Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan

Posted: 24 Jan 2017 08:07 AM PST

Selepas menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Pas dua hari lalu, kini Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersedia untuk berjumpa MCA dan Gerakan bagi tujuan yang sama.
Kit Siang berkata, beliau bersedia dalam tempoh 72 jam dari hari ini untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara untuk membebaskan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Lim Kit Siang Menurutnya, menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal adalah agenda negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini (semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari Raya Cina). Saya akan tunggu.
"Pertemuan itu diharap dapat membincangkan bagaimana DAP bersama MCA dan Gerakan boleh bekerjasama untuk kepentingan negara bagi membebaskannya daripada kleptokrasi dunia. Saya harap perkara ini dapat dipenuhi. Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan perlu mendapat kebenaran Umno terlebih dahulu sebelum berjumpa saya?" katanya kepada media.
Mengulas berhubung dakwaan beberapa pihak kononnya tindakan DAP itu sebagai membuat pusingan U, Ketua Ahli Parlimen DAP itu berkata, dakwaan itu hanya dari mereka yang berfikiran sempit.
Terdahulu, Kit Siang menyatakan kesediannya untuk berbaik semula dengan Pas apabila ingin berjumpa dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi tujuan sama.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kerjasama itu boleh direalisasikan sekiranya Abdul Hadi sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Sementara itu, menjawab soalan media sama ada beliau sudah berbincang dengan kepimpinan Pakatan Harapan berhubung niatnya itu, Kit Siang berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Saya rasa tidak perlu berbincang untuk cadangan kerjasama dengan Pas. Saya bukan boneka kepada mana-mana pihak termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan untuk adakan kerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan diteruskan walaupun ditentang Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan semula: SPR tak guna daftar pemilih terkini

Posted: 24 Jan 2017 08:05 AM PST

Peguam Cyrus Das berkata daftar pemilih "terkini" mesti menjadi senarai daftar terbaru yang diterbitkan.
Lawyer-Cyrus-Das-ec-redelination-1
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan daftar pemilih terkini dalam cadangan pelaksanaan persempadanan semula, dan itu melanggar garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Cyrus Das berkata SPR menggunakan daftar pemilih pada suku terakhir 2015.
"Jadual 13 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jumlah pengundi perlu diambil daripada daftar pemilih yang terkini," katanya.
Das berkata daftar pemilih "terkini" mesti bermaksud yang disiarkan baru-baru ini, sebelum pelaksanaan persempadanan semula dijalankan.
SPR menerbitkan notis 18 halaman dalam akhbar utama yang ia akan menjalankan cadangan persempadanan semula di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bermula September tahun lalu.
Das berkata SPR sepatutnya memasukkan daftar bagi suku pertama (Januari-Mac 2016), yang digazetkan pada Julai.
"Namun, SPR dalam jawapannya kepada hujahan kami menyatakan daftar terkini tidak boleh digunakan kerana ia belum lagi disempurnakan," katanya dalam hujahannya.
Selangor memohon untuk membatalkan notis persempadanan semula SPR kerana ia melanggar Perlembagaan dalam merangka sempadan pilihan raya baharu.
Kerajaan negeri itu juga mahu pengisytiharan yang notis itu kekurangan maklumat dan akan menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk memfailkan representasi.
Ia memohon mahkamah membatalkan notis SPR dan mengeluarkan perintah supaya ia menerbitkan notis baharu cadangan pelaksanaan itu.
Peguam Derek Fernandez, yang juga mewakili kerajaan negeri berkata SPR turut melanggar satu lagi garis panduan dalam Perlembagaan dengan menyebabkan kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan dan memutuskan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Biarpun pahit, PAS wajar ketepi soal emosi demi selamatkan Malaysia – Teresa Kok

Posted: 24 Jan 2017 08:03 AM PST

Tidak ada agenda politik yang lebih penting selain daripada menyelamatkan Malaysia yang kini dicengkam kleptokrasi akibat kepimpinan tidak telus UMNO Barisan Nasional.
Atas dasar itu jugalah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam bersedia menghulurkan salam perdamaian dengan PAS jika parti itu berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.
Baginya, sebarang perbezaan pendapat tidak patut menghalang penyatuan semua parti pembangkang tanpa mengira kaum dan agama dalam menewaskan kerajaan rasuah.
Perkara sama turut dilontarkan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini yang menyarankan agar PAS tidak terus dibuai emosi sehingga mengetepikan agenda yang lebih penting, iaitu menyelamatkan Malaysia.
"Soal perasaan, tidak kira sepahit manapun, tidak wajar menjadi penghalang kepada agenda yang lebih besar, iaitu kepentingan negara dan rakyat.
"Seperti Pakatan Harapan dan PPBM, PAS juga perlu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi kleptokrasi global atau lebih teruk lagi, sebuah negara gagal," ujarnya.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, kesudian Kit Siang untuk berdamai dengan PAS walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingkari perjanjian antara mereka semasa Pakatan Rakyat dulu adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.
"Tak dinafikan apabila Hadi Awang gagal mematuhi Dasar Bersama Pakatan Rakyat dulu dan menyebabkan Pakatan berpecah, ia mengecewakan kita dan semua penyokong parti pembangkang.
"Tapi, tidak kiralah sekecewa mana pun DAP dengan Hadi Awang, semua parti pembangkang mesti bersatu," katanya.

