Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:05 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


New Straits Times Pohon Maaf Sebab Fitnah Anwar

Posted: 09 Jan 2017 07:04 AM PST


Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini susulan kenyataannya dalam dua artikel di New Straits Times (NST) beberapa tahun lalu.

NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar, lapor Malaysiakini.

Tulisan-tulisan itu dikatakan mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.

Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Tan Guat Cheng dan Kenail Singh. NST pula diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir. Diketuai Sangeet Kaur Deo, pasukan Anwar pula dianggotai Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.

Persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Sebelum itu berlangsung rundingan dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.

Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.



Penjawat Awam Jangan Ambil Hak Rakyat Pesan Najib

Posted: 08 Jan 2017 10:00 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat dengan terlibat dalam gejala rasuah.

Beliau mengulas tentang beberapa kes penahanan anggota pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Ini rakyat punya.

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukkan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," katanya ketika menyampaikan amanat pertama tahun ini kepada penjawat awam di Himpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Najib juga yakin usaha-usaha yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini,

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi banyak pihak, namun ia berlaku diluar kawalan kerajaan.

"Penyusutan nilai ringgit berlaku disebabkan tiga faktor iaitu kesan spekulasi melampau, pengumuman, kejatuhan harga minyak dunia dan kadar faedah dolar Amerika Syarikat."

"Namun daripada 149 mata wang dunia, 123 daripadanya menghadapi penyusutan nilai banding dolar dan Malaysia tidak terkecuali. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengalami kesan yang berada di luar kawalan kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun 2017 di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata terdapat petanda dan bibit-bibit harapan dan keyakinan bahawa keadaan ekonomi akan pulih secara lebih positif pada tahun ini setelah berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada 2016.

Antaranya, harga minyak yang kini berada pada paras US$54 setong selepas Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), berbanding US$44 pada tahun lepas, katanya.

Harga minyak sawit juga kini berada pada paras yang memberangsangkan iaitu RM3,200 setan berbanding RM2,600 pada tahun lepas selain harga getah yang juga naik tiga kali ganda.

"Ini semua memberi kita keyakinan bahawa sekiranya kita dapat melakukan usaha-usaha gigih, kita dapat menjadikan tahun 2017 sebagai tahun berjaya,"katanya lapor AstroAwani



Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2017 07:31 PM PST


Kira-kira 300 penyokong dari PKR menyambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini tadi.

Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.


Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh penyokongnya.

Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.

Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya.

Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) lapor Sinar Harian



Comments (1)

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL