Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sebelum ke pilihan raya

Posted: 15 Jan 2017 04:26 PM PST

Oleh Hishamuddin Rais
Jam telah melepasi sembilan malam. Kami masih tersadai di tingkat tujuh Rumah Pasong Dang Wangi. Kami menunggu tim Cawangan Khas (SB) dari Bukit Aman.
YB Tian Chua dan siswa Lukman Hakim ada bersama kami. Ada apa lagi agaknya yang diperlukan oleh polis? Ada apa perlunya SB melakukan soal siasat?

Tetiba satu kumpulan polis tidak beruniform muncul dari lif. Ini pasti tim SB dari Bukit Aman. Kami dipisah-pisah. Setiap orang kena tuduh (OKT) dikawal oleh dua orang dan dibawa ke bilik masing-masing. Ini bilik siasatan. Dinding ini berlapik dengan bahan lembut macam sponge berwarna biru. Ini untuk dua tujuan - agar perbualan tidak terdengar diluar. Jika OKT meraung pasti tidak juga kedengaran. Malah jika OKT nak hantukkan kepala ke dinding - kepala tidak akan pecah. Tidak ada kes bunuh diri ketika soal siasat.
Saya berjabat salam dengan dua lelaki Melayu berumur 40-an. Muka klise - muka SB. Mereka tidak memperkenalkan diri mereka. SB-lah konon - merahsiakan nama masing-masing.
"Tak ingat lagi ke?" SB rambut beruban yang lebih senior bertanya pada saya.
Saya cuba membawa ingatan. Gagal. Saya memutar rekod ingatan di mana saya pernah bertemu dengan Si Mamat ini. Gagal.
"Saya jurugambar yang ambil gambar untuk kad pengenalan dulu. Dah lupa ke? Kan saya yang tolong buatkan…. masa awak baru balik dulu…" dengan bangga dia memperjelas duduk pekara dengan saya.
"Wow! Ini 22 tahun dulu… minta maaf. Dah lama sangat. Apa khabar. Dah naik pangkat. Dulu jaga kamera sekarang dah jadi pegawai penyiasat."
Sepulang daripada 20 tahun berkelana saya telah ditahan di bawah ISA selama dua minggu. Sebelum dibebas pihak polis menguruskan pemberian kad pengenalan baru untuk saya. Dan SB senior ini ketika itu ditugaskan mengambil gambar.
Jadi kemarahan Reagan
Bila cerita ini terbuka, saya sekali lagi menghulurkan tangan bersalaman. Aduh! Sejarah membuatkan kami bertemu kembali. SB junior hanya tersenyum melihat dua 'kawan' lama.
Kami memulakan siasatan. SB senior ada membawa beberapa helai kertas bersaiz A4. Saperti telah dirancang - dia ada beberapa soalan yang wajib diajukan kepada saya. SB junior memerhatikan SB senior bertanya dan menulis.
Saya tidak tahu antara berdua ini siapa yang lebih tinggi pangkatnya dan apa pangkat mereka. Apa yang saya yakin mereka berdua bukan Ketua Twitter Negara mengikut istilah lukisan Zunar.
Paling membosankan apabila direman polis ialah pengulangan pertanyaan biodata tentang diri saya. Nama. Umur. Nama emak , ayah , abang , kakak, adik dan dan dan. Berpuluh kali pekara ini telah ditanya. Seharusnya semua maklumat ini telah ada dalam rekod polis.
Ini menjadi kemarahan kepada mendiang Ronald Reagan yang telah menghadiahkan dunia kita ini dengan sistem internet yang pada satu ketika dulu hanya dimiliki oleh Jabatan Pertahanan Negara Amerika dan CIA. Tapi kita gagal menggunakan sistem ini sepenuhnya.
Kerana saya OKT, saya dikurung, maka saya wajib melayan soalan-soalan bodoh ini. Maklumat baru yang ada pada saya hanyalah - ayah, ibu dan abang saya telah meninggal. Dan saya masih lagi belum kahwin. Justeru tidak ada anak. Kerana tak kahwin maka seharusnya SB tak perlu tanya nama isteri. Tak perlu tanya berapa orang anak - lelaki atau perempuan
Oh! Malaysiaku. Inilah hasil daripada 60 tahun proses pembebalan yang telah dilakukan oleh United Malays National Organisation terhadap anggota polis.
Kemudian diikuti dengan soalan tentang BERSIH5. Pihak SB ingin tahu dari mana dana datang. Apa hubungan dengan Soros. Kedua-dua SB ini membuka telinga untuk mendengar jawapan. Lalu saya terang bahawa saya bukan lagi anggota Jawatankuasa BERSIH. Tugas saya hanya berkempen dan menghasut.
Kemudian sampai soalan apakah saya dibayar oleh BERSIH? Apabila soalan ini muncul saya ketawa terbahak-bahak.
"Memang BERSIH sampai hari ini belum settle bil-bil saya…." Saya sengaja meninggalkan kesangsian dalam kepala dua SB ini. Mana tahu jika petir menyambar mereka hingga membolehkan mereka berfikir sekali lagi sebagai umat manusia yang cerdas. Bukan hanya mengikut arahan.
Anaki, anarko ni siapa?
Soal jawab kali ini ini agak mesra. Tidak saperti soal siasat oleh enam SB ketika saya ditahan di bilik sulit di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2001 dahulu.
Tetiba muncul satu soalan. Soalan ini pasti telah dirancang oleh Badan Bertindak Jawatakuasa Soal Siasat SB Negara. Untuk saya ini soalan cepu emas. Ini soalan klasik yang wajib diumumkan kepada dunia. Dunia wajib tahu soalan ini. Dan dunia juga wajib tahu jawapan dari Hishamuddin Rais.
"Encik Hisham… kenapa kumpulan anaki.. ananko.. anarr ko…yang tulis-tulis cat 'A' di dinding-dinding tu… semua orang kata ini pengikut Encik Hisham... mereka sinonim dengan Hisham."
Bila soalan ini muncul mata saya beralih ke kiri dan ke kanan memerhati dua orang SB ini. Saya cuba menyusun fikrah agar mereka ini faham jawapan dari saya.
"Tuan… tolong jangan sangkut-pautkan saya dengan kumpulan anarko anaki ini. Kalau tuan sangkutkan mereka dengan saya dan tuduh mereka ini dari Bangsar, maka ini samalah saperti tuan menuduh Haji Hadi itu seorang Syiah…"
Saya berhenti dan memerhatikan muka mereka. Beberapa saat mereka cuba menghadam apa yang saya tuturkan.
"Bukan geng Cik Isham laaa…"
Read More / Baca Lagi >>

