Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 3:59 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan

Posted: 05 Jan 2017 02:03 AM PST

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki yang meminta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah anaknya.

"Awal pagi tadi jam 1.21 pagi, seorang bapa mengetuk pintu pagar rumah saya untuk meminjam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya.

"Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis lewat malam.

"Inilah keadaan rakayat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan anak, pejabat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi," katanya di Facebook.

untitled

Posting itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan.

Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang.

"Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya ingin meneruskan kehidupan sedia ada," katanya.

Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.-AA-

Majikan mohon Perdana Menteri tarik balik

Posted: 05 Jan 2017 01:41 AM PST

Majikan mohon Perdana Menteri tarik balik
 

MAJIKAN mohon  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik langkah baharu yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Seramai 159 penggiat industri menyatakan hasrat demikian, memandangkan langkah berkenaan tidak mampu menyelesaikan matlamat mengurangkan jumlah pekerja asing di Malaysia.

Malah, golongan penggiat industri itu tidak menolak kemungkinan jika majikan perlu menanggung kos kenaikan levi, mereka akan memindahkan kos kenaikan tersebut kepada pengguna.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, semua 159 penggiat industri telah setuju menghantar surat rayuan kepada perdana menteri agar menarik balik keputusan tersebut.

"Langkah terbaru ini akan bawa kesan buruk kepada majikan, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Kami akan sertakan surat dan dokumen rasmi berhubung perkara itu kepada perdana menteri," kata Shamsuddin kepada Sin Chew Jit Poh.

Katanya, semua industri tidak berpuas hati kerana kerajaantidak membincangkan dasar itu terlebih dahulu sebelum ia dikuatkuasakan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng menegaskan, pihak persatuannya tetap membantah keputusan kerajaan mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa tahun ini.

"Pelaksanaan gaji minimum RM1,000 kepada pekerja sebelum ini sudah banyak memberikan tekanan kepada pihak majikan, kini dikuatkuasakan pula pembayaran levi pekerja asing. Ini sudah tentu membebankan pihak majikan," kata Chee Meng.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan langkah terbaru itu bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal.

"Bermula tempoh ini, majikan tidak lagi dibenarkan untuk buat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi," katanya.

Menurutnya, perubahan dasar itu akan meletakkan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin

Laporan : Ringgit dijangka jatuh lagi.

Posted: 05 Jan 2017 12:44 AM PST

MALAYSIAKINI



Ringgit yang menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu dijangka akan menurun lagi, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.

BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.

"Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.

"Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing," kata firma berkenaan, memetik laporan Bloomberg.

Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998.

Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.

Mengulas lanjut, kata BMI Research, ringgit bagaimanapun mungkin dapat memulihkan kerugian dalam jangka masa panjang ekoran kenaikan harga komoditi seperti minyak dan lonjakan perdagangan.

"Kedudukan fiskal Malaysia yang agak positif Malaysia berbanding Amerika Syarikat juga mampu menjurus kepada tekanan inflasi yang rendah," jelasnya

Pengurus bank di Singapura didakwa berkaitan 1MDB

Posted: 05 Jan 2017 12:40 AM PST

SINAR HARIAN


Pengurus bank di Singapura didakwa berkaitan 1MDB
Jens Fred Sturzenegger didakwa atas berkaitan skandal 1MDB. - Foto oleh Wee Teck Hian


SINGAPURA - Warga Switzerland, Jens Fred Sturzenegger didakwa berhubung siasatan Singapura terhadap skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), menjadikan individu kelima didakwa di sini.

Lelaki berusia 42 tahun itu, yang merupakan pengurus cawangan Falcon Private Bank, didakwa pada Khamis dengan 16 pertuduhan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dan memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa, lapor Channel News Asia.

Kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan antara tahun 2013 dan tahun lalu.

