Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:23 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Tiada PRK untuk DUN Sungai Air Tawar

Posted: 18 Jan 2017 07:07 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar akibat kematian wakil rakyatnya semalam tidak menjejaskan bilangan parti yang membentuk majoriti di Selangor.
 
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
 
"Berdasarkan kepada Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5) sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku.
 
"Dengan syarat jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan saya memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu.
 
"Saya sudah memaklumkan kepada SPR bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah tidak terjejas oleh kekosongan kerusi N01 (Sungai Air Tawar)," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
 
Semalam, ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik, ditemui meninggal dunia di ruang rehat kediamannya kira-kira jam 8.30 pagi selepas gagal menghadiri satu program pada jam 8 pagi.
 
Kamarol Zaki yang dipercayai meninggal dunia lewat malam kelmarin, berada di rumah seorang diri berikutan isteri pertamanya, Rossimah Abbas mengunjungi rumah anak sulung mereka, Mohd Nasir, 32, di Puncak Alam.
 
 

Mahfuz memang cabar PAS, tapi tiada tindakan ke atasnya - Daeng

Posted: 18 Jan 2017 07:03 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar memang mencabar pucuk pimpinan PAS apabila menongkah arus dan menyertai program anjuran Pakatan Harapan.
 
Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok bagaimanapun berkata tiada tindakan dikenakan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu berikutan tidak menerima apa-apa laporan bersabit tindakannya itu daripada ahli parti.
 
"Tindakan Mahfuz memang mencabar PAS. Tapi, untuk mengambil tindakan selanjutnya, ia bergantung pada pertimbangan pimpinan PAS. Kalau ada laporan, kami akan teliti.
 
"Jawatankuasa Disiplin PAS hanya menunggu laporan, jika ada laporan kami akan bertindak. Tetapi setakat ini masih tidak ada laporan lagi," katanya dipetik sebuah portal berita.
 
Mahfuz sebelum ini secara terbuka menghadiri program anjuran Pakatan Harapan termasuk himpunan BERSIH 5 dan terbaru hadir ke majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Malah, Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS itu turut mengkritik partinya apabila tidak menghantar wakil pada majlis itu dan menyifatkan PAS seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diingini rakyat.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad sebelum ini memberitahu, partinya mempunyai program tersendiri ketika PPBM mengadakan majlis pelancarannya di Stadium Melawati Shah Alam, minggu lalu.
 
"Dia (Mahfuz) tahu tak sebab apa (kita tak hadir). Kita (masa itu) ada program sendiri," katanya kepada Antarapos, merujuk kepada Himpunan RUU 355 peringkat Wilayah Persekutuan, yang turut diadakan pada malam Sabtu lalu. 
 
"Tanya lah dulu, tak elok la panaskan keadaan," bidas Idris.
 
Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, ketidakhadiran PAS ke majlis PPBM itu kerana dua seterunya, Amanah dan DAP turut hadir pada majlis tersebut. 
 
Menurut Iskandar lagi, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM. 
 
Tambah Iskandar, pihaknya kecewa apabila pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu 'tidak hadir' tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya. 
 
 

Kandungan Benzoil Peroksida Tepung Gandum Di Pasaran Selamat Digunakan

Posted: 18 Jan 2017 06:32 AM PST

MSTAR ONLINE


Gambar hiasan.
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mendapati kandungan benzoil peroksida yang terdapat dalam pelbagai jenama tepung gandum di pasaran adalah di bawah kadar yang dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bahan benzoil peroksida disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada jumlah tertentu yang ditetapkan badan penilai antarabangsa, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Katanya, berdasarkan Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 miligram (mg)/kilogram (kg).

"Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar tempatan bertarikh 16 Januari mengenai kandungan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum di pasaran, yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh menjejaskan kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

"Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Kementerian sentiasa memantau isu-isu terkini berhubung keselamatan makanan. Hasil pemantauan yang dilakukan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida adalah di bawah kadar yang dibenarkan," katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

Tiada Larangan 'Kapcai' Di Bandaraya - Ku Nan

Posted: 18 Jan 2017 06:28 AM PST

Oleh: SHALINI RAVINDRAN
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiada larangan terhadap 'kapcai' (motosikal kecil) di bandaraya ini.

