Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Iskandar dakwa langkah Pas tidak hantar wakil ke majlis pelancaran PPBM tepat

Posted: 16 Jan 2017 04:12 PM PST

SHAH ALAM: Disindir dan dihentam dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas menyifatkan keputusan untuk tidak menghantar wakilnya ke majlis berkenaan sebagai tindakan yang tepat.
Naib Presidennya, Datuk Iskandar Samad berkata demikian merujuk kepada sindiran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membayangkan Pas sebagai parti yang akan memecah-belahkan undi untuk memberi kelebihan kepada BN pada PRU14.
"Tidak ada gunanya menghantar wakil-wakil semata-mata untuk disindir. Jika benar hendak berunding dengan Pas, kenapa perlu menghina Pas?
"Tun Mahathir jelas tidak ikhlas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam ucapan sewaktu pelancaran PPBM malam kelmarin, Dr Mahathir tidak menyatakan nama parti yang dimaksudkannya secara langsung, namun ia merujuk kepada Pas.
Pas tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan dan PPBM menandatangani perjanjian politik untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan berkenaan yang dimeterai pada bulan lalu.
Dr Mahathir sebelum ini kerap mendesak Pas supaya segera memutuskan sama ada mahu menyertai pembangkang bagi memastikan saingan dua penjuru menentang BN pada PRU14.
Pimpinan utama Pas tidak hadir pada majlis pelancaran PPBM sungguhpun dijemput. Kelihatan cuma Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang hadir, namun beliau bukan mewakili Pas.
Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir menegaskan, partinya bersama Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon, menggunakan satu simbol dan mendokong manifesto yang sama pada pilihan raya umum yang diramal diadakan pada tahun ini.

Skandal 1MDB: Mahkamah Singapura tak kaitkan Rosmah kata Peguam

Posted: 16 Jan 2017 04:09 PM PST

Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tersebar di Internet mengaitkan beliau dengan tuduhan menandatangani cek sebagai "Eric Tan".
Menurut peguam kepada isteri perdana menteri itu, Noor Hajran Mohd Noor, perkara itu dikatkan dengan kes jenayah di Singapura membabitkan bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger.
Katanya, semakan terhadap pernyataan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara Singapura mendapati tuduhan ke atas Rosmah itu tidak disokong dengan sebarang fakta.
"Ini tuduhan serius, bertujuan membuat representasi, menerbitkan fitnah untuk mencemar nama, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan reputasi dengan niat jahat untuk memusnahkan dan mengurangkan kredibiliti Rosmah sebagai isteri yang berhormat perdana menteri," kata Noor Hajran dalam kenyataan hari ini.
Pada 11 Januari lalu Sturzenegger dilaporkan dihukum penjara 28 minggu dan denda S$128,000 selepas mengaku salah atas enam tuduhan hasil siasatan negara itu ke atas 1MDB.
Dia dituduh gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan dana yang meragukan - bernilai AS$1.262 bilion ke dua akaun Falcon Bank pada 2013.
Sturzenegger juga dituduh menipu pegawai MAS bagi mengalih perhatian mereka daripada menyiasat akaun bank dikawal ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, dengan mendakwa akaun berkenaan "dimiliki dengan manfaat" seseorang bernama Eric Tan Kim Loong.
Ekoran itu, beberapa blog menerbitkan spekulasi mengenai peranan Rosmah dalam kes berkenaan.
Jho Low diketahu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak dan bekerjasama dengan anak Rosmah, Reza Aziz menghasilkan filem Hollywood, The Wolf of Wallstreet.
Sementara itu Noor Hajran juga membuat penjelasan mengenai gambar Rosmah dengan keterangan "Big Momma sighted in Claremont Quarter in Perth - one bodyguard and two personal maids tagging along".
Read More / Baca Lagi >>