Pihak berkuasa Kewangan Singapura (MAS) menutup Falcon Private Bank pada Oktober lalu dan Sturzenegger ditahan oleh Jabatan  Hal Ehwal Komersial pada 5 Oktober tahun lepas.

Salah satu tuduhan menyatakan Sturzenegger didakwa bersubahat gagal melaporkan urus niaga mencurigakan yang melibatkan aliran masuk kira-kira AS$1.265b (RM5.67b) ke dalam dua akaun Falcon bank pada Mac 2013.

Dalam satu lagi pertuduhan, dia dituduh bersubahat dengan Cidy Widjaja, ketua pematuhan Falcon Bank untuk memberi maklumat kepada kakitangan MAS yang diketahuinya sebagai palsu.

Dia didakwa meluluskan maklumat dari Widjaja yang memaklumkan kepada Pegawai MAS bahawa orang yang berurusan dengan bank adalah Encik Tan, sedangkan bank sebenarnya berurusan dengan ahli perniagan Malaysia, Low Taek Jho yang  dikatakan menggunakan alamat emel yang menunjukkan dengan nama keluarga Tan.

Kesalahan tersebut dikatakan berlaku pada Julai 2015.

Sturzenegger hadir ke mahkamah bersama peguamnya Tan Hee Joek dan memaklumkan niatnya untuk mengaku bersalah.

Kesnya akan didengar lagi pada 11 Januari.

Tahun lalu, tiga individu telah disabitkan dengan peranan mereka yang berkaitan dengan skandal 1MDB di mana berbilion-bilion dolar telah dikatakan disalahgunakan daripada dana pelaburan negeri.

Bekas pegawai bank BSI, Yak Chee Yew dan Yvonne Seah Yew Foong telah disabitkan membantu untuk memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan.

Yak dijatuhi hukuman 18 minggu penjara dan denda AS$24,000 (RM75, 073) manakala Seah telah diserahkan dua minggu penjara dan denda AS$10,000 (RM31, 280).

Bulan lalu, bekas eksekutif BSI Yeo Jiawei dijatuhi hukuman penjara 30 bulan ke atas empat tuduhan menggangu saksi.

Dia menghadapi tujuh pertuduhan lain yang melibatkan penipuan, penggubahan wang haram dan pemalsuan.
Yeo mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low yang dianggap oleh polis Singapura menjadi "suspek utama" dalam siasatan penggubahan wang haram.


Sekolah ditutup kerana banjir tidak perlu diganti

Posted: 05 Jan 2017 12:32 AM PST

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
 
PASIR MAS - Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sebanyak 72 sekolah di Kelantan dan Terengganu ditutup akibat banjir.

Daripada jumlah itu, 38 sekolah turut dijadikan usat Pemindahan Sementara (PPS), katanya kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini yang dijadikan PPS.

Mahdzir berkata kira-kira 15,000 pelajar di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak Ahad lepas dan berdasarkan keadaan cuaca yang baik, sekolah yang ditutup itu mungkin boleh dibuka semula minggu hadapan.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri di dua negeri terbabit perlu membuat laporan segera untuk proses membaik pulih perabot, kerusi meja serta alat pendawaian sekolah yang rosak.

"Kementerian akan memberi peruntukan segera bagi membaiki segala kerosakan yang dialami," katanya. - Bernama


Tangkap KSU, tetapi apa berlaku kepada kes SRC, soal Tuan Ibrahim

Posted: 05 Jan 2017 12:22 AM PST

 MALAYSIA DATELINE


Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man


Bagi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, penahanan seorang Ketua Setiausaha kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan 'persaraan awal' bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain.

Malah beliau menimbulkan persoalan, kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  dapat bertindak kepada pejawat awam tetapi tidak kepada ahli-ahli politik.

Menurut Tuan Ibrahim, penahanan KSU ini sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata "amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah."

"Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar?

"Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?," soal beliau yang terus mempertikaikan kewibawaan SPRM.

