Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:13 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


BR1M Boleh Guna Beli Proton Iriz? .. Biaq Betoi..

Posted: 05 Jan 2017 06:32 AM PST


Tak pasal-pasal hari ni Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah jadi sasaran kecaman Netizen..

Semuanya berpunca bila dia kata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

Tapi sebenarnya dia nak sampaikan tu ialah BR1M boleh diguna untuk bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Perkara ni Najib dah bentang dalam Belanjawan 2017 pada Oktober yang lalu..


Tapi persoalannya disini ialah.. sebenarnya Najib dah bagi BR1M tu seorang berapa juta Ringgit?.. semuanya diminta guna BR1M..

Petrol naik rakyat diminta guna BR1M untuk menyerap kenaikkan harga petrol tu, barang dapur naik rakyat diminta guna BR1M untuk menampung kenaikkan itu..

Keperluan Sekolah naik pun diminta guna BR1M juga untuk kurangkan keperitan bahana dari kenaikkan tu..

Ini pulak nak beli kereta?

Dia bagi geran RM5000.. tapi harga kereta tu berapa? katalah RM45,000, dicampur geran dah jadi RM50,000.. Tak pasal-pasal pulak berhutang RM50,000.. sebulan nak kena bayar berapa?..

Lagipun kalau sejuta dari penerima BR1M tu ikut cadangan Najib.. ada sejuta lah UBER kat jalan raya.. siapa pulak yang nak naik tu?

Bila dah tak ada penumpang, nak bayar bulanan dengan apa?.. nak kokak tayar tu sehari sebiji ke?.. BR1M yang dapat dah guna untuk bayar downpayment kereta tu..

Laporan berkaitan..

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Laporan penuh bacalah di SINI

Yang aku tahulah.. BR1M itu adalah untuk perbelanjaan kepada keluarga, bukannya menambah hutang..

Tapi kenapa Proton Iriz?.. kereta lain tak boleh ke?.. kalau macam tu siapa yang untung?

Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti - Azalina Kata

Posted: 05 Jan 2017 02:01 AM PST


Tindakan tegas perlu diambil terhadap penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangkan fitnah sekali gus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan tiada penyata atau komen dibenarkan untuk menerbitkan atau bercakap tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada menteri yang bertanggungjawab atau jabatan.

Beliau berkata, peraturan itu terpakai kepada semua kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan bertujuan mengelak salah faham daripada sumber tidak sah, selain mengelak salah tafsir atau salah faham mengenai keputusan kerajaan.

"Bagi yang bersara daripada perkhidmatan, mereka masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan kesalahan yang berhubungan dengan pendedahan yang tidak dibenarkan berkaitan rahsia rasmi.

"Peruntukan mengikut Akta 88 diwujudkan bagi suatu kesalahan jika seseorang mendedahkan maklumat rahsia rasmi yang diperoleh ketika perkhidmatan selepas bersara.

"Semua kakitangan kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan tiada salah faham timbul dalam kalangan masyarakat," katanya.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230111

Setelah Bergambar Depan Kasino Di Las Vegas, Azalina Dihentam Blogger UMNO..

Posted: 04 Jan 2017 10:00 PM PST


Dua blogger kontroversi UMNO juga menghentam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman susulan viral gambarnya memasuki sebuah kasino di Las Vegas pada malam tahun baharu baru-baru ini.

Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kalembai dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo secara terbuka menyindir Azalina yang menyifatkannya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah memberi peringatan, sebelum itu nasihat, para Menteri dan keluarga berhati-hati membuat entri dalam media sosial khasnya Facebook dan Instragram masa bercuti di luar negeri. Pagi ini saya dihantar photo ini.

"Soal pergi Las Vegas saya tak kisah, yang saya kisah masuk dalam kasino, Undang-undang perjudian Malaysia, seorang Islam boleh didakwa jika berjudi dan dilarang masuk kasino.

"Kasino perjudian dimana pun sama. Adakah kasino di Malaysia haram bagi orang Islam tetapi diluar negeri halal dan boleh keluar masuk. Tetapi Najib Razak hendak Menteri macam ini. Terserah kepada rakyat buat pertimbangan nak sokong atau tidak lagi," tulis Zaharin dalam akaun Facebooknya dengan meletak gambar Azalina di kasino.

Sementara itu, Wan Azri juga menyindir Azalina dengan menulis status di akaun Twitternya,

"@YBAOS63 awak tu menteri penjawat awam. Perlu jaga intergriti. Lainlah Saya takde jawatan. Ni tempias kena pada YAB PM @NajibRazak".

Wan Azri juga menyindir Azalina dengan kenyataan terbaharunya yang menyeru penjawat awam supaya menjaga integriti.

"@YBAOS63 sindir diri sendiri ke? Liabiliti kepada YAB PM @NajibRazak".

Terdahulu, pendedahan tersebut dibuat dalam media sosial yang viral dengan bukti gambar di laman Instagram memaparkan Azalina dalam sebuah kelab judi di Las Vegas.

Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.

Gambar yang dimuatturun oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Azalina dikecam oleh netizen sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Ini bukan kali pertama insiden tidak prihatin ini berlaku, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membuat tindakan sama apabila bergembira bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga mengundang kemarahan rakyat.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa ~ TMM



KSU Ditangakap Tetapi Kenapa SRC Tidak? Soal Tuan Ibrahim

Posted: 04 Jan 2017 06:25 PM PST


Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini. 

"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah'," kata Tuan Ibrahim.

Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi. 

Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?" tambahnya.

SPRM semalam menahan seorang KSU dan seorang lelaki berusia 29 tahun atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah.

Tangkapan itu dibuat sehari selepas Bahri mendedahkan dia telah memilih untuk bersara awal kerana kekecewaan berkaitan kes SRC lapor MalaysiaKIni



Comments (0)