Skandal MARA taja TRW: Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri

Posted: 16 Jan 2017 04:06 PM PST


Faiz FadzilFaiz FadzilSkandal penyelewengan wang Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkaitan penajaan pasukan bolasepak The Red Warriors (TRW) berjumlah RM700,000 masih belum disiasat walaupun umum sudah ditunjukkan dokumen yang berkaitan, tegas Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil.
Beliau berkata, pendedahan hampir seminggu lepas membabitkan anak syarikat milik MARA iaitu UniKL (RM500,000) dan Pelaburan Mara Berhad (RM200,000) itu mesti disiasat pada kadar segera.
"Setiap segmen rakyat kini mula berasa gelisah dan muak dengan pelbagai skandal salah urus tadbir Umno. Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri dengan budaya korupsi dan penyelewengan.
"Wang MARA tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain selain membantu orang Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan. Usah diprejudiskan hak orang Melayu dalam bidang pendidikan dengan mengutamakan kepentingan mana-mana individu," tegasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa yang juga pada masa sama merupakan penasihat pasukan TRW sudah pasti mempunyai kepentingan dalam kedua-dua entiti.
"Kemungkinan wujudnya elemen jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan rasuah dalam skandal penajaan wang MARA ini perlu disiasat dengan segera dan bebas oleh pihak SPRM dan Polis DiRaja Malaysia kerana Tan Sri Annuar Musa mempunyai percanggahan kepentingan di atas kapasitinya sebagai penasihat TRW.
"Penafian Tan Sri Annuar Musa bahawa penajaan tersebut menggunakan wang MARA ternyata tidak berasas setelah beliau akur dengan arahan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob supaya MARA menangguhkan apa-apa penajaan selain pendidikan.
"Ini menunjukkan bahawa penajaan TRW tersebut melibatkan penggunaan wang MARA yang telah disalahgunakan," tegas Faiz.
Sementara itu, mengulas penolakan skandal tajaan MARA berkenaan, beliau menyifatkan tidak memadai sekadar menentang di hati seperti yang pernah dilakukan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam skandal 1MDB.
"Malahan, dalam skandal penajaan MARA ini, beliau adalah individu paling layak untuk mempersoalkan ketelusan penajaan ini atas kapasiti dan lokus beliau sebagai Ahli Parlimen daripada negeri Kelantan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Annuar sebelum ini dilaporkan akur dengan arahan Ismail Sabri serta bersedia memberi kerjasama penuh menyediakan laporan lengkap berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian.
Read More / Baca Lagi >>

'Parti saya masih ada tahaluf siyasi dengan Pas' - Tian Chua

Posted: 16 Jan 2017 04:05 PM PST

Tian Chua bersama Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan tengah pada program Sabtu 14 Januari lalu
Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan kehadirannya sepentas dalam ceramah anjuran Pas tidak harus dipertikaikan kerana partinya masih mempunyai kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pas.
"Itu hak saya (untuk hadir). Parti saya masih ada tahaluf siyasi dengan Pas. Kita mempertahankan pendirian PKR. Kita bertahaluf siyasi dengan Pas.
"Jadi, apa isunya? Amanah pun tidak pernah pertikaikan perkara ini," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline petang semalam apabila diminta mengulas kecaman sebahagian penyokong Pakatan Harapan berhubung penyertaannya dalam ceramah Pas di Shah Alam, 14 Januari lalu.
Beliau juga memberitahu kedatangannya dalam program Pas sebelum ini adalah kerana memenuhi undangan dan bergantung pada masa terluang.
"Ibarat saya pergi kenduri orang Umno, mahu saya jawab juga? Seumpamanya begitulah. Jadi, macam mana?
"Apa-apa program pun kalau saya dijemput, saya ada masa lapang, saya pergilah," jelasnya apabila ditanya tentang kewajaran beliau untuk masih hadir ke program anjuran parti yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Batu itu berkata, ramai pemimpin PKR bahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam majlis anjuran Pas.
"Tiada isulah (ceramah di pentas Pas). Pergi tanya Muhyiddin. Muhyiddin juga berceramah di (pentas) Pas. Ramai lagilah. Jangan (bawa) benda-benda remeh.
"Kenapa perlu target saya? Ramai lagi pemimpin Keadilan hadir program Pas," tegasnya lagi walaupun beliau kemudiannya enggan menjawab sama ada sokongan terhadap aktiviti anjuran Pas itu akan diteruskan atau tidak sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pas relevan PRU14? 
Ditanya lagi situasi Pas yang menolak Amanah dan DAP sekaligus sokongan ke atas parti itu tidak banyak membantu mengukuhkan Pakatan Harapan, Tian menganggap paling penting dibuat adalah memperluas pengaruh pembangkang di peringkat akar umbi.
Read More / Baca Lagi >>