Katanya, penyataan 'Undang-undang sarang labah-labah' dan perasaan kecewa yang diluahkan Bahri sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha sebuah kementerian atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, kata beliau, sebenarnya penahanan KSU berkenaan menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB, yang melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Katanya, kecekapan SPRM dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan.

"Segala tindakan perlu adil dan kelihatan adil, tanpa sebarang pilih kasih.

"Jangan sampai penjawat awam merasakan mereka dijadikan kambing untuk orang politik berkuasa kelihatan alim.

"Oh ya, apa khabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?" soal beliau menyindir apakah tindakan SPRM kepada menteri berkenaan.

Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid

Posted: 05 Jan 2017 12:19 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid Ibrahim


Orang Melayu tidak memusuhi dan takut kepada DAP kerana mereka tidak mengenali parti itu sebagaimana yang dimomokkan oleh bekas naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan pemimpin Umno bahawa parti itu anti Melayu dan Islam.

Dakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memperalatkan Umno dengan melabelkan DAP anti Melayu dan anti Islam.

"Malah ramai yang percaya bahawa ini akan menjadi isu utama dalam pilihan raya akan datang.

"Pandangan saya orang Melayu tidak memusuhi dan tidak takut kepada DAP.

" Mereka tidak mengenali lebih dekat tentang parti itu selain daripada apa yang diberitahu oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan Umno.

"Melayu umumnya malu dan tidak ekspresif dalam pemikiran mereka.

"Mereka tidak akan mengangkat tangan untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka, sebaliknya akan menolak untuk mengundi Umno," ujar Zaid dalam kenyataan di blognya hari ini.

Zaid yang juga bekas Senator berkata, walaupun orang Melayu tidak dilihat keluar beramai-ramai mendengar ceramah atau menyertai DAP tetapi mereka ujarnya, penyokong senyap kepada peti undi.

"Mereka telah melihat sumbangan parti itu dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

"Sebab mengapa Umno bimbang adalah semata-mata kerana taktik mereka menimbulkan ketakutan bahawa DAP anti-Melayu tidak berfungsi.

"Parti itu menang pilihan raya lalu kerana sokongan pengundi Melayu di banyak kerusi separa bandar.
"DAP dan pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam kategori ini jika orang Melayu benar-benar menentang DAP.

"Tetapi mereka pasti akan menyokong calon pembangkang dengan cara mereka sendiri, secara senyap di pusat mengundi," ujarnya.

Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan ini juga berkata, jika pembangkang benar-benar mahu memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu mempunyai semangat kerjasama rapat dengan DAP yang  akan memaksimumkan peluang untuk membentuk kerajaan baharu kelak.

"Jika sesetengah daripada pemimpin masih tidak selesa dengan DAP termasuk segelintir  orang Melayu yang masih lagi tidak selesa atau takut kepada DAP inilah masanya mereka perlu sedar untuk bangkit bersama rakyat.

"Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melihat pembangkang berstruktur dan teratur supaya mereka boleh merasa yakin Najib boleh ditumbangkan kuasanya.

"Mereka tidak peduli jika ia DAP, Amanah, PKR atau Bersatu yang melakukannya. Mereka mahu Najib turun.

"Jangan merumitkan keadaan dengan menanamkan rasa takut cara Umno mengamalkan politik mereka. Rakyat mahukan kemenangan dan kita perlu memberikan kemangan itu," ujarnya.

Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan

Posted: 05 Jan 2017 12:13 AM PST

MALAYSIAKINI



Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.

Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.

Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.

Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.

1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.

Warganegara Switzerland Tan Hee Joek yang ditangkap Oktober lalu mungkin membuat pengakuan bersalah, kata peguamnya daripada tetuan Tan See Swan & Co kepada mahkamah.

Bagaimanapun tidak jelas pengakuan bersalah akan dibuat terhadap pertuduhan yang mana. Pendengaran kes ditetapkan apda 11 Januari.