Kerjasama gagal jika ada pemimpin 'kuku besi'

Posted: 24 Jan 2017 08:02 AM PST

Azmin AliKerjasama politik antara pembangkang akan gagal jika pemimpinnya bersikap kuku besi, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.     
Beliau berkata, sikap sedemikian tidak menggambarkan proses demokrasi.   
"Kalau (pemimpin) paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita pada satu majlis di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dekat sini, hari ini.
Azmin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, parti itu mahu menamatkan rundingan dengan Pas kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjasama dengan DAP.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula sebelum ini dilaporkan 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan kerjasama politik dengan Pas supaya mengikut rentak mereka.
Ini kerana Pas sudah bertapak lama dalam arena politik termasuk jatuh bangun yang tidak pernah dirasai parti lain, kata Hadi.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dalam reaksinya kepada perkembangan itu berkata terdapat keperluan untuk meneruskan proses rundingan di kalangan parti-parti pembangkang untuk terus kekal relevan.
Pas dilihat akan terumbang-ambing tanpa sokongan parti-parti pembangkang yang lain jika Bersatu menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah, yang dijangkakan tidak lama lagi.

Waspada ‘faktor Ahok’ pada PRU14, kata badan pemikir

Posted: 24 Jan 2017 07:59 AM PST

Badan pemikir berkata apa yang berlaku kepada penduduk Cina di Indonesia boleh mempengaruhi pola pengundian kaum itu di Malaysia.
Basuki-Tjahaja-Purnama_indonesia_protes_600
KUALA LUPUR: Apa yang berlaku di Indonesia terutama terhadap gabenor Kristian Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, yang dikenali sebagai Ahok, boleh menjejaskan pola pengundian Cina pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengasas Bersama Centre for Strategic Engagement (Cense) Rita Sim berkata, "faktor Ahok" akan memainkan peranan dalam PRU-14.
Baru-baru ini, Ahok dikritik kerana didakwa menghina Islam selepas beliau memetik ayat al-Quran ketika berkempen untuk pemilihan semula gabenor Jakarta pada September lalu.
Walaupun beliau memohon maaf, kenyataannya menimbulkan kemarahan umat Islam, pihak sederhana dan konservatif, yang berarak sebagai tanda protes terhadapnya dalam beberapa perhimpunan terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini di negara paling ramai penduduk Islam di dunia.
"Apa yang berlaku di Indonesia, terutama yang melibatkan rakyat Indonesia berbangsa Cina, akan memberi kesan di sini," kata Rita pada forum Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) Malaysia Strategic Outlook Conference ke-19.
Beliau berkata pada pilihan raya umum 1999, apa yang berlaku di Indonesia pada tahun sebelumnya, mencipta "faktor ketakutan" yang menjejaskan politik Malaysia.
Pada 1998, rusuhan kaum di Indonesia, yang dicetuskan masalah ekonomi dan pergolakan politik, mengakibatkan ratusan kematian, serta kejadian rogol dan rompakan.
Rita berkata "faktor ketakutan" terhadap rusuhan di kalangan rakyat Cina Malaysia dapat disaksikan semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha mengekalkan kuasa apabila berhadapan cabaran serius akibat pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagi Cina, apabila 2 pemimpin Melayu berlawan, mereka cenderung menjauhkan diri atau mengelakkan diri daripada sebarang risiko."
Read More / Baca Lagi >>