'Dr M tak bodoh cuma oportunis' - Puad Zarkashi

Posted: 16 Jan 2017 04:04 PM PST

"Here, we have Tun Mahathir creating fear, using race, just to fulfill his political motives. He's not stupid, he's just selfish and opportunistic", he (Sultan Johor) added.
Itu kenyataan Tuanku Sultan Johor yang tajam dan tepat ketika mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kemasukan pelabur asing dari China ke Johor.
Kenapa kemasukan pelabur asing dari negara lain tidak menjadi isu? Jawapannya mudah. Kemasukan pelabur asing dari China mudah dieksploitasi dengan sentimen kaum. Kerana ia isu sensitif dan cepat laku dalam politik Malaysia.
Memang benar Tun M bukan bodoh. Dia juga membawa masuk pelabur asing selama 22 tahun menjadi perdana menteri. Tetapi Tuanku Sultan Johor lebih arif menyelami apa yang tersirat di hati Tun M.
Dia mahu menimbulkan rasa takut di hati orang Johor kerana motif politik. Sebab itu Tun M memainkan isu yang dipetik daripada Bloomberg iaitu 700,000 rakyat China akan mendapat kewarganegaraan akibat kemasukan pelabur China ke Johor.
Tun M mahu menjadikan Johor sebagai negeri tumpuan untuk parti barunya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU) bertapak dan membina pengaruh.
Dia memang tidak bodoh. Dia opportunist. Sebab itu Tun M boleh membuat pusingan U sekelip mata. Tun M sekarang ini sanggup mengatakan DAP bukan parti cauvinis walapun sebelumnya semasa 22 tahun berkuasa dia menuduh Lim Kit Siang adalah anti Melayu dan pelampau perkauman.
Isunya sekarang, apa pendirian Lim Kit Siang?
Sebagai orang Johor dan kini ahli parlimen Gelang Patah, apakah dia bersetuju dengan Tun M? Lim Kit Siang wajar dicabar untuk menyatakan pendirian terhadap kritikan Tun M dan teguran Tuanku Sultan Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Bakal Rugi RM7.8 Bilion: Cadangan FGV keluar bursa belum diputuskan

Posted: 16 Jan 2017 03:36 PM PST

Pengerusi Felda berkata pihaknya akan melihat dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.
shahrir-samad-fgv-bursa
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) belum membuat sebarang keputusan bagi menyahsenaraikan Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) daripada Bursa Malaysia.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya akan melihat dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.
"Keutamaan kami ialah untuk melihat FGV tingkatkan prestasi," katanya kepada pemberita semasa majlis menyampaikan sumbangan sebanyak RM24,000 bagi Tabung Pahlawan, di sini, hari ini.
Shahril berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyatakan cadangan menyahsenaraikan FGV daripada Bursa Malaysia akan menyebabkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion kepada syarikat itu.
Beliau berkata dakwaan Rafizi itu hanya spekulasi beliau semata-mata.

Buru sampai ke lubang cacing wang 1MDB jika Pakatan Harapan tawan Putrajaya

Posted: 16 Jan 2017 03:34 PM PST

Langkah pertama yang akan dibuat Pakatan Harapan jika berjaya menawan Putrajaya adalah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi memburu setiap sen wang 1MDB hingga ke lubang cacing.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia berikutan Kabinet terus berdiam diri sepanjang tiga tahun negara dikaitkan dengan skandal 1MDB sehingga membuatkan Malaysia digelar sebagai 'kleptokrasi global' oleh masyarakat antarabangsa.
"Mengapa Kabinet tidak berbuat apa-apa untuk selesaikan skandal 1MDB sepanjang tiga tahun ini, sehingga menyebabkan wujud krisis kepercayaan dalam aspek politik, ekonomi dan pembangunan negara?
"Saya tidak percaya bahawa rakyat Malaysia yang patriotik akan berdiam diri ketika negara digelar sebagai 'kleptokrasi global'," katanya dalam satu kenyataan.
Komitmen yang sama dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam majlis pelancaran parti itu di Shah Alam pada Sabtu lalu.
Beliau menyatakan, PPBM akan komited menyelesaikan skandal 1MDB jika dapat memenangi pilihan raya akan datang.
Kit Siang hairan mengapa barisan menteri dari parti selain UMNO turut membisu serta tidak menyuarakan pendapat mereka berhubung skandal tersebut dalam sidang kabinet dan Parlimen.
Hal ini, katanya, membuktikan bahawa wujud hubungan tuan-hamba dalam Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini.
Wan Saiful menyatakan bahawa BN hari ini telah menjadi gabungan parti-parti kurang relevan yang diketuai sebuah parti yang amat berkuasa.
"Mereka tidak lagi setara. 'Abang besar' boleh sesuka hati melayan atau mengabaikan 'minions' yang lain," ujarnya.

