Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kaji selidik Rafizi tampak cantik untuk HARAPAN tetapi...

Posted: 20 Jan 2017 06:32 AM PST

 
 

Kaji selidik yang dijalankan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerusi Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) memberikan gambaran positif bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi meminggirkan realiti tertentu, menurut pengendali pungutan suara Ibrahim Suffian.

"Beliau (Rafizi) bercakap mengenai apa yang mereka (HARAPAN) perlukan untuk menang, namun bukan perkara-perkara yang tidak diperkatakan adalah status quo.

"Ia meminggirkan realiti besar bahawa HARAPAN tidak boleh menang undi Melayu untuk mengalahkan BN," Ibrahim memberitahu Malaysiakini hari ini.

Hakikat tersebut telah terpapar semasa dua pilihan raya kecil tahun lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, katanya, dan hasil kajian I-CPI mencerminkan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.

Ibrahim yang merupakan pengarah program Merdeka Center berkata, andaian I-CPI telah meletakkan HARAPAN dalam tugasan yang berat untuk menang tanpa keterlibatan PAS.

"Terlalu banyak 'jika' perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat.

"Dengan kekangan masa, sumber, kepimpinan yang ada, apakah termampu untuk menggerakkan sebilangan besar rakyat untuk beralih ke pihak mereka,

"Jika mereka tidak dapat berbuat demikian dengan kemungkinan untuk berlaku seperti itu agak tinggi, mengapa mereka tidak boleh kompromi dalam isu yang boleh menjurus kepada kerjasama bersama PAS?," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa pengundi mempunyai hubungan politik yang telah terbina dengan parti yang dipilih mereka.

Bomba 'bebaskan' kemaluan lelaki tersangkut dalam botol mineral

Posted: 20 Jan 2017 06:15 AM PST

ASTRO AWANI


Bomba 'bebaskan' kemaluan lelaki tersangkut dalam botol mineral
Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral. - Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral sebelum "dibebaskan" anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi tadi.

"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.

Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.-- BERNAMA 
 
 

KPN sahkan laporan polis dibuat ke atas Bahri

Posted: 20 Jan 2017 06:10 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa perkhidmatannya.
 
Khalid hari ini mengesahkan bahawa laporan itu dibuat beberapa kali pada tahun lalu di Kelantan.
 
"Kami menerima laporan polis pada tahun lalu jika tidak silap saya. Siasatan telah dijalankan dan kami menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
 
"Seperti biasa, kita perlu menyiasat kerana terdapat laporan dibuat dan apa sahaja penemuan akan diserahkan kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 10/2017 di Persada PLUS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.
 
Terdahulu, biras Bahri, Noraihan Che Ali mendakwa, semasa Bahri masih pengarah bahagian operasi khas, beliau mengarahkan satu pasukan dari bahagiannya untuk menggeledah rumah di Kota Baru pada Januari tahun lepas.
 
Noraihan, Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) mendakwa dokumen yang berkaitan dengan kolejnya dan perniagaan lain telah dirampas.
 
Menurut Noraihan, arwah suaminya Muhamad Zamly Abdullah yang merupakan pemilik Kist dan abang kepada isteri Bahri, Noor Haslina Abdullah telah meninggal dunia pada bulan September 2015 dengan meninggalkan aset bernilai RM100 juta dan hutang RM85 juta.
 
Ekoran itu, Noraihan mendakwa pertikaian meletus antara adik beradiknya arwah suaminya dengan beliau dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.
 
 

H355: Rayuan untuk tetap di Dataran Merdeka

Posted: 20 Jan 2017 06:03 AM PST


 

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

SEKRETARIAT Himpunan RUU355 telah menerima surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 13hb Januari 2017 yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak.

Pihak kami akan membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Bagi kami, himpunan ini perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang.

Untuk makluman pihak DBKL, kami akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang.

Salam takzim dari kami.

* Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Himpunan RUU355

Mahkamah tangguh prosiding cabaran persempadan semula Selangor

Posted: 20 Jan 2017 05:59 AM PST


OLEH ERMIZI MUHAMAD


IMG_5389


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan permohonan Kerajaaan Negeri mengenepikan cadangan proses persempadan semula Selangor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 24 Januari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan berkata, penangguhan dibuat bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat pihak mahkamah.

Untuk tempoh itu juga, mahkamah menetapkan larangan kepada SPR untuk meneruskan proses 'inquiry' sepanjang prosiding perbicaraan berjalan.

MB SPR

Terdahulu, Kerajaan Negeri memohon kepada pihak mahkamah membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadan semula SPR.

Tindakan itu dibuat susulan pencabulan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan apabila wujunya penafian komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

Permohonan semakan itu juga menyaksikan Selangor sebagai negeri pertama mencabar proses persempadanan semula SPR, September lalu.

Kerajaan Negeri sebelum ini menamakan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Sementara itu, Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Latheefa Koya mewakili Kerajaan Negeri mencabar cadangan persempadan SPR.

Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

Posted: 20 Jan 2017 04:30 AM PST

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menaikkan hukuman penjara 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.

Tambahan hukuman ke atas pasangan itu kerana tempoh dua minggu tidak mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kesalahan terbabit.

mbsapukul-transformed

" Mereka akui halang pegawai MBSA itu daripada menjalankan tugasnya dan bersikap agresif terhadapnya," katanya.

Beliau berkata pasangan itu tidak sepatutnya bertindak sewenangnya dengan menggunakan kekerasan terhadap seorang pegawai penguatkuasa kerajaan.

"Mereka sepatutnya bertenang dan membayar denda saman itu," katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili S Gabriel.

Mahkamah perlu mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan seperti ini, kerana hukuman ringan akan menyebabkan masyarakat diluar-kawalan.

Mereka dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini tahun lalu selepas mengaku bersalah atas tuduhan pada menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai penguatkuasa MBSA Nurul Ain Isa, 23 daripada menjalankan tugasnya.

mbsa-saman

Peguam Negara, Apandi Ali dalam satu kenyataan pada 27 November berkata hukuman penjara dua minggu itu 'jelas tidak memadai' dan memfailkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.-nR-

Izzah: Analisis pembangkang tak mampu tawan Putrajaya dangkal

Posted: 20 Jan 2017 04:26 AM PST

IZZAH RAKYAT
OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM : Dakwaan kononnya komponen Pembangkang tidak berupaya menawan Putrajaya disifatkan dangkal tanpa merujuk situasi politik dan sokongan rakyat terhadap pentadbir Kerajaan kini.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kejayaan besar sokongan rakyat pada pilihan raya lalu menjadi manifestasi sebenar ke arah kejayaan komponen pembangkang.

Beliau percaya, keadaan sama dibuktikan menerusi tuntutan rakyat kini secara jelas mahukan pimpinan adil dan tampil dengan pelaksanaan dasar berkebajikan.

izzah

"Saya terpanggil memberi respon terhadap tulisan salah satu penganalisis politik yang menjangkakan ajaiblah jika pembangkang boleh memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Pasca PRU13 menyaksikan bahawa pimpinan negara kini adalah mereka yang mempunyai peratusan sokongan paling tipis.

"Bahkan kemenangan 47 peratus menjadi manifestasi dan unjuran kepada penyalahgunaan segala ruang yang sedia ada untuk memenangi pilihan raya akan datang.

"Arakian, menyorot kembali setiap desakan berkali-kali diangkat rakyat jelas mahukan pemimpin wibawa dan tampil dengan dasar-dasar sempurna dengan keperluan rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam kenyataannya berkata, pembinaan dasar lebih berkebajikan juga mampu menjana kepada pembinaan negara yang lebih holisitik.

"Dasar negara mampu berubah. Sekiranya mandat dipegang oleh kerajaan prihatin, maka keutamaannya mengurangkan jurang miskin kaya dan mengawal inflasi yang menekan ekonomi rakyat.

"Bahkan, tuntutannya untukmelawan gejala rasuah dan salah guna kuasa dan menjaga kebajikan rakyat menerusi pentadbiran yang anti ketirisan, pro kesihatan dan pendidikan.

