Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:12 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


LAGI-LAGI CHINA, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?

Posted: 15 Jan 2017 07:42 AM PST

shahbudindotcom


Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.

Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga.




Sempena lawatan Zahid Hamidi ke China, dilaporkan antara yang dipersetuju ialah mahu belajar bagaimana menurunkan kadar jenayah dan memohon diajar cara mengawal sempadan daripada negara tersebut.

Kenapa dengan China dan apakah  benar-benar tiada negara lain yang punya kemampuan dan teknologi seperti itu?

Mengapa juga, hanya setelah 60 tahun memerintah negara,  kita tiba-tiba mahu belajar dan diajar mengenainya?

Selama ini, pemimpin-pemimpin yang diberi kuasa menjaga negara ini, apa kerja mereka?

Selain itu, apa lagi selepas ini yang bakal diserahkan atau mahu diletakkan pergantungan kepada China ?




Adakah segala-galanya di Malaysia ini mahu diChinakan?

Tetapi, kenapa orang Cina di negara sendiri dimusuhi oleh UMNO, BN dan kerajaan sehingga kesetiaan mereka sering dipertikaikan dan mereka dianggap salah dan dilabel melakukan tsunami Cina serta ditanya, "apa lagi Cina mahu?" jika tidak bersama dengan kerajaan? 

Seorang kawan Cina pernah berkata, jadi Cina China lagi untung daripada jadi Cina Malaysia.

Aduhhh...


Laporan polis dibuat terhadap Gerakan ekoran pertikai sekolah agama

Posted: 15 Jan 2017 07:19 AM PST

 BORHAN AHMAD
 
 
Gerakan terus dipertikai kerana dakwa sekolah agama punca merebakkan fahaman ektremis.Gerakan terus dipertikai kerana dakwa sekolah agama punca merebakkan fahaman ektremis.

Tindakan parti Gerakan yang mempertikaikan kedudukan sekolah agama di negara ini terus mendapat bantahan dari pelbagai pihak dan laporan polis terhadapnya mula dibuat.

Hari ini, Biro Pendidikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat laporan polis ke atas Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mempertikaikan sekolah agama itu.

Laporan polis itu akan dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seksyen 9, Shah Alam Selangor.
Walaupun  Dr Dominic dikatakan telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, ia masih tidak disenangi.

"Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini.

"Kebimbangan utama sebenar saya, yang ingin saya sampaikan pada sidang media itu, meminta kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama," kata Dominic dalam kenyataannya.

Semalam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempertikaikan kenyataan Dr Dominic itu.
Setiausaha Agung GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor berkata Gerakan sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) harus tampil memberikan penjelasan kepada umat Islam di negara ini

khususnya yang mendapat pendidikan asas di sekolah agama hingga ke pusat pengajian tinggi awam negara.
"Di saat ketidaktentuan politik dan rakyat berpecah belah di tambah pula sentimen agama Islam yang di mainkan oleh Gerakan ini menunjukkan bahawa parti ini semakin hilang arah , tidak menghormati sistem pendidikan agama lain dan tiada lagi mempunyai semangat perpaduan kaum di Malaysia," ujarnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan dua hari lepas, Datuk Dr Dominic dipetik berkata, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.

Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.

Beliau juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Turut mempertikaikan Gerakan adalah bekas ahli parti itu, Dr Redhuan Tee yang menyifatkan kedudukan sekolah agama selari dengan perlembagaan persekutuan berbanding sekolah vernakular.


Pas tidak akan kerjasama dengan parti liberal, sekular

Posted: 15 Jan 2017 07:17 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas tidak akan kerjasama dengan parti yang bukan pegang dasar Islam, kata Hashim Jasin.Pas tidak akan kerjasama dengan parti yang bukan pegang dasar Islam, kata Hashim Jasin.

Pemimpin paling tinggi dalam Pas, Hashim Jasin sekali lagi menegas, mereka tidak akan sekali-kali bersama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular.

"Mana mungkin Pas akan menegakkan dasar liberal atau bersama dengan dasar sekular yang dianut oleh parti-parti lain, sedangkan dasar Pas ialah Islam," Hashim dalam satu tulisannya yang terbaru sebagaimana disiarkan Harakahdaily.