Siapa remaja 14 tahun buat laporan polis terhadap Guan Eng?

Posted: 15 Jan 2017 04:24 PM PST

Remaja terbabit berkata, ayahnya memberi kebenaran kepadanya dan kakaknya turut membuat laporan polis berhubung isu sama.
lim-guan-eng-13GEORGE TOWN: Beliau belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor dan mendakwa menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4 tahun.
Jumaat lalu, remaja terbabit menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan.
Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya "remeh".
"Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa yang akan dapat faedahnya?" kata Lim kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis, Jumaat lalu.
Bagaimana remaja itu memaksa siasatan berkenaan dimulakan dengan menjadi satu daripada 5 orang di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang membuat laporan polis terhadap Lim untuk sesuatu yang setiausaha agung DAP itu muat naik ke blognya baru-baru ini berhubung undang-undang syariah kontroversi.
Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.
Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu: "Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya."
Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.
Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.
"Kemudian, langkah seterusnya adalah menentukan sama ada aduan itu mempunyai asas dan kebenaran. Jika ada, kami akan memulakan siasatan," katanya kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Nelayan asing ceroboh perairan terima latihan tentera, kata menteri Umno

Posted: 15 Jan 2017 04:16 PM PST

Ia susulan cara kedatangan mereka yang agresif diiringi bot pengawal pantai dan berani melanggar bot penguat kuasa negara, kata Shahidan Kassim.
shahidan-kassim
KUALA PERLIS: Laporan media yang nelayan sebuah negara asing menceroboh perairan negara tahun lepas untuk menangkap ikan mendapat latihan separa tentera ada kebenarannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat cara kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabkan mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.
"Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita peroleh, nelayan asing ini dilatih tentera," kata Shahidan kepada media selepas melancarkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) dan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (Paskam) di sini, hari ini.
Sehubungan itu beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan agar tidak bertolak ansur dengan nelayan asing yang menceroboh perairan negara.
Shahidan berkata bot nelayan negara asing tersebut adalah paling kurang ditangkap oleh Maritim Malaysia berbanding bot nelayan Vietnam, Thailand atau Indonesia.
Katanya, laut China Selatan di Sabah dan Sarawak adalah antara kawasan strategik pencerobohan nelayan asing selain perairan Kelantan dan Terengganu yang berlaku setiap hari.
"Atas kesedaran agar perairan negara lebih selamat, kerajaan menubuhkan PSSMM dan Paskam supaya rakyat dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan membantu Maritim Malaysia membanteras jenayah di laut," tambahnya.
Dalam pada itu beliau berkata tindakan terhadap nelayan tempatan lebih kepada pendidikan yang berbeza dengan tindakan terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara.
Shahidan berkata 2 kapal peronda pantai disumbangkan Jepun manakala beberapa kapal peronda yang ditempah di negara China apabila diterima kelak akan meningkatkan keupayaan menjaga kedaulatan negara.
Katanya, perairan negara khususnya laut dalam menjadi tumpuan pencerobohan nelayan asing kerana kekayaan sumber ikan sedangkan tidak ramai nelayan Malaysia sanggup meneroka laut dalam.
Mengenai PSSMM, beliau berkata Maritim Malaysia mensasarkan seramai 5,000 orang menganggotai pasukan itu pada akhir Februari depan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata tindakan agresif agensi itu berjaya menurunkan kes jenayah di laut sehingga di bawah paras 3% dalam tempoh 3 tahun terakhir.
Read More / Baca Lagi >>

