Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:13 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Serangan Ampang: Pengawal keselamatan jadi ‘tugu’

Posted: 22 Jan 2017 04:10 PM PST

 
Presiden Persatuan Pembangunan dan Latihan Keselamatan (Stadam) Khirudin Tajudin berkata pengawal keselamatan tidak bertindak adalah simptom masalah yang dihadapi industri keselamatan.


stadam

PETALING JAYA: Tindakan pengawal keselamatan yang "buat bodoh" dan hanya melihat pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di Ampang minggu lalu amat mengecewakan tetapi tidak mengejutkan, kata veteran industri keselamatan.

Presiden Persatuan Pembangunan dan Latihan Keselamatan (Stadam) Khirudin Tajudin berkata pengawal keselamatan tidak bertindak adalah simptom masalah yang dihadapi industri keselamatan.

"Tentu berbeza jika syarikat keselamatan di Malaysia mengambil pengawal sebenar, bukannya Tom, Dick dan Harry.

"Inilah masalah industri. Banyak syarikat keselamatan hanya mahu mengaut keuntungan, bukannya menyediakan perkhidmatan," katanya kepada FMT.

Beliau berkata syarikat keselamatan seumpama itu hanya mahu membekalkan pengawal kerana ada permintaan untuk pengawal keselamatan, tetapi mereka sebenarnya tidak peduli mengenai keselamatan.

"Jadi mereka hanya ambil sesiapa saja yang cari kerja. Tetapi pengawal mungkin tidak ada ciri mental yang tepat untuk jadi pengawal.

"Jadi bila situasi seperti ini berlaku, pengawal itu hanya tengok sajalah, bukannya bertindak. Memang memalukan jika pengawal hanya jadi penonton," katanya.

Khirudin berkata dalam kejadian di Ampang itu, memang jumlah pengawal berkenaan kurang tetapi itu bukan alasan untuk tidak cuba mematahkan serangan berkenaan.

Katanya, pengawal keselamatan bertanggungjawab untuk menjaga keamanan, dan serangan terhadap pemandu lori itu boleh jadi lebih teruk dan mangsa mungkin hilang nyawa.

Beliau berkata itu sebabnya mengapa penting untuk syarikat keselamatan melengkapkan pengawal dengan peralatan diperlukan serta latihan bagi mengawal keadaan, terutama ketika jumlah mereka kurang berbanding penyerang.

Katanya, amat penting juga pengawal keselamatan diberi latihan dan menerima pentauliahan minimum daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.

Minggu lalu, seorang pemandu lori terlanggar kereta Mercedez Benz milik seorang "Datuk" ketika mengundurkan lorinya.

Kemalangan trafik kecil itu menyebabkan pemandu lori berkenaan diserang secara ganas sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.

Kejadian dirakam video dan rakaman itu menjadi viral di laman sosial.

Video 2 minit itu memaparkan pemandu lori diserang seorang lelaki berbaju hijau sebelum 4 lagi individu menyertai serangan itu menendang muka dan tubuh mangsa yang terbaring di atas tanah

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

Posted: 22 Jan 2017 03:32 PM PST

Oleh Izwan Abdul Halim


KESTABILAN bacaan politik Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat lebih serabut daripada kajian INVOKE Rafizi Ramli. Sekiranya diamati kenyataan atau ulasan atau status di media sosialnya, Suhaizan seperti ada gangguan atau mengalami tekanan mental, walaupun tidaklah segila pimpinan PAN yang lain.

Baru-baru ini beliau memperlekehkan hakikat bahawa PAS adalah 'King Maker' politik pada masa kini yang kenyataan itu bukan syok sendiri. Selain perakuan daripada penerimaan awam melalui keahlian PAS yang meningkat, serta pelbagai kajian dan pakar akademik di universiti dan para pemerhati politik, ia juga terzahir dari pelbagai pujuk rayu dan ulasan pemimpin PKR, DAP, Umno dan PAN sendiri.
 
Sebenarnya, selain mungkin masalah mental, ia menunjukkan Suhaizan kurang senang dan sakit hati atas perkembangan PAS yang diharapkan mereka akan lumpuh dengan keluarnya mereka dari PAS dan menubuhkan pula PAN. Sebaliknya, PAN pula dilihat mulai bermasalah apabila diabaikan dan diminta bubar oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) - BERSATU. Ahli-ahli PAN yang dahulunya PAS pula ada telah insaf dan kembali menyedari perjuangan dibawa PAN, lalu memohon menyertai semula PAS.

Lebih malang, ketika PAN ghairah membaca tajuk kajian INVOKE bahawa kononnya PAS akan hilang dari peta politik tanah air, kandungan data menunjukkan PAN hanya memperolehi 2 peratus sokongan. Jauh dari PAS yang mendapat 21 peratus. Apakah bekas pensyarah UTM ini ada masalah menilai data empirik?

Terkini, Suhaizan mahu PAN dan PKR merampas pengundi PAS pada PRU14 nanti, sedangkan PAS akan melawan Umno-BN dan cuba tarik pengundi Umno. Apa ertinya PAS tarik pengundi Umno, tapi pengundi PAS sedia ada PAN hendak curi?

Ini akan meletakkan perlawanan PAS dengan Umno dalam keadaan ketidaktentuan. Boleh jadi peluang menang PAS hilang dan Umno-BN menang lagi angkara PAN. Maknanya PAN bukan sahaja khianat, tapi memberi menang mudah dan membantu kepada Umno-BN. Logiknya, PAN bantu Umno-BN.

Seruan Suhaizan itu juga menunjukkan PAN tiada kemahiran untuk mengalahkan BN, melainkan hadir untuk mengacau PAS kerana kekecewaan lampau dan buat bising dalam politik. Ketika sama membantu DAP yang sedang rakus untuk menguasai politik Malaysia dan membawa bentuk penjajahan baharu selepas BN, serta lebih bahaya kepada masa depan Islam.

Kecelaruan dan kekeliruan mental Suhaizan itu telah lama terlihat sebenarnya ketika beliau begitu teruja dengan ampu bodek dan percaturan untuk diletakkan bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS dahulu. Rupanya disebalik majoriti kemenangan yang berselisih hanya beberapa belas undi itu, diatur beberapa Dewan Pemuda PAS Kawasan di Johor yang belum disahkan pendaftarannya untuk turut mengundi pada pemilihan.

Walaupun rekod itu telah 'ditutup buku', tetapi hakikat sebenar dokongan kepada Suhaizan ditunjukkan oleh para Pemuda PAS dengan penolakan penuh ke atas pasukannya pada pemilihan Muktamar 2015 di Shah Alam. Rebah tersembam pasukannya termasuk di Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh negara. Sedangkan mereka terang-terangan begitu gigih berkempen mencari undi, mengatur perwakilan dan calon bertanding.

Paling ketara tahap celarunya adalah sepanjang beliau selaku Ketua Pemuda. Mungkin kerana dikelilingi para penasihat mentah dan amatur 'tak cukup tamrin' serta berimiginasi teori. Mereka itu hanya tahu membuat lakonan saraf tidak menjadi, ajakan demo dan drama tangkapan polis untuk simpati. Maka, lahirlah pelbagai projek populis dan penuh hiruk pikuk.

Beliau membiar bebaskan pelbagai pemikiran diimport masuk ke dalam Pemuda PAS dari liberalis, sosialis, pragmatis, komunis dan lain-lain atas nama inklusif kononnya. Bergaya dengan imej budiman, tetapi meninggalkan keutamaan iman, selain merombak, mendebat dan seakan memansuhkan teras-teras utama PAS sebagai Gerakan Islam.

Wala' dan thiqah diacah-acah dengan perbahasan luar waqi' serta semberono dengan meletakkannya di kandang iktilaf dan tidak perlu pertimbangan usul. Lalu menjuruskan untuk berbeza sikap dengan ketua parti di mana motif sebenar adalah merungkai ketaatan kepada Tuan Guru Presiden PAS. Malah beliau lebih awal dilihat tiada pendirian tatkala diasak para Pemuda PAS berkaitan dokongan kepada Presiden.

Bahkan dilihat cenderung bersama angkatan yang merencana Ustaz Ahmad Awang sebagai calon Presiden. Begitu juga secara tiba-tiba mengangkat idea Pemuda al-Helmy yang sebenarnya dijadikan pemangkin untuk meletuskan pertembungan dalaman dan pembunuhan karektor secara halus.

