Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:15 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS MINTA AZMIN ALI TARIK BALIK CAJ 20 SEN, MENYUSAHKAN RAKYAT

Posted: 19 Jan 2017 04:09 PM PST

Beg Plastik: Bayaran 20 sen bukan jalan terbaik

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Bayaran 20 sen dikenakan setiap beg plastik kepada pengguna di negeri Selangor bukanlah jalan penyelesaian yang bijak bagi merealisasikan kempen bebas plastik di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman.

Beliau berkata, walaupun hanya 20 sen dikenakan tetapi ia sebagai tambahan kepada bebanan rakyat negeri ini yang kini sangat tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

"Kenapa kerajaan (Azmin Ali) boleh mencari alternatif dengan menyediakan bekas makanan plastik bagi menggantikan bekas polisterin, kenapa tidak untuk beg plastik," soal beliau.

"Di manakah nilai perkerti dan kasih sayang dari pemimpin (Azmin Ali) untuk rakyat? Malaysia dari semua negara yang maju makmur dan harmoni satu ketika dahulu berubah menjadi kacau atas kekalutan dan ketamakan dari sesetengah pemimpin," soal beliau kepada Harakahdaily.

Tambahnya, setiap hari akan mendengar keluhan kesusahan rakyat sehingga ada yang menderita kerana kerakusan pemimpin negara.

"Saya sangat berterima kasih kepada rakyat bangsa Malaysia yang selalu sabar dan sentiasa bersyukur atas keadaan dan situasi yang menimpa mereka dan keluarga lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpendapatan seperti pemimpin," ujarnya.

Justeru, katanya, kempen bebas plastik ini perlu dilaksanakan secara bijak tanpa membebankan rakyat dalam masa yang sama menepati matlamat kerajaan negeri bagi memelihara alam sekitar.

"Bayaran 20 sen yang dikenakan tidak dijalankan dengan teratur sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak sejak ia dilaksanakan awal bulan ini," katanya ketika ditemui.

Sejak awal Januari lalu, pelbagai reaksi timbul di kalangan pengguna selepas kerajaan Selangor mengisytiharkan pengharaman beg plastik di negeri itu.

Sehingga ada yang menyifatkan usaha itu tidak berjaya kerana pengguna masih dibekalkan beg plastik walaupun dikenakan bayaran.

Bermula 1 Januari 2017, Hari Tanpa Beg Plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor akan dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu.

Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi akan membekalkan beg plastik secara percuma bermula tahun 2017. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Comments (0)