Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kenyataan 1MDB tak jawab persoalan penajaan ibadah Haji....

Posted: 13 Jan 2017 03:34 PM PST

Kenyataan Yayasan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)  berhubung isu penajaan ibadah haji dilihat tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dalam kenyataannya berkata, penajaan untuk melakukan ibadah haji tidak boleh disamakan dengan penajaan untuk program lain.
Menurutnya, perkara pokok adalah sama ada 1MDB mahupun Yayasan 1MDB sebuah badan yang menepati syariah atau di dalam semua urusannya untuk membolehkan penajaan dibuat.
"Ini persoalan yang perlu dijawab dan juga sepatutnya dipastikan oleh jabatan agama termasuk mufti dalam menangani isu ini," katanya.
Beliau berkata, penajaan ini juga harus dilihat dari sudut maqasid syariah.
"Malangnya ia langsung tidak disentuh walhal kerajaan dilihat serius membawa konsep ini di dalam pentadbiran negara.
"Sudah banyak seminar yang dibuat. belanja pun berjuta- juta tapi mengapa dalam soal ibadah haji sebagai rukun Islam tidak dilihat dari sudut maqasid syariahnya?" katanya.
Mohamad Ezam berkata, dalam melaksanakan ibadah haji, sumber kewangan adalah antara faktor utama.
"Atas asas yang sama, hasil idea yang dicetuskan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Tabung Haji sebagai satu institusi khusus menguruskan ibadah haji," katanya.

Orang Asli Johor dihalang masuk ladang, tanah kubur diganggu

Posted: 13 Jan 2017 03:30 PM PST

Sekumpulan Orang Asli dari Johor menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi membantah pencerobohan di kawasan kubur dan tanah adat mereka.
Mereka mendakwa kontraktor telah menggali parit di tapak kubur, demikian menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Jawatankuasa Bertindak Kampung Orang Asli Ledang.
Jawatankuasa itu mendakwa kontraktor di projek Taman Negara Johor telah menjalankan pembinaan di atas tanah yang menjadi hak milik Orang Asli, sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 134 Akta Orang Asli 1954, sejak 27 Disember tahun lalu.
Bukan sahaja tanah adat mereka telah dicabuli, masyarakat Orang Asli di kawasan itu juga dihalang daripada menuai hasil di ladang-ladang mereka.
Orang asli berkenaan mendakwa mereka dilarang membawa alat pertanian seperti cangkul dan parang di tanah ladang mereka sendiri.
Pagar juga dibina di sekitar kawasan hutan bagi menghalang mereka masuk dan memperoleh sumber alam semula jadi.
"Kebebasan kami juga telah ditekan. Kami telah dihalang daripada memasuki hutan.
"Tolong jangan sekat kami, masyarakat Orang Asli. Jika anda menyekat kami (dari hutan), di mana lagi kami akan pergi? Tiada tempat lain untuk kami pergi," kata wakil Kampung Tanah Gembur Tok Batin Jengkeng Jani.
Laporan polis telah dibuat
Kampung Tanah Gembur merupakan salah satu daripada tiga buah kampung diwakili Jawatankuasa Bertindak berkenaan.
Satu laporan polis dibuat pada hari pertama pembinaan bermula dan polis datang ke tapak itu untuk menyiasat pada 3 Januari, tetapi tiada tindakan lanjut diambil.
Read More / Baca Lagi >>

