Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:35 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


ADAKAH PERLANTIKAN SHAHRIR BUKTI GAGALNYA ISA MENJAGA PENEROKA?

Posted: 08 Jan 2017 07:59 AM PST

shahbudindotcom


Mungkin hanya kebetulan, Felda kini diterajui oleh dua anak "Pak Samad" secara serentak. Dalam rombakan yang diumumkan semalam, Isa Samad dikekalkan sebagai Pengerusi Felda Global Venture Bhd atau FGV dan Shahrir Samad pula dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Dalam pengumuman yang dibuat Najib Razak, dilaporkan bahawa dengan perlantikan Shahrir itu bermakna terdapat pembahagian tanggungjawab antara menjaga kebajikan dan sosio ekonomi peneroka (kini akan dikemudi oleh Shahrir) dengan menguruskan perniagaan yang akan dijaga sepenuhnya oleh Isa.

Difahamkan juga, Isa dan Shahrir akan duduk di pejabat yang bersebelahan di Menara Felda, tetapi kedua-duanya akan berada di bawah pengawasan Najib.

Ramai yang keliru dengan perlantikan itu kerana sesuaikah Shahrir untuk menguruskan hal ehwal peneroka Felda berdasarkan karektornya yang agak "urban", manakala Isa yang lebih "kampung" pula menguruskan entiti perniagaan FGV yang bertaburan di seluruh dunia?

Mereka lebih bersetuju, jika pun pengasingan mahu dilakukan, Shahrir yang seharusnya menjaga FGV dan Isa menguruskan Felda. Cara bercakap dan bahasa Isa dikatakan lebih sesuai difahami oleh peneroka.

Tetapi, apakah dengan memberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal peneroka kepada Shahrir, ia bermakna Isa telah gagal dalam tanggungjawabnya kepada peneroka Felda sebelum ini, terutama berkaitan perumahan generasi kedua yang banyak menimbulkan rungutan?

Apakah pengasingan ini ada kaitan dengan kedudukan kritikal
kawasan Felda yang menguasai atau menjadi penentu kemenangan di 54 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang PRU 14 akan datang?

Apakah juga perlantikan Shahrir ada kaitan dengan usaha untuk meyakinkan peneroka dan rakyat seluruhnya berkaitan pembelian saham ladang Eagle High di Indonesia yang menjadi pertikaian ramai sekarang ini?

Untuk sementara, mari kita teliti ulasan Rafizi Ramli mengenainya.


PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR SAMAD: PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR

Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang datang secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab angka-angka yang saya utarakan.

Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.

Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Dato' Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya. Di dalam Jemaah Menteri Malaysia iaitu badan eksekutif tertinggi di negara ini, tanggungjawab menyelia dan memajukan Felda terletak di bawah portfolio Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau perlu turut sama meletakkan jawatan atas kegagalan memajukan Felda dan masyarakat peneroka.

Sedang saya mengalu-alukan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan iaitu:

1. Keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan di dalam syarikat perladangan Indonesia (Eagle High Plantations) yang dimiliki sahabat baik Perdana Menteri pada harga yang 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)

2. Prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang yang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang susut dari berbilion ringgit sebelum itu kepada RM291 juta sahaja (tahun kewangan 2014)

3. Kemampuan Felda untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian yang dicatatkan)

4. Kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Najib sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Tan Sri Shahrir Samad dengan segera mengumumkan pembentangan Kertas Putih mengenai Prestasi Kewangan dan Masa Depan Felda di persidangan Parlimen akan datang dalam bulan Mac ini.

Sementara itu, saya akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan untuk mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Shahrir Samad.

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN.
NAIB PRESIDEN KEADILAN
 
 
 

Permukaan ais Antartika akan pecah

Posted: 08 Jan 2017 07:53 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ANTARTIKA: Sepuluh peratus permukaan Antartika yang retak sejak Ogos akan pecah dan mencipta bongkah ais (iceberg) gergasi seluas 5,000 kilometer persegi.
 
Menurut laporan CNN, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Larsen C terletak di barat Antartika.
 
Retak Larsen C mula-mula dikesan oleh pasukan penyelidik, Project Midas pada Ogos.
 
MIDAS juga melaporkan retak Larsen C semakin bertambah sebanyak 22 kilometer dalam tempoh enam bulan.
 
Pada Disember, retak Larsen C semakin teruk dan bertambah sebanyak 18 kilometer untuk tempoh sebulan.
 
"Apabila ia berpisah, Larsen C akan kehilangan lebih sepuluh peratus permukaannya dan mengubah landskap Antartika," kata Ketua Penyelidik Midas, Profesor Adrian Luckman.
 
Midas mengatakan, risiko untuk seluruh permukaan Larsen C untuk menjadi tidak stabil selepas berpecah adalah tinggi.
 
Midas bagaimanapun gagal mengaitkan peningkatan suhu dunia sebagai punca fenomena berkenaan.
 
Pada 2002, 'jiran' Larsen C, Larsen B berpecah dari permukaan utama dan menjadi serpihan kecil, manakala pada 1995 pula, Larsen A pecah pada kadar yang sama.
 