Hingga, segala ghairah Suhaizan ketika itu mahukan banyak hal dirujuk Dr Yusuf al-Qardhawi, tetapi ketika idea-ideanya terbantut tidak menjadi, mahu diselesai mengikut konsep Stephen Covey. Saat merasa diri dipuncak persada hinggakan beliau berangan-angan menguasai teraju pemerintahan Kerajaan Negeri Johor.

Lalu di atas pentas Muktamar Pemuda dijanjikannya untuk GLC Johor Corporation menaja makanan KFC untuk Muktamar PAS.

Namun, semua itu telah tersimpan dalam 'arkib sejarah' yang membuktikan bahawa segala mental idea dan gagasan Suhaizan sebenarnya makan keliling, opurtunis, tiada pendirian dan tidak boleh dipercayai.

(Izwan Abdul Halim @ fb Harakah Kedah)

SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?

Posted: 22 Jan 2017 04:50 AM PST

shahbudindotcom


Walaupun tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat Najib Razak tetap "muncul" di persidangan tersebut.

Sudah tentu, berikutan "kemunculan" itu, nama Najib turut menjadi bualan dan sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir.

"Kemunculan" Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin dalam satu sessi di mana kartun Zunar telah dipaparkan  untuk menggambarkan perbezaan antara Najib dengan Donald Trump, Presiden baru Amerika Syarikat.
 
 
 
 
Dalam lakaran kartun itu, Najib digambarkan menjadi bilionaire kerana jawatan Perdana Menteri yang disandangnya berikutan menerima derma sebanyak RM2.6 bilion, manakala Donald Trump pula adalah bilionaire yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Sebelum ini, ketidakhadiran Najib di forum tersebut dikaitkan dengan penyiasatan yang turut dilakukan oleh Switzerland berkaitan skandal 1MDB. Peguam Negara  Switzerland dilaporkan telah dua kali memohon bantuan MLA dengan negara kita, namun ditolak oleh pejabat Peguam Negara Malaysia.

Hebat kan kita ada Perdana Menteri bernama Najib...hadir atau tidak hadir, namanya tetap menjadi sebutan dan seolah-olah tidak mudah dilupakan oleh minda dunia.

Sehingga ini, tidak ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang terbukti mempunyai "kehebatan"  seperti Najib itu.

Tun Mahathir Mohamad yang gemilang dengan pelbagai kecemerlangan selama 22 tahun pun tak terlawan dengan "kehebatan" Najib.

Sudah tentu, golongan pengampu dan pembodek sekarang ini lebih "tabik spring" kepada Najib!! 


SELEPAS INI BIAR PAS BUAT PILIHAN....

Posted: 22 Jan 2017 04:36 AM PST

shahbudindot.com

 





Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir.

Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang.

"Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan.

"Hasrat Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah," kata Tun Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.

Setakat ini status Bersatu adalah bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan difahamkan keputusan untuk menyertai gabungan pembangkang itu secara rasmi akan diambil dalam mesyuaratnya yang akan datang.

Dengan penegasan Tun Mahathir ini, bermakna pertembungan sebenar dalam PRU 14 adalah antara BN dengan Pakatan Harapan. 

Maka,  sekarang ini terserahlah pula kepada Pas untuk membuat keputusan yang seterusnya. 

Hanya dua pilihan yang tinggal buat Pas bagi menghadapi pilihanraya akan datang - kekal bersendirian atau menjalin kerjasama secara rasmi dengan Najib, UMNO dan BN.

Tetapi, barang diingat, apa pun keputusan Pas selepas ini, ia tetap memihak untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN.

Setelah berkali-kali memberi penegasan untuk bertanding hanya di 70 kerusi Parlimen saja, Pas, jika bertanding secara bersendirian,  tidak mungkin mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Berada di tengah-tengah pertembungan antara BN dengan Pakatan Harapan, Pas lebih mungkin menjadi "kancil yang akan mati tersepit apabila terjadi pergaduhan antara gajah sama gajah".

Boleh jadi juga hasrat Pas untuk menjadi "king maker" tidak akan kesampaian kerana adalah lebih baik pengundi untuk terus saja membuat pilihan antara BN atau Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang mentadbir negara ini.

Jadi, pilihan yang terbaik ialah agar Pas dan cepat-cepat mengajak UMNO untuk "menikah" daripada terus-menerus hidup "bermukah" yang menyebabkan nasib masa depan turut tidak ketahuan.