"Jangan bimbang, kami tidak akan melaksanakan larangan itu. Sebelum ini saya berkata hanya kemungkinan kita akan melarang, bukan untuk melaksanakannya," katanya pada Rabu.

Beliau berkata kementerian itu tidak akan meneruskan larangan tersebut jika rakyat menolak cadangan ini.

"Kita akan sentiasa melihat dengan cara yang betul tanpa membebankan rakyat. Saya tahu ramai orang menggunakan kenderaan jenis ini,  terutama untuk  ke tempat kerja, kerana ianya murah. Kami tidak akan berbuat demikian jika rakyat tidak setuju. Apa yang boleh kita lakukan? Kami akan ikut kehendak  rakyat," katanya.

Tengku Adnan mengulangi bahawa kemungkinan larangan hanya boleh dilaksanakan jika terdapat pengangkutan alternatif lain yang murah.

Video 'UFO' Di Ruang Udara Komtar Jadi Viral

Posted: 18 Jan 2017 06:24 AM PST

Oleh: THE STAR


penang
Gambar fail Komtar.
 
 
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan kononnya objek terbang tidak dikenali (UFO) berada di ruang udara dekat bangunan Komtar di George Town, Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh Wang Soon You di Facebook menunjukkan dua objek putih terbang bersebelahan di atas Komtar.

"Kelihatan UFO di langit Pulau Pinang, adakah anda percayakan saya," kata Soon You di Facebooknya, selepas memuat naik video pada pukul 1.05 petang Selasa.

Soon You turut memuat naik satu lagi video yang menunjukkan sekumpulan orang melihat ke udara di atas Komtar sambil memberi reaksi terhadap objek berkenaan.

Setakat pukul 10.40 malam Selasa, muat naik Soon You di Facebook dikongsikan sebanyak 4,558 kali dan ia menerima 160 komen daripada netizen.

Seorang pengguna Facebook, Shirley Sharine berkata, ia kelihatan seperti pesawat tentera, manakala Sharlynn Charlsharlynn Lim memberitahu ia mungkin sebuah dron.

Jimmy Chng berkata, ia mungkin DJI Phantom 4 quadcopter, tetapi seorang lagi pengguna Facebook mempersoalkan sama ada dron boleh mempunyai saiz begitu besar.

"Bolehkah dron terlalu besar? Saya juga melihat benda yang sama," kata Lawrence Ooi.

MB Johor disaran contohi Selangor dalam proses semak imbang PBT

Posted: 18 Jan 2017 06:09 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
Sheikh Omar AliSheikh Omar AliPakatan Harapan dan PPBM negeri itu mahu Johor mencontohi apa yang telah dilaksanakan negeri Selangor untuk memastikan suara dan hak rakyat di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

"Hal ini telah dilaksanakan di negeri Selangor dan ia membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam memastikan suara dan hak rakyat terus diangkat dalam perjalanan urus tadbir pembangunan Negeri.

"Menjadikan Selangor sebagai perbandingan juga, rakyat memiliki hak dan dilindungi di bawah Akta Kebebasan Maklumat negeri Selangor untuk mendapatkan akses terhadap penyata kewangan PBT," ujar Penolong Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali dalam satu kenyataan dalam sidang media diadakan hari ini.

Sheikh Omar mendakwa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menyelesaikan isu penyelenggaraan Terminal Bas Awam Kluang.

"Keadaan Terminal Bas Kluang yang sehingga hari ini gagal diselenggara dengan baik menggambarkan betapa rakyat sebagai pembayar cukai tidak dapat menikmati keselesaan kemudahan awam yang sewajarnya.

