Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:31 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TS MUHYIDDIN PUNCA PARTI PRIBUMI KUCAR-KACIR, MAYBE AKAN LETAK JAWATAN PULA

Posted: 03 Jan 2017 06:13 AM PST

Syed Saifuddin Syed Harman berkata, parti serpihan Umno itu meneruskan survivalnya kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi serta sebilangan ahli tidak setuju Muhyiddin diangkat sebagai presiden.
Seorang ahli Parti Pribumi memberitahu krisis yang berlaku dalam parti berpunca daripada kelemahan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Selain daripada Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Mukhriz masih tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pemimpin.
"Presiden contohnya masih gagal menunjukkan kredibiliti yang boleh dibanggakan," katanya kepada Antarapos.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengguguran jawatan Ketua Srikandi terhadap Anina bermula daripada perbalahan pemimpin wanita itu dengan Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Osman.
Kelemahan Muhyiddin sebagai Presiden parti yang gagal mengawal konfrantasi antara kedua pemimpin itu juga menjadi faktor kepada insiden 'pengguguran jawatan' Anina itu.
"Ada digambarkan oleh pihak dalaman (parti), tapi saya rasa ramai yang sudah tahu.
"Ada serangan dari dalam (parti) secara bertubi-tubi dan disambut oleh orang luar," tambahnya.
Anina sebelum ini dikatakan telah digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi namun mendakwa tidak mendapat sebarang surat rasmi daripada pihak pengurusan parti.
Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata tidak timbul isu bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu 'digugurkan' kerana parti tidak pernah melantik Anina mengetuai sayap wanita secara rasmi.
Mengulas lanjut, Syed Siafudin berkata parti yang baru bertapak beberapa bulan dalam arena politik negara itu hanya bergantung kepada kredibiliti yang terdapat pada Mahathir.
"(PPBM) ada sedikit kelemahan, dari segi kepimpinan dalam parti.
"Parti ini dilihat dipimpin oleh seorang pemimpin saja. Saya tidak nampak Tun Mahathir dibantu oleh pemimpin lain.
"Parti ini sebenarnya bergantung penuh pada aura Mahathir," .

Comments (0)