Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:17 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Hipokrit Darjah Tertinggi Umpama Ketam Menyuruh Anak Berjalan Betul

Posted: 11 Jan 2017 01:55 AM PST

Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang 'derma' berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.

"Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit," katanya dalam satu kenyataan.


Najib ketika bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam berkata, siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.

Beliau berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

"Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

"Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

"Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu," kata Najib.

Mengulas lanjut, Kit Siat yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah secara sinis menyatakan beliau akan 'terkejut' jika 99 peratus pegawai Jabatan Perdana Menteri yang mendengar ucapan Najib pagi tadi tidak terfikir tentang status Malaysia sebagai kleptokrasi global, skandal 1MDB dan gelaran 'MO1'.

Ia berikutan ketiga-tiga isu berkenaan mendapat liputan luas seluruh dunia sehingga Najib pernah dikatakan sebagai antara Menteri Kewangan terburuk Asia.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin NGO seperti Cynthia Gabriel dari C4 dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut meminta Najib selaku ketua kerajaan menjadi contoh pentadbiran yang telus dan amanah kepada pegawai-pegawai lain. -MD


'Ikut apa PM cakap, bukan apa dibuat'


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.

"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat menunjukan beliau sekadar mahu menunjukan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaanlah yang menjadi punca segala masalah gejala rasuah dan ketirisan perbelanjaan wang negara.

"Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat dan jangan amalkan rasuah walaupun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma," sindir Mahfuz yang mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, beberapa siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat

Jelas Najib, kes-kes sedemikian yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

"Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

"Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

"Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu," kata Najib lagi.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, para pegawai kerajaan dan rakyat sedar yang hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat dalam pengambilan rasuah.

"Tetapi mereka juga mempersoalkan kenapa kes berprofil tinggi yang membabitkan kepentingan individu kuasa politik tiada sebarang tindakan.

"Sebaliknya Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM yang fokusnya kes berprofil tinggi dikecilkan dan pegawai-pegawai SPRM pula dipersalahkan sehingga menjadi mangsa pemerintah.

"Bagaikan 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul', sedangkan yang memberi nasihat, dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya," kata beliau lagi.

Pada masa yang sama, Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib selaku presiden Umno tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat.

"Semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno yang lalu, kenapa Najib tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno seperti perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat," tambah Mahfuz.
-mk


VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Apa lagi yang boleh diulas mengenai kenyataan Najib itu kecuali ia satu hipokrasi darjah tertinggi!

Melarang penjawat awan jangan ambil wnag rakyat sedangkan satu dunia sudah mendedahkan tentang MO1 yang telah merembat wang rakyat melalui 1MDB.

Ia umpama ketam yang mengajar anak berjalan betul!


FEATURED ADS



Comments (0)