TPM Untuk DAP : Hubungan PAS & PPBM Semakin Sukar Dicapai – Dr Zuhdi

Posted: 22 Jan 2017 04:33 AM PST

 
 


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hubungan kerjasama antara PAS dan PPBM semakin sukar dicapai berikutan desas-desus terbaru, ada persetujuan antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti chauvinist tersebut.

Sekiranya desas-desus ini benar, PAS diyakini akan bertindak tegas untuk tidak lagi mewujudkan apa-apa hubungan kerjasama dengan PPBM.


Khabar angin mengenai adanya pakatan sulit antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang ditiupkan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi DAP, dalam portal berita Malaysia Outlook, 31 Disember 2016 yang lalu.

Selain daripada itu, Lim Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan mengikut pakatan tersebut.

Tunku Aziz di dalam portal berita yang sama, konsisten dengan dakwaannya malah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya.

Dakwaan Tunku Aziz ini mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Tun Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa DAP memang meminta jawatan Timbalan Perdana dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Antarapos semalam.

Perkembangan terbaru ini sememangnya mengejutkan, dan PPP yakin ia akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama.

Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM. Yang ada ketika ini hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM.

PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

PRU 14 : Strategi DAP Tuntut 50 Kerusi

Posted: 22 Jan 2017 04:13 AM PST

 

 
50


Hasril Ashraf – Anthony Loke mendakwa DAP hanya mahu 50 kerusi sahaja untuk bertanding kerusi parlimen pada PRU-14 nanti.


Dia juga menggambarkan bahawa 50 kerusi tersebut sebenarnya tidak cukup untuk menjadi sebuah parti yang boleh mendominasi Pakatan Harapan pada PRU-14 nanti.

Tapi perlu diingat DAP mempunyai gandingan mantap parti AMANAH yang sepenuhnya ditaja oleh parti chauvinist itu.

Sekiranya pembahagian sama rata terjadi di dalam kem Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PPBM, maka setiap parti akan memperolehi lebih 50 kerusi.

Jika digabungkan kerusi DAP dan AMANAH mereka mempunyai 100 kerusi Parlimen untuk dipertandingkan. Paling busuk selepas tarikh pembuangan undi nanti, kerusi yang dipertandingkan mereka ada yang kalah dan yang menang.

Sekiranya diambilkira kekalah hanya 25% dari 100 kerusi tersebut mereka masih mempunyai majoriti yang besar dan mendominasi semua parti di dalam Pakatan Harapan.

Jawatan TPM dan PM akan datang bergolek masuk ke dalam lubok DAP dan AMANAH ini.


dap
 
 
 

Formula 4319 Selangor Tolak PAS

Posted: 22 Jan 2017 04:08 AM PST




tular

KUALA LUMPUR – Jika benar dokumen Formula 4319 Selangor nampak sangat kerajaan negeri yang diperintah PKR mahu 'menghapuskan' Pas sebelum pilihan raya umum.


Dokumen yang menjadi tular di media sosial hari ini kononnya senarai nama yang disediakan oleh Rafizi Ramli untuk calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Selangor.

Dokumen bertarikh 23 November itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut sumber, nampak sangat PH sejak dahulu lagi 'tolak' Pas dalam senarai walaupun ketika itu PPBM masih berhasrat bekerjasama dengan Pas untuk konsep 'satu lawan satu' dengan BN.

Awal-awal lagi kerusi yang dahulu milik Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM.

Berdasarkan dokumen itu, 22 kerusi parlimen diagihkan kepada PKR (10); PPBM (4); DAP (4) dan PAN (4).

Walaupun ia bukan rasmi namun ia sekaligus membenarkan kenyataan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu baru-baru ini mendedahkan kajian INVOKE yang Pas akan lenyap selepas PRU-14.

Nampaknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR terpaksa akur dalam gerakan PH untuk 'mengeluarkan' Pas dari negeri itu walaupun kini mereka masih bersama membentuk exco kerajaan negeri yang diwarisi semasa Pas menyertai Pakatan Rakyat lalu.-MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Ikat kanak-kanak di taska: Empat wanita disambung reman sehingga Selasa

Posted: 22 Jan 2017 02:36 AM PST

ISMA WEB
 

KUALA LUMPUR, Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata pemilik taska dan tiga pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan. 