Keberanian Orang Asli berubah cetus kegusaran UMNO@BN

Posted: 15 Jan 2017 04:15 PM PST

CAMERON HIGHLANDS, 14 JAN: Orang Asli mampu bangkit memperjuangkan hak mereka, dan ia pernah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Pos Titom, salah sebuah kawasan penempatan Orang Asli dalam Parlimen Cameron Highlands, menyumbang 64.4 peratus undi bagi calon DAP, M. Manogaran, mengatasi undi yang diperolehi Barisan Nasional iaitu hanya sebanyak 18 peratus. Manakala selebih undi, diperolehi calon bebas.
Meskipun Manogaram kalah tipis kepada calon BN, Datuk Seri G. Palanivel secara keseluruhan di kawasan Parlimen itu dengan kurang 462 undi, kebangkitan Orang Asli yang sering dilabel sebagai 'deposit tetap' BN seperti di Pos Titom adalah menarik untuk disingkap.
"Kami mahu ajar kerajaan," demikian ujar seorang pemimpin dari salah sebuah kampung di Pos Titom ketika ditanya mengenai sokongan luar biasa mereka terhadap parti pembangkang dalam PRU yang lalu.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, hasil daripada "tidak mahu peduli dengan tekanan pihak pemerintah itu", pihak kerajaan Pahang bertindak pantas dengan mengambil semula hati penduduk di sini dengan membina jalan raya baru serba lengkap.
"Ada juga JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) datang masuk ke kampung dan tegur kami disebabkan undi itu," ujarnya.
Namun, katanya, semua itu dilakukan demi kepentingan Orang Asli yang menurutnya sering ditindas dan dipermainkan dalam tuntutan untuk membina jalan raya di sepanjang kawasan tersebut.
Penyokong tegar pula dihukum dengan jalan yang teruk?
'Bagai langit dan bumi', itu yang mampu digambarkan apabila dibuat perbandingan antara jalan raya di sepanjang Pos Titom dan Pos Lenjang di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin: Manifesto PPBM selaras gagasan reformasi

Posted: 15 Jan 2017 04:15 PM PST

Manifesto yang dibentangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat senada dengan gagasan reformasi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (PAKATAN).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, yakin persamaan dasar itu akan melicinkan lagi kerjasama antara PAKATAN dan PPBM.

"Manifesto Tan Sri (Muhyiddin Yassin), ada sebut dia akan bincang dengan PAKATAN dan sebahagian besar apa yang disebut itu memang sudah menjadi dasar KEADILAN contohnya menghadkan kuasa eksekutif seorang bergelar Perdana Menteri dan juga meletakkan Jabatan Audit terus kepada Parlimen.
"Ini sebahagian dasar yang wujud dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan," kata beliau yang juga Dato' Menteri Besar Selangor ketika menghadiri Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam.
Katanya, kehadiran gabungan pembangkang jika diberi peluang menerajui Putrajaya bukan sekadar menutup kelemahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya melakukan reformasi dengan menyeluruh melalui dasar dipersetujui bersama.
Sebelum itu, Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam ucapan masing-masing membentangkan manifesto PPBM untuk dibincangkan dengan PAKATAN bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Antaranya, menghadkan kuasa Perdana Menteri, meletakkan Jabatan Audit di bawah Parlimen, melarang BR1M dijadikan manifesto pilihan raya dan diuruskan penjawat awam secara telus, memberi kebebasan kepada media selagi tidak mengancam keharmonian masyarakat, menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan langkah pemulihan ringgit.

Lebih banyak kapal selam China-Komunis ‘lawat’ Malaysia

Posted: 15 Jan 2017 04:08 PM PST

Media India dan AS menimbulkan kebimbangan mengenai lawatan kapal selam China ke Malaysia yang dilihat semakin menguasai negara Asia Tenggara.
submarine
PETALING JAYA: Susulan perhatian media antarabangsa kehadiran kapal selam China ke Malaysia minggu lalu, sebuah akhbar Cina yang menjadi media rasmi pemerintah berkata: "Lawatan ini menunjukkan kepercayaan politik antara China dan Malaysia mencapai tahap tinggi yang baru."
Ia berkata, ini kerana "tempat dok kapal selam, Kota Kinabalu, beroperasi sebagai pangkalan tentera laut penting kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menghadap Laut China Selatan."
Akhbar berkenaan, Global Times menambah: "Susulan lawatan ini, kemungkinan kapal selam China akan terus berlabuh di Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi kerjasama ketenteraan 2 hala."
Menurut laporan New Delhi Television, kehadiran kapal selam di Malaysia membimbangkan Tentera Laut India.
Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan kepada The Wall Street Journal berkata kapal selam yang berlabuh di Sabah untuk mendapatkan bekalan dan anak kapal berehat selepas rondaan anti-cetak rompak di luar pantai Somalia.
Tetapi India melahirkan kebimbangan yang kapal selam Cina mengesan kapal selam dan kapal mereka di Lautan Hindi.
Laporan India berkata tentera India tidak terpedaya dengan kenyataan China dan berkata, Tentera Laut India menegaskan "aset ketenteraan canggih" seperti kapal selam tidak "sesuai" menguruskan hal lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan "pertempuran kecil".
Di Amerika Syarikat (AS), The Wall Street Journal memaparkan tajuk berita mengenai lawatan China itu, "Chinese Submarine's Malaysian Port Call Signals Regional Power Shift".
Pada Jumaat, Global Times seolah-olah bersetuju dengannya dan berkata, lawatan kapal selam "mencerminkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara tidak akan terjejas oleh pertikaian Laut China Selatan".
Ia berkata: "Ini menunjukkan kerjasama 2 hala semakin mendalam, dan kerjasama China-Malaysia berada di barisan hadapan dalam kerjasama antara China dan Persatuan Negara Asia Tenggara."
Read More / Baca Lagi >>

LAGI-LAGI CHINA-KOMUNIS, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?

