Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:20 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN ALI: PAS PARTI KUKUBESI, LUPAKAN PAS PARTI SOMBONG

Posted: 25 Jan 2017 06:07 PM PST

azmin-pas

 Azmin Ali dilaporkan lebih memilih PPBM berbanding dengan PAS dalam isu kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Menurut portal Malaysiakini, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut melabel PAS sebagai tidak demokratik dan mengamalkan kepimpinan "kuku besi".
"Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.
"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah 'menasihati' mana-mana pihak yang berhasrat untuk bekerjasama dengan parti Islam itu perlu mengikut rentak PAS.
Dalam masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa beliau bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan strategi pembangkang untuk PRU 14.
"Kita tidak tahu tarikh pilihan raya, strategi tidak boleh beritahu media ini..ini strategi. Kalau saya boleh umum (pilihan raya) saya setuju," katanya ketika ditanya apa topik perbincangannya dengan wakil PPBM.
Walaupun, berita Azmin mengkritik PAS dan Abdul Hadi sebagai 'kuku besi' sudah menjadi tular di media sosial sejak semalam, namun tiada pembetulan dilakukan oleh pihak Azmin sehingga ke hari ini.
Ini seolah-olah mengesahkan bahawa Azmin memang berniat untuk menghina Abdul Hadi dan PAS dan bersedia untuk menolak parti Islam itu dalam PRU 14.

PAS KATA MEREKA ADA DOKUMEN SULIT BMF DAN PEMBUNUHAN MISTERI JURUAUDIT

Posted: 25 Jan 2017 05:31 AM PST

ORANG hari ini terkejut dengan pembongkaran salah laku Tun M isu BMF 30 tahun dulu. Tapi PAS dah lama siapkan dokumen ini, mendahului CIA sejak 1984 lagi. Ini adalah buku penerangan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang pernah menggemparkan negara pada awal zaman Tun M memerintah, yang turut melibatkan pembunuhan misteri juruauditnya.

Isu ni juga pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam parlimen. Apakah sekarang dosa itu dah dimaafkan kerana matlamat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Ini yang sebenarnya membimbangkan Tun M. BMF hanya salah satu dari beribu sejarah salahlaku Tun M yang sedang ditutup. Sebab itu orang pertama menentang idea UG adalah Tun M sendiri, sampai terguling Pak Lah.

Ini kerana idea UG akan meletakkan semua parti berada dalam kerajaan. Institusi kehakiman ditadbir bersama. Pasti PAS akan heret isu-isu Tun M ke muka pengadilan.

Musuh sebenar Tun M adalah PAS. Walaupun tahu Umno tidak akan berjaya jatuh selagi tak bersama PAS, dia tetap menolak PAS. Matlamat sebenar bukan untuk menumbangkan Umno, tapi menyelamatkan empayarnya daripada diancam PAS yang tidak pernah berkompromi dengan penyelewengan. – HARAKAH.

Comments (0)