Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAHFUZ MENGAMOK HJ HADI TAK HANTAR WAKIL

Posted: 15 Jan 2017 04:58 AM PST



Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian Parti Pribumi sebagai tanda sokongan kepada parti baru itu.

Jelas beliau lagi, tindakan PAS itu boleh memburukkan keadaan kerana tidak mahu menjalin kerjasama bersama pembangkang yang lain seperti yang dimahukan rakyat.
"Saya kira adalah tidak wajar untuk PAS tidak menghantar wakil mereka ke dalam majlis pelancaran (PPBM).
"Kerana ini akan dilihat dengan satu sudut pandang oleh masyarakat dan rakyat seolah PAS mahu memencilkan diri daripada satu kelompok 'grand coalition' dikalangan parti-parti pembangkang yang ada ini.
"Jadi saya kira dengan tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti itu satu langkah yang silap," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran parti berkenaan malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut melemparkan persoalan kepada PAS, adakah parti itu masih belum menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ataupun PPBM, sehingga memutuskan untuk tidak menghantar wakil mereka.
Dalam pada itu Mahfuz memberitahu, kehadirannya ke majlis pelancaran berkenaan kerana mendapat jemputan.
Beliau malah berkata, kehadirannya itu tidak dimaklumkan kepada kepimpinan PAS selain menegaskan bahawa tindakan itu adalah atas kapasiti peribadi.
"Saya dijemput oleh Setiuasaha Agung PPBM melalui emel dan saya datang pada hari ini.
"Saya tidak maklum kepada parti," katanya.
Mahfuz sebelum ini sering dilihat menghadiri program yang diadakan Pakatan Harapan (PH), terbaru sewaktu konvensyen nasional Amanah, Disember lalu.
Namun sehingga kini PAS masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mahfuz, walaupun sudah ada aduan yang dibuat

Comments (0)