"Tempoh reman mereka tamat hari ini dan polis sambung tempoh reman sehingga Selasa bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.

Pemeriksaan di hospital bagaimanapun mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.- Bernama


Pemandu lori dibelasah akui diugut supaya tidak lapor polis

Posted: 22 Jan 2017 02:33 AM PST

ISMA WEB


 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut.

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

"Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan 'gangster' besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, hari ini.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ.

"Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

"Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh," katanya. 

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.

"Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.

Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan kes itu dan telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium itu ke makmal untuk dianalisis.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun direman empat hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. – Bernama


Polis tahan 39 lelaki tempatan berbogel di pusat peranginan Bentong

Posted: 22 Jan 2017 02:15 AM PST



ISMA WEB
 

Sumber foto: Sinar Harian

BANGI – Polis menahan sekumpulan lelaki yang bertindak melampau kerana berbogel dalam satu aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang, semalam.

Tiga puluh sembilan individu yang ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, berumur antara 19 hingga 23 tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian jam enam petang itu, kumpulan lelaki terbabit dikatakan sedang melakukan aktiviti dalam sebuah kem motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.12 petang berhubung tindakan kumpulan lelaki terbabit.

"Terdapat 39 orang peserta yang berumur antara 19 hingga 23 tahun yang menyertai kem motivasi ini dan 9 orang lagi merupakan wakil syarikat untuk menyelia program motivasi tersebut.

"Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan 'All Out' di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta.

"Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel," katanya.

Katanya, pihak Resort dimaklumkan mengenai atur cara program yang dijalan, namun ia tidak menyatakan secara lanjut mengenai jenis aktiviti.

"Seramai 39 peserta telah ditahan, termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan," katanya.


Alumni UniKL bantah Mara iktiraf UEC

Posted: 22 Jan 2017 02:11 AM PST


ISMA WEB
 


BANGI – Tindakan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa, membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diterima masuk ke UniKL, bukan cara terbaik mempromosi universiti milik Mara itu, kata Yang Dipertua Persatuan Alumni UniKL, Muzammil Arif Kamaruddin.

"Saya tidak faham apa yang berlaku dengan Mara pada hari ini walhal agensi ini sepatutnya mempunyai pengerusi yang mampu membawa agenda Bumiputera secara berterusan dan relevan dengan perubahan persekitaran.

"Saya tahu bahawa UniKL memerlukan pelajar, tetapi ini bukanlah cara yang terbaik mempromosikan UniKL dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar lulusan UEC," katanya menerusi kenyataan disiar dalam laman Facebook alumni itu, hari ini.

UEC adalah Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia. Kementerian Pendidikan tidak mengiktiraf sijil ini.

Pengiktirafan ke atas sijil ini sering menjadi tuntutan utama Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dan ahli jawatankuasanya (Dong Zong).

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan UEC-V dan UEC-JML, manakala bahasa itu juta atau bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi subjek Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

Muzammil berkata, Mara sepatutnya berperanan di atas landasan yang betul selaku 'socioeconomic engineering agency' dan sentiasa relevan di atas fungsi utamanya, supaya agensi ini masih lagi relevan dan menepati kehendak komuniti Bumiputera.

"Saya merasakan kefahaman Pengerusi MARA tentang Konsep Universiti Teknikal Mara ini telah lari pada objektif asas penubuhan universiti ini.

"Jika Pengerusi MARA membuka ruang kepada pelajar lulusan UEC, ini akan mampu menutup ruang sebahagian besar anak-anak Bumiputera di peringkat pertengahan teknikal bagi meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi pendidikan Mara iaitu di UniKL.

"Semua orang tahu bahawa UniKL merupakan apex pendidikan TVET yang menyediakan pengajian anak-anak Bumiputera sehingga ke peringkat PhD bagi melengkapkan generasi baharu Bumiputera menghadapi cabaran akan datang," katanya.


Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU 14

Posted: 22 Jan 2017 02:02 AM PST

Bernama ·


MAH: Kami sudah di peringkat akhir menetapkan untuk empat kerusi sedia ditukar baik di Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen.
MAH: Kami sudah di peringkat akhir menetapkan untuk empat kerusi sedia ditukar baik di Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen.