Exco BN@Umno: Tanah adat Orang Asli di Ledang sebenarnya hutan simpan

Posted: 13 Jan 2017 03:30 PM PST

Hutan semula jadi yang sepatutnya dilindungi musnah akibat penerokaan yang dipercayai dilakukan penduduk Orang Asli, kata exco
ayub-rahmat_Orang-Asli_Ledang_600
JOHOR BAHRU: Kawasan yang didakwa sebagai tanah adat Orang Asli di Ledang, dekat sini baru-baru ini, merupakan tanah rizab yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Gunung Ledang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata pewartaan tanah seluas 9,052.8 hektar itu dilakukan pada 6 Mac 1940 mengikut Warta Kerajaan Negeri Johor Bil. 298.
"Kawasan ini juga dirizabkan sebagai Taman Negara Johor di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Perbadanan Taman Negara (Johor) 1989 dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Negeri Johor Bil. 2622 bertarikh 27 Oktober 2005, yang diletakkan di bawah jagaan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor dan penggantinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu susulan writ saman difailkan oleh Tok Batin Kampung Tanah Gembur, Jengkeng Jani dan Kampung Sungai Air Tawas, Meghek Acai, mewakili penduduk Orang Asli daerah Tangkak pada 10 Januari lalu yang menuntut hak milik tanah adat dalam kawasan rizab berkenaan.
Saman yang dilakukan melalui Tetuan Kamal Hisham & Associates di Mahkamah Tinggi (Sivil) Johor Bahru itu menamakan Zila Maju Enterprise selaku defenden pertama dan diikuti oleh 3 defenden lain iaitu Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Kerajaan Johor dan Kerajaan Malaysia.
Tuntutan plaintif berhubung dakwaan mereka mempunyai hak milik tanah adat dan tuan punya tanah di rizab Taman Negara Johor, Gunung Ledang yang didiami ketika ini.
Selain itu, plaintif turut memohon perintah menghalang mana-mana puak daripada memasuki atau melaksanakan sebarang kerja di tanah tuntutan tersebut.
Ayub berkata pewartaan itu dijalankan berdasarkan laporan dan teguran daripada Jabatan Audit Negara cawangan Johor terhadap Kajian Pengurusan di Taman Negara Johor pada 2014, yang mengesyorkan pengukuran halus dilaksanakan di kawasan rizab berkenaan bagi melihat pertindihan kawasan yang berlaku pencerobohan.
Read More / Baca Lagi >>

LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!

Posted: 13 Jan 2017 03:14 PM PST

Apa pilihan untuk Annuar Musa?

Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran  apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.

Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya saja.

Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi. 

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

"Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

"Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.

Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA DAH KANTOI baru nak ditangguhnya !!!

Posted: 13 Jan 2017 03:12 PM PST

Bayangkan jika #TMJ tak kantoikannya. Makin seronoklah 'mereka' itu perbodohkan rakyat.

Dahulu rata2 pelajar dapat pinjaman mahupun biasiswa MARA..

Kini apa dah jadi pada MARA ?.. ke mana perginya segala peruntukan dana pinjaman/ biasiswa ??!!

Ameno tetap akan kata,
Ini semua salah cina-DAP...

Sampai skrg SPRM tak berani sentuh syarikat TRW & TSAM.

Posted: 13 Jan 2017 03:10 PM PST

Malah hingga ke harini pihak polis masih bisu wpon repot polis sudah dibuat ke atas TSAM.

SEBAB itu #TSAM mati2an pertahan TRW wpon dh letak jawatan Presiden KAFA.

Program 1MDB ‘cuci otak’ pelajar UM: DAPSY kecam tindakan heret empat pelajar ke jawatankuasa disiplin

