Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN ALI TIDAK BAYAR HUTANG GAJI KEPADA SAYA

Posted: 05 Jan 2017 07:37 PM PST

zainal

Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mempersoal profesionalisme pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang masih tidak mengeluarkan surat rasmi berhubung pemecatannya sehingga hari ini.
Menurutnya, Presiden FAS ketika itu, Azmin Ali memecatnya hanya melalui satu pesanan khidmat ringkas (SMS) pada Ogos lalu, dan tidak disusuli dengan prosedur yang betul termasuk surat rasmi pemecatan.
"Saya bukan mahu pertahankan jawatan saya, cuma saya mahu surat rasmi pemecatan serta merta itu supaya saya dapat buka langkah seterusnya. Memang satu Malaysia tahu saya dipecat tapi kenapa tidak dibuat secara rasmi? soal beliau dalam satu sidang media hari ini.
Zainal turut membangkitkan persoalan baki bayaran yang belum dijelaskan semasa beliau menjadi jurulatih pasukan bola sepak Gergasi Merah itu.
"Walaupun pengurusan FAS berjanji untuk selesaikan baki kontrak saya yang sepatutnya berakhir November ini, namun mereka membayar secara bulanan, semacam bekerja, tetapi sudah dua bulan (November dan Disember lalu) tidak dibayar," katanya.
Bekas pemain pertahanan Selangor awal 1980-an itu berkata beliau menerima penggugurannya dari pasukan Selangor dengan hati terbuka namun kesal apabila pengurusan FAS ketika itu tidak memberinya peluang untuk memperjelas kemerosotan prestasi pasukan Gergasi Merah.
Bagaimanapun katanya, hasil pertemuan dan perbincangan dengan bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari dua hari lalu beliau mendakwa dijanjikan penyelesaian isu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.
Zainal Abidin dipecat serta merta sebagai jurulatih Selangor pada 7 Ogos lalu tanpa sebarang amaran awal namun FAS menyatakan ia disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia 2016.
FAS kini bergelut dengan krisis dalamannya dan keadaan semakin parah apabila Mohamed Azmin memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS pada 30 Disember lalu.

KES ANINA TERGANTUNG KERANA SEMUA MT PARTI PRIBUMI BERCUTI MEWAH DI LUAR NEGARA

Posted: 05 Jan 2017 06:32 AM PST


Anina Saadudin perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal mesej seks yang dikaitkan kepadanya, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Tariq Ismail.
Tariq percaya hal peribadi tidak patut disiarkan kepada orang ramai, tetapi memandangkan dakwaan itu sudah tersebar, Anina perlu cuba mematikan semua spekulasi dengan mengambil tindakan undang-undang.
"Ia sudah tak terkawal. Dia perlu jawab dakwaan itu dan membuat laporan polis supaya pihak terbabit dipertanggungjawabkan,".
Skandal itu didakwa didedahkan oleh bekas pembantu Anina dan menurut Anina, ia menjadi sebab kepimpinan PPBM melucutkan jawatan ketua srikandi yang disandangnnya.
Tariq bagaimanapun menafikannya dan berkata sayap srikandi belum ditubuhkan.
Seorang lagi ahli MT, Kamarulazman Habibur Rahman tidak bersetuju dengan gesaan Tariq dan berkata Anina tidak perlu cari polis jika dia merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
"Bergantung kepada dia, kalau dia mahu buat laporan polis atau tidak. Bagi saya, takkanlah saya perlu cari polis setiap kali ada orang bercakap buruk mengenai saya.
"Saya tak perlu beri perhatian kalau orang itu bercakap tanpa fakta," 
Ketika ditanya tindakan PPBM seterusnya dalam menangani skandal yang mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli, dan adakah MT akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab, Tariq berkata:
"Ramai pemimpin parti tiada di sini ketika ini. Sekembalinya semua ahli MT nanti, kami akan bersidang dan membincangkan perkara berbangkit.
"Saya nasihatkan ahli parti supaya bertenang dan biarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bantu kita selesaikan masalah ini."
Beliau juga mendakwa ada desakan dalam kalangan aktivis parti, yang menyebabkan wujudnya puak dalam parti.

Comments (0)