Jab Perhutanan K'tan dikecam ekoran penahanan Orang Asli

Posted: 24 Jan 2017 07:58 AM PST

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menerima kritikan hebat daripada kumpulan hak asasi manusia dan parti politik berikutan tindakan keras ke atas masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
Seramai 16 Orang Asli dan dua petugas media dari Channel News Asia ditahan dalam operasi hari ini, manakala lima lagi ditahan semalam di Simpang Petei berkaitan pembinaan sekatan jalan untuk menghalang pembalak masuk ke kawasan mereka.
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail berkata suruhanjaya itu terkejut dengan tindakan Jabatan Perhutanan Kelantan merobohkan hadangan tersebut yang merupakan simbol bantahan masyarakat Orang Asli terhadap pencerobohan tanah mereka.
"Suhakam menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil langkah-langkah konkrit untuk mempercepatkan pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas yang telah pada prinsipnya menerima 17 daripada 18 cadangan oleh Suhakam.
"Suhakam juga menggesa semakan semula terhadap Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, aktiviti pembalakan di tanah adat Orang Asli mempunyai kesan serius terhadap alam sekitar, cara hidup tradisional dan mata pencarian Orang Asli.
"Kerajaan Kelantan dan agensi-agensinya berpakat dengan pembalak dan mengeksploitasi tanah adat mereka untuk mendapatkan balak," katanya yang menggesa gangguan terhadap Orang Asli dan wartawan dihentikan.
Kerajaan negeri perlu mohon maaf
Jawatankuasa pemandu BERSIH pula berkata jabatan perhutanan negeri telah melampaui batas dan bidang kuasa mereka dengan mengabaikan semua proses undang-undang.
"Kerajaan negeri Kelantan perlu segera memohon maaf dan secara terbuka mengisytiharkan pengiktirafan hak Orang Asli ini.
"Semua gangguan dan kemusnahan harta benda mereka mesti dihenti serta-merta. Semua aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Balah juga perlu dihentikan kerana tindakan itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan hak Orang Asli," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan MCA Kelantan Lua Choon Hann berkata Jabatan Perhutanan negeri sepatutnya melindungi hutan dan memastikan pemuliharaan alam sekitar, bukan sebaliknya.
"Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan tidak boleh membuka jalan bagi jutawan balak meleperkan bukit, mencemarkan sungai, menyebabkan hakisan tanah, banjir, memusnahkan hidupan, rumah dan cara hidup Orang Asli," katanya.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut menggesa Suhakam memulakan siasatan terhadap penyalahgunaan kuasa kerajaan Kelantan dan jabatan perhutanan negeri.
"Kerajaan Kelantan telah membenarkan pencerobohan ke atas tanah adat Orang Asli dengan memberikan lesen menduduki sementara dan pajakan tanah. Satu memorandum berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Suhakam esok," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Wira PERKASA, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari turut mengecam tindakan itu dan menggesa pihak polis bertindak segera terhadap pihak yang menceroboh kawasan Orang Asli.
Read More / Baca Lagi >>

Taniah SPRM, Anak sedia kerjasama bongkar lagi kepincangan Felda

Posted: 24 Jan 2017 07:55 AM PST



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membulat tekad sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membongkar kepincangan berlaku dalam pengurusan Felda di negara ini.
Mazlan AlimanPresidennya Mazlan Aliman mengucapkan syabas dengan tindakan suruhanjaya itu yang dilaporkan media hari ini berjaya mencekup empat pegawai kanan Felda yang didapati terbabit dalam salahguna kuasa terhadap projek Penternakan Ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.
"Tahniah dan syabas atas tindakan SPRM menahan empat orang pegawai kanan Felda berkaitan projek Ternakan Ikan Sturgeon yang disyaki mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.
"Anak sedia bekerjasama dengan SPRM dan semua pihak demi mempastikan intergriti dapat ditegakkan, manakala wang rakyat selamat dari mereka yang tidak bertanggungjawab," ujarnya kepada Malaysia Dateline petang ini.
Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon yang dibentangkan di Parlimen menjadi rujukan Anak untuk membuat aduan ke SPRM. Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon yang dibentangkan di Parlimen menjadi rujukan Anak untuk membuat aduan ke SPRM. Pada 23 November tahun lalu, Mazlan bersama lapan lagi yang lain telah membuat laporan Polis di Balai Polis Central Johor Bharu atas Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 4 projek Felda membabitkan nilai ratusan juta.
Laporan Audit ini dibentang di Parlimen.
"Ketika itu saya bersama Pengerusi Hisbah Center, Datuk Ezam Mohd Nor serta pimpinan Anak kemudiannya membuat laporan susulan di SPRM Putrajaya pada 29 Disember tahun lalu dan mendesak SPRM menyegerakan siasatan.
"Pada 3 Jan 2017, SPRM telah memaklumkan kepada saya status siasatan," ujarnya.
Menurut Mazlan lagi, meskipun Anak mengalu alukan tindakan SPRM, namun, siasatan menyeluruh mesti dilakukan kepada semua yang terlibat tidak kira apa pangkat dan jawatan.
"Ia sangat penting kerana projek tersebut dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Felda yang sudah tentu arahan mengenainya dikeluarkan oleh pihak tertinggi Felda," ujarnya.
Hari ini bernama melaporkan Bernama pula melaporkan daripada sumber dalaman SPRM seorang daripada mereka bergelar Datuk, seorang lagi menyandang jawatan tinggi, seorang bertugas di luar negara dan seorang lagi pegawai yang terbabit dalam projek penternakan ikan itu.
Kesemua mereka berusia 30, 38, 53 dan 57 tahun.Mereka ditahan dibeberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari tadi menerusi Operasi Caviar.
Mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ‘MASUK BAKUL’ UNTUK BERLAGAK SEBAGAI TUAN, ‘KINGMAKER’…

Posted: 24 Jan 2017 05:30 AM PST

PAS nampak sekali begitu angkuh, bukan sekadar melalui kata-kata dalam ulasan dan kenyataan akhbar malah menganggap dirinya sebagai 'Kingmaker'.