Bagi beliau, kemenangan yang disasarkan jika sekadar memenangi pilihan raya, ia adalah satu kefahaman yang sangat dangkal bagi ahli-ahli politik walau dari parti mana sekali pun mereka.

"Pilihan raya hanyalah alat untuk mencapai matlamat, ia bukan tujuan. Bukankah setiap daripada parti politik itu ditubuhkan dengan tujuan, dan mahu menjadikan keyakinan mereka terhadap ideologinya sebagai sesuatu yang diterjemahkan?

"Tidak ada parti yang meletakkan sasarannya hanya untuk menang pilihan raya.

"Begitu juga PAS! Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia.

"Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!" katanya dalam tulisan itu.

Menurut Hashim, dalam suasana semua orang mengejar kejayaan dan kemenangan, ramai pula orang terkeliru apakah sebenarnya yang dicita-citakan oleh mereka.

"Apakah mereka mahu melihat Islam tertegak atau sekadar mahu menguasai Putrajaya?" soal beliau yang mempertikaikan usaha-usaha parti pembangkang mahu menang dalam pilihan raya akan datang dengan cara bekerjasama.

"Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka?

"Saya yakin jika Parti Komunis yang menguasai Putrajaya, pasti mereka mahu melaksanakan dasar-dasar komunisnya, seperti mana kelompok sekular kebangsaan melakukannya sekarang ini," katanya.

Maka, mengapa orang yang berada dalam perjuangan Islam boleh terkeliru tentang tujuan untuk apa kita menguasai Putrajaya, soal beliau.

Kenyataan Hashim ini adalah penegasan untuk sekian kalinya Pas tidak akan bersama-sama dengan mana-mana parti kecuali parti itu sedia menerima Pas sebagai pemimpin

UMNO susun strategi tawan Kelantan: Mustapa

Posted: 15 Jan 2017 07:12 AM PST

Bernama



Pengerusi Badan Perhubungan, UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


BACHOK, Kelantan – UMNO Kelantan kini melakukan pelbagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata pelbagai persiapan dan strategi disusun untuk menawan lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kalau ikut spekulasi PRU14 mungkin diadakan pada tahun ini dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah membuat banyak persiapan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 anggota UMNO di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perupok di sini, pada Sabtu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata UMNO Kelantan juga telah menggerakkan jentera parti dengan melantik anggota jawatankuasa di peringkat akar umbi terutama di PDM dan cawangan.


"Kita serius dengan perkara ini (PRU14) dan kita bersedia lebih awal pada kali ini. Kita akan melaksanakan kerja-kerja dengan penuh strategi bagi menawan kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti," katanya.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Ketua UMNO bahagian Dr Ilias Husain, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Senator Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Pemuda PH Sabah gesa SPRM dedah kertas siasatan babit tiga pegawai Jabatan Air Sabah

Posted: 15 Jan 2017 04:16 AM PST

AMMY AK NILA
 
 
Pemuda PH Sabah menyatakan isu skandal air negeri Sabah bukanlah isu picisan kerana masalah air ini telah menyebabkan ribuan rakyat Sabah hidup dalam kesengsaraan. Pemuda PH Sabah menyatakan isu skandal air negeri Sabah bukanlah isu picisan kerana masalah air ini telah menyebabkan ribuan rakyat Sabah hidup dalam kesengsaraan.


Pemuda Pakatan Harapan (PH) Sabah melahirkan rasa kecewa dan mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kertas siasatan ke atas tiga orang pegawai Jabatan Air Negeri Sabah yang terbabit dalam skandal rasuah.

Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud menjelaskan, Pemuda PH Sabah tidak berpuashati dengan jawaban bertulis oleh SPRM terhadap surat yang pernah dihantar ke cawangan suruhanjaya itu pada 23 Disember lalu.

"Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini.

"Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada 29 Disember lalu dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubahan wang haram.

"Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah", ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.

Seterusnya, Pemuda PH Sabah mengambil langkah menggesa pihak SPRM mendedahkan kertas siasatan.
"Justeru itu, kami mengambil pendirian mendesak SPRM mendedahkan kertas siasatan kepada umum untuk penilaian orang ramai.