"Keadaan kotor, bau busuk, paip bocor, pendawaian tidak sempurna, tiada daya tarikan pengunjung, keadaan gerai-gerai peniaga yang tidak ada penyelenggaraan yang sempurna dan banyak lagi masalah telah menghantui para pengunjung dan peniaga di Terminal Bas Kluang ini.

"Hak rakyat sebagai pembayar cukai gagal dipenuhi. Saya anggap, antara faktor penting yang mesti diambil kira adalah kerana rakyat sendiri berhadapan limitasi untuk akses bagaimanakah hasil-hasil cukai yang dikutip oleh pihak MPK diurus dan disalurkan untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat.

Apabila tiada akses, tiadalah semak imbang berlaku antara PBT dan rakyat sebagai pembayar cukai. Rakyat tidak dapat mengetahui, mengapakah kemudahan awam yang sepatutnya mereka nikmati tidak diselenggara dengan baik di Terminal Bas Kluang ini," ujarnya.

Sheikh juga berkata daripaada semakan dilakukan mendapati bagi tahun 2014 sahaja pun, pendapatan cukai tahunan MPK mencecah RM30 juta.

"Rakyat berhak mengetahui kemanakah wang-wang ini dibelanjakan.

"Saya ingin bertanya Khaled Nordin (Datuk Menteri Besar), apakah beliau memiliki keazaman politik untuk mewujudkan akta yang sama di Johor ini bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran beliau?

"Pada masa yang sama, saya menerusi Pejabat Ahli Parlimen Kluang telah mengajukan surat rasmi memohon pihak Majlis Perbandaran Kluang mengeluarkan satu salinan penuh penyata kewangannya bagi tahun 2014 dan 2015 untuk pihak kami dan rakyat umumnya mengetahui maklumat lebih terperinci berkaitan isu ini.

"Kami ingin tahu dengan terperinci, berapakah peruntukan yang telah diluluskan, bagaimanakah ia dibelanjakan, siapakah kontraktor yang dilantik, apakah status terkini untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan apakah isu-isu yang timbul sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan Terminal Bas Kluang dilaksanakan," terangnya.

Barisan pimpinan utama Pakatan Haapan dan Bersatu ketika mengadakan sidang media mereka di Terminal Kluang hari ini.Barisan pimpinan utama Pakatan Haapan dan Bersatu ketika mengadakan sidang media mereka di Terminal Kluang hari ini.
 

Anwar dibenar rujuk rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 2 Februari depan

Posted: 18 Jan 2017 06:06 AM PST

 BERNAMA
 
 
 Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya. Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan diraja boleh dicabar di mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk merujuk dua persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Tinggi juga diarah membuat rujukan itu ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya.

Permohonan mereka untuk kebenaran itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 15 Julai tahun lepas.

Hakim Rohana juga memerintahkan prosiding di Mahkamah Tinggi mengenai permohonan Anwar untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dikekalkan sehingga penyelesaian perkara itu di Mahkamah Persekutuan.

Hakim juga menetapkan 2 Februari bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

Dalam keputusannya, Hakim Rohana berkata perayu (Anwar dan keluarganya) telah memenuhi syarat perlu di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persektuuan.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah silap dalam melaksanakan budibicaranya dengan tidak merujuk persoalan yang ditimbulkan ke Mahkamah Persekutuan.

Turut menganggotai panel ialah Hakim-hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Anwar, yang hadir pada prosiding hari ini, kini menjalani hukuman penjara lima tahu selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 10 Feb, 2015 bagi mengetepikan sabitan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31, pada 2008.

Pada 24 Jun, 2015, Anwar dan anggota keluarganya - isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah dan Nurul Nuha - memfail cabaran perundangan terhadap penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen pengampunannya sebelum itu pada 16 Mac, tahun yang sama.

Terdahulu, peguam utama Anwar N. Surendran berhujah bahawa terdapat kekaburan dalam undang-undang kerana dua undang-undang kes yang dipakai oleh hakim Mahkamah Tinggi semasa menolak permohonan Anwar telah tidak diputuskan dengan betul.