Posted: 15 Jan 2017 04:06 PM PST

Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.

Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga.
Sempena lawatan Zahid Hamidi ke China, dilaporkan antara yang dipersetuju ialah mahu belajar bagaimana menurunkan kadar jenayah dan memohon diajar cara mengawal sempadan daripada negara tersebut.

Kenapa dengan China dan apakah  benar-benar tiada negara lain yang punya kemampuan dan teknologi seperti itu?

Mengapa juga, hanya setelah 60 tahun memerintah negara,  kita tiba-tiba mahu belajar dan diajar mengenainya?

Selama ini, pemimpin-pemimpin yang diberi kuasa menjaga negara ini, apa kerja mereka?

Selain itu, apa lagi selepas in yang bakal diserahkan atau mahu diletakkan pergantungan kepada?
Read More / Baca Lagi >>

Perasmian PPBM: Tiada wakil, Mahfuz kritik tindakan parti

Posted: 15 Jan 2017 04:05 PM PST

Mahfuz OmarBEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, di sini, malam kelmarin.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
"Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok 'grand coalition' dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.
"Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, malam kelmarin.
Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.
Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.
"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi," katanya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.

Abang Johari ‘bunuh diri’ jika sokong RUU 355, kata penganalisis

Posted: 15 Jan 2017 04:04 PM PST

Penganalisis melihat kesan kepada karier politik ketua menteri Sarawak baharu jika bersetuju dengan cadangan pindaan undang-undang syariah dibawa PAS.
jeniri-abang-johari-1
PETALING JAYA: Ia akan menjadi tindakan "bunuh diri" bagi karier politik ketua menteri Sarawak yang baharu jika menyokong pindaan syariah kontroversi sekarang di Parlimen.
Ia adalah gambaran diberi penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir susulan kenyataan PAS Sarawak yang Datuk Abang Johari Openg boleh membalikkan pendirian bekas bosnya.
Bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini mengarahkan semua ahli Parlimen BN negeri mengundi menentang pindaan syariah.
PAS Sarawak memberitahu FMT semalam, Abang Johari mungkin tidak mengikat mana-mana ahli Parlimen BN Sarawak untuk mengundi menentang cadangan pindaan akta syariah.
Hujah mereka, ketua menteri baru "lebih prihatin" terhadap isu Islam.
"Untuk membuat pusingan U daripada pendirian Adenan adalah 'political suicide'," Jeniri memberitahu FMT hari ini, ketika dihubungi.
Beliau menambah ia tidak mungkin pula berlaku pusingan U kerana Abang Johari memahami sepenuhnya sentimen rakyat.
"Saya yakin beliau akan mematuhi apa sahaja keputusan yang dibuat Adenan kerana mereka berada dalam politik selama lebih 39 tahun.
"Abang Johari juga teman rapat Adenan dan memahami aspirasi beliau."
Jeniri berkata adalah penting untuk Abang Johari membuktikan dirinya pada minggu awal pelantikannya, sambil menambah "rakyat juga akan menilai Abang Johari pada tahap mana beliau meneruskan legasi dan tugas Adenan yang belum selesai".
"Beliau perlu dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas. Seseorang yang melakukan perkara selaras dengan aspirasi rakyat Sarawak. "
PAS memohon meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, bagi membolehkan hukuman lebih keras kepada pesalah syariah, satu langkah yang dilihat sebagai jalan membawa hudud ke Kelantan.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya Azman Awang Pawi berkata rakyat Sarawak mungkin dapat menerima pindaan syariah yang dicadangkan jika terdapat penjelasan mencukupi mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

Jauhi rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, titah Sultan Kedah

Posted: 15 Jan 2017 04:02 PM PST


  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pentadbir dan jentera pentadbiran supaya menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Baginda bertitah, jentera pentadbiran sepatutnya bukan sahaja dilihat bersih, tetapi juga perlu mengamalkan nilai tersebut selain bebas daripada segala amalan korupsi dan nepotisme, bagi membolehkan masyarakat umum yakin dengan ketelusan pentadbiran.

"Pentadbir dan jentera pentadbiran perlulah berbuat sesuatu yang betul dengan cara dan kaedah yang betul," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-89 Sultan Kedah di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sultan Abdul Halim bertitah, dari perspektif lain, baginda juga ingin melihat agar sistem pentadbiran dan golongan pelaksana dasar lebih bersifat proaktif dan bukan semata-mata mengamalkan sifat responsif.

"Ia menuntut perubahan untuk menjadi pentadbir yang berjiwa besar, menyelami isu dan masalah rakyat, tidak terikat dengan menjadi pegawai barisan depan semata-mata, sebaliknya mampu berfikir dan melaksanakan tindakan di luar kotak yang selaras dengan keperluan masa," titah baginda.