BR1M SUDAH JADI SENJATA TUMPUL BUAT NAJIB, BR1M TANPA GST TUN M TENTU JADI PILIHAN

Posted: 16 Jan 2017 03:32 PM PST

Tun Mahathir Mohamad ternyata bijak dan licik dalam percaturan politiknya. Dalam sekelip mata saja beliau menjadikan Najib Razak dan pengampunya terduduk apabila BR1M tiba-tiba bertukar menjadi senjata yang tumpul buat mereka.

Selama ini BR1M adalah senjata utama Najib untuk memastikan UMNO  dan BN terus berkuasa. Ia digambarkan sebagai tanda prihatin kepada rakyat miskin. Kadang-kadang BR1M juga dijadikan senjata untuk menutup skandal 1MDB, wang RM2,600 juta, kemewahan, pemborosan dan macam-macam onar yang lain.

Lebih dari itu, Najib juga menjadikan BR1M sebagai umpan pilihanraya, meletakkan dalam manifesto dan menyerahkan pemberian melalui pejabat UMNO bahagian-bahagian.

Apabila Tun Mahathir berulangkali menyatakan pemberian BR1M adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang, beliau sebenarnya lebih menujukan tentang aspek perlaksanaan dan cara ia disampaikan.

Dari sudut amalan selama ini, sudah tentu ia merupakan rasuah dan salah. Kenapa mesti pejabat UMNO yang menyampaikannya sedangkan ia hasil kutipan wang rakyat tanpa mengira fahaman politik?

Ramai yang menjangka Tun Mahathir akan terus menolak dan mungkin menghapuskan BR1M berdasarkan pendiriannya sebelum ini. 

Tetapi, dengan bijak dan licik beliau menukar BR1M menjadi suatu pemberian yang halal untuk rakyat miskin, tidak terkait dengan politik dan dijamin dari segi undang-undang.

Tun Mahathir tidak melakukan U-Turn apabila bersetuju mengekalkan BR1M, tetapi hanya menukar cara perlaksanaannya yang menimbulkan banyak persoalan dan pertikaian selama ini.

Malah, BR1M kini sudah menjadi senjata yang boleh menikam Najib. Tidak menyokong Najib dan menolak UMNO serta BN pun tetap juga akan mendapat BR1M, tetapi dalam bentuk yang lebih baik dan terjamin.

Mari kita hayati kembali apa yang Tun Mahathir sebut mengenai BR1M dalam ucapan semasa majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini:-

"122. Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan ​diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan ​dalam pilihanraya.
 
"123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai ​Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto ​mana-mana parti.
 
"124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ​ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak ​boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.
 
"125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka ​boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran ​pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi."

Bijaknya Tun Mahathir dalam hal ini ialah beliau sedar matlamatnya adalah untuk menang piliharaya dan mahu mengalahkan Najib, UMNO dan BN. 
Read More / Baca Lagi >>

PAS SUDAH BERPALING MUKA DARIPADA KERJASAMA DENGAN PPBM?

Posted: 16 Jan 2017 03:28 PM PST

"Majlis perasmian PPBM merupakan majlis pergerakan dan perkumpulan orang Islam dan  Melayu. Ia bukan majlis parti DAP atau AMANAH yang sangat dibencinya ketika ini. Sepatutnya PAS datang..."

Apakah keengganan pemimpin PAS hadir pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu lalu sebagai isyarat wujudnya halangan  besar kepada kejayaan pembentukan Pakatan Harapan yang mempunyai lima parti di dalamnya?
Juga apakah ia isyarat bahawa rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi - PAS + PPBM akan menjadi sukar – hanya kerana PAS seperti tidak mengiktiraf kehadiran PPBM?
Apa yang menyebabkan mereka menolak jemputan untuk hadir pada malam Sabtu lalu, atau kerana kehadiran pemimpin tinggi DAP dan AMANAH pada majlis itu?
Sedangkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya diberikan tempoh sehingga pertengahan bulan Januari ini bagi  memutuskan perundingannya dengan PAS.
Ini adalah mandat  khusus kepada Presiden PPBM itu dan keputusan juga sedang ditunggu oleh tiga parti lain termasuk PKR, DAP dan AMANAH.

Untuk rekod, sehingga kini,  PPBM sudah  menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),  13 Disember lepas.
Namun dengan keengganan pemimpin PAS hadir pada majlis perasmian PPBM dan ulasan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS khususnya terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad,  seolah-olah mula 'menghembuskan cahaya di hujung terowong'.
Malah, PAS Selangor begitu sensitif apabila ada laporan media perdana kononnya dua pemimpin mereka hadir pada pada majlis PPBM itu pada malam Sabtu lalu.