"SPRM juga boleh menyediakan ruangan khusus di portal SPRM bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan akses maklumat kertas siasatan tersebut"

"Selain itu, selepas ini kami akan membawa perkara ini kepada Yang di Pertuan Agong bagi menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan di Raja khusus bagi menyiasat isu skandal air negeri Sabah", ujar mereka.

Khairuddin yang juga mewakili Pemuda PH Sabah menyatakan isu skandal air negeri Sabah bukanlah isu picisan kerana masalah air ini telah menyebabkan ribuan rakyat Sabah hidup dalam kesengsaraan.

Justeru, tiada pihak yang boleh dibiarkan terlepas daripada siasatan ini sama ada 'orang besar' seperti yang didakwa SPRM mahupun marhaen seluruhnya.

Setelah tersebarnya gambar surat respon balas daripada SPRM kepada Pemuda Pemuda PH Sabah di laman sosial pada hari ini telah tampil mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian mereka terhadap respon balas SPRM tersebut.

Khairuddin berkata, Pegawai SPRM telah menerima surat tersebut dan menjelaskan kes rasuah itu dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya ekoran status kes siasatannya yang berprofil tinggi.

"Walau bagaimanapun, pegawai SPRM memberitahu kami, permohonan kami akan disampaikan kepada ibu pejabat SPRM.

"Pada 27 Disember 2016, kami telah menerima SMS daripada SPRM yang menyatakan aduan kami telah diterima dan akan diberikan jawapan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja", katanya.

Menurutnya lagi, pada 12 Januari 2016, mereka telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58) bertarikh 29 Disember 2016.

"Untuk rekod, 29 Disember 2016 juga adalah tarikh perbicaraan tiga orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu.

"Di dalam surat tersebut, SPRM menegaskan bahawa kes berkenaan tidak diambil tindakan lanjut atas alasan ianya tidak berunsur rasuah dan diluar bidang kuasa SPRM serta menegaskan tiada tindakan lanjut akan diambil",terangnya.

Pertukaran 10 pegawai kanan polis berkuat kuasa 13 Februari

Posted: 15 Jan 2017 04:14 AM PST

Bernama ·


 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu mengumumkan pertukaran dan penyelarasan 10 pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Feb depan.

Supt Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Venugopal Navaretnam dalam satu kenyataan hari ini berkata Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia KPN, Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad masih menyandang jawatan yang sama dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Sharifah Hawariah Syed Idrus akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narkotik Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh ACP Latt Mazura Mansor yang kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat), Jabatan Siasatan Komersil, Bukit Aman.

Kenyataan itu turut memaklumkan Supt Pegawai Penyiasat Kanan (Jenayah Korporat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Supt R.Rajagopal akan mengambil alih jawatan ACP Latt Mazura Mansor dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Moktar Md Noor akan bertukar jawatan sebagai Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urus Setia KPN (Pentadbiran), Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Selangor, Supt Zailan Tasir akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.

Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap Aseanapol, Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman, Supt Aidah Othman akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Perancang dan Program Sekretariat Tetap Aseanapol, Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Supt (D4) Rekod JSJ, Bukit Aman, Supt Shamsul Amar Ramli akan bertukar jawatan sebagai Pegawai Turus, Urusetia KPN (Pentadbiran), Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Supt E2B1, Cawangan Khas, Bukit Aman, Supt Zafari Zulkifli akan bertukar jawatan sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dengan memangku pangkat ACP.

Supt Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas, Bukit Aman, Supt Ibrahim Chat akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas I, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan memangku pangkat ACP.

PPBM akan menang PRU14: Mukhriz

Posted: 15 Jan 2017 03:34 AM PST

Astro Awani ·


Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berucap di hadapan lebih 10 ribu ahli PPBM seluruh Bahagian Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam, 14 Januari 2017.
Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berucap di hadapan lebih 10 ribu ahli PPBM seluruh Bahagian Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam, 14 Januari 2017.


SHAH ALAM, Selangor – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) percaya mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 dan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya optimis dengan impian tersebut hanya jika rakyat sanggup mengorbankan kepentingan jangka pendek dan mahu bersama-sama mengembalikan kegemilangan negara.

"Saya yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada kita akhirnya.

"Melakukan perkara yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak, maka itu semua hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.

"Angan-angan yang tak akan menjadi nyata. Hidup kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa," katanya sempena Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.