Posted: 13 Jan 2017 03:09 PM PST

Sosialis Muda DAP (DAPSY) mengecam tindakan Universiti Malaya (UM) mengheret empat pelajar ke jawatankuasa disiplin ekoran memprotes kenyataan putar belit pihak 1MDB dalam satu program anjuran institusi pendidikan awam itu pada tahun lalu.
Empat pelajar itu merupakan ahli UMANY (Persatuan Anak Muda Baru Universiti Malaya);  Timbalan Presiden, Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti, Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung, Lau Li Yang, dituduh menganggu ketenteraman awam, tidak berdisiplin dan menghasut atau kononnya terlibat dalam boikot program rasmi universiti.
Manakala, bekas Presiden UMANY, Ho Chi Yang pula berdepan tuduhan yang sama kecuali tuduhan mengganggu ketenteraman awam.
"DAPSY menggesa pihak universiti supaya berhenti mengugut pelajar melalui tindakan disiplin dan menghormati hak kebebasan menyuarakan pandangan seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Mereka hanya menyampaikan pandangan rakyat mengenai skandal 1MDB.
"Oleh itu, adalah tidak adil, dan tidak bijak dan tidak berperlembagaan untuk menghukum pelajar kerana mereka mempunyai hak untuk memprotes dan menyuarakan keresahan rakyat," ujar Pengarah Biro Hal-Ehwal Universiti dan Kolej Universiti DAPSY, Leong Yu Sheng.
Atas alasan itu, katanya, DAPSY menuntut supaya pihak UM menggugurkan kesemua tuduhan terhadap mereka.
Empat pelajar berkenaan mengangkat plakad 'anti-1MDB' sebagai tindakan memprotes pada 11 Oktober tahun lalu, dalam satu sesi perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dianjurkan UM.
Mereka mendakwa sesi perbincangan antara pihak 1MDB dan pelajar itu bertujuan untuk 'membasuh otak' dan memperdaya penuntut berhubung isu skandal syarikat pelaburan bermasalah milik negara berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman ke atas mahasiswa: Mahukah UM terus jadi bahan ketawa dunia?

Posted: 13 Jan 2017 04:40 AM PST

Mengapa mahasiswa terus diasak dengan amaran demi amaran oleh pihak universiti sedangkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang peduli tentang ketidakadilan yang berlaku di negara ini?
Terbaru, Universiti Malaya (UM) bertindak mengheret empat pelajarnya ke jawatankuasa disiplin hanya kerana memprotes kenyataan 1MDB yang didakwa tidak benar dalam satu program anjuran institusi itu Oktober lalu.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata hak mahasiswa untuk merungkai kebenaran dan mempersoal sebarang kenyataan yang dimomokkan kepada mereka patut diraikan dan disokong.
Beliau menjelaskan, pelajar yang kritikal dengan isu semasa, terutama melibatkan kepentingan rakyat serta terdedah dengan aktivisme mahasiswa akan berupaya menjadi pemimpin yang telus dan berkaliber.
Hal ini, seperti yang dinyatakan beliau dalam kenyataan sebelum ini, dapat dibuktikan melalui kehebatan pemimpin-pemimpin pelajar dari negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang memperoleh hak beraktivisme mereka.
"Tuduhan kononnya kelakuan pelajar itu mengganggu ketenteraman awam dan memboikot acara rasmi universiti sekali lagi membuatkan UM menjadi bahan ketawa komuniti akademik seluruh dunia.
"Mengapa pihak Universiti tidak henti-henti mencemarkan imejnya sendiri dengan menghukum aktivis-aktivis mahasiswa?" soalnya dalam satu kenyataan.
"Aktivisme mahasiswa sepatutnya disokong penuh kerana itulah peranan universiti yang sebenar," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat terus hidup derita, GST dianggar bakal “merompak” RM40 bilion bagi tahun 2017

Posted: 13 Jan 2017 04:34 AM PST

GST yang dikatakan tidak membeban rakyat kini dianggarkan bakal "merompak" kira-kira RM40 bilion duit mereka pada tahun 2017 ini, tegas Ahli Parlimen Bastu Gajah, V Sivakumar.
Katanya, hasil kutipan GST bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.012 bilion. Pada tahun 2016 kutipan GST adalah sebanyak RM38.5 bilion dan anggaran kutipan bagi tahun 2017 pula adalah RM40 bilion.
Beliau berkata, setiap tahun kutipan GST oleh Kerajaan Persekutuan pasti meningkat dan wang dari kocek rakyat disapu habis oleh kerajaan melalui cukai 6 peratus ini.
"GST telah menjadikan ekonomi kita bercelaru. Hari ini rakyat menderita kerana kenaikan harga barangan," ujar beliau kepada Amanahdaily.
Kerajaan BN tegasnya, telah melakukan kesilapan besar dengan melaksanakan GST 6 peratus terhadap barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna dan cukai ini boleh dianggap sebagai penyebab utama kenaikan harga barangan.
Katanya lagi, kerajaan telah memberi pelbagai alasan yang positif untuk membolehkan GST ini dilaksanakan, tetapi pada realitinya harga barang-barang telah naik secara mendadak.
Sivakumar berkata, Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempedulikan rintihan rakyat dengan tekanan kenaikan harga barangan keperluan sebaliknya beliau dan kelurganya masih berbelanja mewah di dalam dan di luar negara.
"Rakyat harus tumbangkan kerajaan yang zalim ini melalui peti undi pada PRU14. Inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini.
"Kerajaan yang beri jaminan harga, tidak dapat mengawal keadaan sekarang. Najib gagal mengawal penularan inflasi sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015," tegas beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Bukan Pas punca pembangkang berpecah - Tuan Ibrahim