PUTRAJAYA – Gerakan bersedia menukar empat kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk pilihan raya umum ke-14, kata Presidennya Mah Siew Keong.

Kenyataan Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, itu senada dengan keputusan Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan yang dilaporkan bersedia untuk melakukan pertukaran atau pinjaman kerusi di Pulau Pinang.

Tanpa menamakan kerusi terbabit, Mah berkata pertukaran itu melibatkan kerusi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Pulau Pinang serta negeri lain.

Beliau berkata perkara itu telah dibincang bersama dengan parti komponen BN yang lain iaitu Umno, MCA dan MIC namun keputusan mengenainya masih tertakluk

kepada persetujuan Pengerusi BN iaitu Najib Razak.

"Kami sudah di peringkat akhir menetapkan untuk empat kerusi sedia ditukar baik di Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Mah berkata pertukaran empat kerusi terbabit akan diumumkan selepas mendapat persetujuan perdana menteri.

Ong sebelum ini dilaporkan berkata MCA Pulau Pinang tidak akan membantah jika berlaku pertukaran atau pinjaman kerusi melibatkan parti berkenaan dengan parti komponen BN lain demi memastikan kemenangan BN di negeri itu pada PRU14.

Najib tersepit antara 'apa lagi Cina mahu, apa saja negara China mahu'

Posted: 22 Jan 2017 01:57 AM PST

BORHAN AHMAD
 
 
Raja Bahrin mendakwa Najib kini tersepit antara mahukan duit China dengan takutkan Melayu kepada parti Cina.Raja Bahrin mendakwa Najib kini tersepit antara mahukan duit China dengan takutkan Melayu kepada parti Cina.

Datuk Seri Najib Razak kini tersepit antara "apa lagi Cina mahu" sebagaimana diucapkan selepas PRU 13 lalu, dengan "apa sahaja yang negara China mahu".

Inilah yang berlaku sekarang apabila Najib menjual aset dan tanah penting negara kepada negara China bagi mendapatkan wang untuk menutup skandal 1MDB beliau.

Bagi ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, tindakan Najib tidak selari antara kedua-dua dilema ini apabila Najib mendakwa, jika rakyat mengundi pembangkang bermakna mereka membenarkan DAP memerintah negara ini.

Katanya, penjualan lima pelabuhan negara di Kuantan, Melaka, Bagan Datoh, Pulau Pinang dan Johor Bharu serta Projek Bandar Tun Razak, Stesyen Janakuasa Letrik bersama Keretapi Pantai Timur kepada Negara Republik China Komunis adalah isu penjajahan ekonomi dan monopoli keterlaluan oleh kuasa asing.

Katanya, tuntutan kawasan Laut China Selatan, yang kaya dengan minyak oleh China yang di tolak Tribunal antarabangsa dan di sambut baik oleh negara ASEAN lain, tidak di sokong oleh Malaysia.

"Kalau boleh begitu mesra dengan negara China, Najib dan Umno patut belajar tidak bersikap begitu rasis kepada Cina tempatan saperti ucapannya di Kedah baru baru ini," kata Raja Bahrin lagi.

Raja Bahrin mengulas ucapan Najib pada ceramahnya di Kedah, negeri majoriti Melayu, yang memainkan isu perkauman dengan kenyataan kalau pembangkang menang DAP akan memerintah.

"Apabila pembangkang menyoal monopoli dan kebergantungan kepada syarikat negara China, kita di tuduh rasis walaupun ianya isu kedaulatan negara.

"Tidak apakah memberi dominasi perniagaan kepada negara komunis China dan rakyatnya tapi salah untuk mengundi pembangkang kerana ada DAP?" kata Raja Bahrin mempertikaikan kenyataan Najib.

Bagi beliau, bantahan terhadap penjualan aset negara kepada China bukan isu perkauman.

"Tidak ada unsur perkauman kerana kami tidak memusuhi Cina tempatan atau orang China luar.
"Yang memusuhi dan mendiskriminasi kaum Cina tempatan adalah Umno dan Najib," katanya.

"Kami menganggap isu yang melibatkan negara China merupakan isu kebergantungan dan monopoli keterlaluan yang cukup berbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara, dan pastinya bukan isu perkauman sebagaimana didakwa oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Tetapi jika beliau masih menganggap ia merupakan isu perkauman, beliau perlu menjawap beberapa soalan penting tentang sikap Kerajaan terhadap rakyat berbangsa Cina di Malaysia serta program BTN selama ini, katanya.