Apakah PAS sebuah parti pembangkang sekuat DAP untuk mengatakan ia sebagai parti yang boleh menentukan pihak lain untuk berkuasa?

Juga sejauh mana  kuatnya PAS ketika ini dan masa akan datang, khususnya dalam pilihan raya umum ke-14 dan era selepasnya?

Keangkuhan PAS digambarkan melalui sikap dan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menegaskan, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan PAS, perlu mengikut cara PAS.

Pemimpin nombor satu PAS itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

Di sini jelas, mana-mana parti pembangkang yang mahu bekerjasama perlu menjadi pengikut dan 'ekor' sahaja kepada PAS. Tidak mungkin menjadi sama rata 50-50 atau 55-45.


Jika PAS ditakdirkan bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN), apakah UMNO yang lebih kukuh daripada PAS juga kena ikut rentak dan kemahuan PAS?

Dengan alasan parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain, ia sebagai alasan kukuh untuk bersikap sedemikian?

Apakah wajar PAS mengggunakan kedudukan itu sebagai lesen untuknya 'blackmail' (memeras ugut) parti lain dalam konteks kerjasama politik dan pembahagian kerusi?

Lebih angkuh, Hadi menganggap parti lain hanya mahu menjadikannya sebagai 'anak tangga' untuk menang PRU14. "Kalau mereka tahu kekuatan PAS, mereka tak boleh pandangan ringan terhadap PAS. PAS tidak boleh jadi anak tangga untuk naik sahaja. Tak boleh," katanya.

Di kalangan pemimpin muda PAS, keangkuhan mereka juga dapat terserlah apabila Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengatakan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malasia (PPBM),  Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memerlukan PAS dalam blok pembangkang sebagai menunjukkan 'ketakutan' pihaknya sendiri.

Kata beliau, Dr Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh PAS.



"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak," katanya dalam satu kenyataan medianya semalam.

Benarkah Dr Mahathir dan PPBM Bimbang dengan pengaruh PAS?

Apakah jika bekerjasama dengan DAP, PKR serta AMANAH, PPBM tidak mampu menjadi kuat?

PAS rasa kuat hanya kerana perintah Kelantan dan ada 14 kerusi DUN di Terengganu.

Namun adakah PAS melihat ancaman terhadapnya di Kelantan oleh AMANAH? Jangan perkecilkan pemimpin lawan termasuk Datuk Husam Musa.

Juga PAS jangan mendabik dada di Terengganu kerana walaupun ketika ini meihat hanya UMNO lawannya tetapi perlu diingat bahawa kemungkinan PPBM akan turut melawannya mungkin menjadi kenyataan jika PAS terus angkuh dan merasakan dirinya '`TUAN' dalam setiap perundingan kerjasama dan pembahagian kerusi.

Ketika menang Pilihan Raya Umum ke-13, PAS hanya ada 19 kerusi Parlimen yang kebanyakannya berpusat di Kelantan. Bertanding lebih 70 kerusi tetapi menang sebanyak itu sahaja.

Kini tujuh kerusi sudah berubah kepada AMANAH.



Sementara kerusi DUN pula ia juga berpusat di Kelantan dan negeri jirannya Terengganu, selain di Kedah.

Jika demikian, PAS bukanlah pembangkang yang kuat dibandingkan dengan PKR dan DAP. Jadi apa kekuatan PAS untuk jadi 'Kingmaker'?


Pertanyaan ialah apaakaah pemimpin DAP bersikap sombong dan angkuh seperti PAS hingga sukar membuka pintu rundingan dengan parti lain?

Kini PAS hanya ada 14 kerusi Parlimen sebaliknya DAP memiliki 37 kerusi, PKR 28, AMANAH 6 kerusi (selepas 5 melompat dari PAS dan satu dari Keadilan), PPBM (1), Warisan (2), Parti Tenaga Rakyat Sarawak atau TERAS (1), Parti Sosialis Malaysia (1) dan BEBAS (1).

Bermakna, pembangkang kini memiliki seluruhanya 71 kerusi dan jika ditolak 14 kerusi PAS, pembangkang lain memiliki 57 kerusi.

