Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAJIM UKIM PULAUKAN PAKATAN HARAPAN SABAH, DIJANGKA MEMOHON MENYERTAI BN SABAH

Posted: 08 Jan 2017 08:10 PM PST

Datuk Lajim Ukin tidak hadir, malah tidak menghantar wakil dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan Sabah yang diadakan semalam.
Pelancaran PH Sabah itu diadakan selepas majlis menandatangani perjanjian di antara tiga parti; Stephen Wong ( Pengerusi DAP Sabah), Christina Liew (Pengerusi PKR Sabah) dan Hamzah Abdullah (Pengerusi PAN Sabah).
Majlis pelancaran PH Sabah itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.
Turut hadir ialah wakil parti tempatan, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Gabungan Sabah.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata PH Sabah sentiasa terbuka kepada rundingan dengan parti pembangkang tempatan, namun setiap parti tidak boleh bersaing untuk menjadi 'abang besar'.
"Jika semua orang mahu menjadi 'taikor' (abang) dan meminta sebahagian besar kerusi dan mengharapkan orang lain memberi laluan, maka ia akan menjadi sukar,"katanya.
Lajim Ukin, bekas Pengerusi PKR Sabah yang mengumumkan keluar parti pada Okt. tahun lepas untuk menerajui parti baharu, Parti Harapan Sabah berkata partinya hanya menjalinkan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang tempatan sahaja.
DAP, PKR dan PAN adalah parti Semenanjung dan bukan parti tempatan.
Lajim berkata, partinya akan menyertai USA (Gabungan Sabah) yang kini terdiri daripada gabungan tiga parti sebagai sebuah parti komponen, iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).
Namun, Parti Warisan Sabah diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga parti tempatan tidak bergabung dengan USA.
"Kami buat keputusan Parti Harapan Rakyat Sabah akan menyertai Gabungan Sabah bagi berdepan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha meningkatkan peluang mengalahkan parti pemerintah," kata Lajim pada satu perhimpunan di Kuala Penyu, Ahad.
Lajim berkata beliau yakin empat parti USA itu boleh mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi di kalangan mereka.
"Malah kita juga boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dengan syarat mereka akan membuka jalan bagi parti-parti yang berpengkalan di Sabah mengetuai pertempuran di negeri ini," katanya, sambil menambah adalah lebih baik parti-parti tempatan dibiarkan menguasai negeri, bukan parti yang berpusat di Semenanjung

KOMEN PAS: SAIFUDDIN DILANTIK DAP HANYA SEKADAR MANIS TEORI, REALITI DIA TEWAS DIDAKYAH

Posted: 08 Jan 2017 06:20 AM PST


ALLAH SWT memberi dan mendedah peringatan yang sangat banyak di dalam al-Quran perihal hasad, perancangan, keangkuhan, kelakuan, kejahatan, kezaliman dan mudharat boleh ditimbulkan orang kafir ke atas kaum Muslimin. Lebih-lebih lagi ketika mereka memiliki keupayaan atau kekuatan melebihi kaum Muslimin, atau kuasa mengatasi. Oleh sebab itulah di sebalik peranan dakwah dan penghormatan kemanusiaan, serta hubungan dan sandaran kepada mereka, Allah SWT menegaskan kewaspadaan kepada orang Mukmin agar tidak sehingga melanggar sempadan wala'.

Bahkan sirah telah mengajar, kelicikan mereka mempengaruhi Baginda Rasulullah SAW dengan tawaran jawatan, kedudukan, kebendaan, kemudahan dan wanita. Agar sekurang-kurangnya tidak meneruskan gerak kerja kelangsungan agenda perjuangan Islam yang didukung. Malah, mengajukan kompromi yang oppurtunis, dengan bersedia menyembah Allah, tetapi Nabi SAW juga perlu menyembah kepercayaan mereka. Namun, apabila tidak terdaya mengubah keteguhan Baginda, jarum disuntik pula melalui insan-insan terhampir.

Bererti, tidak semua misi kafir dan munafik terlaksana secara pertembungan zahir, tetapi juga dengan pemerdayaan indah nan mempersonakan yang setidak-tidaknya dapat mengurang dan melemahkan atau pun mengikat.