Tahun lepas tiga bekas pekerja BSI dipenjarakan. Ia juga menyaksikan rampasan aset dan penutupan beberapa bank – tindakan paling keras terhadap pengubahan wang haram di negara itu.

Republik itu menggelar kes berkaitan 1MDB sebagai paling rumit, canggih dan kes terbesar pengubahan wang haram yang pernah ditanganinya.

Kenapa SPRM nafikan kenyataan bekas pengarahnya?

Posted: 05 Jan 2017 12:11 AM PST

MALAYSIAKINI


Kenyataan bekas pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin kelmarin mengejutkan banyak pihak.

Walaupun boleh berkhidmat sehingga 2019, beliau memilih bersara awal dan menyatakan rasa kecewa terhadap siasatan kes SRC International Sdn Bhd, yang tidak dibawa ke mahkamah.

Beberapa jam kemudian, SPRM mengeluarkan kenyataan yang mendakwa telah menghubungi Bahri dan beliau kononnya menafikan berkata demikian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki juga menolak kenyataan Bahri yang menyebut keputusannya itu dibuat kerana rasa "berdosa" terhadap 30 juta rakyat Malaysia.

Kenyataan SPRM dan Azam seakan cuba menggambarkan bahawa laporan media berkaitan direka-reka, walaupun wujud rakaman perbualan dan komunikasi teks antara pemberita dan Bahri.

Selain Malaysiakini, yang mula-mula melaporkan keputusan Bahri dengan memetik sumber, media lain turut mengikuti jejak langkah portal ini.

Ini termasuk portal Free Malaysia Today dan akhbar Sinar Harian serta Sin Chew Daily. Pemberita mereka turut menghubungi sendiri bekas pegawai kanan SPRM itu.

Persoalannya, adakah SPRM cuba mencadangkan terdapat muafakat bersama beberapa organisasi media untuk menyiarkan laporan palsu?

Lewat malam itu, Malaysiakini menerima e-mel daripada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan beberapa artikel berkaitan isu Bahri ditarik balik kerana dianggap palsu, berdasarkan kenyataan SPRM.

Bagaimanapun, arahan itu dibatalkan pagi berikutnya.

Bahri ketika dihubungi Malaysiakini berharap tidak ada pihak yang bercakap bagi pihak dirinya kerana ini akan mengelirukan orang ramai.

Beliau berjanji mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, termasuk reaksi terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas,kanan), yang berhujah kes SRC tidak dibawa ke mahkamah kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.

Dalam laporan Sin Chew, Bahri dipetik sebagai mendakwa beliau kecewa kerana kes itu tidak dibawa ke mahkamah walaupun ada bukti.

Pengkritik kemudian cuba mengaitkan Bahri dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kempennya untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Soal pegawai kanan kerajaan itu turut dibangkitkan.

Tidak kira sama ada Bahri mempunyai motif politik atau tidak, SPRM mesti menjelaskan kenyataannya bahawa Bahri menafikan beliau kecewa, sekali gus menggugat kewibawaan laporan-laporan di media.

SRC, bekas anak syarikat 1MDB dan kini bawah Kementerian Kewangan, menjadi perhatian selepas RM43 juta wangnya mengalir ke dalam akaun peribadi Najib.

Wang SRC didakwa mengalir melalui transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, melalui dua syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Najib dilaporkan tidak tahu menahu wang itu berpunca daripada SRC manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Azimah pulang ke Malaysia selepas setahun

Posted: 04 Jan 2017 11:43 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Nor Azimah Ibrahim, jemaah umrah Malaysia yang hilang sejak 19 Disember 2015 di Madinah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nor Azimah, 32, dilaporkan tiba di KLIA kira-kira jam 12 tengah hari semalam menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH151 dari Jeddah, Arab Saudi. 
 
Perkara itu disahkan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat. Mohammad Ali berkata, Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lalu selepas pejabat konsul dihubungi pihak berkuasa Arab Saudi. 
 
