Followers

Nuffnang

.

Posted by Unknown | Posted on 4:13 PG | Posted in

sumber :-

.


Permusafiran Misi Kemanusiaan membuka rahsia kehidupan

Posted: 09 Jan 2017 12:30 AM PST

 PERHATIAN

Sebahagian dari 84 anak pelarian Syria diraikan.
Alhamdulilah permusafiran saya menumpangi Yayasan Darul Hijrah (YDH) dalam misi kemanusiaan untuk membantu pelarian Syria selama tujuh hari bermula 31 Disember 2016 hingga 7 Januari 2017 berjalan dengan selamat dan jayanya.

Pagi tadi saya bersama empat rakan rombongan telah selamat tiba di tanah air dalam satu penerbangan yang meletihkan dari Istanbul Turki dan singgah di Doha, Qatar.


Penerbangan pulang tergendala lebih 24 jam apabila lapangan terbang Kamal Artatuk di Istanbul di selimuti salji tebat.

Hampir seluruh bandaraya Istanbul dipenuhi dengan salji dan ini sekaligus menyulitkan misi kemanusiaan pada saat-saat akhir. Namun kesulitan itu ia tidak menjejaskan dengan semangat kemanusiaan dan menumpangi spritual Ahmad Al Fateh si penakluk Constantinople permusafiran misi kemanusiaan berkenaan berjaya dicapai dengan baik.


Sepanjang misi berkenaan kami mengunjungi beberapa penempatan pelarian termasuk rumah kebajikan melindungi mereka yang cedera akibat bencana di Syaria. YDH telah menyampai pelbagai alat bantuan untuk para pelarian yang kini terpangkap dalam kesejukan salji.

Dukungan yang tidak mahu dilepaskan.
Mereka seakan rindu belaian
Taklimat berhubung masalah masalah pelarian juga diperolehi dari beberapa NGO kebajikan yang menangani masalah berkenaaan. Di kesempatan itu juga rombongan berjumpa dengan pemuka tempatan untuk mengetahui lebih lanjut masalah dihadapi pelarian.

Acara paling memilukan hati ialah, majlis meraikan 84 orang kanak-kanak pelarian termasuk 40 yang yatim piatu di sebuah restoran di bandat Cyelan Pinar kira-kira 150 km dari bandar Reynali. Mereka dibawa dari kem pelarian di Cylen Pinar, yang bersempadanan dengan Syria. Jaraknya kira-kira 5 atau 10 km saahaja.

Sejak berada di kem pelarian lebih setahun lalu itulah kali pertama mereka dibawa keluar dan menghirup udara luas yang bebas. Dalam acara itu mereka dirai dengan makan tengah hari serta pemberian peralatan permainan dan baju sejuk dan lain-lain.

Keriangan dan keseronokan mereka menerima peralatan itu benar-benar mengugah perasaan dan hati kecil saya. Gelagat keletah kanak-kanak mereka juga mencuit perasaan dan rasa hiba.

Keseronakan itu menyebabkan mereka seakan terlupa sekejap yang mereka tidak ada sesiapa lagi di dunia ini sebagai induk atau bayangan perteduhan. Mereka hidup seratus peratus bergantung kepada bantuan dan sumbangan orang ramai. Bayangkan kalau tiada orang-orang pengasih dan pemurah, sudah tentu kehidupan mereka berantakan.

Khabarnya ada kesediahan lain dalam kem-kem pelarian termasuk juga mereka yang maut. Namun sehingga kini belum ada data lengkap mengenai segala kesulitan itu, dan insyaAllah akan diperolehio sedikit masa lagi.

Selain mengujungi penempatan pelarian, di sepanjang pemusafiran itu juga saya sempat menyinggah beberapa tempat bersejarah yang mana kisahnya ada disebut dalam Quran. Antara ialah menziarahi makam (pusara) Habib an-Najjar di bandar Antakaya di luar daerah Ryenali dan juga memanjat ke puncak bukit melihat lokasi di mana Raja Namrud melakukan perlontaran Nabi Ibrahim a.s. ke dalam bakaran api.

Kesan-kesan sejarah kekejaman dan ketakburan Namrud masih dapat dilihat dengan jelas.

Ikutilah catatan saya sepanjang musafir misi berkenaan dalam blog ini. Sesungguhnya misi ini memberi banyak pengajaran dan membuka rahsia kemanusiaan terutamanya buat diri saya sendiri. Terima kasih atas sokongan penjengok blog ini sekalian, khususnya mereka yang turut membeli buku baharu saya, "Gelora Piraum 14: Siapa PM Selepas Najib" dimana RM10 daripada hasil jualan buku itu saya peruntukan untuk misi berkenaan.

Terima kasih juga kepada Yayasan Darul Hijrah, khas sdr Husam Musa yang memberi kesempatan untuk saya sama sama-sama menyertai musafir berkenaan dan sekaligus memberi kesempatan sama kepada penjengok blog ini untuk berdoa untuk anak-anak malang Syria. Semoga usaha yang baik akan diberkati Allah dan mudah-mudahan juga bebanan yang ditanggung oleh pelarian khususnya anak-anak yatim piatu, yang kehilangan ayahibu akibat "perang" akan menjadi ringan. Wassalam. [wm.kl.3:38 pm 09/01/17]

Comments (0)