Tragedi itulah telah menimpa segelintir mereka dalam kalangan pimpinan PAS dahulunya yang tercandu oleh DAP, menyebabkan potensi hala tuju PAS bukan sahaja menjadi lembab, tetapi hampir tergelincir dari landasan. Namun Allah memelihara jamaah ini, mereka yang menamakan diri sebagai G18 itu akhirnya tersingkir dan keluar. Mereka sekarang megah sebagai entiti baharu bernama PAN yang secara terbuka menentang PAS, tetapi menjadi pembela setia dan menguatkan DAP.

Kini jerat sama dipasang DAP dengan melantik Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Reaksi gembira dan teruja kalangan Pakatan Harapan menyatakan ia akan mengukuhkan lagi gabungan itu khususnya antara dua parti tersebut.

DAP sedang menyusun untuk melonjakkan kembali dirinya yang hampir terbenam oleh pelbagai isu mutakhir ini. Dalam realiti sukar untuk pulih segera, sedang PRU14 kian menghampiri, maka anak tangga mesti diadakan. Kepatuhan PAN akan diperalatkan sepenuhnya oleh DAP dan sebagai imbuhan tentulah akan ditaja parti itu bertanding.

Tetapi DAP menyedari kerusi-kerusi boleh ditandingi PAN belum terjamin memberi kredit untuknya. Maka, cengkaman perlu dikukuhkan dan langkah awalnya berjaya apabila dapat memberikan jawatan kepada Saifuddin. Kedudukan Saifuddin selaku Setiausaha Agong antara yang kuat dalam mempengaruhi keputusan parti.

Secara strategik, DAP akan mengekalkan 'status quo' terhadap kerusi ditandinginya. Ketika sama, ia mungkin mendapat kelebihan dari kerusi ditandingi PAN yang bakal menjadi senjata pertembungan tiga penjuru. Kemudian, ia sedang meneroka 'harapan' kerusi-kerusi baharu dari kuota PKR atau setidaknya senarai calon yang 'diredhainya'.

Biarpun pandangan sedemikian dianggap naif, kolot dan skeptikal dengan memberikan alasan bahawa semakin dekatnya PAN dan PKR akan mempercepatkan lagi proses dakwah kepada DAP. Penyakit kagum inilah pernah melanda sebahagian ahli PAS sendiri, terlayur oleh pelbagai kebajikan dibuat DAP. Hakikatnya semua itu lakonan dan tanggungjawab yang ditunaikan pun jelas berkepentingan semata-mata.

Antaranya lihat sahaja bantuan kepada Kelantan semasa banjir besar 2014 dahulu. DAP menghulurkan sumbangan RM1.5 juta, tetapi tidak melalui saluran Kerajaan Negeri. Sebaliknya melalui 'agen-agen' mereka dan menempelak pula secara terbuka Kerajaan PAS Kelantan sebagai lemah. Walhal, pemberian sumbangan itu penuh helah dan tipu daya di mana untuk bersaing dengan kumpulan Pro-Ulama menjelangnya pemilihan Muktamar PAS.

Sedangkan, apabila banjir di Pulau Pinang sendiri, tidak pula DAP bersungguh menggerakkan 'bantuan' sewajarnya. Malah, selepas dari kekalahan agen-agennya pada Muktamar PAS, tiada lagi usaha bantuan seumpama dihulurkan sehingga kini untuk banjir di Kelantan.

Kerana itulah memperkatakan kebaikan dan kebajikan DAP sebenarnya hanya sekadar manis teori, realiti terjadi sebaliknya apabila segelintir dari kalangan Muslim pula yang terdakyah. Malah, Allah telah memperingatkan bahawa kebajikan dan kebaikan sedemikian tidak dikehendaki-Nya tanpa disertakan dengan keimanan.

Zahirnya pandangan sedemikian akan terus berbeza dari perspektif Mukmin yang sentiasa meneroka dan disirami oleh pancaran wahyu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang Mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredhaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan setiap yang kamu rahsiakan dan segala yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)."  (al-Mumtahanah: 1-2) – HARAKAHDAILY 

Comments (0)