Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:19 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHAIRUDDIN SERANG PRESIDEN PPBM ISU CUTI KE EROPAH

Posted: 31 Dec 2016 06:58 AM PST



Selepas menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal seks, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terus mengasak Presiden PPBM itu berkaitan dengan isu cuti yang terlalu lama di Eropah.
Khairuddin berkata tindakan presiden Muhyiddin tidak sepatutnya bercuti ketika parti itu masih baharu kerana ia akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.
"Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.
"Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti," katanya kepada FMT.
Muhyddin kini dilaporkan masih berada di Eropah. Sepanjang beliau bercuti, pelbagai kemelut dalaman berlaku dalam PPBM dan antaranya ialah Anina Saadudin tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Srikandi.
Bahkan, bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor turut memutuskan untuk keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya.
Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin turut mengumumkan keluar PPBM berkuat kuasa serta merta dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung.
"Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.
"Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu," bidas Khairuddin.
Bagaimanapun, katanya kemelut dalaman yang berlaku dalam PPBM tidak akan merencatkan gerak kerja yang dilakukan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
"Pakatan Harapan (PH) amat kuat kali ini, kerana saya lihat gerak kerja Amanah, DAP, PKR dan NGO yang menyokong, mereka bergerak amat kuat di peringkat akar umbi.
"Soal sama ada PPBM boleh 'perform' atau tidak dan menjejaskan prestasi PH, saya rasa tidak relevan kerana apa yang saya lihat mereka masih lagi teruskan perjuangan walaupun bersama PPBM atau tidak," katanya. - AIDCNEWS

Comments (0)