Bebanding dengan DAP dan PKR sahaja pun, PAS sebenarnya memiliki kerusi Dewan Rakyat yang jauh lebih kecil.
Read More / Baca Lagi >>

DAP pernah bantu PAS ketika darurat Kelantan, kata Amanah

Posted: 24 Jan 2017 05:29 AM PST

Setiausaha agung Amanah berkata presiden PAS sendiri pernah mengingatkan ahlinya yang DAP satu-satunya parti menyokong PAS ketika perisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.
annuar-tahir-dap-pas-darurat-kelantan-1977
PETALING JAYA: PAS perlu mengenang semula sejarah silam di mana DAP pernah membantu parti Islam itu dengan menjadi satu-satunya parti yang menentang perisytiharan darurat di Kelantan pada 1977, kata Anuar Tahir.
Setiausaha agung Amanah itu berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri sebelum ini pernah menyatakan DAP menyokong PAS ketika kejadian itu berlaku sedangkan tidak ada kerjasama rasmi antara mereka.
"Hadi pernah mengingatkan ahli PAS, parti politik yang menentang darurat diisytiharkan di Kelantan hanyalah DAP, atas prinsip pengisytiharan itu bertujuan untuk merampas kuasa dipilih rakyat.
"Padahal masa itu, PAS dan DAP tidak ada hubungan. DAP dianggap sebagai parti bukan Islam dan PAS sebagai parti Islam. Tetapi atas nama demokrasi dan prinsip, DAP satu-satunya parti yang bangun menentang," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedegilan PAS enggan menyahut salam perdamaian dihulurkan veteran DAP Lim Kit Siang untuk kembali menjalinkan kerjasama demi menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi dunia.
Pada 1972, PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) ketika Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Tun Hussein Onn kemudian menendang PAS keluar pada 1978 kerana tindakan PAS memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai menteri besar Kelantan menerusi undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977.
BN melantik Nasir untuk menerajui Kelantan dengan mengetepikan pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Akibatnya, berlaku rusuhan politik di Kota Bharu dan BN mengeluarkan perintah berkurung pada 19 Oktober 1977.
Perintah darurat di Kelantan ditamatkan selepas 2 tahun dan pilihan raya diadakan pada Mac 1978 dengan kemenangan berpihak kepada Umno yang menggunakan isu pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn. Bhd sebagai bahan kempen.
Akhirnya PAS hanya mampu mempertahankan 2 kerusi saja. BN berjaya membentuk kerajaan gabungan dengan Berjasa.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Kit Siang, Teresa pula pujuk Pas berdamai

Posted: 24 Jan 2017 05:26 AM PST


Teresa Kok Teresa Kok Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini menyarankan agar Pas tidak terus dibuai emosi sehingga mengetepikan agenda yang lebih penting, iaitu menyelamatkan Malaysia.
"Soal perasaan, tidak kira sepahit manapun, tidak wajar menjadi penghalang kepada agenda yang lebih besar, iaitu kepentingan negara dan rakyat.
"Seperti Pakatan Harapan dan parti Bersatu, Pas juga perlu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi kleptokrasi global atau lebih teruk lagi, sebuah negara gagal," ujarnya seperti dipetik Roketkini.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, kesudian Kit Siang untuk berdamai dengan Pas walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingkari perjanjian antara mereka semasa Pakatan Rakyat dulu adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.
"Tak dinafikan apabila Hadi Awang gagal mematuhi Dasar Bersama Pakatan Rakyat dulu dan menyebabkan Pakatan berpecah, ia mengecewakan kita dan semua penyokong parti pembangkang.
"Tapi, tidak kiralah sekecewa mana pun DAP dengan Hadi Awang, semua parti pembangkang mesti bersatu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS kepada DAP: Cukuplah 2 kali

Posted: 24 Jan 2017 05:25 AM PST

PAS menyifatkan pelawaan Kit Siang untuk menjalinkan semula kerjasama umpama wayang opera bernilai murah oleh DAP.
lim-nasrudinPETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan kesediaan DAP menjalinkan semula kerjasama melawan Barisan Nasional (BN), menyifatkan parti itu terbukti tidak jujur dan tidak sabar.
"Sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan 2 kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS," kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.
PAS pernah menyertai Barisan Alternatif pada 1999 bersama Parti Keadilan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan DAP. Gabungan itu bagaimanapun gagal selepas DAP bertindak keluar sebelum pilihan raya 2004 yang menyaksikan kemenangan besar BN.
Susulan kemenangan pembangkang pada 2008, PAS, PKR dan DAP sekali lagi menubuhkan gabungan di bawah Pakatan Rakyat. Ia bagaimanapun tamat selepas PAS dan DAP kembali bertikam lidah mengenai hala tuju pelaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud.
"Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama? Kenapa? Apakah DAP benar-benar terdesak?" soal Nasrudin.
Nasrudin mengulas kenyataan Kit Siang Ahad lalu, di mana pemimpin veteran itu berkata DAP boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS sekiranya presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memberi komitmen untuk "menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia".
"Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

