Pas ajak Melayu, Cina dan India buat perubahan PRU14" merujuk kepada seruan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bersama gambar dengan kapsyen, "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi tersenyum menyambut salam yang dihulurkan oleh peserta tarian singa", laporan itu memetik ucapan Abdul Hadi dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Dialog Bersama Presiden Pas di Kampung Batu Lima, Dungun pada 20 Januari lalu.
Di muka belakang, Harakah dengan tajuk "Undi Cina beralih" menyifatkan segala tembelang DAP dan parti lain terdedah akhir-akhir ini sehingga mendorong kaum Cina memberi undi kepada Pas.

Comments (0)