"Ketika itu, pegawai pihak berkuasa terbabit memberitahu Nor Azimah ditahan di pusat tahanan imigresen di Makkah. 
 
"Sejak dari itu, pejabat konsul berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia dengan menguruskan semua dokumen yang diperlukan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, yang dipetik BH Online.
 
Beliau berkata, Nor Azimah yang tiba di KLIA dijemput kedua ibu bapanya, Ibrahim Abdul Rahman dan Zamhani Zakaria. 
 
Nor Azimah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember 2015. 
 
Bagaimanapun, pada hari kejadian, Nor Azimah tidak mengikut ibu bapanya ziarah ke tempat bersejarah di Madinah kerana mahu menumpukan kepada ibadat di masjid, sebelum hilang. 
 
Sementara itu, bapa Nor Azimah bersyukur atas kepulangan anak sulungnya itu. 
 
Ibrahim turut merakamkan penghargaan atas bantuan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia selama ini. 
 
"Hari ini, selepas lebih setahun, kami dapat bertemu kembali dengan anak kami. 
 
"Kami belum bertanya kepada Nor Azimah apa yang berlaku sepanjang kehilangannya di sana," katanya.

MPK tak luluskan pertunjukan bunga api, kata Exco Selangor

Posted: 04 Jan 2017 11:40 PM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru di program Pesta Gegar Klang itu tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).
 
Menerusi satu kenyataan, Ean berkata MPK tidak pernah meluluskan aktiviti pertunjukan bunga api pada malam berkenaan.
 
"Mengikut siasatan awal dan rekod mesyuarat, MPK tidak pernah meluluskan pertunjukan bunga api di dalam program Pesta Gegar Klang tahun 2016. Justeru dengan itu, ia bukan salah satu komponen atau pertunjukan di dalam program rasmi Pesta Gegar Klang tahun 2016," kata Ean.
 
Dalam insiden berkenaan, seramai 14 pengunjung cedera selepas bunga api meletup di kawasan tapak berkenaan.
 
Ean yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Negeri menambah, seorang pegawai daripada MPK telah diberikan arahan untuk bercuti sehingga 31 Januari depan sementara menunggu laporan daripada Jawatankuasa Penyiasatan selesai.
 
"Pegawai yang terlibat dalam isu ini telah diberikan arahan untuk mengambil cuti mulai 3 Januari 2017 hingga 31 Januari 2017, sementara menunggu laporan penyiasatan. 
 
"Kerajaan Negeri memandang serius tentang insiden ini. Sebarang pegawai atau pihak yang didapati berlaku cuai dan menyalahguna kuasa akan dikenakan tindakan displin atau undang-undang," katanya lagi.
 
Katanya juga, MPK telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan sehari selepas kejadian itu.
 
Jawatankuasa ini dianggotai oleh dua orang pengarah jabatan, seorang timbalan pengarah dan seorang pegawai tadbir.
 
Siasatan ke atas kejadian itu akan mengenalpasti prosedur operasi standard (SOP) yang telah digunapakai sama ada mematuhi tatacara yang ditetapkan oleh peraturan dan undang-undang sedia ada.
 
Laporan lengkap berhubung insiden letupan bunga api itu dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.
 
 

Grab Malaysia beri amaran tamat khidmat pemandu jadi ' ulat teksi '

Posted: 04 Jan 2017 11:38 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia memberi amaran untuk menamatkan khidmat pemandunya yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang.

Ketua Negara Grab Malaysia, Jaygan Fu berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penipuan atau pemandu yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam perkhidmatan dan aplikasi tempahan itu.

Katanya, isu penipuan dan pemandu yang tidak beretika menjejaskan pendapatan dan kehidupan rakan sekerja yang berusaha keras dengan menjadikan operasi Grab sebagai punca pendapatan.

"Kami sedang menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan.
 