Seolah-olah PAS tidak mahu berkait langsung dengan PPBM pada hal parti baru ini berusaha untuk mengajaknya bekerjasama.

Apakah PAS merasakan mereka begitu kuat sehinggakan keupayaan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dipertikaikan?
PAS Selangor yang dengan tidak semena-mena menghukum media tempatan kononnya 'mencipta fitnah' apabila melaporkan bahawa Timbalan Presiden partinya hadir pada majlis itu, membawa seribu makna.
Sewajarnya, PAS Selangor tidak bersikap begitu keras dengan media perdana kerana mungkin laporan itu dibuat sebaik sahaja  mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan awal majlis perasmian partinya itu ada menyebut nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.
Malah sebuah kerusi yang kosong sehingga tamat majlis itu juga tertera nama Iskandar Abdul Samad.
Ia mungkin sekeping gambar tetapi ada mengatakan 'A picture is worth a thousand words'.
Dr Mahathir tidak menyebut nama pemimpin PAS lain yang sepatutnya hadir atau yang turut hadir malam Sabtu lalu, termasuk Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena ke majlis itu, kecuali Tuan Ibrahim.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Mohd Prasad Hanif marah sungguh dan menganggap laporan berita, termasuk oleh media perdana  mengenai kedatangan Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai suatu fitnah yang dimainkan dengan niat sengaja menjejaskan imej PAS Selangor.
Hakikatnya, tidak ada sesiapa pun yang mahu membuat fitnah pun.
Ia sekadar terpetik nama daripada apa yang diumumkan oleh Dr Mahathir dan kebetulan ada kerusi untuk Iskandar.
Kenapa sensitif sangat pemimpin PAS Selangor ini?
Ia bukan majlis parti DAP atau parti AMANAH yang sangat dibencinya ketika ini. Sebaliknya ini  majlis PPBM yang merupakan majlis pergerakan dan perkumpulan orang Islam dan  Melayu. Sepatutnya PAS datang tetapi kalau tidak mahu datang tidak mengapalah tetapi jangan sensitif begitu sekali
Utusan Malaysia pada 14 Januari 2017 (11:25 malam) melaporkan, "Pemimpin PAS hari ini turut hadir dalam Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati di sini (Shah Alam).
Pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad. Difahamkan kehadiran Iskandar sebagai menggantikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Man Tuan Ibrahim."


BH Online (14 Januari, 9.37 malam) turut melaporkan mengenai kehadiran Tuan Ibrahim kerana namanya disebut dalam ucapan alu-aluan oleh Dr Mahathir.
Itu sahaja.
Cuma pelik sedikit apabila Malaysia Gazette melaporkan dengan tajuk, "Kehadiran Tuan Ibrahim, Iskandar dapat restu Presiden PAS" yang menyebut "Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) malam ini, mendapat restu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Parti (PAS) menerima jemputan dari PPBM, minta hadir. Presiden (PAS) setuju dan minta saya serta Datuk Pesuruhjaya PAS Selangor datang atas semangat setiakawan dalam politik.
"PAS tidak ada masalah dengan PPBM. Begitu juga dengan PKR. Kita boleh duduk se pentas. Cuma kita tidak bersedia untuk bergabung dengan mereka dalam Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika ditemui di Stadium Malawati di Shah Alam.
Bagaimana wartawannya Manzaidi Mohd Amin menemubual Tuan Ibrahim jika beliau tidak pernah muncul?
Malah wartawan Malaysia Gazette itu melaporkan, "Ditanya, adakah kehadirannya memberi gembaran bahawa PAS akan bersama PPBM dalam PH untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) ini, katanya, PAS setakat ini selesa dengan Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) menerusi Gagasan Sejahtera."
Mungkinkah temubual dan kenyataan ini dibuat lebih awal (tengah hari atau pada sebelah petang) sebelum majlis itu kerana difahamkan mulanya PAS bersetuju untuk menghantar wakilnya.
Read More / Baca Lagi >>

"KAPCAI" kini musuh KL...!!!

Posted: 16 Jan 2017 03:27 PM PST

HADAM DALAM-DALAM..

Kerajaan rancang larang 'kapcai' masuk KL..
Bayaran tambang MRT akan bermula esok..

NAMPAK TAK !!!

Bila menteri pasola berbicara. Bingai lebih dari menyelesaikan.

Cukai Rakyat RM114 Bilion....!!!

Posted: 16 Jan 2017 03:25 PM PST

WOWW !!.. dah berjaya kutip lebih daripada RM114 bilion ??!!

Kalau dah gitu kutip dari rakyat, kenapa lah harga barangan tak boleh dikawal & subsidi ditarik?

