Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:14 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Kawad Cam: Mengapa Penyerangnya Tidak Hadir?

Posted: 17 Jan 2017 01:26 AM PST

Khalid kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan polis meminta beliau hadir melakukan kawad cam namun tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen November lalu.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

"Dari video yang dikongsikan saya dapati watak-watak utama tidak hadir untuk kawad cam itu di mana anak timbalan menteri yang terlibat pada ketika itu saya cari tidak ada.


"Ada dua, tiga individu yang bertindak kasar dengan salah seorang mereka memakai baju petak-petak pun tidak ada, yang bertakbir dan cakap banyak pun tak ada," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat parti AMANAH hari ini.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan orang mendakwa dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin juga merupakan ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

Mengulas lanjut Khalid yang juga Ketua Penerangan AMANAH Pusat berkata beliau telah meminta pegawai penyiasat mencatatkan segala komen beliau.

Dalam sidang media itu juga Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.

"Kita mengharapkan bahawa pihak pejabat Peguam Negara mengambil tindakan yang cepat, segera dan serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pejabat Peguam Negara itu sendiri kerana sudah banyak isu yang timbul seperti 1MDB," kata Khalid.

Katanya lagi, Speaker Dewan Negara Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga diminta memainkan peranan beliau dengan mengkaji apakah tindakan sewajarnya ke atas anggota Parlimen Pasir Salak.

"Tan Sri Speaker juga perlu memikirkan dan mempertimbangkan tindakan yang wajar untuk kita bendung kes-kes sebegini.

"Kalau tidak ada apa tindakan akan adalah yang akan membawa penyokong mereka sendiri dan kita akan melihat satu keadaan yang huru hara di dalam Parlimen itu sendiri kerana tidak ada tindakan yang tegas.

Tambah Khalid, apa yang berlaku pada 24 November itu boleh dielak sekiranya speaker mengambil tindakan tegas mengawal ucapan di dalam Dewan Rakyat.

VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Ini sesuatu yang pelik.

Bagaimana para penyerang sebenar terhadap Khalid Samad tidak hadir di dalam kawad cam?

Perbuatan menyerang seseorang yang lain apatah lagi seorang ahli parlimen di kawasan parlimen adalah satu jenayah dan tidak menghadirkan diri di dalam kawad cam adalah tambahan kepada satu jenayah lain.

Polis sepatutnya bertindak tegas. Kita sentiasa meminta agar polis melaksanakan kerjanya secara professional, adil dan tidak pilih kasih apatah lagi di dalam perkara-perkara yang melibatkan jenayah. Integriti polis sentiasa menjadi perbualan di kalangan rakyat dan pihak polis perlu sedia untuk menahan mana-mana pihak without fear or favor.

Jika tidak, maka rosaklah perpaduan dan ketenteraman rakyat, binasa dan hancurlah negara,



FEATURED ADS



Tidak Hadir Perhimpunan PPBM, Jelas PAS Pro-UMNO BN

Posted: 16 Jan 2017 09:21 PM PST

Tiada wakil, Mahfuz kritik tindakan parti

BEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, di sini, malam kelmarin, demikian lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.


"Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok 'grand coalition' dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.

"Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, malam kelmarin.

Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.

Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.

"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi," katanya.

Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salehuddin Ayub berpendapat bahawa ketidak-hadiran PAS itu akan dinilai oleh rakyat bahawa PAS sebenarnya berada di sebelah Barisan Nasional walaupun mereka menafikan beberapa kali (dan kononnya) mereka menentang BN.

"Oleh itu, perhimpunan ini membuktikan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya yang pro Pakatan Harapan atau pro Barisan Nasional," ujarnya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir di dalam ucapan pelancaran parti berkenaan telah berkata:

"Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang," katanya yang pemerhati politik menyifatkan ia merupakan satu tempelakan kepada PAS.

"Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya," tambahnya.

Beliau menambah bahawa Pakatan Harapan dan PPBM akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih kerana rakyat faham hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka tidak lain tidak bukan sebenarnya menyokong Najib dan mereka tidak akan menang.







FEATURED ADS



Comments (0)