Datin Seri Wan Azizah melemparkan senyuman penuh bermakna dengan keputusan mahkamah hari ini. Beliau bersama  peguam S. Sivarasa ketika berjalan keluar dari mahkamah selepas mendengar pendengaran kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Datin Seri Wan Azizah melemparkan senyuman penuh bermakna dengan keputusan mahkamah hari ini. Beliau bersama peguam S. Sivarasa ketika berjalan keluar dari mahkamah selepas mendengar pendengaran kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.

 

DULU SIBUK MEMBELI, SEKARANG SIBUK MENJUAL....

Posted: 18 Jan 2017 06:04 AM PST

shahbudindotcom


Ketika Felda dipengerusikan oleh Isa Samad, agensi itu sibuk membeli banyak hotel serta hartanah di dalam dan luar negara. Di London saja, Felda membeli dua hotel ketika era Isa Samad. 

Dengan bangganya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah mengumumkan bahawa Felda sudah memiliki 12 hartanah di dalam dan luar negara.
 
 
 
 
Tumpang seronoklah para peneroka dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut menandakan kejayaan mereka, di samping mampu menambah pendapatan Felda, meskipun mustahil bagi peneroka di Jempol atau Pengerang misalnya, untuk menjejakkan kaki hingga ke London sama.

Tetapi, sebaik saja tempat Isa Samad di Felda digantikan dengan Shahrir Samad, beliau kini sibuk pula mahu menjual hotel dan hartanah tersebut.
 
 
 
 
Tidak saja hotel di London, bahkan Shahrir memberitahu, lebih banyak aset dan hartanah Felda akan dijual pada tahun ini.

Alasannya, Felda mahu mengukuhkan aliran tunai, selain aset-aset tersebut tidak dikatakan memberi pulangan yang baik.
 
 
 
 
Selain itu, tambah Shahrir lagi, aset-aset di luar negara itu tidak mempunyai "nilai sentimental"  kepada rakyat negara ini.

Kalau tidak memberi pulangan yang baik, tujuan membeli dulu atas sebab apa?

Pokoknya, antara dua anak "Pak Samad"  ini, yang dulu sibuk membeli, yang mengganti sibuk menjual.
 
 
 
 
Kata orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?

Peneroka juga yang melopong akhirnya..


Anina Cabar PPBM Pecat Keahlian Partinya

Posted: 18 Jan 2017 04:17 AM PST

 
 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin mencabar pucuk pimpinan parti memecat keahlian partinya jika beliau terbukti telah telah mencemar imej parti.

"Jika benar ada bukti sahih dan kukuh serta dengannya telah mencemarkan imej parti, maka saya mengesyorkan supaya saya dipecat dari parti," cabarnya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas percanggahan kenyataan pimpinan PPBM berkenaan penyingkiran beliau sebagai Ketua Srikandi baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat empat percanggahan kenyataan pimpinan PPBM berkenaan isu tersebut :

1. Datuk Seri Mukhriz Mahathir (DSMM) menyatakan saya tidak disyorkan untuk menjadi Ketua Srikandi kerana isu peribadi yang menjejaskan imej parti.

2. Setiausaha Agung (Datuk Dr Shahruddin Md Salleh) menyatakan bahawa angkat sumpah jawatan Ketua Srikandi PPBM pada 2 November adalah kesalahan teknikal.

3. Ketua Penerangan (Datuk Kamarudin Md Nor) membuat kenyataan bahawa saya tidak pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi sejak awal lagi.

4. Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) membuat kenyataan terakhir minggu lalu bahawa saya tidak mencapai prestasi seperti yang diharapkan.

Anina mempersoalkan kredibiliti Setiausaha Agung PPBM (SUA) berkaitan dengan dakwaan 'kesilapan teknikal' itu kerana ia bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin dan Muhkriz yang telah mencanang nama beliau sebagai Ketua Srikandi sebelum ini.

"Di manakah kesilapan teknikal yang dimaksudkan oleh SUA ? Jika ianya terletak pada watikah angkat sumpah jawatan pada 2 November 2015 yang lalu, mungkin SUA boleh menyemak kembali watikah "original". Beliau baru kembali dari Mekah, sudah pasti beliau akan bercakap benar.

