Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUARA PAS: PENDEDAHAN TUN M DAP MINTA TPM ANCAM KEHARMONIAN NEGARA, CINA PALING SIKIT BERANAK KENAPA MEREKA MAJORITI ?

Posted: 21 Jan 2017 04:06 AM PST




DARIPADA baca dapatan gempak Rafizi yang dah terbukti beberapa kali meleset, baik baca dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Semalam Dr Zuhdi selaku CEO PPP merangkap AJK PAS Pusat membuat kesimpulan dari pendedahan tak sengaja Mahathir tentang persetujuan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan.

PPP melihat laluan untuk PAS bekerjasama dengan parti Mahathir PPBM semakin sukar setelah pengakuan itu dibuat. Ini kerana keadaan tersebut sangat mengancam keharmonian negara sekarang. Tanpa menafikan ketempangan yang ada pada kerajaan sedia ada, dengan meletakkan sebuah parti Chauvinis dan Rasis Cina di posisi kerajaan sebuah negara majoriti Melayu akan membuatkan krisis perkauman sekali lagi akan meletus.

PAP Borek, DAP rintik
DAP sehingga kini masih lagi berideologikan PAP, parti pro-Israel yang kini mentadbir Singapura. Bukan sahaja hubungan antara mereka masih intim, bahkan Lim Kit Siang sendiri pernah cuba menghidupan semula kempen Malaysian Malaysia, sebuah gagasan PAP yang menyebabkan Singapura terkeluar dari Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku pada Singapura selepas 50 tahun di bawah pemerintahan PAP sekarang. Dahulu, populasi kaum CIna di Singapura hanya sekitar 50%. Tapi kini sudah sampai 77%! Ironinya, daripada ketiga-tiga bangsa utama di sana iaitu Melayu, Cina dan India, Cina merupakan bangsa paling sedikit melahirkan anak. Bagaimana boleh jadi ramai mendadak itu?

Politik di sana juga teruk. Walaupun mendakwa mengamalkan demokrasi, tetapi sebarang usaha untuk menyaingi pengaruh PAP akan disekat berbagai cara, sama sebagaimana Israel di peringkat antarabangsa. PAP didakwa menggunakan akta ala ISA bagi menyekat sebarang usaha yang menggugat kedudukan mereka Badan antarabangsa seperti Asian Legal Resource Centre dan Human Right Watch turut tidak terlepas dari belenggu akta ini.

Dahulu Singapura diperintah di bawah kesultan Johor. Selepas wilayah itu diserahkan kepada penjajah, cahaya Islam di Singapura kian kelam. Kini, umat Islam tinggal minoriti, kira-kira 15% sahaja di sana. Pendidikan Islam sangat terhad mengakibatkan ramai muslim tidak mengenal Islam, lebih terpengaruh dengan kehidupan barat.

Paling mengejutkan, Singapura kini menjadi pengkalan tentera dan risikan terbesar Israel di Asia Tenggara. Hubungan kedua negara tersebut sangat rapat, walaupun cuba disembunyikan sedaya upaya. Tahun lepas Presidennya telah ke Tel Aviv dan merakamkan penghargaan kepada Israel kerana menyelia pertahanan Singapura sejak kemerdekaan tahun 1965. Februari ini, Perdana Menteri Israel pula dijadualkan ke Singapura.

Taktik Singapura berulang di Malaysia
Bagaimana PAP boleh menukar Singapura sampai jadi begitu? Panjang ceritanya. Tetapi titik permulaannya seakan seperti apa yang sedang diusahakan DAP sekarang. Mereka tidak gelojoh. Mula-mula mereka berikan jawatan ketua pentadbir negara kepada orang Melayu Islam. Mereka cuma ambil posisi nombor dua.

Dahulu selepas Singapura ditubuhkan, orang pertama menjadi Presiden ialah Yusof Ishak. Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri sahaja.

Namun selepas sahaja Yusof Ishak meninggal, sehingga kini tiada lagi orang Islam yang diberikan jawatan tersebut. Bukan sahaja parti Islam sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan, malah daripada 20 orang menteri kabinet, hanya dua orang melayu, tiga India manakala 15 selebihnya Cina.

Pasti anda dapat membaca apa permainan DAP daripada tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Oleh sebab itu amat wajar PAS menimbang semula kerjasama dengan PPBM, sebagai tekanan untuk mereka menilai semula perjanjiannya dengan parti Chauvinis Cina yang sangat rakus itu.

Di ambang ketengangan kaum
Jika DAP meneruskan sikap politiking dan cauvinisnya, tentu sekali umat Melayu tidak akan redha dengan DAP nanti. Oleh sebab negara ini diperintah begitu lama dengan ideologi nasionalisme, NGO yang memperjuangkan ketuanan Melayu pula bersepah-sepah kini, maka perlantikan Kit Siang tentu sekali akan mencetuskan ketegangan kaum. Seorang Melayu ditipu di Low Yatt sahaja, beribu anak muda Melayu mengepung bangunan tersebut!

Untuk sebuah kestabilan politik, sesebuah negara mesti diperintah oleh kaum yang paling berpengaruh. Menafikan hakikat ini ibarat menafikan fitrah manusiawi, juga bakal mengulang kesilapan sejarah.

Kerana itu Nabi bersabda dalam sebuah hadis, pemimpin mesti daripada kalangan Quraisy. Bukan kerana hanya kaum itu yang layak, tetapi kerana kaum itu adalah kaum paling berpengaruh pada zaman tersebut. Lalu dalam konteks Malaysia, kaum manakah yang anda fikir sebagai teras politik?

Tapi Mahathir bukan peduli semua ini. Asal saja keturunan dan kroni dia berkuasa, semua halal! – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Comments (0)