Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:16 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


AMANAH Sambut Ugutan & Cabaran PAS...

Posted: 05 Jan 2017 01:06 AM PST

Iskandar pertaruh Dun Chempaka bila ugut Amanah

Amanah akan memikirkan secara serius untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Chempaka yang diwakili Datuk Iskandar Abdul Samad memandangkan Naib Presiden Pas itu semalam memberitahu pihaknya 'menunggu' untuk dicabar.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Iskandar harus menerima akibat selepas mengamalkan politik 'mengugut' semata-mata mahu mempertahankan kerusi tradisi Pas.

"Kalau itu sikap Datuk Iskandar maka Dun Chempaka boleh menjadi satu eksperimen yang baik (untuk Amanah dan PAS bertembung).


"Selagi mana Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan bersikap mengugut begitu dan mengancam parti lain maka kita tidak ada jalan lain dan Dun Chempaka adalah merupakan satu contoh yang mana Datuk Iskandar boleh terima akibat daripada politik ugut mengugut ini," katanya seperti dilapor Antarapos hari ini.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Iskandar bahawa kedua-dua parti itu perlu menanggung akibat jika Amanah tetap mahu meletakkan calon di kerusi tradisi milik Pas pada PRU14.

Malah tambah Iskandar, Pas sedia untuk meneroka kawasan baru jika Amanah membuat langkah pertama dengan mengusik kerusinya.

Iskandar berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa partinya berminat untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya akan datang termasuk milik PKR dan Pas.

Membalas kenyataan itu,Salahuddin berkata Amanah akan pastikan Dun Chempaka terlepas dari gengaman Pas.

"Mungkin percubaan (pertembungan tiga penjuru) pertama yang paling balik ialah di Dun Chempaka.

"Kita akan pastikan kita menang dan yakin menang di kawasan yang kita nak bertanding dan telah membuat persiapan dan perhitungan berdasarkan kepada sokongan pengundi yang kita yakin," ujarnya seperti dipetik. -MD


Amanah kalau berani, sila lawan PAS


Amanah perlu berani bertanding melawan PAS jika berhasrat untuk menggantikan parti Islam itu di kawasan pilihan raya yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata apa yang penting ialah Amanah jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berdepan dengan parti Islam itu.

Katanya, parti itu tidak ada masalah jika Amanah hendak bertanding di kerusi yang dimenangi atau pernah ditandingi PAS kerana ia hak masing-masing dalam negara demokrasi.

"Tetapi kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sudah beberapa kali pemimpin Amanah mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di kerusi milik PAS termasuk di Selangor.

Amanah pernah berkata akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS dalam PRU lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi DUN dan 7 Parlimen.

Iskandar berkata parti itu sedia berdepan dengan "landskap politik baharu" dan siap sedia untuk menerokai kawasan baharu jika tiada persetujuan bagi pertandingan 2 penjuru dalam PRU. "Sama ada 2 penjuru atau 3 penjuru, jentera pilihan raya PAS bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

"Jika ada persetujuan untuk 2 penjuru, PAS boleh menghormatinya. Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku 'free for all', PAS bersedia untuk menerokai kawasan baharu," katanya.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Mohd Hatta Ramli sebelum ini berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi ditandingi PAS kerana Amanah tidak mahu menyentuh kerusi PKR atau DAP.

Ia susulan PKR dan DAP ialah sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan.
-FMT


ULASAN GB

PAS cakap besar pulak di Selangor walaupun tahu kedudukannya sendiri sudah tergugat di negeri itu.

Iskandar sendiri sebelum ini sudah mengetahui kedudukan partinya terancam di Selangor.


Walaupun PAS sudah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, tetapi enggan untuk melepaskan jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor yang DAP turut serta di dalam kerajaan berkenaan hanya kerana sayangkan pangkat dan fulus. Bukan AMANAH yang kata demikian tetapi Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat sebelum ini di dalam facebooknya yang telah menempelak pimpinan PAS Selangor kerana sayangkan pangkat dan jawatan.

Lantas Iskandar tempelak balik ulamak itu dengan menyatakan mereka (ulama-ulama PAS itu) duduk di dalam perigi buta.


Malah Iskandar pernah dimaki-hamun oleh ahli-ahli PAS sendiri yang taksub kepada Hadi kerana dituduh tidak wala kepada Presiden parti.


Lucunya, di dalam keadaan Iskandar yang kecelaruan dan caca-marba itu, sempat pula Iskandar mencabar AMANAH.

AMANAH yang menjadi komponen Pakatan Harapan bersama-sama dengan PPBM (Bersatu) sudah pun meletakkan azam dan tekad untuk pastikan UMNO BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya dikalahkan di dalam PRU14 nanti bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara!

VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS



Comments (0)