Posted: 13 Jan 2017 04:30 AM PST

KOTA BHARU - Pas menafikan dakwaan parti itu menjadi punca pakatan pembangkang gagal bersatu dalam Pakatan Harapan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim Tuan Man Menurutnya, apa yang berlaku kini bukannya disebabkan Pas, malah bila timbul polemik dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas sudah memberi gambaran awal bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut.
"Awal-awal dulu pun, saya kata jangan salahkan Pas kalau Pakatan Rakyat berpecah. Waktu itu, Pas cuba pertahankan, namun tetap diserang secara berterusan.
"Semua pihak harus melihat perkara ini sudah berlaku dan tidak perlu salahkan mana-mana pihak pun. Yang pentingnya, Pas bukan punca, dakwaan itu sangat tidak berasas dan tidak betul,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

Semalam kata lain, hari ini kata lain plok.. Spin jgn tak spin.

Posted: 13 Jan 2017 04:23 AM PST

FAKTA:

Pengerusi MARA :
- Annuar Musa

Pengarah & Pemegang Syer syarikat THE RED WARRIORS SDN. BHD. (932459-X):
- Annuar Musa

Pengerusi UniKL :
- Annuar Musa

Pengerusi Pelaburan MARA Berhad
- Annuar Musa

UniKL & Pelaburan MARA Berhad di bawah MARA.

BN MENANG, RAKYAT SENANG diperbodohkan..

Posted: 13 Jan 2017 04:21 AM PST

Dah banyak kali kene tipu & diperbodohkan oleh BN, tu pon masih nak sokong & undi BN lagi..

Mana janji GST boleh turunkan harga barang?

Posted: 13 Jan 2017 04:20 AM PST

GST
SHAH ALAM - Selepas lebih setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), janji yang mengatakan pelaksanaan cukai baharu itu akan meringankan beban rakyat dilihat 'hanya indah khabar dari rupa'.
Malah kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, rakyat kini semakin dihimpit dengan kenaikan harga barang di samping keadaan pendapatan mereka yang tidak bertambah.
"Di manakah janji kerajaan Umno/BN yang sebelum ini memberi jaminan harga barang akan turun? Malah kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Aminolhuda, masih terngiang-ngiang ucapan sebahagian pemimpin dan menteri yang mengatakan pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang, namun ujarnya lagi perkara sebaliknya yang berlaku.
"Semasa kempen GST sedang rancak dijalankan kerajaan mendakwa tujuan pelaksanaannya untuk mengawal harga barang dan dapat menurunkan harga barang, kerana cukai sebelum guna pakai GST adalah 16 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng tidak berpuas hati dengan ‘siasatan remeh’