Mengenai situasi ekonomi negara pada masa ini, baginda mahu golongan kurang bernasib baik terutamanya rakyat yang masih tertinggal daripada arus perdana diberi pembelaan yang sewajarnya.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA CHINA DAN MALAYSIA...

Posted: 15 Jan 2017 03:59 PM PST

DI NEGARA Komunis-China,
Pegawai kanan kerajaan kantoi sorok wang tunai KENA HUKUMAN MATI..

DI NEGARA 'Islam-M'sia',
Pegawai kanan kerajaan kantoi sorok wang tunai DIBEBASKAN KERANA TIADA UNSUR RASUAH & DI LUAR BIDANG KUASA SPRM.. kerana Malaysia ada SPRM & UMNO..

Najib Razak kata 1MDB tidak guna dana rakyat..!!

Posted: 15 Jan 2017 07:43 AM PST

Tetapi Ketua Audit Negara telah menyatakan bhw 1MDB telah menerima geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion.

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Nampaknya skandal sukuk RM2.4 bilion dah menjadi skandal RM3.5 bilion yg lebih besar dari derma RM2.6 bilion.

Hebat tak percaturan dlm 1MDB oleh penyangak MO1 !!

Posted: 15 Jan 2017 07:41 AM PST

1MDB takde curi duit rakyat la.. korang jangan risau, takde apa yang nak disembunyikan pon..

Tu kata penyamun2 #1MDB dua tahun lepas..

"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur" -Najib Razak

Posted: 15 Jan 2017 07:39 AM PST

Fitnah AMENO & Najib Razak... akhirnya bukan DAP or PKR yg mahu hapuskan DEB.. tapi AMENO Bangsat yg diketuai oleh Najib Razak sendiri...

BR1M – APA YANG KONTROVERSI DAN BERCANGGAHNYA KENYATAAN DR MAHATHIR?

Posted: 15 Jan 2017 07:34 AM PST

Hanya untuk menampilkan buruknya perangai dan tidak konsistennya Tun Dr Mahathir Mohamad,  kenyataannya mengenai Bantuan 1 Rakyat Malaysia (BR1M) malam semalam dilaporkan begini:
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi menyatakan bantuan tersebut kononnya sebagai rasuah kerajaan, berkata, BR1M akan dikekalkan jika bantuan itu didapati penting buat rakyat."
Kenyataan di atas ialah oleh mStar Online sementara BeritaHarian Online (BH Online) pula menyebut, Dr Mahathir memberi bayangan BR1M akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. "Kenyataan itu jelas bercanggah dengan dakwaan beliau baru-baru ini yang melabelkan BR1M kononnya rasuah yang diberi oleh kerajaan."
Kedua-duanya menggunakan perkataan bayangan pada perenggan intro, dikira 'ok lah'.

Bagaimanapun, dengan memasukkan perkataan 'kenyataan kontoversi' oleh mStar dan Berita Harian pula menggunakan 'bercanggah dengan dakwaan' ia memberikan gambaran seolah-olah Dr Mahathir menolak bantuan untuk rakyat
Apakah tujuan mereka untuk menunjukkan Dr Mahathir jenis pemimpin yang 'klu-klek' atau istiqamah dengan kenyataan dan pendiriannya?
Apakah untuk menggambarkan Dr Mahathir tidak menghargai bantuan untuk rakyat?
Sedangkan yang ditolak oleh Dr Mahathir mengenai BR1M sebelum ini ialah apabila ia dijadilan 'alat politik untuk meraih sokongan' umpamanya mengapa mesti pemimpin UMNO perlu menyampaikan bantuan itu untuk fasa pertama.
Kerajaan bersetuju dengannya mungkin hasil desakan melalui Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang baru lalu.

Sepatutnya, fahami apa yang diucapkan oleh Dr Mahathir dan tidak membuat laporan mengelirukan melalui interpretasi sendiri demi mengulas apa yang dimaksudkan BR1M oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Kata Dr Mahathir pada perasmian PPBM semalam: "Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka ​boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran ​pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.
Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan ​diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan ​dalam pilihan raya."
Penting di sini – yang miskin dan daif akan diberikan bantuan. Rasuah berbentuk wang atau barangan tidak akan diberi kepada pengundi untuk sokongan dalam pilihan raya.
Malah, kata Dr Mahathir, jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai ​Kerajaan.
BR1M juga tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto ​mana-mana parti.
Penting di sini – jika BR1M mustahak akan diagih oleh pegawai kerajaan. Tidak boleh dijadikan manifesto pilihan raya.

Apa yang dibayangkan oleh Dr Mahathir ialah, jika ditakdirkan pembangkang memerintah, ia akan menilai sama ada ia perlu atau mustahak atau sebaliknya.

Malah BR!M boleh dijenama atau dinamakan dengan panggilan lain tetapi tetap bantuan untuk rakyat.

Dr Mahathir juga meletakkan syarat bahawa,  BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ​ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa, jika ia dipersetujui oleh rakyat.
Perdana Menteri tidak ​boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.
Penting di sini – Bantuan BR1M adalah bantuan ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak ada kuasa tentukan pemberian, jumlah atau cara penyampaian. Inipun jika dipersetujui oleh rakyat.

