Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:01 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


1MDB MINTA TUN M BERHENTI BERBOHONG

Posted: 10 Jan 2017 05:35 PM PST


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad digesa agar menghentikan 'penipuannya' terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Badan pelaburan negara itu di dalam satu kenyataan hari ini membuat gesaan tersebut merujuk kepada tulisan di blog dan kenyataan media yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai tajaan Yayasan 1MDB bagi Program Khas Haji.
Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan program khas Haji itu ditaja dengan wang 'curi', 1MDB menafikannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
"1MDB mempunyai operasi perniagaan yang sah, dahulunya di dalam sektor tenaga dan terkini, di dalam sektor pembangunan hartanah.
"Dana yang diperolehi hasil dari operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB yang kemudian menggunakannya untuk menaja program khas Haji," menurut kenyataan 1MDB.
Badan pelaburan negara itu menjelaskan bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Yayasan 1MDB telah menaja pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi rakyat Malaysia, berjumlah kira-kira RM690 juta.
1MDB juga terlibat dalam 60 projek berkaitan pendidikan, kesihatan, pembangunan belia serta aktiviti kemasyarakatan.
"Projek-projek berkenaan telah memberi impak kepada 2.8 juta penduduk Malaysia.
"Contoh aktiviti tersebut dapat dilihat di laman sesawang 1MDB, dari Dana Geran PIBG, Geran Akademik bagi pelajar lepas SPM/STPM, Geran Akademik bagi Sri Murugan Centre dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.
"Selain dari Program Khas Haji, 1MDB juga menyokong pelbagai program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini sedang menaja lebih 600 pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa," tambah kenyataan tersebut.
Dr Mahathir di dalam rentetan kritikannya terhadap 1MDB pada Disember lalu mendakwa mereka yang menunaikan haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-1MDB tidak mendapat haji yang mabrur.
Bercakap di satu ceramah di Alor Setar, Dr Mahathir dilaporkan berkata mereka tidak mendapat haji yang mabrur kerana penajaan program tersebut adalah dibuat dengan duit yang dicuri oleh Perdana Menteri Najib Razak.
"Najib boleh menghantar 1,000 orang ke tanah suci kerana dia menggunakan duit curi, jadi penghantaran mereka ini ke Mekah adalah tidak mabrur. Apa yang jadi saya ingat mereka tidak mendapat haji mabrur, tetapi Najib sanggup melakukan apa sahaja," bekas Perdana Menteri itu dipetik berkata Utusan Malaysia.
Kenyataannya itu telah mengundang pelbagai reaksi, namun 1MDB tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga hari ini – malaysiaoutlook

MUSUH-MUSUH NAJIB BERGUGURAN SATU DEMI SATU OLEH DIRI SENDIRI DALAM KANDANG SENDIRI

Posted: 10 Jan 2017 06:54 AM PST

kemelut

Musuh-musuh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berguguran satu demi satu dalam gelanggang partinya sendiri, Parti Peribumi, sama ada keluar parti atau digugurkan daripada jawatan.
Bermula dengan Khairuddin Abu Hassan, diikuti dengan bekas Senator Ezam Mohd Nor, kedua-dua bertindak keluar parti meskipun baharu menyertai beberapa bulan parti itu.
Nasib Anina Saaduddin lebih tragis, dia dipaksa memilih jalan supaya keluar parti apabila dimalukan dengan tuduhan 'skandal seks' dan jawatan Ketua Srikandi PPBM disingkirkan.
Gandingan Khairuddin dan Anina merupakan pendokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sabotaj dalaman untuk menjatuhkan Najib Razak ketika mereka masih berada dalam UMNO.
Namun, gandingan 'pahlawan dan srikandi' diperlekehkan oleh pimpinan tertinggi PPBM ketika mereka menyertai parti itu.
Ikutilah kupasan Mohd Haizal Yatiran, Perspektif Antarapos,mengupas persoalan kemelut Parti Peribumi 

Comments (0)