"Jika saya tidak pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi, adakah TSMY dan DSMM telah melakukan kesilapan setiap kali menyebut nama saya sebagai Ketua Srikandi dalam ucapan serta ceramah di seluruh negara?," soalnya.

Beliau juga turut mempertikaikan kredibiliti Ketua Penerangan PPBM.

"Kamaruddin Mat Nor mungkin tidak sesuai memegang jawatan Ketua Penerangan jika gagal bercakap dengan tepat. Mungkin beliau tidak banyak tahu sejarah PPBM kerana baru muncul setelah ditawarkan jawatan tersebut.

"Saya telah mengangkat sumpah pada 2 November 2016 dan menyerahkan cadangan barisan kepimpinan Srikandi Pusat dan Negeri pada 17 November 2016 namun Presiden tidak membuat sebarang tindakan terhadap fail tersebut.

"Saya telah mengatur pertemuan dengan hampir kesemua Srikandi di negeri-negeri seluruh Semenanjung dan ianya dilakukan dalam tempoh 100 hari tanpa sesen pun peruntukan dari PPBM. Mungkin KPI nya dirahsiakan dari saya," katanya.

Jelasnya, perjuangan beliau bukan untuk merebut jawatan Ketua Srikandi, malah beliau pernah mencadangkan Datuk Hamidah Osman dicalonkan untuk memegang jawatan ketua sayap wanita PPBM itu.

"Apabila parti diluluskan oleh ROS saya suarakan dalam mesyuarat Pro Tem di kediaman Tun M bahawa saya hanya ingin berada di barisan belakang dan berikanlah jawatan Ketua Wanita kepada Dato Hamidah yang jauh lebih berpengalaman.

"Saya masih ingat kali kedua Presiden menghubungi saya dan menyatakan hasrat bahawa beliau memilih saya berbanding calon lain kerana parti mahu tampilkan calon segar untuk mengemudi sayap wanita.

"Saya menolaknya sekali lagi dengan alasan saya menghormati senioriti dalam latar belakang kepimpinan dan ada saya sebutkan kepada Presiden bahawa saya mahu menjaga hati Dato Hamidah.

"Saya kira Presiden belum melupakan alasan saya tersebut,"katanya lagi.

GST : Ada Sebab DAP Sokong Padu Kenyataan Tun M

Posted: 18 Jan 2017 04:08 AM PST





guan-eng-tun


DAP menyokong penuh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menghapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sekiranya gabungan pembangkang memenangi PRU14.


Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara itu juga merupakan pendirian DAP dan menganggap GST sebagai punca kemusnahan ekonomi negara selama ini.

Sebab itu, dakwa Guan Eng, GST tidak dikuatkuasakan di Pulau Pinang.

"Dakwaan BN yang mengatakan GST perlu supaya mereka mampu membayar BR1M adalah tidak masuk akal dan tak logik kerana di Pulau Pinang walaupun kita tidak mengenakan GST namun kerajaan negeri mampu untuk membayar wang penghargaan kepada anak emas, warga emas dan anak sekolah.

"Disebabkan skandal rasuah yang menyebabkan kerajaan pusat terdesak sehingga terpaksa susahkan rakyat dengan GST," katanya ketika ditemui media hari ini.

huan

Justeru, Guan Eng merayu jika sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14, model pentadbiran DAP di Pulau Pinang akan dipraktikkan di peringkat pusat dan seluruh negeri.
"Pulau Pinang telah buktikan tanpa GST kita mampu memberikan bantuan kepada rakyat.

"Berilah peluang kepada kami (Pakatan Harapan) untuk buktikan bahawa apa yang kami laksanakan di Pulau Pinang mampu dilakukan di seluruh negara," katanya lagi.