"Tindakan ini termasuk terus menyingkirkan mereka dari perkhidmatan kami secara tetap," katanya memetik laporan mStar Online.

Semalam, SPAD memberitahu lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan kepada individu yang mengambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2, sepanjang tempoh 2016.
 
Jaygan berkata, semua pemandu Grab melalui latihan dan pemeriksaan yang ketat dalam memberi perkhidmatan kepada penumpang.

Beliau menambah, pemandu juga perlu mematuhi peraturan ketat, termasuk tidak mengenakan caj berlebihan berbanding yang dinyatakan di dalam aplikasi.

"Kami menyeru semua penumpang untuk menggunakan hak mereka bagi mendapat perkhidmatan yang selamat, selesa dan berpatutan.

"Pelanggan juga dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline 1300 80 5858 atau emel kepada support.my@grab.com sekiranya berlaku situasi seumpamanya bagi membolehkan syarikat campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Pada masa sama, beliau  turut meminta pemandu lain supaya membuat laporan sekiranya mereka mengesan insiden berkenaan.

"Sebarang maklum balas yang diterima akan membantu kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Objektif utama Grab adalah menyediakan perkhidmatan yang selesa, selamat, mudah dan berpatutan kepada penumpang sambil menimbangkan kebajikan pemandu," katanya.

Terdahulu, Uber Malaysia memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan berhubung insiden pemandunya yang menjadi 'sesumpah' di KLIA dan KLIA2.
 
 

Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat

Posted: 04 Jan 2017 11:27 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,636 orang daripada 4,307 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 12,400 orang daripada 4,211 keluarga malam tadi.
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata 62 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut di 8 jajahan negeri ini.
 
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas ialah 8,679 orang daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan, seramai 1,965 orang (649 keluarga) di 5 pusat pemindahan di jajahan Tumpat, manakala seramai 715 orang (184 keluarga) di 5 pusat pemindahan di jajahan Kota Bharu, katanya.
 
Beliau berkata di jajahan Tanah Merah terdapat 314 orang (79 keluarga) ditempatkan di 7 pusat pemindahan, 40 orang (8 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai, 568 orang (160 keluarga) di 4 pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh, 245 orang (68 keluarga) di 6 pusat pemindahan di jajahan Machang dan di jajahan Bachok terdapat 110 orang (28 keluarga) di sebuah pusat pemindahan.
 
Beliau berkata cuaca baik sejak semalam dijangka akan mengurangkan jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini.
 
Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9m namun menunjukkan trend penurunan setakat 8 pagi tadi, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.
 
Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang 10.17m berbanding 10.29m malam tadi.
 
Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan menurun 14.38m berbanding 15.92m malam tadi (paras bahaya 16m) manakala sungai utama yang lain kembali ke paras normal.
 
 

Tiada orang Mahathir atau Muhyiddin dalam PPBM

Posted: 04 Jan 2017 11:26 PM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abu Bakar Yahya menyanggah dakwaan sesetengah pihak bahawa partinya kini terbahagi kepada dua pihak yang menyokong dua pimpinan tertingginya.
 
Tegasnya parti ditubuhkan atas kesepakatan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, oleh itu pimpinan dan ahli-ahlinya bersatu atas perjuangan politik yang sama.
 
Abu Bakar berkata demikian mengulas dakwaan bahawa parti yang ditubuhkan pada September tahun lalu semakin berantakan dengan wujudnya kumpulan yang menyokong Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Yang saya tahu tidak ada 'orang Mahathir', 'orang Muhyiddin'. Sebab Mahathir dan Muhyiddin mendapat kata setuju dan sepakat mewujudkan PPBM. Jika wujud parti atas persetujuan dua pemimpin maka tidak timbul isu dua kumpulan. Bermakna orang Mahathir orang Muhyiddin adalah orang parti. 
 