"Soalan pertama, Umno dan BTN mendakwa bahawa kaum Cina di Malaysia merupakan ancaman utama kepada pemerintahan Melayu di Malaysia.


"Jika ia benar, mengapakah kerajaan hari ini membuka pintu begitu luas dan mudah kepada Negara China dan rakyatnya untuk monopoli perniagaan serta memasuki serta menduduki Malaysia?

"Bukankah ini akan menambah lagi "ancaman" keatas "ketuanan Melayu"?

"Ataupun adakah dakwaan Umno dan BTN selama ini berkenaan ancaman kaum Cina terhadap "ketuanan Melayu" adalah tidak benar?

Kerana itulah kemasukan perniagaan dan rakyat negara China dengan begitu banyak tidak menjadi ancaman kepada "ketuanan" dan pemerintahan Melayu?" katanya.

Bagi beliau, kedua-dua senario tersebut di atas memerlukan kerajaan dan Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Dalam senario pertama kerana "mengugat" kedudukan "ketuanan Melayu" dengan menambah ancaman keatas orang Melayu, manakala dalam senario kedua pula, kerana bertindak menipu orang Melayu selama ini dengan momokan ancaman kaum Cina yang kononnya berkomplot untuk merampas kuasa Melayu.

"Saya mohon Datuk Najib memilih manakah jawapan yang betul, dan jelas dalam kedua-dua senario, Datuk Seri Najib perlu memohon maaf kepada rakyat, terutamanya kepada orang Melayu,"katanya.

51 sekolah di Kelantan ditutup akibat banjir

Posted: 21 Jan 2017 04:34 PM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Sebanyak 51 sekolah menengah dan kebangsaan di lima daerah di negeri ini ditutup berikutan banjir yang melanda negeri ini. 
 
Pengarah Pendidikan Kelantan, Jaafar Ismail, berkata sehingga jam 6 petang tadi sebanyak 51 sekolah di Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas dan Bachok terbabit dijadikan pusat pemindahan sementara. 
 
Sekolah berkenaan akan ditutup esok sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan. "Daerah Pasir Mas sebanyak 19 sekolah, Kota Bharu (14), Pasir Puteh (7), Tumpat (8) dan Bachok tiga sekolah. 
 
"Sekolah ditutup kerana keadaan jalan yang dinaiki air dan membahayakan nyawa pelajar dan guru. "Kami akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum memaklumkan pembukaan sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 
 
Jaafar berkata, bagi sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, pihaknya akan meningkatkan aspek penjagaan kebersihan sekolah dan penyediaan makanan oleh pengusaha kantin bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. 
 
"Tahap keselamatan di semua sekolah yang terbabit sebagai pusat pemindahan juga akan ditingkatkan," katanya. 
 
Jaafar berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan sekolah yang terputus hubungan, dinaiki air dan yang digunakan sepenuhnya bagi menempatkan mangsa banjir, tidak akan beroperasi untuk persekolahan sehingga banjir pulih. 
 
"Sehingga kini sekolah yang terbabit dengan banjir akan bercuti sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak mengikut keadaan semasa banjir. 
 
Kita sedang menunggu laporan terperinci daripada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit dan untuk mendapatkan jumlah terkini sekolah yang dijadikan pusat pemindahan," katanya.
 
 

'Ada sikap tertentu parti pembangkang lain PAS tak gemar'

Posted: 21 Jan 2017 04:32 PM PST

Zulaikha Zulkifli   
 

PAS belum bersedia untuk mengadakan kerjasama politik kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang lain yang tidak digemarinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Kerjasama bersifat untuk politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, kata Hadi, dalam keadaan DAP yang didakwanya bersikap cauvinis dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula didakwanya lebih oportunis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai perkembangan rundingan PAS bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengulas lanjut mengenai kesediaan PAS membuat rundingan dengan parti pembangkang lain, Abdul Hadi berkata parti Islam itu bersedia berbincang tentang penyelarasan agar tidak bertembung pada pilihan raya akan datang.