Posted: 13 Jan 2017 04:18 AM PST

Lim Guan Eng berkata mungkin polis juga perlu siasat MCA yang meminta DAP meninggalkan Pakatan.
lim-guan-eng-siasatGEORGE TOWN: Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan "siasatan remeh" terhadapnya berhubung catatan blog yang menggesa parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional meninggalkan perikatan itu apabila BN menyokong pindaan kanun jenayah syariah di Parlimen.
"Saya tidak mengkritik Umno, saya cuma minta parti BN tinggalkan perikatan itu apabila BN menyokong usul rang undang-undang persendirian PAS."
"Remehnya siasatan dan siasatan terhadap saya. Bergantung kepada polis untuk menjalankan siasatan atau tidak, tetapi siapa yang dapat faedahnya?" kata ketua menteri Pulau Pinang kepada pemberita selepas disoal polis selama 1 jam hari ini.
Menurut Guan Eng, 5 laporan polis dibuat terhadapnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sebelum ini, FMT melaporkan salah seorang pengadu merupakan seorang pelajar tingkatan 1 dari Ampang, Selangor.
Guan Eng tidak tahu siapa yang membuat laporan polis terhadapnya.
"Barangkali polis juga perlu siasat MCA yang menggesa DAP meninggalkan Pakatan?" katanya pada sidang media di Komtar. Turut hadir peguamnya, R S N Rayer.
Sebelum itu, 2 anggota daripada polis kontinjen Selangor menyoal Guan Eng berhubung catatan blog di limguaneng.com, bertarikh 23 November 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Polis siasat Guan Eng kerana laporan dibuat remaja 13 tahun

Posted: 13 Jan 2017 04:17 AM PST

Pelajar tingkatan 1 itu membuat laporan polis berdasarkan kenyataan Lim yang dimuat naik ke blog dan Facebooknya, November lalu.
lim-guan-eng-13GEORGE TOWN: Polis hari ini mengambil keterangan ketua menteri Pulau Pinang berdasarkan laporan polis dibuat seorang remaja berusia 13 tahun berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang dimuat naik ke blognya, November lalu.
Dua anggota polis berpakaian biasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tiba di pejabatnya di Komtar, kira-kira jam 11 pagi tadi untuk merekodkan keterangan Lim yang ditemani peguamnya, R S N Rayer.
Menurut laporan polis itu, pelajar tingkatan 1 dari Ampang itu membuat laporan kerana merasakan Lim menentang rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS di Dewan Rakyat.
Setiausaha agung DAP itu melalui kenyataan yang turut dimuat naik ke blog dan Facebooknya pada 23 November lalu, meminta MCA, MIC, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari BN kerana menyokong RUU 355.
RUU 355 pertama kali diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan lebih banyak kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Mujahid: Gerakan patut kritik sistem pendidikan negara

Posted: 13 Jan 2017 04:16 AM PST

Beliau berkata pelajar terdedah kepada rasisme bukan hanya di sekolah agama, tetapi juga di sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan.
Dominic-Lau-Mujahid-RawaPETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa menolak dakwaan Gerakan dan berkata tidak adil mengatakan hanya sekolah agama Islam yang mengancam perpaduan kaum di negara ini.
Mujahid berkata kenyataan Timbalan Presiden Gerakan Dominic Lau yang khusus terhadap sekolah agama itu menunjukkan beliau berusaha keras untuk mengelak daripada menyalahkan sistem pendidikan negara secara keseluruhan.
Lau pada sidang media semalam berkata sekolah agama menjadi ancaman sebenar kepada perpaduan, bukannya sekolah vernakular.
Dakwaan Lau itu berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.
"Sekurang-kurangnya di sekolah Cina kita mempunyai 12% pelajar bukan Cina," katanya.
Mujahid berkata jika kekurangan interaksi antara kaum di sekolah menjadi masalah, maka sekolah kebangsaan yang dilihat menjadi sekolah untuk semua kaum, tidak akan menyebabkan perpecahan kaum.
"Sama ada ia sekolah agama, sekolah vernakular atau sekolah kebangsaan, masalah besarnya ialah pelajar terdedah kepada pihak yang ada agenda rasis menyebarkan kenyataan berunsur rasis," katanya kepada FMT.
Beliau berkata masalah perpaduan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kegagalan kerajaan melaksanakan kemahuan politik untuk mengeluarkan kurikulum sekolah yang memastikan pelajar berbeza bangsa dan agama saling menghormati.
"Ini kekurangan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini bertambah buruk dengan sindiran perkauman daripada ahli politik dan ketaksuban agama mereka.
"Kenapa Gerakan tidak melihat perkara itu? Kenapa sistem pendidikan hari ini tidak dikritik?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi minta Bank Negara siasat pinjaman RM1b Felda