Entah mana lah hilangnya..

LEPAS NI ke mana pula Najib, Rosmah & anak-beranak nak bercuti ke luar negara sambut Tahun Baru 2018 ?

Veteran PAS: Mengapa Jamal campak duit RM1 juta?

Posted: 16 Jan 2017 04:41 AM PST

Ia suatu ujian besar Allah kepada orang zuhud, sama seperti ujian ke atas Nabi Yusuf, kata Subky.
subky-jamal
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin PAS semalam mempersoalkan dakwaan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang beliau mencampakkan kembali sebuah beg berisi RM1 juta yang ditawarkan kepadanya oleh tauke judi haram bagi menutup pendedahan mengenai kegiatan mereka.
Menulis dalam lidah rasmi PAS Harakahdaily, bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berkata sekiranya ia benar terjadi, ia merupakan suatu ujian daripada Allah yang biasa berlaku ke atas golongan zuhud.
"Itulah yang terjadi antara Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaika, isteri pembesar Mesir.
"Tingginya takwa Jamal yang menolak duit sejuta itu kira macam laki-laki menolak godaan wanita, sama seperti martabat Nabi Yusuf," tulis Subky.
"Jika kejadian Jamal itu berlaku di zaman pra kelahiran Nabi Muhamad SAW, nescaya Jibril akan wahyukan kepada Nabi untuk diceritakan kepada umat tentang tingginya moral orang-orang beriman."
Bagaimanapun, Subky berkata adalah lebih baik Jamal menyerahkan wang itu kepada pihak berkuasa.
"Sepatutnya Jamal tak campak balik duit itu. Dia patut hantar duit ke rumah pasung, supaya polis buat siasatan dan cari pencampaknya.
"Jika duit jatuh ke tangan Robin Hood kenyanglah gelandangan dan orang yang tak berduit membeli ikan/sayur yang naik harga," katanya.
Pada 6 Januari, Jamal mendakwa ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya tindakan menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka, seminggu selepas beliau bersama sekumpulan pemuda bermotorsikal bertindak menyerbu pusat judi haram di Ampang.
Read More / Baca Lagi >>

PERLUKAH TERUS "MERINDUI" PAS"?

Posted: 16 Jan 2017 04:39 AM PST

Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu.

Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini.

Tetapi, kenapa tiba-tiba tidak hadir?

Diberitakan kemudian bahawa ketidakhadiran mereka disebabkan adanya "arahan" pada hari yang sama yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin Pas menghadiri majlis tersebut, meskipun persetujuan untuk hadir sudah diberikan sebelum itu.

Akhirnya, satu-satunya orang Pas yang hadir dalam majlis itu ialah Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Namun, beliau tiada apa-apa jawatan dalam Pas, cuma masih Ahli Parlimen bagi parti tersebut. Beliau yang lebih dianggap Pas "harumanis", di luar hijau, di dalam oren, bagaimanapun memberitahu kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi.
Dengan yang demikian, ketidakhadiran Pas dengan sendirinya menimbulkan banyak persoalan. 

Pas dilaporkan sedang dalam proses rundingan dengan Bersatu dan seperti yang pernah ditulis oleh A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, kata putus sama ada ia berhasil atau sebaliknya, mesti dimuktamadkan pada bulan ini juga.

Tugas mengetuai rundingan diserahkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalainya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir perlu selesai isu Amanah terlebih dahulu kata PAS

Posted: 16 Jan 2017 04:36 AM PST

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan 'membuat kacau' dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi adalah Amanah dan bukannya Pas.
Tuan Ibrahim Tuan Man "Mahathir sepatutnya kena selesai isu Amanah (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).
"Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya Pas, tetapi daripada Amanah sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.
Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.
"Kami tetap di pihak pembangkang, maka Pas perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.
"Amanah pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas, jadi pengkhianat bukan dari Pas," katanya lagi.