Tolong dengar, baca, teliti dan faham ucapan beliau.

Bukan ulas melalui persepsi sendiri Fahami secara mendalam apa yang diperkatakan oleh beliau bukan dengan tanggapan yang berkepentingan.
Akibat tindakan sedemikian maka gegar gempitalah  berita media perdana dengan tajuk seperti "BR1M Akan Diteruskan Jika Pembangkang Menang - Tun M" oleh mStar juga "BR1M mungkin diteruskan parti campuran" oleh Berita Harian.
Read More / Baca Lagi >>

INI BUKAN JANJI PENYAMUN

Posted: 15 Jan 2017 07:34 AM PST

Tentunya ramai yang sudah menonton secara langsung atau rakaman serta membaca teks ucapan Tun Mahathir Mohamad ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati malam semalam.

Berikut disiarkan antara petikan janji-janji yang mampu memberi harapan lebih baik buat rakyat sekiranya kerajaan baru diwujudkan nanti:-
 
103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax ​(cukai jualan) mengikut selera rakyat.
 
104. Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar Amerika dalam ​simpanan (reserve) negara.
 
105. Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang ​supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di ​luar negeri.
 
106. Kita akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. ​Hutang-hutang baru untuk projek yang membazir akan kita kenalpasti dan ​kita kaji semula dari segi kemampuan kita berhutang. Kita akan kejar semua ​wang 1MDB dan Kerajaan yang telah dilesapkan, yang kita tahu berada di ​tangan orang tertentu.
 
107. Tafsiran FDI, Foreign Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) ​akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran barangan ​untuk pasaran tempatan dan eksport.
 
108. Pembelian tanah secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan ​menempatkan orang mereka akan diteliti dari segi kesan terhadap masa ​depan politik negara.
 
109. Segala salahguna kuasa oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan diselidik ​dan pihak yang teraniaya akan dipulih dengan adil.
 
110. Kemiskinan dalam negara akan dikurangkan melalui pengwujudan peluang ​kerja dan latihan kemahiran; melalui pemulihan nilai Ringgit dan ​pengurangan kos sara hidup.
 
111. Yang miskin tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang ​yang mencukupi bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah ​negara yang prihatin.
 
112. Umumnya Malaysia akan mengadakan dasar bebas dari sebarang ikatan ​dengan blok-blok di dunia.
 
113. Tumpuan akan diberi kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh ​mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana ​pihak akan ditentang oleh Malaysia.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pas seperti tempelak diri sendiri

Posted: 15 Jan 2017 07:30 AM PST

Tindakan Pas yang mendakwa sukar untuk kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah menempelak diri sendiri, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
"Tidak perlu menuduh Mahathir sukar untuk dibawa berbincang dan bekerjasama, Pas lah yang sebaliknya susah memberi kerjasama dalam gerakan untuk merampas takhta kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Khalid Abdul Samad "Kenyataan Pas seolah-olah mencerminkan diri sendiri. Bersatu atau Mahathir sendiri sekurang-kurangnya boleh duduk bersama-sama dengan semua rakan pembangkang dan berbincang tentang gerak kerja bagi pilihan raya akan datang.
"Yang tak sanggup duduk, bincang dan bekerjasama adalah Pas. Pas banyak letak syarat, tak mahu bincang dan sebagainya. Macam-macam yang dia (Pas) mahu kita ikut dia," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.
Menurut Mohd Amar, sikap Mahathir yang tidak pernah berubah akan menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.
Menangkis serangan Pas, Khalid sebaliknya berkata, Pas seharusnya sedar yang satu-satunya pihak yang tidak bersama pembangkang adalah Pas sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin cadang hadkan kuasa PM

Posted: 15 Jan 2017 07:28 AM PST

Muhyiddin berkata, cadangan itu bertujuan meningkatkan integriti dan akauntabiliti perdana menteri serta anggota Kabinet.
muhyiden-ppbmSHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan kuasa perdana menteri dalam usaha meningkatkan integriti dan akauntabiliti pemimpin nombor 1 negara serta anggota Kabinet.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, jika parti pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau juga akan mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal 1MDB untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Untuk memberikan keadilan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, kita juga akan menuntut wang dan harta 1MDB dikembalikan ke Malaysia secepat mungkin," katanya pada majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati, malam tadi.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihaknya sedang berunding dengan parti di luar Pakatan Harapan untuk membentuk satu gabungan politik mantap bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Najib gelar Dr Mahathir jaguh pusingan ‘U’