Pada majlis tersebut, ibunya Tun Dr Siti Hasmah mengetuai koir yang menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PPBM bertajuk 'Perjuangan Kita' semasa majlis bermula.

Tiada guna hantar wakil jika disindir - Iskandar

Posted: 15 Jan 2017 03:28 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Disindir dan dihentam dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAS menyifatkan keputusan untuk tidak menghantar wakilnya ke majlis berkenaan sebagai tindakan yang tepat.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata demikian merujuk kepada sindiran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membayangkan PAS sebagai parti yang akan memecah-belahkan undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
"Tidak ada gunanya menghantar wakil-wakil semata-mata untuk disindir.
 
"Jika benar hendak berunding dengan PAS, kenapa perlu menghina PAS?
 
"Tun Mahathir jelas tidak ikhlas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Dalam ucapan sewaktu pelancaran PPBM malam tadi, Dr Mahathir tidak menyatakan nama parti yang dimaksudkannya secara langsung, namun ia merujuk kepada PAS.
 
PAS tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM menandatangani perjanjian politik untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan berkenaan yang dimeterai pada bulan lalu.  
 
Dr Mahathir sebelum ini kerap mendesak PAS supaya segera memutuskan sama ada mahu menyertai pembangkang bagi memastikan saingan dua penjuru menentang BN pada PRU14. 
 
Pimpinan utama PAS tidak hadir pada majlis pelancaran PPBM sungguhpun dijemput. Kelihatan cuma Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang hadir, namun beliau bukan diwakilkan oleh PAS.
 
Dalam ucapannya juga Dr Mahathir menegaskan partinya bersama Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon, menggunakan satu simbol dan mendokong manifesto sama pada pilihan raya umum yang diramal diadakan pada tahun ini.
 
 

Skandal seks: Saya diam kerana tiada bukti kukuh, kata Anina

Posted: 15 Jan 2017 03:19 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin berkata tindakannya 'mendiamkan diri' berhubung skandal seks baru-baru ini, kerana tiada bukti kukuh mengaitkan dirinya dalam hal berkenaan.
 
Katanya, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan dirinya dalam hal itu.
 
"Saya tiada sebarang komen terhadap skandal seks yang dikatakan ditujukan kepada saya kerana tiada apa-apa bukti menunjukkan saya sebagai individu terlibat.
 
"Selagi tidak ada bukti, saya tidak akan berkata apa-apa sebab saya tidak nampak asas bahawa saya terlibat hal tersebut. Oleh sebab itu saya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut," katanya dipetik Sinar Harian.
 
Kata Anina lagi, dakwaan skandal seks itu menggambarkan dirinya begitu penting dalam dunia politik tanah air sehinggakan taktik kotor itu digunakan bagi menjatuhkannya.
 
"Bagi saya ia tidak mengejutkan, kerana mungkin kehadiran saya dalam politik negara maka saya dikaitkan dengan hal tersebut.
 
"Tetapi ia tidak langsung menjatuhkan saya. Malah sokongan rakyat akar umbi makin  bertambah kuat kepada saya," katanya.
 
Anina baru-baru ini dikaitkan terlibat dalam satu skandal seks apabila 'screenshot' perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar.
 
 

Pengendali MRT gesa pengguna guna kaedah tanpa tunai

Posted: 15 Jan 2017 03:09 AM PST

ISMA WEB
 
 


KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) bagi pemilik aset Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, menggesa pengguna menggunakan kaedah tanpa tunai bagi kemudahan dan kelancaran mereka selepas berakhirnya tempoh promosi perjalanan percuma pada Isnin ini.

Rapid Rail, dalam satu kenyataan hari ini berkata bermula Selasa, pengguna akan dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90, bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah kaedah tanpa tunai.

"Penumpang boleh membeli token perjalanan mereka daripada Mesin Layan Diri Tiket. Bagi kaedah tanpa tunai, penumpang boleh membeli kad Touch 'n Go, Kad Bulanan MRT atau Kad Mingguan MRT daripada pejabat khidmat pelanggan di stesen bagi kemudahan perjalanan," kata syarikat itu.

Hanya token dan kad Touch 'n Go boleh digunakan untuk memasuki get tiket, manakala kad MyRapid hanya diterima bagi kegunaan selepas pembukaan fasa kedua antara Semantan dan Kajang, yang dijadualkan pada Julai.