Pada 8 Sept. 2015, AIDCNews mendedahkan kenapakah peniaga Cina berdiri teguh di belakang DAP melalui perhimpunan haram BERSIH bagi menentang pelaksanaan GST :
Menurut penganalisa ekonomi Aiman Hussin, selama ini penyokong DAP mendakwa mereka adalah pembayar cukai tertinggi dalam negara walhal dakwaan itu adalah satu penipuan dan memesongkan fikiran rakyat.

"Sebenarnya, mereka adalah pengelak cukai tertinggi di Malaysia. Sebagai ahli perniagaan, golongan ini mampu menipu dan memanipulasi pengisytiharan perolehan mereka berbanding kaum Melayu yang majoritinya bekerja makan gaji dalam syarikat milik ahli perniagaan Cina.

"Borang EA yang disediakan majikan sukar untuk diubahsuai, melainkan anda adalah saudara dalam sesuatu perniagaan dijalankan ahli keluarga.

Menurut Aiman, bayangkan jika ia melibatkan puluhan ribu ahli perniagaan menggunakan cara yang sama bagi mengelak membayar cukai yang sepatutnya dijelaskan mengikut undang-undang? Berapa banyak wang melibatkan jumlah jutaan dan tidak mustahil mencecah berbilion ringgit disonglap dari dibayar sebagai cukai sejak kita merdeka?

Dan mereka terus mendakwa merekalah pembayar cukai tertinggi di Malaysia!

Melalui sistem percukaian GST, mereka tidak dapat lagi mengelak dan sebab itu mereka sangat bencikan sistem percukaian baru ini kerana ia menutup kelemahan sedia ada.

Sistem percukaian GST ini membolehkan kerajaan menghubungkaitkan pengisytiharan pendapatan perniagaan mereka dengan rekod GST yang dikumpulkan sepanjang tahun.

Melaluinya, ahli perniagaan yang selama ini dapat mengelak melalui pengisytiharan palsu dapat dikesan.

"Ia akan dapat meminimakan jumlah yang lari cukai. Mungkin, satu hari nanti, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat menyiarkan kutipan cukai berdasarkan kaum bagi memudahkan kita melihat kumpulan manakah yang menjadi pembayar cukai utama di negara ini.

"Namun, malangnya perlaksanaan percukaian GST ini dilancarkan dengan begitu lemah sekali sehingga membolehkan ahli perniagaan tamak ini memperolehi keuntungan berlebihan dan menyalahkan kerajaan menggunakan alasan GST," katanya.

Aiman turut menyentuh pemilikan kenderaan mewah adalah golongan yang menikmati subsidi petrol sejak beberapa dekad lalu.

"Kita boleh katakan mereka menerima semula antara 20 hingga 30 peratus daripada bayaran cukai mereka melalui subsidi petrol. Keuntungan yang sama dinikmati syarikat persendirian apabila kos pengangkutan mereka dapat dikurangkan melalui subsidi petrol dan diesel. Mereka mampu menikmati semula antara 10 hingga 30 peratus daripada cukai yang dibayar kepada kerajaan," katanya.

Jadi, kata Aiman, kita mudah melihat mengapa penyokong DAP yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina beriya-iya untuk menyertai perhimpunan haram ini – kerana nikmat mereka lari daripada cukai sudah tiada lagi sementara kaum Bumiputera sebelum ini yang makan gaji sebagai pekerja terus membayar cukai mengikut undang-undang, tanpa manipulasi, tanpa penipuan pengisytiharan.

Apabila perolehan pendapatan mereka dikeluarkan, mereka tidak boleh lagi memanipulasi laporan akaun mereka kerana ia akan dibandingkan dengan transaksi GST.

Pada 12 Jun lalu, Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk T. Subromaniam mendedahkan pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 38,000 pemilik syarikat persendirian yang merekodkan keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai lari cukai.

"Jumlah itu adaah 10 pe­ratus atau 38,000 daripada 380,000 buah syarikat yang berdaftar untuk GST dikesan sebagai 'lari' daripada cukai sebelum perlaksanaan sistem cukai ini.

