Followers

Nuffnang

Blog-list Malaysia

Posted by Unknown | Posted on 1:46 PG | Posted in

sumber :-

Blog-list Malaysia


Mahathir Hina Jemaah Haji Guna Dana 1MDB

Posted: 01 Jan 2017 12:54 AM PST

'Siapa Mahathir nak persoal ibadat orang lain?'



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.

Sebaliknya, katanya, bekas pemimpin itu perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini termasuk semasa zaman kepimpinan beliau.

"Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.

Pilihan Editor

Rollin' Wheelz: Setahun menunggu, 20 saat berakhir

"Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Asyraf berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa mereka yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Mahathir mendakwa jemaah tersebut tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu Exco Pemuda Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya pula meminta supaya Mahathir tidak membuat hukum sendiri apabila menuduh orang yang melaksanakan ibadah haji melalui 1MDB tidak mendapat haji mabrur.

"Siapa kita sebagai manusia ingin persoalkan soal ibadah, agak kelakar apabila Tun Mahathir menuduh begitu.

"Soal pahala, dosa, ibadah, syurga dan neraka adalah hak Allah. Kita sebagai manusia tidak perlu sibuk menghakimi manusia lain," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya, dalam usia yang semakin lanjut, Mahatihr sepatutnya lebih baik berehat dan menumpukan kepada ibadah beliau sendiri.

"Kita bukan ingin menidakkan sumbangan beliau, tetapi segala tuduhan yang beliau lemparkan jika berkaitan dengan hukum agama hendaklah dilakukan setelah beliau teliti perkara tersebut," beliau dilaporkan sebagai berkata.


Comments (0)