Posted: 15 Jan 2017 07:24 AM PST

Perdana menteri menempelak pendirian Dr Mahathir yang tidak konsisten berhubung isu BR1M yang sebelum ini ditentangnya.
najib-mahathir-br1m
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Najib berkata pada 26 Dis lalu, Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang, namun nadanya berubah sama sekali semalam apabila menyatakan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika pembangkang menerajui kerajaan nanti.
"Dalam tempoh 3 minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M.
"Kebelakangan ini, Dr Mahathir terlalu banyak buat pusingan U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Dr Mahathir sekarang ini jaguh pusingan U kerana tindakan dan kenyataan bercanggah sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan "Kembali Ke Sekolah" Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari; dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Datuk Abdul Karim Mustafa.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati di Shah Alam, malam tadi menyatakan pembangkang bersedia memberikan BR1M kepada rakyat sekiranya pembangkang menerajui kerajaan kelak.
Najib berkata kenyataan itu bercanggah sama sekali dengan pendirian Dr Mahathir sebelum ini apabila kerap mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
"Kerajaan tak anggap BR1M ini rasuah malah ia tidak banyak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam menyalurkan bantuan untuk rakyat.
"Ia sama juga sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri apabila menyalurkan bantuan kebajikan dan wang ihsan kepada rakyat Terengganu, malah kita lihat dalam laman sesawang PPBM sendiri ada ruang menyatakan mereka sanggup bantu jika rakyat mahu BR1M," kata Najib.
Perdana menteri juga berkata sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi pemimpin dalam kerajaan, mereka turut mempertahankan dasar kerajaan memberikan bantuan BR1M itu kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pas bukan hina Mahathir saja tetapi seluruh pembangkang

Posted: 15 Jan 2017 07:22 AM PST

Tindakan para pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli partinya tetapi juga pembangkang keseluruhannya.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang."Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,"kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Namun Zaid tidak terkejut apabila seorang pun pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis itu.
"Saya tidak terkejut bila Pas tak hadir semalam kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib," kata Zaid kepada Malaysia Dateline.
Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.
Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.
Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Malaysia Dateline difahamkan, wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.
Namun, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu.
Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh Pas, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi tidak dengan Mahathir.
Bagi beliau, ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memujuk Pas malam tadi hanya harapan semata-mata.
"Ini hanya 'wishful thinking' sahaja. Terimalah realiti,"kata Zaid mengulas ucapan itu.
Bagi beliau, apapun jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana Pas, sudah cukup dan boleh di 'top up' melalui gabungan Bersatu dan Amanah.
"Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah," kata Zaid.
"Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.
"Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jomo juga percaya BN kekal berkuasa

Posted: 15 Jan 2017 07:21 AM PST

Seorang lagi tokoh meramalkan BN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
Bekas penolong setiausaha agung PBB, Dr Jomo Kwame Sundaram, berkata jika PRU itu dilangsungkan pada April ini, besar kemungkinan pembangkang akan kalah.
Bercakap di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini Jomo berkata sebahagian daripada faktor ramalannya ialah berdasarkan kegagalan pembangkang menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.
"Mereka tidak mampu bertindak bersama dan tidak bersedia berdepan pilihan raya yang mencabar," katanya.
Menurut beliau pembangkang juga begitu berpecah-belah dan pemimpin parti lebih bimbangkan sokongan dalam persaingan sesama sendiri berbanding memberi perhatian kepada cabaran lebih besar.
Walaupun pembangkang mendakwa sistem yang diamalkan tidak adil, kata Jomo, sebahagiannya bertanggungjawab atas keadaan itu.
"Ramai orang yang sekarang mengkritik sistem itu mempunyai peranan membina sistem berkenaan.
"Kita perlu berusaha dalam sistem yang kita ada," kata pakar ekonomi veteran yang pernah mengajar di pelbagai universiti di seluruh dunia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar ekonomi anggap BR1M kejayaan Najib

Posted: 15 Jan 2017 07:20 AM PST

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dianggap satu daripada kejayaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, oleh Dr Jomo Kwame Sundaram.
Kenyataan pakar ekonomi dihormati ramai itu dibuat ketika BR1M dianggap sesetengah pihak sebagai pemberian "rasuah politik" dan sekadar langkah sementara untuk menangani bebanan rakyat.
"Saya rasa (BR1M) adalah satu daripada kejayaan kerajaan sekarang, tetapi hakikatnya ia adalah hasil daripada kempen berdekad-dekad oleh kesatuan sekerja dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta parti pembangkang untuk meningkatkan taraf sosial masyarakat," katanya di forum Integrasi Dengan Integriti di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas timbalan setiausaha agung PBB itu bagaimanapun berkata, kenyataan berkenaan tidak bermaksud pengagihan BR1M terlepas daripada sebarang masalah.
Kata Jomo, beliau sangat bersetuju cara BR1M dan bantuan lain diuruskan ketika ini pasa dasarnya digunakan untuk "merasuah" seseorang namun kenyataan yang dibuat itu melihat kepada aspek lain.
"Negara kita cukup kaya dan sepatutnya tidak ada sesiapa hidup di bawah paras kemiskinan, tidak sepatutnya ada sesiapa yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik," katanya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa kerajaan menggunakan BR1M sebagai rasuah bagi mendapatkan sokongan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Penyokong Pakatan Harapan kecam Tian Chua masih sepentas dengan Pas

