Followers

Nuffnang

.

Posted by Unknown | Posted on 4:23 PG | Posted in

sumber :-

.


Salam dari kejauhan

Posted: 02 Jan 2017 07:35 PM PST

SALAM

Sudah tiga hari saya dalam pemusafiran misi kemanusian ke Syria. Destinasi saya ialah ke Halab (Aleppo), Syria bumi yang terus diganyang dan berperang akibat kerakusan dan ketamakan kuasa manusia. Perbezaan aliran pegangan juga membawa manusia berbunuh-bunuhan.

Apa menyedihkan dan mendukacitakan di celah-celah ketamakan itu yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak berdosa. Di Turki sahaja terdapat 2 juta pelarian Syria, di mana 1 juta adalah kanak-kanak.

Ketika catatan ini dibuat berada di bandar Reyheli, di selatan Istanbul. Ertinya jarak untuk ke Aleppo kira-kira lebih 200km.

Perjalanan esok insyaAllah akan menuju ke Ufra bandar yang bersebelah dengan Aleppo. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan selamat seperti mana dirancangkan. Sekian wassalam.

Comments (0)