PAS penting kepada pembangkang jatuhkan BN, kata PPBM

Posted: 24 Jan 2017 05:23 AM PST

PPBM menggesa PAS membuat keputusan segera jika ingin bersama parti pembangkang lain sekali gus menyakinkan rakyat mereka mempunyai persefahaman.
kamaruddin-pas
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui kekuatan PAS kepada gabungan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Menyedari hakikat itu, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor menggesa PAS segera membuat keputusan sama ada bersetuju menyertai pakatan pembangkang.
"Kita tengok apa yang Naib Pesiden PAS Datuk Idris Ahmad cakap, PAS masih meneruskan rundingan dengan PPBM, maknanya PAS masih terbuka dan kita harap beliau buat keputusan cepat.
"Mereka penting dalam gabungan tenaga pembangkang untuk menumbangkan lawan dan kalau PAS menganggap dirinya pembangkang maka sewajarnya mereka bersama, Pakatan Harapan dan PPBM," katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam, Idris berkata PAS masih meneruskan perbincangan dengan PPBM berhubung kerjasama yang akan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, PAS hanya menolak DAP dan Amanah dalam membentuk kerjasama, namun masih menjalankan perbincangan dengan PPBM serta PKR.
Read More / Baca Lagi >>

HADI AWANG KENA SETEPEK DENGAN AZMIN!!

Posted: 24 Jan 2017 05:15 AM PST

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selalunya mengambil sikap berhemah dan lemah lembut dalam memberi reaksi terhadap apa jua kenyataan pemimpin-pemimpin Pas, apatah lagi jika berkaitan kerjasama dengan parti Islam itu.

Tetapi, kali ini Azmin nampaknya lebih bertegas dan berterus-terang dalam mengulas kenyataan Hadi Awang yang mahukan sesiapa mesti mengikut cara Pas kiranya ingin bekerjasama dengan mereka.
Hadi dilaporkan memberi syarat demikian kerana berpendapat Pas lebih lama bertapak di negara ini serta telah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun berbanding parti-parti lain.

Seperti senada dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad beberapa hari lalu yang menyatakan tempoh rundingan dengan Pas sudah berakhir, Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan adalah tidak demokratik jika diletakkan syarat mesti mengikut cara Pas kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu.
Kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi kuku besi, kata Azmin lagi.

Kehkehkeh...kan dan kena setepek!!
Read More / Baca Lagi >>

Tabung Haji Rugi RM64 Juta Akibat Pelaburan Di Dalam Perisai Petroleum Teknologi Berhad

Posted: 24 Jan 2017 05:11 AM PST

Saya masih menunggu saman dari Dato' Seri Jamil Khir Baharom atau Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dua orang pemuka Umno yang berlatar belakangkan pengajian Islam dan diberi tanggungjawab memberi imej Islam kepada Umno. Kedua-dua mereka telah menuduh saya secara terbuka bahawa saya telah memfitnah Tabung Haji, malah menyebabkan ramai pendeposit hilang kelayakan untuk menunaikan haji kerana termakan dengan fitnah saya itu.
Selagi saya tidak mendapat surat saman daripada mereka untuk berjumpa di mahkamah agar perkara ini diselesaikan di mahkamah, saya akan terus mendedahkan satu persatu kerugian yang ditanggung oleh pendeposit akibat pelaburan-pelaburan Tabung Haji.
Pada 29 Disember 2016, secara senyap-senyap Tabung Haji telah melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad ("PERISAI"). Sehari sebelum itu pada 28 Disember 2016, Tabung Haji telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI.
PERISAI adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewakan sistem carigali minyak ("rigs") kepada syarikat-syarikat minyak yang terlibat di dalam aktiviti carigali minyak.
Penjualan pada 29 Disember 2016 itu penting kerana akibat dari penjualan tersebut, jumlah saham yang dipegang Tabung Haji jatuh ke bawah paras 5% lalu menjadikan pegangan Tabung Haji sebagai pegangan kecil di dalam PERISAI. Pelaburan yang tidak dikategorikan sebagai pelaburan penting (seperti ini) tidak perlu dilaporkan kepada Bursa Kuala Lumpur jika ada sebarang urusan jual beli.
Tabung Haji mula menjual saham-saham PERISAI secara bertubi-tubi akibat pelbagai masalah kewangan yang berlaku di PERISAI yang menyebabkan nilai pelaburan Tabung Haji susut dan mengalami kerugian besar.
Semakan berita-berita perniagaan memberikan kedudukan kewangan berikut mengenai PERISAI:
i. Pada 4 Oktober 2016, pemegang kertas hutang PERISAI ("bondholders") menolak permohonan PERISAI untuk menangguhkan pembayaran hutang sebanyak RM377 juta
ii. Akibatnya, pada 13 Oktober 2016, PERISAI mengisytiharkan kedudukan kewangannya telah mencapai status PN17 (bagi kategori syarikat-syarikat yang disenaraikan tetapi tidak tidak mampu melangsaikan tanggungan hutang atau berhadapan masalah kewangan lain)
iii. Saham PERISAI terus jatuh menjunam pada sekitar harga 8 sen sahaja sesaham
Read More / Baca Lagi >>

Anak Syarikat Milik Penuh Felda (Felda Wellness Corporation) Rugi RM155 Juta, Berhutang RM154 Juta Dan Didakwa Guna Wang Rakyat Tanggung Perbelanjaan Keluarga

