Followers

Nuffnang

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted by Unknown | Posted on 1:52 PTG | Posted in

sumber :-

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Anwar Ibrahim Masih Digeruni dan Menjadi Faktor Penting Terhadap Politik Negara

Posted: 05 Jan 2017 11:58 PM PST




Kenyataan Media Keadilan Bayan Baru

6 Jan 2017
1445hrs

*Anwar Ibrahim Masih Digeruni dan Menjadi Faktor Penting Terhadap Politik Negara*

Keadilan Bayan Baru kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab merobohkan 11 "billboard" Solidariti Bersama Anwar Ibrahim sekitar Pulau Pinang dan merosakkan 20 kain rentang sempena kes beliau di Mahkamah Georgtown Pulau Pinang pada 9 januari 2017. Sebelum ini sudah ada kejadian sebegini, namun atas nasihat pihak berkuasa, pihak Keadilan Pulau Pinang sudah mengikut kehendak dan kemahuan pihak berkuasa dengan tidak menggunakan perkataan *bebas Anwar*.


Tindakan ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Anwar Ibrahim masih digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara. Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan tidak bertamadun ini hanya akan menimbulkan rasa jelek rakyat. Keadilan Bayan Baru percaya rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi ini. Rakyat Malaysia sudah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik jahat ini.

Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuh sokongan rakyat terhadap PH. Justeru, pihak Keadilan Bayan Baru menyeru rakyat untuk terus berani dan bersolidariti dalam himpunan "Solidariti Bersama Anwar Ibrahim" di hadapan mahkamah tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 9 januari 2017, iaitu pada hari isnin jam 8.30 pagi



Ahmad Azrizal Tahir
Timbalan Ketua Cabang
Keadilan Bayan Baru
Pulau Pinang

Comments (0)