"Syarikat-syarikat tersebut adalah entiti yang 'lari' daripada pembayaran cukai sedangkan mereka mengaut keuntungan beratus ribu ringgit setiap tahun.

"Situasi ini disebut sebagai 'hidden economy' di mana kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang sepatutnya diperoleh.

"Melalui pelaksanaan GST, kita dapat mengesan dan memastikan mereka memberikan sumbangan kepada negara melalui sistem percukaian seperti syarikat-syarikat lain," katanya.

Keberanian Orang Asli berubah cetus kegusaran BN

Posted: 18 Jan 2017 02:54 AM PST




Oleh
 
CAMERON HIGHLANDS: Orang Asli mampu bangkit memperjuangkan hak mereka, dan ia pernah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Pos Titom, salah sebuah kawasan penempatan Orang Asli dalam Parlimen Cameron Highlands, menyumbang 64.4 peratus undi bagi calon DAP, M. Manogaran, mengatasi undi yang diperolehi Barisan Nasional iaitu hanya sebanyak 18 peratus. Manakala selebih undi, diperolehi calon bebas.



M. Manogaram  kalah tipis kepada calon BN, Datuk Seri G. Palanivel secara keseluruhan di kawasan Parlimen itu dengan kurang 462 undi, kebangkitan Orang Asli yang sering dilabel sebagai 'deposit tetap' BN seperti di Pos Titom adalah menarik untuk disingkap.

"Kami mahu ajar kerajaan," demikian ujar seorang pemimpin dari salah sebuah kampung di Pos Titom ketika ditanya mengenai sokongan luar biasa mereka terhadap parti pembangkang dalam PRU yang lalu.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, hasil daripada "tidak mahu peduli dengan tekanan pihak pemerintah itu", pihak kerajaan Pahang bertindak pantas dengan mengambil semula hati penduduk di sini dengan membina jalan raya baru serba lengkap.

"Ada juga JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) datang masuk ke kampung dan tegur kami disebabkan undi itu," ujarnya.

Namun, katanya, semua itu dilakukan demi kepentingan Orang Asli yang menurutnya sering ditindas dan dipermainkan dalam tuntutan untuk membina jalan raya di sepanjang kawasan tersebut.

Penyokong tegar pula dihukum dengan jalan yang teruk?

'Bagai langit dan bumi', itu yang mampu digambarkan apabila dibuat perbandingan antara jalan raya di sepanjang Pos Titom dan Pos Lenjang di sini.

Pos Lenjang dimenangi BN dengan hampir 80 peratus undi, berbanding kurang 20 peratus undi yang diperolehi DAP pada PRU-13.

Namun, ternyata undi yang memihak kepada parti pemerintah tidak menjamin pembangunan yang baik terutamanya buat Orang Asli di sini.

Ia sekaligus membuktikan, komuniti itu mampu menjadi pencetus perubahan jika ada keberanian untuk menongkah arus melawan penindasan BN terhadap kaum itu sejak sekian lama.

Roketkini sebelum ini melaporkan keadaan jalan di sepanjang Pos Lenjang yang teruk meskipun kerajaan mengumumkan peruntukan puluhan juta ringgit bagi membina dan menaik taraf jalan raya tersebut. Roketkini.com


Nak bantah Himpunan 355 hak mereka, kata Nasrudin Hassan

Posted: 18 Jan 2017 02:48 AM PST


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI – Rancangan satu kumpulan yang menggelar diri mereka BEBAS dan mahu menganjurkan perhimpunan balas, bertujuan menolak dan menentang usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 adalah hak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, sukar untuk memastikan 100 peratus manusia menyokong apa yang mahu dilakukan, namun beliau berdoa agar mereka tidak perlu membantah, sebaliknya menukar sikap untuk menyokong.

Malah katanya, Perhimpunan H355 bukan untuk menimbulkan suasana huru hara, penghinaan atau mencetuskan ketegangan.

Dalam bermadah beliau berkata, Himpunan 355 ini tidak perlu dibantah sebaliknya disokong, tidak perlu dicurigai sebaliknya disertai dan ia juga tidak perlu dibimbangi sebaliknya disantuni.