Katanya, PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO mahupun parti politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kecuali dengan AMANAH.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, perbincangan tidak perlu dilakukan bersama kerana anggota AMANAH yang sebelum ini anggota PAS meninggalkan parti Islam itu.

"Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. PAS boleh buat (rundingan) termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO.

"Kita parti terbuka, matang, sejahtera. Apapun, keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.
"(Kecuali) PAN (AMANAH) dulu meninggalkan kita, jadi tak perlu la kita (berunding)," katanya.

Selain itu, ditanya sama ada wujud kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan AMANAH pada pilihan raya umum ke-14, Abdul Hadi berkata, partinya mempunyai pendirian yang berbeza dengan dua parti berkenaan.

Katanya, konsep yang dibawa partinya ialah kepimpinan Islam dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengubah kerajaan.

"Kita ada pendirian sendiri. Konsep kita adalah kepimpinan Islam. Kepimpinan yang bersih dan berwibawa iaitu kepimpinan Islam.

"Mereka (AMANAH dan DAP) lebih tumpu nak ubah kerajaan sahaja. Kita bukan nak ubah, kita mahu ubah dan mesti kepimpinan yang betul yang berteras Islam dan ini perbezaan mereka dan kita," katanya.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR 'berkubur' ekoran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya pada Jun 2015.

Malah, selepas muktamar itu juga, beberapa anggotanya yang kecewa dengan PAS meninggalkan parti berkenaan dan menubuhkan AMANAH.

Ekoran itu, pakatan baru yang diberi nama Pakatan Harapan dibentuk tanpa PAS bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Malah, Harapan bersama BERSATU juga secara rasmi telah membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Bagaimanapun, PAS ketika ini hanya menubuhkan blok pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi menghadapi pilihan raya.


Banjir: 13 sekolah di Terengganu ditutup esok

Posted: 21 Jan 2017 04:28 PM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak malam semalam menyebabkan 13 sekolah rendah di empat daerah terpaksa ditutup esok.
 
Daripada jumlah itu, lapan sekolah terletak di Setiu, masing-masing dua di Besut dan Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.
 
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata penutupan tersebut melibatkan 2,679 murid dan 307 guru.
 
"Di Setiu, enam sekolah ditutup kerana ditakungi air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buloh, SK Sungai Las dan SK Kampung Bukit.
 
"SK Alur Lek Kasar dan SK Merbau Menyusut di daerah itu ditutup kerana terputus jalan perhubungan dan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir,"
katanya dalam kenyataan di sini. 
 
Di Hulu Terengganu pula sekolah yang ditutup ialah SK Tengkawang dan SK Matang manakala di Besut pula, dua sekolah ditutup iaitu SK Kampung Nangka dan SK Tembila.
 
Di Kemaman pula, hanya satu sekolah ditutup iaitu SK Padang Kubu.
 
 

Jabu berundur, Uggah dan Awang Tengah Timbalan Presiden PBB

Posted: 21 Jan 2017 04:24 PM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PETRA JAYA: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Alfred Jabu Numpang, hari ini mengambil keputusan untuk berundur dari arena politik yang diceburinya sejak lebih 40 tahun lalu untuk memberi laluan kepada pemimpin lebih muda, khususnya Timbalan Ketua Menteri ketika ini, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
 
Pengunduran Jabu yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB, di sini, hari ini.
 
"Tan Sri (Jabu) mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam politik dan kita meminta beliau memanfaatkan pengalaman itu untuk menjadi penasihat kita sebagai `apai PBB' (bapa PBB).
 
"Beliau memberi sumbangan yang cukup besar dalam mengukuhkan parti sehingga berjaya meletakkan PBB pada kedudukan sekarang," katanya.
 
Abdul Rahman Zohari berkata, berikutan keputusan Jabu itu, tempat beliau sebagai orang nombor dua dalam parti politik terbesar Sarawak itu kini dipangku Uggah yang juga Naib Presiden Kanan PBB.
 
"Selain itu, kekosongan satu lagi jawatan Timbalan Presiden yang kosong berikutan pelantikan saya sebagai Ketua Menteri dan Presiden parti akan dipangku seorang lagi Naib Presiden Kanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan," katanya.
 
Mengenai calon yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, 18 Februari depan, Abdul Rahman Zohari berkata, beberapa nama sudah disenarai pendek dan beliau akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
 
 

Comments (0)