Posted: 13 Jan 2017 04:15 AM PST

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menulis surat kepada Bank Negara untuk meminta institusi itu menyiasat pinjaman diperoleh Felda.
Dalam surat dialamatkan kepada Datuk Muhammad Ibrahim itu Rafizi meminta gabenor Bank Negara menyiasat Felda mengikut Akta Antipengubahan Wang Haram (AMLA).
"Saya memohon supaya satu kertas siasatan di bawah AMLA (dan segala peruntukan undang-undang yang lain) dibuka dengan segera untuk menyiasat sama ada perjanjian pendanaan swasta melibatkan Perumahan Felda Sdn Bhd, Terranova Builders Sdn Bhd dan Putra Star Investment Holdings Pte Ltd melanggar apa-apa peruntukan undang-undang," katanya melalui surat berkenaan yang turut dihantar kepada media.
Kenyataan Rafizi itu dibuat berhubung tindakan Felda mendapatkan pendanaan swasta bernilai RM1 bilion untuk projek perumahan generasi baru Felda yang dikatakan belum dapat dilaksanakan kerana isu-isu teknikal dan pematuhan kepada perjanjian inisiatif berkenaan.
Felda mendapat pendanaan itu daripada syarikat Singapura, Putra Star Investment Holdings Pte Ltd (Putra Star).
Rafizi berkata beliau mahu tahu bagaimana Felda memperoleh pinjaman tersebut dan mendakwa, syarikat terkaya di dunia pun tidak akan memberikan pinjaman sehingga RM1 bilion tanpa sebarang cagaran.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil PKR dedah ‘bukti’ pembatalan tanah rizab Melayu di Pahang

Posted: 13 Jan 2017 04:13 AM PST

ADUN Semambu, Lee Chean Chung mendedahkan jawapan bertulis yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang November lalu, sebagai bukti bahawa sebahagian daripada kawasan simpanan Melayu Tok Sira di Kuantan telah dibatalkan status rizabnya.
"Pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira bagi hakmilik HS(D) 16495, Lot 51703, Mukim Bandar Kuantan, Daerah Kuantan telah dilakukan melalui Warta Kerajaan Pahang No 558 bertarikh 3 Ogos 2000," kata jawapan bertulis Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Menurut jawapan itu, pembatalan berkenaan dibuat atas permohonan sebuah syarikat swasta, selaras dengan status syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, yang mana pemilikan sahamnya tidak terhad kepada orang Melayu sahaja.
Adnan juga dilaporkan berkata pembatalkan itu dilakukan kerana kawasan tersebut juga berpotensi dikomersilkan bagi mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi berbanding statusnya sebagai kawasan simpanan Melayu.
"Walau bagaimanapun, pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira ini tidak diganti kerana mengambil kira kawasan Rizab Melayu yang telah diwartakan melebihi daripada Kawasan Rizab Melayu asal," petik jawapan itu.
Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Lee membidas keputusan kerajaan negeri Pahang itu.
Read More / Baca Lagi >>