"Namun, sekiranya negara dipegang perompak, makanya dasar tentu akan pro-inflasi, rasuah berleluasa," katanya.-nR-

Perjuangan ini bukan sekadar buka pintu di Putrajaya

Posted: 20 Jan 2017 04:16 AM PST




 
Oleh ROSLAN SMS


RAMAI dah sahabat-sahabat beri ulasan darihal kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI).Sahabat saya MSO dalam postingnya terus menghukum PAS berdasar bacaan politik bergeliga Rafizi itu.

Itu hak masing-masing dan saya yakin PAS sedikit pun tidak terusik dengan dapatan yang "super" hebat itu.

PH dan Bersatu menang dan masuk Putrajaya. PAS kalah besar dan tersingkir dari Dewan Rakyat.

Apapun sentimen anda pagi Jumaat ini saya mahu berkongsi satu pengalaman.

Sebelum PRU 2008 dulu saya ketika itu bertugas sebagai SU Akhbar Presiden PAS. Ketika itu fokus seluruh pimpinan dan ahli PAS adalah untuk mempertahankan negeri Kelantan yang kita menang dalam PRU 2004 dengan majoriti tipis.

Datanglah "pakar" PAS yang hari ni telah melompat ke PAN. Beliau ketika itu kira level separas Rafizi hari ini. Ber"geliga" dan pakar serba-serbi.

Beliau mohon untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden bagi membentangkan angka-angka dan bacaan politiknya mengenai PAS buat PRU 2008.

Tuan Guru setuju dan saya diajak bersama.

Lalu dibentangkannyalah hujah-hujah dan bacaannya. Berhelai-helai kertas diulasnya satu persatu di hadapan Tuan Guru. Dan Tuan Guru saya perhati tekun mendengar tidak langsung mengganggu. Itulah Presiden kita "a good listener".

Ringkas cerita sama macam bacaan Rafizi PAS akan kalah teruk. Kalah semua kerusi atas pelbagai alasan termasuk kerana kononnya pendekatan yang terlalu keras, terlalu inklusif, tidak mesra pengundi dan berjela-jela lagi alasan yang disokong dengan angka-angka.

Saya yang mendengar turut gelisah.

Allah bayangkan kita kalah termasuk di Negeri Serambi Mekah yang  ketika itu Almarhum Tok Guru MBnya.

Apa reaksi Tuan Guru Presiden?

Beliau ucap terima kasih kepada doktor PhD berkenaan dan ambil maklum semua "poin" nya. Namun kata Tuan Guru, satu faktor penting yang beliau tersangat yakin yang malangnya tiada tempat dalam ulasan berjela-jela tadi adalah "bantuan Allah SWT"!

Saya pula yang terpegun. Mana mungkin kita Gerakan Islam boleh menidakkan elemen bantuan Allah SWT ini.

Akhirnya sebagaimana anda semua maklum, apakah prestasi PAS pada PRU 2008 itu?

Kita bertahan lebih kemas di Kelantan, menang dan membentuk kerajaan campuran di Kedah, Perak dan Selangor.

Malam keputusan PRU itu saya bertugas 24/7 di Pejabat Agung PAS. Satu demi satu keputusan diterima, meleleh air mata saya mengingatkan faktor penting yang dipegang kuat oleh Tuan Guru Presiden PAS, subhanallah.

Lalu tinggalah kajian "pakar" tadi atas kertasnya.

Kesimpulannya, PAS tidak boleh berdiam diri. Programnya perlu dipertingkatkan. Bagi kita, perjuangan ini bukan sekadar untuk buka pintu di Putrajaya tetapi lebih besar lagi untuk membuka pintu syurga Allah SWT.

Biarlah Rafizi dan PAN seronok dengan kajian mereka. Kita pun sebenanya ada kajian kita yang jauh berbeza dari dapatannya itu tetapi tidak perlu dikeluarkan jika semata-mata untuk berseronok-seronok.

Bahtera PAS  insya-Allah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita.

Comments (0)