Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:08 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS ARAH BOIKOT FMT

Posted: 16 Jan 2017 06:51 PM PST

Pesuruhjaya PAS Selangor difitnah hadir himpunan

MOHD PRASAD HANIF | .

PORTAL berita Free Malaysia Today (FMT) terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Di dalam laporannya yang terbaru, FMT mendakwa bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program Parti Pribumi semalam.

PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya. Pesuruhjaya PAS Selangor menghadiri program parti sepanjang hari semalam dalam program bertemu rakyat.

FMT, dalam laporan-laporannya sebelum ini juga, banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba. FMT mungkin menjalankan tugas sebagai lidah bagi pihak-pihak tertentu untuk menyerang Pesuruhjaya PAS dan PAS Selangor.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor yang dipimpin YB Iskandar Samad, selaku Pesuruhjaya, akan terus fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak.

MOHD PRASAD HANIF
Ketua Penerangan
PAS Selangor - HARAKAHDAILY 16/1/2017

SULTAN JOHOR SANGAT MURKA KEPADA TUN M, LUKA HINA SULTAN-SULTAN DAHULU MASH BERDARAH

Posted: 16 Jan 2017 05:36 AM PST

Sultan Johor mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana cuba memainkan "politik perkauman" dalam cubaannya menghalau pelaburan China dari negeri itu, lapor The Star dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendakwa bekas perdana menteri itu "mencipta ketakutan, menggunakan kaum untuk memenuhi motif politik".
"Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
"Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain termasuk Australia dan United Kingdom.
"Dia tidak bodoh, dia hanya pentingkan diri dan oportunis," katanya kepada The Star, memetik tuduhan Dr Mahathir mengenai hasrat Putrajaya memberikan kerakyatan kepada 700,000 rakyat China yang mahu menetap di Johor Bahru.
Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir juga melampaui batas dengan "pembohongannya" mengenai isu tanah dijual kepada China.
"Dia kata sejumlah besar tanah dijual kepada China, memberikan tanggapan yang Johor menyerahkan tanah kepada China dan kami melepaskan kedaulatan kami.
"Dia juga membandingkan bagaimana kami menyerahkan Singapura kepada British," katanya dipetik sebagai berkata kepada The Star.
Sultan Iskandar merujuk kepada laporan sejak beberapa bulan lalu, di mana Dr Mahathir menyerang projek pembangunan Forest City di Johor, berkata yang "beberapa ribu unit sudah siap dan dijual kepada China".
Selain berkata tanah dijual kepada warga asing, Dr Mahathir juga berkata pemindahan warga asing ke kawasan perumahan baharu di negeri itu.
"Saya hendak tanya dia, Forest City dibina atas tanah yang ditambak, dan kebanyakan unitnya ialah kondominium. Dalam bahasa mudah, unitnya tinggi di atas. Ia unit strata.
"Saya hendak tanya Dr Mahathir jika pembeli warga asing itu boleh ambil pangsapuri mereka balik," katanya, menurut The Star.
Merujuk kepada Dr Mahathir memetik Wall Street Journal dan Bloomberg mengenai isu 1MDB dan projek pembangunan yang menari pelabur China ke Johor, Sultan Ibrahim berkata sebelum ini Dr Mahathir membenci media barat.
"Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum ini.
"Saya rasa Dr Mahathir dan sekutunya hanya bercakap perkara negatif, kebanyakannya ialah imaginasi dan fikiran jahatnya.
"Saya kasihan kepadanya kerana dia merendahkan dirinya hingga ke tahap ini. Tidak mengapa untuk tidak bersetuju tetapi tolonglah jangan mereka-reka benda," katanya dipetik daripada The Star

Comments (0)