"Perhimpunan H355 tiada kebencian, tiada amarah, tiada provokasi, tiada pengkhianatan, tiada penghinaan, tiada sabotaj, tiada huru hara, tiada gangguan dan tiada ketegangan.

"Sebaliknya apa yang ada ialah penyebaran kasih sayang, persahabatan, saling menghormati antara agama dan kaum, tertib, menyemarak semangat Amal Islami, mengeratkan silaturrahim, mengimarahkan ibu kota dengan akhlak mulia, menyuburkan perjuangan Islam, menjulang keadilan dan mewujudkan rakyat Malaysia yang aman dan sejahtera.

"Kami berhimpun mengangkat tema Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera. Kami berhimpun mewakili seluruh rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian, keharmonian, ketenangan, persahabatan, kesejateraan dan persaudaraan.

"Kami berhimpun mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada. Menghormati hak orang lain," katanya.
Sebelum ini, BEBAS berkata, mereka juga akan mengadakan perhimpunan yang dipanggil 'Rakyat Malaysia tolak Usul Hadi' pada 18 Februari depan, serentak dengan tarikh Himpunan RUU 355 anjuran PAS.

Mereka menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk menyertai mereka, membantah usul yang dibawa Abdul Hadi yang didakwa sebagai 'pintu' kepada pelaksanaan hudud.


Tarikh Awal Muharam tahun ini diubah kepada 22 September

Posted: 18 Jan 2017 02:46 AM PST

ISMA WEB
 

KUALA LUMPUR – Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu surat pada 9 Januari lepas.

Sehubungan itu, jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 juga telah dipinda, menurut kenyataan itu. – Bernama


Masalah hak asasi manusia di Malaysia, apa UMNO-BN buat?

Posted: 18 Jan 2017 02:35 AM PST




 GEORGE TOWN: Keyakinan masyarakat antarabangsa dan tempatan terhadap situasi merosot hak asasi manusia di negara ini harus dikembalikan melalui beberapa tindakan serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, langkah itu termasuk memansuhkan Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta undang-undang lain yang menghalang kebebasan bersuara.

"Malaysia, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen  bertanggungjawab menjamin hak kebebasan bersuara, berhimpun, beragama dan kebebasan rakyat untuk menyertai mana-mana badan atau persatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, bagi menjunjung undang-undang tertinggi ini, amat wajar bagi kerajaan untuk memansuhkan sebarang akta yang menggugat hak asasi manusia demi membersihkan imej negara yang tercalar di mata dunia," katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Human Rights Watch (HRW) 2017 yang dikeluarkan pada Khamis minggu lalu yang mendapati prestasi hak asasi manusia di negara ini "merosot dengan ketara" sepanjang tahun lepas.

Laporan setebal 687 halaman membabitkan lebih 90 negara itu menyentuh antara lain hukuman penjara 18 bulan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dihadapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ekoran pendedahan sebahagian laporan audit syarikat milik penuh negara, 1MDB.

Hukuman di bawah akta tersebut dilihat ramai pemerhati sebagai usaha kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekang kritikan sesetengah pemimpin pembangkang yang lantang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai skandal kewangan membabitkan syarikat itu.

Mengulas lanjut, Kasthuri yang juga Setiausaha Publisiti Wanita DAP berkata, pihak pembangkang perlu berkerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan hak asasi manusia.

Ia, katanya, bagi memastikan rakyat mengetahui hak-hak mereka seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.
"Pembangkang dan NGO boleh mengadakan roadshow bagi membangkitkan kesedaran rakyat mengenai hak kanak-kanak, hak wanita, hak Orang Kelainan Upaya (OKU), hak orang asal, dan sebagainya," ujarnya.

"Malah, adalah penting untuk kuasa besar untuk mengenakan tindakan ekonomi atau sekatan bantuan kewangan kepada mana-mana negara yg menzalimi rakyatnya," tambahnya. – Roketkini.com

Comments (0)