Masa untuk PPBM terima hakikat, kata Zaid

Posted: 16 Jan 2017 04:29 AM PST

Bekas menteri itu berkata PPBM perlu meyakini kemampuan sendiri dan memberitahu pengundi bahawa pembangkang mampu menarik undi Melayu tanpa PAS.
zaid-bersatu-pasPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu menyakini kemampuan sendiri dan "terima hakikat" siapa kawan politik yang tulen, bukannya merayu PAS dan parti pembangkang lain supaya bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Datuk Zaid Ibrahim berkata demikian dalam catatan blog terbaharunya yang mengulas pelancaran PPBM pada Sabtu lepas.
"Ucapan dipenuhi dengan rayuan kepada PAS dan parti pembangkang lain untuk bersatu, rayuan yang orang anggap angan-angan," kata bekas menteri undang-undang itu.
Walaupun PPBM mengharapkan pertandingan 1 lawan 1 pada pilihan raya umum akan datang, Zaid berkata rayuan itu menunjukkan parti itu "tidak meyakini kekuatan sendiri".
Beliau mempertikaikan mengapa PPBM berharap PAS menyertai mereka melawan BN sedangkan pemimpin parti Islam itu dengan jelas menyatakan tidak berminat membentuk pakatan dengan pembangkang.
"PPBM perlu ada keyakinan. Mereka perlu beritahu pengundi bahawa pembangkang akan menang pertandingan 1 lawan 1 atau 3 penjuru.
"Mereka perlu beritahu pengundi PAS tidak pernah menang apa-apa dalam sejarah 60 tahun parti itu tanpa sokongan pembangkang lain," kata Zaid.
Zaid berkata orang ramai perlu diberitahu undi Melayu yang dikutip PAS akan didapatkan semula melalui Amanah.
Beliau mempertikaikan mengapa PPBM tidak mahu membantu Amanah di Kelantan, dan tertanya-tanya adakah kerana PPBM tidak mahu menyinggung PAS lalu merosakkan peluang parti Islam itu menyertai pakatan pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang sokong manifesto BERSATU mengenai 1MDB

Posted: 16 Jan 2017 04:28 AM PST

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini tampil menyokong manifesto Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang antaranya mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB ditubuhkan.
Penubuhan RCI yang bebas itu akan menjadi antara perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang, kata beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
"Tanpa ragu-ragu, salah satu perkara pertama akan dilakukan oleh kerajaan Persekutuan baru di Putrajaya yang menggantikan UMNO, BN adalah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk 'memburu setiap sen dari 1MDB'.
"Malah, jika kita mempunyai Kabinet yang patriotik dan melindungi nama baik Malaysia, keutamaan agenda mesyuarat Kabinet pada Rabu ini hendaklah berkisar mengenai bagaimana untuk membersihkan nama negara daripada kehinaan dan azab yang dianggap di seluruh dunia sebagai "kleptokrasi global," katanya dalam kenyataan.
Kenyataan tersebut adalah teks ucapan beliau semasa majlis ulang tahun ke-50 DAP di Balik Pulau, Pinang Pinang pada hujung minggu yang lalu.
Semasa majlis pelancaran BERSATU, Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen yang didakwa "dicuri" daripada 1MDB dan kerajaan jika menang, katanya.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang (didakwa) mencuri, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu," katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 5000 hadirin pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan tatatertib kerana pamer plakad 1MDB ‘mengarut’

Posted: 16 Jan 2017 04:27 AM PST

Kumpulan pelajar pertikaikan kewajaran tindakan tatatertib terhadap siswa yang mempamerkan plakad "1MDB kami mahukan jawapan".
UMANY
PETALING JAYA: Sekumpulan siswa mengecam tindakan tatatertib terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang mempamerkan plakad berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun lepas.
Dalam kejadian itu, 4 pelajar UM mempamerkan plakad "1MDB jangan spin (putar belit)" dan "1MDB we want answers (1MDB kami mahukan jawapan)" Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda memberi ucapan kepada pelajar dalam satu majlis penerangan.
Presiden Persatuan Belia Universiti (Umany) Kon Hua En berkata tindakan tatatertib terhadap siswa terbabit tidak berasas kerana kejadian itu tidak membawa kepada gangguan awam selepas majlis itu.
"UM menganggap 'memaparkan sepanduk' akan memudaratkan ketenteraman awam.
"Kami percaya tuduhan yang dibuat oleh universiti sama sekali tidak masuk akal. Ini kerana tidak ada 'gangguan' selepas majlis penerangan itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan di perkarangan UM petang ini.
Bekas presiden Umany, Ho Chi Yang; Timbalan Presiden Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung Lau Li Yang menerima notis prosiding yang akan diadakan pada 18 Januari nanti.
Mereka dituduh memudaratkan ketenteraman awam, kesopanan serta tatatertib dan menghasut atau menyertai pemulauan kegiatan rasmi universiti.
Koh menggesa UM menggugurkan semua pertuduhan dan menyeru universiti berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian idea.
"Ini adalah cara terbaik untuk memupuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Kami juga menggesa UM untuk mengambil tugas dan tanggungjawab sebuah universiti, iaitu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sosial. "
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Tun M cabar Peguam Negara letak jawatan