GST: "Gigit Sampai Tulang" rakyat

Posted: 13 Jan 2017 04:12 AM PST


Aminolhuda HassanAminolhuda HassanSejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  pada 1 April 2015 kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa menindas rakyat kerana gagal menilai sistem dan melaksanakan dasar GST sebaik mungkin seperti dijanjikan kepada rakyat, kata Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan.
Beliau mendakwa, sebahagian pemimpin kerajaan dalam kempen GST menabur janji cukai 6% yang dikenakan ke atas rakyat tidak membebankan, namun terbukti selepas lebih setahun GST dilaksanakan rakyat semakin terbeban dengan peningkatan berterusan harga barangan keperluan.
"Semasa kempen GST sedang rancak dijalankan kerajaan UMNO-BN mendakwa tujuan pelaksanaan GST untuk mengawal harga barang dan dapat menurunkan harga barang, kerana cukai sebelum guna pakai GST adalah 16%.
" Sudah tentu dengan menggunakan sistem GST yang hanya 6% akan menurunkan harga barang keperluan rakyat.
"Tetapi hakikatnya harga barangan keperluan rakyat semakin meningkat.
"Situasi ini menunjukkan kerajaan telah gagal dalam menilai sistem GST dan melaksanakan dasar GST yang menindas ini," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor mempersoalkan janji kerajaan yang sebelum ini memberi jaminan harga barang akan turun.
"Malah kerajaan Umno-BN tidak dapat mengawal kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015.
"Berdasarkan laporan kewangan kerajaan hasil kutipan GST bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27 bilion.
"Manakala pada tahun 2016 pula, kerajaan telah berjaya mengutip sebanyak RM38.5 bilion dengan sasaran kutipan bagi tahun 2017 sebanyak RM40 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

'Walau dibidas teruk, Pejabat AG tak goyah' - Apandi Ali

Posted: 13 Jan 2017 04:12 AM PST

Pejabat Peguam Negara sejak lebih 12 bulan lalu, dihujani dengan pelbagai bidasan dan tohmahan serta persepsi berat sebelah, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.
Menurut beliau, terdapat juga mereka yang mempertikaikan komitmen Jabatan Peguam Negara dan berusaha untuk menegakkan pentadbiran yang adil dan cekap di negara ini.
"Tetapi seperti kata seorang bijak pandai, 'seseorang tidak boleh mengawal orang lain, tetapi dia boleh mengawal reaksi mereka!' Cabaran ini yang diharungi oleh Pejabat Peguam Negara.
"Walaupun dibidas dengan teruk, Pejabat Peguam Negara tetap tidak goyah," katanya.
Teks ucapan Apandi dibacakan oleh Peguam Cara Negara II Datin Paduka Zauyah Be Loth Kan pada majlis pembukaan Tahun Perundangan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya. Apandi tidak dapat menghadiri majlis itu kerana komitmen lain, kata Zauyah.

UniKL, Mara diarah tangguh sebarang tajaan tahun ini

Posted: 13 Jan 2017 04:10 AM PST


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata hanya tajaan berkaitan pendidikan dibenarkan, manakala sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.
"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.
"Apa-apapun saya akan dapatkan laporan. Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) yang mana bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan beliau telah menggunakan kedudukannya untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.
Annuar berkata Mara tidak pernah menaja TRW, selain tiada bayaran dikenakan untuk logo 'Mara 50th' yang dipamerkan pada bahagian lengan jersi pasukan itu musim lalu.

Jangan asyik nilai kestabilan ringgit, kata gabenor BNM

Posted: 13 Jan 2017 04:10 AM PST

Penganalisis dan pemerhati ekonomi tidak sepatutnya asyikmenilai tahap kestabilan ringgit, kata gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Katanya, ia bukan merupakan satu perkara yang betul dan produktif dilakukan.
"Penganalis dan pemerhati ekonomi telah memberikan beberapa pandangan. Ia seolah-olah mencadangkan bahawa ini ialah sasaran kita dalam memastikan kestabilan ekonomi. Ini adalah tidak tepat dan produktif," katanya ketika berucap di karnival kewangan anjuran bank pusat itu yang dihadiri oleh lebih 100 pembekal perkhidmatan kewangan.
"Sama ada ringgit berada di tahap baik atau tidak, biarlah permintaan dan penawaran pasaran menentukan. Kita tidak sepatutnya tertumpu pada mana-mana tahap tertentu," kata Muhammad kepada pemberita.
Menerusi langkah pada 2 Disember 2016, beliau berkata ringgit - yang menyusut 4.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat atau jatuh di bawah RM4.486 pada 2016 - telah menunjukkan tanda-tanda penstabilan.
"Ia akan mengambil masa beberapa bulan kerana penstabilan akan mengambil tiga hingga enam bulan sebelum ia boleh benar-benar menunjukkan hasil, tetapi keputusan awal menunjukkan ringgit telah sangat stabil," Muhammad menambah.

Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

Posted: 13 Jan 2017 04:07 AM PST

Biro Hal Ehwal Islam Perkasa berkata pemberian bantuan kepada SJKC dan pelajar bukan Bumiputera bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dr-Amini-Amir-Abdullah
PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji semula bajet dan peruntukan yang diberikan pada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana ia bertentangan dengan tafsiran hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata Biro Hal Ehwal Islam Perkasa.
Pengerusinya, Dr Amini Amir Abdullah berkata bukan Bumiputera sebenarnya tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan termasuk bidang pendidikan, kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ini berbeza dengan sekolah agama kerana kerajaan memang perlu membiayainya selaras dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Bukan Bumiputera tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan dalam konteks apa sekalipun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau dikecam apabila mengeluarkan kenyataan menggesa dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan dikaji semula.
Beliau mendakwa sekolah agama cenderung menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Pendidikan agama ancam perpaduan,ekstremis: Gerakan hilang arah

Posted: 13 Jan 2017 04:06 AM PST


Mohd Alif Anas Md NoorMohd Alif Anas Md NoorParti Gerakan semakin hilang arah apabila memainkan sentimen agama dengan kenyataan pemimpinnya sekolah agama ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini, kata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Setiausaha Agungnya Mohd Alif Anas Md Noor berkata  Gerakan sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)  harus tampil memberikan penjelasan kepada umat Islam di negara ini khususnya yang mendapat pendidikan asas di sekolah agama hingga ke pusat pengajian tinggi awam negara.
"Di saat ketidaktentuan politik dan rakyat berpecah belah di tambah pula sentimen agama Islam yang di mainkan oleh Gerakan ini menunjukkan bahawa parti ini semakin hilang arah , tidak menghormati sistem pendidikan agama lain dan tiada lagi mempunyai semangat perpaduan kaum di Malaysia," ujarnya.
Justeru katanya, GPMS mendesak Gerakan untuk tampil  memberi penjelasan kepada orang Islam dan imam-imam yang dilahirkan dari sekolah aliran agama adalah pengganas dan menjejaskan keselamatan negara.
"GPMS amat memandang serius terhadap tuduhan tidak bermoral ini dan berpendirian Gerakan wajib menghormati hak agama Islam yang merupakan agama rasmi yang telak termaktub dalam perlembagaan dan di ketuai oleh YDP Agong," ujarnya  kepada Malaysia Dateline.
Read More / Baca Lagi >>

'Malaysia tak akan jadi Sri Lanka pajak tanah pada China' - Johari Ghani

Posted: 13 Jan 2017 04:05 AM PST

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menafikan Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka yang terpaksa memajakkan hartanahnya untuk berhutang kepada China.
"Itu sri lanka, ini Malaysia," katanya ketika ditemui di satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas kenyataan seorang aktivis sosio ekonomi, Azlan Awang yang memberi amaran mengenai risiko Malaysia menghadapi masalah sama seperti Sri Lanka kerana berhutang kepada China.
Azlan yang juga timbalan pengerusi Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Bantah TPPA) berkata Malaysia perlu menanggung akibat jika projek mega berkaitan China gagal.
Beliau merujuk rusuhan berhampiran bandar pelabuhan Hambantota di selatan Sri Lanka, baru-baru ini kerana membantah perjanjian yang menyebabkan pelabuhan terbabit menjadi jajahan China.
Menerusi perjanjian, pelabuhan itu akan dipajak selama 99 tahun kepada sebuah syarikat, di mana China akan mempunyai 80 peratus pegangan.
"Bagi Malaysia, apa penaltinya jika kita gagal membayar hutang besar kita?" soal Azlan.
Beliau mendakwa pelaburan serta pinjaman "sembarangan dan melulu" Putrajaya akan menyebabkan "timbunan besar" hutang.
Menyangkal dakwaan itu, Johari berkata Malaysia hanya akan berurusan dengan syarikat korporat terkemuka dari China.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)