Posted: 24 Jan 2017 05:07 AM PST

Penyelewengan wang Felda yang dikumpul hasil dari titik peluh peneroka dan rakyat biasa sebenarnya lebih besar dari yang dilaporkan setakat ini. Sebab itu, saya telah menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti sehingga individu-individu yang terbabit dari yang paling atas hingga ke bawah di bawa ke muka pengadilan kerana mereka memakan wang rakyat.
Sikap acuh tidak acuh Tan Sri Shahrir Samad setakat ini menunjukkan beliau tidak serius untuk menyelamatkan Felda. Saya masih berpegang kepada pendirian bahawa pelantikan Tan Sri Shahrir Samad hanya untuk meredakan kemarahan peneroka Felda kerana PRU14 bakal berlaku dalam tempoh yang dekat.
Salah satu dari kerugian yang paling memualkan ialah melibatkan sebuah syarikat yang bernama Felda Wellness Corporation Sdn Bhd. Ia anak syarikat milik penuh Felda yang menyuntik RM5 juta tunai sebagai modal awal syarikat ini (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang saya sertakan). Felda Wellness Corporation Sdn Bhd ditubuhkan pada 17 Julai 2013 iaitu selepas kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13.
Maka, sejak ditubuhkan ia hanya beroperasi sekitar dua tahun setengah sebelum ia diisytiharkan muflis pada awal Mac 2016 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan saman tuntutan hutang oleh sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia bernama Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd.
Gordagen Pharmaceuticals telah menuntut hutangnya sebanyak AUD$652,083.60 (bersamaan RM2.1 juta) dari Felda Wellness Corporation yang tidak dibayar. Setelah Berjaya mendapat arahan memufliskan Felda Wellness Corporation, Gordagen Pharmaceuticals mengeluarkan kenyataan di laman webnya (http://www.gordagen.com/index.php/27-home/news/156-gordagen-successful-in-securing-winding-up-order-against-felda-wellness-corporation) yang saya rumuskan di sini:
i. Gordagen telah berkali-kali menuntut hutangnya selama 14 bulan tetapi tidak dihiraukan oleh pengurusan Felda Wellness Corporation
ii. Hutang Felda Wellness Corporation kepada Gordagen adalah bagi perkhidmatan yang termaktub di dalam perjanjian-perjanjian yang dimeterai atas persetujuan dan arahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Wellness Corporation, Mohd Nasir bin Shafion dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Wellness Corporation, Muhammad Sufi Mahbub yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Felda
iii. Salah satu dari perjanjian itu menetapkan bahawa dana dari Felda Wellness Corporation digunakan untuk membayar gaji dan kos sara hidup anak kepada Muhammad Sufi Mahbub (iaitu Athirah Sufi) di Australia
(Saya sertakan kenyataan penuh Gordagen di sini).
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan rekod kewangan terkini Felda Wellness Corporation seperti berikut:
i. Setelah beroperasi selama dua tahun setengah, jumlah kerugian terkumpul adalah RM155 juta, iaitu RM74 juta dalam tempoh kewangan pertama dan RM81 juta dalam tahun kedua
ii. Jualan oleh syarikat ini hanyalah RM2 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, sedangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasir bin Shafion pernah mendabik dada dalam satu kempen yang dilancarkan sendiri oleh Tan Sri Isa Samad pada 13 November 2015 bahawa Felda Wellness Corporation mensasarkan hasil jualan RM100 juta dalam tempoh tiga tahun dan bakal menjadi penyumbang terbesar kepada pelaburan Felda agar ia tidak lagi bergantung kepada hasil kelapa sawit semata-mata (rujuk laporan The Star http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/11/13/felda-wellness-targets-rm100mil-sales-in-three-years/ yang dilampirkan)
iii. Jumlah hutang pada ketika syarikat ini diisytiharkan muflis adalah RM154,098,296 yang saya syaki sebahagian besarnya hutang kepada anak-anak syarikat Felda yang lain
Read More / Baca Lagi >>

SPRM cekup 4 pengurus kanan Felda ...Pencuri Dan Penyamun Felda Masih Bebas..!!!