Posted: 16 Jan 2017 04:25 AM PST


Haniff Khatri AbdullaHaniff Khatri AbdullaPeguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan dengan serta merta dan memohon maaf kepada rakyat negara ini.
Jika tidak mahu berbuat demikian, kata Haniff, beliau perlu membuka semula kertas siasatan berhubung dana RM2.6 billion yang pernah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Malaysiakini melaporkan gesaan Haniff tersebut adalah susulan keputusan mahkamah Singapura pada bulan ini yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Pengurus Falcon Private Bank Switzerland cawangan Singapura, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda S$128,00, katanya, atas kesalahan antara lainnya penyembunyian maklumat berkaitan transaksi kewangan melibatkan dana 1MDB.
"Dua fakta terpenting yang amat relevan muncul dari kes Sturzenegger itu ialah Jho Low yang dikenali sebagai individu yang wujud sebenarnya individu bernama Eric Tan yang mempunyai beberapa akaun di bank itu dengan satu daripadanya atas nama Tanore Finance Corporation.
"Kedua pula ialah RM2.6 billion yang masuk ke akaun bank peribadi Najib sebenarnya dari akaun bank Tanore Finance Corporation yang di Falcon Private Bank yang diuruskan oleh Jho Low @ Eric Tan," jelas beliau.
Justeru, tambahnya, kenyataan Apandi yang memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan jenayah terhadap Najib berkaitan dana RM2.6 billion itu adalah tidak benar.
"Walhal, kenyataan Apandi masih tinggal sebagai kenyataan semata-mata kerana belum disahkan oleh mana-mana mahkamah sekalipun sedangkan kedua-dua fakta di atas, adalah melalui sabitan akuan salah pada rekod mahkamah dan terbukti di sisi undang-undang,
"Kini, difahami kenapa Apandi tidak mengambil mana-mana langkah munasabah supaya Jabatan Peguam Negara mewakili Malaysia dan menjadi pencelah atau peguam pemerhati di Mahkamah Singapura," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang perlu gabungan baru di luar Pakatan Harapan, kata Saifuddin

Posted: 16 Jan 2017 03:33 AM PST


Datuk Saifuddin Abdullah Datuk Saifuddin Abdullah Parti-parti pembangkang perlu bersatu membentuk sebuah gabungan dalam Pakatan Harapan bukan sebahagian daripada pakatan, kata Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau menegaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) jika menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan mungkin memberi gambaran yang salah bahawa Pakatan Harapan dilihat lebih dominan kepada parti baharu.
"Kami mahu membentuk pakatan pembangkang sama rata ... meminta PPBM dan Warisan untuk menyertai Pakatan Harapan akan membuat Pakatan Harapan dilihat sebagai mendominasi," kata Saifuddin seperti dilapor Malay Mail online hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Bersatu bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu di bawah nama "Barisan Rakyat" dan menggunakan satu simbol dan manifesto, serta mengelakkan meletakkan beberapa calon untuk pilihan raya umum ke-14.
"Satu gabungan pembangkang lebih besar dan kuat diperlukan. Kami terbuka dalam sebarang bentuk yang muktamad.Oleh itu, ia tidak perlu terhad untuk menjadi komponen Pakatan Harapan sahaja.
"Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan perkara ini. Kami sedang mengkaji semua sudut dan kemungkinan. Terdapat beberapa cadangan di atas meja, termasuk yang disebut pada pelancaran Bersatu," kata Saifuddin, merujuk kepada pelancaran Bersatu pada Sabtu lalu.
Beliau berkata bahawa ia adalah "terlalu awal" untuk mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara itu buat masa sekarang.
Pada Disember lalu, Bersatu telah menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah untuk kerjasama menghadapi PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Jelas PAS Cenderung Kepada UMNO@BN

Posted: 16 Jan 2017 03:14 AM PST

PAS tak tanding PRK Tanjung Datu

Posted: 16 Jan 2017 03:13 AM PST

Jangan leka makan dedak jika nak selamatkan Malaysia, kata Mukhriz

Posted: 16 Jan 2017 03:13 AM PST

‘Jika menang PRU siasat 1MDB kami akan sampai ke lubang cacing’

Posted: 16 Jan 2017 03:12 AM PST

Selangor tak ambil duit caj plastik 20 sen, tegas Azmin

Posted: 16 Jan 2017 03:11 AM PST

Sultan Johor bidas Mahathir

Posted: 16 Jan 2017 03:11 AM PST

Comments (0)