"Mengapa nak timbulkan hal ini? Kita sudah bergerak sebagai satu kumpulan, ini semua orang Mahathir, orang Muhyiddin," katanya ketika ditemui Antarapos.
 
Dakwaan itu timbul selepas ada pihak dalam parti kurang senang dengan kepimpinan Muhyiddin, yang dilihat kurang lantang jika dibandingkan dengan Mahathir dalam mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
Mengulas lebih lanjut, Abu Bakar percaya kewujudan dua kumpulan pemimpin berkenaan sengaja direka untuk melaga-lagakan kepimpinan PPBM.
 
"Itu persepsi. Namun apa yang saya lihat setiap program dan ucapan Mahathir dan Muhyiddin kesemuanya sama naik. Mereka berganding bahu. Saya harap pihak luar tidak timbulkan hal (dakwaan) sebegitu. Jika yang tidak melihat, tidak tahu, jangan bercakap," ujarnya.
 
Bukan itu sahaja, PPBM sejak kebelakangan ini dihimpit dengan pelbagai kontroversi dalaman dan luaran parti membabitkan kepimpinannya.
 
Selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan keluar parti pada Oktober lalu, Mohammed Ezam Mohd Noor pada minggu lalu mengambil tindakan yang sama.
 
Mohammed Ezam memberi alasan meninggalkan PPBM kerana atas komitmennya terhadap NGO bernama Hisbah Centre yang di bawah kendaliannya, namun menolak keputusan itu dibuat kerana masalah parti.
 
Bukan itu sahaja, PPBM dipalit skandal seks membabitkan Anina Saadudin apabila 'screenshot' perbualan intim menerusi aplikasi Whatsapp didakwa antara dirinya dan seorang lelaki, tersebar.
 
Anina juga 'digugurkan' sebagai Ketua Srikandi PPBM atas alasan sayap parti tersebut masih belum ditubuh secara rasmi.
 
Minggu lalu, tersebar pula pendedahan oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Mahathir dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengikat satu perjanjian rahsia dalam menentukan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Perjanjian yang didakwa dimeterai 3 Disember lalu menyebut Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai perdana menteri dan timbalannya disandang oleh Kit Siang.
 
"Siapa yang mengeluarkan cerita itu? Jika beliau musuh, macam-macam beliau boleh buat. Mukhriz sudah bercakap, supaya tunjukkan bukti. Jangan cakap kosong sebab semua orang boleh bercakap," tempelak Abu Bakar lagi. 
 
DAP sebelum ini menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.
 
Bagaimanapun Tunku Aziz berkata ia hanyalah satu cubaan 'political red herring' (politik mengalih tumpuan).
 
 

Negeri, Pusat perlu bincang atasi banjir - Zahid

Posted: 04 Jan 2017 11:23 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
RANTAU PANJANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu kerjasama holistik antara kerajaan negeri dan Pusat bagi mengatasi masalah banjir dengan mengetepikan fahaman politik.
 
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, berharap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dapat duduk semeja bagi berbincang kaedah menyelesaikan dan mengatasi bencana banjir. 
 
Katanya, Kerajaan Pusat mahu melihat penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah itu yang saban tahun berlaku.
 
"Kita berterima kasih kerana dapat menjalin kerjasama paling akrab antara negeri dengan Pusat. 
 
Banjir adalah bencana alam yang ditentukan oleh Allah. "Namun, kita harus ada perancangan jangka panjang untuk mengurangkan masalah banjir di Pantai Timur dan negeri lain.
 
"Jaga paku alam (seperti) hutan, gunung-ganang, sungai, laut. Tak jaga Allah turun bencana," katanya berucap selepas meninjau mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, di sini, hari ini. 
 
Turut hadir, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Shahidan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Abdul Samad. 
 
Ketika ini seramai 1,441 mangsa banjir daripada 653 keluarga masih berada di pusat pemindahan di SK Sri Rantau Panjang 2.
 
 

Comments (0)