Posted: 24 Jan 2017 05:00 AM PST



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan empat individu, termasuk seorang bergelar "Datuk" daripada Felda kerana dipercayai menyalah guna kedudukan untuk kepentingan sendiri.
Turut ditahan dalam Op Caviar itu seorang pegawai harta tanahnya di London.
Menurut sumber, seperti dilapor Malaysiakini hari ini, kesemua suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan projek pemindahan teknologi pentenakan ikan sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Suspek didakwa menubuhkan sebuah anak syarikat pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan stugeon di Korea tanpa pengetahuan lembaga pengarah, bahagian perundangan dan bahagian kewangan Felda.
Siasatan awal SPRM mendapati walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Pahang, pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas anak syarikat ditubuhkan.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi dan 1.30 petang.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Beliau juga berkata pihaknya telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut untuk membantu siasatan.
Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok.
Manakala Bernama pula melaporkan daripada sumber SPRM
seorang daripada mereka bergelar Datuk, seorang lagi menyandang jawatan tinggi, seorang bertugas di luar negara dan seorang lagi pegawai yang terbabit dalam projek penternakan ikan itu.
Kesemua mereka berusia 30, 38, 53 dan 57 tahun.
"Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri," kata sumber itu ketika dihubungi Bernama di sini.
Read More / Baca Lagi >>

LAIN DITANYA ..LAIN DIJAWAP..MENTERI UMNO...!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:36 AM PST

Mudah jadi Menteri..
Lain disoal, lain pula jawabnya..
Bila dah gelabah tak dpt jawap guna jer ayat 'berkemungkinan'.

hurmmmm..

atau BERKEMUNGKINAN pemimpin2 Ameno mmg kaki penyamun ??!!

BERNIAGA CARA UMNO: TAK SAMPAI SETAHUN ADA PENAMBAHAN RM27 JUTA

Posted: 24 Jan 2017 04:33 AM PST

Tak mustahil dgn janji2 hospital oleh pemimpin2 Umno..

TAHUN 2016 (RM88 JUTA):
Janji akan mula pecah tanah akhir tahun 2016. Tapi dah masuk akhir Januari 2017 masih tak pecah2.

TAHUN 2017 (RM115 JUTA):
Bila MELAYU MUDAH LUPA, 'lembaga hitam' tabur janji lagi kata FASA KEDUA pecah tanah akan bermula Mei ini..

Akhirnya rakyat hanya mampu lihat hospital bunian..

TIBA-TIBA ADA PENAMBAHAN RM27 JUTA ?? Masuk ke mana plok tu ??

KITA SATU KELUARGA DENGAN KOMUNIS-CHINA...!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:29 AM PST

TU DIA !!!.. kalu gini gayanya semakin kayalah kontraktor2 'tempatan'..

Patutler setiap kali PAU bersidang mereka mendoakan setiap tahun. Akhirnya termakbul jua..

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang...

NAMPAK TAK !!!

APA SEHAJA DARI KOMUNIS-CHINA NAK DIANGKUT MASUK...!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:27 AM PST

Sedikit demi sedikit apa saja berkait komunis-China dibawa masuk ke negara kita..

Yang 'DALAM NEGARA', ko gelar ko rasis cina babi..

Yang 'LUAR NEGARA' komunis-China, ko sanjung, ko puji, ko jilat sampai sanggup bersetongkol bersama mereka.. Akhirnya aset2 negara tergadai & sanggup berhutang berpuluh2 bilion ringgit lagi kpd mereka..

Berniaga Cara Umno: Berhutang Beli Aset...Jual Aset Bayar Hutang...!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:24 AM PST

MASIH INGAT bagaimana syarikat MAS dahulu terpaksa jual aset pesawat MAS, jual bangunan HQ MAS di Jalan Sultan Ismail, jual Kompleks Pejabat MAS di Subang dan Kompleks MAS di Sepang.. SEBABNYA NAK BAYAR HUTANG..

AKHIRNYA syarikat MAS skrg dah bungkus muflis, diganti pula dgn MAB !!!

TETAPI.. Najib tetap kata bila syarikatnya terpaksa jual aset negara bagi mengurangkan hutangnya adalah satu KEBANGGAAN bg dirinya..

FAKTA..
Bila golongan bangsawan & bangsatan urus tadbir negara, INILAH HASILNYA !

Skandal 1MDB, Masih Mahu Menipu Rakyat...!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:22 AM PST

PERCAYA ATAU TIDAK.. rupa2nya hutang #1MDB tiada kaitan langsung pada hutang Malaysia.. ABES TU HUTANG RAKYAT JUGA KA !!

Sebab itulah Najib hanya lantik penasihat & menteri2nya di kalangan orang yg pandai menipu & perbodohkan rakyat.

Skandal 1MDB, Masih Mahu Perbodohkan Rakyat..!!!

Posted: 24 Jan 2017 04:20 AM PST

Dah puas balun buat hutang #1MDB RM50 bilion dikatanya pula bukan hutang kerajaan...???

Mudahnya jadi kerajaan.. Dah berkali-kali Najib kantoi menipu rakyat.

ABES TU GAJI KO GUNA DUIT SIAPA !!!

Posted: 24 Jan 2017 04:15 AM PST

Bila rakyat nak belajar KERAjaan buat PTPTN agar rakyat berhutang..

Bila rakyat berhutang DISALAHKAN PEMINJAM PULA..

Kebabian apakah ini ?

Mengapa DAP bekerjasama dengan Tun M? Ini penjelasan Ong Kian Ming

Posted: 24 Jan 2017 04:05 AM PST

Comments (0)