Rapid Rail berkata pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan diberikan diskaun 50 peratus dan token konsesi boleh dibeli daripada pejabat khidmat pelanggan di stesen MRT.

Menurut syarikat itu, dengan tempoh perjalanan percuma yang telah tamat, perkhidmatan bas perantara akan mengenakan bayaran RM1 bagi setiap perjalanan, sambil menambah pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad Touch 'n Go.

Pelajar, warga emas, dan OKU akan diberikan diskaun 50 peratus sekiranya mereka membayar secara tunai selepas menunjukkan kad pelajar mereka (sekiranya tidak memakai pakaian seragan), kad pengenalan pendaftaran negara atau kad OKU semasa menaiki bas perantara.

Penumpang boleh mendapatkan butiran terperinci mengenai struktur tambang itu dengan melayari laman web myrapid.com.my. – Bernama


Belum ada kata muktamad kerjasama PAS-PPBM, kata Idris

Posted: 15 Jan 2017 03:00 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Masih belum ada kata putus berhubung rundingan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ujar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengulangi keperluan untuk partinya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan PAS.
 
Muhyiddin ketika berucap sempena majlis pelancaran PPBM malam tadi menyeru pembentukan gabungan politik yang mantap antara PAS, PPBM dan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Kita sudah ada Gagasan Sejahtera dan kita juga ada rundingan dengan PPBM. Itu sahaja. DAP dan PAN (Amanah) sehingga ke hari ini tidak ada (kerjasama).
 
"Sekarang kita masih adakan rundingan (dengan PPBM). Parti belum bincang secara muktamad lagi," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Muhyiddin, ketika berucap di majlis perasmian partinya malam tadi menekankan keperluan rundingan bersama parti-parti di luar gabungan PH-PPBM untuk diteruskan bagi membentuk kerjasama yang kuat.
 
Ketika berucap di pentas PAS sebelum ini, Muhyiddin pernah menyuarakan hasrat yang sama supaya gabungan pembangkang mampu mewujudkan gelombang perubahan yang besar ke arah pembentukan kerajaan baru dalam pilihan raya tidak lama lagi.
 
Namun begitu hasrat Muhyiddin kelihatan tidak senada dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membayangkan PAS sebagai parti yang mungkin memecah-belahkan undi pembangkang dan membawa kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
 
Sementara itu, Idris ketika diajukan perihal kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke majlis berkenaan malam tadi, enggan mengulas lanjut. 
 
"Tidak apalah, itu pandangannya. Biar dia," katanya ringkas. 
 
Mahfuz adalah satu-satunya pemimpin PAS yang hadir ke majlis perasmian PPBM itu atas kapasiti peribadi.
 
Bekas Naib Presiden PAS itu turut menyelar partinya kerana tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis berkenaan, dan menyifatkannya sebagai 'memburukkan lagi keadaan'.
 
 

Berang tayar kenderaan dikunci, lelaki serang pengawal

Posted: 15 Jan 2017 02:59 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Video berdurasi 40 saat yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang menggunakan alat pemotong besi oleh seorang lelaki tersebar di laman sosial.
 
Difahamkan lelaki berkenaan berang kerana kereta mewahnya dikunci tayar oleh pihak pengawal keselamatan di bangunan tersebut. Malah mangsa juga menasihatkan lelaki tersebut agar tidak berbuat demikian.
 
Beliau kemudiannya menyerang pengawal keselamatan yang bertindak merakamkan cubaannya menanggalkan kunci di tayar keretanya.
 
Pengawal keselamatan tersebut dilaporkan cedera di bahagian kepala, tangan kiri, leher dan pinggang selepas diserang menggunakan alat pemotong besi.
 
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan kedua-dua mangsa dan suspek membuat laporan polis berasingan mengenai kejadian itu dan kes disiasar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
 
"Menurut mangsa pengurusan kondominium bertindak mengunci tayar kereta suspek kerana ia diletakkan melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
 
"Kita juga sedang mendapatkan kenyataan daripada saksi begitu juga rakaman daripada kamera litar tertutup," ujarnya.
 
Dipercayai kejadian itu berlaku pada awal bulan ini.
 
 

Comments (0)