 

Terserah kepada kepimpinan parti untuk hadir atau tidak Himpunan 355 - Pemuda MIC

Posted: 08 Jan 2017 07:20 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
SHAH ALAM: Sayap Pemuda MIC membayangkan partinya tidak akan menyertai Himpunan 355 anjuran PAS pada 18 Februari ini. 
Menurut ketuanya C Sivaraj, Pemuda MIC akan akur dengan segala keputusan mengenai sokongan terhadap pindaan itu yang akan diputuskan oleh kepimpinan parti.
"Saya (sayap Pemuda) mengikut kepimpinan MIC yang kita tidak sememangnya tidak setuju dengan pindaan tersebut. Terserah kepada kepimpinan sama ada nak hadir atau tidak. Mereka yang akan buat keputusan dan kami ikut apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan MIC. 
"Tapi setakat ini saya rasa kepimpinan akan membuat keputusan untuk tidak menghadiri, tapi saya tidak pasti," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya mempelawa kesemua parti politik termasuk DAP, Amanah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menghadiri Himpunan 355 bagi mendapatkan penerangan mengenai keperluan meminda Akta Mahkamah Syariah.
Menurut Tuan Ibrahim juga, himpunan yang dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis itu turut bertujuan 'memurnikan suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan langkah PAS membawa usul pindaan terhadap Akta 355.
"Inisiatif dia (PAS) bagus sebab nak beri penerangan tentang (pindaan) akta tersebut seperti yang digalakkan tapi dari aspek pendirian (MIC), parti sudah berkata tidak begitu setuju dengan pindaan RUU355. 
"Tapi saya rasa adalah menjadi tanggungjawab mereka kerana mereka (PAS) yang bawa pindaan akta itu, jadi mereka perlu terangkan kepada semua, bukan kepada parti-parti politik tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia apa kandungan tersebut dan kenapa ia berbeza dengan hudud," kata Sivaraj merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim.
Pada 24 November lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang meminta proses huraian bagi cadangan pindaan RUU itu ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan bagi mengelakkan kekeliruan.
Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.
RUU 355 berkenaan akan dibawa ke sidang Parlimen untuk kali ketiga Mac ini selepas melalui dua kali penangguhan sebelum ini.

'Ini salahguna jet kerajaan, bukan isu bersama keluarga'

Posted: 08 Jan 2017 07:16 AM PST

MALAYSIAKINI
 



Kontroversi mengenai percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bukan mengenai percutiannya, tetapi jet kerajaan yang dikesan di beberapa lokasi di mana keluarganya bercuti, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh.

Beliau mengulas kenyataan pembantu kepada isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor, yang berkata PM berhak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarganya.

"Rizal Mansor terlepas sesuatu yang amat penting dalam isu ini, iaitu sama ada terdapat sebarang salah guna kuasa oleh Perdana Menteri Najib yang terbang dengan keluarga ke seluruh dunia menggunakan jet kerajaan dan bukan untuk tujuan rasmi," kata Wong dalam kenyataan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan jet kerajaan 9M-NAA itu dikesan terbang merentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti di sana, berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial oleh anaknya, Norashman.

Menjawab perkara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Najib berhak menggunakan jet untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, Wong berkata Nur Jazlan gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai hak dan kelayakan Najib menggunakan pesawat tersebut.

Selepas laporan Malaysiakini berdasarkan data dari laman web pengesanan penerbangan flightaware.com, maklumat mengenai jet kerajaan titu dibuang daripada laman web berkenaan yang dikatakan atas permintaan pemilik jet.

Data penerbangan itu juga tidak ada di laman web pengesanan penerbangan popular, Flightradar24.

Syed Saddiq sedia gerakkan 'armadanya' dalam politik

Posted: 08 Jan 2017 07:13 AM PST

 

Sebagai "kapten" sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang digelar Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman bersedia menggerakkkan "armadanya" melawan arus politik.

Syed Saddiq berkata seramai 21 barisan pemimpin exconya dan 12 ketua penyelaras negeri dipilih
menerusi proses  'temuduga korporat' yang telah menarik lebih 1,000 permohonan.

"Daripada jumlah pemohon itu, mereka yang terpilih dipanggil untuk ditemuduga.

"Ini adalah cara yang paling inklusif untuk memastikan bahawa semua pemohon akan dinilai berdasarkan meritokrasi dan secara demokratik," katanya.

Antara lain, Syed saddiq berkata barisan kepimpinannya termasuk seorang doktor, ahli perniagaan, orang kurang upaya, bekas pemimpin mahasiswa dan tiga mahasiswa dari universiti tempatan.

"Kami tidak menyesal mengatakan kami mewakili kelompok otomotif, kelab kereta, individu kurang upaya dan lain-lain.

"Meskipun orang mengatakan BERSATU seperti UMNO, kami membuat satu titik awal, dasar Armada harus ada setidaknya seorang anggota (Exco) bukan-bumiputera untuk memastikan bahawa dalam jangka panjang kami akan menjadi parti inklusif ," katanya.