Posted: 15 Jan 2017 07:19 AM PST

Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Gambarnya yang sedang berucap di podium tertera logo dan nama cawangan Pas itu kemudiannya tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman di pihak penyokong Pakatan Harapan berbilang kaum.
Satu foto lain pula memaparkan Tian bergambar dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan.
Ekoran itu, pengguna Facebook Rosli Abdul Rahman menyelar Tian sebagai "Jenis tak sedar diri. Lupa kot apa Pas dah buat kat PR (Pakatan Rakyat) dulu" manakala Agnes Cheah dipetik sebagai berkata, "This fellow is blind support to Pas".
Netizen juga menganggap sikap Ahli Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu yang masih terus bermesra dengan Pas sebagai bercanggah dengan tingkah laku pengundi di kawasan bandar yang umum menyokong kesepaduan Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan bersama Bersatu.
"Pengundi kawasan bandar seperti di Wilayah dan Selangor tak layan 'mainan wayang'. Kita mahu pemimpin yang tegas, berani dan sungguh-sungguh bersama PH (Pakatan Harapan) dan Bersatu," tegas Kamarul Nazli Basri.
Terus dihujani kecaman, tindakan Tian yang masih sepentas dengan Pas dalam banyak lagi siri ceramah parti yang memusuhi Amanah dan DAP itu termasuk di Kelantan turut mengundang nada sinis netizen seperti Wan Mohd Aman yang menulis "Acap tengok dia dalam ceramah Pas. PKR tak buat ceramah ke?"
Ciri berkaitan Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) 355 dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga menjadi bahan sindiran pengguna Facebook ketika mengulas kehadiran Tian dalam program yang dinamakan 'Ceramah Umum Isu Semasa Menjelang PRU-14' itu.
"Tian Chua ini sokong RUU 355 kot," tempelak Ahmad Ridhwan manakala Kimiey Kimieytwo meninggalkan komentar ringkas, "DHPP Pas ni".
Tidak kurang pula ada yang secara sinis menyifatkan Tian yang bakal berusia 54 tahun Disember nanti akan bertanding atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tian Chua ni memang dah sah nak jadi calon Pas di Kelantan. Dia nak tunjuk dia dah tak tahan dok dalam PKR sebab Pas dah janji syurga kat dia," kata Muhd Mufiz.
Read More / Baca Lagi >>

Pas mesti tetap pendirian pilih Umno atau pembangkang

Posted: 15 Jan 2017 07:18 AM PST

Datuk Dr Ismail SallehDatuk Dr Ismail SallehSudah tidak ada masa lagi untuk Pas bermain tarik tali sama ada ingin bersama dengan Umno-BN atau bersama dengan pakatan pembangkang.
Demikian perumpamaan yang diibaratkan oleh Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh ketika berucap pada program ceramah semasa yang diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Tegasnya lagi, matlamat utama BN adalah memecahkan pakatan pembangkang.
Sekiranya strategi mereka berjaya menjadi racun untuk disuntik, maka perpecahan pakatan pembangkang adalah suatu kejayaan yang amat diharapkan.
"PKR, Amanah, DAP dan Bersatu sudah sepakat untuk bersama menentang kerajaan BN yang terbukti secara jelas lemah dalam memimpin negara.
"Kepimpinan Najib begitu ketara menyebabkan hutang negara bertimbun dan ketirisan yang teramat sangat.
"Pelbagai kerosakan berlaku dalam sistem perundangan negara sehinggakan siapa yang mempersoalkan mengenai salah laku Perdana Menteri akan dihukum sepertimana yang sudah terjadi kepada pimpinan Umno dan pembangkang ketika ini, " jelasnya.
Oleh kerana itu katanya, Pas mesti membuat pendirian sama ada mahu bersekongkol dengan parti pemerintah yang menzalimi rakyat atau membela nasib rakyat yang ditindas.
"Kita tahu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu turut dikenakan kepada orang miskin, ini juga adalah ketetapan pemerintah Umno dan BN.
"Peningkatan kos sara hidup sehingga menyebabkan rakyat yang miskin bertambah miskin dan daif serta melarat, tapi tidak pun dibela oleh mereka.
"Akta dan polisi yang menekan rakyat begitu banyak menjadi senjata kepada Umno dan BN, kenapa masih lagi hendak menyokong mereka, " tanya beliau.
Datuk Ir Phahrolrazi ZawawiDatuk Ir Phahrolrazi ZawawiManakala Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pula berkata sekiranya Pas serius mahukan pembangkang menang, Umno dan BN mesti ditentang.
Ujarnya lagi, adalah tidak praktikal sekiranya hanya laungan untuk mengalahkan Umno dan BN tetapi tiada perancangan untuk mengalahkan mereka.
"Kerajaan yang didokong oleh Najib kini terpaksa mengeluarkan dana bagi projek-projek besar yang masih dipertikaikan termasuk dari negara China sepertimana yang telah didedahkan.
"Bajet pendidikan yang dipotong menyebabkan khidmat guru-guru, pelajar dan PIBG terpaksa mencari dana untuk program yang mereka ingin anjurkan walaupun untuk keperluan pelajar sekolah masing-masing.
"Saya juga dimaklumkan ada sesetengah ibu bapa terpaksa menyediakan satu rim kertas kepada anak-anak mereka kerana pihak sekolah sudah tidak mampu untuk membiayai kertas tersebut, " tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

"MALAYSIA MENJADI NEGARA PARIA"!!~ "Ucapan "MENYINDIR" Tun Mahathir Buat Najib"

Posted: 15 Jan 2017 07:12 AM PST

Comments (0)