Dalam hal keanggotaan, katanya sayap Armada terbuka kepada anggota berusia antara 15 dan 35 tahun yang pada ketika ini mewakili sekitar 40 peratus daripada jumlah anggota berdaftar.

Syed saddiq juga menyatakan terima kasih kepada Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengakui peranan golongan muda dengan melantiknya sebagai naib presiden.

Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .

Posted: 08 Jan 2017 07:01 AM PST

Bernama ·


 


KUALA LUMPUR – Pelantikan semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) adalah penting untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras syarikat.

Sambil mengalu-alukan pelantikan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata ia juga menjamin kesinambungan yang diperlukan agar perbelanjaan pentadbiran kekal rendah, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras atau tidak berdaya maju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menggantikan Mohd Isa yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya.

Bagaimanapun Mohd Isa kekal sebagai Pengerusi FGV. Najib berkata, di bawah penstrukturan semula itu, terdapat pembahagian tanggungjawab menjaga kebajikan dan status sosio-ekonomi peneroka serta perniagaan FELDA.


"Mohd Isa menjadi pengerusi syarikat itu sejak 2011.

"Sepanjang tempoh itu, beliau menunjukkan kualiti kepemimpinan yang hebat dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan nilai pemegang saham terjamin," kata Zakaria dalam satu kenyataan kepada BERNAMA.

Bekas CEO agensi kerajaan ditahan SPRM

Posted: 08 Jan 2017 06:38 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Pegawai SPRM menahan suspek berusia 62 tahun itu di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam pada pukul 5.15 petang Ahad.
 
Suspek, yang juga bekas pengarah urusan sebuah agensi kerajaan dan bergelar 'Datuk' didakwa meminta rasuah sebanyak RM36,000.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan menambah suspek akan didakwa di mahkamah Shah Alam pada Isnin.
 
 

Malaysia sedia hadapi pembatalan TPP

Posted: 08 Jan 2017 06:36 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak diteruskan berikutan kenyataan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menarik keluar negara itu daripada TPP.
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan membayangkan negara ini mungkin menerima kesan negatif jika inisiatif itu tidak dilaksanakan kerana kajian mendapati TPP membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perolehan dan peluang pekerjaan.
 
Menurutnya, TPP akan gagal tanpa penyertaan AS memandangkan Washington adalah ekonomi terbesar dunia yang menguasai 40 peratus ekonomi global "Kalau AS tidak meneruskan TPP ini, saya rasa dia (Donald) juga akan menghadapi masalah kerana dia tidak sedar ini adalah satu trend yang mana 420 daripada 620 perjanjian perdagangan bebas telah dimuktamadkan.
 
"Jika AS memilih untuk menutup pintu bermakna barangan dia tak boleh dieskport dan barangan dari negara lain pun tidak boleh masuk dan ini akan menjejaskan ekonomi dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam di sini, hari ini.
 
Beliau mengambil contoh cukai import barangan elektrik dan elektronik yang dikenakan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran AS kini adalah purata lima peratus namun dengan TPP, duti ke atas produk berkenaan akan dimansuhkan.
 
TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan sebagai sebahagian besar daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010.
 
Pakatan yang melibatkan 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS, Vietnam dan Malaysia, memuktamadkan rundingan TPP di Atlanta pada 5 Oktober 2015 dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Februari 2016.
 
TPPA yang dikatakan sebagai pakatan perdagangan terbesar, paling menyeluruh dalam sejarah dan dianggap sebagai perjanjian perdagangan utama, menetapkan standard yang tinggi dalam perjanjian pelbagai hala.
 
 

MCA dakwa Himpunan 355 bakal cetus masalah agama

Posted: 08 Jan 2017 03:23 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: MCA tidak akan menghadiri Himpunan 355 yang dianjurkan PAS pada 18 Februari depan.
 
Menurut Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun, keputusan itu senada dengan pendirian MCA selama ini yang menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Kita tidak akan menghadiri (perhimpunan PAS). Malah kita menyeru supaya tidak diadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menimbulkan masalah di antara agama," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Chew yang ditanya sama ada MCA telah bermesyuarat sebelum memutuskan perkara berkenaan berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.  
 
"Tak perlu kita bermesyuarat kerana ini adalah pendirian kita, bahawa tidak akan menyokong apa yang dicadangkan oleh PAS," tegasnya lagi.
 
PAS semalam mengumumkan akan menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari depan sebagai satu lagi usaha memberi penerangan bersabit cadangan pindaan RUU 355, yang telah melalui dua kali penangguhan di Parlimen.
 
Cadangan pindaan tersebut menurut PAS adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tujuan penganjuran himpunan itu juga adalah untuk 'memurnikan suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju terhadap langkah itu.
 
Himpunan yang turut dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis itu turut menjemput kehadiran parti-parti politik termasuk DAP, Amanah dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
 
MCA sebelum ini lantang menolak RUU 355 dengan memberi alasan ia bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya.
 
Mereka juga menyatakan kebimbangan masyarakat Cina bahawa cadangan PAS itu sebagai usaha untuk melaksanakan hudud di negara ini yang akhirnya akan menyebabkan sistem perundangan Malaysia akan terbahagi kepada dua.
 
 

Comments (0)